Khamis, 14 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dua berita Dari Mahkamah: Nizar Menang & Tian Chua Bebas Tuduhan Menghasut

Posted: 14 Jul 2016 01:17 AM PDT

Mahkamah arah TV3 bayar Nizar ganti rugi RM200,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) supaya membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana memfitnahnya berhubung laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni berkata, jumlah ganti rugi itu merangkumi ganti rugi teladan dan keterlaluan. Bagaimanapun tiada arahan mengenai kos.


Keputusan hari ini dibuat oleh Timbalan Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli.

Antara lain, Fitri memberitahu pemberita, jumlah ganti rugi itu juga mengambil kira status Nizar ketika itu sebagai bekas menteri besar.

Pada 26 Februari 2014, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.

"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi semula bagi penaksiran ganti rugi," katanya.

Arif berkata Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.

Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.

"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

Semasa itu, mahkamah turut memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.

BERITA 2

Tian Chua kekal bebas tuduhan hasutan pencerobohan Lahad Datu


Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang kekal bebas daripada pertuduhan menghasut berhubung kenyataan yang dibuatnya berhubung pencerobohan Lahad Datu.

Ini berikutan keputusan pihak pendakwaan yang menarik balik rayuan terhadap pembebasan itu di Mahkamah Rayuan hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya K Mangai memaklumkan panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Tengku Maimum Tuan Mat berhubung keputusan pihak pendakwaan untuk menarik balik rayuan mereka.

Sehubungan itu, panel hakim membatalkan rayuan berkenaan. Ini sepatutnya menjadi rayuan terakhir oleh pihak pendakwaan, kerana kes tersebut bermula di Mahkamah Sesyen.

Hakim lain yang bersidang sama hari ini adalah Datuk Zamani A Rahim dan Datuk Zabariah Yusof.

Chua, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, diwakili peguam Eric Paulsen.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur empat bulan lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskan Chua daripada tuduhan menghasut, atas alasan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Chua mengeluarkan kata-kata yang didakwa berunsur hasutan.

Ahli Parlimen Batu itu didakwa pada tahun 2013 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan membuat kenyataan bahawa pencerobohan militan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang kerajaan pimpinan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Hakim Norsharidah Awang pada tahun 2014 tidak memerintahkan Chua membela diri kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

ULASAN GB

Tahniah DS Nizar dan Tian Chua.

Gencatan Senjata: PAS Perlu Istiqamah Dan Tidak U-Turn Lagi

Posted: 13 Jul 2016 09:43 PM PDT

Gencatan politik: AMANAH harap PAS tak 'U-turn'

Walaupun DAP dan PKR hari ini dilihat menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' oleh PAS, rakan sekutunya dari Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu parti itu berbincang terlebih dahulu di peringkat kepimpinan.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata perkara itu penting supaya PAS lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat 'pusingan U'.

"Kami sentiasa bersatu menentang BN. Tapi PAS sendiri yang sebaliknya.


"Saya mencadangkan PAS mengadakan mesyuarat di kalangan pucuk pimpinan dan membuat keputusan (untuk gencatan senjata) supaya selepas ini mereka konsisten dan istiqamah," katanya kepada Malaysiakini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama dalam menumbangkan BN.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan AMANAH – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya sedia membuat rundingan baru dengan PAS bagi menjernihkan hubungan sesama pembangkang dalam menjatuhkan 'musuh yang sebenar'.

Katanya HARAPAN sendiri sentiasa terbuka untuk berbincang kerana perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat presiden sebelum ini.

"Kita sentiasa bersedia memulakan siri rundingan baru. Pakatan Harapan terbuka buat rundingan dengan PAS, PSM, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kita semua sentiasa terbuka," katanya.

Perjumpaan tertutup dengan PAS

Setuju dengan saranan Tuan Ibrahim, Saifuddin berkata perjumpaan secara tertutup dengan PAS akan dilakukan bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Biasa perkara ini kita tak buat secara terbuka dan Tuan Ibrahim tahu siapa yang pergi untuk berunding.

"Kita dah tahu siapa dan tak perlu umum. Saya sudah tahu siapa yang perlu dihubungi dan kami sama-sama tahu," katanya.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke turut menyambut positif cadangan tersebut.

Katanya, parti Islam itu sedar perpecahan dalam pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada BN.

"Saya belum lagi melihat kenyataan itu secara langsung tapi kita ambil ia secara positif. Mungkin PAS sedar bahawa perpecahan di kalangan pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada Umno.

"Mereka melihat bahawa pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi manfaat kepada Umno," katanya.

Loke berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkembangan itu dalam HARAPAN itu dan akan melihat tindakan selanjutnya. -mk


Pas cadang gencatan senjata antara pembangkang

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar gencatan senjata dibuat di kalangan parti pembangkang dan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Cadangan ini dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku sekarang, katanya.

"Parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).

"Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya dengan latar belakang Pas kalah teruk dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

Tuan Ibrahim juga teruk diserang ekoran kenyataan beliau bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu agar rakyat tidak boleh dikelirukan oleh Sarawak Report lagi ekoran pendedahan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diOSAkan oleh kerajaan BN.

Turut menyerang beliau adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kesal dengan dakwaan beliau laporan Sarawak Report mengelirukan rakyat.

Bagi Tuan Ibrahim, apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.

Ini kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara, katanya.

Beliau juga meminta agar ada titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

"Namun, jalan kompromi ini tidak mudah," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada ketajaman hubungan antaranya dengan DAP dan parti pecahan darinya iaitu Amanah.

Beliau akui, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.

Isunya juga, katanya, ialah apakah perkara yang perlu dikompromi dan apa yang tidak boleh dikompromi?

"Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan," katanya.

Menurut beliau, dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.

"Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti," soal beliau.

Bagi Pas, kata Tuan Ibrahim, semua tahu bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui dan mencabul hak bukan Islam.

"Pas tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas sejak ditubuhkan dan inilah pegangan semua kepimpinan parti dari dahulu sehingga kini," katanya.

Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa Pas adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi Pas memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada, tegasnya.

"Dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.

"Jika titik kompromi tidak dapat dicapai, terpaksalah semua parti pembangkang bersedia untuk menang jadi arang, kalah jadi abu di PRU akan datang.

"Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN," katanya.
-MD


ULASAN GB

Mungkin terlaluawal untuk GB mengulas mengenai saranan TITM berkenaan dengan gencatan senjata di kalangan para pembangkang.

Namun jika PAS benar-benar ikhlas untuk bersama dengan Pakatan Harapan, ia tidak menjadi masalah, malah langkah itu amat dialu-alukan.

Semua parti-parti di dalam Pakatan Harapan mempunyai misi dan visi yang serupa - iaiatu menumbangkan kerjaaan Barisan Nasional di dalam pilihanraya ke 14 akan datang. Dan jika PAS turut berkongsi misi dan visi yang sama, maka tiada halangan untuk PAS menyertai PH semula. Cuma kita berharap, sepertimana kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, PAS perlu lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat 'U-turn'.

Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya:


Mengenai hudud PAS perlu akui bahawa UMNO hanya menjadi ia sebagai umpan untuk memerangkap PAS dan PAS telah pun terperangkap sehingga Pakatan Rakyat berkubur lantarannya.

Kita perlu kembali kepada asasnya iaitu mendengar nasihat Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi, sepertimana pendirian AMANAH dan PKR iaitu, tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud.


Perjuangan Islam sepertimana yang GB selalu utarakan perlu menumpukan substance (isi dan pengertian), bukan forms (rupabentuk) semata-mata.

Kita berharap, pertemuan tertutup dengan PH dengan PAS akan membuahkan sesuatu yang positif untuk perjuangan bersama menentang dan mengalahkan BN.

Tiada ulasan: