Khamis, 2 Jun 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DAP tidak rampas tanah Melayu Pulau Pinang, kenapa PAS tiru perangai UMNO?

Posted: 02 Jun 2016 08:30 PM PDT

syerleena

GEORGETOWN, 3 JUN: DAP menyelar kenyataan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Hafiz Alias yang cuba menyemarakkan emosi perkauman dengan menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berlaku adil terhadap penduduk Melayu berhubung isu tanah di negeri tersebut.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Syerleena Rashid, berkata dakwaan oleh ahli PAS itu seolah-olah cuba 'meniru' budaya UMNO yang sentiasa mengaitkan sebarang isu melibatkan DAP dengan sentimen perkauman.
Kenyataan Hafiz bahawa semua pihak perlu menuntut agar Kerajaan Megeri mengekalkan 'tanah milik Melayu' dengan meminta semua konstituensi di Pulau Pinang menentang dasar-dasar kerajaan negeri bercanggah dengan fakta dan bukti sedia ada.
Malah, Syerleena menegaskan, PAS 'buat-buat lupa' dengan segala perlakuan UMNO selama ini yang telah banyak merampas tanah-tanah milik Melayu dengan harga murah melalui syarikat proksi dan kemudian menjualkannya dengan harga yang lebih tinggi.
"Contohnya seperti apa yang berlaku di Kampung Terang Balik Pulau. 31 pemilik tanah Melayu menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah kira-kira RM 8.56 juta pada Januari 2012. Syarikat itu kemudiannya menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd dengan harga sekitar RM13.45 juta pada Mei tahun yang sama.
"Keuntungan sebanyak RM5 juta, hanya dalam masa 5 bulan. Ini secara terang-terangan merupakan satu eksploitasi terhadap sistem sedia ada dan eksploitasi terhadap penduduk Melayu dengan cara yang sangat jijik.
"Jangan kita lupa bahawa dua anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Datuk Omar Faudzar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Syerleena yang juga ahli majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), kerajaan negeri di bawah pemerintahan DAP telah berusaha sedaya-upaya bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk dengan pemaju di negeri itu.
Katanya, perkara itu jelas dibuktikan dengan kerja keras kerajaan negeri menuntut agar hak rakyat dipelihara dan diberi pampasan oleh pemaju seperti dalam kes Kampung Permatang Tok Subuh di Bukit Mertajam dan Kampung Chetty di Bukit Feringghi sebelum ini.
Oleh itu, tegasnya, Pakatan Harapan sentiasa mengambil langkah yang terbaik demi keadilan sosial bagi mempertahankan hak kemanusiaan setiap individu di negara ini tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
"Percaturan yang dimainkan oleh PAS dengan menuduh DAP dan Pakatan Harapan melalui dakwaan tidak berasas dan tanpa bukti kukuh hanya menunjukkan betapa gelabahnya PAS ketika ini untuk menawan hati sekutu politiknya yang baru," katanya. – Roketkini.com

SAINTIS FIZIK CALON AMANAH PRK KUALA KANGSAR

Posted: 02 Jun 2016 07:51 PM PDT

BUKAN PAS DAKWAH UMNO, PAS IKUT RENTAK UMNO’

Posted: 02 Jun 2016 07:48 PM PDT

VIDEO : PERWAKILAN PAS AKUI KEHILANGAN PENGUNDI SELEPAS PR HANCUR

Posted: 02 Jun 2016 07:45 PM PDT

PAS DAH MACAM UMNO...

Posted: 02 Jun 2016 07:41 PM PDT



Dulu hanya pemimpin UMNO yang berpakaian macam ini.

Sekarang pemimpin Pas pun nak jadi pahlawan Melayu juga.


Dulu hanya Pemuda UMNO yang cium dan julang keris.


Sekarang Hadi Awang sendiri julang keris gergasi.

Dulu menjadi tradisi pemimpin UMNO potong pulut kuning.

Sekarang Pas pula potong pulut hijau.

Dulu,  slogannya "Pas ganti UMNO", rupa-rupanya sudah bertukar kepada "Pas mirip UMNO".

Dulu, didendangkan juga motto "Pas For All",  tetapi nampaknya sekarang sudah berubah menjadi  "Pas For U, Najib". (SH 03/06/2016).

PAS ‘BUAT PERUBAHAN’ JULANG KERIS POTONG PULUT KUNING

Posted: 02 Jun 2016 07:39 PM PDT

INGATAN YANG LEBIH SESUAI DITUJUKAN KEPADA BAPA SENDIRI

Posted: 02 Jun 2016 05:13 AM PDT



Timbalan Ketua Pemuda Pas yang juga anak Hadi Awang,  Muhammad Khalil Hadi mengingatkan rakan-rakan seperjuangannya agar tidak main-main dalam perjuangan di jalan Allah yang sedang dilalui bersama parti itu.

Ini kerana, jelasnya, janji yang dibuat untuk perjuangan itu bukan saja di depan manusia, tetapi juga di depan Allah.
Dalam masa yang sama, beliau juga menasihati rakan-rakan yang telah keluar daripada Pas, khususnya yang memegang jawatan wakil rakyat, yang dianggapnya tiba-tiba khianat kepada perjuangan, mengenai janji yang sama di depan Allah nanti.

"Mereka lari dari perjuangan. Jawablah di depan Allah di hari akhirat nanti,"  katanya dalam ucapan penangguhan di Muktamar Pemuda Pas, semalam.

Woww.....hebatnya ingatan dan amaran!!

Benarkah perjuangan Pas sentiasa di jalan Allah, dahulu dan juga sekarang?

Jika benar di jalan Allah, kenapa Pas sekarang yang dipimpin Hadi Awang makin bersekongkol dengan seseorang yang sah diketahui terpalit dengan skandal kewangan paling besar dalam dunia?

Adakah persekongkolan itu sebahagian daripada perjuangan di jalan Allah? 

Bagaimana agaknya mahu menjawab di hari akhirat nanti?

Bolehkah juga menawarkan diri menjadi penasihat kepada pemimpin yang pernah mengaku, "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya guna akaun bank peribadi", namun akhirnya semua penafian terbukti benar belaka?

Kenapa semua ingatan dan amaran hanya ditujukan kepada orang lain, tidak kepada diri sendiri?

Lantaran itu, ingatan dan amaran Muhammad Khalil ini barangkali lebih baik diselitkan ke pintu bilik tidur ayahnya terlebih dahulu sebelum ditujukan kepada sesiapa yang lain.

Ingatlah, Allah juga sedang melihat lakonan demi lakonan yang sedang dipentaskan sekarang. (SH 02/06/2016).

PAS: DARI PARTI SUCI KINI MENGHAMPIRI PERJUANGAN UMNO?

Posted: 02 Jun 2016 01:11 AM PDT

AZMIN TIDAK TURUN KERANA KERAJAAN SELANGOR MASIH DIANGGOTAI PAS

Posted: 02 Jun 2016 01:08 AM PDT

Tiada ulasan: