Isnin, 25 Julai 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mahathir membantah memang munasabah

Posted: 25 Jul 2016 06:28 AM PDT


 
Oleh SUBKY LATIF 


APA jua status Dr. Mahathir selepas berundur daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno, dia adalah seorang rakyat. Sekalipun dia jadi negarawan tetapi negarawan juga seorang rakyat.

Yang menjadikannya Presiden Umno dan Perdana Menteri dulu ialah kerana dia rakyat dan sebagai rakyat yang berpolitik.
   
Sifat dan watak pertama orang politik ialah hendak melihat rakyat dan negara merdeka, aman dan sejahtera. Orang politik boleh campur politik dan boleh tidak campur jika dirasakan semua berjalan baik.
   
Apabila politik sudah tidak normal, sama ada Islam, demokrasi, fasis, ekstremis nescaya ada reaksi. Asas utama reaksi itu ialah supaya politik itu normal dan berada pada tangan yang betul.
   
Dr. Mahathir berpolitik masa muda dulu untuk berkhidmat dan mengambil bahagian merancakkan politik dan apa lagi jika diberi laluan. Datuk Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak juga begitu.
  
Apabila masing-masing berusia, sama ada masih bertenaga atau tidak, maka ada pilihan masing-masing untuk berundur, bersara atau tidak aktif. Dalam Islam tiada usia bersara tetapi boleh tidak aktif.
   
Sekalipun Datuk Onn ditolak oleh pengundi majoriti, dia terus berpolitik hingga mati kerana dia tidak dapat menerima politik yang ada pada masanya. Demikian juga Dr. Burhanuddin. Dia memperjuangkan Islam. Kerana politik Islam itu tidak terlaksana, dia terus berpolitik hingga akhir.
  
Tunku Abdul Rahman bersara daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno. Bersara daripada politik dan bergerak dalam dinamik Perkim. Berjaya menjadikan NGO yang biasa itu dinamik.
  
Sekitar tiga tahun tidak hiraukan politik didapatinya ada yang tidak kena pada politik dan pimpinan Perdana Menteri Tun Razak, maka sebagai rakyat berdarah politik, lalu tiada dia diam. Bahkan hampir menubuh dia sebuah parti politik bagi menyaingi Umno. Rancangannya dibatalkan justeru janji Perdana Menteri Hussein Onn untuk mengikis penyusupan anasir komunis dalam Umno.
   
Usianya panjang lalu dia berada di belakang Tengku Razaleigh Hamzah membentuk Parti Semangat 46. Mengapa setelah kubur kata mari dia berpolitik juga? Justeru jiwa politiknya tidak membenarkannya diam saja apabila ada politik yang dirasanya tidak kena dan boleh menjejaskan rakyat dan negara.
   
Itulah yang menjadikan Mahathir terjaga daripada suasana singa tidur hingga pada usia setua Tunku di akhir hayatnya berhajat menubuh parti baru bagi menggerakkan pakatan pembangkang yang lebih bertenaga, bukan lagi sekadar memaksa PM Najib berundur, bahkan menyambung usaha DS Anwar Ibrahim merampas Putrajaya.
  
Apakah tindakannya itu betul dan adakah dia akan berjaya?
  
Sekalian yang tidak mabuk dedak mengira Najib adalah pemimpin negara yang paling tidak guna. Mendedahkan negara dalam kehancuran dan rakyat hidup sengsara.
  
Gara-gara keburukan dan kedegilan Najib itu tidaklah menyusahkan sangat kehidupan Dr. Mahathir yang ada pencen Perdana Menteri dan elaun besar Petronas dan Proton. Isterinya pun ada  pencen. Hingga mati dia tidak susah.
  
Tetapi sebagai rakyat yang ada jiwa politik, dia tidak senang melihat negara hancur dan rakyat sengsara. Maka dia bangkit berpolitik seperti orang tua Datuk Onn dan Tunku.
   
Jangan fikirkan berjaya atau berbaloi Datuk Onn dan Tunku berpolitik lagi! Jangan anggap mereka tua keladi! Orang politik jika dirasanya ada yang tidak kena, maka dia wajar bangun membantu gerakan politik yang ada bagi membetulkan ketempangan. Berjaya atau tidak, jadi perkara kedua.
  
Diam saja adalah mati sebelum mati.

Papar jemaah haji ditaja 1MDB, media dikuasai kerajaan cuba sorok Malaysian Official 1

Posted: 25 Jul 2016 06:25 AM PDT

 ARIF ATAN
 
 
Najib RazakNajib Razak


Media perdana yang dikuasai kerajaan Umno-BN sejak kelmarin dilihat cuba menyembunyikan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk merampas 17 aset yang dikaitkan dengan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaharu, berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nasional 1 melaporkan kegembiraan jemaah haji di Masjid Tanah, Melaka yang ditaja oleh 1MDB.

Laporan berita pukul 1 petang itu menyebut 1MDB membiayai 10 jemaah haji di sekitar Parlimen tersebut.

Untuk rekod, syarikat pelaburan negara sarat hutang itu sejak 2009 menaja seramai 2,300 jemaah haji membabitkan perbelanjaan sebanyak RM28.2 setakat 2014 lalu.

Program Khas Haji secara tahunan itu disertai imam dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Bahkan, dilihat sebagai "rasuah 'Islamik" bagi pengkritik, 1MDB sejak 2011 turut menaja sepenuhnya pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru dengan jumlah keseluruhannya menelan kos sebanyak RM20 juta.

Sementara itu, walaupun #MalaysianOfficial1 hangat diperkatakan di media sosial, segmen "Trending" yang mengisi berita di Astro Awani malam tadi mungkin terlepas pandang kontroversi 'Malaysian Official 1 yang menerima wang 1MDB sebanyak AS$731 juta.

Paparan slot itu hanya menguar-uarkan fenomena filem 'Kabali' di India diikuti 'demam' Pokemon Go di Jepun serta insiden sepakan gol sendiri yang lucu.

Terdahulu, dalam berita _Astro Awani_ pukul 11 pagi semalam melaporkan pelbagai statistik seperti lebih 1,000 belia ditangkap kerana rasuah serta seramai 69 peratus penghidap HIV adalah Melayu.
Beza akhbar Cina

Dalam hal berkaitan, pemerhatian Malaysia Dateline mendapati akhbar berbahasa Cina semalam meletakkan isu permohonan rampasan sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS bagi memperoleh semula lebih AS$1 bilion itu di paparan utama akhbar masing-masing.

Gambar Peguam Negara AS, Loretta E Lynch; Low Taek Jho atau Jho Low, imej 1MDB serta bendera Amerika mengisi sepenuhnya halaman depan akhbar Guang Ming Daily, Sin Chew Daily dan China Press.

Namun, muka depan tiga akhbar berbahasa Melayu yang dikuasai rejim Umno-BN pada hari sama tidak menyiarkan kes pemindahan wang haram terbesar dalam sejarah AS bahkan bagi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin mungkin juga terbesar di dunia itu.

Ketiga-tiga akhbar tersebut meskipun memaparkan berita jenayah di muka depan tetapi pelakunya dilihat rakyat bawahan yang statusnya tidak seperti kes berprofil tinggi berkaitan kelas elit seperti Malaysian Official 1.

Paparan muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk besar, "Kerani jadi dalang" merujuk kepada kes samun membabitkan RM754,000 di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 4 Julai lalu.

Sementara itu, muka depan _Harian Metro_ tampil dengan imej tangan bergari tetapi bukanlah berkaitan dengan Malaysian Official 1.

Laporan bertajuk "Artis projek Bunian" itu tentang kes seorang pelakon dan pelawak popular yang menipu ahli perniagaan dengan tawaran projek pembinan lebuh raya.

Muka depan akhbar Kosmo semalam pula bertajuk, "Pergaduhan berdarah suami isteri" berkisar tentang dua kes di Johor dan Sabah yang kemudiannya menyaksikan masing-masing isteri seorang penganggur dan suami seorang anggota polis maut selepas bertengkar

Tukar kerajaan melalui pilihan raya boleh segerakan siasatan 1MDB

Posted: 25 Jul 2016 06:17 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Wan Mutalib EmbongWan Mutalib Embong


Pilihan raya dan peralihan kuasa baharu sahaja yang dapat mempercepatkan siasatan berhubung skandal 1MDB, kata Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Datuk Wan Muttalib Embong.

Beliau berkata, dengan adanya pilihan raya dan wujudnya kerajaan baharu, siasatan berhubung 1MDB yang dihentikan sebelum ini dapat dibuka semula.

"Jalan lain adalah pilihan raya baharu, rakyat boleh tentukan. Yang ini kita kena ubah kerajaan dan hanya kerajaan baharu selain BN yang boleh buka semula kes yang ditutup oleh sebuah negara baru-baru ini," katanya kepada Buletin Online ketika ditemui di Majlis Hari Raya Aidilfitri Dun Batu Burok,Kuala Terengganu.

Menurut Wan Mutalib juga, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja juga amat mustahak dalam menyelesaikan isu 1MDB walaupun menyifatkan penubuhan itu mungkin agak terlewat.

Bagaimanapun katanya, suruhanjaya terbabit turut tertakluk kepada pelantikan untuk memastikan ia benar-benar bebas dalam melakukan penyiasatan yang telus dan tidak menolak bahawa penubuhannya sudah tentu dibuat oleh kerajaan.

"Kena tengok peruntukan yang asal, sejauh mana hendak beri kuasa (kepada Siasatan Diraja), ambil kuasa di Parlimen tetapi masih dikawal kerajaan yang memerintah.

"Suruhanjaya Diraja ada dua badan, yang pertama polis, yang kedua SPRM tetapi jika kedua-dua tidak menyempurnakan fungsi yang dikehendaki masyarakat, rakyat dan melintasi kuasa yang ada (pada polis dan SPRM), kita pergi ke parlimen. Di parlimen ini semua orang boleh meletakkan kaedah-kaedah penyiasatan ini. Parlimen boleh buat peraturan-peraturan dia," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Amerika Syarikat yang memfailkan permohonan rampasan sivil bagi mendapatkan semula lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait rapat dengan syarikat 1MBD, beliau memberitahu bahawa kerajaan terbabit bertindak untuk membersihkan namanya daripada sebarang aktiviti yang menyalahi perundangan.

Tidak menafikan bahawa pendedahan tersebut mencemarkan imej negara, beliau turut mendakwa Amerika Syarikat merupakan antara negara terserlah dalam aspek ketelusan pentadbiran dan pemerintahan.

Jelasnya, tindakan diambil negara itu kerana tidak mahu masalah negara lain mencemarkan negaranya.

Dalam kes ini katanya, beliau berharap Amerika Syarikat melakukan penyiasatan telus dan tidak berniat buruk terhadap negara.

"Kita mahu penyiasatan itu menyeluruh. Biarlah pendedahan itu ikhlas dan benar-benar telus, bukan ada niat buruk tetapi kalau ia libatkan negara kita sendiri, mungkin orang yang berkuasa itu cuba sembunyikan sesuatu.

"Bagi negara lain, dia tengok ketelusan transaksi kewangan itu, bagaimana boleh melibatkan negara dia sendiri dan dia tidak mahu sistem kewangan itu tercemar disebabkan perbuatan-perbuatan (penggubahan wang haram) ini," katanya.

Ada pihak guna mekanisme murahan tutup amalan rasuah, kata Nakhaie

Posted: 25 Jul 2016 06:17 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
Nakhaie Haji AhmadNakhaie Haji Ahmad


Mantan Naib Ptresiden Pas, Mohd Nakhaie Ahmad menyifatkan penggunaan kata-kata "bahaya campur tangan asing", "tiada bukti kukuh dan "nama Malaysian Official 1 tidak disebut' hanyalah mekanisma murahan untuk nenutup amalan rasuah, penyelewengan, pecah amanah dan mencuri wang negara berbilion ringgit.

Lebih malang katanya perkataan-perkataan ini diucap dan diulang oleh mereka yang dikenali masyarakat sebagai orang agama.

"Sekiranya penyiasat-penyiasat dalam negara yang berwibawa tidak dibunuh atau tidak diganti dengan penyiasat-penyiasat cap ayam, sudah lama perkara yang sebenarnya berlaku dapat diketahui rakyat.

"Tak perlu bergantung kepada siasatan yang dibuat di luar negara.

Beliau mempersoalkan selama manakah skandal ini hendak disembunyikan.

"Sejauh mana mereka yang bersekongkol untuk melindungi penyelewengan ini hendak pergi?" soalnya.

Habuan yang diterima hasil persekongkolan dengan pemerintah zalim kata beliau tidak kekal.

"Berapalah sangat nilai pangkat dan wang ringgit yang diperolehi berbanding dengan nilai bercakap benar untuk memelihara kepentingan rakyat?

"Adakah mereka fikir Allah akan berpihak kepada perbuatan mereka melindungi penyelewengan dan kejahatan?" beliau terus menimbulkan persoalan.

Beliau menyeru semua pihak supaya meninsafi segala keburukan yang telah berlaku.

"Ceritalah perkara yang sebenar," ujar beliau.

Amanah sedia sertai gabungan baharu pembangkang

Posted: 25 Jul 2016 06:13 AM PDT

HAZRI NAWAR
 
 
Prsiden Amanah, Mohamad Sabu sahkan parti itu akan sertai gabungan baharuPrsiden Amanah, Mohamad Sabu sahkan parti itu akan sertai gabungan baharu


Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menolak kemungkinan menyertai gabungan pembangkang baharu bersama kumpulan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Amanah Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada keputusan bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

"Kami bincang bagaimana Amanah akan mainkan peranan jika grand coaliton ini berlaku untuk hadapi PRU14. Kita bincang daripada pelbagai aspek baik buruk agar semua parti pembangkang dapat berada dalam satu barisan untuk hadapi BN.

"Jika ia direalisasikan, Amanah akan bersama dalam grand coalition itu," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Amanah, di pejabat parti itu, hari ini.

Pakatan pembangkang baharu ini jika berjaya dibentuk akan menggabungkan sebuah parti baharu yang akan dirintis kumpulan Deklarasi Rakyat pimpinan Dr Mahathir, dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Ditanya sama ada Pas juga akan menyertai gabungan baharu itu, Mohamad berkata semua pihak dialu-alukan bersama bagi mewujudkan satu kekuatan menentang BN.

Sementara itu, Mohamad memaklumkan bahawa mesyuarat Amanah hari ini turut membincangkan hasrat DAP bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Mohamad berkata, keputusan hari ini akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan terlebih dahulu sebelum satu kenyataan bersama dikeluarkan.

Bagan Datoh Kini Daerah Baharu Di Perak

Posted: 25 Jul 2016 06:09 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
BAGAN DATOH: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Ahad bahawa Bagan Datoh dinaik taraf sebagai daerah penuh di Perak.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama antara kerajaan negeri dengan Kabinet.

"Ini amat bermakna bagi kita semua yang berkumpul malam ini," katanya semasa berucap pada Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang dekat sini, yang dihadiri kira-kira 50,000 orang.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli juga menghadiri majlis itu.

Bagan Datoh diwartakan sebagai daerah ke-12 di Perak pada 15 Jun lepas dan sebelum ini ia terletak di bawah pentadbiran Daerah Hilir Perak.

Najib juga mengumumkan pembinaan sebuah jambatan bagi menghubungkan Bagan Datoh dengan Pasir Salak yang melibatkan peruntukan sebanyak RM350 juta, selain peruntukan RM150 juta bagi membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Bagan Datoh.

"Saya juga umumkan RM90 juta bagi pembinaaan jalan dua hala menghubungkan Hutan Melintang dengan Bagan Datoh selain RM220 juta untuk pembinaan sebuah politeknik.

"Semua ini akan dilaksanakan selanjutnya. Alhamdulillah banyak rahmat orang Bagan Datoh dapat lagi-lagi bila Ahmad Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri," katanya sambil disahut tepukan gemuruh hadirin.

Amanah Sedia Tunggu Kewujudan Pakatan Baharu - Mat Sabu

Posted: 25 Jul 2016 06:04 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Mohamad Sabu
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menunggu kewujudan pakatan baharu pembangkang yang lebih besar seperti yang diuar-uarkan sebelum memutuskan untuk menyertainya.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu dalam mesyuaratnya pada Isnin sebulat suara memutuskan untuk berbincang mengenai peranan parti itu dalam pakatan baharu sekiranya ia menyertainya kelak.

Amanah akan berbincang panjang dengan Pakatan Harapan tentang baik dan buruk yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Wisma Amanah di sini hari ini.

Beliau berkata Amanah bersiap menunggu kewujudan pakatan itu untuk  membincangkan pelbagai isu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN)dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Mohamad Sabu berkata bagaimanapun partinya berikrar akan terus bekerjasama berganding dalam Pakatan Harapan, yang terdiri daripada Amanah, PKR dan DAP.

Ditanya mengenai cadangan kerajaan di bawah pimpinan DAP hendak mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, Mohamad Sabu berkata Amanah akan memberi keputusan sama ada menyokong atau tidak dalam Mesyuarat Majlis Presiden (MMP) Pakatan Harapan.

"Sama seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang lalu, kami akan umum dalam MMP melalui Pakatan Harapan," katanya.

Rabu lepas, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengadakan pilihan raya negeri.

13 tertuduh kes pencerobohan Lahad Datu bersalah

Posted: 25 Jul 2016 05:56 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Seramai 13 daripada 14 tertuduh yang diarah membela diri dalam kes pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, hari ini didapati bersalah dan disabitkan kesalahan dalam setiap pertuduhan terhadap mereka. 
 
Mereka terdiri 12 warga Filipina dan seorang penduduk tempatan yang sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). 
 
Keputusan itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Stephen Chung Hian Guan pada prosiding yang dijalankan di Penjara Pusat Kota Kinabalu, di sini, selepas membentangkan rumusan perbicaraan kes berkenaan, petang ini. 
 
Dalam penghakimannya, Hian Guan membebaskan seorang tertuduh warga Filipina iaitu Basil Samiul, 35, yang sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 130J Kanun Keseksaan kerana kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas. 
 
Keputusan terhadap seorang tertuduh yang turut didapati bersalah mengikut Seksyen 130 KA Kanun Keseksaan iaitu Habil Suhaili, 68, bagaimanapun tidak direkodkan kerana meninggal dunia akibat asma pada April lalu. 
 
Esok, mahkamah sama akan mendengar rayuan sebelum dijangka menjatuhkan hukuman terhadap semua tertuduh termasuk lima lagi tertuduh yang sebelum ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atas mereka.
 
 

Amanah umum sokong PRN Pulau Pinang pada mesyuarat MPPH nanti - Mat Sabu

Posted: 25 Jul 2016 05:54 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SELAYANG: Amanah akan mengumumkan sama ada menyokong atau tidak cadangan DAP mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) nanti.
 
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bagaimanapun enggan memberitahu pihaknya sudah punya keputusan ataupun tidak.
 
"Kita (Amanah) umumkan setuju atau tidak dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
 
"Seperti juga PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kita umum melalui Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita di Wisma Amanah Negara, hari ini.
 
Semalam Mohamad Sabu atau Mat Sabu memberitahu Amanah akan menyambung mesyuaratnya hari ini bagi mencapai kata putus berkenaan cadangan PRN itu.
 
DAP sebelum ini memutuskan mahu mengadakan PRN Pulau Pinang sebagai membantah dua pertuduhan rasuah yang di kenakan ke atas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
 
Seperti Amanah, PKR juga sehingga kini tidak memberikan kata putus untuk menyokong atau tidak cadangan DAP kali ini.
 
Dalam perkembangan lain, Mat Sabu menyerahkan kepada kepimpinan PAS untuk memutuskan akan 'bersama' parti baru yang akan ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
"Kita tidak tahu sama ada PAS akan sertai atau tidak tapi kita mengalu-alukan semua pihak berada dalam gabungan itu, kalau ia berlaku.
 
"Kami akan bersama dengan Pakatan Harapan, kita tidak pergi (menyertainya) secara bersendiri," ujarnya.
 
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak menolak untuk berkerjasama dengan parti baru Mahathir jika matlamat dan perjuangan mereka selama ini tidak dihalang. 
 
Tun Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan akan membentuk parti dan blok pakatan pembangkang baru untuk menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Ia dijangka disertai sebuah parti baru, PKR, DAP dan Amanah.
 
Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata bagi Amanah, partinya akan memberikan sokongan kepada mana-mana gerakan menentang Umno BN pada PRU14.
 
"Mesyuarat tadi kami tumpu hal ura-ura mahu wujudkan gabungan jadi kita bincang panjang hal itu, macam mana Amanah akan memainkan peranan kalau berlaku gabungan pembangkang untuk hadapi PRU14.
 
"Kita bincang baik buruk aspeknya, daripada semua parti pembangkang dapat berada dalam satu barisan untuk hadapi BN pada pilihan raya akan datang.
 
"Amanah akan bersama dalam gabungan itu, kalau jadilah," katanya lagi.
 
Antara individu yang dikatakan berminat berhubung parti baru itu termasuklah Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.
 
 

PAS 'tongkat' Umno hanya persepsi Amanah - Penganalisis

Posted: 25 Jul 2016 05:53 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Beberapa pendirian PAS yang dilihat seolah-olah menyebelahi Umno, tidak bermakna parti berkenaan menjadi 'tongkat' kepada parti berasaskan Melayu itu sebagaimana yang didakwa Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
 
Penganalisis geopolitik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, PAS seperti mana yang ditekankan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengambil prinsip untuk menyokong perkara yang benar dan menolak yang sebaliknya. 
  
"Ia (PAS) seolah-olah melihat yang betul ia sokong, dan kebetulan memihak kepada Umno. Oleh kerana itulah saya rasa Amanah mengatakan yang banyak menyokong kepada apa juga perkara yang dibincangkan dan diperjuangkan Umno, adalah parti Melayu yang satu lagi. Parti itu PAS sendiri.
 
"Bila ini berlaku, ia boleh kata seolah-olah PAS ini penyokong kuat Umno. Tapi apa yang disuarakan PAS itu ialah kepada perkara yang mereka setuju dan sokong. Tak bermakna parti kuat yang menyokong Umno," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
 
Mohamad atau Mat Sabu ketika Majlis Makan Malam anjuran DAP Selangor malam tadi mendakwa ada sebuah parti Melayu yang kini menjadi 'tongkat' baru Umno.
 
Walaupun Mat Sabu tidak menyebut PAS secara terbuka namun gambaran yang diberi mengenai parti yang dimaksudkan agak jelas.
 
Ujar Mat Sabu, Umno yang dahulunya kuat kerana MCA dan MIC sepatutnya rebah selepas kemerosotan dua parti berkenaan, namun keadaan tidak berlaku demikian berikutan ada parti Melayu lain yang datang 'menongkatnya' kini.
 
Pemimpin-pemimpin Amanah sebelum ini menuduh Hadi sebagai mesra Umno, lantaran beberapa kenyataannya yang seolah menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib razak.
 
Kelmarin Hadi berkata PAS tidak berhasrat untuk mendesak Najib berundur ekoran isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terhadap syarikat pelaburan kerajaan itu.
 
Hadi turut menjelaskan, bukan urusan PAS untuk menentukan sama ada Najib perlu undur atau sebaliknya.
 
Kenyataan Mat Sabu malam tadi itu membayangkan seolah-olah hubungan dingin di antara Amanah dan PAS akan berterusan.
 
Mengulas berhubung perkara itu, Mohd Fuad berkata, kedua-dua parti berkenaan hampir mustahil dapat bekerjasama bukan saja selepas 'sejarah pahit' ekoran perselisihan pendapat ketika di dalam parti yang sama sebelum ini.
 
Malah katanya, perbezaan hala tuju dan perjuangan parti masing-masing juga menjadi penghalang kepada kesepakatan yang cuba dibina di kalangan pembangkang.
 
"Apabila matlamat berbeza, sampai bila pun mereka tak boleh bersatu. Maknanya apa jua pertandingan sekiranya pilihan raya negeri Pulau Pinang berlaku, penyokong mereka pun terbahagi dua, orang melihat satu liberal dan satu totok Islam, bagaimana boleh duduk bersama?
 
"Akhirnya mereka kena bertanding bagi merebut sokongan orang Melayu,"ujarnya.
 
 

Saman sivil DOJ Amerika berasaskan kesalahan jenayah 1MDB

Posted: 25 Jul 2016 05:45 AM PDT

steven-sim-650x340

Roketkini.com
 


GEORGE TOWN: Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba berdolak-dalik dengan mengatakan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai 1MDB adalah tindakan sivil semata-mata, ia tetap berkait dengan perbuatan jenayah.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata walaupun istilah 'sivil' digunakan, sejumlah 17 aset yang disebut di dalam dokumen itu disita kerana melibatkan penyelewengan dan salah laku melibatkan 1MDB dan wang rakyat Malaysia.

Secara lebih jelas, katanya, ia bermaksud jenayah telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga DOJ bertindak demikian.

Dokumen saman sivil DOJ yang difaikan minggu lalu itu menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan penyelewengan dana yang merupakan satu jenayah di Amerika Syarikat.

"DOJ akan mengambil tindakan sivil apabila melibatkan kes-kes di mana sabitan jenayah tidak boleh dilakukan, seperti apabila harta itu dipegang oleh pelarian, individu yang sudah mati atau individu yang tidak dapat didakwa di Amerika Syarikat.

"Satu lagi sebab yang mungkin lebih relevan dengan kes 1MDB ialah tindakan sivil diambil terhadap pesalah yang kebal terhadap pendakwaan jenayah, atau pesalah yang terlalu berkuasa sehingga pendakwaan jenayah seolah-olah mustahil," ujarnya.

Menurut Steven, ia disebutkan secara jelas di dalam buku panduan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat bertajuk 'Recovery Asset US Tools & Procedures : A Practical Guide for International Cooperation' yang diterbitkan pada tahun 2012.

Beliau menambah, kes mahkamah yang difailkan oleh DOJ itu dengan jelas menyatakan bahawa jenayah telah dilakukan berhubung syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.

Katanya, perenggan lima di dalam dokumen DOJ itu menyebut, "ini merupakan satu tindakan sivil in rem untuk menyita aset yang terlibat dengan konspirasi antarabangsa mengenai penyelewengan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."

Steven menjelaskan, perenggan itu juga menyatakan bahawa "ia adalah harta yang terlibat dalam satu atau lebih kesalahan pengubahan wang haram", yang merupakan kesalahan jenayah dalam undang-undang Amerika Syarikat.

Oleh itu, beliau berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu melihat perkara ini dengan serius dan tidak lagi terus memberi alasan lemah bagi mempertahankan individu yang tidak lagi boleh dipertahankan.

"Kesan tuntutan mahkamah oleh DOJ ini besar, malah menunjukkan bahawa pegawai-pegawai negara termasuk Malaysian Official 1 telah sesuka hati melakukan jenayah penyelewengan.

"Jika Peguam Negara tidak berbuat apa-apa, ia menunjukkan beliau bukan sahaja lemah tetapi turut bersubahat dengan penjenayah," tegasnya. – Roketkini.com




'Sertai rakyat heret dalang 1MDB ke pengadilan'

Posted: 25 Jul 2016 01:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong sepatutnya melobi kepimpinan Gerakan supaya memberi tekanan bagi penangkapan dalang yang terlibat rasuah yang membabitkan 1MDB, kata Setiausaha Organisasi DAP Selangor Eddie Ng.

Ini susulan kenyataan Yong, bahawa adalah jelas 'Malaysian Official 1' yang dirujuk dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Yong sepatutnya mengetuai Pemuda Gerakan bangkit mendesak pimpinan tertinggi Parti Gerakan serta Pengerusinya Mah Siew Keong untuk bersama-sama dengan rakyat jelata yang ingin dalang skandal 1MDB di hukum mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Yong juga harus menggalakkan pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang lain untuk mengakui bahawa Najib terpalit sama.

"Mereka bukan sahaja perlu menerima hakikat bahawa itulah dalang sebenar yang telah melesapkan duit rakyat Malaysia sebanyak berbilion-bilion ringgit.

"Malah mereka perlu berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia untuk mendesak Najib meletak jawatan dan diikuti dengan siasatan yang bebas daripada sebarang pengaruh daripada mana-mana pihak yang menyeluruh terhadap skandal 1MDB," katanya.

Yong berkata, beliau percaya istilah 'Malaysian Official 1' yang disebut 36 kali dalam saman DOJ itu merujuk kepada Najib.

Bagaimanapun, beliau percaya Najib telah menerima nasihat yang salah.

"Saya percaya niat Najib adalah baik, tetapi entah bagaimana dimanipulasi oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan diri.

"Mungkin PM juga menerima nasihat yang salah," kata Yong kepada Malaysiakini.

IGP: Jika niat tumbang PM, tak boleh ada BERSIH 5.0

Posted: 25 Jul 2016 01:59 AM PDT

Kow Gah Chie


LIHAT VIDEO DI SINI

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) tidak boleh mengadakan perhimpunan BERSIH 5.0 jika ia bertujuan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, demikian menurut Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kami tidak akan membenarkannya kerana ada cara untuk meminta perdana menteri meletak jawatan seperti yang dinyatakan dalam undang-undang," ujar Khalid semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

"Jika mereka meminta perdana menteri meletak jawatan mengikut undang-undang, kita boleh menerimanya," jelas beliau lagi.

Jika semua pihak menganjurkan perhimpunan mengikut undang-undang, maka polis akan membantu mempermudahkannya, tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan penganjuran BERSIH 5.0 di tengah-tengah ledakan isu tindakan perundangan sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1MDB.

Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengesahkan suatu perhimpunan sedang dirancang berikutan perkembangan terbaru dengan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.

Maria berkata, pihaknya bersetuju bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan tetapi berkata, kumpulan reformasi pilihan raya itu sedang dalam proses perbincangan.

"Proses BERSIH adalah kita perlu berbincang dengan NGO sebelum membuat sebarang keputusan, yang pasti agenda itu di atas meja kami," jelas Maria lagi.

Terdahulu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mencadangkan agar rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan aman untuk menuntut peletakan jawatan Najib.

Sementara itu, jika BERSIH 5.0 diadakan, seorang pemimpin Umno berjanji akan membawakan Himpunan Baju Merah versi kedua untuk berdepan dengan mereka.

Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata, jika ia berlaku, dianggarkan lebih 300,000 orang akan turun dan "memerahkan Kuala Lumpur" pada hari berkenaan.

"Perhimpunan itu akan diadakan pada tarikh dan waktu sama dengan program BERSIH," kata Jamal lagi.

Akta 355 PAS haram, tak harus dibentang, kata MPM

Posted: 25 Jul 2016 01:59 AM PDT

Shakira Buang


LIHAT VIDEO DI SINI

Majlis Perundingan Melayu (MPM) beranggapan bahawa rang undang-undang (RUU) persendirian yang akan dibawa anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak sah serta tidak berpelembagaan.

Justeru, kata lembaga penasihat MPM, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, RUU itu tidak menjadi keperluan dan tindakan presiden PAS itu sebagai satu pembaziran masa dan tenaga.

Bahkan, menurutnya, parlimen tidak seharusnya membenarkan ia dibentangkan sama sekali.

"Ramai individu dan badan telah memberikan komen mengenainya termasuklah mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid dan Majlis Peguam tetapi mereka hanya menyentuh isu yang berlainan.

"Terdapat tiga undang-undang melibatkan hudud seperti Rang Undang-undang Persedirian persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan)," kata Aziz pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Aziz, ketiga-tiga undang-undang ini adalah tidak sah kerana tidak konsisten atau bercanggah dengan beberapa bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Kata Aziz, dalam Fasal 74 Perlembagaan Persekutuan, jadual 9 senarai 1 Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah di bawah jadual 9 serta 8, senarai 4(a) dan (b).

Malah, Aziz berkata Enakmen Jenayah Syariah (II) bercanggah dengan Fasal 7 dan 8 Perlembagaan Persekutuan serta jadual 9 senari 1 I (4) 9h) Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan.

"Boleh dihujahkan bahawa Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 (Akta 355) diluluskan oleh Parlimen mengikut Fasal 76A(1) Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai di dalam kes ini.

"Ia memandangkan parlimen tidak mempunyai kuasa dalam hal berkaitan Islam sekali gus tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan Mahkamah Syariah," katanya.

Dihukum lebih sekali

Mengulas lanjut, Aziz berkata undang-undaag yang cuba dilaksanakan di Kelantan itu juga jelas bertentangan dengan perlembagaan.

"Undang-undang hudud yang diluluskan Kelantan termasuk kesalahan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti membunuh, merogol, mencuri sebab itu saya katakan ia tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan.


"Pesalah tidak boleh dihukum lebih dari sekali dan hanya boleh dihukum sekali sahaja, lebih dari itu tidak sah dan negeri hanya boleh buat undang-undang bagi kesalahan yang tiada dalam perlembagaan," kata Aziz.

Sehubungan itu, Aziz mempersoalkan apakah Abdul Hadi telah merujuk majlis agama negeri bagi memperjelaskan perkara tersebut.

"Apa saja pindaan yang hendak dibuat perlu melalui majlis agama negeri tetapi apa yang saya difahamkan Majlis Agama sendiri tak maklum akan perkara itu,' kata Aziz.

Aziz berkata sekiranya pihak yang terlibat masih lagi berminat untuk meneruskannya mereka haris mengkaji perlembagaan persekutuan dan mencadangkan pindaan tersebut sebelum diluluskan.

Bagaimanapun Aziz berkata adalah lebih baik untuk kerajaan terus membatalkan RUU tersebut.

Malah, Aziz berkata beliau tidak teragak-agak untuk membawa perkara berkenaan ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

"Batalkan saja sebab ia tidak sah dan kita tidak teragak-agak untuk bawanya ke mahkamah," tambah Aziz.

RUU Hadi mengenai Akta 355 itu dibentangkan di Parlimen pada 26 Mei, hari terakhir persidangan, setelah dilangkau dalam dua persidangan sebelumnya.

RUU itu, jika diluluskan di Parlimen, dilihat akan membolehkan Kelantan melaksanakan hudud apabila mahkamah syariah kemudiannya akan dibenarkan untuk mengenakan semua hukuman hudud kecuali hukuman mati.

Pada masa ini, kuasa-kuasa mahkamah syariah terhad kepada menjatuhkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.


Rafizi mahu dedah dokumen berkaitan pada setiap hari bermula minggu ini.

Posted: 25 Jul 2016 01:59 AM PDT

Rafizi mahu dedah dokumen berkaitan pada setiap hari bermula minggu ini.


rafizi-najib-maicci


PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan kontrak bernilai RM740 juta kepada TH Heavy Engineering Berhad (THHE) secara runding terus, dakwa Rafizi Ramli.

Malah, beliau mendakwa memiliki dokumen yang menyokong dakwaannya terhadap syarikat yang separuh milik Tabung Haji itu.

"Saya mempunyai dokumen-dokumen yang secara jelas mengesahkan anugerah kontrak secara rundingan terus sebanyak RM740 juta kepada THHE ini yang saya akan dedahkan lagi pada setiap hari minggu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan penganugerahan kontrak yang didakwa itu usaha Najib untuk menyelamatkan syarikat tersebit, yang dakwanya hampir muflis.

"Saya telah berkali-kali mempersoalkan pelaburan Tabung Haji di dalam THHE kerana ia sebuah syarikat yang secara berterusan mengalami masalah kewangan dan ramai yang telah menjadi mangsa THHE (sebelum ini dikenali Ramunia Holdings Berhad).

"THHE berada dalam keadaan yang terdesak terutamanya setelah dua kontraktornya telah menfailkan saman menutup THHE untuk mengutip balik hutang-hutang mereka," dakwanya.

Rafizi mendakwa kedudukan kewangan THHE yang memburuk terbukti apabila nilai saham THHE jatuh ke paras 6.5 sen minggu lalu dan menyebabkan kerugian atas kertas sebanyak RM228 juta, serta pinjaman patuh shariah dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM50 juta, dan pinjaman terbitan hutang dalam bentuk 'redeemable preference shares' (RPS) sebanyak RM275 juta.

Pemimpin PKR itu membantah sekeras-kerasnya penganugerahan kontrak RM740 juta itu kerana THHE merupakan sebuah syarikat tersenarai dan hanya dimiliki oleh Tabung Haji sebanyak 30% sahaja.

"Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang memiliki 70% lagi sedangkan mereka inilah yang akan mendapat durian runtuh apabila wang rakyat RM740 juta dianugerahkan kepada THHE," ujarnya.

"Malah, orang-orang di belakang THHE sepatutnya disiasat dan dihadapkan ke mahkamah (jika ada kes) kerana telah menyebabkan kerugian wang rakyat sehingga RM554 juta."

Perkasa mahu Washington namakan ‘Malaysian Official 1′

Posted: 25 Jul 2016 01:13 AM PDT

 
Dengan berdiam diri mengenai identiti misteri itu, ia hanya mengundang spekulasi buruk terhadap Najib, kata Perkasa.
 
 
 
perkasa2


KUALA LUMPUR: Perkasa hari ini menggesa pentadbiran Amerika Syarikat menyatakan secara jelas siapakah sebenarnya individu di sebalik 'Malaysian Official One'.

Setiausaha Biro Integriti, Anti-Korupsi dan Penyalahgunaan Kuasa Perkasa Faiz Na'aman berkata ia akan menjawab pertanyaan orang ramai yang mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rabu lalu, Jabatan Kehakiman AS mendedahkan salah laku dan korupsi melibatkan beberapa personaliti termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib dan ahli perniagaan, Taek Jho Low, yang dituduh melarikan berjuta-juta dolar milik 1MDB.

Dokumen jabatan itu tidak menamakan Najib tetapi sekadar merujuk "Malaysian Official 1″ (Pegawai Malaysia 1″), menyebabkan spekulasi mengaitkannya kepada Najib.

"Nama Jho Low dan Riza Aziz disebut, tapi ada satu nama misteri iaitu Malaysian Official 1, yang dikatakan bertaggungjawab terhadap transaksi 1MDB dan ada pertalian dengan Riza Aziz.

"Kini orang kaitkannya dengan perdana menteri sehingga memalukan negara. Jadi kami desak AS jelaskan siapa dia ini," katanya kepada wartawan selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS di Jalan Ampang hari ini.

Memorandum itu ditujukan kepada Presiden Barack Obama, Peguam Negara Loretta Lynch dan Duta AS ke Malaysia, Joseph Yun.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali semalam mendesak Putrajaya bersikap telus dalam siasatan terhadap 1MDB, termasuk menjelaskan sendiri siapa "Malaysian Oficial 1″ yang hangat diperkatakan.

Saman difailkan Jabatan Kehakiman di Los Angeles itu mendakwa AS$731 juta dana 1MDB mengalir ke akaun bank rasmi "Malaysian Official 1″.

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mendesak Peguam Negara (AG) Tan Sri Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar siasatan diteruskan berikutan perkembangan terbaru ini.

"Dokumen Jabatan Kehakiman AS bercanggah dengan kenyataan Apandi yang Jho Low tidak terlibat dan tiada penyelewengan. Jadi jangan diam sahaja, kita ini ada AG ke tidak?

"Kita juga harap Najib dapat bersihkan nama, dan jangan diam sahaja. Jika tidak, maka memang rakyat dizalimilah," katanya merujuk kenyataan Timbalan Pengarah FBI Andrew McCabe yang rakyat Malaysia ditipu besar-besaran melalui 1MDB.





Akhbar: Pembantu Najib sahkan sengketa keluarga

Posted: 25 Jul 2016 01:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Jurucakap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan mengesahkan persengketaan keluarga yang menyaksikan anak perempuan tirinya, Azrene Soraya Abdul Aziz secara terbuka membidas abangnya Riza Aziz.

Jurucakap yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar The Weekend Australia, semalam bahawa beliau telah membaca posting Azrene Soraya di Facebook dan akaun Twitter.

"Beliau mempunyai hak untuk mengatakan apa yang dia mahu kata tetapi saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa hubungan ibu dan anak perempuan itu renggang selama bertahun-tahun.

"Kami tidak mahu mengulas buat masa ini," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia adalah persengketaan peribadi keluarga.

Azrene berkata abangnya, Riza, yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menerima balasannya kerana menjual dirinya syaitan.

Ini berikutan saman yang mahu menyita dan merampas aset AS$1.3 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.

Dokumen 136 muka surat, antara lain, menyenaraikan Riza sebagai tokoh utama dalam saman pelucutan hak sivil itu.

Riza sebelum ini menafikan bahawa syarikat produksi miliknya, Red Granite, telah menerima dana daripada 1MDB.

Walau bagaimanapun, dokumen mahkamah terkini menyatakan bahawa Red Granite menerima AS$64 juta dana yang dikesan berasal daripada 1MDB.

Sebagai respon, Red Granite berkata ia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai wang yang digunakan untuk membiayai pembikinan filem 'The Wolf of Wall Street' diperolehi sevara tidak sah dan bahawa dakwaan terbaru itu tidak akan menjejaskan operasinya.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan tidak dinamakan dalam saman DOJ itu walaupun ia membuat rujukan sebanyak 36 kali untuk "Malaysian Official 1".

Saya letakkan laporan 1MDB di bawah OSA - Ambrin

Posted: 25 Jul 2016 12:40 AM PDT

Hafiz Yatim


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini berkata, beliau telah diberikan kuasa oleh perdana menteri (Najib Abdul Razak) pada tahun 2012 untuk merahsiakan apa-apa dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ini termasuk Laporan Akhir 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dikemukakan pada bulan Mac tahun ini.

Ambrin memberi keterangan dalam perbicaraan jenayah yang membabitkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ambrin menambah, ekoran kebocoran maklumat dalam laporan interim 1MDB yang diklasifikasikan sebagai terhad, ia telah menjangka laporan penuh juga boleh bocor.

"Kami telah meminta nasihat daripada Jabatan Keselamatan kerajaan yang telah dinasihatkan supaya ia dikelaskan sebagai dokumen rahsia.

"Ini supaya PAC dapat jalankan prosidingnya tanpa gangguan luar dan menjaga keutuhan Jabatan Audit Negara sendiri.

"Kami mengikut nasihat dan prosedur bagi laksanakan pengkelasan tersebut," kata Ambrin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Abazafree Mohd Abbas mengenai siapa yang mengelaskan dokumen tersebut, Ambrin berkata, beliau telah diberikan kuasa di bawah Akta Rahsia Rasmi.
DPP: Siapa beri kuasa tersebut?

Ambrin : Kuasa itu diberi oleh perdana menteri pada bulan Januari 2012, sijil ada di pejabat saya, sijil pelantikan dirujuk di bawah Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi diberikan.

Sehubungan itu, beliau menyenaraikan Laporan Audit Akhir 1MDB di bawah rahsia rasmi dan didaftarkan dengan pendaftar OSA.

Ketua Audit Negara yang merupakan saksi pendakwaan kelima dalam perbicaraan itu menekankan banyak kali semasa perbicaraan bahawa mereka terpaksa mengambil jalan keluar dalam mengklasifikasikan Laporan Akhir 1MDB di bawah OSA ekoran kebocoran laporan interim yang diserahkan kepada PAC pada bulan Julai tahun lalu.

Di bawah Seksyen 2B, OSA menyatakan seorang menteri, menteri besar atau ketua menteri sesebuah negeri boleh melantik mana-mana penjawat awam melalui suatu perakuan di bawah tandatangannya untuk mengelaskan apa-apa dokumen, maklumat atau bahan rasmi sebagai 'Rahsia Besar', 'Rahsia','Sulit' atau 'Terhad' mengikut mana yang berkenaan.

Laporan penuh 1MDB telah dibentangkan kepada PAC pada bulan Mac 2016 sementara laporan interim yang dikelaskan sebagai terhad telah dibuat pada bulan Julai 2015.

PAS tak yakin DAP adakan pilihan raya mengejut

Posted: 25 Jul 2016 12:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
KEPALA BATAS:  Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali  tidak yakin kerajaan DAP akan mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, melihatkan kepada tiadanya kesepakatan dalam kalangan kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan.
"Kepimpinan dalam Pakatan Harapan tidak bulat (sepakat) untuk adakan pilihan raya. Jadi, walaupun ada desas desus mengenai PRN, PAS tidak yakin ia akan diadakan.
"Lagi pun, cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri dibuat selepas kes (dakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri) Lim Guan Eng," katanya pada sidang berita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, semalam.
Bagaimanapun ujar Mustafa, PAS bersedia menghadapi pilihan raya itu sekiranya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang menghadiri sidang berita berkenaan, berkata DAP mahu mengadakan PRN itu demi kepentingan parti itu dan bukannya rakyat.
"Tetapi, jika benar PRN diadakan dalam masa terdekat, jentera Pemuda sentiasa bersedia menghadapinya," katanya.
Semalam, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP dilaporkan berkata parti itu masih menunggu persetujuan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara sebelum mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini.

Polis tahan suspek ke-9 kes bunuh Datin

Posted: 25 Jul 2016 12:38 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan Datin Wong Siew Ling yang ditembak mati di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama awal bulan ini.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pekerja kilang berusia 29 tahun itu ditahan di Tampoi, Johor, Sabtu lalu dan direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan. 
 
Penangkapan lelaki itu menjadikan sembilan suspek ditahan setakat ini dan polis sedang giat memburu seorang lagi suspek yang dipercayai masih bebas. 
 
"Reman terhadap lapan suspek yang ditahan sebelum ini tamat hari ini dan kita akan mohon untuk melanjutkan tempoh reman mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Terdahulu, polis menahan dalang utama kes, sepasang suami isteri ahli perniagaan kerana dipercayai merancang pembunuhan itu dan turut dikatakan mengupah dua pembunuh upahan terdiri ahli kongsi gelap sebanyak RM60,000.
 
Enam lagi yang ditahan membabitkan sepasang suami isteri yang dikatakan berperanan sebagai orang tengah, dua pembunuh upahan serta dua lagi individu yang secara tidak langsung merancang pembunuhan itu. 
 
Semua suspek yang berusia antara 26 hingga 54 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan bermula 19 Julai lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Perak. 
 
Satuk pistol jenis Glock 19 bersama satu kelopak peluru yang disembunyikan dalam sebuah kereta di Chemor, Perak, turut dirampas. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
 
 

Shafie pilih untuk tolak jawatan nombor dua parti baru

Posted: 25 Jul 2016 12:33 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa dirinya ditawarkan menjadi orang nombor dua dalam parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 
 
Bagaimanapun beliau memilih untuk menolak tawaran berkenaan.
 
"Tan Sri Muhyiddin (Yassin) minta saya...berkenaan parti baharu dan beritahu saya, 'Datuk Seri Shafie Apdal, kamu akan jadi timbalan presiden dan saya jadi presiden'.
 
"Tapi saya kata, tak apa. Saya bukannya mahu menjadi presiden, timbalan presiden parti. Tidak perlu. Tun (Mahathir) tubuh, Muhyiddin jadi presiden, saya akan sokong apa yang perlu sokong.
 
"Sudah tiba masa saya balik kampung. Saya perlu bantu orang saya," kata bekas Naib Presiden Umno itu. 
 
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada majlis sambutan hari raya bersama penyokongnya di Kota Belud, Sabah, semalam. 
 
Dalam pada itu, beliau mengingatkan agar tiada yang membuat spekulasi terhadap perkara itu.
 
"Jangan buat spekulasi. Parti lain minta saya 'masuklah' tapi saya cakap 'cukuplah'.
 
"Saya ini tidak ada penyokong. Di Semporna pun berapa ramai yang akan ikut saya. Tunggulah pilihan raya nanti," katanya.
 
Tegasnya, beliau memasuki politik kerana mahu membantu rakyat, bukannya mengejar jawatan.
 
"Perjuangan kita tumpu di negeri Sabah dan hak rakyat Sabah. Isu keluar Malaysia tidak timbul.
 
"Pembangunan bandar, luar bandar di negeri ini harus diimbangi," katanya.
 
 

Jangan politikkan isu 1MDB, Syed Ali selar Guan Eng ‘kurang’ bijak

Posted: 25 Jul 2016 12:21 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES

SyedAli-GuanEng


KUALA LUMPUR: Pemimpin politik disarankan lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan berhubungh isu pemfailan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) bersabit kes 1MDB bagi mengelak kekeliruan rakyat.

"Berhati-hati komen isu DOJ, jangan buat pelbagai persepsi dan dipolitikkannya kerana kepentingan atau agenda tertentu," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Ali Al-habshee.

Syed Ali berkata, tindakan sesetengah pihak menjadi 'pengulas' tidak rasmi berhubung isu tersebut dilihat sebagai tidak wajar memandangkan ia masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

"Ada pemimpin politik ambil kesempatan memburukkan kepimpinan kerajaan dengan mengeksploitasikan isu DOJ sedangkan kes berkenaan masih dalam siasatan membabitkan pihak berkuasa Malaysia dan AS," ujarnya.

Beliau kesal pemimpin pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang seolah-olah memberi gambaran Presiden UMNO itu telah bersalah.

Tohmohan sedmikian tegas beliau, bukan  sahaja percubaaan untuk mencemarkan reputasi kpimpinan Najib di mata dunia tetapi mereka bertindak mendahlui keputusan siosatan dan undang-undang.

Menurut Syed Ali lagi, laporan DOJ itu difahamkan tidak menamakan secara nyata sejauhmana pembabitan Perdana Menteri berkaitan skandal 1MDB.

"Oleh sebab itu, adalah tidak adil untuk pemimpin pembangkang secara terang-terang memberi gambaran terutama menerusi laman-laman sosial dengan mengaitkan nama Najib dalam isu tersebut," ujarnya.

Justeru itu katanya, adalah lebih bermanfaat semua pihak menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan hasil siasatan itu pula semestinya dihormati tanpa sebarang prejudis.

Cadangan Lim Guan Eng tidak bijak

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut menyelar saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan Parlimen dibubarkan berikutan pemfailan saman sivil oleh DOJ.

"Cadangan Lim Guan Eng semestinya tidak bijak kerana pembubaran Dewan Rakyat tidak akan menyelesaikan kemelut yang berlaku, apatah lagi sewaktu proses siasatan masih berjalan," jelasnya.

Lagi pun katanya, pentadbiran Najib sudah memberi penegasan bahawa kerajaan akan bekerjasama penuh berhubung siasatan kes tersebtu dan memberi jaminan pesalahnya akan dikanakan undang-undang sedia ada.

"Lim Guan Eng tidak perlu mempolitikkan isu berkenaan, sebaliknya beliau perlu terlebih dahulu menyelesaikan beberapa isu membabitkan pentadbirannya di Pulau Pinang," ujarnya merujuk kepada kes rasuah membabitkan Ketua Menteri itu.

Justeru, beliau menyeru rakyat agar tidak terbawa-bawa dengan persespi negatif yang disebarkan pihak tertentu menerusi laman-laman sosial dalam isu DOJ bertujuan menjatuhkan Najib.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menjelaskan penubuhan parti politik baru seperti heboh diperkatakan sejak kebelakangan ini bukan perkara baru kepada UMNO.

"UMNO sudah masak dengan kehadiran parti politik serpihan, ianya tidak memberi ancaman yang sangat besar kepada UMNO walaupun kehadirannya sedikit-sebanyak boleh menghakis sokongan rakyat," katanya.

Mengambil contoh penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46), beliau memberitahu walaupun parti serpihan itu mampu menggugat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutama di Kelantan tetapi hayatnya tidak kekal lama.

"Parti serpihan pada kebiasaannya tidak bertahan lama, akhirnya berkubur sepertimana pernah terjadi kepada Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar setelah keluar daripada UMNO," katanya.

Secara jujur, Syed Ali berkata penubuhan parti-parti politk baru yang berteraskan kepada wadah perjuangan orang Melayu hanya akan melebarkan lagi ruang perpecahan di kalangan orang Melayu di negara ini.

UMNO dan juga PAS kata beliau, merupakan  dua parti Melayu yang sekian lama menjadi pegangan politik majoriti orang Melayu dan umat Islam khusunya walaupun berlainan ideologi.

"Dua parti ini menghimpun kelompok terbesar Melayu dan pada saya, kewujduan parti politik baru hanya akan memberi kesan tidak berapa baik kepada perpaduan dan masa depan orang Melayu," tegasnya.

Azmin sindir Shaari Sungib di Twitter pada 25-07-2016 12:07 Post Pic PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menegur Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor, Saari Sungib di Twitter dengan bertanya sama ada dia ingin menjadi pengemis untuk jawatan Exco. "@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke," tulis Azmin di laman Twitternya. Kenyataan di Twitter itu ditulis selepas Saari dipetik sebagai berkata bahawa Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu menjelaskan mengapa beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan 'politik istana' dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri. Kerajaan negeri Selangor terdiri daripada wakil dari PKR, DAP dan PAS walaupun Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu. PAS masih mempunyai tiga wakil dalam exco kerajaan negeri kerana kerjasama antara PAS-PKR. Saari berkata isu di Selangor bahawa kerajaan harus diterajui majoriti Melayu tetapi Azmin hanya memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa Selangor mempunyai lapan anggota exco kerajaan negeri berbangsa Melayu daripada 11 orang. ADUN Hulu Klang itu berkata Azmin perlu meninggalkan PAS dengan menegaskan parti itu tidak lagi boleh diperbaiki. Saari berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan Gerakbudaya di Petaling Jaya, malam Ahad. Saari keluar daripada PAS dan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar pada 2014 selepas Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.

Posted: 24 Jul 2016 09:34 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menegur Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor, Saari Sungib di Twitter dengan bertanya sama ada dia ingin menjadi pengemis untuk jawatan Exco.
 
"@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke," tulis Azmin di laman Twitternya.
 
Kenyataan di Twitter itu ditulis selepas Saari dipetik sebagai berkata bahawa Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu menjelaskan mengapa beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan 'politik istana' dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.
 
Kerajaan negeri Selangor terdiri daripada wakil dari PKR, DAP dan PAS walaupun Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu.
 
PAS masih mempunyai tiga wakil dalam exco kerajaan negeri kerana kerjasama antara PAS-PKR.
 
Saari berkata isu di Selangor bahawa kerajaan harus diterajui majoriti Melayu tetapi Azmin hanya memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa Selangor mempunyai lapan anggota exco kerajaan negeri berbangsa Melayu daripada 11 orang.
 
ADUN Hulu Klang itu berkata Azmin perlu meninggalkan PAS dengan menegaskan parti itu tidak lagi boleh diperbaiki.
 
Saari berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan Gerakbudaya di Petaling Jaya, malam Ahad.
 
Saari keluar daripada PAS dan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar pada 2014 selepas Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.
 
 

Dua lagi mayat mangsa bot karam ditemui

Posted: 24 Jul 2016 09:34 PM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


BOT KARAM


JOHOR BAHARU: Dua lagi mayat mangsa bot pancung karam ditemukan di perairan Pantai Batu Layar, dekat Sungai Rengit, Kota Tinggi pagi ini menjadikan jumlah mangsa setakat ini 11 orang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata mayat kedua-dua lelaki dewasa tersebut ditemukan terdampar di kawasan pantai kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Ia ditemukan kira-kira 7.30 pagi tadi selepas kejadian dua hari lepas.

"Jarak antara kedua-dua mayat yang ditemui itu dianggar sejauh 200 meter.

Mayat ditemukan anggota polis yang melakukan operasi penugasan mencari dan menyelamat mulai pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Bot itu dinaiki kira-kira 60 pendatang asing tanpa izin yang dipercayai dalam perjalanan keluar dari negara ini menuju Batam, Indonesia.

Empat mayat ditemukan pada hari kejadian, sementara lima semalam termasuk seorang wanita dan bayi yang sedang dikandungnya.

Mangsa yang lemas setakat ini terdiri daripada empat lelaki dewasa, enam wanita dan seorang bayi perempuan.

Seramai 34 orang, 26 lelaki dan lapan wanita terselamat dalam kejadian itu.— Bernama

Rakyat Sabah perlu tumbangkan BN, bukan keluar Malaysia, kata Shafei Apdal

Posted: 24 Jul 2016 09:34 PM PDT

 DALIA ISMAIL
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Rakyat  negeri Sabah diajak tumbangkan Barisan Nasional (BN) dan tidak berbangkit persoalan  negeri  Sabah perlu keluar dari Malaysia, kata Datuk Seri Mohd Shafei Apdal.

Beliau berkata persoalan keluar dari Malaysia tidak berbangkit, sebenarnya hak rakyat Sabah perlu dibangkitkan oleh pemimpin negeri itu dan pusat selepas Umno bertapak di Sabah sejak 25 tahun lalu.

"Persoalan kita keluar dari Malaysa tidak berbangkit, sebenarnya hak kita yang berbangkit.

"Kita kena bersatu dan berpadu untuk tumbangkan BN di negeri Sabah ini,"ujar  beliau ketika berucap di hadapan 2,000 penyokongnya dalam majlis sambutan Hari Raya di Kampung Rampaian Laut, Kota Belud semalam.

Tegas Shafei lagi, hanya pilihan raya umum dapat menentukan kekuatan BN di Sabah dan rakyat Sabah diminta tidak terpengaruh dengan permainan BN untuk menarik penyokong terhadap parti itu.

"Saya tahu tidak ada nikmat perjuangan ini jika tiada pengorbanannya.

"Jangan takut dan bimbang akan banyaknya parti di Sabah kerana bukan parti yang menentukan siapa berkuasa di negeri Sabah.

"Yang menentukan kuasa di negeri ini adalah rakyat Sabah.

"Apa guna ada parti lokal tetapi jadi kuda tunggangan. Cukuplah kali ini...ini kalilah...jangan jual tangan ini.

Tidak perlu dibeli dan jangan jual undi. Undilah parti yang kita akan tubuhkan nanti," ujarnya yang  mendapat tepukan gemuruh dikalangan penyokong dalam rangka lawatan yang diadakan  di Bahagian Kota Belud selepas beliau mengumumkan keluar parti.

Shafie memberitahu beliau  berkemungkinan  mengumumkan parti baharu di negeri itu pada bila-bila masa sebelum pilihan raya akan datang.

"Insyaallah saya akan umumkan bila keadaannya tiba.

"Dalam politik kena teliti banyak perkara, perjuangan kita menuntut hak negeri Sabah dan rakyat Sabah. Sudah sampai waktunya kini.

"Orang Melayu bumiputera di Malaysia tidak akan mati kalau tidak ada Umno.

"Di Kelantan sudah 25 tahun Pas pegang tidak  pun mati orang Melayu di situ.

"DAP pegang dua penggal di Pulau Pinang, Lim Guan Eng jadi Ketua Menterinya, tidak mati orang Melayu.

"Di Selangor dua tahun PKR perintah, tidak mati orang Melayu di situ.

"Yang pecat, gantung dan matikan orang Melayu ialah orang Melayu dalam Umno.

"Jangan guna bangsa dan agama untuk menghalalkan perbuatan yang tidak halal itu.

"Kita kena bersatu kalau tidak kita berpecah belah. Jangan sekali-kali tunduk pada tekanan," ujar Ahli Parlimen Semporna ini.

Shafie telah digantung jawatan partinya oleh Majlis Tertinggi Umno pada 24 Jun lalu kemudian beliau mengumumkan untuk keluar Umno pada 4 Julai.

Sambung beliau lagi, pilihan raya umum akan datang adalah medan ujian bagi BN di negeri Sabah.
"Saya tak mahu cakap besar. Lima penggal saya bertanding di Semporna, (Umno) tunggu pilihan raya lah," katanya.

Dalam majlis diadakan itu turut di hadiri Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Tun Mahathir baru-baru ini mengumumkan beliau akan mengasaskan sebuah parti baru di Semenanjung yang akan diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Manakala Shafie dilaporkan akan menubuhkan parti baharunya khusus di Sabah untuk rakyat negeri itu.

Dikalangan penyokong Shafie yang menyambut kehadiran beliau sejurus tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu malam Sabtu lalu dalam jadual lawatannya ke Kota Belud bertemu penyokongnya.Dikalangan penyokong Shafie yang menyambut kehadiran beliau sejurus tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu malam Sabtu lalu dalam jadual lawatannya ke Kota Belud bertemu penyokongnya.

Tiada ulasan: