Jumaat, 3 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Apabila Muktamar PAS Dah Jadi Sarkas....

Posted: 03 Jun 2016 12:44 AM PDT

Idris: Apa dosa keris dan tengkolok?

PAS hari ini mempertahankan gimik muktamar mereka, antaranya dengan penampilan seperti pahlawan Melayu, yang kini menjadi mangsa serangan sinis di Internet.

Naib presidennya Idris Ahmad berkata mereka hanya berkeris dan bertengkolok dan bukan memakai seluar pendek atau tidak bertudung.

"Akhirnya isu keris dan pakaian tengkolok yang jadi isu. Apa masalahnya dengan keris dan tengkolok? Berdosakah?


"Kalau perwakilan PAS pakai seluar pendek. Muslimat pula tidak bertudung. Pimpinan PAS bersalam lelaki perempuan. Barulah PAS boleh dituduh sesat," katanya.

PAS menjadi mangsa serangan sinis di Internet susulan gimik-gimiknya dalam muktamar tahunan di Kota Bharu kali ini.

Pemimpin parti itu kali ini tampil dengan imej pahlawan Melayu dengan berkeris dan tengkolok. Muktamar juga diserikan dengan paluan gendang dan rebana ubi selain persembahan silat.

Pemimpin muda Melayu DAP Dyana Sofya antara yang tampil menyindir langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memotong pulut besar dengan keris yang luar biasa panjang.

Menulis di Facebook, Idris berkata pihak yang mempertikaikan penampilan mereka itu sebenarnya kering isu "seperti El Nino yang melanda negara".

Semua itu dilakukan, dakwa Idris, demi melihat PAS berpecah dan "ghuyub" (hilang) daripada persada politik.

"Alhamdulillah PAS semakin mantap. Apabila hati sudah benci maka setiap langkah PAS semuanya sumbang," katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Muktamar PAS 2016 di PUTIK Kelantan menampakkan bahawa PAS kembali ke zaman primitif, zaman purba kala, zaman keris dan pulut. Ia menjadi seperti pertunjukan sarkas layaknya. Muktamar yang sepatutnya menjadi tempat perbincangan dan perbahasan ilmiah untuk perkara-perkara yang bermenafaat kepada rakyat kini bertukar dengan pertunjukan-pertunjukan yang membazir dan lansung tidak membangunkan minda para muktamirinnya.

Itu sebab astroawani pun berkata:


Jadi terbukti bukankah PAS yang kekeringan akibat El-Nino sekarang, wahai Idris?

Bila ditegur bahawa tema Muktamar PAS yang penampilan pahlawan Melayunya yang janggal melenting pula Naib Presidennya, Idris Ahmad yang mempertahankan tema tersebut. Tapi ramai juga yang menjawab balik.


Dahulu PAS mempunyai slogan hebatnya, PAS GANTI UMNO. Tetapi apa yang berlaku kini ialah PAS DAH JADI UMNO.

Malah berlebih-lebihan pula kebangangan dan ketololannya (maaf, dulu istilah "tolol" digunakan oleh Presiden PAS kepada golongan yang tidak bersetuju dengannya, kini istilah itu telah kembali kepada dirinya) apabila menggunakan keris yang panjangnya tak pernah dilihat orang dan tak pernah pula orang menggunakan keris untuk memotong makanan.

HADI JADI BAHAN JENAKA GUNA KERIS POTONG PULUT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bahan jenaka pengguna media sosial selepas memotong pulut besar dengan menggunakan keris besar semasa merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Kelantan.

Pulut seberat 250 kilogram itu diarak masuk dengan dibalut kain hijau dan putih ke pentas utama untuk dirasmikan oleh Hadi.

Dua pesilat turut mengiringi Hadi memotong pulut menggunakan sebilah keris panjang.

Portal The Malaysian Mirror melaporkan rata-rata menyindir tingkahlaku Hadi yang dahulunya dilihat Islamik tiba-tiba bertukar imej menjadi Ke-Melayuan semasa muktamar tahun ini.

"I thought Thundercats punya sword (saya ingat itu pedang Thundercats)," kata seorang pengguna media sosial Facebook dengan nama Kumaran Suppaya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Hussainikhan Hyder pula mengulas,"Apa dah jadi dengan ulamak ini, sudah lupa dirikah?".

Terdahulu, semasa sidang Dewan Pemuda PAS juga pada Isnin menyaksikan pemimpin sayap parti Islam itu tampil dengan imej pendekar Melayu dengan keris dan tanjak. -malaysiastylo

Dan merujuk kepada beberapa insiden yang berlaku semasa muktamar, jelas ada petanda yang PAS kembali ke era kegelapan. Ia diperkukuhkan dengan "suasana gelap yang menyelubngi muktamar pemuda dan muslimatnya.


"Ayat manzurah" itu hanya mampu dibaca oleh "ulul-albab", bukan ulamak jahat yang menipu ummah.

[VIDEO & GAMBAR] Dr Ahmad Termizi Calon PRK Kuala Kangsar Wakili PH

Posted: 02 Jun 2016 09:36 PM PDT

Parti Amanah Negara pada hari ini mengisytiharkan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, seorang anak kelahiran Kuala Kangsar, telah bersara dari UTM, menjadi calon Pakatan Harapan untuk PRK P067 Kuala Kangsar.

Pengisytiharan dibuat oleh presiden AMANAH, Tuan Haji Mohammad Sabu di Dewan Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong, Kuala Kangsar yang dihadiri sekitar 3,000 orang hadirin.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dikalangan pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Harapan.

Dengan pengumuman Ahmad Termizi sebagai calon maka pengundi di Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan dua calon wanita iaitu Datin Mastura Abdul Yazid dari BN dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas.

Dr. Ahmad termizi dilahirkan di Kampuang Suak Petai, Manong Kuala Kangsar dan mempunyai 9 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan Kamaliah Binti Nordin.


Beliau mempunyai kaum keluarga yang besar di Dun Manong dan Bukit Chandan. Berasal daripada keluarga pembesar Perak di Kuala Kangsar.

Ahmad Termizi, 61, mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dari University of Salford, United Kingdom dalam bidang Kesihatan dan Keselamatan Radiologi. Pemegang Diploma Fizik Pengionan dan memiliki Ph.D dalam bidang Fizik Perubatan dari University of Swansea, Wales.

Beliau merupakan seprang saintis nuklear. Kini beliau menjadi Pakar rujuk Keselamatan dan Kesihatan Radiologi. Pernah berkhidmat di Fakulti Fizik Nuklear Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau juga menjadi Ahli Senate Universiti Teknologi Malaysia (2011-2016).

Semenjak 1987, beliau telah melakukan ujikaji, kajian dan jurnal rujukan berkaitan nuklear

Beliau diantara para saintis yang tidak menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan.

Beliau juga aktif di dalam NGO Islam, IKRAM dan pernah menjawat jawatan selaku Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Setiausaha Biro Politik IKRAM. Beliau juga adalah Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom.

Di dalam AMANAH, beliau adalah Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Kuala Kangsar.

Berikut latar belakang beliau.


MAKLUMAT CALON PAKATAN HARAPAN P.067 KUALA KANGSAR

MAKLUMAT PERIBADI

Nama : DR AHMAD TERMIZI BIN RAMLI _P.C.M_
Umur : 61 Tahun
Tempat Lahir : Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar Perak
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin
Isteri : Kamaliah Binti Nordin (9 orang anak)

PENDIDIKAN

•1960, Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.
•1965, Sekolah Kebangsaan Selama, Perak.
•1967, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR, Ipoh. LCE.
•1971, Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi MCE.
•1973, People's College of Further Education. A-Level.
•1975, University of Leeds, UK, B.Sc. (Hons) Fizik.
•1980, University of Salford, UK, M.Sc. Kesihatan dan Keselamatan Radiologi. 1984, University of Swansea, Wales, Diploma Fizik Pengionan dan Ph.D Fizik Perubatan.

KERJAYA

• Bersara sebagai Professor Gred B di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

PENGALAMAN

• Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Setiausaha Biro Politik IKRAM.
• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom ketika zaman pengajiannya di United Kingdom.

PENCAPAIAN

• Dianugerahkan Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M) oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah.
• Ahli Senat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2011 hingga 2016.
• Ketua Jabatan Fizik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1988 hingga 1990.
• Pengarah Unit Perlindungan Sinaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1991 hingga 2003.
• Professor Gred C (1997 - 2013), Professor Gred B (2013-2016).
• Mengendalikan 21 orang pelajar Doktor Falsafah (PHD) dan 21 orang pelajar sarjana (Master) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang fizik.
• Mengendalikan 19 projek penyelidikan daripada pelbagai agensi menghampiri kos sebanyak RM2.6 juta.
• Menghasilkan 11 buah buku ilmiah, 97 kertas jurnal antarabangsa dan 79 kertas pelbagai persidangan.
• Melaksanakan tugasan di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

PENGLIBATAN SOSIAL

• Timbalan Presiden Persatuan Islam University Leeds (1978-1979)
• Presiden Persatuan Islam University Collage Swansea (1984-1986)
• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom (1984-1985)
• Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (1991-1992)

SUMBANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

• Ahli Panel Pakar Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar sejak tahun 1992
• Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Persijilan Pegawai Perlindungan Sinaran Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar 1995-2003.
• Ahli Panel Pakar Nobel Laureate Akademi Sains Malaysia sejak tahun 2002.
• Ahli Reactor Interest Group Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia sejak tahun 2002.
• Ahli Kajian Hala Tuju Pengajian Dalam Bidang Kejuruteraan Nuklear di Institut Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi sejak tahun 2012.
• Pengerusi Panel Pakar Sains Nuklea Dewan Bahasa dan Pustaka 2013-2015.
• Ahli Tetap Jawatankuasa Pemantauan Pengoperasian Loji Bahan Termaju Lynas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

JAWATAN DALAM PARTI

•Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa AMANAH
•Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya AMANAH
•Ahli Jawatankuasa Biro Politik AMANAH Perak
•Naib Ketua AMANAH Kawasan Kuala Kangsar




VIDEO & GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERISYTIHARAN CALON




ULASAN GB

Nampaknya Parti Amanah negara memilih calon yang benar-benar profesyenal untuk kedua-dua PRK, SUngai Besar dan Kuala Kangsar. Bukan profesyenal cetak-rompak.

Kita mengucapkan syabas kepada kedua-dua calon AMANAH, Azhar Ab Shukur di Sungai Besar dan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar yang menggalas amanah sebagai calon Pakatan Harapan untuk kedua-dua PRK pada 18 Jun ini.

Semuga AMANAH terus berjaya membawa obor perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan!

[VIDEO] Pakatan Harapan Bertaut Semula Untuk Hadapi PRK

Posted: 02 Jun 2016 06:04 AM PDT

Pakatan Harapan pertama kali sertai pilihan raya

Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.

Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.


"Ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah," kata Saifudin ketika berucap memperkenalkan Azhar Ab Shukur di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar malam tadi.

Selepas ditubuhkan, Amanah, DAP dan PKR menyertai pilihan raya negeri Sarawak namun ia atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan.

Ada antara calon-calon mereka bertembung antara satu sama lain misalnya antara PKR dengan DAP.

Istilah calon Pakatan Harapan digunakan oleh kesemua pemimpin yang berucap. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memulakan istilah itu dan dengan tegas berkata "Ini adalah calon Pakatan Harapan.".

Baju rasmi Pakatan Harapan yang mempunyai tiga jalur, oren, biru PKR dan merah DAP mula dipakai buat pertama kalinya dalam majlis malam tadi oleh sebahagian pemimpin yang hadir.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut berucap berkata, ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah.

Azhar diperkenalkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam majlis yang penuh sesak dengan para penyokong ketiga-tiga parti Pakatan Harapan malam tadi.

Ia juga diikuti secara langsung oleh lebih 1500 penonton video melalui Facebook Amanah di samping ribuan lagi yang mendengarnya melalui radio internet, DPedas.fm.

"Suasana ini mengulangi ketika Pakatan Rakyat diperkenalkan buat pertama kalinya dahulu. Suasana itu kini kita dapat kembali," kata Mohamad yang berucap memperkenalkan calon itu.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang turut berucap memberikan jaminan, pemimpin DAP akan berada setiap hari dalam kawasan pilihan raya kecil yang mempunyai 33% pengundi Cina ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan.

Turut berucap adalah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan naib presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Dengan pengumuman ini, pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Sungai Besar iaitu Pakatan Harapan melawan calon Barisan Nasional yang diwakili Budiman Radhi dan calon Pas Dr Rani Othman.

Malam ini, Pakatan Harapan akan memperkenalkan calon mereka di Kuala Kangsar pula.

Kedua-dua pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian ahli parlimen mereka dalam kemalangan helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 18 Jun ketika umat Islam sedang berpuasa. -MD


ULASAN GB

Sebelum ini Pakatan Harapan teruji di Sarawak. Berpecah. Sehingga komponen bertemu sesama sendiri.

Yang buat huru-hara PH di PRN Sarawak pun "tak diiznkan" Allah untuk berada di majlis perisytiharan calon PH semalam. Itu kerja Allah, jangan tanya lebih-lebih.

Namun dua PRK kali ini - Sungai Besar dan Kuala Kangsar mempertautkan semula kesemua parti komponen PH untuk berada di dalam satu pasukan bagi menghadapi Barisan Nasional dan Blok PASIK.

Pakatan Harapan - pilihan TERBAIK untuk rakyat! Yakinlah.


IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: