Selasa, 19 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kamu Yang Tidak Istiqamah, Kamu Suruh Bubar AMANAH!

Posted: 19 Jul 2016 01:44 AM PDT

Bubar AMANAH, pembangkang akan tenang, kata Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad agar tutup mulut dan membubarkan parti itu.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas cadangan Khalid agar beliau dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan PAS.

"Komen saya, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid boleh 'tutup mulut' atau AMANAH dibubarkan," katanya.


Khalid mencadangkan sedemikian jika PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai rahmatal-lil-'aalamin (rahmat ke seluruh alam).

Bercakap kepada Malaysiakini, Tuan Ibrahim menegaskan, saranan itu dibuat kerana menjangka AMANAH bakal berdepan masalah dalam pembahagian kerusi di kalangan blok pembangkang.

"Saya sebagaimana orang ramai melihat AMANAH akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) lalu," tambahnya.

Bagaimanapun, keadaan akan berlaku sebaliknya jika DAP atau PKR bersedia untuk menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan itu, jelas Tuan Ibrahim lagi.

Jika tidak, sebab itu adalah lebih strategik dan baik untuk AMANAH diserapkan sahaja ke dalam parti pembangkang sedia ada, ujar beliau.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti politik dalam blok pembangkang semata mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

"Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' adalah antara sebab muncul pelbagai parti politik," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menegaskan beliau tiada mempunyai masalah untuk bekerja bersama Presiden PAS dan saf kepimpinan parti itu yang ada.

"Kami sangat bahagia, seronok dgn kemanisan ukuhwah sangat dirasai.

"Sikap hormat menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini," tambahnya.

ULASAN GB

Setelah melakukan u-turn terhadap saranannya sendiri, kini TITM menempelak Khalid Samad dan meminta AMANAH dibubarkan.

Ia menampakkan bahawa PAS kini tak mampu bersendirian dan gerun dengan kehebatan AMANAH, lantas meminta AMANAH dibubarkan.

Ini bukan kali pertama TITM melakukan u-turn setelah Haji Hadi menggunakan kuasa vetonya.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya:


Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 

Lepas tu merajuk, keluarkan madah.... bila dipuji kena sedia dikeji....

Mengenai tuduhannya "negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti politik dalam blok pembangkang semata mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

"Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' adalah antara sebab muncul pelbagai parti politik"


Kita telah menjawabnya berkali-kali. Kumpulan kamu yang melakukan konspirasi menyingkirkan golongan professional dalam PAS melalui CAI, kini kamu tuduh mereka kumpulan kecewa atau ingin jadi pemimpin.

Sehingga kini ramai ahli PAS sendiri tak kenal dan tak tahu bila ditanya nama-nama AJK PAS Pusat. Malah kenapa agaknya AJK-AJK itu tidak mengadakan program ceramah sepertimana dilakukan sewaktu dahulu oleh mereka yang telah disingkirkan?

Pertama kerana tak ada orang yang teringin nak jemput mereka dan yang kedua tak orang yang ingin mendengar ceramah mereka.

Malah ceramah TITM sendiri tak orang yang nak dengar:


Tentang tuduhan TITM kononnya AMANAH akan menghadapi masalah pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan Harapan, ia hanyalah fitnah dan angan-angan TITM semata-mata kerana komponen-komponen PH sentiasa saling percaya mempercayai dan saling kukuh-mengukuh di antara satu sama lain. Buktinya di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini dimana semua pemimpin komponen PH telah menyokong AMANAH sejak sebelum penamaan calon lagi dan terus bersama-sama turun berkempen dan tidak berlaku pun sebarang percanggahan di kalangan komponen PH.

PAS yang terkontang-kanting sekarang ini. Dahulu mendabik dada kerana katanya PAS lebih kuat bila sendirian. Lepas tu merangkak-rangkak cari kawan dan NGO nak sertai blok ke3. Dapat satu, IKATAN yang ahlinya ada 79 orang.

Guna RUU355 nak dapat pengaruh, ditempikkan konon ada 1000 NGO akan bersama-samanya, alih-alih yang datang tertandang di dewan serba besar itu tak sampi 100 orang, itupun termasuk AJK-AJK PAS sendiri.


Demikianlah, PAS bakal berkubur kerana takabur!

Sudah-sudahlah TITM. Kamu sebenarnya yang tidak istiqamah dengan saranan kamu dan PASlah yang sepatutnya dibubarkan, bukan AMANAH. realitinya, blok pembangkang lebih tenang tanpa PAS.

Kartun dari Megat ini menutup ulasan GB kali ini:

Tiada ulasan: