Ahad, 17 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Takbir Gagalkan Kudeta, Erdogan Desak Amerika Serahkan Dalang Kudeta

Posted: 17 Jul 2016 01:05 AM PDT

Jutaan rakyat Turki turun ke jalan untuk menggagalkan kudeta dari segelintir tentera Turki pada Jumaat malam kelmarin. Sejumlah jenderal dilaporkan terlibat dalam usaha kudeta berkenaan.

Ucapan kalimat bismillah dan laungan takbir menjadi pembangkit perjuangan rakyat Turki dalam menyelamatkan negaranya. Tak ketinggalan, masjid-masjid di Turki mengumandangkan adzan di luar waktu solat untuk menyerukan rakyat dan sebagai tanda dokongan terhadap Presiden Reccep Tayyip Erdogan.


Rakyat Turki tampil menyambut seruan pemimpinnya yang meminta mereka turun ke jalan. Erdogan berbicara kepada rakyatnya melalui telefon, dan seruannya segera tersebar, dimana Erdogan dengan jelas meminta rakyat untuk turun melawan kudeta. Situasi berubah seketika, rakyat turun memenuhi jalan-jalan dan mengepung kenderaan-kenderaan tentera sehingga gagal digerakkan.

Akhirnya, dalam waktu sekitar 5 jam, kudeta Turki yang dilakukan sekelompok kecil tentera itu dapat dipatahkan.

Seramai 2,800 orang tentera telah ditahan menurut Perdana Menterinya, Binali Yildirim, lapor BBC.

Sementara itu, 200 daripadanya dikatakan telah menyerahkan diri manakala 161 disahkan terbunuh.

Agensi berita tempatan pula melaporkan angka yang terkorban dalam pertempuran itu mencecah 90 orang di mana sebahagian besarnya adalah orang awam dengan lebih 1,440 yang lain cedera dan sedang menerima rawatan di hospital.

Erdogan telah mendesak rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Barrack Obama agar menyerahkan apa yang disifatkan oleh beliau sebagai pemimpin pengganas dan pemimpin rancangan rampasan kuasa yang gagal, Fethullah Gulen kepada Turki.

"Saya dengan ini meminta Presiden Amerika Obama untuk menyerahkan orang yang hidup di atas tanah seluas 400 ekar di Pennsylvania," kata Erdogan sebagaimana dilaporkan media berbahasa Inggeris Turki, Daily Sabah.

Bercakap kepada perhimpunan di Istanbul tentang usaha merampas kuasa oleh segelintir penyokong Gullen dalam tentera, Erdogan berkata, tindakan itu menyalahi undang-undang dan tindakan itu tidak mewakili tentera Turki.

"Tentera adalah milik seluruh rakyat Turki bukan badan selari (parallel structure)," kata Erdogan dipercayai merujuk kepada FETO atau kumpulan yang diasaskan oleh Fetullah Gulen, seorang ulama Turki yang mempunyai banyak rangkaian pusat pendidikan di seluruh dunia dan kini menetap di Amerika.

Sememntara itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu bercakap dengan Setiausaha Negara Amerika, John Kerry melalui telefon bagi memulakan proses mengekstradiksi Gullen.

Sebelum itu, Kerry berkata, Amerika akan membantu Turki menyiasat rancangan rampasan kuasa yang gagal itu.

Beliau juga meminta Ankara berkongsi bukti terhadap pelarian dari Turki, Imam Fethullah Gulen itu.



VIDEO


Anak Hadi Dibelasah Netizen Kerana Anggap Kudeta Turki "Permainan" Erdogan

Posted: 16 Jul 2016 07:48 PM PDT

Tatkala seluruh dunia Islam berdoa dan menyebelahi kepimpinan Erdogan di dalam menentang rancangan segelintir tentera Turki melakukan kudeta di negara itu, tiba-tiba terdapat beberapa kelompok dalam Parti Islam SeMalaysia cuba menganggap ia sebagai "permainan politik Erdogan" untuk melemahkan tentera Turki.

Salah seorangnya ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, iaitu anak kepada Presiden PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi yang memuatkan satu status di dalam facebooknya yang menyatakan "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera maka ia insyaallah akan jadi turning point politik Turki kearah yang lebih baik."




Beliau beranggapan bahawa "kudeta itu menjadi titik permulaan (turning point) politik Turki ke arah yang lebih baik" dengan membuat satu persangkaan buruk terhadap Erdogan di permulaan ayatnya  iaitu "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera".

Sikap yang sama dengan Khalil itu pada awalnya dikesan ditulis oleh PAS Putrajaya di dalam facebooknya.


Pandangan kedua-duanya itu mirip kepada pendapat-pendapat barat yang sentiasa memusuhi kerajaan Erdogan di Turki yang telah berjaya menyatukan rakyat Turki.


Malah laporan-laporan berita media massa dunia barat semalam juga memberikan liputan meluas kepada pihak tentera yang melakukan kudeta berkenaan, malah ada diantaranya yang telah dari awal menugumumkan bahawa Turki sudah berjaya dirampas oleh pihak tentera.

Akibat dari pandangan yang biadab itu, netizen telah bertali arus "membelasah" Khalil Hadi. Tuna-tuan boleh tatap sendiri (sila klik imej untuk membaca dgn lebih jelas):


Untuk penutup GB tertarik dengan tulisan seorang sahabat ini:


APAKAH PENGAJARAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN TURKI YANG DIPIMPIN OLEH ERDOGAN SELEPAS CUBAAN MERAMPAS KUASA

1) Nama partinya bukan parti Islam
2) Kepimpinan partinya bukan ulamak
3) Di dalam perlembagaan partinya tiada tertulis Alquran, Assunnah, Ijmak dan Qias
4) Kerajaannya tidak memperjuangkan hudud ataupun ikon berjenama Islam seperti Fastaqim atau Istiqamah.

Namun rakyat turun dan sanggup bertarung nyawa. Jadi di manakah kekuatan partinya sehingga ribuan rakyat turun melawan tentera yang bersenjata lengkap? Antaranya:
1) Partinya mementingkan kesejahteraan negara
2) Partinya mengutamakan kebajikan rakyat
3) Partinya menunjukkan contoh yang baik di dalam urus tadbir negara

Apa pula kejayaan Turki semenjak Erdogan dan partinya memerintah?
1) Yang terbesar ialah keyakinan rakyat ke atas kerajaan pimpinannya sehingga dapat menggagalkan cubaan tentera merampas kuasa.
2) Akhlak Islam semakin diterima berbanding sebelumnya seperti Ahli Parlimen dan pelajar dibenarkan bertudung, jemaah Masjid semakin ramai, pengajian Islam yang sebenarnya digalakkan tanpa label label Islam
3) Ekonomi Turki semakin kukuh dan mantap
4) Nama Turki semakin gah di dunia
5) Turki disegani kawan dan lawan

Jadi di manakah kata-kata yang baru dikatakan kelmarin bahawa Islam mesti ditegakkan atas prinsip yang jelas, parti mesti bernama Islam, perlembagaan mesti tertulis Alquran, Assunnah, Ijmaq dan Qias, berkerjasama hanya di dalam sempadan Islam yang difahaminya itu dan kemenangan akhirat lebih utama dari kemenangan ke Putrajaya?

Kerangka politik Islam di Malaysia perlukan seorang atau sekumpulan pemimpin yang boleh membawa Islam ke tengah masyarakat dalam bentuk praktikal dan bukan sekadar retorik.


Tiada ulasan: