Ahad, 26 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ADUN Kota Siputeh jadi pemangku Umno Jerlun pada 26-06-2016 09:06 Post Pic ALOR SETAR: Umno Kedah memutuskan untuk melantik ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif sebagai Pemangku Ketua Umno Bahagian Jerlun bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada parti. Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata pelantikan Abu Hassan adalah bagi memastikan pimpinan Umno Bahagian Jerlun terus berjalan lancar. Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam yang diwakili Mukhriz pula akan dijadikan DUN angkat Badan Perhubungan Umno negeri bagi memastikan nasib pengundi di situ terus terbela. "Saya sendiri akan memberikan tumpuan khusus pada DUN Ayer Hitam bagi memastikan segala keperluan, agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat di situ terus terbela," katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi. Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah dipecat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat, manakala keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung. Mengulas mengenai pemecatan itu, Ahmad Bashah berkata, ia adalah pendekatan terbaik walaupun parti berhadapan dengan situasi ditelan mati emak, diluah mati bapa. "Keputusan secara konsesus itu haruslah difahami dari sudut disiplin dan aturan dalam jemaah kerana ketiga-tiga pemimpin itu yang sebelum ini berjasa kepada parti tiba-tiba boleh duduk semeja dan bersekongkol dengan pembangkang. "Keadaan itu sekali gus mewujudkan keresahan, kecelaruan dan perpecahan selain sifat berbelah bahagi dalam kalangan semua peringkat pimpinan dan ahli akar umbi. "Lantas, dalam konteks ini tindakan sebegitu memerlukan langkah pencegahan dan inilah keputusan terbaik malah Umno Kedah sentiasa istiqamah dan menyokong penuh keputusan kepimpinan demi kelangsungan parti, " katanya.

Posted: 26 Jun 2016 04:19 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Umno Kedah memutuskan untuk melantik ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif sebagai Pemangku Ketua Umno Bahagian Jerlun bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada parti. 
 
Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata pelantikan Abu Hassan adalah bagi memastikan pimpinan Umno Bahagian Jerlun terus berjalan lancar. 
 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam yang diwakili Mukhriz pula akan dijadikan DUN angkat Badan Perhubungan Umno negeri bagi memastikan nasib pengundi di situ terus terbela. 
 
"Saya sendiri akan memberikan tumpuan khusus pada DUN Ayer Hitam bagi memastikan segala keperluan, agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat di situ terus terbela," katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi. 
 
Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah dipecat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat, manakala keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung. 
 
Mengulas mengenai pemecatan itu, Ahmad Bashah berkata, ia adalah pendekatan terbaik walaupun parti berhadapan dengan situasi ditelan mati emak, diluah mati bapa. 
 
"Keputusan secara konsesus itu haruslah difahami dari sudut disiplin dan aturan dalam jemaah kerana ketiga-tiga pemimpin itu yang sebelum ini berjasa kepada parti tiba-tiba boleh duduk semeja dan bersekongkol dengan pembangkang. 
 
"Keadaan itu sekali gus mewujudkan keresahan, kecelaruan dan perpecahan selain sifat berbelah bahagi dalam kalangan semua peringkat pimpinan dan ahli akar umbi. 
 
"Lantas, dalam konteks ini tindakan sebegitu memerlukan langkah pencegahan dan inilah keputusan terbaik malah Umno Kedah sentiasa istiqamah dan menyokong penuh keputusan kepimpinan demi kelangsungan parti, " katanya.
 
 

Najib dijangka umum rombakan kabinet esok

Posted: 26 Jun 2016 04:17 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan rombakan kabinet esok untuk mengisi kekosongan jawatan tiga menteri dan dua timbalan menteri.
 
Menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik dijangka mengangkat sumpah pada hari berikutnya, demikian memetik laporan Sin Chew Daily.
 
Ini termasuk dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri juga kosong – satu bertanggungjawab bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan satu lagi bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU).
 
Datuk Seri Idris Jala, yang menerajui PEMANDU telah melepaskan jawatannya selepas penggal kedua sebagai senator berakhir.
 
Tan Sri Abdul Wahid Omar, yang menerajui EPU tidak mahu melanjutkan tempoh khidmatnya dalam kabinet selepas hanya menjadi senator untuk satu penggal.
 
Manakala jawatan seorang timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kosong selepas Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai menteri besar Kedah.
 
 

2 cedera letupan bom kereta di Sungai Golok

Posted: 26 Jun 2016 04:14 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
NARATHIWAT: Dua lelaki cedera ringan dalam letupan bom kereta yang meranapkan sebahagian gerai tepi jalan di Sungai Golok, Narathiwat pada kira-kira jam 6.10 pagi tadi., kata polis. 
 
Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Kong-ath Suwankham berkata, insiden pada awal pagi itu berlalu di antara Sekolah Bang Sungai Golok dan pangkalan operasi platun Task Force 33 Narathiwat di bandar berkenaan. 
 
Pasukan pemusnah bom polis peronda sempadan dan penyiasat bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan berkaitan kejadian terbabit. 
 
Menurut saksi, seorang lelaki memandu pikap Mitsubishi Triton yang berisi bom buatan sendiri berlegar di kawasan gerai tepi jalan dan meninggalkan kenderaan berkenaan di situ. 
 
Lelaki terbabit kemudiannya beredar dari tempat kejadian dengan menaiki motosikal yang ditunggang seorang lagi suspek. 
 
Empat polis peronda yang menaiki dua motosikal cuba menahan dua suspek itu tetapi berjaya melarikan diri. Beberapa minit kemudian, bom dalam pikap berkenaan meletup. 
 
Dua lelaki, Chaiwit Areekulchai, 40, dan Sakiran Muso, 19, mengalami kecederaan ringan akibat letupan bom berkenaan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
 
Sementara itu, sembilan gerai dan pikap terbabit musnah dalam kejadian berkenaan. Kesan letupan bom turut menyebabkan tingkap kaca sekolah, sebuah hotel dan bangunan komersial berkecai. - Agensi
 
 

Krisis Brexit: Pelajar Malaysia dapat manfaat jika sambung belajar di UK

Posted: 26 Jun 2016 04:12 PM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Langkah Britain untuk keluar meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) secara teori menguntungkan pelajar Malaysia yang mahu menyambung pengajian di negara itu ekoran kejatuhan kadar mata wang pound mereka.
 
Menurut penganalisis, Dr Azizuddin Mohd Sani, sektor pendidikan luar negara akan mendapat laba yang tinggi apabila krisis kewangan itu memberikan kelebihan kepada kerajaan untuk terus menghantar pelajar cemerlang ke negara berkenaan.
 
Katanya lagi, nilai tukaran matawang yang meningkat antara pound dan ringgit bakal menyenangkan hidup pelajar yang berada disana.
 
"Secara umumnya, tidak ada kesan malah saya rasa akan lebih baik kalau mata wang mereka jatuh apabila keluar daripada Eropah. 
 
"Sebenarnya bagi kelebihan kepada kita untuk menghantar pelajar kita ke sana. Dan ini ada nilai tambah dari segi itu. Saya tidak nampak kesan yang besar kepada pelajar di sana," kata Dr Azizuddin.
 
Mengulas mengenai kerakyatan UK yang naik mendadak hasil migrasi penduduk sekitar EU menyebabkan negara berkenaan dikatakan mengalami masalah dalam mengawal kos perumahan, perkhidmatan awam dan sektor pekerjaan mereka. 
 
Azizuddin melihat hal itu tidak akan menjejaskan pelajar kerana mereka tidak terlibat dalam mendapatkan permit sebagai penduduk.
 
"Saya tidak nampak apa yang akan beri kesan kepada pelajar Malaysia sebab memang sebelum ini Eropah mengamalkan polisi pendidikan percuma tapi Britain (juga) memang sudah amalkan pendekatan tersebut.
 
"Tapi dari segi pelajaran tidak akan beri kesan kepada kita. Kedatangan pelajar pun bukan berkaitan dengan isu imigran jadi ia isu paling dibincangkan iaitu Brexit, kerana mereka agak anti imigran jadi pelajar saya rasa tidak akan tergolong dalam konteks itu," katanya.
 
Bagaimanapun, kesan Brexit pada Malaysia sebenarnya agak minima dan tidak langsung mempengaruhi ekonomi negara.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat berkata keputusan UK untuk keluar daripada EU tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi Malaysia kerana negara berada di landasan kukuh kerana mempunyai kepelbagaian struktur ekonomi dan lebihan cairan dalam pasaran kewangan negara.
 
Oleh yang demikian, ujar Azizuddin tindakan berani UK meninggalkan kesatuan Eropah sejak bersama kesatuan itu pada 1973 tidak akan menggugat kedudukan negara berkenaan untuk bergerak sendiri. 
 
"Saya rasa dia mampu sebab sebenarnya UK lebih rapat dengan Amerika Syarikat berbanding Eropah, cumanya ekonomi akan terbatas. Sekarang UK mempunyai hubungan baik dengan Kesatuan Eropah dari segi perdagangan, eksport import berjalan lancar. Malah dasar imigrasinya pun berdasarkan tadbir sempadan dan bebas dan penghijrahan berlaku," jelas beliau.
 
Rakyat Britain pada 23 Jun lalu mengundi bagi menentukan masa depan negara itu dalam EU dan sebanyak 51.9 peratus pengundi bersetuju untuk keluar berbanding 48.1 peratus yang mahukan ia kekal.
 
 

UK keluar dari EU, Apa kesan kepada kita?

Posted: 26 Jun 2016 04:10 PM PDT

 RAFIZI RAMLI
 
 
BrexitBrexit


Ada yang bertanya apa kesan keputusan referendum UK keluar dari EU. Komen-komen rasmi sudah tentu dikeluarkan oleh Najib Razak dan menteri-menteri seperti ekonomi kita kukuh, tidak terjejas dan lain-lain.
Saya tidak perlu komen yang itu.

Saya senaraikan kesan dan risiko keputusan UK keluar dari EU yang mungkin tidak diulas di media perdana:
Risiko ekonomi global gawat

1) Pound sterling dan pasaran saham London merudum dan menunjukkan prestasi terburuk dalam 4 dekad. London adalah pusat kewangan dunia dan ada pengaruh besar kepada pasaran saham lain.

2) Pada masa yang sama, UK adalah ekonomi kedua terbesar di dalam blok Eropah yang merupakan blok ekonomi terkaya di dunia. Keluarnya UK memberi ketidaktentuan sama ada blok Eropah akan runtuh, apatah lagi dengan masalah hutang Greece, kelembapan ekonomi berpanjangan, pengangguran di Sepanyol dan kebanjiran pelarian Asia Tengah.

3) Kedua-dua faktor ini memberikan risiko kepada kestabilan ekonomi global kerana blok Eropah banyak berdagang dengan seluruh dunia.

4) Jika pasaran memberi reaksi bahawa ketidaktentuan itu satu risiko besar, ada kemungkinan kejatuhan saham di London akan berjangkit kepada pasaran saham lain di dunia. Jika ini berlaku, ia boleh mencetuskan kegawatan ekonomi dunia. Malaysia akan terkesan teruk kerana kita bergantung kepada eksport.

5) Prestasi pasaran saham bila dibuka pada hari Isnin akan memberi bayangan sama ada keputusan keluar EU itu akan mencetuskan jangkitan panik yang merudumkan pasaran lain juga. Jika itu tidak berlaku, risiko kepada ekonomi Malaysia mungkin lebih rendah.

Kejatuhan matawang sterling

1) Matawang sterling dijangka akan menjadi lebih rendah. Ini membawa kesan yang pelbagai kepada pelbagai kumpulan bergantung kepada jenis pendedahan kewangan.

2) Pendidikan tinggi di UK sepatutnya menjadi lebih murah kerana kadar tukaran murah. Namun ia bergantung juga kepada kos perniagaan baru selepas UK berada di luar Eropah. Jika kos perniagaan meningkat dan yuran dinaikkan, maka penjimatan dari kadar tukaran yang lebih rendah boleh dimansuhkan oleh yuran yang lebih tinggi. Terlalu awal untuk dinyatakan.

3) Institusi pelaburan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Felda dan lain-lain yang membeli hartanah mewah di London akan menyaksikan kerugian pada mulanya kerana nilai hartanah yang dibeli pada kadar yang lebih tinggi kini perlu diterjemahkan pada kadar yang rendah. Maka satu kerugian atas kertas akan dicatatkan.

Walau bagaimana pun, kejatuhan sterling akan membuatkan harga hartanah UK tiba-tiba menjadi lebih rendah lalu lebih ramai pelabur asing mahu membeli hartanah yang mungkin akan menaikkan harga.

Sekiranya ini berlaku, hartanah sedia ada bila dinilai kembali mungkin harganya lebih tinggi dan keuntungan atas kertas yang dicatatkan akan ditolak dari kerugian atas kertas sekarang.

Banyak lagi kesan lain tetapi saya rasa untuk rakyat biasa seperti saudara dan saya, ini antara kesan paling ketara yang melibatkan kita.

Cuma saya ajak kita ambil iktibar dari analisa undi mengikut umur seperti yang saya sertakan:

i - Majoriti orang muda mahu UK kekal di dalam EU. Lagi muda, lagi mereka mahu UK kekal dalam EU. Dibawah 24 tahun 73%, di bawah 62% 62% dan lain-lain.

ii - Mereka mahu UK kekal kerana mereka yang paling terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan mereka tidak mampu melalui satu kacau bilau ekonomi. Mereka juga faham keadaan ekonomi yang saling berkait dalam era globalisasi.

iii - Malangnya mereka dikalahkan oleh pengundi lebih tua yang sebenarnya menanggung risiko bagi tempoh masa yang lebih pendek kerana usia yang lebih lanjut. Jika pengundi itu berusia 55 tahun, pada jangka hayat purata 70 tahun, jika ada kejutan ekonomi pun pengundi itu hanya menanggung kesannya selama 15 tahun berbanding orang muda berusia 25 tahun yang akan menanggungnya selama 45 tahun.

iv - Maka orang muda diwariskan bukan sahaja dengan keadaan ekonomi yang lebih buruk berbanding dulu tetapi juga mereka perlu hidup dengan keputusan yang membebankan mereka yang dipaksakan ke atas mereka oleh generasi yang lebih tua.

Kenapa berlaku begitu?

Kerana di referendum semalam jumlah orang muda yang keluar mengundi adalah rendah berbanding orang tua. Walaupun mereka mahu kekal dalm EU dan kadar sokongan itu tinggi, orang tua yang lebih ramai keluar akhirnya menentukan.

Nasi sudah menjadi bubur bagi anak-anak muda UK.

Saya harap nasi tidak akan menjadi bubur bagi anak-anak muda Malaysia jika mereka hadam fenomena yang berlaku di UK itu.

Puasa mendidik kita agar menolak kemungkaran dan kezaliman

Posted: 26 Jun 2016 03:56 PM PDT

ARIFIN HASSAN
 
 
Tazkirah RamadanTazkirah Ramadan


Puasa pada bulan Ramadhan ini pada asasnya ialah untuk melatih kita mencapai ketaqwaan, agar umat Islam bersedia menghadapi situasi masa depan yang lebih mencabar.

Saya telah juga menekankan dalam penulisan yang terdahulu melalui Tazkirah Ramadhan 1/2016 bahawa puasa ini mempunyai 3 objektif yang mulia :

Amalan pada bulan puasa ini wajib dilihat sebagai tarbiyah untuk bekalan selama setahun. Kita akan cuba meneruskan taddarus Quran, berebut ke surau untuk solat berjemaah, rajin mengerjakan solat sunat dan memberi sadaqah yang bermakna selepas berpuasa di bulan Ramadhan.

Ia harus juga merubah tabi'at peribadi secara 360° hidup dan 24/7 selain dari ibadah khusus, seperti menepati masa, berpemikiran kreatif hinggalah meningkatkan kualiti kerja dalam organisasi.

Peningkatan amal bukanlah untuk peribadi sahaja. Ia harus ada kesan terhadap amalan dalam masyarakat seperti bersopan di atas jalan raya hingga kepada skil tadbir urus organisasi yang berintegriti dan negara oleh pemimpin politik. Tarbiyyah Ramadhan ini sepatutnya menjadi 'game changer' membawa agenda transformasi terhadap kehidupan kita.

Satu lagi sudut yang jarang dilihat ialah Ramadhan ini adalah bulan yang penuh dengan perjuangan dan pengorbanan.

Peperangan Badar al Kubro yang berlaku pada tahun 2 Hijrah akan diingat sebagai insiden pertama menentang kezaliman secara teratur dalam sejarah Islam.

Perjanjian Hudaibiyah pada 638 Masehi pula adalah kemenangan Rasulullah s.a.w. dalam diplomasi dengan mushrikun Mekah. Ini akhirnya menjurus kepada penaklukan Makkah atau *Fath Makkah* pada 630 Hijrah yang membawa 10,000 orang Islam secara aman masuk ke bandar asal Rasulullah s.a.w.

Selain daripada itu juga, bulan Ramadhan pada tahun 1973 melihat tentera Arab mengejutkan tentera Israel dengan menawan kembali Garisan Bar Lev di Sinai, Mesir yg dirampas pada tahun 1967. Peristiwa ini juga di kenali sebagai Perang Arab Israel 1973 atau Yom Kippur War atau Ramadhan War.

Peristiwa Tariq bin Ziyad menakluki Andalusia (Sepanyol) pada tahun 711 Masehi dan beberapa peperangan Salib juga berlaku dalam bulan Ramadhan.

Dalam google, pengkaji seerah menggariskan lebih dari 20 insiden besar yang merupakan 'tipping point' dalam lipatan sejarah Islam.

Semua peristiwa peristiwa pada bulan Ramadhan ini bukanlah berlaku secara kebetulan. Ada 'lessons learnnya'. Di samping usaha menyucikan diri kita semasa berpuasa, Allah ingin menyediakan setiap individu dengan tugas yang lebih besar. Ini agar ia lebih jelas akan visi dan misi hidupnya, bukan sekadar ibadah khusus sahaja.

Diterjemahkan Perang Badar dan Perjanjian Hudaibiyah dalam zaman moden hari ini, ia mengajar kita untuk menentang kezaliman, memperjuangkan keadilan dan meneruskan diplomasi yang strategik bila perlu .

Peristiwa-peristiwa besar ini tidak hanya berlaku sebagai 'just a historical coincidence'. Allah merancangnya agar kita boleh mengambil satu 'strategic lesson' untuk masa depan.

Justeru itu, cabaran paling utama kepada umat Islam hari ini ialah mengkontemporari-kan ajaran Islam yang dibawa Rasullulah s.a.w. agar boleh digunapakai dalam kurun ini dengan penyelesaian abad ke 21. 'You can never find new islands using an old map.'

Bagi umat yang cintakan bulan Ramadhan, ia harus di lihat sebagai a 'retraining curriculum', 'a re education school', atau 'markaz tarbiyah al kubro', yang bisa melonjakkan kembali kekuatan ummah.

Dengan gegaran hebat seolah-olah melebihi skala 'Ritcher 9.0', madrasah Ramadhan ini harus melahirkan obor perjuangan yang lebih hebat dari Salehudin Al Ayubi, fikrah yang lebih tajam dari Hasan Al Banna untuk abad ini dan merelevankan Islam seperti pandangan Dr Yusuf Qardhawi dan Dr Tariq Ramadhan dengan 'fresh new ideas and solution based thinking' yang mencabar minda kita.

Semoga hari-hari terakhir Ramadhan ini kita dapat bermunajjat kepada Allah dan mencari malam yang penuh berkat, bukan untuk diri kita sahaja tetapi agar negara kita terus makmur terutama sekali ekonominya, negara dipimpin oleh mereka yang amanah, demokratik dan adil, agar kita tidak terus bersekongkol dengan penyelewengan kuasa atas nama Islam.

Selamat mencari malam Lailatul Qadar yang penuh dengan berkat dan lebih baik dari 1000 bulan.

*  Arifin Hassan adalah pengamal HRD selama 25 tahun berpusat di Bangi.

Ahli MCA langgar disiplin dikenakan tindakan

Posted: 26 Jun 2016 03:44 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran mana-mana ahli parti yang melanggar peraturan tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat.
 
Katanya, MCA tidak akan berkompromi dengan salah laku ahli yang melanggar disiplin parti berikutan ia asas kukuh sesebuah parti.
 
"Dalam kes pemecatan Tan Seri Muhyiddin (Yassin) dan Datuk Seri Mukhriz (Mahathir), MCA menghormati keputusan parti dan kepimpinan tertinggi Umno kerana memang tidak pernah mencampuri hal ehwal parti komponen.
 
"Kita menghormati keputusan ini tapi sedia maklum dalam mana-mana parti, disiplin parti amat penting. Perlu ada disiplin dan untuk kukuhkan parti," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Koperasi Petani Muda Malaysia Berhad (KPMM), di sini hari ini.
 
 

Muhyiddin bayangkan tanding kerusi Pagoh atas tiket selain BN pada PRU14

Posted: 26 Jun 2016 03:42 PM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh biarpun terpaksa bertanding sebagai calon bebas di Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) akan datang.
 
Katanya keputusan berkaitan platform mana yang akan dipilih beliau masih terlalu awal untuk diputuskan tatkala banyak pihak mahu beliau menyertai gabungan pembangkang selepas dipecat sebagai ahli Umno.
 
"Kalau saya bertanding, sudah tentu saya menentang BN itupun kalau saya nak bertanding. Kalau saya bertanding takkan MCA nak terima saya (sebagai calon). Saya bukan lagi dalam BN. Kalau nak bertanding takkan saya nak bertanding atas tiket Umno.
 
"Keputusan yang kami buat adalah satu keputusan yang besar. Dan tidak pernah mimpi oleh kami," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, lewat petang ini.
 
Muhyiddin mendakwa akar umbi Umno bahagian Pagoh bertegas untuk beliau meneruskan usaha untuk mempimpin serta mewakili mereka.
 
"Saya dah jumpa pemimpin Pagoh malam selepas saya dipecat, mereka nak ketahui apa kedudukan. Saya jelaskan Ahli Parlimen Pagoh (yang kini) bebas, saya dah nyatakan kepada pemimpin Pagoh yang masih nyatakan sokongan pada saya, mereka menolak keputusan MT.
 
"Mereka lebih mengetahui kedudukan saya dan tindakan saya lakukan," katanya merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Umno Pagoh, Hairul Izam Abd Samat yang menolak pemecatan Muhyiddin semalam.
 
Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat memutuskan untuk memecat Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta merta daripada parti itu.
 
Ia ekoran tindakan kedua-dua mereka yang kerap mempersoalkan pemimpin tertinggi Umno bersabit isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion, meskipun ia masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Kedua-dua mereka juga kerap kali menyertai pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat yang dipimpin bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.
 
"Soal sama ada memasuki parti politik lain, kami sudah tidak ada lagi platform apabila dipecat dari Umno, kami berdiri atas keadaan politik tidak ada hubungan mana-mana parti.
 
"Soalnya sama ada situasi ini lestari dan bersesuaian untuk masa depan demi melihat masa depan negara lebih baik, dalam situasi memberi keadilan pada rakyat jelata," jelas Muhyiddin yang ditemani isterinya, Puan Seri Norainee Abdul Rahman dalam sidang medianya.
 
Tambah Muhyiddin, keputusan untuk memulakan platform baru politiknya setelah dipecat dari Umno bersama Mukhriz merupakan satu keputusan yang besar pernah dibuat beliau selepas tidak lagi bersama Kabinet tahun lalu.
 
"Ini keputusan sangat besar dalam sejarah hidup kami, kami mempunyai hasrat dan niat untuk bantu supaya krisis kepemimpinan harus dapat diatasi.
 
"Apakah rakyat mengkehendaki satu perubahan besar, satu pembaharuan yang boleh menjamin masa depan rakyat lebih baik, menolak rasuah dan mewujudkan institusi lebih mantap. Buat reformasi, ini isu pokok yang perlu difikirkan," katanya lagi.
 
 

DAP, Gerakan berdebat isu terowong dasar laut 28 Jun ini

Posted: 26 Jun 2016 03:39 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju menganjurkan debat mengenai isu terowong dasar laut pada 28 Jun ini di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini pada 9 malam.
 
Debat itu akan diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.
 
Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa debat bertajuk "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut" itu menggunakan bahasa kebangsaan.
 
"Kami telah mengadakan mesyuarat dan pihak YB Liang telah menghantar wakil untuk membincangkan mengenai aturcara perdebatan. Dalam sesi debat itu akan ada ucapan daripada kedua-dua wakil, soal jawab dan ucapan penggulungan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Pada 11 Jun lepas, Liang menyatakan keinginan untuk berdebat berhubung isu projek terowong dasar laut selepas Lim menolak tawaran Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo untuk berdebat.
 
Loo pernah menganjurkan dan menjemput Lim untuk berdebat pada 11 Jun lepas namun Lim tidak hadir selepas mendakwa semua soalan yang dikemukakan telah dijawab dan oleh itu tidak perlu untuk berdebat.
 
Wong berkata peguam Lee Khai akan menjadi moderator pada sesi debat yang dijangka berlangsung selama dua jam itu.
 
Beliau berkata pihaknya turut meminta Liang untuk menguruskan supaya debat itu dapat disiarkan secara langsung di televisyen.
 
"Saya masih belum tahu sama ada siaran langsung dari stesen televisyen boleh dijalankan atau tidak," katanya.
 
Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin hadir pada debat itu supaya datang awal kerana dewan itu hanya mampu menampung kapasiti 500 orang sahaja.
 
Katanya skrin besar turut disediakan di luar dewan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang tidak dapat tempat di dalam dewan untuk mengikuti debat itu.
 
 

Umno Kedah kena bersedia serahkan negeri kepada Pas semula, kata Mukhriz

Posted: 26 Jun 2016 08:32 AM PDT

 HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Umno Kedah perlu bersedia serahkan negeri itu kepada Pas, kata Mukhriz dalam sidang media bersama Muhyidin hari ini.Umno Kedah perlu bersedia serahkan negeri itu kepada Pas, kata Mukhriz dalam sidang media bersama Muhyidin hari ini.


Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata,  seolah-olah ada pakatan di antara pimpinan tertinggi Pas dan Umno di Kedah sekarang dan Umno negeri itu perlu bersedia menyerahkan kembali negeri itu kepada Pas.

"Saya lihat seolah-olah ada pakatan di antara pimpinan Pas dan Umno dan saya ingatkan Umno Kedah supaya bersedia untuk serahkan negeri kembali kepada Pas,"katanya.

Mukhriz berkata demikian dalam sidang media bersama Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini selepas kedua-dua dipecat dari Umno.

"Pada hemat saya ini sebagai amaran kepada Umno Kedah agar bersiap sedialah menyerahkan kerajaan negeri Kedah kembali kepada Pas.

"Nampaknya memang menjurus ke arah itu," katanya dalam sidang media di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Petaling Jaya petang tadi.

Menurut Adun Ayem Hitam itu, jika beliau benar-benar ingin mengkhianati parti seperti didakwa, beliau akan berusaha untuk membubarkan Dun Kedah dan Umno BN akan kecundang.

"Kalau saya benar-benar mengkhianati Barisan Nasional sewaktu saat-saat akhir saya menjadi menteri besar saya masih mempunyai pilihan iaitu mencadangkan kepada jemaah sultan kedah agar dewan undangan negeri dibubarkan dan kita boleh agak apa yang akan berlaku jika berlaku pilihan raya negeri sudah tentu BN akan kecundang," katanya yang dipecat daripada parti Jumaat lalu.

Beliau juga berkata, Umno BN sangat hipokrasi apabila tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said yang mengemukakan usul undi tidak percaya kepada mentari besar Ahmad Razif Abdul Rahman.

"Bila saya dipecat dari ahli Umno saya menjadi adun bebas. Majoriti BN di Kedah menjadi lima daripada enam. Masih selesa perbezaan antara pembangkang dan BN berbanding di Terengganu yang cuma beza dua majoriti.

"Kita tahu Ahmad Said telah membuat usul undi tak percaya terhadap menteri besar. Saya kira tindakan itu sebenarnya lebih serius kerana ia mampu menggugat kedudukan kerajaan negeri Barisan Nasional.

"Walaupun begitu, sampai hari ini kita tak pernah dengar satu pun kenyataan mungkin akan diambil tindakan terhadap Datuk Seri Ahmad Said.

"Mungkin kerana beza cuma dua kerusi di Terengganu berbanding kami di Kedah enam jadi kami yang berusaha keras mendapat majoriti enam itu termasuk saya sendiri, saya pula yang menjadi mangsa keadaan.

"Saya nampak ada sikit unsur hipokrasi kerana di Kedah diambil tindakan seperti itu tapi di Terengganu tak ada langsung," katanya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat lalu memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu.

Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat suara.

Katanya, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Muhyiddin menjadi timbalan presiden Umno kedua dipecat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Pas bersama Pakatan Rakyat berjaya merampas Kedah dari Umno dalam pilihan raya umum 2008 namun Umno dibawa pimpinan Mukhriz berjaya merampas balik Kedah dalam pilihan raya umum 2013.

Pakatan Rakyat kini berpecah ekoran masalah antara Pas dengan DAP. Selepas perpecahan Pas dan membentuk Amanah, Pakatan Harapan ditubuhkan di kalangan Amanah, PKR dan DAP.

Porno kanak-kanak: Malaysia ketiga di rantau Asean

Posted: 26 Jun 2016 08:30 AM PDT

MALAYSIAKINI


Malaysia berada di kedudukan ketiga di rantau Asean dalam hal-hal membabitkan pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak.

Mengikut laporan The Star hari ini, Ketua Unit Siasatan Seksual Bukit Aman, Tan Gee Soon dilaporkan berkata demikian selepas menjadi ahli panel semalam.

Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus mengenai pornografi kanak-kanak, namun dilengkapi dengan undang-undang pornografi secara umum.

"Kami mempunyai Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit imej dan filem luch, " ujar beliau, memetik laporan tersebut.

Tambahnya, pihak polis juga sedang mengkaji untuk meminda Seksyen 292 berkenaan yang hanya berkaitan dengan penjualan dan pengedaran bahan-bahan lucah.

Unit siasatan seksual juga telah mengemukakan cadangan bagi menggubal undang-undang anti-dandanan, katanya, namun enggan mengulas lanjut kecuali menambah ia berdasarkan kepada undang-undang yang sama di Singapura.

Dandanan, dalam konteks ini, merujuk kepada proses menjalinkan hubungan kawan dan menyediakan kanak-kanak itu - dan kadang-kala keluarga kanak-kanak itu juga - dengan tujuan eksploitasi seksualnya.

Bulan lepas, Malaysia digemparkan dengan pendedahan seorang British, Richard Huckle British yang melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Kemboja sehingga menyebabkannya dihukum penjara seumur hidup.

Pecat: Mungkin ada sabotaj dalam PRU14 nanti

Posted: 26 Jun 2016 05:59 AM PDT

Muhyiddin yassin


SHAH ALAM - Penganalisis politik melahirkan kebimbangan tindakan pemecatan ke atas dua pimpinan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam bakal mewujudkan sabotaj dalaman pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata sabotaj itu mungkin berlaku secara besar-besaran walaupun percikannya langsung tidak kelihatan ketika ini.

"Kebimbangan saya hanya satu, ahli Umno memang tidak akan beri reaksi (sekarang) tapi apabila berlaku pilihan raya nanti, mungkin akan berlaku sabotaj dalaman yang besar. Itu tidak pasti akan berlaku atau tidak tapi boleh berlaku.

"Sebab kita tahu sokongan kepada Tun (Dr) Mahathir (Mahathir) masih kuat. Muhyiddin dan Mukhriz pun ada sokongannya. Cuma, setakat ini ahli Umno nak lihat apa tindakan mereka selepas dipecat. Selepas itu baru mereka bertindak tapi di Jerlun dan Pagoh pasti akan ada kesannya," katanya kepada Sinar Online.

Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal dari parti itu.

Mengulas lanjut, menurut Azizuddin, berdasarkan tradisi Umno, penyokongnya mengikut kata ketua dan jika mereka tidak bersetuju, protes tidak dilakukan secara terang-terangan.

"Apa-apa tindakan diambil oleh ketua, walau mereka tidak setuju sekalipun mereka tidak akan protes tapi ia hanya akan dilakukan secara senyap. Apabila pilihan raya selalunya mereka akan sabotaj.

"Saya rasa buat waktu ini ahli Umno akan terus menyokong pucuk pimpinan. Mereka tidak akan bertindak seperti zaman (pemecatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu...demonstrasi besar-besaran kerana keadaan itu berlainan," katanya.

Beliau juga berpendapat Umno masih mempunyai masa untuk memujuk ahli-ahlinya yang marah dengan keputusan pemecatan itu sebelum PRU14.

Katanya lagi, keputusan Muhyiddin dan Mukhriz selepas pemecatan ini pastinya dinanti-nanti penyokong.

"Ada yang sebut tentang tubuh parti baharu tapi kita sudah ada banyak parti. Parti baharu itu nanti nak kedudukan yang bagaimana pula?

"Blok politik keempat? Atau nak bekerjasama dengan Pakatan Harapan? Atau dengan blok politik ketiga bersama Pas? Kalau mereka bergerak sendiri saya rasa tak ada platform yang jelas," katanya.

Menyentuh soal Shafie yang hanya digantung dari parti, Azizuddin berpandangan pemimpin dari Sabah itu berpeluang kembali kepada kem asal.

"Shafie ini...beliau sokong juga Deklarasi Rakyat tapi beliau kelihatan seperti 'mahu pulang semula' kepada pimpinan sekarang. Baru-baru ini pun beliau berkempen untuk pilihan raya kecil.

"Kalau nampak positif (tindakannya) dan kembali menyokong kepimpinan sekarang ini mungkin beliau akan kembali dan tidak akan dipecat. Shafie masih ada peluang lagi untuk kembali tidak seperti Muhyiddin dan Mukhriz," katanya.

Pemuda Semporna anggap salah guna kuasa

Posted: 26 Jun 2016 05:49 AM PDT

Mohd Azis Jamman
Mohd Azis Jamman


SHAH ALAM - Penggantungan keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merupakan penyalahgunaan kuasa melampau oleh Majlis Tertinggi Umno terhadap seorang ahli yang selama lebih 30 tahun telah mencurah bakti dalam memperkasakan Umno," kata Ketua Pemuda Umno Semporna, Datuk Mohd Azis Jamman.

Mohd Azis berkata, keputusan itu juga seolah-olah melupakan jasa Mohd Shafie yang sebelum ini, merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam membawa Umno masuk ke Sabah serta 'membesarkannya' di negeri di bawah bayu itu.

"Dato Seri (Mohd Shafie) tidak di panggil dalam mempertahankan dirinya sebagaimana yang pernah berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengantungan ini adalah satu tindakan terdesak bagi memastikan hanya pemimpin-pemimpin'yes man' yang perlu ada didalam barisan kepimpinan Umno.

"Perbezaan pandangan dan kritikan sudah tidak boleh berlaku di dalam Umno yang kononnya satu parti politik yang mengamalkan demokrasi. Jika kita imbau sejarah, apa perbezaan ketika  Mohd Shafie membuat saranan keatas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) secara terbuka agar melepaskan jawatan bagi membolehkan Datuk Seri Najib (Tun Razak) mengambil alih berbanding hari ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Dalam pada itu, katanya Umno Bahagian Semporna akan membuat kenyataan rasmi secara bersama sedikit masa lagi bagi mengecam dan menzahirkan rasa kekecewaan diatas cara dan sistem kuku besi yang melanda Umno pada hari ini.

"Sifat terdesak MT dalam mengambil tindakan mengantung keahlian Mohd Shafie menampakkan bahawa mereka tidak peka keatas keluh kesah rakyat khasnya ahli-ahli Umno.

"Perlu diingat, isu yang ditimbulkan Mohd Shafie  hingga mengakibatkan beliau dipecat dari kerajaan dan keahlian digantung adalah isu yang sememangnya telah mengikis kepercayaan ahli-ahli Umno serta rakyat pada keseluruhannya terhadap pemerintah," katanya.

Katanya lagi, jika Mohd Shafie digantung keahlian semata-mata kerana perbezaan pandangan dan kritikan terhadap Perdana Menteri dalam mengurus isu 1MDB sedangkan umum maklum, Mohd Shafie tidak pernah duduk sepentas dengan pemimpin pembangkang.

"Ini bermakna jutaan ahli-ahli akar umbi yang tidak kurang lantangnya mengkritikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdu Razak, dalam isu 1MDB khasnya di laman-laman sosial ini juga perlu digantung keahlian mereka dan jika itu benar-benar berlaku Umno hanya bermakna hanya demokratik pada nama dan bukan pada zahirnya," katanya.

Guna wang untuk dapat undi juga suatu rasuah, tegas PAS

Posted: 26 Jun 2016 05:49 AM PDT

MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengingatkan tawaran wang untuk mendapatkan undi adalah satu bentuk rasuah.

Ia adalah perkara yang sama ketika seseorang menawarkan rasuah untuk melepaskan diri dari saman trafik atau apabila menawarkan rasuah untuk mendapatkan kontrak.

"Dalam erti kata lain, rasuah adalah pengambilan kekayaan orang lain melalui cara menipu, iaitu dengan menerima suapan dalam pertukaran untuk mendapatkan manfaat kepada dia atau merugikan saingan, untuk mempercepatkan atau melambatkan sesuatu, atau untuk mendapatkan kedudukan atau pekerjaan yang tidak layak bagi perasuah dari mereka yang berkuasa.

"Makna rasuah sebenarnya cukup luas, tidak terhad kepada isu-isu kewangan tetapi juga penyalah gunaan kuasa yang diamanahkan.

"Apa yang menyayat hati ialah walaupun semua orang tahu bahawa rasuah adalah satu jenayah, rakyat dan kerajaan membenarkan 'virus' ini disebarkan dan menjadi sebahagian daripada masyarakat," keluh beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa perbuatan rasuah dikutuk dalam Surah Al-Baqarah ayat 188, dan Hadis Nabi Muhammad SAW.

Khususnya, Rasulullah bersabda bahawa mereka yang memberi rasuah, mereka yang menerimanya dan mereka yang bertindak sebagai orang tengah akan dimasukkan ke dalam neraka .

"Satu-satunya masalah adalah banyak yang hanya dibibir sahaja dalam menentang rasuah, tetapi apabila mendapatnya, itu dianggap sebagai rezeki," katanya.

Gerakan ramal PRU14 tahun depan

Posted: 26 Jun 2016 05:41 AM PDT

 Wei Hoong


B erbekalkan semangat kemenangan besar BN dalam pilihan raya Sarawak serta pilihan raya kecil berkembar baru-baru ini, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong meramalkan pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada tahun 2017.

Ramalan itu, katanya, bersandarkan kepada momentum sokongan rakyat terhadap BN yang telah meningkat.

"Sokongan rakyat telah meningkat. Jadi, adalah bermanfaat untuk mengadakannya lebih awal (pilihan raya)...

"Saya rasa pilihan raya akan diadakan tahun depan. Saya tidak fikir ia akan diadakan pada 2018," kata menteri di jabatan perdana menteri itu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu pemberita bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

Walau bagaimanapun, Najib berkata, beliau tidak tahu sambutan Hari Raya pada tahun bila yang dirujuknya.

"Saya hanya boleh berkata pilihan raya umum akan diadakan selepas Aidilfitri. Tetapi Hari Raya tahun bila, saya tidak tahu," katanya yang dipetik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan Barisan Nasional (BN) belum lagi bersedia untuk pilihan raya umum (PRU).

"Kami agak gembira (dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil berkembar) tetapi kita begitu selesa lagi.

"Saya tidak fikir sudah tiba masa untuk mengadakan PRU lagi. Saya rasa kita perlu menunggu untuk 2018," katanya.

Terdahulu, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya umum tahun depan jika dia adalah Perdana Menteri, berikutan kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil berkembar.

Pas bukan bahan ujian parti lain

Posted: 26 Jun 2016 04:29 AM PDT

Razman Zakaria
Razman Zakaria


IPOH - Pas bukanlah bahan menguji kekuatan bagi parti-parti lain yang mahu bertanding pada pilihan raya.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebaliknya Pas sudah membuktikan kekuatannya biarpun berseorangan.

Menurutnya, jika parti tertentu bertanding hanya mahu membuktikan mereka lebih kuat daripada Pas tanpa mempunyai hala tuju jelas, ia adalah tindakan yang sia-sia.

"Keputusan PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar menentukan hala tuju semua parti politik. Gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan dengan menggabungkan semua kekuatan parti menunjukkan perjuangan sia-sia dan memberi kelebihan kepada Umno dan BN untuk berada di tempat selesa.

"Apa yang pasti, tindakan gabungan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan dalam kedua-dua PRK untuk menguji kemampuan mereka melukakan seluruh ahli dan penyokong Pas," katanya.

Razman berkata, sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, BN akan mencapai keputusan yang lebih baik dari PRU 2004.

"Pas bagaimanapun sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan tetap bergerak tanpa perlu menyertai mana-mana pakatan," katanya.

Beliau berkata, di Perak, Pas sedang membuat persediaan untuk menghadapi situasi ini.

"Kita menetapkan untuk bertanding di 30 kerusi Dun majoriti Melayu dan baki 29 kerusi campuran serta majoriti Cina, Pas sedang membina calon dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

"Jadi Pas akan bertanding semua kerusi pada PRU14 nanti," katanya.

Ramai tak mengerti kesan rasuah

Posted: 26 Jun 2016 04:26 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man


SHAH ALAM - Apabila rasuah dianggap rezeki, ramai yang tidak menolak rasuah, sebaliknya mengamal dan menghalalkan amalan tersebut dalam kehidupan seharian.

Timbalan Presiden Pas, Datuk‎ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, amalan rasuah tindakan memakan harta orang lain dengan cara batil dan sehingga kini ramai masih tak mengerti kesannya terhadap masyarakat dan sistem pengurusan negara.

"Penerima rasuah merasakan rezeki mereka bertambah sehingga mereka boleh hidup mewah di luar kemampuan mereka.

"Pemberi rasuah pula selalu mendapat manfaat daripada cara yang batil walaupun mereka tidak layak dan merompak hak mereka yang layak," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, rasuah bukan sahaja menaikkan kos sara hidup, akan tetapi ia juga mengganggu dan membantu pentadbiran sesebuah kerajaan.

Selain itu, tambah Tuan Ibrahim, dunia perniagaan akan menjadi tidak menentu dan menjurus ke arah kerugian.

"Pelabur hilang minat melabur di negara, dan ini mengurangkan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.

"Akhirnya, rakyat yang akan susah kerana sebahagian kos sara hidup mereka telah ditelan oleh rasuah. Rasuah menjadi punca utama rosaknya rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang bermaruah dan tercemarnya imej Islam. Rasuahlah yang membawa negara ke tahap hari ini," tegasnya‎.

‎Menurutnya lagi, pengertian rasuah sebenarnya amat luas dan bukan hanya tertumpu kepada masalah kewangan,  malah termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan.

"Yang menyayatkan hati adalah meskipun mengetahui rasuah satu perbuatan jenayah, namun rakyat dan kerajaan membiarkan virus ini menular dan menjadi darah daging masyarakat.

"Ramai yang hanya mulutnya menolak rasuah, namun apabila berdepan dengan rasuah, ia pula dianggap rezeki. Jelas, mereka yang dipandu hawa nafsu, sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat dan tidak bersyukur sehingga melibatkan diri dalam rasuah gagal membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah," katanya lagi.

Muhyiddin akan bersama Amanah?

Posted: 26 Jun 2016 04:14 AM PDT


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian
 

PARTI Amanah akan 'bungkus'. Itu tanggapan sesetengah pihak berdasarkan keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

Meskipun di Sungai Besar, Amanah mendapat undi kedua terbanyak selepas  BN dan berjaya mengatasi Pas – apa yang disebut-sebut sebagai sebab dan matlamat mereka menyertai pilihan raya – bagi sesetengah pemerhati,  7,609 undi diperoleh sekadar menyerlahkan lagi kelemahan parti pimpinan Mat Sabu itu.

Ini kerana, jumlah undi sebanyak itu dianggap kecil berbanding Pas yang mendapat 6,902 undi. Walaupun undi untuk Pas kurang berbanding Amanah, apa yang diperoleh parti itu dikategorikan sebagai undi 'solid'  sedangkan undi untuk Amanah, selain daripada penyokong sendiri, juga adalah daripada penyokong DAP dan PKR.

Ini bermakna untuk mengatasi Pas, Amanah memerlukan undi daripada penyokong dua parti lain yang secara relatif menunjukkan parti itu belum cukup kuat untuk menyaingi Pas.

Tambahan pula sepanjang tempoh kempen PRK, calon Amanah mendapat sokongan padu jentera DAP terutama di kawasan majoriti Cina di Dun Sekinchan yang diketahui adalah kubu parti itu.

Lalu pada PRU, apabila setiap parti bertanding di kawasan sendiri, dengan kekuatan jentera sendiri dan tidak lagi mendapat sokongan daripada rakan-rakan pakatan sebagaimana PRK, apa yang diperlihatkan oleh Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah meragukan!

Di Kuala Kangsar, meskipun menjadi satu-satunya parti yang menampilkan calon anak tempatan, Amanah sekadar mampu meraih 4,883 undi berbanding BN (12,653 undi) dan Pas (5,684 undi).

Justeru, Amanah dianggap parti yang melangkah menuju PRU14 dalam keadaan tempang, setidak-tidaknya berdasarkan keputusan kedua-dua PRK ini!

Namun bagi sesetengah pemerhati,  keadaan ini boleh berubah menjelang PRU14.  Kedudukan Amanah yang dianggap lemah dan masih terkial-kial mencari tempo, mungkin akan menjadi sebaliknya dalam tempoh dua tahun lagi.

Ini berdasarkan perkembangan semasa yang bagi sesetengah pemerhati, membuka ruang untuk Amanah menjuarai keadaan  jika pemimpin parti itu bijak mengeksploitasi situasi terutama membabitkan dua bekas pemimpin besar Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang baru dipecat daripada parti itu kelmarin.

Kata mereka, laba sedang bergolek ke kaki pemimpin Amanah.

Pada kedua-dua PRK, Tun Dr. Mahathir Mohamed turun berkempen untuk calon parti itu. Beliau sepentas bukan sahaja dengan Mat Sabu malahan juga supremo DAP, Lim Kit Siang yang dianggap godfather Amanah.

Deklarasi Rakyat yang dipelopori Mahathir, disokong kuat oleh pemimpin Amanah pada ketika ia ditentang bukan sahaja oleh Umno, bahkan juga Pas dan pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini sekali gus menunjukkan Mahathir memerlukan Amanah untuk terus menggerakkan kempen menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari kerusi Perdana Menteri.

Pas  yang kini sedang mengaplikasi konsep politik matang dan sejahtera tidak bersetuju untuk Perdana Menteri digulingkan di luar proses pilihan raya.

Meskipun Muhyiddin dan Mukhriz tidak turun berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar - asbab pemecatan mereka daripada Umno adalah membantu kempen parti lawan  - menerusi penglibatan Mahathir, mereka dianggap berada di pihak yang sama oleh pemimpin dan penyokong Amanah dan DAP.

Dan apa yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar Kedah itu, turut mendapat simpati mereka.

Muhyiddin dan Mukhriz dianggap hero yang memperjuangkan kebenaran, tetapi akhirnya disingkirkan oleh parti mereka sendiri apabila dianggap sebagai ancaman.

Jika sebelum ini, kedua-dua bekas pemimpin Umno itu dipercayai sengaja berdiam diri setelah digugurkan daripada jawatan dalam kerajaan untuk tidak dikaitkan dengan sebarang salah laku yang akan membawa hukuman lebih berat, Muhyiddin dan Mukhriz – berdasarkan kenyataan Muhyiddin semalam - tidak lagi akan terus tunduk setelah dipecat kelmarin.

Mereka mempunyai penyokong dan simpatisan yang ramai, termasuk daripada kalangan nonpartisan.

Kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz memerlukan platform. Adalah dipercayai, dalam Umno tidak akan ada mana-mana pihak yang berani memberikan mereka ruang melihat pada tindakan tegas pucuk pimpinan parti dan kerajaan terhadap pihak yang menentang. Ini termasuklah pemberhentian peruntukan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) yang jadi tapak aktiviti Mahathir selepas bersara, kelmarin.

Justeru, bagi pemerhati, inilah masa dan ruangnya untuk Amanah menyediakan platform kepada Muhyiddin dan Mukhriz dalam keadaan mereka memerlukan pentas dan crowd untuk turun memberikan penjelasan kepada rakyat akan segala hal yang berlaku ke atas diri mereka.

Sebelum ini, Pas mungkin boleh dianggap lebih sesuai berbanding Amanah untuk menyediakan ruang kepada kedua-dua bekas pemimpin besar Umno itu namun melihat pada perubahan sikap parti itu yang kini bersungguh-sungguh mahu mengamalkan budaya politik matang dan sejehatera terutama dalam hubungan dengan Umno, mungkin tidak ada lagi sudut untuk Muhyiddin dan Mukhriz mendedahkan apa-apa yang buruk mengenai Najib di pentas Pas. Lebih-lebih lagi, Pas kini dalam keadaan memerlukan sokongan Umno untuk menyokong usul RUU Akta 355 di Dewan Rakyat.

Tambahan pula, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini jadi sasaran Mahathir berhubung isu 'dedak' dan komitmen menjatuhkan Najib. Abdul Hadi membalas dan kemudian turut ditumpang semangkuk oleh Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Jika Muhyddin dan Mukhriz setuju untuk berkolaborasi dengan Amanah, ia boleh dianggap satu langkah menang-menang yang akan membawa lonjakan kekuatan bagi parti itu menghadapi PRU14.

Soalnya, adakah mereka bersedia ke arah itu, untuk naik ke pentas pembangkang secara terang-terangan dan menghentam parti yang pernah memberikan mereka ruang?

Situasi mereka tidak sama dengan Mahathir.  Mahathir sudah mencapai tahap pesara politik dan tidak ada apa lagi yang mahu dikejar dalam kariernya melainkan berjuang atas prinsip dirinya sendiri.

Muhyiddin, meskipun usianya sudah 69 tahun, sudah 40 tahun bergelumang dalam politik dan boleh dikira sesuai juga andai beliau membuat keputusan mahu bersara, sudah tentu tidak mudah baginya untuk mengakhiri karier dalam keadaan seperti sekarang. Lagi pun dalam kenyataannya semalam, Muhyiddin menyatakan beliau akan terus berjuang.

Beliau masih memerlukan platform untuk membela dirinya di hadapan rakyat, lebih-lebih lagi berkaitan skandal yang ditohmah terhadapnya oleh seorang blogger.

Soalnya bersediakah untuk Muhyiddin melafaz talak tiga sekali gus kepada Umno?

Bukan tidak pernah ada pemimpin Umno yang dipecat, akhirnya kembali setelah kepimpinan parti berpindah tangan.

Mahathir dipecat pada era Tunku Abdul Rahman dan kembali semula ke pangkuan parti pada era Tun Razak. Setelah dipecat, Mahathir menggunakan pentas Pas namun  menegaskan itu bukan bermakna beliau mahu menyertai Pas, sekadar menggunakan ruang yang diberi untuk menyatakan pendiriannya di hadapan rakyat.

Apabila beliau menggunakan pentas pembangkang kali ini, senario sudah berbeza bagi Mahathir.
Apakah Muhyiddin dan Mukhriz juga sedia untuk mengambil tindakan yang serupa?

Mampukah pemimpin Amanah memujuk mereka untuk sama-sama menggembleng tenaga menurunkan Najib?


Wajib ambil vaksin jika penyakit risiko kematian

Posted: 26 Jun 2016 04:09 AM PDT

SINAR HARIAN
Datuk Mohamad Shukri Mohamad
Shukri


KUALA LUMPUR - Penggunaan vaksin terhadap penyakit yang mempunyai risiko kematian adalah wajib, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata vaksin itu diperlukan supaya tidak memudaratkan individu itu sendiri dan  memudaratkan orang lain.

"Kalau yang menentukan hidup mati kita iaitu maknanya darurat maka hukumnya wajib ambil. Tetapi hukumnya harus kalau tidak sampai darurat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini, mengulas keengganan sesetengah ibu bapa membenarkan anak divaksin.

Mohamad Shukri berkata golongan antivaksin tidak boleh membuat andaian yang vaksin mengandungi bahan tidak suci atau bahan terlarang.

"Kementerian Kesihatan sudah membuat penyelidikan dan menyiasat bahan-bahan itu. Jadi hukum tak boleh berdasarkan persepsi. Kita kena bagi kepercayaan kepada pihak berwajib," kata beliau.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria pula berkata, penggunaan vaksin sudah diluluskan sejak dahulu lagi dengan setiap kanak-kanak perlu divaksin.

"Ia harus dan mesti mengikut undang-undang dengan syarat vaksin itu mestilah perkara yang halal.

"Tetapi sekiranya waktu itu tidak didapati vaksin yang halal, ia masih lagi bercampur benda yang haram sedangkan (vaksin) itu perlu, maka harus diambil," katanya.

Semalam Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementerian itu sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung fatwa penggunaan vaksin.

Dr Hilmi turut memberi jaminan semua vaksin adalah halal dan tidak mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi.

Sementara itu jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata setakat ini belum ada perbincangan mengenai perkara tersebut.

"Kita tunggu Kementerian Kesihatan 'consult' dengan Jakim dahulu," katanya. – Bernama

Tanpa PAS, Pakatan Harapan Bakal Kehilangan Selangor & Pulau Pinang – Tian Chua

Posted: 25 Jun 2016 05:01 PM PDT




AIDCNews – Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tanpa sokongan PAS, Pakatan Harapan bakal kehilangan pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru itu, PKR tidak akan berputus asa untuk menjadi orang tengah dalam mendamaikan hubungan PAS dan DAP, walaupun hubungan kedua-dua parti itu tegang.

Jika hubungan kedua parti itu gagal dipulihkan Kelantan juga akan jatuh ke tangan Barisan Nasional, katanya.

Beliau juga nampaknya berkeyakinan apabila menyatakan bahawa semua ketegangan pasti ada penyelesaiannya dan mengungkit bagaimana Anwar Ibrahim membina 'jambatan' antara DAP dan PAS pada 2008.

"Persoalan sekarang bukan siapa bekerjasama dengan siapa. Rakyat mahu semua pembangkang bersatu," katanya kepada China Press.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyalahkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai punca kekalahan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini kerana telah berpihak.

Azmin yang sepatutnya tidak berpihak, tetapi telah menukar pendirian menyokong calon PAN pada saat akhir dalam PRK itu.

Tuan Ibrahim berkata, PAS merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.

Katanya, PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.

Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

"Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku," kata Azmin.

Pemecatan keahlian UMNO DS Mukhriz, ADUN Ayer Hitam

Posted: 25 Jun 2016 04:51 PM PDT

Oleh Abd Ghani Bin Ahmad
 




1. PAS Kawasan Jerlun menzahirkan rasa dukacita di atas pemecatan Tan Sri Muhyiddin B Mohd Yassin dan Dato Seri Mukhriz Bin Mahathir daripada UMNO kelmarin. PAS Kawasan Jerlun tidak berhasrat untuk mencampuri hal dalaman UMNO dan menganggap pemecatan kedua-duanya merupakan masalah dalaman parti mereka.

2. Namun begitu, PAS Kawasan Jerlun cukup sedih di atas tindakan yang dikenakan hanyalah disebabkan oleh kelantangan kedua-duanya membangkitkan isu 1MDB, Derma 2.6 Billion, GST dan sebagainya akibat salahguna kuasa secara jelas oleh Dato Seri Mohd Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Kesemua isu tersebut adalah berkait secara langsung dengan kehidupan rakyat yang semakin tertekan dgn kos hidup yang semakin meningkat dan kadar inflasi semakin bertambah akibat kejatuhan nilai ringgit.

3. Dalam masa yang sama, PAS Kawasan Jerlun mengucapkan syabas dan tahniah di atas keberanian kedua-duanya menyuarakan isu-isu kepentingan rakyat dan negara agar menjadi teladan kepada para pemimpin UMNO yang lain supaya prihatin terhadap permasalahan rakyat melebihi daripada kepentingan peribadi.

4. Selaku ADUN Ayer Hitam, PAS Kawasan Jerlun mengucapkan takziah dan bersimpati di atas pemecatan Dato Seri Mukhriz Bin Mahathir serta berharap beliau bersabar, berlapang dada dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan suasana harmoni warga Ayer Hitam khususnya dan rakyat amnya.

5. Kami berharap beliau akan terus menunaikan tanggungjawab sebagai ADUN Ayer Hitam sehingga tamat penggal demi kepentingan rakyat dalam kawasan ini. Kami yakin beliau sedar dan faham kesan buruk bakal menimpanya jika berterusan menongkah arus dengan kepimpinan Perdana Menteri dan ia menjadi sebahagian daripada asam garam politik sebagaimana sejarah yang telah dilalui oleh ayahandanya Tun Dr Mahathir yang pernah dipecat daripada UMNO pada tahun 1969 lalu.

* Abd Ghani Bin Ahmad, Yang DiPertua PAS Kawasan Jerlun

Umno Pagoh teguh bersama Muhyiddin

Posted: 25 Jun 2016 04:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


Umno Pagoh dan pergerakan pemuda bahagian itu berdiri teguh di belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bekas timbalan perdana menteri itu dipecat dari parti semalam.

Ketua Penerangan Umno Pagoh Hairul Izam Abd Samat bekata mereka juga menolak keputusan majlis tertinggi parti berkenaan memecat Muhyiddin atas pertimbangan empat perkara.
  • Dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya mengikut perlembagaan parti sebaliknya majlis tertinggi dan perlembagaan disalah guna presiden manakala Muhyiddin tidak dipanggil mempertahankan tuduhan ke atasnya
  • Muhyiddin dipilih sebagai timbalan presiden dan ketua bahagian oleh ahli Umno di seluruh dunia dan keputusan MT mengkhianati anggota parti. Beliau terpaksa menggunakan pertubuhan bukan kerajaan untuk meneruskan perjuangan selepas dinafikan haknya melaksanakan tugas sebagai timbalan presiden
  • Salah laku presiden Umno didakwa Muhyiddin berdasarkan laporan berintegriti daripada agensi kerajaan seperti bekas peguam negara, gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Teguran dibuat Muhyiddin demi kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi dan tidak pernah memburuk-burukkan Umno sebaliknya memastikan parti itu kukuh
Sementara itu Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid A Rahman berkata mengutuk tindakan MT memecah Muhyiddin.

"Tindakan dilakukan itu adalah amat tidak berperlembagaan sama sekali," katanya dalam kenyataan berasingan.

Melalui sumber sahih, kata Mohd Zaid Muhyiddin tidak pernah diberi surat tunjuk sebab dan dipanggil untuk membela diri atas tuduhan yang dikenakan kepadanya.

Justeru katanya tindakan MT Umno semalam merupakan kezaliman dan jelas bersifat pembunuhan watak secara terancang.

"Tidak masuk akal jika tindakan begini boleh diterima oleh ahli-ahli marhaen seperti kami yang melihat salah guna kuasa MT sewenang-wenangnya terhadap amanah yang diberi selama ini.

"Kita sedia maklum ciri-ciri kefasikan itu adalah orang yang tidak memegang amanah. Apatah lagi kami dikaitkan secara langsung dgn Muhyiddin sebagai ketua Umno Pagoh.

"Apakah MT menyangka kami akan menerima dengan hati yang lapang atas tindakan yang tidak beretika ini? Jika seseorang timbalan presiden boleh diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi ahli marhaen seperti kami ini. Justeru apakah yang generasi muda boleh sandarkan kepada umno kini?" katanya.

Pergerakan itu juga meminta isu nasional yang menjadi keresahan rakyat wajib diselesaikan secara tuntas berlandaskan undang-undang.


Tiada ulasan: