Sabtu, 25 Jun 2016

dollah yankee

dollah yankee


PRU-14 dah dekat dahhh ...

Posted: 25 Jun 2016 04:50 PM PDT

Pilihanraya ke 14 akan menyaksikan isu perkauman akan dimainkan semaunya dan semaksimum nya. Melayu akan digertak dan ditakutkan dengan keistimewaan-keistimewaan mereka yang akan terhakis dan Islam akan terabai. 

Manakala kaum cina DAP pula akan dijadikan sasaran dan penyebab bagi segala keburukan yang terjadi kepada kaum melayu dan bumiputra di Malaysia. Usaha ini telah, sedang dan akan berlansung dan tanpa henti sehingga diumumkan pilihanraya umum ke-14 nanti. 

Institusi agama, NGO-NGO Melayu, persatuan-persatuan seni silat dan pertubuhan-pertubuhan belia melayu yang pro umno/BN akan diberi tanggungjawab untuk kelaksanakan tugasan-tugasan ini. Ini adalah hala tuju dan setrategi piliharaya ke 14 yang telah disusun rapi. 

Setakat ini mereka telah berjaya berupaya memperdayakan parti PAS untuk mempercayai bahawa DAP, kaum cina dan sebahagian daripada pemimpin pembankang dan yang menyokong dasar-dasar parti gabungan pakatan harapan adalah musuh utama kepada Islam  dan orang melayu di Malaysia. 

Elemen agama dan bangsa serta bantuan dan sedikit keistimewaan yang ditawarkan kepada beberapa pemimpin PAS seperti Hj Hadi dan Haron Din menjadikan alasan kukuh untuk mengeluarkan PAS dari pakatan pembangkang. Strateginya adalah untuk memisahkan undi-undi daripada orang-orang melayu (yang bodoh dan bangang) daripada gabungan pakatan harapan dan yang lebih utama ialah jauhkan dan elakkan undi-undi orang-orang melayu kepada DAP. 

Umno/BN sangat mengharapkan undi melayu sebagai 'survival' mereka dan gabungan parti-parti pembangkang yang bersatu padu dan teguh adalah resepi kehancuran umno/BN.

Sehingga pagi ini 'gurkah-gurkah politik di-port' masih tercari-cari dan tertanya-tanya kenapa akta Majlis Keselamatan Negara diluluskan dengan segera dan tergesa-gesa? Adakah ianya bertujuan untuk menyiapkan diri mereka sebagai senjata untuk mempertahankan diri sebelum dan selepas pilihanraya umum ke-14 nanti yang mengaitkan isu-isu tentang perkauman dan ketidak puasan hati rakyat dan lain-lain isu-isu yang akan direka olih umno/BN dan rakan baru mereka Pas?

dollah yankee - 
Mereka dah pun memulakan nya dengan 'DAP ada lah kafir harbi'

Tiada ulasan: