Khamis, 21 Julai 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


CUEPACS minta kerajaan semak gaji 15 tahun tertunggak

Posted: 21 Jul 2016 09:10 AM PDT

 
 


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan segera mengkaji semula skim gaji penjawat awam yang tidak disemak sejak 15 tahun lalu.

Langkah itu perlu dilakukan supaya kerajaan dapat membuat keputusan berhubung cadangan tempoh persaraan kepada 62 tahun bagi penjawat awam.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, semakan gaji itu penting supaya penjawat awam sentiasa bersedia jika kerajaan membuat ketetapan pada usia persaraan.

"Kita tidak mahu selepas enam bulan bersara, penjawat awam tidak boleh hidup," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya CUEPACS di sini.

Menurut beliau, penjawat awam juga antara kelompok yang tertekan akibat kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi.

Oleh sebab itu, katanya, kerajaan perlu mempunyai strategi bagi membantu penjawat awam menangani kenaikan kos hidup dan menghadapi kitaran ekonomi semasa.

"Mampu ke penjawat awam hendak membeli rumah sendiri, menyediakan kos pendidikan kepada anak-anak? Mampukah penjawat awam sekarang ini untuk menampung kos hidup yang 10 langkah ke hadapan berbanding kenaikan gaji.

"Kenaikan gaji kita tidak sampai tiga peratus tetapi kenaikan harga barang dan Indeks Harga Pengguna melebihi 10 peratus setiap tahun.

"Macam isu kenaikan harga ayam, CUEPACS pun pantau juga dan kita mahu kerajaan mengambil tindakan drastik untuk pastikan kenaikan harga ini tidak membebankan pengguna," katanya.

Beliau turut meminta kerajaan tidak menghadkan pengambilan pekerja-pekerja baharu dalam pelbagai peringkat pendidikan menyertai sektor itu bagi mengurangkan kadar pengangguran.

Mengulas mengenai usia persaraan kepada 62 tahun itu, Azih mengakui perkara itu mendapat pelbagai reaksi namun penetapan cadanagan tersebut bukan kepada semua penjawat awam.

Jelasnya, lanjutan perkhidmatan itu tertakluk kepada pengalaman dan melibatkan bidang-bidang pakar seperti pensyarah, doktor, hakim dan peguam profesional supaya negara tidak kehilangan tenaga-tenaga mahir.

Ia hanya melibatkan antara lima hingga lapan peratus sahaja.

"Apabila kami cakap mengenai cadangan persaraan pada usia 62 tahun, kami mahu kerajaan menyediakan pelan yang dibuat selepas lima tahun, 10 tahun selepas bersara. Ini akan kami lontarkan," katanya.

Azih berkata, antara 21,000 hingga 25,000 orang kakitangan awam persara setiap tahun. - MalaysiaGazette


Guan Eng Cuba Wujudkan Huru Hara Di Pulau Pinang -Bekas Naib Presiden DAP

Posted: 21 Jul 2016 09:01 AM PDT







Bekas Naib Presiden DAP, Zulkifli Mohd Noor bertanya adakah Ketua Menteri Pulau Pinang bersedia bertanggungjawab jika keadaan huru-hara berlaku di negeri itu ekoran kedegilannya mahu mengadakan pilihan raya mengejut.


"Sekiranya berlaku huru hara seperti pergaduhan dan darurat, adakah Guan Eng sendiri akan bertanggungjawab. Kalau beliau sanggup bertanggungjawab sekiranya berlaku apa yang tidak diingini beliau boleh teruskan.

"Ini adalah masalah peribadi sekiranya beliau mengheret rakyat untuk mengadakan satu pilihan raya negeri, ini adalah perkara yang akan memudaratkan Pulau Pinang kerana ada yang akan sokong beliau. Tetapi majoriti tidak akan sokong beliau maka akan berlaku huru hara," katanya dalam satu temubual bersama Antarapos.

Zulkifli yang juga Presiden Parti Altenatif Rakyat (PAP) berkata Kerajaan Persekutuan tidak akan berdiam diri dengan provokasi yang cuba digerakkan Guan Eng dan ini akan membuka ruang pengisytiharan darurat dikuat kuasa di negeri itu.

"Saya percaya sekiranya ini berlaku kerajaan pusat tidak akan berdiam diri, mungkin akan gunakan kuasanya tindakan Majlis Keselamatan Negara di mana Pulau Pinang boleh diisytiharkan darurat.

"Mahukah Guan Eng lalui semua ini dan sanggup melihat Pulau Pinang melalui proses yang tidak sihat ini sampai menghuru-harakan negeri.

"Guan Eng tidak ada pilihan lain, dia kena letak jawatan sehingga kes ini tamat," tegasnya.

LIHAT VIDEO DI SINI

PAS Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Jika Pilihan Raya Mengejut Diadakan

Posted: 21 Jul 2016 09:01 AM PDT





Muhammad-Fauzi-Yusof


GEORGE TOWN: PAS bercadang untuk bertanding lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang jika pilihan raya negeri diadakan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusof berkata parti itu telah mendapat maklum balas daripada ahli-ahlinya berhubung kerusi baharu yang dilihat mempunyai peluang baik untuk menang.


"Kita telah bertanding enam kerusi negeri pada pilihan raya umum lepas termasuk satu di pulau.

"Kali ini, kami sasar lebih banyak kerusi. Kami sedang mengenal pasti kawasan pilihan raya. Terlalu awal untuk menamakan kerusi-kerusi itu sekarang," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS hanya menang di Permatang Pasir di tanah besar, yang telah menjadi kubu kuat PAS sejak 1990-an.

Parti itu tewas di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Sungai Acheh di tanah besar dan kerusi Bayan Lepas di bahagian pulau.

Ia juga kalah di kedua-dua kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor.
Muhammad Fauzi berkata, tidak ada alasan untuk kerajaan negeri pimpinan DAP mengadakan pilihan raya mengejut.

"Ia adalah satu pembaziran wang. Parti itu mahu mengadakan pilihan raya negeri kerana pemimpinnya sedang menghadapi tuduhan rasuah, "dakwanya.

Beliau berkata parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan DAP manakala hubungannya dengan PKR adalah dingin.

Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, DAP mempunyai 19 kerusi, PKR (10), Barisan Nasional (10) dan PAS (satu) – Mstar

Lima rakyat Malaysia diculik: Rundingan sedang dijalankan

Posted: 21 Jul 2016 08:45 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SANDAKAN: Rundingan sedang dijalankan dengan kumpulan penculik lima kru warganegara Malaysia yang hilang selepas bot tunda mereka ditemui terdampar di beting pasir di perairan Dent Haven berhampiran Tambisan di Lahad Datu pada Isnin lepas.
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihak berkuasa Malaysia tahu siapa yang terlibat dan rundingan sedang dijalankan dengan mereka bagi membebaskan lima orang yang terbabit.
 
"Sekarang ini saya meminta ahli keluarga yang terlibat (mangsa culik) untuk mendiamkan diri dan tidak mendedahkan apa-apa hasil komunikasi antara pihak berkuasa dengan pihak penculik.
 
"Kita tidak mahu maklumat itu dijadikan penggalak kepada kumpulan penculik untuk terus melakukan aktiviti mereka," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Pingat Kedaulatan Negara kepada 316 anggota Jabatan Penjara Sabah di sini Khamis.
 
Beliau diminta mengulas perkembangan terbaharu kehilangan lima kru selepas bot tunda yang mereka naiki ditemui terdampar di perairan Dent Haven dan dipercayai mereka menjadi mangsa kumpulan penculik dari Selatan Filipina.
 
Empat orang daripada lima kru itu ialah dari Tawau dan seorang dari Felda Jengka, Pahang.
 
Ditanya sama ada perlu penyediaan tambahan segera aset dan anggota di perairan negeri ini berikutan insiden terbaharu itu, Nur Jazlan berkata ia antara tindakan yang diambil kerajaan tetapi pemantauan keselamatan di kawasan perairan Sabah yang luas bukan mudah.
 
Katanya apa yang penting adalah kerjasama daripada pihak pengusaha aktiviti komersial yang menggunakan perairan timur negeri ini berhampiran sempadan dengan negara jiran.
 
Menurutnya mereka perlu memaklumkan pergerakan kapal atau bot mereka kepada pasukan keselamatan dan tidak menggunakan laluan perairan terdapat bahaya risiko diculik.
 
"Tidak mungkin pasukan keselamatan boleh mengawasi semua aktiviti mereka yang menjalankan kegiatan komersial dan menggunakan laluan kawasan perairan berhampiran dengan sempadan negara jiran," kata Nur Jazlan.
 
 

1MDB: Fasa kedua siasatan libatkan individu di luar negara akan bermula - KPM

Posted: 21 Jul 2016 08:42 AM PDT

 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan sijil tamat kursus kepada Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah (dua dari kanan) pada Majlis Penutup Program Trim & Fit PDRM 2016 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 JUL 2016
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan sijil tamat kursus kepada Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah (dua dari kanan) pada Majlis Penutup Program Trim & Fit PDRM 2016 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR,


Polis akan merakam keterangan individu-individu di luar negara dan meneliti dokumen yang berkaitan dalam fasa kedua siasatan isu 1Malaysia Development Berhad yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ketua Polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini fasa pertama penelitian dan rakaman keterangan saksi terhadap siasatan 1MDB hampir siap dan mengambil sedikit masa lagi untuk lengkap sepenuhnya.

Katanya dalam perkara itu, polis tidak hilang fokus dari lima cadangan berbentuk tindakan yang telah disyorkan oleh laporan penuh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pad April lalu.

"Setakat ini kita sudah merakam lebih 25 percakapan individu termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berhutang itu Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi diambil keterangan Jun lepas.

"Kemungkinan saksi-saksi yang pernah diambil keterangan ini akan dipanggil semula sebagai usaha memperincikan siasatan itu lagi.

"Di fasa kedua nanti, kita akan merakam saksi-saksi yang berada di luar negara.Kita akan menghantar pegawai kita ke sana," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis penutup Program Trim&Fit PDRM 2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Ditanya kenapa pasukan penyiasat polis terpaksa mengambil masa yang begitu panjang untuk menyiasat 1MDB, beliau berkata polis tidak mahu bertindak terburu-buru dalam hal tersebut.

"Kami tidak boleh terburu buru yang mana siasat hari ini dan esok lengkapkan laporan..mana boleh, merakam seorang saksi mengambil masa sehingga seminggu dua, kita kena teliti setiap keterangan," katanya lagi.

Ditanya mengenai fasa kedua, beliau berkata, fasa kedua akan bermula bila-bila masa dan sebelum itu beberapa perkara perlu diselesaikan di dalam negara dan setelah menerima isyarat dari pihak di luar negara.

"Kami tidak pergi tanpa sebarang persiapan dan merekodkan keterangan beberapa individu di luar negara, jadi sabarlah semua.

"Kami pasti akan menjalankan siasatan ini dengan cekap cuma perlukan sedikit masa untuk siasatan ini diperincikan, kalian tidak boleh tekan kami, banyak dokumen perlu diteliti," ujarnya lagi.

Beliau juga menegaskan apa jua yang disyorkan dalam laporan Audit Negara itu terdapat dalam laporan PAC dan menggesa orang ramai jangan percaya kepada laporan Sarawakreport kononnya memiliki laporan itu.

"Kita lupa bahawa laporan AG dibentang dalam PAC dan disyorkan lima cadangan itu. tapi sikap Sarawak Report macam rumah dah siap pahat berbunyi, mas bentang tak nak soal sekarang tanya macam-macam..sengaja nak huru-harakan keadaan," tegasnya lagi. - MalaysiaGazette


Kerani wanita terlibat dalam rompakan JPJ Wangsa Maju

Posted: 21 Jul 2016 08:40 AM PDT

 
 


Seorang kerani wanita yang berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, di Setapak dipercayai dalang utama kejadian samun membabitkan wang RM754,840.30 awal 4 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, wanita berusia 40 tahun itu menerusi hasil siasatan polis didapati telah memperoleh sebahagian hasil wang yang dilarikan penyamun bermotosikal dan bersenjatakan parang.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan wanita itu terdesak berbuat demikian kerana memerlukan wang.
"Sejurus selepas kejadian itu, Polis Kuala Lumpur telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas dengan dibantu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Pasukan khas ini telah berjaya membuat sembilan tangkapan membabitkan seorang perempuan India, seorang perempuan Melayu, seorang lelaki India, seorang lelaki keturunan Indonesia dan lima lelaki Melayu.

"Polis telah berjaya merampas sebahagian wang rompakan berjumlah RM111,400.00 dan barang kemas bernilai RM5,256.00 daripada wanita yang ditangkap itu," ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Katanya, polis juga telah mengenalpasti dua suspek utama yang melakukan samun tersebut dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan memberkas mereka yang terlibat.

"Identiti salah seorang suspek ialah Muhammad Fadzil Abdullah berusia 22 tahun berasal dari Sungai Plong, Sungai Buloh Selangor," ujarnya.

Ujarnya lagi, hasil siasatan lanjut polis mengesahkan kerani wanita itu baru sahaja dipindahkan dari bahagian perlesenan ke bahagian pengiraan akaun.

Dalam isu sama beliau berkata kesemua suspek yang ditangkap berusia dalam lingkungan 24 tahun hingga 67 tahun dan direman sehingga 22 Julai ini (esok).

Dalam kejadian pada 4 Julai sekitar pukul 7.42 petang itu, anggota JPJ disamun ketika proses pengiraan hasil pendapatan harian. Kejadian samun ini dilakukan oleh dua suspek yang memakai helmet berpenutup muka dan bersenjatakan sebilah parang menerusi pintu belakang yang tidak berkunci.

Wang tunai berjumlah RM754,840.30 dan empat keping cek bernilai RM444,003.00 telah berjaya dilarikan dua penyamun itu.

Amar Singh meminta kerjasama orang ramai supaya tampil ke mana-mana balai berhampiran sekiranya mempunyai maklumat lokasi kedua-dua suspek atau terlihat mereka di mana-mana


DOJ: AS$731j 1MDB disalur ke akaun 'Malaysian Official 1'

Posted: 21 Jul 2016 08:36 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


AS$731 juta didakwa disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik 'Malaysian Official 1' yang tidak dinamakan, demikan menurut saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) semalam.

DOJ tidak menamakan 'Malaysia Official 1' tetapi menggambarkan individu itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB."

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, dinyatakan dalam saman itu sebagai saudara mara 'Malaysian Official 1'.

Semalam DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwanya dibeli menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB. Ia merancang untuk memulangkan hasil daripada penjualan aset-aset yang disita itu kepada Malaysia.

Menurut saman itu, transaksi terbesar didakwa dibuat kepada 'Malaysian Official 1' adalah AS$681 juta deposit ke sebuah akaun AmBank pada Mac 2013.

"Plaintif mendakwa atas maklumat dan kepercayaan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah benefisiari utama dari Akaun AMPRIVATE BANKING-MR.

"Akaun AMPRIVATE BANKING-MR adalah akaun yang sama yang kemudiannya menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira $681 juta pada Mac 2013.

"Peguam Negara Malaysia telah secara terbuka menyatakan bahawa akaun di mana bayaran AS$681 juta ini dibuat adalah milik Malaysian Official 1."

Menurut saman itu, jumlah itu didakwa datang dari AS$3 bilion bon 1MDB perolehi untuk melabur dalam satu usaha sama dengan Aabar.

Dari bon itu, AS$1.26 bilion didakwa telah dialihkan ke dalam akaun milik Tanore Finance Corporation, yang kemudiannya menyalurkan AS$681 juta kepada 'Malaysian Official 1',

Pada bulan Ogos 2013, AS$620 juta didakwa telah dikembalikan ke akaun bank Tanore di Singapura Tanore, yang DOJ dakwa milik sekutu hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

Pihak berkuasa AS memetik Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai berkata AS$681 juta - yang diterima dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - adalah sumbangan peribadi daripada ahli keluarga diraja Saudi.

Dua deposit lain

Saman itu juga mendakwa bahawa AS$50 juta dalam dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun Malaysia Official 1 dalam dua keadaan lain.

Dalam contoh pertama, saman itu mendakwa AS$24.5 juta daripada AS$1.03 bilion dialihkan dari 1MDB kepada Good Star Limited, dipercayai dimiliki Jho Low, telah "dipindahkan ke sebuah akaun di Riyad Bank yang diselanggarakan atas nama seorang putera Saudi."

Putera yang tidak dinamakan dikatakan menjadi pengasas bersama PetroSaudi.

Memetik rekod perbankan JP Morgan Chase, DOJ mendakwa AS$20 juta daripada AS$24.5 juta kemudiannya disalurkan ke dalam akaun Malaysian Official 1 pada tahun 2011.

Dalam contoh kedua, saman itu mendakwa, AS$1.67 bilion bon yang diperolehi 1MDB untuk perjanjian pembelian projek kuasa "telah disalahgunakan dan dilencongkan ke akaun bank di Switzerland dan Singapura."

Dana ini kemudian didakwa disalurkan kepada firma Kepulauan Virgin British Aabar Investment PJS Ltd (Aabar-BVI), yang mendepositkan AS$636 juta ke dalam akaun sebuah bank Singapura yang dipegang oleh Blackstone Asia Estate Partners Real.

Daripada jumlah ini, AS$30 juta didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun Malaysian Official 1 pada bulan Oktober dan November 2012.

DOJ mendakwa akaun Blackstone itu dimiliki oleh sekutu Jho Low yang sama memiliki akaun Tanore.

Dalam responsnya, setiausaha akhbar kepada perdana menteri, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berkata, kerajaan akan bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang penyiasatan yang sah terhadap syarikat atau rakyat Malaysia mengikut protokol antarabangsa.

Katanya, sepertimana perdana menteri sentiasa tegaskan, jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

Siapa 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil DOJ?

Posted: 21 Jul 2016 08:31 AM PDT

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika, semalam kerana aduan adalah hanya untuk merampas aset, kata Peguam Negara Amerika, Loretta E Lynch.

Ditanya sama ada wujudnya perjanjian untuk tidak menamakan Najib, beliau berkata: "Perjanjian kami hanya untuk merangka aduan seperti yang kami lakukan dalam hal pelucutan hak sivil dan ia adalah aduan terhadap wang atau aset sebenar berbanding terhadap individu.

"Kami tidak mempunyai pengumuman berhubung sesiapa yang tidak dinamakan.

"Jadi ini, akan menjadi aduan yang bertujuan untuk menyita dan merampas aset tertentu yang dinyatakan," katanya pada sidang akhbar Jabatan Kehakiman di Washington DC yang disiarkan secara langsung melalui internet.

Aduan yang difailkan di Los Angeles menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, rakan mereka dan ahli perniagaan, Jho Low serta dua pegawai kerajaan Abu Dhabi.

Saman itu juga membuat rujukan kepada "Malaysian Official 1".

Disoal mengapa individu itu tidak dinamakan, Lynch berkata aduan awam menjejaki pergerakan aset dan hanya "mendakwa apa yang kita perlukan untuk mendakwa bagi mendapatkan apa yang perlu kita dapat".

Beliau berkata matlamat utama adalah untuk mengembalikan dana yang dipercayai disalahgunakan, sebanyak kira-kira AS$3 bilion kepada rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada dana ini telah "lesap" termasuk membayar hutang judi dan "perbelanjaan gaya hidup".

Ini sebabnya, kata beliau mengapa pelucutan hak sivil itu terpaksa dibuat pada kadar segera walaupun siasatan masih sedang dijalankan.

Lynch berkata kelewatan lanjut boleh menyaksikan aset dipindahkan kepada pihak lain, menjadikannya lebih sukar untuk dirampas.

'Rakyat ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi'

Posted: 21 Jul 2016 08:26 AM PDT

MALAYSIAKINI



Dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, kata penyiasat Amerika Syarikat.

"Dana dicuri atas alasan bahawa ia adalah pelaburan 1MDB dalam penerokaan minyak.

"Atas kertas AS$1 bilion adalah untuk hak sumber, namun (ia) digunakan untuk kekayaan peribadi ...
(termasuk) hutang perjudian di kasino Las Vegas, kapal layar mewah, hiasan dalaman di London, jutaan dalam hartanah termasuk jet Bombardier bernilai AS$35 juta," kata Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung aduan awam dibuat oleh jabatan itu untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

"Rakyat Malaysia ditipu pada skala besar-besaran (dalam) satu skim yang hampir berlaku di seluruh dunia," katanya.

Aset-aset lain yang disenaraikan oleh jabatan itu untuk diambil tindakan undang-undang yang difailkan hari ini termasuk:
  • Karya seni dari Claude Monet dan Vincent Van Gogh;
  • Pelaburan AS$250 juta dalam Parklane Hotel, New York;
  • Pelaburan A$176,000,000 dalam EMI Music;
  • Nilai hartanah AS$100 juta di Amerika Syarikat, United Kingdom dan tempat lain, termasuk sebuah rumah agam di Beverly Hills, sebuah kondominium di New York dan rumah di United Kingdom; dan
  • Kutipan hasil filem 'The Wolf of Wall Street' yang haknya dimiliki Red Granite.

Pembangkang tak faham saman Jabatan Kehakiman AS

Posted: 21 Jul 2016 07:58 AM PDT

 
Apa dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat itu merupakan saman sivil yang perlu melalui proses-proses yang tertentu.


annuar-musa-doh


SHAH ALAM : Tan Sri Annuar Musa mendakwa pembangkang tidak memahami saman dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mahu merampas harta benda berkait dengan syarikat kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Penerangan UMNO itu berkata, ini kerana apa yang dikemukakan oleh DoJ itu merupakan saman sivil yang perlu melalui proses-proses yang tertentu.

"Secara jelas di situ 1MDB atau Perdana Menteri tidak terkait dengan apa yang mereka sedang lakukan," katanya, "kalau itu difahami tidak perlu ada sesetengah pihak teruja."

"Saya baca beberapa kenyataan semalam apabila keluar pasal itu (saman DoJ) terus kait Perdana Menteri patut letak jawatan.

"Itu bagi orang yang pada awal lagi motif nak ambil kesempatan apa yang dialami 1MDB untuk nak menjatuhkan Perdana Menteri secara demokratik," katanya kepada pemberita seusai majlis pelancaran Mara Digital di Anggerik Mall di sini hari ini.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu kerana mahu merampas harta benda yang berkait dengan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saman yang difailkan di Los Angeles itu berkata mereka mahu merampas aset-aset yang "terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB."

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sekiranya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berjaya memenangi saman sivil bagi mengambil aset terbabit, aset itu akan dipulangkan kepada pemilik yang berhak iaitu 1MDB.

"Jadi yang menjadi masalah kita disini bila ada perkara yang dihubungkan di Amerika Syarikat, kita cuba nak spin ikut cara politik," tegasnya.

Tambahnya, 1MDB juga tidak mempunyai aset di Amerika Syarikat atau terlibat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman mereka semalam.

"Dia (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) menyebut secara spesifik nama tertentu aset dan pelaburan yang ada di Amerika Syarikat," katanya.

Dalam pada itu Annuar turut diminta mengulas mengenai gesaan pemimpin pembangkang yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

"Kita ucap semoga berjaya kepada pembangkang, mereka boleh terus mencuba dengan cara mereka. Kerajaan ada cara kerajaan, Umno ada cara Umno," katanya.

Skandal 1MDB: Rakyat perlu bersuara tebus maruah negara

Posted: 21 Jul 2016 07:56 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Raja Kamarul Bahrin Shah menyeru semua ahli Parlimen mengadakan mesyuarat untuk mendesak Majlis Raja-raja Melayu bertindak.
 
 
 
Kamarul Bahrin Shah

Oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad


Pengumuman kerajaan Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB semalam mengesahkan lagi apa yang kami tahu dan syak.

Amerika Syarikat merupakan salah satu kuasa ekonomi dunia utama yang menjalankan siasatan termasuk Singapura, Switzerland, England dan juga Hong Kong. Mereka adalah kuasa ekonomi dunia berwibawa dan berpengalaman.

Anehnya, akhbar pro kerajaan Malaysia meremehkan isu pengumuman kerajaan Amerika dalam usaha barat hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini adalah hujah usang yang sering digunakan bagi mempertahankan kerajaan yang korup dan tidak bermaruah.

Kenapa sudah bertahun dicabar, kerajaan tidak mendakwa di mahkamah akhbar Wall Street Journal dan Sarawak Report yang didakwa "memfitnah teruk" Najib? Itulah jalan yang paling logik.

Sejak akhir 2015, Majlis Raja-raja Melayu meminta kerajaan menyelesaikan masalah 1MDB tetapi tidak diendahkan. Adakah kerajaan menuduh Majlis Raja-raja Melayu mahu menjatuhkan Najib juga? Majlis Raja-raja hanya ingin membela nasib rakyat yang dirompak berbilion ringgit oleh pihak rakus.

Saya ingin memohon Majlis Raja-raja Melayu mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bebas – Royal Commission untuk menyiasat isu 1MDB. Mereka berhak berbuat demikian kerana nasihat mereka diketepikan dan ketua audit negara berhubung 1MDB yang dirahsiakan selama ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat kerana mempersoal isu 1MDB, sekaligus beliau diminta mengetuai rakyat dan pembangkang untuk mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bebas ini.

Sudah cukup Malaysia diaibkan dengan skandal terbesar kewangan dunia seolah-olah tiada penghujungnya, sekaligus mencemarkan nama baik negara kita.

Bangkitlah dari tidur lena rakyat Malaysia. Negara dan anak cucu cicitmu memerlukan kamu bersuara "sekarang" bagi menebus maruah bumi Malaysia yang harum suatu ketika dahulu.

Saya menyeru semua ahli Parlimen bertemu untuk mendesak Majlis Raja-raja Melayu bertindak.

*  Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

55% peratus tangkapan rasuah babitkan belia – SPRM

Posted: 21 Jul 2016 07:40 AM PDT

 
Belia berusia 40 tahun ke bawah membentuk 55% daripada 1,902 tangkapan rasuah sejak 2013


Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil


MELAKA: Sebanyak 55 peratus daripada 1,902 tangkapan rasuah di negara ini dalam tempoh tiga tahun sejak 2013 terdiri daripada golongan belia berusia 40 tahun ke bawah.

Pengarah Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata jumlah berkenaan menunjukkan penglibatan rasuah dalam kalangan belia agak tinggi dan ia perlu ditangani dengan efektif agar tidak menjadi 'barah' dalam masyarakat.

"Kita memandang serius tentang penglibatan belia dalam isu rasuah kerana mereka merupakan tonggak negara yang akan meneraju pembangunan dan masa hadapan negara.

"Justeru kita telah merangka pelbagai program di peringkat negeri dan ibu pejabat dengan sekolah, institusi pengajuan tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan bagi memberi pendedahan kepada belia berhubung isu rasuah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Program Merakyatkan SPRM bersama Agensi Awam, Swasta dan Komuniti Setempat di sini yang turut dihadiri Pengarah SPRM Melaka Datuk Azmi Alias.

Mengulas lanjut, Shamshun Baharin berkata kajian persepsi rasuah dalam kalangan pelajar di negara ini yang menyatakan kesanggupan mereka menerima rasuah apabila bekerja mencatatkan penurunan daripada 30.5 peratus pada tahun 2002 berbanding 10.7 peratus pada tahun lepas.

Beliau berkata penurunan berkenaan ekoran langkah efektif SPRM melaksanakan pelbagai program di semua peringkat masyarakat di negara ini termasuk menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah di semua institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini sejak 2007 dan peringkat sekolah melalui program 'Wira Antirasuah'.

"Kita telah menubuhkan sebanyak 103 Sekretariat Pencegahan Rasuah di negara ini termasuk di institusi pengajian swasta dan kita lihat kesedaran golongan masyarakat terutama golongan belia di negara ini, semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata pendidikan pencegahan rasuah juga turut melibatkan sektor awam menerusi unit integriti yang diwujudkan bagi memberi penerangan dan pendidikan berhubung isu dan cara menangani rasuah.

Katanya, antara aspek yang ditekankan isu pencegahan rasuah dalam kalangan belia termasuk sistem keadilan jenayah supaya mereka memahami fungsi dan tugas SPRM serta membantu SPRM dalam usaha mencegah segala bentuk ativiti jenayah.

Sementara itu, Azmi berkata SPRM Melaka menahan seramai 29 individu terdiri daripada 18 penjawat awam dan 11 orang awam berkaitan isu rasuah di negeri itu antara tempoh Januari lepas hingga hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai lima individu dituduh di mahkamah dan kebanyakannya merupakan golongan belia yang didapati menerima dan memberi rasuah, terlibat dalam penggubalan wang haram dan membuat tuntutan yang tidak wujud.

"Pada masa sama, kita telah mengemukakan Laporan Pencegahan Rasuah Malaysia kepada majikan penjawat awam yang terlibat dalam perbuatan rasuah agar diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan Pegawai-pegawai Awam 1993.

"Tindakan itu dilakukan kerana kita tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa mereka di mahkamah dan kes berkenaan dirujuk pada majikan mereka untuk tindakan lanjut sama ada dibuang kerja atau merit mereka dipotong," katanya.

Rasmi – wang 1MDB telah dicuri

Posted: 21 Jul 2016 02:23 AM PDT

John R Malott


ULASAN Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Loretta Lynch telah menjadikannya rasmi semalam.

Kata-katanya jelas. Sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion milik rakyat Malaysia telah dicuri.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Keadilan AS (DOJ), dan Perkhidmatan Hasil Dalaman (agensi hasil cukai AS) telah mengetuai siasatan sangat teliti selama setahun.

Mereka membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia telah dirompak. Wang rakyat dialihkan – dicuri – daripada dana kerajaan 1MDB melalui penipuan dan pengubahan wang haram.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB selama ini? Siapa curi wang itu? Ke mana ia pergi? Siapa bertanggungjawab benarkan perkara ini berlaku?

Inilah persoalan-persoalan yang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS.

Kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membentuk dan mengetuai 1MDB, dan taikun ranggi Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, bekerja di belakang tabir.

Laporan Jabatan Keadilan AS menyenaraikan tiga lagi pegawai-pegawai 1MDB yang terlibat dalam penipuan ini.

Sementara nama mereka tidak disebut, jawatan mereka (CEO, dan lain-lain) dan terma-terma perkhidmatan disenaraikan.

Jadi, mudah untuk mengetahui siapa lagi pegawai-pegawai itu.

Dalam sidang media Lynch, beliau menggunakan istilan "dicuri" berkali-kali.

Lynch juga menyebut "pegawai-pegawai Malaysia yang korup dan sekutu-sekutu mereka" terlibat dalam pengubahan wang haram, sebuah jenayah antarabangsa.

Beliau juga menyebut nama "Aziz" beberapa kali. "Aziz" dikatakan antara yang terlibat dalam kecurian daripada rakyat Malaysia dan pengalihan wang daripada 1MDB.

Diperincikan juga bagaimana "Aziz" menggunakan wang yang diperoleh melalui pengubahan wang haram untuk tujuan peribadi – membeli harta tanah di New York, London dan Los Angeles – malah membikin filem Hollywood.

Berdasarkan pemfailan Jabatan Keadilan dengan mahkamah, kita dengan jelas maklum bahawa "Aziz" ialah anak tiri Najib. Mereka menyebut Aziz dengan nama penuhnya Riza Aziz.

Pemfailan jabatan itu juga merujuk Riza Aziz sebagai mempunyai hubungan keluarga dengan 'Malaysian Official 1', yang juga dikaitkan dengan skandal ini.

Peranan Malaysian Official 1 ini telah digariskan dalam pemfailkan Jabtan Keadilan.

Jabatan Keadilan juga berkata Malaysian Official 1, yang tidak dinamakan dalam dokumen-dokumennya, memainkan peranan penting dalam mengarahkan aktiviti 1MDB, yang kemudian membawa kepada kehilangan sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion.

Terdapat 32 rujukan kepada Malaysian Official 1 dalam laporan Jabatan Keadilan.

Kesimpulan mudah dapat dibuat berhubung siapakah Malaysian Official 1. Berdasarkan keterangan, Jabatan Kehakiman AS sebenarnya bercakap tentang Najib.

Ke mana pula wang itu pergi?

Wang yang dicuri daripada 1MDB – atau seperti kata Lynch, daripada rakyat Malaysia – digunakan untuk membeli rumah peribadi di New York, London dan Beverly Hills.

Ketiga-tiganya didiami oleh Riza.

Menurut Jabatan Keadilan AS, sebahagian wang yang dicuri itu digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, di samping menganjurkan parti mewah. (Mereka tidak nyatakan hutang kepada siapa.)

Ia juga membiayai filem Hollywood dan membeli pegangan dalam EMI Music Publishing. Ia juga membayar AS$35 juta jet pesawat Bombardier dan lukisan Claude Monet.

Pemfailan Jabatan Keadilan juga menyebut, banyak wang mengalir kepada Malaysian Official 1, yang menerima ratusan juta dolar daripada 1MDB ke dalam akaun peribadinya.

Kerajaan AS telah menjejak aliran wang-wang itu. Ia melalui banyak "cut-outs" kepada putera Arab Saudi, yang kemudiannya menghantar wang itu kepada Najib.

Mungkin ini akan menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa wang itu datang dari seorang putera Arab Saudi. Akhirnya, ya, ini betul.

Dia seorang putera, satu daripada ribuan putera di Arab Saudi.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, wang itu – wang curi yang Malaysian Official 1 terima dalam akaun peribadinya daripada putera itu – sebenarnya berpunca daripada 1MDB.

Ini yang kerajaan AS – Jabatan Keadilan, FBI dan Perkhidmatan Hasil Dalaman – simpulkan. Dan ini apa yang membuatkan mereka berani bersuara keapda awam, tidak kira apa kesannya terhadap hubungan AS-Malaysia.

Ini bukanlah pengakhiran. Kerajaan AS meneruskan siasatan jenayah terhadap pengubahan wang haram, penipuan 'wire' dan halangan pada proses keadilan.

Saya pasti sudah tentu akan ada pendakwaan jenayah di masa depan terhadap individu-individu secara khusus, bermula dengan "Aziz" dan "Jho Low".

Buat masa ini, "Malaysian Official 1" akan dinamakan sebagai "dalang bersama konspirasi yang dituduh" pada masa depan.

Tetapi ketika beliau melangkah keluar daripada tampuk kuasa, beliau mungkin dituduh di mahkamah AS.

Kerajaan-kerajaan asing lain di seluruh dunia yang menyiasat rasuah 1MDB sekarang akan menjadi lebih "cerdas" dan mempercepatkan siasatan mereka. Lebih banyak pendakwaan, di banyak negara, akan tiba.

Bagi Najib, beliau akan berdepan dengan seluruh kekuatan FBI dan Jabatan Keadilan AS.

Mereka tidak dapat diganggu. Mereka tidak dapat ditangkap. Mereka tidak dapat dituduh menghasut. Mereka tidak dapat dibuli.

Apa yang Najib akan buat?

NAJIB MESTI TERUS DIPERTAHANKAN....

Posted: 21 Jul 2016 02:03 AM PDT

 shahbudincotcom


Seluruh dunia malam tadi menyaksikan dengan penuh minat mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS memulakan proses sitaan terhadap puluhan hartanah dan aset lain yang dipercayai berpunca daripada berbilion-bilion ringgit dana 1MDB yang diselewengkan.

Hanya akhbar dan tv Malaysia saja yang tidak menyiar, memberi ulasan atau menyambut berita yang menaikkan nama Malaysia ke seluruh dunia itu.

Tindakan di AS itu tidak saja mengenai penyitaan harta dan aset yang dikaitkan dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz serta pelbagai aspek lain seperti berjudi di kasino, tetapi turut mengenai derma berbilion-bilion ringgit atas nama Malaysian Official 1 yang merujuk kepada pegawai tinggi dalam kerajaan Malaysia serta yang berkuasa penuh terhadap 1MDB.

Dalam dokumen saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman itu, ia juga menyebut Riza Aziz mempunyai hubungan perdaudaraan dengan Malaysian Official 1.

Dengan itu, tidaklah sukar, malah makcik-makcik Felda pun pasti dapat meneka bahawa Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu ialah Perdana Menteri kesayangan pendedak iaitu Najib Razak.

Bukan saja kaitan penglibatan Jho Low dan Riza Aziz dalam pengumpulan hartanah dan aset yang dicurigai itu bakal mencemarkan nama Najib, malah jika terbukti derma berbilion-bilion yang diterima Malaysian Official 1 juga berpunca daripada 1MDB, tidak daripada anak Raja Arab sebagaimana yang didendangkan selama ini, ia pasti lebih merupakan khabar buruk buat UMNO dan BN.

Dalam keadaan segala bukti serta keterangan semakin terkumpul sekarang ini, memang terlihat Najib sudah menjadi beban paling berat buat UMNO dan BN. Lebih-lebih lagi selepas Amerika bertindak,  Singapura juga mulai menyusul sama. Selepas ini mungkin negara lain pula.

Tetapi apakah Najib patut didesak berundur, mengambil cuti, segera tampil memberi penjelasan atau terus bertahan sehingga PRU 14 akan datang?

Dalam waktu-waktu sukar ini, seluruh pemimpin dan menteri UMNO tidak seharusnya membiarkan Najib keseorangan. Sebagai pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi, Najib wajib terus dipertahankan.

Sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk menukar pemimpin. Jangan juga ada yang mula gatal-gatal mencadangkan agar Najib berundur dan Zahid Hamidi mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan. Belum masanya lagi untuk Zahid menjadi Perdana Menteri.

Najib mesti terus disokong dan dipertahankan sehingga habis penggal atau sehingga tarikh pilihanraya umum diadakan. Sekarang juga adalah masanya untuk rakyat bersolidariti bersama Najib dan mempertahankannya.

Menjatuhkan pemimpin adalah agenda jahat Amerika dan Yahudi. Amerika benar-benar tidak mengenang budi.  Walaupun Najib sanggup bermain golf dengan Obama ketika beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar, Presiden AS itu sepatutnya memainkan peranan dan mengggunakan kuasanya agar Jabatan Kehakiman dan FBI tidak mengambil apa-apa tindakan berkaitan 1MDB, Jho Low dan Riza Aziz.

Sepertimana ayat biasa pendedak, Najib adalah Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia. Beliau dipilih melalui proses pilihanraya yang sah dan diiktiraf dunia. Maka, menjatuhkan Najib juga mesti melalui pilihanraya. Oleh itu, sehingga pilihanraya umum diadakan, Najib wajib dipertahankan.

Yess....Marilah kita bersatu mempertahankan Najib!!

Hanya dengan bertahan dan adanya Najib yang penuh skandal, masalah dan kecurangan dalam mentadbir negara yang mulai membusuk sekarang, kemungkinan menjadi lebih cerah untuk UMNO dan BN ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang.

Dengan tumbangnya UMNO dan BN serta jatuhnya Najib, kemudian sebuah kerajaan baru mengambil alih yang turut disertai oleh parti Tun Mahathir Mohamad yang penubuhannya sedang dalam proses akhir, barulah lebih mungkin kita sama-sama dapat melihat tindakan mahkamah dan keadilan dapat diambil terhadap semua yang berkaitan dengan 1MDB.

Dengan pertukaran kerajaan, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pasti bukan lagi orang yang sedia ada.

Jika Zahid yang diberi peluang mengambil alih, ada kemungkinan bukan saja UMNO dan BN terus dapat mengekalkan kuasanya, malah tidak mustahil  beliau akhirnya akan melepaskan Najib begitu saja berdasarkan hubungan rapat mereka.

Jadi, marilah kita bersama-sama dengan pendedak untuk mempertahankan Najib dan membiarkan beliau mengetuai UMNO dan BN sehingga pilihanraya akan datang.


Kejutan baharu buat warga kota

Posted: 21 Jul 2016 01:59 AM PDT

Malaysia
Gambar hiasan
 

MEMANG, hidup di Kuala Lumpur sentiasa ada kejutan. Pagi cuaca baik, tiba-tiba petang hujan lebat, dan terjadi banjir kilat. Kenderaan terendam dalam air, laluan menjadi sesak, temu janji penting terbatal.

Beberapa hari lalu ada lagi kejutan. Bukan bencana alam, tetapi perancangan manusia. Orang ramai diberitahu kadar bayaran meletak kenderaan dinaikkan. Tanpa sebarang notis DBKL menaikkan caj, berkuat kuasa serta-merta.

Hari ini buat pengumuman, esok terus naik harga. Boleh sesak nafas dengan tindakan mendadak ini. Mengejutkan lagi, naik bukan 10 atau 20 peratus, tetapi 150 peratus. Bukan sahaja sesak nafas, malah boleh terkancing gigi.

Kadar biasa caj parkir ialah 80 sen sejam, tiba-tiba meroket menjadi RM2. Jam kedua tambah RM3, dan naik lagi RM3 bagi setiap jam seterusnya. Sekiranya parkir sepanjang waktu kerja –  7.30 pagi hingga 6 petang – kena RM32.

Semua orang dan NGO pengguna menentang, menyuarakan rasa tidak puas hati menerusi media. Mereka merungut – dan menyumpah – cekik darah, tidak prihatin penderitaan rakyat, zalim.

Tetapi DBKL peduli apa? Datuk Bandar, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz menegaskan, kadar baru ini tetap dilaksanakan di kawasan-kawasan utama bandar raya – Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Sri Ismail dan Bangsar.

Konon bukan untuk mengaut keuntungan tetapi lebih untuk mengurangkan kesesakan, memandangkan setiap hari 3.5 juta kenderaan masuk ke bandar; 70 peratus darinya dipandu solo.

Kata Datuk Bandar sudah 40 tahun caj parkir tidak naik. Tetapi bagi orang awam itu bukan alasan untuk kenaikan 150 peratus, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat dihimpit dengan pelbagai masalah ekonomi.

RM jatuh, barang keperluan naik, dan sekarang kena bayar RM32 sehari hanya untuk meletak kenderaan. Duit parkir sahaja hampir RM1,000 sebulan, tidak termasuk petrol, ansuran kenderaan, sewa rumah, hutang PTPTN, dan makan seharian.

Dengan GST dan lain-lain bayaran serta cukai, warga KL termasuk yang berpendapatan RM5,000, berasa tekanan hidup. Betapa pula halnya mereka yang bergaji di bawah RM5,000, naik kereta model paling koman pun kena bayar RM32 untuk meletak kenderaan. Memang orang ramai merintih dalam pilu.

Tetapi DBKL peduli apa? Kata Datuk Bandar: "Jika kita bandingkan dengan negara-negara Asean yang lain (caj parkir kita) masih murah." Biasalah kalau ada kenaikan kita akan membandingkan dengan negara lain!

Memang kita hendak menjadi negara berpendapatan tinggi. Tetapi hasrat itu belum tercapai. Bukan sahaja pendapatan masih rendah, beribu-ribu pula kena berhenti kerja akibat kemelesetan. Gaji masih rendah, duit tidak cukup dan caj parkir naik 150 peratus. Apakah betul rakyat didahulukan?

Mudah sahaja Datuk Bandar menasihati orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam. Naik kenderaan awam, dan masalah kesesakan dapat diatasi, juga boleh menjimatkan belanja petrol.

Bercakap dalam bilik berhawa dingin memang mudah. Tetapi hakikatnya tidak semudah itu. Turunlah ke padang untuk mengetahui apa yang sebenarnya dialami beribu-ribu orang setiap hari.

Semua mengakui sistem pengangkutan awam kita tidak boleh diharap, menyakitkan hati. Baik bas, LRT dan lain-lain semuanya tidak mengikut jadual. Ini cerita lama yang sampai sekarang masih tidak diselesaikan.

Kalau bergantung pada pengangkutan awam produktiviti akan merosot sebab petugas lambat sampai ke tempat kerja. Semua orang tahu pengangkutan awam kita mungkin antara yang paling haprak di dunia.

Lagi teruk sekiranya teksi dijadikan pilihan. Tambang berkali ganda lebih mahal daripada bas. Banyak pemandu teksi menghisap darah lebih teruk daripada puntianak atau drakula. Ada meter mereka enggan pakai meter dan caj penumpang ikut suka hati.

Ramai pemandu teksi tidak mahu mengambil penumpang atas alasan jalan sesak, letih, nak ambil anak sekolah, isteri nak bersalin, macam-macam. Pendek kata pengangkutan awam kita masih amat tidak memuaskan. Sebab itu orang naik kenderaan sendiri.

Datuk bandar berkata, seperti yang dilaporkan media: "Saya sendiri sebagai warga kota akan menggunakan pengangkutan awam kerana ini kenderaan yang cepat dan selamat."

Harap-harap esok atau lusa betul-betul beliau naik bas atau LRT ke pejabat. Kalau boleh tahan seminggu, saya tabik spring. Jangankan seminggu, mungkin sehari pun beliau tidak tahan

PH: Laksana 3 perkara atau hadapi ‘tindakan politik’

Posted: 21 Jul 2016 01:42 AM PDT

 
Sekiranya Najib dan kabinet gagal laksanakan ketiga-tiga perkara dikemukakan sehinggan 29 Julai, PH akan gerakkan rakyat dalam satu tindakan politik.


1mdb_usa_law_600


PETALING JAYA : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan susulan tindakan undang-undang yang dipohon Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama, mereka menuntut Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan kadar segera kerana wujudnya persepsi beliau mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan antaranya pejabat Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tuntutan kedua adalah supaya kabinet menasihati Yang di-Pertuan Agong menitahkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja terdiri daripada individu-individu yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka yang didakwa terlibat dalam isu itu.

Mereka juga menuntut sidang Parlimen tergempar dipanggil segera supaya Najib boleh memberi penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini kepada ahli-ahli Parlimen.

"Sekiranya beliau dan kabinet gagal melaksanakan ketiga-tiga perkara di atas sehingga Jumaat 29 Julai, maka Pakatan Harapan akan bersama menggerakkan rakyat dalam satu tindakan politik pada Sabtu, 30hb Julai 2016 sebagai tanda protes terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib," kata mereka menerusi kenyataan.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Semalam, DoJ memfailkan saman yang menyiasat dakwaan lebih AS3.5 bilion (RM14.17 bilion) dilesapkan daripada 1MDB.

Dalam saman yang difaikan di Los Angeles itu, DoJ berkata mereka mahu merampas aset-aset yang "terbabit dalam atau boleh dikesan kepada suatu konspirasi untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB".

Syarikat anak tiri Najib nafi ambil RM256 juta 1MDB

Posted: 21 Jul 2016 01:42 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



PETALING JAYA: Sebuah syarikat penerbitan filem yang diketuai anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan ia menerima dana AS$64 juta (RM256 juta) secara tidak sah daripada 1MDB bagi membiayai filem "The Wolf of Wall Street" yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, Riza Aziz, merupakan antara orang dinamakan dalam permohonan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat semalam dalam usaha menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion (RM4 bilion), kes terbesar di AS membabitkan korupsi luar negara.

Red Granite berkata syarikat itu tidak pernah secara sedar menggunakan sebarang sumber kewangan yang tidak sah.

"Setahu Red Granite, tidak ada satu pun dana yang diterimanya empat tahun lalu merupakan sumber tidak sah dan tindakan undang-undang (Jabatan Kehakiman) hari ini juga tidak mendakwa Red Granite mengetahui sebaliknya," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan yakin Riza akan didapati tidak bersalah.

Riza sebelum ini menafikan mengambil dana 1MDB.

"Tidak ada dana Malaysia," katanya kepada New York Times pada 2014.

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman mendakwa Red Granite menerima AS$64 (RM256 juta) yang berasal dari 1MDB.

Jabatan Kehakiman juga mahu merampas keuntungan filem "The Wolf of Wall Street".

Filem itu yang menerima lima pencalonan Oscar, melaporkan keuntungan AS$400 juta (RM1.6 bilion).

1MDB jadi bahan serangan politik

Posted: 21 Jul 2016 01:42 AM PDT

SINAR HARIAN
Salleh Said Keruak
Salleh Said Keruak


KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Menurutnya, terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, yang kemudian dibuktikan tidak benar - dalam hal ini pengesahan itu dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.

"Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: Jabatan Kehakiman AS mahu rampas 17 aset]

"Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah," katanya ketika mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Salleh berkata, derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan.

"Selepas siasatan menyeluruh oleh banyak pihak berkuasa, telah disahkan dana itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi seperti yang dinyatakan oleh menteri luar Arab Saudi pada 14 April," katanya. - Bernama


Syarikat anak tiri Najib nafi ambil RM256 juta 1MDB

Posted: 21 Jul 2016 01:42 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



PETALING JAYA: Sebuah syarikat penerbitan filem yang diketuai anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan ia menerima dana AS$64 juta (RM256 juta) secara tidak sah daripada 1MDB bagi membiayai filem "The Wolf of Wall Street" yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, Riza Aziz, merupakan antara orang dinamakan dalam permohonan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat semalam dalam usaha menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion (RM4 bilion), kes terbesar di AS membabitkan korupsi luar negara.

Red Granite berkata syarikat itu tidak pernah secara sedar menggunakan sebarang sumber kewangan yang tidak sah.

"Setahu Red Granite, tidak ada satu pun dana yang diterimanya empat tahun lalu merupakan sumber tidak sah dan tindakan undang-undang (Jabatan Kehakiman) hari ini juga tidak mendakwa Red Granite mengetahui sebaliknya," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan yakin Riza akan didapati tidak bersalah.

Riza sebelum ini menafikan mengambil dana 1MDB.

"Tidak ada dana Malaysia," katanya kepada New York Times pada 2014.

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman mendakwa Red Granite menerima AS$64 (RM256 juta) yang berasal dari 1MDB.

Jabatan Kehakiman juga mahu merampas keuntungan filem "The Wolf of Wall Street".

Filem itu yang menerima lima pencalonan Oscar, melaporkan keuntungan AS$400 juta (RM1.6 bilion).

Malaysia, Selatan Thai tangani isu nikah

Posted: 21 Jul 2016 01:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KANGAR: Berikutan peningkatan jumlah rakyat Malaysia berkahwin di selatan Thailand, satu mekanisma terbaik perlu dibuat untuk menangani isu itu supaya ia sah di sisi undang-undang. 
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perkahwinan yang tidak disahkan undang-undang akan mengundang banyak masalah terutama kepada isteri dan anak-anak. 
 
"Dalam hubungan ini, kita dan lima Wilayah Andaman di selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat, Pattani, Satun dan Songkhla akan merumuskan mekanisma bagi mengukuhkan perkara berkaitan nikah cerai membabitkan pasangan Malaysia yang berkahwin di wilayah tersebut.
 
"Oleh kerana bilangan pernikahan rakyat Malaysia di selatan Thailand meningkat setiap tahun, perkara ini perlu dikekang bagi mengelak masalah yang mungkin berlaku kemudian," katanya selepas merasmikan persidangan pengurusan nikah cerai ketua-ketua pendaftar seluruh negara dengan jawatankuasa Majlis Agama Islam (MAI) lima wilayah berkenaan di sini, malam tadi. 
 
Katanya antara kesan perkahwinan yang tidak didaftar atau dirahsiakan ialah anak tidak ada sijil kelahiran, tiada kad pengenalan dan ada juga yang terpaksa dibinkan 'Abdullah' walaupun perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak. 
 
"Perkara menjadi lebih rumit apabila berlaku kematian atau perceraian menyebabkan kesukaran mengesahkan pewaris berkaitan tuntutan harta dan pembahagian harta sepencarian. "Ini antara punca keruntuhan institusi kekeluargaan. 
 
Sebab itu saya minta pasangan yang berkahwin di selatan Thailand atau di mana sahaja supaya mendaftar semula perkahwinan mereka sebaik balik ke negara ini," katanya. 
Jamil Khir berkata beliau turut meminta Yang Dipertua MAI lima wilayah tersebut supaya memberi penekanan kepada pasangan negara ini mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia selepas berkahwin. 
 
"Persidangan tahun keempat berturut-turut ini menunjukkan kerajaan serius dalam usaha mengatasi isu tersebut," katanya sambil menambah pasangan yang merancang berkahwin di luar negara juga harus mendapat kebenaran berkahwin dari pihak berkuasa negara ini. 
 
Sementara itu, Yang Dipertua MAI Yala, Ismail Abdul Latif Hari berkata MAI Wilayah Andaman hanya menerima pasangan yang memenuhi syarat sebelum mereka dikahwinkan seperti memiliki pasport. 
 
"Kebanyakan kes yang kami terima membabitkan pasangan yang hendak berpoligami tetapi menghadapi masalah meneruskan perkahwinan mereka di Malaysia," katanya sambil menambah pembabitan broker atau ejen lebih menimbulkan masalah. 
 
Ismail, ejen yang tidak baik menggunakan pelbagai cara untuk membolehkan pasangan terbabit berkahwin dan mereka juga mengenakan bayaran yang tinggi sedangkan kos perkahwinan hanya kira-kira 6,000 baht sahaja.

Terengganu rombak portfolio exco 1 Ogos

Posted: 21 Jul 2016 01:37 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman semalam mengumumkan penstrukturan semula portfolio anggota mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang melibatkan beberapa pertambahan dan pertukaran tugas.
 
Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memberitahu penstrukturan berkenaan akan berkuat kuasa 1 Ogos dan ia tidak melibatkan perubahan dari segi jumlah keanggotaan exco.
 
Menerusi penstrukturan itu, tiga exco kekal dengan portfolio masing-masing, manakala tujuh yang lain termasuk Ahmad Razif mempunyai pertambahan dan pertukaran tugas.
 
Tiga exco yang kekal dengan dengan portfolio masing-masing ialah Datuk Tengku Putera Tengku Awang, (Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri), Datuk Rozi Mamat (Exco Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri) dan Rosli Othman (Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri).
 
Ahmad Razif selain memegang portfolio Menteri Besar, turut memegang portfolio Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan.
 
Portfolio Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang dipegang beliau sebelum ini kini disandang Datuk Mohd Jidin Shafee, yang sebelum ini memegang portfolio Pelancongan dan Kebudayaan.
 
Portfolio Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan kini dipegang Nawi Mohamad yang bertukar portfolio dengan Roslee Daud.
 
Roslee Daud kini menyandang portfolio Kesihatan, Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sebelum ini dipegang Datuk Muhammad Pehimi Yusof, yang kini memegang portfolio Pertanian, dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
 
Portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan kini dipegang A Latiff Awang, yang bertukar portfolio dengan Ghazali Taib yang kini memegang portfolio Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas.

1MDB: Malaysia sedia bagi kerjasama selari protokol antarabangsa

Posted: 21 Jul 2016 01:31 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh ke atas apa sahaja siasatan berhubung salah laku syarikat atau rakyatnya selari dengan protokol antarabangsa.
 
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffudin Tengku Ahmad berkata, seperti yang selalu ditegaskan Perdana Menteri, jika salah laku tersebut berjaya dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.
 
"Kami maklum saman awam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa aset. Seperti dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh ke atas apa sahaja siasatan berhubung salah laku syarikat atau rakyatnya selari dengan protokol antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Tengku Sharifuddin berkata, pihak berkuasa Malaysia telah mendahului siasatan ke atas 1MDB.
Katanya, syarikat tersebut telah disiasat pelbagai agensi dan badan siasatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa
 
Kira-kira Wang Negara (PAC) sebuah badan bebas dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
 
"Selepas penelitian mendalam, Pejabat Peguam Negara mendapati tidak ada jenayah telah dilakukan dan sehingga kini pihak PDRM masih meneruskan siasatan ke atas 1MDB," katanya.
 
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, 1MDB menyatakan syarikat itu bukan pihak yang dinyatakan dalam saman sivil tersebut, tidak mempunyai apa-apa aset di AS, dan tidak mempunyai manfaat daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil itu
 
"Lagipun, 1MDB tidak pernah dihubungi Jabatan Kehakiman AS atau mana-mana agensi asing lain berkaitan dalam siasatan mereka," kata kenyataan itu.
 
Syarikat itu turut mengulangi pendirian akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara itu dan nasihat daripada pihak berkuasa yang sah dalam negara berkenaan.
 
 

Ahmad Said tak mahu terima jawatan Timbalan Exco

Posted: 21 Jul 2016 01:29 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said enggan menerima jawatan Timbalan Exco yang diberikan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
 
Dalam rombakan portfolio Exco kerajaan negeri semalam, Ahmad yang juga ADUN Kijal dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 
 
Ahmad berkata, walaupun belum menerima surat pelantikan secara rasmi dan hanya mengetahui namanya tersenarai sebagai timbalan Exco, beliau tidak bersetuju dengan pelantikan itu. 
 
"Antara punca menyebabkan saya menolak tawaran ini kerana Ahmad (Razif) tidak mengiktiraf saya sebagai wakil rakyat apabila bertindak memotong peruntukan pembangunan di DUN Kijal, selain melantik orang lain sebagai Pengerusi Pembangunan DUN. 
 
"Sebagai seorang bekas menteri besar, saya anggap Ahmad (Razif) mempersendakan saya apabila melantik sebagai timbalan Exco," katanya dalam satu sidang media hari ini.
 
Ketika diminta mengulas kenyataan ADUN Seberang Takir yang mengatakan Ahmad sebelum ini dilantik sebagai timbalan Exco tetapi tidak didedahkan, Ahmad berkata, beliau tidak pernah dihubungi mengenai pelantikan itu. 
 
"Ahmad Razif juga pernah mengumumkan melantik saya sebagai Pengerusi Pembangunan Tasik Kenyir, tetapi tiada surat pelantikan secara rasmi dihantar dan saya juga menolak pelantikan itu," katanya.
 
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Ahmad mengumumkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan dilantik Yang Dipertua PERKASA Terengganu.
 
Ahmad sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila secara tiba-tiba mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
 
Namun usul berkenaan gagal selepas ditolak Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong kerana tidak memenuhi syarat.
 
 

Lebih baik buat referendum dalam DAP berbanding bubar DUN - BN Pulau Pinang

Posted: 21 Jul 2016 01:27 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berpendapat DAP perlu mengadakan referendum dalam parti itu terlebih dahulu sebelum bercadang untuk membubarkan DUN Pulau Pinang sekaligus membuka laluan kepada pilihan raya mengejut.
 
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata, langkah itu perlu diambil perhatian oleh DAP kerana ia tidak melibatkan keyakinan pengundi terhadap parti itu, sebaliknya lebih kepada keperibadian Ketua Menteri negeri itu Lim Guan Eng.
 
"Kita (BN Pulau Pinang) lihat pada dua faktor lain iaitu faktor dalaman parti DAP jadi ini bermakna DAP perlu buat satu pungutan suara dalam parti mereka. Keduanya hilang kepercayaan kepada pemimpin itu sendiri jadi dalam hal ini adalah isu perseorangan. 
 
"Inilah faktor yang perlu diambil kita oleh rakyat apabila mereka mahu membuat keputusan pada pemilihan akan datang," katanya kepada Antarapos.
 
Semalam Guan Eng memutuskan untuk menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan, selepas kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) mencapai kata sepakat dengan semua parti komponen pembangkang lain.
 
"Tiada kata sepakat kerana berlandaskan isu yang berlaku ianya tidak bersangkut dengan ketidakyakinan terhadap kerajaan negeri. Ia lebih kepada isu perseorangan. 
 
"Saya kira PKR memandang dari segi keperluan untuk mengadakan pilihanraya mengejut hendaklah berlandaskan kepada keperluan dan kebajikan rakyat, kalau isu yang terlihat ialah keyakinan terhadap kerajaan sedia ada, itu punya alasan yang amat kukuh untuk mendapat mandat baru," kata Chang Yeow merujuk kepada kenyataan Guan Eng semalam.
 
Ekoran penangguhan itu, Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan isu berhubung cadangan pembubaran DUN Pulau Pinang.
 
Laporan media baru-baru ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng.
 
Teng berpendapat DAP perlu mengambil kira kewajaran untuk membubarkan DUN dan bukan semata-mata atas kepentingan peribadi.
 
"Saya kira ada dua faktor untuk membubarkan DUN, satu adalah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri oleh 40 ADUN yang ada dalam dewan. 
 
"Kedua ialah apabila berlakunya perubahan dalam parti komponen PH kalau PKR yang bertindak untuk keluar daripada PH jadi ia menjejaskan pentadbiran kerajaan jadi perlu dibubarkan untuk mendapatkan mandat baru. 
 
"Tapi dalam hal ini kedua-dua faktor ini tidak wujud untuk membubarkan DUN walaupun pembubaran itu adalah hak mereka yang memegang tampuk kerajaan negeri," ujar beliau.
 
 

Najib perlu beri penjelasan segera

Posted: 21 Jul 2016 01:05 AM PDT

 Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail


SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi penjelasan kepada ahli-ahli Parlimen menerusi satu sidang tergempar berhubung kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) semalam.

Menurut Wan Azizah, selain itu, beliau turut menggesa Kabinet supaya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menitahkan agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan berkenaan.

"Saya menggesa Kabinet untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Suruhanjaya Siasatan Di-Raja ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan wang RM14 bilion telah dilarikan dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dari 2009 ke 2015 serta mencadangkan agar individu-individu yang terlibat dihadapkan ke mahkamah," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: Jabatan Kehakiman AS mahu rampas 17 aset]

Semalam, DOJ menyatakan bahawa Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (AS$1 bilion) yang berkait rapat dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram dari 1MDB.

Selain itu, DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi berkenaan iaitu anak tiri kepada Perdana Menteri, Riza Aziz, ahli perniagaan, Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut yakin bahawa rakyat negara ini mahukan Najib untuk mengambil cuti sebagai Perdana Menteri supaya tidak timbul syak wasangka serta salah guna kuasa untuk melengah atau menghalang siasatan penuh terhadap isu serius ini.

"Memandangkan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri memberikan beliau kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka beliau harus mengambil cuti sebagai Perdana Menteri," katanya

Tiada ulasan: