Jumaat, 15 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ustaz Taliban Buat Ucapan Kontroversi: Tunjuk Nombor Ahli PAS Masuk Syurga.

Posted: 15 Jul 2016 01:18 AM PDT

"Mana Bukti Kita Duduk Dalam jemaah Islam?"

Seorang ahli jawatan PAS Pusat, Norazli Musa sekali lagi membuat kenyataan kontroversial di dalam satu kuliah yang disampaikannya.

Kali ini beliau mendakwa jika seseorang itu mempunyai bukti bahawa dia mempunyai nombor keahlian PAS, maka dikira lulus dan masuk syurga.

Dengan gaya bahasa yang tidak menampakkan beliau dari kalangan orang berpendidikan, beliau menyatakan:


"Jadi kita pun besok, mana bukti kita duduk di dalam jemaah Islam. Mana bukti?

Allah tanya esok di akhirat, wahai Norazli, kamu dulu di dunia berjuang Islam tidak? Apa bukti kamu? Nombor ahli saya 301402, lulus!!! masuk syurga.

Kalau kita tidak ada bukti, woii, kamu dulu berjuang islam atau ke tidak? Ya. Mana bukti? Sokong-skong belakang je. Masuk neraka, Dia (Allah) kata."


Demikianlah dasyatnya pengajaran yang disampaikan oleh AJK PAS Pusat itu.

Sehingga penyokong PAS yang tak ada sijil keahlian PAS pun dikatanya masuk neraka.

Setakat ini belum ada penafian daripadanya mengenai rakaman ucapannya yang sudah tersebar luas di media sosial termasuk facebook dan youtube.

Begitu juga, belum ada pemimpin atau tok-tok guru dari kalangan PAS yang menegur ucapannya itu.

Jika sebelum ini beliau menang di dalam mahkamah kerana menafikan pernah mengeluarkan kenyataan "sape keluar jamaah islam (Pas) jatuh kafir", namun kali ini, Norazli atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Taliban itu sukar unjtuk membuat penafiannya kerana bukti video ucapannya itu begitu terang, jelas dan sudah tersebar luas.

Rakyat kini bukan sahaja boleh menilai tahap mentaliti AJK PAS Pusat yang ada kini, malah perjuangan PAS umumnya. Sudah kesasar jauh.



Gencatan Senjata: Pemimpin PAS Bertelingkah

Posted: 14 Jul 2016 11:21 PM PDT

Gencatan serangan bukan pendirian Pas

KOTA BHARU - Cadangan supaya parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi tumpuan kepada "musuh sebenar" bukan pendirian Pas sebaliknya hanya lontaran idea daripada timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Demikian kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menegaskan parti itu tidak pernah membincangkan perkara itu dan sesuatu pendirian parti perlu diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau wakil yang diamanahkannya.


"Bagaimanapun, lontaran idea daripada timbalan presiden itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur, Ahad ini.

"Kita akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan selepas mesyuarat tersebut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Takiyuddin mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam laman akaun Facebook miliknya semalam supaya parti-parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar, Umno-Barisan Nasional.

Tuan Ibrahim turut mencadangkan supaya parti pembangkang mencari titik kompromi, yang katanya tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

Berikutan kenyataan Tuan Ibrahim itu, Takiyuddin berkata, ramai anggota Pas meminta pengesahan sama ada ia merupakan pendirian parti itu.

Di Kuala Terengganu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata, Pas masih lagi dalam proses memperkasakan blok ketiga pembangkang yang kini melibatkan parti itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

"Pas tiada hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara. Pas tetap dengan dasar dan prinsip perjuangannya, semoga pihak lain memahami dan menghormatinya," kata beliau.

Pada masa ini, Pas masih menjalin kerjasama dengan PKR. - Bernama


Tuan Ibrahim mesti dah dapat restu Hadi, kata ulama PAS

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed percaya cadangan timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya gencatan senjata dilakukan sesama parti pembangkang sudah mendapat restu pemimpin nombor satu parti itu.

"Bila dia bercakap tu, mesti ada restu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

"Ada orang tanya kenapa bukan presiden yang keluar (kenyataan). Takkanlah semua benda nak diurus oleh presiden," kata Mahfodz kepada Malaysiakini.

Mahfodz bagaimanapun berkata, pandangan Tuan Ibrahim adalah wajar supaya parti pembangkang tidak bercakaran sesama sendiri.

"Kalau objektif sama untuk jatuhkan BN, walaupun bukan dalam gabungan, kena kukuhkan parti (terlebih dulu).

"Kalau masing-masing kuat lawan dengan BN, mana-mana parti pembangkang boleh menang.

Tuan Ibrahim semalam menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Katanya, parti-parti pembangkang perlu berkompromi dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing

PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP setelah perbezaan pendapat dan perbalahan berterusan dalam isu pelaksanaan hudud.

Langkah itu menyebabkan Pakatan Rakyat, yang dianggotai mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Manakala PAS memilih kerjasama baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
-mk

'Tak mungkin PAS akan bersama HARAPAN'

Tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.

"Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya.

Khairuddin berkata PAS cuba membina satu sistem politik baru yang tidak terhad kepada sistem dua parti.

"Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.

"Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara," katanya.

Sementara itu, Khairuddin berkata, kenyataan Tuan Ibrahim adalah semata-mata satu nasihat kepada parti-parti Pakatan Harapan.

"Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang Umno, jadikan Umno sebagai musuh politik, itu sahaja," kata Khairuddin.

Berhubung gesaan Tuan Ibrahim supaya parti-parti pembangkang berkompromi, Khairuddin berkata ia adalah dalam konteks berhadapan dengan Umno.

"(Kita) tak pernah terkhilaf dalam isu itu.

"Tapi Pakatan Harapan secara jahat cuba menggambarkan PAS telah mula bersama Umno. Itu adalah satu tohmahan yang sangat jahat, satu usaha untuk merosakkan reputasi PAS.

"Semua orang tahu PAS antara parti awal berjuang menentang Umno, PAS konsisten menentang Umno," katanya.
-mk




ULASAN GB

Seperti dijangkakan, PAS berpecah lagi ... dah mula tembak-menembak sesama sendiri.

Itu sebab mengapa pemimpin AMANAH bijaksana di dalam mengeluarkan kenyataannya semalam. Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub mahu satu pengesahan sebelum membuat komen sama ada kenyataan Timbalan Presiden Pas itu pendirian rasmi parti Islam itu atau hanya pandangan peribadinya sendiri.

"Saya minta satu pengesahan adakah kenyataan itu peribadi dia atau rasmi daripada Pas.

"Kalau itu pandangan Tuan Ibrahim secara peribadi, saya tak mahu ulas," katanya di dalam satu kenyataan semalam.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad pula meminta pemimpin PAS istiqamah dengan pendiriannya dan tidak u-turn mengenai "gencatan senjata" yang dicadangkan TITM.

UMNO pula yakin bahawa Hadi akan tolak cadangan gencatan senjata tersebut. Menurut seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata cadangan itu bukan pendirian rasmi PAS dan pasti akan ditolak oleh presidennya. Beliau menambah PAS rugi jika lakukan gencatan senjata dengan pakatan Harapan.

"Saya percaya tidak ada komen daripada pemimpin lain yang PAS tidak akan bersetuju sebab sejarah pun banyak membuktikan pandangan timbalan presiden ditolak oleh presiden," katanya.

Guane PAS kini? Kata kawan, PAS betul-betul dah mereng dan amalkan politik kartun nampaknya...

Tiada ulasan: