Selasa, 26 Julai 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pembayar cukai biayai program ‘kebajikan sosial' 1MDB - Pua

Posted: 26 Jul 2016 04:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


Dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 1MDB banyak menyumbang kepada kebajikan sosial hanya "sandiwara" kerana semua itu dibiayai oleh oleh pembayar cukai, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Najib semalam memuji Yayasan 1MDB kerana menderma RM10.4 juta untuk menaja 1,100 jemaah untuk menunaikan haji tahun ini.

Malah, Pua berkata, Yayasan 1MDB ditubuhkan dengan bertopeng untuk menutup kerugian berbilion ringgit hasil aktiviti pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa.

Katanya, 1MDB tidak menyaksikan keuntungan walaupun satu sen sejak ditubuhkan enam tahun lalu, dan menggunakan program "kebajikan sosial" sebagai "usaha perhubungan awam".

"Oleh itu, kami gesa perdana menteri berhenti memberi gambaran palsu mengenai 1MDB.

"Usaha perhubungan awam ini ditakdirkan akan gagal kerana fakta-fakta dan bukti penyelewengan bernilai berbilion dolar dari 1MDB adalah jelas untuk dilihat oleh semua," kata Pua dalam satu kenyataan lewat semalam.

"Lebih baik Najib menjelaskan mengapa beliau mengambil AS$731 juta dari 1MDB dan mengapa dirinya membenarkan anak tirinya, Riza Aziz dan rakan akrabnya, Low Taek Jho, untuk menyamun 1MDB bagi membeli hartanah mewah, membayar hutang judi , memperoleh pesawat, mengumpul karya-karya seni dan membiayai gaya hidup dekaden mereka "

Pua berkata adalah ironi juga bahawa Najib berdegar-degar dengan tajaan RM10.4 juta untuk jemaah haji sedangkan Tabung Haji dikritik kerana membeli tanah 1MDB.

Tabung Haji membeli 0.64 ekar tanah di TRX di Kuala Lumpur pada harga RM188.5 juta atau kira-kira RM2,774 setiap kaki persegi pada 2015, sedangkan kerajaan menjual tanah berkenaan kepada 1MDB pada hanya harga RM64 sekaki persegi, katanya.

10 cara untuk singkirkan Najib

Posted: 26 Jul 2016 04:44 AM PDT

P Gunasegaram 


ULASAN - Berikut adalah ringkasan artikel berjudul '10 ways to get Najib to go' atau sepuluh cara bagi memastikan Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.

Dapatkan ahli-ahli Umno untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka.

Umno mempunyai berjuta-juta ahli. Bukan semua yang merestui rasuah dan penyelewengan berbilion ringgit dari 1MDN. Mereka ini mesti meluahkan perasaan mereka secara terbuka berhubung kehilangan berbilion ringgit agar pemimpin Umno, ketua cawangan dan ketua bahagian menyedari bahawa sokongan terhadap Najib sudah terhakis di kalangan ahli-ahli parti.

Lobi pemimpin Umno mempamerkan kuasa mereka.

Ahli Umno yang berpengaruh harus mengketepikan cita-cita mereka dan berjuang untuk kepentingan negara serta menuntut pemimpin kanan Umno secara terbuka menunjukkan bahawa mereka bukan taksub kepada Najib. Adalah memalukan bahawa Umno sebagai parti yang berbangga menjadi penjaga kepentingan orang Melayu dan negara tergamak membiarkan berbilion-bilion wang negara disamun dan membiarkannya serta secara terbuka dan aktif mempertahankan Najib.

Parti komponen BN perlu membuat suara mereka didengar.

Sudah sampai masa supaya rakan-rakan komponen BN di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak meluahkan rasa jijik kebanyakan penyokong mereka berhubung Umno yang terpalit dengan 1MDB. Ini walaupun bermakna bahawa mereka perlu meninggalkan gabungan itu.

Dapatkan pembangkang bersama-sama dalam isu ini.

Rakyat Malaysia yang mempunyai pengaruh di kalangan pembangkang harus menasihati parti mereka untuk bersama-sama memaksa perubahan dalam kepimpinan, jika tidak sekarang maka dalam pilihan raya.

Satu-satunya cara pembangkang boleh menang adalah untuk mempunyai barisan yang bersatu termasuk PAS. Tumpukan hanya kepada agenda bersama dan ketepikan isu-isu yang membawa keretakan.

Sokong perhimpunan awam mendesak Najib berundur.

Terdapat pebagai pergerakan yang menuntut Najib untuk meletak jawatan. Sokong mereka, termasuk Deklarasi Rakyat yang kini mempunyai lebih satu juta tandatangan.

Sertai perhimpunan aman bagi menggesa penyingkiran Najib.

Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhumpun secara tertib dan aman. Jika BERSIH 5 menganjurkan perhimpunan, sertainya dan turun ke jalanan.

Tolak menerbitkan berita tidak benar mengenai 1MDB.

Bagi mereka yang bekerja di media arus perdana, mungkin mereka tiada pilihan tetapi untuk menyokong kerajaan yang memerintah, tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh melakukan sesuatu dengan tidak menerbitkan sesuatu laporan yang tidak benar mengenai 1MDB. Tiada orang yang berhak mengarahkan kamu menerbit atau menulis berita palsu.

Nyatakan rasa tidak puas hati anda.

Kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kita harus menyatakannya, terutama jika kita boleh menyokong kenyataan-kenyataan itu dengan fakta dan hujah yang bernas.

Beri tekanan kepada SPRM dan polis untuk menyiasat.

Cukuplah untuk semua bukan hanya di Malaysia tetapi di dunia melihat rompakan terbesar yang berlaku di depan mata kita. Kita mesti memberi tekanan kepada mereka yang bertanggungjawab untuk menyiasatnya dan menguatkuasakan keadilan. Kita perlu mengingatkan mereka bahawa sejarah akan menghukum jika mereka tidak melakukan sesuatu.

Jika semua gagal, singkirkan BN pada pilihan raya akan datang.

Pada pilihan raya umum lalu, 51 peratus daripada pengundi memilih pembangkang. Jumlah itu mungkin meningkat dengan isu 1MDB, dengan syarat pembangkang dapat bekerjasama. Jadi jangan memandang rendah kuasa yang ada di tangan anda untuk melakukan perubahaan. Ini adalah kuasa mutlak rakyat.

Membela kedaulatan negara atau Najib?

Posted: 26 Jul 2016 04:39 AM PDT

Raja Bahrin Shah 


ULASAN Pada bulan Syawal di mana kita menyambut kemenangan berpuasa sebulan baru-baru ini, saya memohon pemimpin pemimpin politik supaya jangan menganggap rakyat Malaysia ini tidak celik maklumat dan kurang cerdik.

Isu kontroversi 1MDB telah melihat seorang bekas menteri kabinet, seorang menteri besar dan seorang ketua parti pembangkang mengeluarkan kenyataan yang sangat sangat mengelirukan dan tidak tepat.

Mereka menyatakan penyiasatan kes 1MDB oleh kerajaan asing adalah campur tangan kuasa luar untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Marilah kita merenung secara rasional situasi sebenarnya.

Kepada bekas menteri kabinet itu, saya ingin tekankan di sini apabila kes NFC yang melibatkan pemimpin tinggi dan pinjaman beratus juta yang tidak digunakan untuk penternakan lembu, kerajaan Amerika tidak menyentuh langsung isu tersebut kerana tiada kaitan dengan mereka.

Kerajaan Singapura terpaksa memberi kerjasama siasatan kerana sebahagian dari wang tersebut telah dilaburkan di Singapura. Kes ini dalam proses perbicaraan. Tidak timbul kerajaan Singapura nak jatuhkan mana-mana pemimpin.

Dalam kes 1MDB, ia melibatkan berbillion billion ringgit wang rakyat yang di bawa keluar dari Malaysia ke Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, kepulauan Caymans dan juga Hong Kong dengan cara haram yang melibatkan penggubalan wang secara haram (money laundering).

Pada tahun 2015, Malaysia sendiri telah membawa pindaan rang undang-undang penggubalan wang haram di Parlimen untuk memperketatkan undang-undang tersebut. Kita sendiri mengakui penggubalan wang haram adalah salah.

Negara-negara lain juga mempunyai undang undang mereka tentang aktiviti penggubalan wang haram.

Apabila 1MDB telah membawa wang dan melabur secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland mereka terpaksa menyiasat kes kes tersebut kerana menjaga reputasi dan nama baik institusi kewangan mereka sendiri.

Kalau 1MDB hanya mengedar atau melabur secara haram di dalam Malaysia sahaja, tiada sebab atau kuasa mereka hendak menyiasat kes dalam Malaysia.

Tetapi isu dan masalahnya, 1MDB menjalankan aktiviti secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland, dan kerajaan mereka wajib menyiasat kesalahan di bumi mereka.

Tiada apa apa konspirasi di sini yang mereka melanggar kedaulatan undang undang kita. 1MDB yang melanggar undang undang di negara mereka. Ini kita perlu faham dan jangan kelirukan rakyat.

Singapura terpaksa menutup Bank BSI mereka sendiri, menangkap pengurus-pengurus mereka dan merampas harta 1MDB kerana kesalahan isu berkaitan 1MDB di Singapura.

Bekalan air

Tiada sebab Singapura hendak berkonspirasi terhadap Malaysia apabila mereka bergantung begitu besar terhdap bekalan air kita, pekerja kita dan sedang berunding membina keretapi laju yang akan banyak menguntungkan Singapura.

Ini isu melanggar undang-undang Singapura.

Sebuah syarikat dari Abu Dhabi pula telah menuntut hutang 1MDB melalui Mahkamah Timbangtara Antarabangsa kerana 1MDB gagal membayar hutang mereka.

Adakah kita hendak tuduh Abu Dhabi, sebuah negara Islam, juga terlibat dalam konspirasi terhadap Malaysia.

Isunya ialah hutang 1MDB yang di ketuai oleh Datuk Seri Najib Razak, bukan negara Malaysia yang hendak dihukum.

Switzerland terkenal sebagai negara berkecuali yang tidak pernah terlibat bermain politk antarabangsa dalam sejarahnya, menyiasat 1MDB kerana ingin menjaga nama baiknya sebagai pusat perbankan dunia terbaik kerana aktiviti mencurigakan 1MDB di Swizerland

Kembali kepada Amerika pula. Barack Obama adalah rakan golf akrab Najib yang telah dua kali melawat Malaysia dalam setahun.

Di Parlimen kita telah diberitahu olih seorang bekas menteri pertahanan Malaysia yang Amerika sedang berunding dengan Malaysia untuk membina perlabuhan tentera di Sabah bagi menghadapi ancaman negara China.

Dengan kes mahkamah antarabangsa oleh Filipina baru-baru ini terhadap China tentang kedaulatan Lautan Cina Selatan, yang menimbulkan ketegangan serantau ASEAN, mengapa Amerika hendak berbalah politik dengan Malaysia?

Topik panas

Ini semua tidak masuk akal melainkan ianya semata-mata isu perundangan kewangan antarabangsa berkaitan penggubahan wang haram yang amat serius.

Marilah kita menggunakan ilmu pengetahuan melalui penyelidikan dan bukan emosi sebelum membuat anggapan tidak munasabah yang mengelirukan rakyat dan mengalih pandangan dari isu sebenarnya.

Negara kita menghadapi masalah kepercayaan dan kredibiliti yang amat serius sekarang.

Saya baru pulang dari luar negara dan isu 1MDB dan Najib adalah topik panas utama di luar sana. Rakyat Malaysia di luar negara dihujani pelbagai soalan dan cemuhan kerana isu 1MDB.

Yang amat melucukan adalah kenyataan dari bekas menteri wanita tadi bahawa campur tangan kuasa asing akan menyebabkan Malaysia menjadi seperti Iraq - yang dijajah!

Soalan kami berapa titik sahajalah rezab minyak Malaysia kalau dibanding dengan sumber Iraq, Arab Saudi atau Amerika sendiri?

Lagi pun bukankah perdana menteri Malaysia di antara kalangan kroni-kroni Amerika?

Pada tahun ini saya sendiri telah menyoal di Parlimen mengapa Malaysia menyertai latihan tentera - " Northern Thunder" di Arab Saudi yang disertai oleh semua kroni Amerika dari negara Arab dan Afrika sahaja?

Kerana ingin mengambil hati Amerika, Malaysia sanggup "menyelit" dan merupakan negara tunggal yang bukan dari Arab dan Afrika dalam latihan tersebut.

Najib sendiri telah melawat tentera Malaysia semasa latihan tersebut.
Patutlah Obama sayang pada Najib dan melawat Malaysia dua kali dalam setahun.

Presiden Amerika terakhir melawat Malaysia sebelum itu adalah Presiden Johnson pada tahun 1960an - iaitu hampir 50 tahun dahulu!

Apabila kita mendengar seorang bekas menteri kanan kerajaan, seorang ketua parti pembangkang, dan terakhir, seorang menteri besar Umno menyatakan isu 1MDB ini adalah usaha kuasa asing hendak menjatuhkan kerajaan Malaysia, cuba kita fikirkan dari mana datangnya logik analisis mereka!

Emosi

Saya mohon mereka cuba asaskan teori mereka dari fakta-fakta yang nyata serta kukuh dan bukan dari emosi!

Kami boleh memahami kenapa bekas menteri kanan dan menteri besar membuat kenyataan demikian kerana ia berasakan emosi dan sentimen kepartian. Tetapi susah kita hendak memahami kenapa seorang ketua parti pembangkang membuat kenyataan yang sama!

Cuba kita renungkan, mengapa tiada bantahan dan tuduhan mencabul kedaulatan atau campur tangan kuasa asing – Amerika dibuat oleh mereka ini semasa perkara-perkara tersebut di bawah berlaku:-
  • Latihan beribu-ribu tentera Amerika di Terengganu beberapa tahun lalu.
  • Penggunaan pelabuhan Pelabuhan Kelang oleh Kapal Perang Amerika.
  • Cadangan pembinaan pelabuhan tentera Amerika di Sabah seperti pendedahan bekas Timbalan Menteri Pertahanan.
  • Perjanjian TPPA yang akan menggunakan undang-undang negara asing - Amerika di Malaysia.
Adakah bantahan mereka ini untuk membela kedaulatan Malaysia atau untuk menyambung hayat pemerintahan Najib supaya terus berkuasa dan meneruskan salah guna kuasa dan memperkayakan golongan-golongan tertentu?


* Raja Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Sanjeevan dilepas dan dibebas daripada Poca

Posted: 26 Jul 2016 04:20 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan dilepas dan dibebaskan daripada perintah tahanan reman selama 21 hari yang dikenakan terhadapnya mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca).
 
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shariff Abu Samah memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang dikemukakan Sanjeevan bagi mencabar penahanannya.
 
Ketika membuat keputusan itu Mohd Shariff berkata, tempat penahanan pemohon (Sanjeevan) memberikan pelbagai tafsiran yang mewujudkan pelbagai kekeliruan mengenai penahanannya.
 
"Dengan menggunakan kausa semakan sebagaimana dalam bab 31 Kanun Prosedur Jenayah, dalam memastikan aspek penahanan Poca wajib di patuhi," katanya.
 
Sehubungan itu, katanya mahkamah membenarkan pemohonan pemohon secara serta merta.
 
Pada 11 Julai lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Sanjeevan, bagi membantu siasatan.
 
Perintah reman itu akan berakhir pada 31 Julai ini.
 
Media sebelum ini melaporkan polis menahan Sanjeevan, 32, bersama pemandunya selepas disyaki meminta wang perlindungan daripada seorang ahli perniagaan.
 
Tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang pengadu mendakwa Sanjeevan mengugut mahu menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook sekiranya tidak membayar wang perlindungan RM25,000.
 
 

PRN Pulau Pinang peluang keemasan BN - Penganalisis

Posted: 26 Jul 2016 04:14 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang yang dicadangkan DAP menjadi kenyataan, ia merupakan peluang keemasan kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang. 
 
Penganalisis Politik, Edwin Michael berpendapat, DAP akan kehilangan sokongan orang Melayu berdasarkan permusuhan dengan PAS, dan hanya mengharapkan Amanah bagi meraih undi kaum berkenaan.
 
Apatah lagi DAP juga sudah dilabel sebagai anti-Islam apabila menolak Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Sri Abdul Hadi Awang, ujar beliau.
 
"Sebelum ini pada pilihan raya yang lepas DAP dan PAS mempunyai persefahaman jadi banyak undi-undi terutama undi orang Melayu pergi kepada DAP tapi sekarang DAP dilabel sebagai anti Melayu, anti Islam dalam isu-isu yang melibatkan hudud dan sebagainya.
 
"Undi Melayu kali ini akan kepada siapa memandangkan kita ada PAS, DAP dan kita juga Amanah. Siapa yang akan dapat undi-undi Melayu ini dan sebab itu saya katakan ini satu peluang keemasan untuk BN meraih kembali undi-undi Melayu yang sebelum ini semua lari kepada  pembangkang," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini hari ini.
 
Tambah Edwin lagi, dengan faktor keadaan pembangkang yang dilihat tidak sepakat, tidak mustahil Pulau Pinang akan kembali kepada BN sekiranya PRN diadakan. 
 
"Keadaan pembangkang sekarang dilihat agak kelam kabut kerana daripada awal lagi jika kita lihat pada Pilihan Raya parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan sampai sekarang isu pembangkang masih lagi belum diselesaikan.
 
"Isu pembangkang yang saya maksudkan adalah isu-isu melibatkan DAP dan juga PAS. Selagi tidak ada kesefahaman antara mereka atau erti kata lain 'gencatan politik' selagi itu pembangkang akan jadi sangat kelam kabut kerana mereka tidak ada satu arah tuju yang konsisten," katanya lagi.
 
Edwin juga tidak menolak bahawa faktor-faktor berkenaan menjadi antara sebab mengapa PKR masih belum memberikan persetujuan terhadap cadangan DAP itu. 
 
"Ini sebenarnya bukanlah masa yang sesuai untuk adakan PRN di Pulau Pinang dan sebab itu kita boleh lihat PKR teragak-agak untuk bersetuju dengan cadangan Lim Guan Eng ini.
 
"Dalam isu ini juga Lim Guan Eng mengambil mudah menganggap bahawa DAP boleh menang sapu bersih kerusi sekiranya bertanding di PRN dan menang dengan majoriti yang lebih besar kerana keyakinannya," ujarnya.
 
Setakat ini, kerajaan DAP Pulau Pinang hanya menunggu jawapan daripada PKR, selepas Amanah menyatakan sokongan terhadap cadangan mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.
 
Parti pimpinan Mohamad Sabu itu telah menyatakan persetujuan untuk bertanding pada pilihan raya negeri berkenaan sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.  
 
PKR akan bermesyuarat pada malam ini bersabit cadangan pilihan raya mengejut berkenaan.
 
 

PAS kemuka ‘bukti’ ia tidak bisu isu 1MDB

Posted: 26 Jul 2016 04:12 AM PDT

 
Bagaimanapun separuh daripada 18 kenyataan media pemimpin PAS sejak Disember lalu dikeluarkan oleh timbalan presidennya.


pas-1mdb


PETALING JAYA: Lidah rasmi PAS Harakahdaily hari ini menyenaraikan kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS bagi menepis dakwaan parti itu membisu dalam isu skandal 1MDB.

"Dakwaan kononnya PAS membisu berhubung skandal 1MDB adalah propaganda, cetusan sensasi dan publisiti murahan pihak yang terdesak untuk mencalar kewibawaan PAS.

"Malah, difitnah pula pimpinan PAS cuba melindungi mereka yang terlibat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menerima imbuhan 'dedak' atas sikap itu," kata komen yang disusuli 18 kenyataan media sejak Disember lalu.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati sembilan atau 50% daripada 18 kenyataan yang disenaraikan adalah daripada Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin PAS yang dilihat lantang mengkritik secara langsung syarikat bermasalah itu.

Dua kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, satu daripadanya merupakan gesaan supaya kuasa asing tidak campur tangan siasatan 1MDB, manakala satu lagi merupakan kenyataan bersama Tuan Ibrahim menuntut penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Satu-satunya kenyataan dikeluarkan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, mengkritik laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib sebagai "tidak logik".

Kenyataan Haron itu dibuat selepas laporan WSJ pada Jun 2015 yang mendedahkan Najib menerima RM2.6 bilion. Najib mengakui menerima wang tetapi menafikan ia ada kaitan dengan 1MDB.

Skandal 1MDB kembali hangat selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman mahu menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion, selepas penyiasat negara itu mendapati salah laku dan kecurian wang daripada syarikat itu.

Dokuman AS itu turut menamakan anak angkat Najib, Riza Aziz, dan antara lain mendakwa sejumlah AS$11 juta (RM44.8 juta) wang 1MDB dibayar kepada sebuah kasino di Las Vegas bagi melangsaikan hutang judi ahli perniagaan Low Taek Jho

9 pengganas ceroboh Lahad Datu dipenjara seumur hidup

Posted: 26 Jul 2016 03:57 AM PDT

 
Kesalahan itu menjejaskan kehidupan penduduk Kampung Tanduo dan kampung berhampiran, selain kaum keluarga anggota keselamatan yang terkorban.


lahad-datu_law_600


KOTA KINABALU: Sembilan tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu terselamat daripada tali gantung dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Mahkamah Tinggi Stephen Chung menjatuhi hukuman itu hari ini terhadap warga Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45; Basad H. Manuel, 41; Ismail Yasin, 76; Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52; Salib Akhmad Emali, 63; Al Wazir Osman, 61; Tani Lahaddahi, 63; Julham Rashid, 69; dan Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53.

Pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan ini memperuntukkan hukuman mati.

Dalam penghakimannya, Chung berkata tiada keterangan yang menunjukkan tertuduh terbabit secara langsung dalam pertempuran yang berlaku semasa pencerobohan itu, ataupun bukti mereka membunuh mana-mana anggota keselamatan secara kejam atau mencederakan sesiapa.

Beliau menegaskan orang paling utama dalam kes pencerobohan itu seperti Datu Agbimuddin Kiram dan 'Jeneral Musa' tidak dibawa ke muka pengadilan.

"Bukanlah tugas yang menyenangkan untuk menjatuhi hukuman sewajarnya terhadap tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

"Kesalahan ini menjejaskan dengan teruk kehidupan penduduk Kampung Tanduo dan mereka yang tinggal di kampung berhampiran, selain kaum keluarga anggota keselamatan yang terkorban," katanya.

Chung turut menjatuhi hukuman penjara 18 tahun masing-masing terhadap Salib Akhmad, Al Wazir, Tani, Julham dan Datu Amir atas pertuduhan kedua menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas, manakala empat lagi – Atik Hussin, Basad, Ismail dan Virgilio – yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 13 tahun.

Hakim memerintahkan supaya hukuman penjara berjalan serentak dengan kesalahan pertama bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Turut disabitkan kesalahan menganggotai kumpulan pengganas ialah Timhar Hadil, 39, dan seorang rakyat tempatan Abd Hadi Mawan, 52, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan diperintahkan supaya menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Chung turut mempertimbangkan pengakuan bersalah warga Filipina Lin Mad Salleh, 50; Holland Kalbi, 50; dan Aiman Radie, 20, bagi kesalahan sama dan memerintahkan mereka masing-masing menjalani hukuman penjara 13 tahun bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Kesalahan menjadi anggota kumpulan pengganas tertakluk di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

Dua lagi rakyat tempatan dalam kes itu yang mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Pabblo Alie, 66, mengaku bersalah mencari harta bagi manfaat sebuah kumpulan pengganas atau bagi berlakunya sesuatu perbuatan pengganas, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 130G (c) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun jika disabitkan kesalahan.

Mohammad Ali Ahmad, 41, juga mengaku bersalah mencari atau memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan, yang juga membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, tertuduh wanita tunggal dalam kes itu, Norhaida Ibnahi, 49, warga Filipina, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bermula tarikh tangkapan kerana melindungi orang yang dia tahu merupakan anggota sebuah kumpulan pengganas.

Hukuman maksimum bagi kesalahan mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan ini adalah penjara seumur hidup.

Peguam Datuk N. Sivananthan, yang mewakili tertuduh warga Filipina, menyuarakan penghargaan kepada mahkamah kerana anak guamnya, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, dilepaskan daripada hukuman mati.

Beliau memberitahu mahkamah beliau akan mengemukakan permohonan untuk merayu terhadap hukuman dan sabitan ke atas anak guamnya.

Dalam rayuannya, beliau menggesa mahkamah agar mempertimbangkan peranan anak guamnya dalam kes itu, dan tiada bukti yang anak guamnya adalah orang kanan kepada dalang pencerobohan itu, Datu Agbimuddin dan 'Jeneral Musa', dalam tindakan pengganas berkenaan.

Sementara itu Ram Singh, seorang daripada peguam Ali, berkata rayuan akan dikemukakan berkaitan hukuman terhadap anak guamnya, manakala peguam Abdul Gani Zelika yang mewakili Hadi, pula berkata beliau belum mendapat arahan daripada anak guamnya sama ada untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman ke atas Hadi.

Peguam Putli Noor Asikin Datu Gulam, mewakili Pabblo, berkata rayuan tidak akan dikemukakan bersabit hukuman ke atas anak guamnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu mahkamah pendakwaan berhasrat untuk merayu terhadap keputusan mahkamah ke atas 11 tertuduh yang dilepaskan dan dibebaskan dalam kes itu.

Beliau menggesa mahkamah supaya mempertimbangkan kepentingan awam apabila menjatuhi hukuman, dan menyatakan bahawa kepentingan tertuduh tidak seharusnya mengatasi kepentingan serta keselamatan awam.

"Perbuatan keganasan kini fenomena rentas negara dan suatu cabaran kepada negara bertamadun. Ia ancaman global.

"Kami (pendakwaan) berhujah Yang Arif harus menggariskan batasan antara kesalahan yang dianggap sebagai biasa dan bukan biasa dalam menjatuhi hukuman sewajarnya," katanya.

Dusuki berkata hukuman maksimum bukan saja menghalang bakal pesalah daripada melakukan kesalahan itu, tetapi akan turut menunjukkan keseriusan mahkamah dalam mengendalikan kesalahan itu.

Pendakwaan memulakan kesnya pada 6 Januari 2014 dengan 30 individu terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga lelaki tempatan, didakwa dengan pelbagai kesalahan yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo antara 12 Februari dan 10 April 2013.

Pendakwaan memanggil 166 saksi sepanjang 239 hari prosiding berlangsung yang berakhir pada 5 Januari tahun ini.

Pada 5 Februari, Chung memerintahkan 19 daripada 30 tertuduh supaya membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie.

Bagaimanapun, pada 23 Februari dan 24 Februari, sembilan daripada 19 tertuduh, termasuk dua rakyat tempatan, memilih untuk mengaku bersalah tetapi hakim menangguhkan hukuman sementara menunggu kes pembelaan selesai.

Empat daripada sembilan orang masing-masing berdepan dua pertuduhan – melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas. Bagaimanapun mereka hanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan kedua.

Seramai 20 saksi dipanggil pada kes pembelaan yang berlangsung selama 24 hari secara berperingkat antara 25 Februari dan 17 Mei.

Seorang daripada tertuduh warga Filipina, Hadil Suhaili, 68, yang sering sakit dengan mengalami masalah pernafasan teruk sepanjang perbicaraan, meninggal dunia pada 23 April semasa dalam tahanan.

Semalam, Chung berkata sabitan terhadap Hadil, yang didakwa menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas, tidak akan direkodkan berikutan kematiannya.

Sida-sida yang punya testikel

Posted: 26 Jul 2016 03:54 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Mereka tidak dikasi tetapi sesuatu yang lebih penting kepada seorang insan dirampas; maruah dan harga diri mereka dirampas.
 
 
 
zaid-ibrahim_shoe_600

Oleh Zaid Ibrahim


Tatkala zaman maharaja memerintah empayar yang luas, orang suruhan yang dikasikan – iaitu, bebola testikel mereka dipisahkan daripada badan mereka digunakan maharaja itu sebagai pengawal istana mereka.

Maharaja itu memerlukan orang yang boleh dipercayai sepenuhnya untuk mengambil kisah dan memelihara gundik dan perempuan simpanan mereka – sesetengah daripada maharaja dulu mempunyai lebih 1,000 perempuan simpanan.

Maharaja itu tidak boleh mempercayai lelaki yang "lengkap" sebagai pengawal untuk memastikan perempuan simpanan mereka tidak dicabuli kehormatan mereka, ataupun menggunakan pengawal itu untuk memenuhi nafsu mereka. Oleh itu, kaum sida-sida ataupun "eunuchs" ini diciptakan untuk memenuhi keperluan maharaja itu.

Sida-sida ini dikasi sejak kecil lagi, dan disebarkan untuk bekerja di dalam kawasan dalaman istana. Oleh itu, kaum sida-sida ini mempunyai peluang menjadi rapat dengan maharaja mereka, gundiknya, dan juga penasihat kanannya.

Peluang ini digunakan sida-sida itu untuk mempengaruhi maharaja dan penasihatnya dalam perkara dasar kerajaan, malah sering kali juga campur tangan dalam hal kerajaan yang lain. Inilah sebabnya kenapa sida-sida ini akhirnya memegang jawatan penting di dalam empayar, dan juga mengaut harta banyak di samping menggenggam kuasa besar.

Saya menerangkan semua ini supaya senang untuk anda menerangkan kepada orang lain (terutama sekali warganegara asing) kenapa Datuk Seri Najib Razak masih lagi maha berkuasa.

Najib, maharaja tersohor abad ke-21 ini, berjaya melaksanakan apa yang hanya dapat diimpikan orang lain, iaitu beliau kini mengecap kejayaan sebagai perdana menteri terkaya di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Najib berjaya menahani publisiti buruk dari media global berbulan-bulan lamanya, dan meskipun tindakan Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini (yang menerangkan secara terperinci modus operandi yang digunakannya untuk mengebas lebih USD3.5 bilion dari negara), beliau masih lagi menikmati sokongan penuh daripada ahli Kabinetnya, partinya, perkhidmatan awam, polis, pemberita media aliran utama dan bloggers, serta juga kehakiman dan ahli Parlimen.

Bagaimanakah fenomena ini dapat dijelaskan?

Kita tidak boleh menyalahkan sepenuhnya pihak pembangkang yang lemah dan huru-hara. Ia juga tidak adil untuk mengharapkan "kemarahan" rakyat biasa secukupnya sehingga mendorong mereka untuk berarak di jalan raya untuk mendesak agar Najib digantikan, pada kala ramai di antara mereka hanya menyara hidup dengan menjual nasi lemak atau bekerja sebagai buruh am.

Kehidupan harian untuk ramai rakyat Malaysia adalah susah. Mencari makanan dan duit tambahan untuk membayar tol seharusnya dianggap lebih penting daripada melibatkan diri dalam pergolakan politik.

Sebab sebenar mengapa Najib kekal sebagai perdana menteri, meskipun dengan segala yang berlaku, ialah kejayaannya mewujudkan barisan sida-sida yang panjang untuk melayaninya. Sida-sida ini berbeza daripada sida-sida negara pusat alam pada satu ciri – bebola testikel mereka masih bersatu dengan badan mereka –tetapi selain daripada itu sifat mereka sama.

Najib tidaklah mengkasikan mereka tetapi mengambil sesuatu yang lebih penting kepada seorang insan; beliau merampas maruah dan harga diri mereka. Dan meletakkan pula perasaan takut dan gentar ke dalam mereka sehinggakan mereka akur dan mencium tangannya dan berjanji untuk setia kepadanya, selamanya.

Mereka akan melakukan apa saja dan segalanya untuk beliau; mereka gerun akan diri beliau, dan merasakan diri mereka umpama kosong tanpa restu dan rahmatnya. Pembelaan beramai-ramai mereka untuk "maharaja" mereka memberikan mereka perasaan kekitaan, dan mereka diberikan ganjaran yang besar untuk semangat mereka itu.

Akan tetapi, sida-sida zaman sekarang memerlukan berjuta-juta ringgit untuk memuaskan kerakusan mereka, dan ada juga yang diberikan pingat dan gelaran yang biasanya dihadkan hanya kepada mereka yang berbakti kepada negara secara luar biasa dan untuk jangka masa lama.

Sida-sida ini tidak berkhidmat untuk kerajaan, atau berbakti untuk negara. Mereka tidak melihat perbezaan (mahupun memahami) konsep moden penceraian antara ketua kerajaan dan negara. Mereka tidak nampak perbezaan antara kebenaran dan kebatilan.

Mereka tidak melihat keperluan untuk ketua kerajaan bertanggungjawab ke atas tindak lakunya kepada sesiapa, kerana kepentingan maharaja itu dikirakan sinonim dengan keperluan negara, seperti dipraktikkan Louis XIV di Perancis. Oleh itu, hukum undang-undang adalah wajib, tetapi tidak boleh dikenakan kepada si maharaja jika ia membuatkan beliau lemah atau kerugian.

Sida-sida moden ini sentiasa bersedia untuk mati demi maharaja mereka, oleh itu ia perkara kecil untuk menipu, berhelah dan berlagak umpama dunia ini dipenuhi dengan manusia dangkal dan bodoh.

Persoalannya ialah, bagaimana dengan kita? Adakah kita menyayangi negara kita ini secukupnya, dan adakah kita mempunyai cukup kekuatan untuk berdiri menentang sida-sida ini tanpa gentar? Jika ya, maka masih ada lagi harapan, tetapi lebih cepat kita bertindak, lebih baik.

Kota London dimusnahkan oleh kebakaran, 350 tahun dulu, tetapi ia dibina semula dengan usaha hebat rakyat British.

Negara kita kini dimusnahkan juga, bukan dengan kebakaran tetapi dengan pengkasian. Saya berharap rakyat Malaysia akan bangun, untuk membina negara ini sekali lagi.

*  Datuk Zaid Ibrahim ialah bekas menteri undang-undang.

Lulus undang-undang keselamatan, tak perlu minta maaf

Posted: 26 Jul 2016 03:50 AM PDT

Kow Gah Chie


Perdana menteri berkata kerajaan tidak akan meminta maaf kerana melaksanakan beberapa undang keselamatan dalam tahun-tahun terakhir ini, walaupun berdepan kritikan.

Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika menyentuh ancaman keganasan terhadap negara ini.

Katanya, insiden yang berlaku di seluruh dunia membuktikan ancaman keganasan pada masa ini lebih besar berbanding waktu silam.

Beliau juga mengingatkan insiden yang melanda rantau di Januari lalu di negara seberang Jakarta.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan sebab kerajaan memperkenalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, Akta Pencegahan Keselamatan 2015 dan Akta Majis Keselamatan Nasional 2016.

Walaupun dikritik, kata Najib, kerajaan tidak akan memohon maaf kerana ia demi mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Aseanapol ke-36 di Putrajaya hari ini.

Ku Seman: Akhbar Cina lagi bebas dari akhbar Melayu?

Posted: 26 Jul 2016 03:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain hari ini menimbulkan persoalan apakah wartawan akhbar berbahasa Cina diberikan kebebasan menulis yang lebih berbanding wartawan akhbar Melayu.

Ku Seman yang berkhidmat lebih 32 tahun dengan akhbar Umno itu berkata, analisis oleh wartawan akhbar Melayu sering menyokong melulu kepada arus utama dan menghentam melulu terhadap arus yang bertentangan.

"Apakah wartawan akhbar Cina jauh lebih hebat membuat analisis berbanding wartawan akhbar Melayu?,

"Analisis yang disiarkan di akhbar berbahasa Cina misalnya yang dalam akhbar Sinar Harian kelihatan tidak dipengaruhi oleh arus utama.

"Mereka menulis sesuatu yang bermain di fikiran sebahagian besar rakyat, sebaliknya di akhbar Melayu kelihatan cuba untuk menyenangkan hati penguasa arus utama," ujar beliau dalam blognya.

Baru-baru ini, Ku Seman juga menzahirkan pendapat yang bertentangan dengan Utusan Malaysia apabila tidak bersetuju dengan dakwaan karikatur 'dedak' yang didakwa berkait dengan Nga Kor Ming sebagai menghina Islam.

Baginya, ia adalah satira politik dengan perkataan 'derma' dan 'dedak' adalah kata kunci yang popular dalam situasi politik semasa.

"Saya tidak jumpa elemen-elemen yang dikatakan menghina Islam yang membawa Pemuda Umno menyerbu pejabat DAP," tambahnya.

Mengulas lanjut, Ku Seman menambah, beliau juga sama sekali tidak fikir wartawan akhbar berbahasa Cina jauh lebih baik dalam membuat analisis.

"Faktor yang membezakan kedua-dua akhbar ini adalah perbezaan ruang kebebasan menulis dengan fakta oleh pihak yang mengawal akhbar berkenaan.

"Tetapi yang terpancar ialah wibawa akhbar dan wartawan berbahasa Melayu jatuh. Mereka kelihatan hanya mempertahankan penguasa arus utama tanpa hujah yang kukuh.

"Berbanding akhbar dan wartawan berbahasa Cina yang menulis dengan hujah dan fakta yang semua rakyat tahu kebenarannya," katanya.

Oleh itu, beliau tidak fikir ada wartawan akhbar Melayu yang diberi ruang kebebasan menulis secara jujur tentang kesan skandal 1MDB terhadap masa depan negara seperti yang ditulis oleh wartawan akhbar Cina.

Walaupun Sinar Harian sebuah akhbar berbahasa Melayu tetapi tidak dikawal sepenuhnya oleh UMNO, katanya, maka Sinar Harian kelihatan bebas untuk menyiarkan analisis yang tidak boleh disiarkan oleh akhbar kawalan UMNO.

PRN Pulau Pinang medan terbaik kerjasama Pas-Umno

Posted: 25 Jul 2016 10:43 PM PDT

MUAMMAR QADDAFI
 
 
Pulau Pinang mungkin terpaksa menghadapi satu pilihan raya negeriPulau Pinang mungkin terpaksa menghadapi satu pilihan raya negeri


Walaupun majlis Presiden Pakatan Harapan masih belum memberi kata putus berkenaan syor DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sekaligus melangsungkan pilihan raya negeri,namun kemungkinan bahawa ia akan berlaku adalah tinggi.

DAP yang mempunyai majoriti Adun berbanding semua parti yang ada pastinya tidak sukar untuk meyakinkan rakan komponennya yang lain.

Walaupun DAP mungkin ada alasan dalaman yang memaksa mereka membubarkan Dun namun hasil pilihan raya pastinya tidak sekadar menyesaikan masalah dalaman DAP.

Pulau Pinang tidak sebagaimana negeri lain,mempunyai komposisi kaum cina yang tinggi dan sokongan tanpa belah bahagi kaum cina kepada DAP dan Pakatan sejak 2008 tentunya menjadi asas keyakinan DAP untuk membubarkan Dun dan cuba meraih sebanyak mungkin undi dan kerusi yang mampu digunakan sebagai kayu ukur kekuatan Pakatan Harapan di negeri pantai barat yang turut mempunyai komposisi pengundi cina yang tinggi.

PRN Pulau Pinang pastinya bakal memberi tamparan hebat kepada UMNO dan Pas sekiranya Pakatan Harapan berjaya menambah lebih kerusi,apatah lagi perpecahan undi melayu kepada 3 bahagian,iaitu kepada Umno,Pas dan PKR/Amanah pastinya tidak menguntungkan musuh politik DAP apabila undi Cina bakal beralih kepada Amanah mahupun PKR walaupun di kawasan yang mempunyai komposisi melayu yang lebih besar.

Kekalahan secara total Pas yang sebelum ini menguasai satu (1) kerusi dan kehilangan beberapa kerusi UMNO yang memengani 10 kerusi pada PRU13 sudah boleh dihidu pada PRN kali ini, kedua parti tertua dan terbesar di Malaysia bakal dimalukan dengan begitu teruk di Pulau Pinang oleh satu Pakatan yang berusia kurang dari setahun dan sekiranya mood ini benar benar mampu direalisasikan,Pakatan Harapan boleh dikatakan mampu berdepan Pilihan Raya Umum ke 14.

Namun jika PRN kali ini mampu mengurangkan kerusi yang dimenangi Pakatan berbanding PRU13 yang lalu, malu besar pastinya akan menimpa DAP dan Pakatan Harapan, mereka akan dilihat sebagai si angkuh yang kecundang, bahkan mereka juga bakal goyah pada PRU ke14 apabila dilihat kalah dikubu sendiri disaat UMNO sendiri telah lemah dan berpecah.

Alternatif terbaik musuh DAP dan Pakatan ada untuk memalukan DAP adalah melalui kerjasama politik yang perlihatkan kedua parti melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas bersama sama bergandingan sekaligus menyasarkan setiap kerusi majoriti Melayu/kerusi marginal untuk dimenangi pasca PRN yang bakal berlangsung.

Umno yang masih menguasai 2/3 undi melayu di Pulau Pinang pada PRU13 pasti mampu perkukuhkan lagi sokongan jika kerjasama dengan Pas mampu direalisasikan,apatah lagi Pas dan UMNO sudah tiada sebab untuk berjuang secara berasingan apabila mereka berkongsi matlamat yang hampir serupa.

Pas yang kini dilihat telah mula memainkan isu Melayu manakala Umno yang kini dilihat menyokong perjuangan hudud Pas seharusnya duduk satu kerusi demi perkukuhkan sokongan Melayu kepada mereka,terutamanya Melayu 'tegar' di kedua dua parti mampu bergabung dalam satu kerjasama politik yang menarik untuk dilihat.

Pada awal Februari lepas,Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Zuhdi Marzuki dalam satu forum perpaduan bertajuk "Dilema Perpaduan Politik melayu di Malaysia" sempena muktamar Majlis Amal Islami Malaysia mendakwa Pas bersedia untuk mendengar cadangan dari pihak badan bukan kerajaan berhubung tindakan yang perlu diambil Pas dan Umno dalam berdepan kerusi marginal pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Menurut beliau lagi sebagaimana dilaporkan akhbar perlu ada strategi antara Pas dan Umno untuk menangani isu ini dan bagi mengelakkan kemenangan oleh DAP. Pas dan Umno tegasnya perlu melupakan perselisihan silam dan menyerahkannya kepada Allah dan berusaha menjayakan kerjasama demi kepentingan melayu dan islam.

PRN Pulau Pinang mampu dijadikan titik permulaan kepada cadangan tersebut seterusnya menjadi kayu ukur samada pada PRU akan datang kerjasama itu perlu diteruskan atau tidak.

PRN pastinya juga boleh digunakan sebagai kayu ukur kepada Pas untuk berdepan pru secara bersendirian atau menjalin kerjasama dengan parti besar lain pada PRU14 kelak.

Akhirnya,PRN pastinya menjadi rahmat besar kepada Pas sebelum berdepan PRU14 akan datang untuk menguji segala model kerjasama yang ada,jika PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar berbekal model bersendirian tidak membuahkan hasil yang baik,mungkin model kerjasama dengan UMNO boleh dieksperimenkan pada PRN kali ini.

Amanah sedia sertai gabungan baharu pembangkang

Posted: 25 Jul 2016 10:37 PM PDT

HAZRI NAWAR
 
 
Prsiden Amanah, Mohamad Sabu sahkan parti itu akan sertai gabungan baharuPrsiden Amanah, Mohamad Sabu sahkan parti itu akan sertai gabungan baharu


Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menolak kemungkinan menyertai gabungan pembangkang baharu bersama kumpulan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Amanah Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada keputusan bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

"Kami bincang bagaimana Amanah akan mainkan peranan jika grand coaliton ini berlaku untuk hadapi PRU14. Kita bincang daripada pelbagai aspek baik buruk agar semua parti pembangkang dapat berada dalam satu barisan untuk hadapi BN.

"Jika ia direalisasikan, Amanah akan bersama dalam grand coalition itu," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Amanah, di pejabat parti itu, hari ini.

Pakatan pembangkang baharu ini jika berjaya dibentuk akan menggabungkan sebuah parti baharu yang akan dirintis kumpulan Deklarasi Rakyat pimpinan Dr Mahathir, dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Ditanya sama ada Pas juga akan menyertai gabungan baharu itu, Mohamad berkata semua pihak dialu-alukan bersama bagi mewujudkan satu kekuatan menentang BN.

Sementara itu, Mohamad memaklumkan bahawa mesyuarat Amanah hari ini turut membincangkan hasrat DAP bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Mohamad berkata, keputusan hari ini akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan terlebih dahulu sebelum satu kenyataan bersama dikeluarkan.

DAP Sebar Islam Liberal Di Masjid – PAS Pulau Pinang

Posted: 25 Jul 2016 10:33 PM PDT







Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa menyebarkan ideologi Islam Liberal melalui Buletin Mutiara di masjid-masjid seluruh negeri, kata pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Menurutnya, Buletin Mutiara, akhbar rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu telah disalahgunakan untuk menyebar doktrin politik DAP, termasuk menyiarkan artikel yang bercanggah dengan Islam.


"Sepatutnya sebagai akhbar rasmi, ia menyiarkan aktiviti kerajaan. Sebaliknya menyiarkan artikel bercanggah Islam dan mempromosikan Islam Liberal dan seumpamanya, terutama memuatkan tulisan dari Penang Institute.

"Jabatan Mufti perlu melihat serius perkara ini yang menimbulkan prejudis terhadap Islam. Tambahan pula akhbar ini disebar edar ke seluruh masjid-masjid dalam negeri ini.

"Sedangkan di masjid kita mengajar perkara yang membatalkan akidah, yang rosakkan Islam. Ini tidak wajar, ini macam hina Islam. Artikel-artikel dari Penang Institute ini kita lihat tidak sensitif pada umat Islam," katanya pada sidang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Pulau Pinang di Pejabat PAS Negeri, Pongsu Seribu.

Tambahnya, kini DAP cuba menjadikan Buletin Mutiara sebagai plafform propaganda sepertimana akhbar rasmi parti itu, The Rocket.

"Kalau tulis di akhbar Roket (milik DAP) lainlah, ini akhbar rasmi. Belanja duit rakyat tapi salah guna untuk doktrin DAP dan pemikiran bercanggah Islam," katanya lagi.

Merujuk edisi terbaru Buletin Mutiara itu, beliau menyanggah tulisan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkenaan Rang Undang-Undang Akta 355.

Bidasnya, tulisan Zairil yang juga Ketua Eksekutif Penang Institute itu adalah sama sekali tidak benar.

"Beliau telah menulis perkara yang tidak sepatutnya diucapkan sebagai orang Islam. Sebagai Ahli Parlimen jika beliau tidak puas hati (mengenai usul pindaan Akta 355) beliau boleh berbahas di Sidang Parlimen. Guna hujah-hujahnya di Parlimen," gesa Fauzi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah beberapa kali memanggil Zairil meminta penjelasan.

Bagaimanapun katanya, Zairil tidak pernah datang dan sewajarnya jika Ahli Parlimen itu yakin hujah-hujah benar, beliau pasti berani datang untuk mempertahankan hujahnya secara akademik.

"Malangnya beliau tidak pernah hadir untuk mempertahankan tulisannya," kata Afnan yang juga pernah menganggotai jawatankuasa tersebut.



Sebelum ini, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan berjuta-juta ringgit semata-mata untuk menyebarkan propaganda DAP melalui Buletin Mutiara di negeri itu.

"Buletin Mutiara telah menjadi suara DAP, jika kita lihat bahan-bahan yang disiarkan di dalam­nya hanya berkisar mengenai DAP.

"Hanya sedikit sahaja berita mengenai rakyat Pulau Pinang disiarkan di situ, tidak wajar kerajaan DAP Pulau Pinang mem­belanjakan wang rakyat yang begitu banyak untuk penerbitan Buletin Mutiara," katanya kepada Mingguan Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang telah membelanjakan RM35.94 juta bagi menerbitkan Buletin Mutiara sejak 2010 ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Cheng Guan, jumlah wang yang sebegitu banyak sepatutnya digunakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memperkasa agenda rakyat seperti membina rumah-rumah kos rendah untuk rakyat yang kurang berkemampuan.

"Rakyat perlukan rumah, mereka tidak perlukan berita-berita propaganda yang disebarkan DAP melalui Buletin Mutiara.

"DAP, jika mahu menyebarkan propaganda parti gunakan wang parti," jelas­nya. Katanya, laporan polis akan dibuat untuk menyiasat me­ngenai penggunaan wang dalam penerbitan Buletin Mutiara.

Pilihan Raya Kilat Pulau Pinang: Guan Eng Tolak Kerjasama Dengan PAS

Posted: 25 Jul 2016 10:22 PM PDT






Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan berkompromi dengan kehendak PKR yang mahu bekerja sama dengan PAS sekiranya berlaku pilihan raya kilat di negeri itu.


Sebaliknya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata parti itu hanya berkerja sama dengan parti-parti yang terkandung dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan PAN.

"Pakatan Pulau Pinang adalah DAP, PKR dan Amanah (PAN),"tegas Guan Eng.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sekiranya berlaku pilihan raya kilat di Pulau Pinang, PAS tetap akan bertanding walaupun secara bersendirian.

"Kita (PAS) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (PAS) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu," katanya.

LIHAT LAGI VIDEO DI SINI 

 

Amanah sudah setuju, DAP hanya tunggu jawapan PKR - Guan Eng

Posted: 25 Jul 2016 10:14 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya menunggu jawapan daripada PKR, selepas Amanah menyatakan sokongan terhadap cadangan mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.
 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dipetik mStar berkata, parti pimpinan Mohamad Sabu itu telah menyatakan persetujuan untuk bertanding pada pilihan raya negeri Pulau Pinang sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
 
"Sekarang ini hanya tinggal PKR. Kami berharap pemimpin mereka akan membuat keputusan untuk menyokong usaha tersebut pada Selasa.
 
"Saya tahu PKR bimbang kehilangan kerusi. Kami juga bimbang.
 
"Tetapi masa depan Pulau Pinang akan menjadi cerah sekiranya kita mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat," katanya kepada orang ramai yang menghadiri taklimat awam kerajaan negeri bertajuk 'Masa Depan Pulau Pinang' di sini malam tadi.
 
Mohamad atau Mat Sabu turut tampil di pentas tetapi tidak mengumumkan perkara itu.
 
Ditanya kemudian, Mat Sabu berkata beliau menjangkakan pengumuman itu akan dibuat pada Mesyuarat Majlis Presiden (MMP) Pakatan Harapan.
 
"Kami belum membincangkan pembahagian kerusi lagi. Kami akan menunggu keputusan PKR terlebih dahulu," katanya kepada pemberita.
 
 

Selepas bantahan, Selena Gomez tampil berpakaian sopan hormati budaya Malaysia

Posted: 25 Jul 2016 10:11 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bintang pop Amerika, Selena Gomez tampil dengan persalinan sopan ketika menjayakan konsert 'Revival World Tour' di Stadium Tertutup Melawati di sini malam tadi.
 
"Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia," demikian tweet di Selena Gomez News @SelenaHQ.
 
Gomez yang julung kali mengadakan persembahan di Malaysia mengenakan baju berlengan panjang dan berseluar panjang warna hitam.
 
Bintang remaja itu menghiburkan ribuan peminatnya dengan beberapa lagu popular seperti Same Old Love, Who Says, Hands To Myself dan Love You Like A Love Song.
 
Konsert Gomez pada malam tadi adalah lokasi kedua progam jelajah di Asia 'Revival World Tour' bagi mempromosikan album terbaharu.
 
Sebelum ini beberapa pihak membantah penganjuran konsert berkenaan. 
 
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, sebelum ini meminta semua masjid dan surau di Selangor mengadakan solat hajat bagi memohon konsert Selena Gomez dibatalkan.
 
Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran konsert penyanyi itu yang dianggap mencemarkan kemuliaan Syawal.
 
Hafez dalam satu kenyataan juga dilaporkan berkata, kedatangan Selena Gomez dianggap menghidupkan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini.
 
 

Siasatan serangan bom di Puchong diperluas ke selatan Thai

Posted: 25 Jul 2016 10:00 PM PDT

BERNAMA
 
 
Pekan Sungai GolokPekan Sungai Golok


Usaha memburu dua rakyat Malaysia yang dipercayai terbabit dalam serangan bom di Puchong penghujung bulan lalu diperluas hingga ke selatan Thailand.

Sumber pihak keselamatan Thai di Sungai Golok berkata terdapat laporan kemungkinan mereka kini berada di Thailand.

Pegawai tinggi ini yang tidak mahu mendedahkan identitinya berkata polis Malaysia telah meminta bantuan dan kerjasama rakan mereka di Thailand untuk menyiasat kemungkinan itu.

"Anggota polis dan pasukan keselamatan Thai telah diminta berjaga-jaga dan memerhati dengan teliti kemungkinan kedua-dua individu terbabit berada di Sungai Golok atau tempat-tempat lain di selatan Thailand.

"Siasatan sedang dijalankan secara sulit terhadap kemungkinan kedua-duanya berada di sini (Sungai Golok)," katanya.

Sumber itu berkata kawalan keselamatan di pintu masuk selatan Thailand termasuk jeti pendaratan haram di sepanjang Sungai Golok telah diperketatkan.

Kedua-dua suspek dikenali sebagai Md Saifuddin Muji, 28, dari Rengit, Johor dan Jasanizam Rosni, 33, dari Parit Raja, Johor.

Poster yang memaparkan wajah kedua-duanya turut ditampal di enam jeti pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok sejak tiga hari lepas.

Sementara itu seorang penduduk tempatan di Sungai Golok berkata dia dimaklumkan pegawai keselamatan bahawa kedua-dua rakyat Malaysia tersebut mempunyai seorang rakan warga Thai di pekan sempadan itu.

"Saya diberitahu, rakan kepada kedua-dua rakyat Malaysia itu pernah bekerja di sebuah restoran di Johor, tetapi kini dipercayai berada di Sungai Golok dan bekerja sebagai penjual CD," katanya.

Penduduk itu berkata mereka telah diminta untuk membantu pihak keselamatan Thai bagi memantau kehadiran kedua-dua rakyat Malaysia itu.

Dalam kejadian serangan pada 28 Jun di sebuah pusat hiburan di Selangor itu, lapan orang cedera. Ia merupakan kejadian serangan bom pertama di Malaysia yang membabitkan anggota kumpulan militan Daesh.

'Malaysian Official 1' jelas merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak

Posted: 25 Jul 2016 09:58 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
Khalid (kanan) di rumah terbuka raya Malaysia DatelineKhalid (kanan) di rumah terbuka raya Malaysia Dateline


Tidak ada kekaburan lagi siapa sebenarnya 'Malaysian Official 1' seperti dinyatakan dalam dokumen saman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), tegas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

"Segala ciri yang disebut berkaitan skandal berbilion ringgit dana 1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang dicuri itu jelas mengarah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Presiden Umno itu telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan sengaja dan terancang merompak kekayaan negara melalui penubuhan 1MDB sebagai syarikat yang kononnya membawa pelaburan ke Malaysia," ujarnya.

Beliau berkata, penyelewengan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB sejak 2009 hingga 2015 itu bukti betapa parahnya jenayah rasuah dan pengubahan wang haram oleh pihak pemerintah di Malaysia.

"Inilah yang dikatakan kleptokrasi iaitu apabila pemimpin menipu rakyat untuk mengkayakan dirinya sendiri. Sekarang, satu dunia tahu Najib adalah pemimpin Malaysia yang telah menipu dan menindas rakyat," tegasnya ketika ditemui selepas jamuan Aidilfitri Malaysia Dateline di Kota Damansara, Selangor semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap kesedaran dan usaha untuk menukarkan Najib sebagai Perdana Menteri perlu ditingkatkan khususnya daripada seluruh Ahli Parlimen BN juga semestinya pembangkang.
Tiada penafian

Mengulas sedutan laporan Ketua Audit Negara berkenaan siasatan ke atas 1MDB yang didedah oleh _Sarawak Report_ , Khalid berkata, tidak wujud apa yang dipanggil khianat sehingga menjejaskan keselamatan negara seperti didakwa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Sepatutnya, laporan siasatan itu dibentang di Parlimen untuk kita mencari penyelesaian hutang melambung yang ditanggung 1MDB. Rakyat mahu tahu perkara sebenarnya. Ini tidak. Boleh pula diklasifikasi sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

"Rakyat Malaysia yang bijak dan boleh berfikir rasional yakin apa yang dibongkar oleh _Sarawak Report_ itu sama seperti yang terkandung dalam laporan (Ketua Audit Negara) itu sebabnya tiada penafian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan," tambahnya lagi.

Untuk rekod, dokumen saman sivil yang diumumkan Peguam Negara AS, Loretta E Lynch pada 20 Julai lalu itu mendakwa sebanyak AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik 'Malaysian Official 1' (Pegawai Malaysia 1).

Tanpa menyatakan nama sebenar individu yang terbabit dengan dana yang diubah secara haram melalui AS itu, _'Malaysian Official 1'_ hanya disebut sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang turut memegang jawatan berkuasa dalam 1MDB.

Selain itu, saman berkenaan salah guna dana syarikat milik Kementerian Kewangan itu juga menyenaraikan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz serta ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang sebelum ini kerap dilihat berada bersama-sama Najib dan Rosmah.

Turut dinyatakan adalah dua pegawai kerajaan Abu Dhabi iaitu Khadeem Abdulla al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

AS dalam tuntutannya mahu merampas 17 aset antaranya hartanah mewah di Beverly Hills, California dan New York selain jet peribadi dengan dua enjin Rolls Royce serta dua lukisan Claude Monet.

Kesemua aset berkenaan dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih AS$1 bilion didakwa dibeli menggunakan dana milik 1MDB pada ketika Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Sekurang-kurangnya tujuh negara di dunia seperti Singapura dan Switzerland turut menyiasat penyelewengan dana 1MDB termasuk membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas dan membiayai produksi filem Hollywood.

Pemilik kapal tunda tidak dengar nasihat polis - Khalid

Posted: 25 Jul 2016 09:49 PM PDT

 
 
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
 
 
Pemilik kapal tunda yang tinggal di kawasan merbahaya di pesisiran pantai diminta bekerjasama dengan polis untuk menangani sebarang insiden penculikan atau ancaman keganasan di perairan Sabah.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lima anak kapal warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Lahad Datu baru-baru ini tidak bersalah, sebaliknya pemilik kapal tunda terbabit yang harus dipersalahkan.
 
Katanya, ini kerana pemilik kapal tunda itu tidak mengendahkan nasihat dan saranan polis seperti yang dibincangkan bersama sebelum ini.
 
"Sebeluk ini kita bincang dengan mereka dan menyarankan berkomunikasi dan kekal berhubung dengan polis.
 
"Saya sedih dan kecewa mereka tidak mengendahkan arahan kami sehingga kita menyaksikan satu lagi insiden penculikan," katanya pada majlis perasmian Persidangan Polis ASEAN (Aseanapol) ke-36 di sini hari ini.
 
Majlis tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Khalid bagaimanapun tidak mengulas mengenai perkembangan terbaharu usaha mengesan lima krew kapal tunda itu.
 
Tiga krew yang diculik itu dikenalpasti berasal dari Sabah ialah Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23 dan Fandy Bakran, 26.
 
Seorang berasal dari Sarawak  ialah Tayudin Anjut, 45, manakala Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Semenanjung.
 
Sementara itu, Khalid mengingatkan mereka yang tinggal di pesisiran pantai Sabah supaya memaklumkan kepada polis ketika keluar ke laut bagi membolehkan langkah-langkah keselamatan tambahan diambil. - MalaysiaGazette
 
 

Teresa Kok dapat RM350,000 akibat ditahan ISA

Posted: 25 Jul 2016 04:49 PM PDT

 
Mahkamah Rayuan mendapati ada kesilapan undang-undang dalam keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu ketika ia memutuskan tahanan terhadap Teresa di bawah ISA mengikut undang-undang.


teresakok


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menang dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini menentang kerajaan berhubung penahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sembilan tahun lalu.

Beliau turut dianugerahkan ganti rugi RM350,000.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya hari ini berkata berlaku kesilapan undang-undang dalam keputusan Mahkamah Tinggi apabila ia menggunakan kes ujian, ketika merujuk kepada situasi Teresa, tahun lalu.

"Ia jelas kesilapan undang-undang apabila Mahkamah Tinggi mengguna pakai prinsip 'stare decisis' untuk mengikut satu kes yang kini bukan lagi undang-undang yang bagus," kata Hakim Datuk Varghese George yang membacakan penghakiman itu.

Panel hakim lain ialah Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Zaleha Yusof.

Mahkamah juga mendapati tuduhan itu, yang menamakan pembabitannya dalam bantahan suara azan, petisyen menurunkan papan tanda Jawi, SMS langsung pembabitannya, dan juga petisyen supaya azan tidak dipasang adalah lapuk.

"Beliau ditahan pada 19 September 2008. Tetapi tuduhan yang dituju kepadanya ialah pada Februari tahun itu.

"Tidak ada tindakan serta-merta. Polis tidak bertindak atas perbuatannya yang didakwa membangkitkan ancaman awam. Mereka hanya menahannya tujuh bulan selepas itu," katanya.

Varghese berkata:"Polis gagal menunjukkan mereka menyokong dakwaan itu ketika menahannya."

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan kerajaan membayar RM350,000 ganti rugi umum, teladan dan teruk kepada naib presiden DAP itu.

"Kos RM70,000 juga perlu dibayar kepadanya (Teresa)," kata hakim.

Tahun lalu, Teresa memfailkan kes mencabar kerajaan atas penahannya mengikut ISA pada 2008. Mahkamah Tinggi memutuskan penahanan itu sah mengikut undang-undang.

Teresa juga diarahkan membayar kos RM50,000.

Pada Mac 2998, Teresa memfailkan saman terhadap menteri dalam negeri, beberapa pegawai polis dan kerajaan Malaysia. Beliau mendakwa ditangkap dan ditahan mengikut ISA secara salah.

Beliau mendakwa penangkapan dan penahannya tidak berasas dan beliau terpaksa melalui tekanan mental, sakit dan mengalami keracunan makanan serta dinafikan hak perlembagaan.

Bercakap kepada wartawan di luar mahkamah, Teresa berkata keadilan diberikan kepadanya dan tidak terlewat untuk mendapatkan keadilan.

"Ini membuktikan saya ditahan secara salah dan tuduhan mengenai azan, petisyen serta SMS itu tidak berasas," katanya.

Beliau berkata, "musuh" hanya cuba untuk menunjukkan imej anti Islam kepada kerajaan Selangor.

SOSMA perlu bendung pengganas walaupun dikritik - PM

Posted: 25 Jul 2016 04:49 PM PDT

 



Najib Razak
Najib Razak







Tidak ada jaminan keganasan tidak akan berlaku di Malaysia tetapi kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak tegas membendungnya berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan, kerajaan akan berusaha apa yang sepatutnya bagi melindungi penduduk di negara ini.

"Malangnya, tidak ada kawalan boleh memastikan tindakan keganasan tidak berlaku di tanah Malaysia dan serangan di Kelab Movida di Puchong bulan lalu, Daesh telah melakukan serangan pertama dalam negara.

"Walaupun lapan cedera tetapi kita bersyukur kerana tidak ada yang terbunuh. Saya boleh beri jaminan yang kerajaan akan meneruskan segala usaha yang perlu dan pasukan keselamatan sentiasa bersedia," ujarnya semasa merasmikan Persidangan Polis ASEAN Kali Ke-36 di sini pagi tadi.

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, Najib memberitahu, usaha kerajaan mewujudkan pelbagai akta keselamatan termasuk SOSMA bagi membendung pengganas telah dikritik namun pihaknya tidak sesekali berkompromi keselamatan penduduknya.

"Undang-undang ini diperlukan dan banyak negara lain kini melakukan perkara yang sama," ujarnya lagi.
Peraturan undang-undang itu membantu pihak berkuasa memantau kemungkinan berlaku aktiviti pengganas dan pengikut Daesh, kata Najib.

Beliau dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas selama ini memastikan Malaysia dalam keadaan aman.

Justeru, beliau berkata, pada persidangan ASEANPOL kali ini sudah sampai masa negara-negara terlibat bersatu buat pertama kali memerangi keganasan yang semakin menular.

Di Malaysia, kata Najib, kerajaan telah memperkenalkan Regional Digital Counter Messaging Communication Centre yang akan diselaraskan dengan negara-negara ASEAN.

Perdana Menteri juga memberitahu, usaha memerangi keganasan juga perlu dilakukan melalui digital media terutama bagi membersihkan nama Islam yang dikaitkan dengan keganasan selama ini.--MalaysiaGazette


Tiga akta cukup tangani ancaman - KPN

Posted: 25 Jul 2016 04:49 PM PDT

 
 
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
 
 
Malaysia tidak memerlukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menjaga keselamatan daripada ancaman pengganas.
 
Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, undang-undang sedia ada iatu Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)2012 (SOSMA) sudah memadai untuk menjamin keselamatan negara.
 
"Kita tidak perlukan ISA, buat apa perlukan ia sedangkan kita sudah ada POCA, POTA dan SOSMA untuk menangkis sebarang bentuk jenayah dan keganasan di dalam negara," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Polis ASEAN (Aseanapol) ke-36 di sini hari ini.
 
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas gesaan sesetengah pihak yang mahu ISA dikembalikan semula untuk menangani ancaman Islamic State (IS) yang kini mengrekrut penduduk tempatan.
 
Katanya, penguatkuasaan ketiga-tiga akta berkenaan diyakini mampu menepis dan mematahkan segala bentuk ancaman jenayah atau keganasan dari dalam dan luar negara.
 
Beliau disoal mengenai gesaan pihak di luar yang mahu ISA dikembalikan semula untuk menangani ancaman Islamic State (IS) di dalam negara melibatkan pengrekrutan warga tempatan.- MalaysiaGazette
 
 

Kes tangguh, Anina mahu kuorum hakim lain

Posted: 25 Jul 2016 04:49 PM PDT

Zulaikha Zulkifli 


Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan kes saman bekas ahli Umno Anina Saadudin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes saman berkaitan pemecatannya daripada parti itu.

Penangguhan itu dibuat susulan permintaan peguam Anina, Haniff Katri Abdullah yang ingin membuat permohonan supaya mahkamah menetap semula rayuan di hadapan kuorum berlainan daripada kuorum yang ada pada hari ini.

"Kami dapati bahawa dua daripada tiga ahli kuorum Mahkamah Rayuan telah pun sebelum ini bersidang sewaktu rayuan Anina terhadap Tengku Adnan dan Abdul Raof dalam rayuan berhubung penamatan keahlian Ainina.

"Atas dasar tersebut dan prinsip undang-undang yang ada, (kita minta) supaya mahkamah tetap semula rayuan ini di hadapan kuorum berlainan dari kuorum tersebut.

"Perkara ini berlaku kerana pihak pendaftaran kadang-kadang perlu dimaklumkan tentang hakim-hakim yang telah dengar kes yang sama.

"Tak ada eligasi tentang ketidakbolehan untuk buat keputusan tetapi undang-undang membenarkan permohonan dibuat supaya satu fikiran yang bebas dapat dibuat daripada penilaian terdahulu dan dapat diutarakan. Oleh itu kes ditangguhkan dan rakan kami akan ke pendaftaran mahkamah rayuan untuk menetapkan tarikh lain seperti yang dijadualkan mahkamah kelak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini.

Menurut Haniff, korum yang ada pada hari ini dihadiri oleh Hakim Datuk Lim Yee Lan dan beliau tidak pernah mendengar kes Anina sebelum ini.

Sebelum ini, kes Anina dihadiri panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Dr Badariah Sahamid dan Harmindar Singh Dhaliwal.

Ketiga-tiga hakim itu sebelum ini memutuskan secara sebulat suara menolak rayuan Anina untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemecatannya.

Keputusan itu dibuat selepas mereka berpuas hati bahawa Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966 adalah undang-undang yang baik untuk diguna pakai.

Sehubungan itu, kuorum itu memutuskan, Mahkamah Tinggi betul ketika membatalkan saman bekas anggota Umno tersebut.

Pada Ogos tahun lalu, Anina dipecat daripada Umno selepas memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden parti itu.

Anina kemudian memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja parti Datuk Abdul Rauf Yusoh ekoran pemecatannya.


Liga Super: Perlu atasi kelemahan untuk Selangor tundukkan Felda United

Posted: 25 Jul 2016 04:49 PM PDT








OLEH HAFIZAN TAIB


KUCHING: Perlawanan menentang Felda United dalam Liga Super, malam ini amat penting dan Selangor perlu mencipta kemenangan dalam usaha terus menghidupkan peluang mencabar kejuaraan liga.

Sehubungan itu, Pengurus pasukan, Amirudin Shari, berkata pemain diharap memberi fokus dengan mengatasi kelemahan yang ada dalam pasukan seperti mana dialami ketika menentang Pulau Pinang dan Kelantan (Piala Malaysia), baru-baru ini.

Beliau berharap pasukan tidak mengulangi kesilapan sama hingga gagal merebut peluang terhidang dalam memburu kemenangan dan mengutip mata penuh.

"Kita kehilangan empat mata berharga ketika bertemu Kelantan dan Pulau Pinang walaupun kita menguasai perlawanan dengan mencipta banyak peluang keemasan.

"Diharap pemain dapat memperbaiki kelemahan ini termasuk kelekaan pada saat akhir yang telah menghukum kita," katanya kepada SelangorKini di sini.

Selangor mencatat keputusan seri 1 – 1 ketika berdepan Pulau Pinang di tempat lawan, 23 Julai lalu serta Kelantan (3 – 3) di Stadium Shah Alam, 20 Julai lalu.

Keputusan itu menyebabkan The Red Giants ketinggalan di tangga ketiga dengan 26 mata berbanding Johor Darul Ta'zim (36) dan Felda United (34) dalam kedudukan liga selain berkongsi empat mata dengan Kelantan dalam Kumpulan B Piala Malaysia.

Amirudin berkata, berdepan Felda United di Stadium Shah Alam, boleh dianggap detik penentu dalam laluan The Red Giants melayakkan diri ke pertandingan Piala AFC tahun depan.

"Kalau kita dapat mengatasi Felda United maknanya kita ada lagi peluang untuk layak ke Piala AFC dan juga ada cahaya harapan sedikit untuk kejuaraan liga.

"Saya berharap semua pemain dapat memberikan fokus terutamanya di penghujung saingan liga yang saya pasti sangat mencabar," katanya.

Katanya, masalah kecderaan dalam pasukan Selangor juga terkawal biarpun beberapa pemain seperti Andik Vermanshah dan Raimi Mohd Nor mengalaminya tambahan hanya ketua pasukan, Shahrom Kalam yang terpaksa berehat panjang.

"Cuma Ogos ini sangat mencabar kerana kita terpaksa bermain hampir sembilan ke sepuluh perlawanan termasuk perlawanan Piala Malaysia.

"Ini antara bulan penentu kepada mana-mana pasukan dalam liga sama ada mampu bertarung terus atau akan tergelincir daripada kedudukan semasa mereka," katanya.EZY

Tiada ulasan: