Nuffnang

Pengikut

Komentar Kini

sumber :-

Komentar Kini


Miliki Ijazah PHD bukan tiket

Posted: 26 Jun 2016 06:19 PM PDT



Kawan FB penulis dua tiga hari lepas berkata, ahli jawatankuasa (EXCO) pemuda Pas Malaysia kebanyakannya ada ijazah Dr (PHD).

Tiba tiba teringat penulis nama Dr Mujahid Yusof yang kalah ahli jawatankuasa pada muktamar agung tahunan tahun lepas (2015) lari tinggalkan wadah perjuangan.

Beliau dikatakan sangat komented dan istiqamah dengan parti Pas, akan tetapi setelah kalah teruk dalam muktamar tahunan tempoh hari jadi tidak keruan sebelum tinggalkan parti Pas.

Jadi, kita tidak boleh andaikan bahawa yang ada ijazah PHD merupakan ajk atau pemimpin yang boleh bertahan sabar apabila diuji dengan satu ujian yang kecil berbanding dengan ujian Allah terhadap para pemimpin Ikhwanul muslimin.

Penulis berani mengatakan PHD bukan tiket untuk mereka terus menersu boleh bersyukur. Apatah lagi untuk menahan sabar. Kalau ia tiket mengapa Dr Mujahid Yusof pergi tinggalkan parti pas satu satu parti Islam di Malaysia.

Apa pun iman dan takwalah sebagai tiket untuk manusia dapat benar benar bersyukur dan menahan sabar.Ijazah PHD (DR) bukan tiket untuk manusia boleh kekal istiqamat dengan perjuangan, hatta dalam wadah perjuangan Islam sekalipun.

Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

 " Dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati) Sesungguhnya Allah berserta orang orang yang sabar" (surah al-Anfal ayat 46)

Allah subhanahu wataala sudah nyatakan apabila Dia berserta dengan orang orang yang sabar, maka mereka akan beroleh kebaikan dan kemenangan, serta kenikmatan zahir dan batin didunia dan diakhirat.

Kepimpinan dalam parti politik bergantung kepada kesabaran dan keyakinan sepertimana firman Allah yang bermaksud:

 " dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbang kaum masing masing kepada hukum agama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalakan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat ayat keterangan kami" (surah as-Sajadah ayat 24)

Dengan adanya jiwa sabar dan bertakwa kepada Allah subhanahu wataala maka segala apa yang berlaku pada dirinya termasuk tipu daya musuh, miskipun dia berkuasa, tidak akan mampu mendatangkan sebarang kemurdaratan.

Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesunggunya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang orang yang berbuat kebaikan" (surah Yusof ayat 90)

Allah suhbanahu wataala nyatakan lagi dengan firmannya yang bermaksud:
 " Wahai orang orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripoada kesabaran musuh, dimedan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan)" (surah Al-Imran ayat 200)


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT