Ahad, 17 Julai 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pemberontakan Gagal mungkin 'dipentaskan' oleh Erdogan sendiri.....

Posted: 17 Jul 2016 05:30 AM PDT

  Ada kemungkinan bahawa rampasan kuasa yang gagal di Turki pada Jumaat lalu itu dilakukan sendiri oleh Parti AKP, Erdogan, dan ia dimaksudkan untuk menuduh penyokong Gulen dan tentera, demikian Fathullah Gulen, yang berada dalam buangan di Pennsylvania, memberitahu pemberita hari ini.

"Saya tidak percaya bahawa dunia akan mengambil tuduhan yang dibuat oleh Presiden Erdogan terhadap saya serius," kata Gulen, berusia 75 tahun, sebelum mengutuk penggunaan kekerasan untuk menggulingkan Erdogan.

  Sangkaan Gulen ternyata meleset.... Anak presiden Pas, Muhammad Khalil yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia pada Sabtu lalu telah menuduh bahawa rampasan kuasa yang gagal itu sebagai permainan politik Erdogan...

   Muhammad Khalil telah menaikan status berikut melalui akaun fesbuknya:


Sementara admin Pas Putrajaya juga berkongsi pandangan yang sama. Cubaan rampasan kuasa itu dia nampak seakan-akan permainan politik .....


  Cubaan rampasan kuasa tersebut telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 265 orang terbunuh, termasuk 104 peserta pro-rampasan kuasa, manakala 1,440 orang cedera dalam tindakan ketenteraan di Ankara dan Istanbul; manakala 2,839 tentera dan pegawai terbabit dalam cubaan rampasan kuasa itu telah ditangkap. Apakah ini semua lakonan Erdogan?

 Kalau Gulen yang berfikiran demikian itu, tentulah kita boleh memahaminya kerana beliau perlu melindungi dirinya dan perlu mengelak dari dituduh sebagai pengkhianat....

  Tetapi anak Hj Hadi dan admin Pas Putrajaya ni tidak ada apa-apa kepentingan pun untuk ada perasaan curiga dan membuat andaian yang merapu sebegitu .... 

Tentera Turki menyangka rampasan kuasa tentera adalah 'latihan'

Posted: 17 Jul 2016 02:25 AM PDT


  Tentera yang ditahan dalam satu cubaan rampasan kuasa yang gagal di Turki memberitahu penyiasat bahawa mereka menyangka bahawa mereka telah mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan.

 Sekumpulan 678 tentera dan 10 pegawai yang diketuai oleh kolonel, telah ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk dalam sekelip mata.

  Semasa soal siasat, beberapa tentera mendakwa, pada mulanya, mereka tidak tahu bahawa mereka telah mengambil bahagian dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan, berfikir bahawa ia hanya satu latihan ketenteraan.

 "Hanya apabila manusia mula memanjat ke atas kereta-kereta kebal, kita memahami segala-galanya," kata tentera, menurut akhbar Hurriyet.

  Perdana Menteri Turki Binali Yildirim telah melaporkan bahawa 2,839 tentera dan pegawai terbabit dalam cubaan rampasan kuasa semalam telah ditangkap. 

  Sekurang-kurangnya 265 orang terbunuh, termasuk 104 peserta pro-rampasan kuasa, manakala 1,440 orang cedera dalam tindakan ketenteraan di ibu negara Turki, Ankara, dan bandar terbesar di negara ini, Istanbul. 

 Sekumpulan tentera Turki cuba untuk menggulingkan kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada malam Jumaat lalu, menggunakan kereta kebal dan helikopter tempur.

 Konspirasi itu gagal, sebagai penganjur rampasan kuasa tidak dapat meraih sokongan meluas daripada pihak tentera atau penduduk dan tidak berjaya untuk menangkap mana-mana pegawai-pegawai berpangkat tinggi.  ~ sumber

Hello Erdogan... Ini Naib Ketua Ulama Islam Sedunia nak cakap dengang mung...

Posted: 16 Jul 2016 05:30 PM PDT

Skrin komputer pun lum menyala lagi....
Tekun atau tukun depan leptop?
  Ada pula yang mengaku konon-kononnya Tok Guraunya begitu perihatin dengan perkembangan politik di turki....

 Kononnya Tok Gurau sedang berusaha menghubungi pimpinan lain melalui pelbagai aplikasi...err.. siapa yang dia hubungi itu ?? Hanya Allah sahaja yang tahu.... tidak mungkin Tok Gurau menghubungi Erdogan...

   Takkanlah Tok Gurau yang satu ketika dulu begitu meluat dengan Erdogan, tiba-tiba sudah berubah??

    Tapi sehingga kini, belum ada apa-apa kenyataan dari mana-mana pemimpin Pas mengenai perkembangan pergolakan politik di Turki. Baik di fesbuk, mahu pun di akhbar-akbar nasional. Malah akhbar milik sendiri, Harakah hanya mengeluarkan kenyataan Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang ditulis sendiri oleh presidennya, Cikgu Azmi - Mohd Azmi Bin Abdul Hamid.

  Syabas kepada parti Amanah, walaupun parti baru dan belum lagi setahun jagong, tapi tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan dan rakyat Turki yang telah berjaya mematahkan cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera dalam tempoh kurang 24 jam. Baca lagi di sinii

    Kenyataan al-Qaradhawi sudah ada.... Kenyataan Ali Qaradaghi pun sudah ada... malah PM Najib pun ada menghantar tweet kepada kedutaan Turki di Washington DC...


  Tetapi pelik bila Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, yang katanya perihatin dan tekun mengikuti perkembangan pergolakan politik Turki masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

 Pas tidak dapat disangkal, sangat bencikan Erdogan kerana Erdogan (bekas Ketua Pemuda Parti Refah) dan kumpulannya yang progresif telah keluar dari parti Refah lalu menubuhkan parti baru, AKP. Erbakan dari kumpulan konservatif menubuhkan parti Shadat setelah Refah diharamkan. 

  Parti Shadat dianggap lebih Islamik sementara AKP, serpihan daripada Parti Shadat, dianggap sebagai pengkhianat.... macam G18 keluar Pas dan tubuhkan AMANAH...

  Mereka tuduh Erdogan sebagai liberal dan sekularis. Kebencian mereka terhadap Erdogen terbawa-bawa sampai menggelar pemimpin-pemimpin seperti Husam Musa, Mahfuz Omar , Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Dr Dzul dan beberapa lagi yang lain sebagai puak Erdogan... puak parasite, Munafiq Haraki...

  Berikut adalah bukti bagaimana Pas melabel kumpulan yang berada dalam jemaah mereka sendiri tetapi mereka benci dan musuhi, dilabel dengan gelaran Erdogan....
Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57 GOMBAK:

Apakah pengaruh kumpulan ulama yang sekian lama kukuh bertapak dalam PAS sedang menuju pengakhirannya? Keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang diumumkan hari ini menunjukkan kumpulan Erdogan menguasai jawatan-jawatan penting dalam parti.

 Jawatan nombor dua parti dimenangi Mohamad Sabu. Kemenangan ini menebus kekalahannya kepada Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan tahun 2009.

 Kemenangan itu tidak mengejutkan memandangkan popularitinya di merata peringkat dalam PAS menenggelamkan dua pencabarnya – Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 Tetapi yang mengejutkan ialah kemenangan 100% kumpulan Erdogan bagi jawatan naib presiden. Ketiga-tiga mereka – Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub – adalah penyokong kumpulan Erdogan.

 Kemenangan kumpulan Erdogan mengesahkan tanggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpengaruh menentukan kepimpinan PAS.

 Kini kumpulan ulama yang diketuai Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mendapat perbahasan hangat dari kumpulan Erdogan dalam membuat keputusan penting.

 Yang pasti pintu rundingan kerajaan perpaduan tertutup rapat. Walaupun Hadi menegaskan tiada kerjasama dengan Umno, ramai yang masih sangsi dan ragu. Baca lagi di sini 
  Benci sangat kepada Erdogan sampai mereka menggelar pempinan-pemimpin seperti  Husam Musa, Mahfuz Omar , Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Dr Dzul dan beberapa lagi yang lain sebagai puak Erdogan...

  Mereka dilabel sebagai parasite, Munafiq Haraki... Pengkhianat... yang semua gelaran-gelaran burok itu yang pernah mereka lemparkan kepada Erdogan,  kini mereka longgokan pula kepada pemimpin dan penyokong parti AMANAH.

   Timbul juga pertanyaan jahat bila memikirkan betapa bencinya mereka ini kepada Erbakan .... Apakah mereka ini akan memihak kepada Fethullah Gulen, seorang ulama pembangkang yang tinggal di Amerika Syarikat, yang dituduh mendalangi rampasan kuasa dan "mengkhianati" negara Turki?

Korang dah tengok dan kenal tak siapa ulama yang bernama Fethullah Gulen tu? Pakailah cermin mata... manalah tahu, takut-takut tersalah tengok pula....

Tiada ulasan: