Nuffnang

Pengikut

.

sumber :-

.


Posted: 17 Jul 2016 06:11 AM PDT

Langkah 13 Adun Pas Selangor pratikal

Posted: 17 Jul 2016 06:11 AM PDT

SINGGUNG PAGI

Langkah 13 orang wakil rakyat Pas di Selangor yang membuat kenyataan menyokong pandangan Timbalan Presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man supaya gencatan senjata dilakukan di kalangan parti-parti pembangkang, mempunyai mesej tersendiri yang perlu difahami.

Walaupun Tuan Ibrahim telah mengkhianati reputasi dirinya sendiri dengan pandangan itu, namun ia masih tetap "valid", pandangan beliau itu sesuatu pendekatan politik yang matang. Menyedari akan kematangan itulah maka 13 orang wakil rakyat Selangor yang diketuai oleh Pesuruhjayanya membuat kenyataan sokongan itu.

Pandangan Tuan Ibrahim itu disambut meriah oleh banyak pihak dan menerima ia satu formula terbaik untuk tumbangkan UBN. Bagaimana pun Tuan Ibrahim seakan menafi balik pandangan dan gesaan itu apabila presiden partinya tidak bersetuju dan tetap mahukan Pas bersendirian.


Permasalahan politik di Selangor khasnya yang akan dihadapi menjelang Piraum akan datang sangat difahami oleh Pas negeri itu. Keputusan dua Pirake di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini memberi petunjuk jelas tentang masa depan dan peluang dan harapan Pas di Selangor.

Dari segi politik yang bersandarkan kepada egois dan "keng", Pas boleh mendakwa keputusan dua Pirake itu tidak menjejaskan mereka. Pas khasnya Guru Hadi dan pengkaji politiknya boleh mengakui yang Pas masih kuat dan undi fuedamentalnya masih kekal. Tetapi hakikat sebenar apa bakal dirasai Pas dari petunjuk pirake itu ditelan oleh Pas Selangor.

Dalam melihat kesan kepada dua Pirake itu, Pas Selangor adalah bahu yang memikul sementara orang lain termasuk pendolor Guru Hadi dan mereka yang disifatkan berada dalam perigi buta hanya mata memandang sahaja.

Kesimpulannya, tindakan 13 orang wakil rakyat itu satu langkah bijak yang perlu direalisasikan. Mereka usah peduli kepada sikap "ikan keli dalam besen" Tuan Ibrahim itu dan politik bebal Guru Haji, tetapi cadangan beliau itu sesuatu yang sangat praktikal. 13 wakil rakyat itu tentu tidak mahu mereka menang sorak tetapi  kalah pertarungan. Maka itu mereka mengambil sikap menyokong pandangan Tuan Ibrahim. Cuma saya Tuan Ibrahim tidak dapat pertahankan ideanya sendiri.

Sokongan itu membawa makna Pas perlu bergabung dengan oposisi kalau mahu terus berada dalam kerajaan di Selangor.

Bukan sahaj saya berpandangan (prejudis) kalau Pas bertanding secara bersendirian di Selangor, ia tidak akan menang satu kerusi pun, tetapi orang lain juga, para pengkaji. Sayang bagi Pas yang menguar-uarkan parti memperjuangkan Islam, kalau terlepas Selangor.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan, sumbangan besar Pas sepanjang memerintah Selangor bersama DAP dan PKR ialah berjaya mengumarakkan surau-surau dan masjid. Masjid dan surau di Selangor hidup segar dan bercahaya serta menjadi institusi sewajarnya apabila Pas menguasai negeri Selangor dan apabila ramai di kalangan ahli jawatankuasa masjid dan surau dianggotai oleh orang Pas.

Sesungguhnya hanya orang Pas relevan dan nampak "nggam" untuk menguruskan surau dan masjid serta institusi agama lain berbanding dengan pihak parti lain, realiti ini hendaklah disedari dan diperjuangkan.

Jadi mereka (wakil rakyat) perlu terus berfikiran jauh ke depan daripada presiden mereka demi meneruskan perjuangan dan mengekalkan apa yang sedang berlaku kini. Barang kali molek juga kalau mereka terus meninggalkan presiden mereka di setesen bas. Dan mereka juga tidak perlu pedulikan kepada suara dari perigi buta yang sudah termakan ludah para guru dan mulla yang egois. [wm.kl.8:29 20/07/16]

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT