Rabu, 13 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Asalkan UMNO, Dia Boleh Merusuh Dan Semarakkan Api Perkauman?

Posted: 13 Jul 2016 02:37 AM PDT

Kira-kira 200 penunjuk perasaan berhimpun di depan ibu pejabat DAP di sini, hari ini untuk menyatakan protes terhadap wakil rakyat DAP Nga Kor Ming susulan kenyataannya yang didakwa biadab, dan berunsur provokasi.

Penunjuk perasaan yang kebanyakannya berbaju merah berarak sejauh satu 1km dari Ibu Pejabat Umno Cheras sambil menyanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita' dan membawa plakad tertera 'penghina Islam harus dihukum' dan 'DAP rasis'.

Kekecohan berlaku apabila sebaik tiba di depan ibu pejabat DAP, kira-kira 30 anggota polis membuat sekatan dan tidak membenarkan mereka masuk.


Berlaku tolak menolak antara polis dan peserta perhimpunan itu, malah ada yang membakar mercun.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata Kor Ming diberi tempoh hingga akhir bulan Syawal untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana kenyataannya yang kurang ajar, biadab, tidak bertanggungjawab dan berunsur provokasi.

"Apa yang Kor Ming buat menghasut semua datang ke sini berkumpul untuk merusuh," katanya.

Susulan kekecohan itu, polis hanya membenarkan sekumpulan kecil pimpinan perhimpunan berkenaan masuk bertemu wakil DAP, Chu Yoon Ming bagi menyerahkan memorandum.

"Kami berjaya menyampaikan niat kami untuk menunjukkan kami terus bersatu dan membantah. Jangan main-main dengan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -FMT


'Kita nak kasi DAP mati' - baju merah lontar duit neraka

Kira-kira 200 peserta baju merah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur bagi membantah kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa menghina Islam.

Seramai 30 anggota polis membuat sekatan di hadapan ibu pejabat berkenaan.

Keadaan menjadi kecoh apabila berlaku tolak menolak di antara peserta himpunan dengan anggota polis.

Kumpulan berkenaan turut membawa plakad yang tertera tulisan 'DAP Rasis' dan 'Respek Islam dan mula melemparkan duit neraka ke arah bangunan parti itu.

Duit neraka adalah menyerupai wang dan mengikut adat Cina ia dibakar sebagai persembahan kepada nenek moyang si mati.

Ia terus dilemparkan ketika penunjuk perasaan yang diketuai oleh Pemuda Umno berkumpul untuk melepaskan kekecewaan mereka terhadap seorang ahli parlimen DAP yang dituduh menghina Islam.

Disoal mengenai duit neraka itu, seorang penunjuk perasaan itu menjawab: "Kerana kita nak kasi orang DAP mati ma."

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii yang berada di sebelah lelaki yang tidak dikenali itu menambah: "Lebih kurang macam ini la, dia mahu Umno mati, kita pun mahu DAP mati."

Polis cuba berunding dengan penganjur himpunan dan enggan membenarkan wakil DAP bertemu mereka.

Pada 6 Julai lalu, Nga dalam ucapan Aidilfitri menyiarkan karikatur kanak-kanak dan tetamu menerima sedekah duit raya dan menyamakannnya sebagai rasuah dan 'dedak'.

Posting itu kemudiannya dikeluarkan dari laman Facebooknya.

Nga juga mengundang masalah apabila Selasa lalu memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.

Ia dikatakan membawa makna simbol agama Kristian.

Selepas berunding, polis kemudiannya, hanya membenarkan sekumpulan kecil pemimpin perhimpunan itu untuk masuk bertemu dengan wakil DAP Chu Yoon Ming bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii Razlan mendesak pihak polis mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas Nga kerana mempermainkan agama Islam.

"Saya nak minta pihak polis akta hasut perlu diaktifkan kepada Nga Kor Ming. Tangkap dia, jadikan beliau teladan.

"Jangan mempermain agama sewenang-wenangnya," katanya dan disusuli letupan mercun bola yang dibakar untuk kali kedua.

Razlan turut mendesak supaya Nga meminta maaf secara terbuka kerana tindakannya itu dilihat tidak mempunyai integriti serta anti Islam.
-mk



ULASAN GB

Kita jadi hairan bagaimana Pemuda UMNO boleh dibiarkan merusuh dan bertempur dengan pihak polis. Dan tiada sebarang tangkap pula.

Jika yang melakukan itu dari pihak parti pembangkang sudah pasti mereka sudah diangkut dengan Black Maria.

Berbalik kepada iisu sebab-sebab mereka merusuh.

Ia hanya disebabkan oleh satu karikatur yang didakwa oleh Pemuda UMNO itu sebagai menghina Islam.


Kartun itu bukan Nga Kor Meng yang lukis. Ia adalah dari seorang kartunis Melayu Islam - AMN - yang setahu GB kartun lukisannya itu lansung tidak ada kaitan mempersenda atau menghina Islam.

Puas GB telek kat mana yang dikatakan "menghina Islam" itu. Lansung tidak kedapatan.

Pemuda UMNO berhujjah kononnya umat Islam digalakkan bersedekah di Hari Raya, oleh itu lukisan kartun menyatakan "meminta derma" itu menghina umat Islam.

Sedangkan istilah sedekah itu berasal dari perkataan Arab, "sadaqah" yang kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ia bermaksud "sumbangan", "pemberian" dan "derma".

Jadi dimana salahnya ungkapan berkenaan?

Tentang penggunaan perkataan "dedak", ia hanya bahasa kiasan yang pihak tertentu terasa sangat kerana selama ini menaburkan "deda" untuk mendapatkan sokongan.

Apakah lantaran terasa pedas akibat termakan cili maka pihak Pemuda UMNO merusuh?

Sepatutnya rusuhan itu lansung tidak boleh dibenarkan, apatah lagi polis diberitakan sudah pun membuka kertas siasatan mengenai isu kartun berkenaan. Mengapa perlu diganggu urusan polis yang sedang menyiasat?

Justeru itu, Pemuda UMNO dilihat sengaja mengapi-apikan sifat perkauman dan menjulang rasisma yang begitu ketara dengan rusuhan berkenaan, apatah lagi kebiadaban melanggar sekatan polis dan bertempur dengan mereka.

Polis perlu professional dan bertindak tegas demi menjaga keharmonian negara dan tidak sepatutnya bersikap dwi-standard di dalam tindakan mereka di dalam mendaulatkan undang-undang. Jangan hanya tumpukan tangkap kepada kumpulan parti pembangkang dan membiarkan mereka dari UMNO berbuat sesuka hati menggugat dan mmenghuru-harakan keamanan negara.

Jom ikuti apa kata kartunis negara yang terkenal, Zunar.


Kontroversi karikator duit raya: Tidak salah etika dan budaya, kata Zunar

Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar hari ini mempersoalkan respon marah terhadap sebuah karikatur mengenai duit raya, dan berkata ia tidak salah dari segi etika dan budaya.

"Jika kartun begini dianggap jenayah, kartun-kartun satira lain seperti 'Senyum Kambing' juga jenayah dan juga patut disiasat. Saya tidak faham IQ dan mentaliti orang-orang berkuasa di Malaysia," kata Zunar merujuk kartun terbitan Utusan Malaysia yang kerap menghentam pembangkang.

Zunar dipetik berkata rujukan "dedak" dan "derma" dalam kartun itu merupakan rententan isu hangat yang diperkatakan di Malaysia.

"Ia timbul selepas ada orang mengambil wang 2.6 bilion dan dikatakan sebagai derma dan kemudian memberi imbuhan (dedak) kepada pengikut-pengikutnya supaya menutup mulut.

"Memang menjadi tanggungjawab kartunis untuk membawa isu-isu semasa dalam setiap karya-karyanya," katanya seperti dilapor FMT hari ini.

Kartun yang menjadi kontroversi itu menggambarkan dua orang kanak-kanak, di mana salah seorang bertanya, "Tahun ini, kami tak mintak duit raya, kami mintak derma," dan dibalas, "Tak dapat derma, dedak pun OK."

Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menafikan memuat naik kartun tersebut di laman Facebooknya.

Semalam, penunjuk perasaan berbaju merah berkumpul di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, menuntut Nga memohon maaf sambil membawa sepanduk "penghina Islam harus dihukum" dan "DAP rasis".

Bagaimanapun, Zunar mengingatkan amalan memberi duit raya berasal daripada budaya Cina dan bukan budaya Melayu.

Justeru, beliau bersedia menawarkan kursus membimbing mereka yang tidak faham mengenai kartun.

"Saya sanggup menerima jemputan untuk mengadakan kursus tersebut di mana juga.

"Saya khuatir kerana kurang ketawa boleh meningkatkan depression dan mengundang berbagai penyakit.

"Saya percaya tidak ada sebuah bangsa yang akan maju jika mereka sudah tidak tahu ketawa," kata Zunar.
-MD


Parti Baharu Pimpinan Mahathir Bakal Kukuhkan PH

Posted: 12 Jul 2016 07:48 PM PDT

Ada kemungkinan satu parti politik baharu akan ditubuhkan, barangkali diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada FMT, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata Dr Mahathir mungkin membuat kemunculan semula dalam usaha menggantikan kerajaan sedia ada diketuai gabungan yang pernah dianggotai negarawan itu.

"Kami akan mengadakan mesyuarat Khamis ini bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.


"Antara perkara yang akan dibincangkan hari itu ialah pembentukan parti baharu untuk bekerjasama dengan PH dalam menentang BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Dr Mahathir mungkin mengetuai pasukan baharu ini," katanya.

Khairuddin berkata pakatan pembangkang diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada musuh lama Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi respons yang positif terhadap rancangan itu.

"Kami akan bekerja dengan PH bagi memastikan keadilan ditegakkan. Kami juga mahu memerangi rasuah dan menggubal institusi baharu," katanya.

Perkembangan terkini ini hanya selepas beberapa minggu ahli Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden parti Melayu itu dan anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz.

Khairuddin berkata Muhyiddin dan Mukhriz mungkin akan menjadi sebahagian daripada parti baharu itu walaupun mereka tidak akan menghadiri mesyuarat berkenaan berikutan berada di luar negara pada masa ini.

Seorang lagi bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula dijemput menyertai mesyuarat itu.

"Sesiapa pun boleh menyertai parti baharu ini, termasuk ahli Umno yang tidak puas hati dengan pentadbiran semasa," katanya.

Dr Mahathir pada masa ini bekerjasama dengan pembangkang di bawah sepanduk Selamatkan Malaysia, saling berkongsi pentas mempromosikan gerakan Deklarasi Rakyat untuk mendesak penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Usaha itu nampaknya tidak membuahkan hasil, dengan pembangkang kalah teruk dalam PRK berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, serta dalam PRN di Sarawak pada Mei. -FMT

ULASAN GB

Penubuhan sebuah parti baharu bakal menjadi kenyataan. Ia adalah untuk pemimpin-pemimpin dan hali-ahli UMNO yang tidak puashati dengan kepimpinan Najib sekarang ini.

Walaupun sebelum ini GB lebih cenderung untuk menyokong pandangan supaya mereka itu menyertai parti-parti yang sedia ada di dalam Pakatan Harapan, namun GB tidak menentang sebarang inisiatif untuk penubuhan parti yang baharu, malah amat mengalu-alukannya.

Ini kerana, di dalam sebuah negara demokrasi, mereka berhak untuk berbuat demikian dan tiada siapa pula boleh melarang mereka berbuat demikian.

Dan mereka tentunya telah membuat kajian dan mengambilkira banyak faktor tentang opsyen-opsyen yang ada dari segi kebaikan dan keburukan, peluang dan ancaman, kekuatan dan kelemahan setiap opsyen berkenaan.

Bukan mudah untuk seseorang ahli UMNO untuk menerima dasar perjuangan yang asing dari perjuangan mereka selama ini iaitu nasionalisme, namun setelah dasar perjuangan itu telah dinodai dan dikotori oleh pemimpin UMNO yang sedia ada, maka mereka merasa perlu untuk bertindak keluar dari UMNO dan membentuk satu wadah baharu bagi meneruskan perjuangan mereka.

Bukan mudah juga untuk mereka terus masuk dan terima dasar perjuangan parti-parti yang sedia seperti PKR, AMANAH atau DAP. Kerana rentak perjuangan yang belum serasi dengan mereka. Namun mereka boleh sahaja untuk bekerjasama bagi mewujudkan satu front Pakatan Harapan yang kuat bagi menandingi Barisan Nasional.

UMNO BN sudah rosak binasa. Harapan untuk membetulkannya sudah menjadi sifar. Kebobrokan kepimpinan UMNO di bawah Najib begitu ketara dan UMNO sudah reput dari akar ke pucuknya.

Sebaliknya, P{akatan harapan kini semakin kukuh dan adalah tepat bagi parti baharu yang bakal dipimpin oleh Tun Dr Mahathir menggabungkan partinya itu ke dalam pakatan Harapan - jika SELAMATKAN MALAYSIA terus menjadi obor perjuangannya, kerana itulah sebenarnya tujuan Pakatan Harapan ditubuhkan.

Tiada ulasan: