Isnin, 6 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


AMANAH Dapat Sokongan Solid Dari PKR, DAP dan NGO-NGO

Posted: 06 Jun 2016 12:02 AM PDT

Mat Sabu ajak adik-adiknya jangan membazir, mari undi calon Amanah

Mohamad Sabu mengajak para penyokong Pas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar memberikan undi kepada calon Amanah kerana adalah membazir jika mereka memberikan undi kepada calon Pas yang tidak akan menang selepas bersendirian, lapor Malaysia Dateline.

Mohamad yang menyifatkan penyokong Pas sebagai agik-adiknya selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh menyifatkan beliau sebagai abang dalam muktamar baru-baru ini mahu adik-adiknya berfikir dengan matang.


"Mana-mana saya pergi orang panggil saya abang Mat. Jadi saya nak ajak adik-adik dalam Pas agar memberikan undi kepada calon Amanah dalam pilihan raya ini.

"Ini kerana, berdasarkan sejarah Pas yang Abang Mat sertai, Pas tidak pernah menang bila bersendirian.

"Jadi jangan bazirkan undi adik-adik dengan mengundi calon Pas yang tidak akan menang. Berilah undi kepada calon Amanah," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramahnya di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar semalam.

Mat Sabu mengimbau nasib Pas yang hanya menang apabila mula bekerjasama dengan pihak lain iaitu bermula sejak tahun 1990 apabila bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin Semangat 46.

"Hanya bila Pas bekerjasama dengan pihak lain saja Pas boleh menang. Sekarang bersaorang, jadi Pas tidak akan menang. Jadi jangan bazirkan undi adik-adik," kata Mat Sabu.

Amanah bersama rakan-rakanya PKR dan DAP mendapat mandat untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil kali ini bagi mewakili Pakatan Harapan.

Sedangkan Pas kini bersendirian kerana rakanya barunya, Parti Ikatan Bangsa (Ikatan) bukan sebuah parti yang besar dan ada pengikut.

Calon Amanah, Azhar Datuk Shukur disahkan sebagai calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses penamaan calon pagi ini.

Turut disahkan sebagai calon adalah Dr Rani Othman dari Pas dan Budiman Radzi dari BN.

Selepas disahkan sebagai calon, Azhar menyeru rakyat Sungai Besar agar mereka memilih calon Pakatan Harapan pada 18 Jun ini.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan kehadiran hampir kesemua pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Harapan di hari penamaan calon pagi tadi.

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir membidas mereka yang menuduh Pakatam Harapan bermasalah.

"Barisan Nasional atau sesiapa pun yang cuba menggambarkam bahawa kami berpecah, kami ada masalah, (sekarang) tengok kami bukan seperti kamu, kamu yang bermasalah, kamu yang berpecah tapi kami solid tiga-tiga parti akan memestikan perpaduan, kesatuan dalam Pakatan Harapan," katanya.

"Kita bukan orang mabuk tuan-tuan, Kita tak perlu keris dua depa, insyaAllah kekuatan ada pada diri kita, kita akan lawan dua lagi calon itu (BN dan PAS) itu, membujur lalu melintang patah," kata beliau mengakhiri ucapannya.

Ahli Parlimen Kapar dari Keadilan, YB Manivannan pula menganggap dua PRK yang berlaku (di Sungai Besar dan Kuala Kangsar) sebagai takdir Tuhan supaya AMANAH, Keadilan dan DAP bersatu sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 14 bagi menumbangkan kekejaman dan kezaliman UMNO BN.

"Kita tak dibekalkan keris yang pendekkah atau yang panjang, tak dibekalkan dengan pulut, tapi kita dibekalkan dengan obor perjuangan untuk menentang segala kezaliman UMNO Barisan Nasional dan konco-konconya," katanya.

"Saya mewakili semua pemimpin Keadilan ingin menyatakan tekad kami di sini bahawa kami komited 101% dengan AMANAH dan akan pastikan Pakatan Harapan akan berjaya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.

Pengerusi BERSIH 2.0, Sdri Ambiga pula menjelaskan bahawa beliau menyokong calon AMANAH kerana AMANAH menyokong Deklarasi Rakyat.

Amanah menyokong supaya Datuk Seri Najib Razak turun, AMANAH menyokong agenda reformasi institusi, katanya lagi.

Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada Amanah dan dengan terus-terang beliau menyatakan beliau menyukai warna yang dilihat dihadapannya merujuk kepada warna oren yang merupakan warna rasmi Amanah.

Ahli Parlimen Batu, Sdra Tian Chua pula di dalam ucapannya menyatakan PRK yang berlaku ini merupakan ujian setakat mana rakyat memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan kita sahut segala cabaran untuk pastikan kemenangan calon Pakatan Harapan.




Tiada ulasan: