Sabtu, 4 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rafizi diasak pada majlis serah memorandum bantah lebuh raya SUKE, DASH, EKVE

Posted: 04 Jun 2016 06:22 AM PDT

Tan Su Lin, Astro Awani
 
Rafizi diasak pada majlis serah memorandum bantah lebuh raya SUKE, DASH, EKVE
Kira-kira 100 penduduk Selangor hari ini mengemukakan memorandum bagi membantah pembinaan tiga projek lebuhraya di negeri berkenaan. - Foto Astro AWANI/Tan Su Lin
AMPANG: Sebagai usaha akhir, kira-kira 100 penduduk Selangor hari ini mengemukakan memorandum bagi membantah pembinaan tiga projek lebuh raya di negeri berkenaan.

Tiga lebuh raya itu ialah Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE).

Mereka membantah ekoran pembinaan lebuh raya berkenaan dikatakan bakal merentasi bukan sahaja kawasan perumahan mereka, malah beberapa hutan simpan kekal di Selangor khususnya di Ampang dan Cheras.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada majlis yang dianjurkan kumpulan yang membantah lebuh raya berkenaan di Kelab Darul Ehsan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, situasi menjadi kecoh apabila Rafizi diasak bertubi-tubi dengan desakan daripada beberapa penduduk yang mendakwa kerajaan negeri Selangor gagal mendengar keluhan rakyat.

Rafizi sebelum itu berucap memperjelaskan kekangan yang wujud dalam pentadbiran Selangor berhubung isu pembinaan lebuh raya, sambil mengakui bahawa pembinaan lebuhraya bukan penyelesaian kepada masalah kesesakan trafik.

Rafizi menerima memorandum bantahan daripada penduduk terhadap pembinaan lebuhraya SUKE.
Rafizi menerima memorandum bantahan daripada penduduk terhadap pembinaan lebuhraya SUKE. - Foto Astro AWANI/Tan Su Lin

Ahli jawatankuasa kumpulan anti-Kidex dan anti-DASH, Mak Khuin Weng, turut melontarkan soalan kepada Rafizi: "Apakah gunanya anda semua berada dalam kerajaan, jika anda tidak boleh mengubah peraturan yang anda kritik selama ini?"

Rafizi bagaimanapun mempertahankan bahawa kehadiran beliau adalah sebagai ahli parlimen di kawasannya.

"Sebagai seorang ahli parlimen, saya datang untuk mewakili penduduk di kawasan saya. Sekiranya ahli parlimen lain atau Menteri Besar tidak datang, jangan pula anda cuba menuduh atau menghalang saya daripada menjalankan tanggungjawab saya sebagai ahli parlimen di kawasan saya kerana penduduk di kawasan saya adalah keutamaan saya," katanya.

Namun ada antara penduduk yang tidak berpuas hati dan menyatakan bahawa sebagai pemimpin daripada parti yang mentadbir Selangor, Rafizi mewakili seluruh rakyat negeri berkenaan.

"YB, kamu adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat Selangor jadi kamu perlu mewakili seluruh populasi Selangor, bukan hanya kawasan parlimen kamu. Sebagai Setiausaha Agung parti yang mentadbir negeri Selangor, anda perlu bertanggungjawab," menurut salah seorang penduduk yang hadir.

Selepas majlis berkenaan, Pengerusi Kumpulan 'Say No To SUKE', Agos Hasan yang ditemui melahirkan kekecewaan berikutan kesemua kumpulan penduduk yang membantah tiga projek lebuhraya berkenaan seolah-olah bertemu dengan jalan buntu.

"Banyak emosi hari ini kerana segala usaha secara formal, secara baik dan diskusi telah bertemu dengan jalan mati. Sampai arahan mahkamah dibuat tetapi nampakknya semua projek ini tetap diteruskan. Malah projek EKVE disiarkan dalam akhbar lagi bahawa EKVE akan diteruskan walaupun arahan mahkamah telah diberi," katanya.
Dalam pada itu, Rafizi ketika ditemui pemberita berkata beliau akan membawa perkara itu ke peringkat parlimen agar semua projek lebuhraya dimansuhkan.

"Tiba masanya model yang menggunapakai syarikat konsesi perlu dihentikan sepenuhnya dalam negara ini kerana penduduk sememangnya tidak lagi mampu untuk membayar.

"Hanya dengan itu kerajaan tidak lagi boleh membina lebuhraya dan kita tiada pilihan kecuali mencari jalan penyelesaian lain iaitu model pengangkutan yang lebih berkesan yang jauh lebih murah," katanya.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Rafizi menerima memorandum bantahan daripada penduduk terhadap pembinaan lebuhraya SUKE. 

PRK: 'Jangan buat provokasi pada hari penamaan calon' - Pengarah Pilihan Raya Perak

Posted: 04 Jun 2016 06:18 AM PDT

Wan Syamsul Amly, Astro Awani
 
PRK: 'Jangan buat provokasi pada hari penamaan calon' - Pengarah Pilihan Raya Perak
Sekumpulan pegawai pilihan raya membuat lawatan di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pag ini. - Foto Astro AWANI/Wan Syamsul Amly
 
 
KUALA KANGSAR: Semua pemimpin serta penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar diminta tidak membuat provokasi pada hari penamaan calon esok.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah berkata, penyokong juga perlu mematuhi arahan keselamatan serta jalan raya yang sudah dimaklumkan sebelum ini.

'Sikap itu harus berterusan sepanjang minggu kempen kerana menghormati bulan Ramadan.

"Pemimpin dan penyokong pada esok kita harap mereka dapat mengikuti arahan yang dikeluarkan pihak keselamatan dan janganlah membawa peralatan muzik, siar raya dan pembesar suara atau berceramah dan semualah semasa proses penamaan ini berlaku," katanya semasa membuat lawatan di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Katanya lagi, hanya 100 penyokong dari setiap parti yang dibenarkan masuk ke kawasan yang ditetapkan di pusat penamaan calon pada Ahad.

Jelasnya, seramai 32,949 pemilih berdaftar juga perlu melakukan semakan awal untuk memastikan tidak ada masalah susulan pada hari pengundian kelak.

Pengundian awal akan diadakan pada 14 Jun ini manakala pengeluaran pertama bagi kertas undi pos pada 8 Jun sementara pengeluaran kedua selewat-lewatnya 10 Jun.
Dalam pada itu, Ahmad Adli turut menasihatkan para pengundi supaya keluar awal mengundi bagi mengelakkan kesesakan berlaku.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. 
 
 

'Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar

Posted: 04 Jun 2016 06:16 AM PDT

Bernama
 
'Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar
Hujan air batu turun di beberapa kawasan di ibu negara pada Jumaat yang turut disertai hujan lebat serta angin kencang. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau di Lembah Klang terutama di pusat bandar Kuala Lumpur menyebabkan wujud 'pulau haba' yang mungkin menjadi antara faktor berlaku hujan ribut petir air batu semalam, kata seorang pakar cuaca.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang berkata proses pembangunan di KL yang pesat serta perubahan iklim menghasilkan fenomena hujan ribut luar biasa akibat haba berada dalam keadaan udara yang lembap.

"Keadaan lembap dan fenomena wind updraft atau pergolakan udara ke atas dan bawah menghasilkan titisan air dan akhirnya membentuk ketulan ais yang tidak mampu ditanggung oleh angin.

"Bila ketulan itu menjadi besar dan angin tidak boleh membawanya, ia akan turun menjadi ais dalam hujan seperti yang berlaku semalam," katanya kepada Bernama.

BACA: Hujan air batu kejutkan Bukit Jalil, perkhidmatan LRT turut terjejas

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian hujan air batu yang turun di beberapa kawasan di ibu negara yang turut disertai hujan lebat serta angin kencang sehingga berlaku kejadian pokok tumbang dan kesesakan lalu lintas.

Fredolin berkata hujan ribut luar biasa mungkin akan kerap berlaku selepas ini selaras dengan perubahan iklim dan peningkatkan suhu yang semakin tinggi.

"Kajian di negara luar menunjukkan terdapat bukti saintifik bahawa semakin panas bumi akibat perubahan iklim, semakin banyak hujan ribut berlaku," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata kajian saintifik mengenai faktor perubahan iklim tempatan masih belum dilakukan dan menyukarkan pakar untuk meramal fenomena tersebut.

"Kita belum mempunyai kajian khusus berhubung fenomena ini kerana ia jarang berlaku berbanding di negara luar seperti Amerika Syarikat atau Eropah.

"Tetapi konsep fenomena adalah sama iaitu apabila wujud kelembapan di udara dan suhu meningkat, hujan ribut petir akan lebih kerap berlaku," katanya.
Fredolin mencadangkan supaya kajian terperinci yang mengkaji faktor cuaca tempatan dilakukan supaya pihak berkaitan dapat meramal keadaan cuaca di masa akan datang.

Sementara itu Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang di Beaufort, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar di Sabah serta Miri di Sarawak dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Manakala aktiviti ribut petir di perairan Johor, Pahang, Kudat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan berterusan sehingga awal petang ini. 
 
 

Tak boleh guna ‘drone’ masa penamaan calon PRK Kuala Kangsar

Posted: 04 Jun 2016 06:05 AM PDT

MSTAR ONLINE


Polis akan bertindak menjatuhkan 'drone' dan mencari individu yang menggunakannya.


Drone-UAV-kuala-kangsar


KUALA KANGSAR: Polis melarang penggunaan 'drone' atau pesawat tanpa pemandu (UAV) di kawasan Dewan Jubli Perak di sini, tempat berlangsungnya proses penamaan calon PRK Parlimen Kuala Kangsar esok.

Jurucakap polis bagi PRK Kuala Kangsar ACP Shaharon Anuar Abdul Latiff berkata jika dikesan, pihaknya akan bertindak menjatuhkan 'drone' itu dan mencari individu yang menggunakannya.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak turut meminta semua penyokong parti yang bertanding supaya tidak melakukan provokasi seperti mengejek atau membaling objek sepanjang proses penamaan calon itu.

"Bagi melancarkan proses penamaan calon, polis akan menetapkan kawasan tertentu untuk penyokong parti berkumpul," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya seramai 1,381 pegawai dan anggota polis ditugaskan di sekitar kawasan itu esok.

Sepanjang tempoh kempen PRK pula, seramai 2,940 pegawai dan anggota akan bertugas bagi memastikan keselamatan dan keamanan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, persiapan pusat penamaan calon bagi PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak berjalan lancar.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata pihaknya kini di fasa terakhir persiapan yang membabitkan penyediaan kawasan untuk jurugambar ketika proses penamaan calon.

Beliau berkata dewan penamaan calon dibuka pada 9 pagi dan hanya tiga orang daripada setiap parti iaitu calon, penyokong dan pencadang dibenarkan memasukinya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pengundian PRK Kuala Kangsar ditetapkan pada 18 Jun.-BERNAMA

Layar gergasi tayang Euro 2016 di Kuala Kangsar

Posted: 04 Jun 2016 06:03 AM PDT

 
 
Ini kerana ramai peminat bola sepak kini 'berkampung' di Kuala Kangsar kerana terlibat dengan PRK Parlimen itu.


Euro-2016


KUALA KANGSAR: Di sebalik kesibukan menjelang kempen PRK Parlimen Kuala Kangsar yang akan bermula esok, BN tidak melupakan peminat sukan yang menantikan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2016.

ADUN Bukit Chandan Maslin Sham Razman berkata layar gergasi akan disediakan di beberapa lokasi strategik untuk membolehkan peminat Euro menyaksikan pasukan pilihan masing-masing beraksi.

Katanya, penyediaan layar berkenaan penting memandangkan ramai peminat bola sepak kini 'berkampung' di Kuala Kangsar kerana terlibat dengan PRK Parlimen itu.

"Antara tempat yang kita akan buka layar ini adalah di kawasan Dataran Sungai Perak," katanya kepada pemberita selepas program Semarak Minda komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Maslin Sham berkata BN sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan segenap lapisan masyarakat dan berusaha untuk memenuhinya.

Euro 2016 akan membuka tirai secara rasmi pada 10 Jun ini sehingga 10 Julai depan dengan tuan rumah Perancis dijadual bertemu Romania dalam perlawanan pembukaan pada 4 pagi waktu Malaysia.

PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
-BERNAMA

Analisis: Muktamar PAS Tak Hangat Tapi Padat

Posted: 04 Jun 2016 06:02 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
 
 
 
TIDAK hangat, itulah gambaran ringkas pentas Muktamar Tahunan PAS Ke-62, malah isu yang dibahaskan dan usul yang dilontarkan bagaikan sudah dijangka.

Paling laris bak goreng pisang panas sudah tentu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.

Isu 'wajib ada' ini seperti meraikan satu kejayaan besar yang selama ini dinantikan seluruh anggota PAS berikutan usaha parti Islam itu mahu meminda Akta 355 bagi memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.




Tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR turut disentuh berkali-kali berikutan PKR mengadakan hubungan bersama DAP termasuk Parti Amanah Negara (Amanah), selain ketegangan yang timbul susulan perebutan kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Malah katanya PAS tidak akan merajuk sekiranya PKR memutuskan untuk membantu calon Amanah yang bekas ahlinya di PRK Sungai Besar.

Situasi itu dihangatkan lagi apabila PAS mendakwa mereka adalah parti yang tahan lasak dan tidak manja. Itu kata PAS, dalam hati siapa yang tahu.

Bagaimanapun, senario Dewan Muslimat dalam muktamarnya pula agak berbeza apabila usul supaya PAS Pusat mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR diluluskan usul tanpa bahas.

Namun kata Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan, usul itu sekadar pandangan Dewan Muslimat dan bukannya keputusan PAS Pusat.

"Ia bukan ke arah memutuskan. Bagi kita, ia ke arah penambahbaikan," kata Takiyuddin memberi isyarat bahawa hubungan antara PAS dan PKR masih diteruskan.

Sama ada Dewan Ulama, Dewan Pemuda mahupun Dewan Muslimat, masing-masing nampaknya tidak begitu 'garang' menggunakan pentas muktamar ini bagi melancarkan serangan terhadap kerajaan Barisan Nasional atau blok pembangkang Pakatan Harapan.

Jika ada pun, lontaran suara mereka lebih menjurus kepada Amanah, kumpulan serpihan PAS yang sanggup menggadaikan prinsip dan perjuangan Islam selama ini dengan menubuhkan parti baharu.

Bagaimanapun dengan nada lembut, PAS berharap agar bekas anggota PAS kembali kepada parti Islam itu.

"Selepas setahun kita berbalah, ada masa lagi untuk mereka kembali kepada PAS. Kerana sejarah PAS sendiri penuh dengan orang kembali selepas pergi. Kita harap InsyaAllah‎ sahabat-sahabat kita kembali menikmati apa yang sedang kita nikmati," kata Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan nada sebak.

Apa yang pasti Muktamar Tahunan PAS kali ini masih sejuk namun begitulah yang diinginkan selari dengan budaya politik matang dan sejahtera yang mula diterapkan parti itu.

Tidak banyak isu semasa yang dibangkitkan malah barisan kepimpinan turut 'terselamat' daripada dikritik perwakilan seperti kebiasaannya.

Maka dalam kedinginan itu, kebanyakan perwakilan tidak menyentuh isu dalaman parti, melancarkan serangan luar atau menyuarakan isu yang tidak relevan.

Cukup padat, semuanya ada fokus dalam lontaran pandangan dan pendapat meskipun kadang-kala isi kandungan perbahasan diulang suara dan boleh dijangka.

Pada masa sama, ada saja pihak yang cuba mencemburui dengan mencetuskan sensasi terhadap Muktamar Tahunan PAS yang belum pun  memanaskan enjin untuk memulakan perjalanan.

Barangkali tiada modal untuk dijadikan kontroversi, pemakaian beberapa pemimpin PAS sewaktu perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kelantan Trade Centre (KTC), Selasa lalu dikritik.



Meskipun tampil segak dengan busana bagaikan pahlawan Melayu, siap berkeris dan bertanjak, namun ada suara-suara yang mengatakan pemimpin-pemimpin PAS ini sudah 'buang tabiat' apabila pemakaian mereka tidak berkopiah atau berserban mahupun berjubah putih seperti kelazimannya.

Kritikan hebat yang dilontarkan kepada kepimpinan parti Islam ini seiring dengan usaha PAS untuk bekerjasama dengan Umno hingga ia mempengaruhi gaya penampilan mereka, termasuk keris panjang yang digunakan Abdul Hadi untuk memotong pulut hijau secara simbolik.




Diasak persoalan mengenai imej berkenaan menggambarkan perjuangan bangsa, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bahawa parti itu hanya memperjuangkan agama.

"Kita menerima semua bangsa sebagai ketentuan Allah. Melayu, Cina dan India bukan kita yang tentukan tetapi Allah yang tentukan" kata Tuan Ibrahim yang menyifatkan isu busana tidak seharusnya diperbesarkan.

Sehubungan itu, budaya politik matang dan sejahtera yang sering dibangkitkan di pentas Muktamar Tahunan PAS bakal memperlihatkan perubahan landskap politik secara menyeluruh.

Signifikannya apabila PAS mahu keluar daripada politik cara lama yang menjadi budaya kerajaan mahu pun pembangkang.

Blok politik sebelum ini kebanyakannya diwarnai oleh dua warna hitam-putih sahaja iaitu sama ada kerajaan atau pembangkang dengan budaya politik masing-masing.

Kerajaan yang ada sentiasa mempertahankan tindakan mereka, menolak peranan pembangkang dan kadang-kala seolah-olah memaksa rakyat untuk menerima perubahan atau pelaksanaan  polisi tertentu.

Pembangkang pula hanya sentiasa membangkang apa sahaja agenda kerajaan walaupun kadang-kala ia baik.

"Oleh itu, kita ingin keluar dari politik cara lama dan keterlaluan ini yang menyusahkan rakyat," kata Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya.

Mungkin Muktamar Tahunan PAS Ke-62 ini tidak hangat tetapi usul dan perbahasan cukup padat serta fokus.

Suasana sejuk ini menyaksikan perjalanan muktamar selama empat hari termasuk di Putik, Kota Baru lebih tenang tanpa sebarang provokasi dan ketegangan, sekali gus mencerminkan parti Islam itu komited ke arah membudayakan politik matang dan sejahtera.


Kadar Zakat Fitrah Di Selangor Kekal RM7

Posted: 04 Jun 2016 05:43 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Zakat fitrah untuk umat Islam di Selangor pada tahun ini kekal pada kadar RM7, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Beliau berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan agar kadar itu dikekalkan sama seperti tahun sebelumnya.

Katanya seramai 2,569 ketua dan penolong amil fitrah dilantik di seluruh Selangor pada bulan Ramadan ini dan pihaknya turut membuka kaunter di beberapa pasar raya terpilih di sekitar Lembah Klang.

"Pada tahun ini Lembaga Zakat Selangor (LZS) mensasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM22.5 juta daripada umat Islam di negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kemudahan pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Digi turut disediakan LZS.

Ia terbuka kepada pelanggan prabayar dan pasca bayar Digi di mana nilai bayaran zakat fitrah akan dicaj pada bil atau ditolak daripada nilai kredit.

LZS membuka 28 cawangannya di seluruh negeri, tujuh hari seminggu dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk hari bekerja dan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. - BERNAMA

Pesawat Malindo Air Ke Sabah Terpaksa Mendarat Cemas

Posted: 04 Jun 2016 05:34 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUCHING: Sebuah pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah terpaksa berpatah balik untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada pukul 5.38 petang Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya dimaklumkan pesawat itu terpaksa berpatah balik akibat cuaca buruk dan disebabkan kekurangan minyak, pesawat berkenaan memohon kebenaran membuat pendaratan cemas di LTAK.

"Sebaik menerima maklumat, Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengarahkan Balai Bomba Tabuan Jaya dan Balai Bomba Batu Lintang ke LTAK untuk memberi bantuan.

"Pada 5.38 petang, Menara Kawalan LTAK melaporkan pesawat telah berjaya mendarat dengan selamat," katanya. -BERNAMA

MCA Ubah Cara Berkempen - Chong

Posted: 04 Jun 2016 05:32 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Chong Sin Woon.
 
 
SABAK BERNAM: ‎MCA dalam proses mengubah corak berkempen parti itu yang sudah lapuk, kata Ketua Pemudanya Chong Sin Woon.

"Menganjurkan makan malam besar, cabutan bertuah dengan motosikal ditawarkan sebagai hadiah utama - tiada lagi kempen seperti itu, ia tidak berkesan sama sekali," kata Chong.

Beliau berkata MCA perlu tampil dengan pendekatan 'rendah hati'.

"Sekarang tiba masa untuk mendengar, menganjurkan tinjauan mesra dan mendekati pengundi," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di Sekinchan bersama dengan calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi.

Chong merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar membantu kempen Budiman.

"Jika kita melakukan apa yang kita selalu lakukan dan menganjurkan majlis makan malam sepanjang tempoh berkempen, hanya orang yang sama akan datang untuk makan dan mendengar ceramah setiap malam. Mereka mungkin bukan pengundi," kata Chong.

Beliau berkata ia adalah hasrat Budiman untuk melepaskan sebarang aktiviti kempen secara mewah dalam pilihan raya kecil itu.

"Kami menghormatinya dan pendekatan ini sejajar dengan apa yang dikehendaki MCA. Budiman adalah calon terbaik untuk kami sokong. Beliau berfikiran terbuka, sederhana, bersuara lantang dan sanggup melibatkan diri dengan perbincangan," kata Chong.

RUU Persendirian Dibentang Atas Arahan PM, TPM - Azalina

Posted: 04 Jun 2016 05:29 AM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
azalina
 
 
 
SUNGAI BESAR: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan Presiden PAS di Dewan Rakyat minggu lalu dibuat atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau menerima arahan itu selepas melaporkan maklumat yang disampaikan oleh Speaker Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak membantah untuk usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dibahaskan.

Katanya, maklumat bertulis 'tiada bantahan' itu telah disampaikan kepada Speaker Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Dalam tugas saya sebagai menteri menjaga urusan parlimen, saya bertanggungjawab kepada pemimpin majoriti, iaitu perdana menteri dan ketua whip, iaitu timbalan perdana menteri.

"Justeru arahan untuk membawa ke depan (usul RUU Persendirian) dari nombor 15 ke nombor satu sudah pasti daripada pemimpin majoriti dan ketua whip kerana itulah prosedur yang diperlukan di parlimen," katanya selepas majlis penutup Kayuhan Cinta Malaysia Ambang Ramadan di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, di sini, Sabtu.

Azalina berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau memperoleh kelulusan Kabinet atas tindakannya mempercepatkan pembentangan RUU Persendirian itu pada hari terakhir sidang parlimen 26 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pengerang ini berkata, terdapat perbezaan di antara kandungan usul dan tugasnya sebagai menteri yang menyelia peraturan dan menguruskan prosedur.

Tambahnya, Jamil Khir adalah individu yang bertanggungjawab terhadap kandungan usul dan memberi kebenaran untuk usul itu dibahaskan.

"Tugas saya tiada kaitan dengan kandungan usul itu. Saya menyelia peraturan, jadi saya hanya menguruskan prosedur kerana usul itu berada di nombor 15 dan perlu dibawa ke nombor satu di antara usul lain kerajaan.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 14 seorang anggota Kabinet atau menteri mesti mendapatkan kebenaran Speaker. Saya hanya bertanggungjawab dalam isu teknikal, bukan kandungan usul itu," katanya.

Tambahnya lagi, adalah kurang matang jika isu ini diberi fokus dalam PRK kali ini kerana ia baharu di peringkat pembentangan usul.

"Kalau nak lihat pada isu nasional seperti di Parlimen baru-baru ini, ia agak kurang matang kerana pembentangan yang dibawa Ahli Parlimen Marang baru di peringkat usul, belum pun dibahas atau diundi.

"Oleh itu, carilah kesinambungan pengganti wakil rakyat BN dengan isu-isu tempatan khususnya bantuan dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan persekutuan dan negeri," katanya.

Calon Amanah Pilihan Deklarasi Rakyat

Posted: 04 Jun 2016 03:09 AM PDT




MEMBANDINGKAN matlamat Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia dengan pencalonan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar (SB) dan Kuala Kangsar (KK) maka jelas "calon" Deklarasi Rakyat adalah calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Setakat ini, tiga buah parti telah mengumumkan calon untuk dua kerusi Parlimen itu – Pakatan Harapan/Amanah, PAS dan Barisan Nasional. Penamaan calon adalah pada 5 Jun dan pengundian 18 Jun.




Dua matlamat pokok Deklarasi Rakyat adalah penyingkiran (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan mereformasikan sistem pemerintahan negara.


Tanpa penyingkiran Mohd Najib, reformasi sistem pemerintahan negara mustahil boleh dilakukan.

Azhar Abdul Shukur calon Amanah/PH Sungai Besar

Mengapa calon Amanah/PH adalah "calon" Deklarasi Rakyat? Sebab-sebabnya seperti berikut:


1.Umno/BN tidak melakukan apa-apa untuk menyingkir atau mendisiplinkan Mohd Najib. Sebaliknya bersekongkol dengan beliau dalam skandal 1MDB, "derma" RM2.6 bilion dan pengalihan haram RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd;


2. Antara Umno dan PAS kita tak pasti lagi siapa lawan siapa. Besar kemungkinan mereka sudah berpakat di dalam kelambu.


3. Mohd Najib, Presiden PAS (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, (Datuk) Harun Din kini berahi dalam asmara dana tiga penjuru.


4. Abdul Hadi mengaku berunding dengan "kerajaan" mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Bukan Kerajaan (Private Member's Bill/PMB) untuk meminda Akta (Bidang Kuasa Jenayah) Mahkamah Syariah Kelantan. "Kerajaan" dalam konteks ini adalah Mohd Najib.


5. Keutamaan Mohd Najib bukan menjaga kepentingan dan perasaan ahli dan penyokong Umno, tetapi mengambil hati Abdul Hadi dan Harun kerana dihantui kemungkinan dipecat melalui akuan berkanun oleh ahli Dewan Rakyat.

Dr Ahmad Termizi Ramli calon Amanah/PH Kuala Kangsar


6. Antara hilang undi dan hilang jawatan, Mohd Najib lebih rela memperjudikan undi PRK SB dan KK.


7. Mohd Najib percaya sebarang kemarahan pengundi Umno/BN kerana bersekongkol dengan Abdul Hadi dan Harun boleh diubati oleh penawar "cash is king."


8. Abdul Hadi pula tergesa-gesa membentangkan PMB berkaitan Hudud dalam percubaan mengambil hati ahli dan penyokong PAS yang sedang digoda "imannya" oleh Amanah.

9. Umno/BN dan PAS sudah tidak pedulikan undi Cina dan India lagi. Mereka sudah mengaku kalah kepada DAP dan PH.

10. Peranan wakil Cina dan India dalam BN sudah diturunkan ke taraf penghibur lara saja. Apa yang mereka kata dan lakukan – termasuk ancaman keluar Barisan – tidak dipedulikan lagi. Mereka sekadar penggenap bilangan dan makan gaji.


Kesimpulannya, calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah adalah calon terbaik bagi penyokong Deklarasi Rakyat.


Peserta Deklarasi Rakyat boleh berkempen bagi pihak calon Amanah/PH.
Walaupun jalan di hadapan adalah mencabar bagi peserta dan penyokong Deklarasi Rakyat, namun apa yang mereka pamerkan sejak 4 Mac lalu memberi harapan baru kepada rakyat jelata yang ditindas akibat penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan kerajaan Mohd Najib.


Wallahuaklam.


MEMBANTU BALU WAKIL RAKYAT IALAH MENJAGA KEBAJIKANNYA, BUKAN MENJADIKANNYA WAKIL RAKYAT JUGA

Posted: 04 Jun 2016 03:02 AM PDT

shahbudindotcom


Di mana-mana, masih ada kedengaran pemimpin dan ahli UMNO yang bersungut dan keliru dengan pemilihan Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun depan.

Mereka tidak pasti sama ada ia benar-benar kehendak Najib Razak atau ia dicadangkan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak lain seperti Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak atau Zahid Hamidi yang atas kapasitinya menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO memang berperanan penting berkaitan mana-mana pilihanraya kecil.

Mereka juga tidak tahu apakah benar desas-desus yang berlegar di awang-awangan bahawa Mastura sendiri yang melobi dan berjumpa dengan pemimpin tertentu untuk menawarkan dirinya menjadi calon menggantikan arwah suaminya.

Bagi yang selalu bertemu arwah Wan Khairil Wan Ahmad, tentu sedar bahawa Mastura bukan saja biasa menemani suaminya berkempen dan bertemu pengundi di Kuala Kangsar, bahkan turut kerap menjadi pendamping setia di majlis-majlis tidak rasmi atau jamuan-jamuan di rumah pembesar-pembesar UMNO.

Lantaran itu, tidaklah menghairankan jika beliau dikenali atau mengenali sebahagian besar pemimpin UMNO atas kedudukannya sebagai isteri Wan Khairil.

Tetapi, keputusan memilih Mastura ini menimbulkan duluan dan persepsi yang tidak baik serta menjengkelkan kepada UMNO. Seperti disebut dalam tulisan terdahulu, ia bukan saja mengesahkan UMNO ketandusan pemimpin dan mewujudkan banyak masalah untuk berkempen serta bertemu pengundi kerana kedudukan Mastura yang masih dalam edah, bahkan yang diperkatakan juga ialah mengenai hubungan parti dengan isteri pemimpin dan balu wakil rakyat yang kematian suami.

Semasa Wan Khairil menjadi wakil rakyat, Mastura tidak dinafikan kerap dibawa untuk membantu suaminya atas sebab-sebab keperluan atau keistimewaan yang suaminya saja yang tahu. Orang lain tidak harus tahu apa kelebihan itu dan mengapa ia berlaku.

Ramai juga wakil rakyat yang tidak melibatkan isteri dalam tugas mereka, kecuali untuk dibawa menghadiri majlis rasmi dan jamuan sahaja. Ini juga tidak harus sesiapa ambil tahu sebab-sebabnya.

Apabila meninggal dunia, kelebihan Mastura itu tidak seharusnya dipergunakan oleh orang lain. Ketika menjadi isteri juga, bantuan yang dicurahkannya adalah dengan keredaan dan restu suami.

Kini suaminya sudah meninggal dunia, apatah lagi dalam edah, keredaan dan restu itu boleh dianggap masih tergantung.

Setelah kematian suami, tidak harus juga ada mana-mana pemimpin UMNO yang tertarik dengan apa juga kelebihan Mastura. Ini kerana kelebihan itu disebabkan suaminya menjadi wakil rakyat ketika itu. 

Setelah suaminya tiada, boleh jadi kelebihan itu turut tiada lagi. Mungkin juga suaminya pernah menyimpan impian agar isterinya menjaga rumahtangga dan keluarga saja setelah beliau meninggal dunia. Tambahan lagi, selama ini pun Mastura sudah menjadi suri rumah sepenuh masa, walaupun berkelulusan dari luar negara.

Sesuai dengan konsep parti menguasai kerajaan, pemilihan calon seharusnya dipilih daripada kalangan pimpinan UMNO Kuala Kangsar atau setidak-tidaknya orang Perak juga bagi menggantikan Wan Khairil. Bukan isterinya dijadikan pengganti dan bukan juga orang Negeri Sembilan didahulukan.

Memilih seorang balu sebagai calon bagi menggantikan suaminya yang meninggal dunia memperlihatkan ada yang tidak kena dengan pemimpin yang membuat keputusan itu.

Untuk menang, tidak semestinya dengan simpati. Ada banyak cara dan usaha lain yang boleh dilakukan.

Adalah salah dan merbahaya jika pemimpin tertentu tertarik dengan kelebihan Mastura yang selama hanya dimanfaatkan oleh suaminya. Wan Khairil boleh memanfaatkan Mastura sebab wanita itu isterinya. Pemimpin lain patut melihat kelebihan isteri masing-masing, bukan kelebihan isteri orang atau balu yang baru kematian suami.

Seseorang balu juga seharusnya dibantu untuk menangani kesedihan dan dilihat aspek-aspek lain yang boleh diringankan, bukan dipergunakan atau dimanfaatkan oleh pihak lain. Memilihnya sebagai calon dan menjadikannya wakil rakyat tidak sama sekali boleh dianggap untuk menghulurkan bantuan.

UMNO mungkin malu untuk menarik balik pemilihan Mastura, meskipn sedar banyak masalah dan kekangan yang akan dihadapinya. Bukan saja dalam soal kempen, bahkan seperti ditulis sebelum ini, disebabkan edah selama 4 bulan 10 hari itu, jika menang sekalipun, Mastura hanya dapat berperanan sepenuhnya sebagai wakil rakyat pada pertengahan September nanti.

Sekarang ini terserah kepada pengundi Kuala Kangsar membuat keputusan. Mereka bukan saja berperanan memilih wakil rakyat baharu pada 18 Jun nanti, tetapi juga  terpikul tanggungjawab untuk mengelakkan Mastura berkemungkinan terjerumus ke kancah dosa yang tidak disedari atau tidak disengajakan olehnya berikutan sedia bertanding dalam pilihanraya ini.

Apatah lagi, selain Pas sudah mengumumkan calonnya iaitu Dr Najihahussalehah Ahmad dan Pakatan Harapan pula memilih wakil Amanah, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli yang dianggap pertaruhan terbaik dan memenuhi semua kriteria sebagai pemimpin serta untuk bersuara di Dewan Rakyat, pengundi Kuala Kangsar seharusnya tidak terlalu sukar membuat pilihan mereka. 


SPRM mula siasat MBI

Posted: 04 Jun 2016 02:47 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menjadi sasaran awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan negeri itu.
 
SPRM dilaporkan menyoal siasat beberapa pegawai MBI di samping mengambil dokumen berkenaan Rabu lalu.
 
Kerajaan negeri pimpinan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terpalit dengan siasatan itu susulan laporan SPRM yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli awal minggu ini.
 
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberi arahan untuk Rafizi membuat laporan itu, sungguhpun dakwaan rasuah berkenaan dinafikan oleh Azmin.
 
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya  menyoal dua pegawai kanan MBI, lapor Malay Mail.
 
"Ini adalah sebahagian daripada siasatan kami berhubung dengan laporan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli," kata beliau.
 
Beliau berkata buat masa ini SPRM tidak bercadang untuk menyoal menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung siasatan berkenaan yang masih di peringkat awal.
 
Rafizi sebelum ini mendakwa menerima  aduan wujud elemen rasuah termasuk permintaan untuk khidmat seks dalam kerajaan negeri.
 
Dakwaan itu dilihat sebagai pusingan terbaru perbalahan dalaman PKR yang semakin meruncing akhir-akhir ini.
Azmin dituduh oleh sesetengah pemimpin sebagai cuba mencuri dan menghakis pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di dalam parti itu.
 
Pada masa sama penyokong tegar menteri besar itu berkata Azmin hanya mahu membawa parti itu keluar daripada takuk lama sesuai dengan realiti politik semasa.
 
MBI yang menjadi sasaran SPRM, adalah syarikat mikil penuh kerajaan negeri yang menyelia pengurusan and operasi kesemua 12 syarikat kaitan kerajaan negeri, melibatkan aset puluhan bilion ringgit.
 
Azmin adalah pengerusi lembaga pengarah MBI.
 
 

PAN parti pengacau di dua kerusi PRK

Posted: 04 Jun 2016 02:46 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) dilabel sebagai parti 'pengacau' dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, petik laporan komentar Utusan Malaysia hari ini.
 
Menurut penulis, selepas PAS, PAN pula dilihat sebagai 'kuda tungangan' DAP dan PKR yang tidak mempunyai apa-apa kekuatan berbanding PAS yang kini berani mengorak langkah bersendirian selepas meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).
 
"PAN bukan tandingan PAS malah sama sekali tidak akan mampu mencontohi waima parti-parti serpihan PAS lain seperti Hizbul Muslimin (HAMIM) dan Angkatan Keadilan Islam  Malaysia (AKIM).
 
"Justeru pemimpin-pemimpin PAN tidak boleh marah jika ada pihak khususnya daripada PAS melabel mereka sebagai 'parti pengacau'. Dahulu ketika berada dalam PAS, mereka mengganggu kestabilan dan perjuangan PAS apabila lebih bersedia menyokong apa juga tindakan DAP dan PKR biarpun bertentangan dengan dasar PAS," kata penulis.
 
Malah selepas meninggalkan PAS, golongan yang menubuhkan PAN terus menerus mengganggu parti itu apabila berkeras mahu meletakkan calon mereka di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
"PAN tahu mereka tidak ada kekuatan. Mereka hakikatnya tidak layak pun untuk mencabar Barisan Nasional (BN) mahupun PAS. Namun PAN bernafsu besar, mereka ingin menunjukkan kononnya mempunyai sokongan. 
 
"Hakikatnya kehadiran PAN dalam kedua-dua PRK itu bukanlah demi untuk membela nasib rakyat, tetapi sekadar untuk 'melepaskan geram' khususnya bagi membuktikan bahawa mereka lebih kuat daripada PAS," katanya.
 
PAN juga tahu mereka tidak akan mampu mencapai kemenangan namun masih menaruh harapan untuk meraih undi lebih daripada PAS yang didakwa matlamat utama parti  bertanding.
 
"Melalui cara itu mereka boleh menggunakannya sebagai modal bagi memberitahu rakyat khususnya orang Melayu bahawa parti mereka jauh lebih hebat daripada PAS. Bagaimanapun PAS tidak boleh menafikan fakta bahawa mereka hakikatnya hanya parti serpihan," soal Utusan.
 
Malah langkah PAN untuk bertanding di kerusi yang ditolak DAP memperlihatkan parti itu belum selesa dalam gabungan pembangkang itu biarpun diterima untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).
 
PAN jelas mengatur pergerakan selamat apabila Ketua Pengarah Strateginya Khalid Samad menggesa agar PKR menghentikan rundingan dengan PAS bagi memudahkan PAN meletakkan calon bagi mewakili PH.
 
"Jika PAN mahu memiliki wakil dalam DUN atau Parlimen, mereka perlu mencari kerusi paling selamat. Buat masa ini tiada satu kerusi pun yang berada pada kedudukan tersebut kecuali PAN memujuk DAP menyerahkan kerusi mereka sebagai tanda persahabatan.
 
"Tetapi pun belum tentu DAP akan bersedia berbuat demikian, sebaliknya mereka mahu PAS yang berkorban menyerahkan kerusi kepada PAN, biarpun mereka memahami PAS bukanlah sekutu dalam pakatan pembangkang," ujarnya lagi.
 
 

Beku hubungan dengan PKR hanya pandangan peribadi - Pesuruhjaya PAS Perak

Posted: 04 Jun 2016 02:44 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menyifatkan kenyataan Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss selaku Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar itu hanya bersifat peribadi.
 
Jelasnya kenyataan itu timbul disebabkan kekecewaan apabila PKR menyokong calon yang dikemukakan Parti Amanah Negara (PAN), sedangkan calon PAS juga bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
 
Terdahulu PAS Kuala Kangsar membekukan hubungan dengan PKR gara-gara kehadiran Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Majlis Pengisytiharan calon Pakatan Harapan (PH).
 
"Itu kenyataan peribadi dia, bukan dari PAS (Perak). (Apa-apa) keputusan parti adalah dari PAS Pusat. Keputusan parti masih lagi bertahaluf siyasi dengan PKR," katanya ketika dihubungi wartawan Antarapos.
 
Raja Ahmad berkata parti itu terguris dengan tindakan Wan Azizah yang menghadirkan diri mewakili PKR pada majlis mengumumkan Dr Ahmad Termizi Ramli yang mewakili PH bagi menentang PAS dan Barisan Nasional (BN).
 
Turut hadir bersama Wan Azizah termasuk pimpinan tertinggi PKR pusat dan negeri antaranya; Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli; Pengarah Pilihan Raya PKR pusat, Datuk Saifuddin Nasution; Ketua Penerangan PKR pusat, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.
 
Selain PKR, turut hadir pemimpin DAP yang diketuai Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Tony Pua dan penasihat DAP Perak Ngeh Ko Ham.
 
Bagaimanapun, kelibat Wan Azizah gagal dikesan tatkala rakan sekutunya itu mengumumkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon PAS pada 27 Mei lalu.
 
 

PKR tunggu keputusan Majlis Syura, kata Syed Ibrahim

Posted: 04 Jun 2016 02:41 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
SHAH ALAM: PKR mengambil pendirian untuk tunggu dan lihat bersabit tahaluf siyasi dengan PAS selepas parti itu menerima usul berhubung perkara tersebut daripada sayap serta beberapa PAS kawasan di seluruh negara.
Menurut Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, keputusan itu hanya diketahui selepas Majlis Syura Ulama mengadakan perbincangan dan mengkaji secara teliti mengenai hal itu. 
"Itu usul di peringkat Dewan Muslimat, maksudnya itu dalaman mereka tapi dari segi pendirian PAS (Pusat) sendiri saya tidak ada lagi, saya rasa (kita) tunggulah kalau ada apa-apa pendirian rasmi daripada PAS berkenaan perkara ini," katanya kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang dibawa oleh Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda supaya tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR dikaji semula.
Malah Dewan Pemuda turut memberikan kata dua kepada PKR supaya memilih untuk bersama dengan PAS atau DAP kerana mereka sudah terlalu banyak menghiris perasaan mereka.
Mengulas mengenai rundingan pembahagian kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dikalangan parti-parti pembangkang, jelas beliau PKR sentiasa berbincang mengenai perkara itu. 
"Setakat ini rundingan dengan semua pihak kita sedia (adakan) rundingan termasuklah dengan Pakatan Harapan (PH) jadi tidak timbul isu kita sedia runding atau tidak. Buat waktu ini kita kena tengok balik secara menyeluruh hubungan kerjasama dengan PAS khususnya," katanya.
Namun ujar beliau, sekiranya berlaku sebarang perubahan mengenai kerjasama antara PKR dan PAS, mungkin satu rundingan lain akan diputuskan.  
"(Jika) ada perkembangan baru dari segi hubungan kerjasama dengan PAS. Jadi saya rasa itu kita (PKR) terima tapi dari segi PKR sendiri, kita akan buat kaji semula tentang hubungan dan juga tentang perundingan kerusi sebelum PRU14, walaupun tidak lama tapi ada masa lagi," jelasnya. 
Semalam Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan, usul itu hanya untuk mengkaji semula hubungan antara kedua-dua parti itu dan tidak sampai memutuskan hubungan.
Malah beliau berkata, usul tersebut berbeza daripada cawangan yang dibawa oleh Dewan Ulama dalam muktamar sebelum ini yang mendesak supaya tahaluf siyasi dengan DAP diputuskan.

Legenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia

Posted: 04 Jun 2016 02:33 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY
 
 
Bekas juara tinju heavyweight dunia itu meninggal dunia pada usia 74 tahun.


Mat-Ali


LOS ANGELES: Ikon tinju dunia Muhammad Ali meninggal dunia pada Jumaat, kata jurucakap keluarga dalam satu kenyataan.

"Selepas 32 tahun bertarung dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun," kata jurucakap Bob Gunnell.

Bekas juara tinju heavyweight dunia berusia 74 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan Khamis lalu akibat masalah pernafasan dengan media AS melaporkan keadaannya dirumitkan lagi dengan penyakit Parkinson.– AFP

Saya sokong calon wanita, tetapi Mastura tak sesuai – Kamilia

Posted: 04 Jun 2016 02:29 AM PDT

 
Kamilia berpendapat, ramai pemimpin dalam Wanita dan Puteri UMNO Perak yang lebih layak untuk dicalonkan pada PRK Kuala Kangsar.


Datuk-Kamilia-Ibrahim


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim menyifatkan tindakan parti itu menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di PRK Parlimen Kuala Kangsar sebagai langkah yang silap dan hanya mengundang sabotaj kepada kempen BN.

Beliau menjangkakan pencalonan balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu bakal mengundang perpecahan di dalam UMNO Bahagian Kuala Kangsar memandangkan bukan semua pihak yang menyenanginya.

"Walaupun dahulu UMNO kata inginkan calon lelaki bagi menggantikan Tan Sri Rafidah Aziz, saya mengalu-alukan pemilihan calon wanita pada PRK kali ini.

"Tetapi Mastura bukanlah orang yang sesuai. Kedudukannya sebagai balu bekas ahli Parlimen bukanlah sebab yang cukup untuk mewakili rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam wawancara bersama FMT.

Beliau berkata, UMNO sepatutnya memilih calon daripada kepimpinan Wanita UMNO Perak sebagai pengiktirafan terhadap pergerakan itu.

"Adakah Mastura daripada kepimpinan parti? Jika tidak, kenapa tidak pilih mana-mana pemimpin Wanita Perak," katanya yang memuji langkah PAS mencalonkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

"Itu adalah pengiktirafan kepada kedudukan dalam parti. Mengapa UMNO tidak memberi pengiktirafan yang serupa?" soalnya lagi.

Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sebagai berkata, pemilihan Mastura dibuat berdasarkan lima faktor, iaitu berlatar belakang profesional; memahami keadaan di Kuala Kangsar, bergaul dengan masyarakat setempat dan memahami kehendak kepimpinan UMNO Bahagian serta ahli Wanita dalam parti itu.

Mengulas perkara itu, beliau berkata, ramai lagi individu dalam kepimpinan Wanita dan Puteri UMNO Perak yang memiliki kriteria sama.

"Saya bangkit (bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13) sebab orang persoalkan tiadakah wanita dari Perak atau Kuala Kangsar yang layak? Hari ini pun saya lihat sejumlah pemimpin dalam Wanita dan Puteri layak.

"Nampaknya kali ini lebih kepada sentimen calon sebagai balu Allahyarham. Tetapi adakah itu sahaja memadai?" soal bekas senator itu lagi.

Sepanjang kira-kira 30 tahun berada dalam UMNO, Kamilia lantang menegakkan kedudukan pergerakan Wanita dalam parti itu.

Beliau pernah mendesak ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan kerana mendakwa kaitan Shahrizat dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) menjatuhkan imej pergerakan itu.

Beliau dipecat daripada UMNO pada 2013 selepas bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar untuk memprotes kepimpinan parti yang menurutnya meminggirkan Wanita UMNO pada PRU13

Pencari kulat mati dalam perahu

Posted: 04 Jun 2016 02:10 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Mangsa keluar dari rumahnya petang semalam untuk mencari kulat di satu kawasan belukar tidak jauh dari rumahnya.


Mati-dalam-perahu


BESUT: Kehilangan seorang warga emas yang dikatakan keluar dari rumahnya untuk mencari kulat sejak tengah hari semalam terjawab apabila dia ditemui meninggal dunia di dalam sebuah perahu di tepi Sungai Tembila pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi memberitahu mangsa ialah Ismail Salleh, 72, dari Kampung Tembila dekat sini.

Beliau berkata mangsa dipercayai keluar dari rumahnya pada 2 petang semalam untuk mencari kulat di satu kawasan belukar tidak jauh dari rumahnya.

"Ahli keluarganya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja selepas mangsa didapati tidak pulang ke rumah sehingga 8 malam.

"Mangsa akhirnya ditemui pasukan penyelamat pada 9.10 pagi tadi di dalam sebuah perahu milik penduduk di tepi Sungai Tembila dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya berada di dalam air," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk dibedah siasat.-BERNAMA

Premis makanan jangan tipu sijil halal pada Ramadan

Posted: 04 Jun 2016 02:07 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Ini kerana pada Ramadan terdapat pelbagai jenis makanan akan dihidangkan kepada pengguna Islam untuk berbuka puasa.


jamil-khir-halal


YAN: Premis makanan yang beroperasi sepanjang Ramadan diingat tidak melakukan penipuan berhubung perakuan sijil halal yang sah bagi memastikan makanan dijual tidak diragui umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata isu halal menjadi keutamaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana semasa Ramadan terdapat pelbagai jenis makanan akan dihidangkan kepada pengguna Islam untuk berbuka puasa.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata dalam isu memperoleh sijil halal adalah atas sukarela pihak premis makanan berkenaan dan tidak bersifat wajib kerana terdapat kekangan tertentu dalam konteks pasaran yang perlu diambil kira.

"Saya harap peniaga yang tidak mempunyai perakuan sijil halal dapat memastikan makanan yang hendak dijual kepada pembeli beragama Islam dapat disediakan dengan bersih, tidak mengandungi bahan campuran haram dan memenuhi kriteria ditetapkan Jakim.

"Pembeli juga perlu yakin semasa hendak membeli makanan dan sekiranya masih berasa was-was, mereka dinasihatkan mencari premis makanan mempamerkan sijil halal sah dikeluarkan Jakim sendiri," katanya selepas Majlis Perasmian Rumah Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Sungai Daun, di sini hari ini.

Jamil Khir yang juga ahli Parlimen Jerai berkata Jakim akan sentiasa menjalankan pemantauan secara berkala sepanjang Ramadan bagi memastikan semua premis makanan seperti restoran dan hotel yang menawarkan bufet Ramadan menyediakan makanan halal.

"Pemantauan dijalankan sepanjang tahun tetapi dalam bulan Ramadan ini hotel, restoran dan kedai makan yang menjual makanan kepada orang ramai berbuka puasa memerlukan pemantauan lebih rapi," katanya.

Jamil Khir berkata pemantauan itu juga bagi memastikan sijil perakuan halal masih sah digunakan dan tidak tamat tempoh.-BERNAMA

Pas bekukan kerjasama dengan PKR

Posted: 04 Jun 2016 02:05 AM PDT


RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS


BUKIT CHANDAN - Pas Kuala Kangsar membekukan kerjasama dengan PKR Kuala Kangsar sepanjang PRK Parlimen berkenaan berikutan parti itu menyokong calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.

Yang Dipertuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pengisytiharan calon Amanah bagi PRK terbabit bukti sokongan itu.

"Bagaimana Presiden PKR boleh hadir menyokong calon yang akan menentang rakan tahalufnya (Pas)?

"Pada saya, ia satu tindakan tikam belakang terhadap kami di Kuala Kangsar selain merupakan pengkhianatan terhadap tahaluf siyasi yang diasaskan bersama," katanya.

Menurutnya, tindakan lanjut berhubung kerjasama itu akan  diserahkan kepada Pas Perak untuk menentukannya.

"Sebagai Yang Dipertua, saya sedikit tergores atas kehadiran dan ceramahnya di sana. Tergores kerana setahu saya Pas dan PKR masih rakan tahaluf," katanya.

Mengulas mengenai PRK itu, beliau berkata, Pas Kawasan Kuala Kangsar akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan diraih calon parti, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Katanya, beliau optimis dengan peluang Pas dalam PRK itu meskipun akan berlaku pertandingan tiga penjuru.

"Malaysia sebuah negara demokrasi tidak pernah menghalang mana-mana parti atau individu dari bertanding dalam apa jua pilihan raya," katanya.

Bonus raya penjawat awam belum pasti

Posted: 04 Jun 2016 02:03 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Nafi laporan di laman sosial kononnya kerajaan akan membayar imbuhan RM500 kepada kakitangan awam dan pesara menjelang Aidilfitri.


Siregar-ringgit-malaysia


PASIR PUTEH: Kerajaan belum membuat keputusan berhubung imbuhan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Julai depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kerajaan sedang meneliti pelbagai aspek terutama kedudukan kewangan sebelum membuat keputusan mengenainya.

"Sehingga hari ini tiada sebarang keputusan dibuat (berhubung pemberian imbuhan kepada kakitangan awam dan pesara)," katanya kepada pemberita pada majlis Program Transformasi Komuniti Bergerak Orang Kampung Selising yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Selising, Zulkifli Ali di sini, hari ini.

Khamis lepas Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyatakan hasrat untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri ini.

Irwan berkata terserah kepada perdana menteri untuk membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak untuk memberi imbuhan itu berasaskan kemampuan kewangan kerajaan.
 
Beliau menafikan laporan di laman sosial terutama Facebook, yang menyatakan kononnya kerajaan bersetuju membayar imbuhan sebanyak RM500 kepada setiap kakitangan awam dan pesara menjelang Aidilfitri ini.

Dalam perkembangan lain, Irwan berkata sebuah Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di Kota Bharu bernilai RM30 juta akan dibuka pada bulan Ramadan ini.

UTC itu, katanya mula dibina Januari lepas dan kini 95% siap dibina.

"Perdana menteri dijangka merasmikan UTC itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak," katanya.
-BERNAMA

Ahli Umno minta Harussani taubat

Posted: 03 Jun 2016 05:05 PM PDT

 
 
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disaran bertaubat ekoran kenyataannya menganggap pencalonan Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar tidak menyalahi hukum Islam.

Ahli Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Harussani itu seolah-olah mengizinkan seseorang wanita keluar rumah berkempen walaupun masih dalam idah akibat kematian suami.

Selain itu Syed Rosli (gambar) berpendapat tindakan mufti itu dan pemimpin Umno membenarkan Mastura mengeluarkan gambarnya di media sosial seolah-olah memperlekehkan agama dan perintah Allah.

"Dengan menggunakan rakaman video dan poster beliau, secara tak langsung ia menggambarkan juga calon BN melanggar perintah idah dalam Islam.

"Apabila Umno dan mufti cuba mengubah suai perintah Allah maka mereka ini kelihatan memperlekehkan agama dan perintah Allah hanya kerana kepentingan individu.

"Pada saya ia perbuatan terkutuk dan keji. Saya harap pemimpin Umno khususnya mufti-mufti yang telah membuat kenyataan ini supaya insaf dan bertaubat kerana ia jelas menghina agama Islam dan menghina Allah," katanya kepada Malaysiakini.

Selepas BN menamakan Mastura sebagai calonnya dalam PRK Kuala Kangsar, beberapa pihak menimbulkan isu kesesuaian balu allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dipilih.

Antara lain Mastura masih dalam keadaan idah selepas Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Bagaimanapun beberapa pihak lain termasuk Harussani menganggap tidak ada larangan untuk seseorang wanita dalam idah dijadikan calon dalam pilihan raya.

Pada pandangan Harussani pencalonan Mastura itu tidak melanggar hukum agama mahupun budaya Melayu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata strategi itu julung kali diguna pakai jentera BN semenjak parti itu ditubuhkan.

Malah, katanya ia dibuat dengan mengambil kira fatwa mengikut hukum qat'ie dalam Islam dalam hal tempoh idah seseorang wanita yang kematian suami.

Zahid berkata antara kaedah telah dicari untuk memperkenalkan Mastura kepada pengundi termasuk merakamkan ucapannya yang akan disiarkan di semua pusat daerah mengundi dan lokasi-lokasi sasaran, selain melalui komunikasi tanpa lisan.

Syed Rosli sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan bertanding di PRK itu sebagai calon bebas memandangkan BN meletakkan Mastura yang disifatkannya supaya tidak sesuai.

Beliau turut tidak gentar sekiranya keahliannya di dalam Umno dilucutkan kerana bertanding dalam PRK berkenaan.


Anina mencabar pemecatan beliau daripada Umno

Posted: 03 Jun 2016 05:02 PM PDT

Bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin telah memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang melarang ahli daripada mencabar keputusan yang dibuat oleh parti-parti politik tidak mengikut perlembagaan.

Beliau telah menamakan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai responden.

Permohonannya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh peguam beliau, Mohd Haniff Katri Abdullah.

Haniff berkata, Anina turut memohon pengisytiharan bahawa pelucutan keanggotaannya dalam parti itu diisytiharkan batal dan tidak sah.

Sebelum ini, Anina dilaporkan gagal mencabar pemecatannya itu selepas beliau memfailkan saman terhadap Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mengembalikan RM2.6 bilion kepada parti.

Ekoran daripada itu, Anina memfailkan saman bagi mencabar pemecatannya tetapi ditolak oleh mahkamah tinggi di Kuala Lumpur dan mahkamah rayuan kerana Seksyen 18C berkenaan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar pertikaian dalam parti politik.

Apa status kes banglo Guan Eng, wahai Apandi?

Posted: 03 Jun 2016 05:01 PM PDT

MALAYSIAKINI


Portal pro-Umno mempersoalkan perkembangan kes yang membabitkan pembelian banglo pada harga RM2.8 juta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa di bawah harga pasaran.

MyKMU dalam catatan menyatakan telah lebih sebulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Justeru, tanpa sedikit pun niat nak mempertikai kewibawaan Peguam Negara, sekadar nak mendapatkan kepastian, apa sebenarnya perkembangan kes ini?

"Biasanya rakyat dimaklumkan kalau kertas siasatan dipulangkan, kes ditutup, diteruskan pendakwaan dan sebagainya, tapi dalam kes ini belum ada apa-apa lagi," katanya.

Sedangkan dalam masa yang sama, ada banyak lagi kes lain yang bakal menyusul dengan semuanya membabitkan intergriti dan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.

"Antaranya, dakwaan bayaran tidak munasabah kepada kontraktor berkaitan pembinaan terowong dasar laut yang mungkin tidak dibuat, sebaliknya diganti dengan jambatan ketiga (baru nak mohon) dan sebagainya,"

"Duit dah terbang beratus juta tu, terowongnya belum tentu buat lagi," dakwa MyKMU, sambil menambah kemungkinan lebih banyak kes rasuah melibatkan parti-parti Pakatan Harapan yang lain.

Tiada ulasan: