Khamis, 23 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Azmin jamin Selangor tidak akan tumbang

Posted: 23 Jun 2016 04:03 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tidak akan tumbang dan wakil rakyat PAS tidak akan menarik diri daripada Kerajaan negeri Selangor, itu jaminan yang diberikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
 
Azmin berkata, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sudahpun memberi jaminan bertulis, bahawa parti itu menyokong kepimpinannya di negeri itu.
 
"Saya telah bertemu dengan Iskandar selepas Amanah (PAN) ditubuhkan tahun lalu.
 
"Beliau memberi saya jaminan bertulis bahawa PAS Selangor akan menyokong rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat, dan akan terus mendukung cadangan belanjawan Pakatan Rakyat dan (manifesto) Buku Jingga," katanya dipetik akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, hari ini.
 
Hubungan antara PAS Selangor dan Azmin sedikit goyang baru-baru ini selepas Timbalan Presiden PKR itu dikatakan memberi kata dua agar Exco PAS meletakkan jawatan, jika parti itu tetap ingin bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, 18 Jun lalu.
 
Namun Azmin menafikan perkara itu malah tiga Exco PAS enggan mengulas lanjut berhubung insiden berkenaan.
 
Pimpinan PAS pula memberitahu mereka memahami kedudukan Azmin yang tersepit antara parti itu dengan komitmennya bersama Pakatan Harapan.
 
Azmin diketahui terhutang budi kepada PAS selepas parti itu menyokong penuh pelantikannya sebagai menteri besar ketika krisis pelantikan pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Khalid digulingkan daripada jawatan itu oleh PKR selepas dikatakan membelakangkan parti dalam urusan pentadbiran Selangor.
 
 

Benarkah AMANAH tandus undi Melayu?

Posted: 23 Jun 2016 03:49 PM PDT

ANALISIS l Pilihanraya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah melabuhkan tirainya.
Masing- masing telah mengetahui keputusan, kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Namun, yang peliknya, PAS masih lagi menyasarkan kemarahannya kepada parti AMANAH khususnya dan Pakatan Harapan umumnya setiap hari sehingga ke hari ini.

Yang lebih menghairankan adalah, analisis-analisis pasca pilihanraya yang dikeluarkan oleh PAS
sama ada dalam bentuk rasmi atau tidak rasmi, hampir semuanya hanya berkisar tentang undi kaum Melayu.

Ia dibincangkan daripada sudut polarisasi kaum dengan menghentam parti AMANAH dan Pakatan Harapan sahaja.

Dalam senario politik Malaysia terkecuali Kelantan dan Terengganu, undi daripada masyarakat
berbilang kaum sangat mustahak untuk menjamin kemenangan bagi satu-satu kerusi yang ditandingi.

Oleh itu, analisis-analisis yang dibuat oleh PAS yang hanya membincangkan undi Melayu sahaja
membuktikan bahawa PAS telahpun berputus asa untuk menarik undi kaum selain Melayu dan
seterusnya menang di dalam perlawanan dengan Umno di masa akan datang.

Ia adalah satu pendekatan defensif dengan hanya membincangkan kekuatan asas yang ada. Ia menunjukkan PAS mula berundur dan menyudutkan diri mereka kepada politik satu kaum sahaja bukan lagi berbilang kaum dan bangsa seperti mana sebelum ini.

Analisis atas pengundi Melayu sahaja tidak ada makna untuk memenangi kerusi, tidak juga
memberikan harapan dan pelan yang jelas untuk memenangi kerusi, tetapi sekadar untuk memberitahu bahawa PAS juga ada sedikit kekuatan asas.

Sekadar kekuatan asas ini tidak cukup pun untuk memenangi PRU.

Ia juga untuk sekadar memberikan gambaran bahawa mereka "menang dalam kalah" kepada
ahli-ahli PAS yang mungkin telah mula risau tentang nasib parti mereka jika keputusan PRK baru-baru ini diterjemahkan kepada PRU14.

Pendekatan mendabik dada dengan undi satu kaum sahaja yang dilakukan oleh PAS berbeza dengan AMANAH dan Pakatan Harapan yang terus melakukan penelitian dan analisis terhadap
pelbagai faktor.

Ini kerana perjuangan AMANAH dan Pakatan Harapan meliputi keseluruhan rakyat Malaysia. Ia lebih realistik dalam usaha menjatuhkan BN.

Dalam mana-mana analisis yang dilakukan oleh pihak PAS, mereka cuba menggambarkan
bahawa AMANAH langsung tidak ada kekuatan, langsung tidak ada nilai tambah di dalam Pakatan Harapan dan langsung tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

Apa yang cuba disembunyikan oleh PAS adalah AMANAH mengatasi PAS di saluran daerah
mengundi yang majoritinya Melayu di Parlimen Sungai Besar iaitu saluran-saluran di Daerah Mengundi Pekan Sungai Besar, Kampung Baharu Nelayan dan Taman Berkat.

Dengan data di atas, dakwaan yang mengatakan AMANAH tiada kekuatan asas langsung dan
sebaliknya hanya bergantung kepada parti lain adalah jauh tersasar.

PAS juga cuba menyembunyikan realiti yang memalukan mereka dalam PRK Kuala Kangsar iaitu bagi kerusi DUN Manong yang majoritinya Melayu, AMANAH mendapat 2491 undi mengatasi PAS yang hanya mendapat 2426 undi.

Ia terus memberikan indikasi bahawa AMANAH boleh mengatasi PAS dalam beberapa keadaan sekarang dan memberikan harapan yang besar di masa akan datang.

Cubaan letakkan harga

Ada beberapa perkara menarik tentang perubahan PAS sebelum dan selepas PRK ini. Antaranya,
sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS sering mendakwa bahawa PAS boleh menang jika bersendirian.

Namun, selepas PRK baru-baru ini, menang bersendirian tidak lagi menjadi bualan pemimpin PAS, dan mula berundur dengan hanya mengatakan Pakatan Harapan memerlukan PAS untuk menang.

Sebelum ini juga PAS mendakwa Parti Amanah Negara tidak langsung menjadi ancaman sedikit
pun kepada PAS, tetapi selepas PRK, PAS berundur lagi dengan mengatakan bahawa parti AMANAH berjaya menyaingi PAS walaupun bergantung kepada sokongan DAP dan PKR.

Sebelum PRK, PAS mengatakan bahawa ia menjadi ancaman kepada BN, selepas PRK, PAS
terus berundur dengan mengatakan PAS hanya menjadi ancaman kepada PKR sahaja seperti tulisan pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP),

"Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah".

Komentar berbaur ugutan ini menunjukkan PAS langsung tidak menghormati parti yang bersama dengan PAS di dalam kerajaan negeri Selangor, bahkan cuba mengugut PKR untuk tunduk kepada semua kemahuan PAS apabila menyedari bahawa PAS tidak mampu berhadapan dengan BN secara bersendirian.
PPP sebelum PRK menyatakan PAS akan menang, namun selepas PRK PPP mengubah nada
hanya dengan mengatakan bahawa PAS ada kekuatan teras sendiri.

Yang mana difahami dengan kekuatan teras itu sahaja tidak memungkinkan kemenangan. Seolah-olah PAS mula mengakui bahawa PAS lebih memerlukan Pakatan Harapan.

Apa yang hendak saya katakan bahawa, daripada pengunduran-pengunduran di atas, menunjukkan PAS mula mengakui bahawa mereka tidak boleh bersendirian di dalam PRU14 kelak.

Cuma, disebabkan ego, mereka tidak mahu mengakuinya secara terus. Segala kecaman-kecaman di atas hanya membuktikan bahawa PAS sudah mula sedar bahawa kekuatannya tidak sekuat mana jika bersendirian.
Selain itu, serangan PAS kepada AMANAH hanyalah untuk mengalihkan perhatian terhadap
kelemahan PAS yang gagal di kerusi tradisinya.

Seterusnya ingin menunjukkan PAS masih lagi mempunyai nilai di dalam persada politik negara. Namun, orang luar melihat, PAS cuba membuat spekulasi untuk menaikkan harga diri diri sedangkan nilai sebenar mungkin tidak setara dengan harga yang ingin diletakkan tersebut.

Analisis-analisis separuh masak itu juga langkah terdesak PAS untuk meletakkan harga tinggi bagi PAS yang telah dimalukan dengan kekalahannya di kawasan tradisi PAS, sekiranya ada pihak sama ada Pakatan harapan tau BN yang ingin berunding dengannya.

PAS cuba untuk menegakkan bahawa, PAS mempunyai share undi yang tinggi di dalam kelompok selain BN. Oleh itu Pakatan Harapan memerlukan PAS kerana PAS mendakwa mempunyai kekuatan asas.
Oleh itu, dengan kekuatan asas itu, sebarang rundingan tersebut harus tunduk kepada syarat-syarat PAS walaupun mungkin tidak munasabah.

Falasi 50 peratus kekuatan PAS di Selangor

PAS selalu mendakwa bahawa merekalah menjuarai undi Melayu di negara ini.

Pernyataan ini seringkali digunakan untuk memperleceh parti-parti lain. Tapi realitinya, dalam konteks negeri Perak dan Selangor, PAS tidak mampu memenangi kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti undi Melayu 70 peratus dan ke atas.

Daripada sudut kekuatan asas PAS secara individu, sepatutnya Parlimen Sungai Besar
merupakan antara parlimen terkuat PAS di Selangor kerana mempunyai peratusan Melayu melebihi 65 peratus.

Namun begitu, PAS kalah di semua 128 saluran mengundi kepada BN termasuk di semua saluran
mengundi Melayu kecuali di Daerah Mengundi Parit 13 Sungai Nipah Saluran 2 dan Parit 1 Timur Saluran 2.

Pencapaian ini sangat jauh dengan dakwaan PAS sebelum ini bahawa PAS menjuarai undi Melayu.

Kebanyakan daerah mengundi Melayu pula, BN jauh meninggalkan PAS seperti tidak ada saingan.

Menyedari hakikat yang memalukan ini, selepas PRK, PAS mula berundur daripada dakwaan
menguasai undi Melayu kepada dengan hanya mengatakan bahawa PAS menyumbang 50 peratus daripada undi pembangkang secara keseluruhan.

PAS membuat dakwaan tersebut hanya dengan membuat generalisasi daripada keputusan PRK
Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada keluruhan kerusi-kerusi lain yang sudah tentu berbeza
demografi dan tahap pembangunannya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS. PAS telah bertanding berkali-kali
sebelum ini. Begitu juga Kuala Kangsar. Cawangannya ada berpuluh. Dan ia juga kerusi yang mempunyai peratusan Melayu antara tertinggi di Selangor.

Kita boleh simpulkan bahawa kerusi Sungai Besar adalah kerusi yang sepatutnya PAS secara individu paling kuat di Selangor tanpa bergantung dengan parti-parti lain.

AMANAH dan Pakatan Harapan pula datang sebagai pasukan pelawat.

Namun begitu, setelah keputusan PRK dikira, dengan segala kelebihan di atas, PAS hanya boleh mendapat 50 peratus undi sahaja daripada jumlah bahagian undi lawan BN.

Oleh itu, di parlimen Sungai Besar yang mana merupakan antara parlimen yang terkuat PAS secara relatifnya pun, PAS terhutang budi dengan turut menerima sumbangan 50 peratus undi Pakatan Rakyat selama ini.

Maka pada kerusi-kerusi lain sudah tentulah bahagian undi Pakatan Rakyat kepada PAS melebihi 50 peratus.

Dalam kata lain, PAS sebenarnya mungkin hanya menjadi 'minor contributor'(penyumbang kecil) dalam jumlah undi bagi kawasan tersebut.

Rumusan yang lebih tepat bagi negeri Selangor dan Perak adalah PAS menyumbangkan tidak
lebih separuh (0-50 peratus) kepada bahagian undi Pakatan Rakyat selama ini manakala Pakatan Rakyat pula menyumbang sekurangnya 50 peratus undi kepada PAS.

Kekuatan maksimum asas PAS secara individu adalah 50 peratus. Tidak lebih daripada itu.

Dakwaan bahawa PAS menyumbang 50 peratus daripada bahagian undi kepada Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan di setiap kerusi selama ini adalah falasi.

Adakah PAS akan mendapat 50 peratus bahagian undi pembangkang sekiranya turun bertanding tiga penjuru di parlimen Kepong ataupun Kapar? Sedangkan pada kerusi turun temurun yang

PAS tandingi pun, Pakatan Harapan sumbangkan lebih 50 peratus undi kepada PAS dalam keputusan PRU baru-baru ini.

Idris Ahmad pula mengatakan bahawa, "Hanya PAS yang mampu bersaing dengan Umno untuk mengalih sokongan orang Melayu kepada pembangkang.

Perlu diingat teras politik di Malaysia ialah Melayu. Majoriti kerusi ialah orang Melayu.

Realitinya, dengan pendekatan PAS kini, PAS memerlukan masa berpuluh tahun lagi untuk
mengembalikan undi bukan Melayu kepada PAS.

Manakala undi Melayu PAS pula sebenarnya telahpun tepu.

Ini kerana dalam keadaan masyarakat sangat-sangat mengenali PAS dan logonya, undi Melayu yang didapati oleh PAS tidaklah seberapa. Dan sukar untuk dibuat jangkaan bahawa undi Melayu PAS akan meningkat lagi daripada sekarang.

Undi bangsa lain apatah lagi.

Undi PAS boleh dikatakan sudah statik kalaupun tidak merosot di masa akan datang. Tanpa perubahan pendekatan PAS yang keras sekarang ini, parti-parti lain yang bersama PAS akan kehilangan undi asas mereka sendiri pula.

Sudut itu harus dicermati. Ini berbeza dengan AMANAH.

Walaupun sebagai parti baru, masih lagi dapat mengatasi PAS di beberapa daerah mengundi majoriti Melayu walaupun masih belum dikenali.

Masa yang berjalan, selaras dengan pengenalan parti, ideologi dan logo amanah, AMANAH akan terus meningkatkan undi Melayu selain mengekalkan undi daripada kaum-kaum lain di atas ketegasan pendiriannya di dalam menentang salah guna kuasa di dalam kerajaan BN.

Prinsip AMANAH yang jelas yang tidak boleh bertolak ansur dengan kezaliman akan menyebabkan golongan tertindas semakin terus menyokong AMANAH hari demi hari.

Cabaran AMANAH

Dalam tinjauan semasa PRK, didapati ramai pengundi masih ingat PAS berada di dalam Pakatan
Rakyat.

Tugas menerangkan perkara sebenar tentang kedudukan AMANAH adalah satu tugas yang
mencabar.

Ini juga antara sebab mengapa kekeliruan berlaku di kalangan pengundi yang tidak bersetuju
dengan BN.

PRK baru-baru ini adalah berita baik untuk AMANAH dan Pakatan Harapan. Kemampuan AMANAH yang boleh mengalahkan BN dan PAS dalam banyak dan beberapa daerah mengundi membuktikan bahawa parti ini sangat berpotensi.

Bagi kerusi DUN Manong pula, AMANAH mengatasi PAS.

AMANAH tidak pernah mendabik dada bahawa undi yang didapatinya adalah hanya daripada
kekuatannya sendiri.

Dan persoalan itu, tidak penting pun dalam usaha menyatukan setiap elemen-eleman anti BN.

Sumbangan sama ada kecil atau besar, ia tetap sumbangan. Ia lebih baik daripada bersikap angkuh dengan kekuatan sendiri yang tidak seberapa, yang tidak mampu pun diterjemahkan kepada kemenangan.

Tetapi untuk mengatakan bahawa AMANAH tidak ada kekuatan langsung adalah tidak masuk akal, jika

Kekuatan yang sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi besar. Asalkan ada muafakat.

Sebagai parti yang baru, AMANAH yakin akan menambahkan bahagian undinya hari demi hari
selaras dengan pengenalan nama, prinsip, rekod terhadap perjuangan rakyat dan logo parti.

Peralihan undi Cina

Adalah sukar untuk menyimpulkan bahawa undi kaum Cina telah beralih kepada BN kerana
peratusan jumlah keseluruhan undi yang didapati oleh calon BN adalah lebih rendah daripada PRU13.

Bagi DUN Sekinchan sebagai contoh, undi calon BN pada kali ini adalah 5641. Manakala undi
bagi calon yang lalu adalah 5868.

Peratusan mengundi yang kurang menyumbang kepada perkara ini.

Oleh itu, hanya dengan ini, pihak BN tidak boleh mendabik dada bahawa mereka boleh merampas Selangor dalam PRU14 nanti.


Faizal Halim Abu Bakar, adalah Pengarah Penyelidikan dan Strategi Pemuda AMANAH Melaka


Henti kaitkan PAN 'ditaja' DAP, gesa Azhar

Posted: 23 Jun 2016 03:45 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) tidak mahu lagi dikaitkan dengan isu ditaja oleh DAP selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu.
 
Bekas calon PAN di PRK Sungai Besar, Azhar Abdul Syukur tidak menolak DAP banyak membantu kempennya di kawasan itu, namun itu tidak bermakna apa yang didakwa oleh pelbagai pihak, termasuk pimpinan PAS sebagai benar berlaku.
 
"Amanah (PAN) bersama-sama DAP dan PKR. Di Sekinchan memang kawasan DAP, jadi nak masuk ke sana memang mereka yang membantu di Sekinchan. 
 
"Di kawasan Melayu pula, PKR yang membantu kami. Kita bersama, bukan DAP yang taja kami. DAP bersama Amanah (PAN) dan PKR. Orang nak sebut ditaja, itu haknya, tapi memang kita sentiasa mereka DAP dan PKR.
 
"Soal mereka membantu, itu bukan tajaan. Jika DAP bertanding di kawasan Sekinchan, saya juga akan bawa calonnya di kawasan Melayu," katanya menepis dakwaan tersebut yang mula wujud sejak PAN ditubuhkan September tahun lalu.
 
PAN ditubuhkan oleh sekelompok pimpinan PAS yang tewas pada pemilihan parti pada tahun lalu, selepas menentang kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
PAN menerima pelbagai kritikan, terutamanya dari pimpinan PAS yang menuduh parti itu sebagai agenda baru DAP untuk mengenepikan politik Islam yang dibawanya selama ini.
 
Malah PAS juga menuduh PAN akan menerima nasib 'diperkudakan' DAP sebagaimana dialaminya ketika berada di dalam Pakatan Rakyat (PR) suatu masa dahulu.
 
Ujar Azhar yang mempersoalkan apa dalil yang membuktikan bahawa PAN mendapat tajaan daripada parti yang didominasi kaum Cina itu.
 
"Saya buka pejabat PAN di Sungai Besar dengan sendirinya, di mana tajaannya? Bayar deposit pun duit kami sendiri. Apa maksud tajaan? Mereka bayar kita ke?," soal Azhar sebagai respon terhadap isu tersebut.
 
Tegas Azhar, soal PAN diperkudakan tidak pernah timbul, sebaliknya ia sebagai sebuah parti yang baru semestinya memerlukan sokongan DAP dan PKR bagi berdepan dengan situasi politik semasa.
 
Sokongan itu, ujarnya amat diperlukan ketika berdepan dengan dua PRK serentak baru-baru ini supaya ia dapat menyumbang kemenangan Pakatan Harapan (PH).
 
"Amanah (PAN) perlu bersama pembangkang yang lain. Jika bersendiri, (seperti) PAS apabila satu parti yang kuat pun kalah apabila bersendiri. Masa depan Amanah (PAN) bersama gabungan pembangkang. Jika ikut keputusan baru ini, PAN mempunyai harapan yang cerah," katanya lagi. 
 
 

Ada cubaan campur tangan siasatan SPRM

Posted: 23 Jun 2016 03:42 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengaku ada cubaan campur tangan dalam urusan siasatan badan itu terhadap kes-kes tertentu.
 
Namun Shukri menegaskan dalam sejarah perkhidmatannya dengan SPRM, beliau tidak akan sesekali membenarkan perkara sebegitu berlaku. Malah semua kes siasatan yang diselianya akan disiasat sehingga selesai.
 
"Sudah tentu ada campur tangan... ada campur tangan. Tetapi saya tidak akan benarkan campur tangan untuk menghentikan siasatan kami.
 
"Tidak pernah dalam sejarah, sejak saya mengambil alih operasi, kertas (siasatan) dihentikan ketika tengah-tengah siasatan," katanya dalam video rasmi yang dimuat naik di Youtube.
 
Walaupun beliau tidak menjelaskan jenis campur tangan itu, Shukri memberitahu apa-apa kes dibawah seliaannya tidak pernah dihentikan separuh jalan.
 
"Untuk perhatian, dari mula hingga sekarang, tiada siapa yang boleh campur tangan dalam siasatan kami, tiada siapa yang boleh mengarahkan SPRM untuk buat ini, buat itu, ... tidak ada. Siasatan adalah kuasa kita.
 
"Saya tidak akan membenarkan sesiapa untuk campur tangan, saya tidak benarkan pegawai saya menghentikan siasatan, sekali disiasat kita mesti menyelesaikan setiap kertas siasatan," katanya.
 
Walaupun Shukri mengakui bahawa suruhanjaya itu boleh meneruskan siasatan tanpa campur tangan atau arahan, namun tidak ada apa yang boleh beliau lakukan bagi menentukan sesuatu kes berkenaan di bawa ke mahkamah.
 
"Saya tidak pernah mempersoalkan keputusan sama ada untuk mendakwa ataupun tidak mendakwa.
 
"Ini bukan kuasa saya, kamu perlu faham bahawa terdapat pembahagian kuasa antara penyiasatan dan pendakwaan," katanya dalam video itu.
 
 

Laporan Azizah cabar Tun Mahathir tanding PRU diputarbelit - Fahmi Fadzil

Posted: 23 Jun 2016 03:37 PM PDT

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Laporan berita bertajuk 'Wan Azizah mencabar Tun M bertanding dalam PRU' tidak benar dan diputarbelit media, dakwa Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
 
Menurut Fahmi, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mencabar Tun Mahathir seperti yang dilaporkan tetapi hanya membetulkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Keruak berkenaan jawatan ketua pembangkang.
 
Salleh dalam laman blognya berkata Tun Mahathir perlu mengambil kedudukan dalam kepemimpinan pembangkang kerana beliau sudah melaksanakan peranan itu secara 'de facto'.
 
"DS Dr Wan Azizah tidak membuat sebarang cabaran kepada Tun Dr Mahathir untuk bertanding dalam pilihanraya, tetapi beliau hanya membetulkan kenyataan DSP Salleh bahawa seorang Ketua Pembangkang Parlimen bukanlah boleh dilantik sewenang-wenangnya tetapi mestilah dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen yang sedia ada," ujar Fahmi menerusi kenyataan medianya, petang ini.
 
Ujar Fahmi tindakan media Berita Harian memutarbelitkan kenyataan Azizah hanya memalukan Salleh sebagai seorang menteri yang tidak faham prosedur pelantikan seorang ketua pembangkang.
 
"Sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, agak memeranjatkan dan memalukan jika beliau tidak memahami prosedur tersebut, maka saya hanya boleh menggesa pegawai-pegawai beliau agar menasihati beliau mengenai perkara teknikal seperti ini sebelum mengeluarkan beliau kenyataan di masa hadapan. 
 
"Jangan hanya kerana mahu "pukul curi" dan mengadu domba di kalangan pihak pembangkang hingga fakta dan prosedur tidak dijadikan asas," ujarnya lagi.
 
Berita Harian hari ini melaporkan Azizah sebagai mencabar Tun Mahathir.
 
Azizah juga dilaporkan berkata beliau layak dilantik menjadi ketua pembangkang selepas memenangi pilihan raya.
 
"Saya bertanding pilihan raya dan menang kerana dipilih rakyat dan menjadi ketua pembangkang, jadi kamu nilai sendiri," katanya dipetik akhbar berkenaan.
 
Azizah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanifah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
 
 

SPRM kini dikuasai perasuah, kata Mahathir

Posted: 23 Jun 2016 07:55 AM PDT

Dr Mahathir Mohamad 


ULASAN Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dalam masyarakat manusia. Agama Islam melaknati mereka yang mengamal rasuah. Pendapatan mereka dari rasuah termasuk dalam pendapatan yang tidak halal. Mereka yang makan duit rasuah memakan benda yang haram.

Ada seorang yang menggelar dirinya ulama, berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Balasan hanya diterima di akhirat. Pendapat ulama ini menghalalkan rasuah di dunia, walaupun diharamkan oleh Islam dengan menjanji neraka di akhirat.

Rasuah atau korupsi atau dalam bahasa pasar, makan suap, berlaku di semua negara di dunia. Perbezaan hanya dari segi tahap amalannya. Ada negara yang ternampak seolah-olah bersih tetapi dari semasa ke semasa dilapor kes-kes perlakuan korupsi.

Di kebanyakan negara lain rasuah berlaku secara tersembunyi walaupun disyaki dan diketahui umum. Yang memberitahu dan yang menerima juga tahu akan perlakuan jenayah rasuah.

Tetapi pihak yang menjadi mangsa tidak berani bercakap atau membongkar kerana takut tidak akan dilayan langsung di masa hadapan, bukan sahaja oleh pihak yang memeras tetapi juga rakan-rakan mereka.

Tetapi ada juga negara di mana rasuah diterima sebagai amalan biasa. Tiap satu urusan memerlukan suapan rasuah sekian banyak kepada anggota-anggota yang terlibat dalam melayan permintaan.

Rasuah bukan sahaja menaikkan kos segala-galanya tetapi juga mengganggu dan melewatkan pengurusan. Negara di mana rasuah berleluasa sukar dibangunkan dan dimajukan.

Rakyat akan menderita kerana sebahagian dari kos sara hidup ditelan oleh suapan rasuah. Bisnes menghadapi keadaan kos yang tidak menentu yang merugikan. Pelabur dari dalam dan luar tidak berminat untuk melabur dan ini mengurangkan peluang pekerjaan dan menjejaskan pembangunan ekonomi.

Penggangguran yang ramai menekan turun upah pekerjaan. Kemiskinan akan menimpa ramai penduduk kerana pendapatan yang rendah dan pengganguran.

Ekonomi negara akan merosot berterusan. Sesungguhnya rasuah adalah satu musibah yang boleh menimpa bangsa yang rendah moral dan terbelenggu dengan perasaan tamak.

Makan suap
 
Di Malaysia rasuah memang pun ada sejak di zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu. Ia lebih dikenali sebagai makan suap.

British menggunakan pendekatan ini untuk menjajah negeri-negeri Melayu. Tetapi setelah menjajah, pentadbiran British mengawal rasuah di kalangan anggota pentadbiran. Tahap makan suap tidaklah terlalu tinggi sehingga menjejas pentadbiran wilayah yang dijajah mereka.

Selepas merdeka kawalan terhadap rasuah diteruskan dan tahapnya tidaklah begitu tinggi.

Lagi pun rakyat dan peniaga yang kaya tidak ramai dan kontrak kerajaan pun amat sedikit dan kecil.

Semakin kaya negara semakin besarlah jumlah permohonan lesen dan sebagainya dan juga kontrak. Dan jumlah rasuah pun meningkat. Namun demikian perasuah sedar rasuah menyalahi undang-undang dan dipandang keji oleh masyarakat.

Oleh itu disembunyinya amalan ini. Rasuah yang berlaku dilakukan di bawah meja; iaitu dirahsiakan oleh pemberi dan penerima.

Kerajaan telah menubuh Badan Pencegah Rasuah. Sedikit sebanyak adanya badan ini menghalang dan mengurangkan rasuah. Sekali-sekala tangkapan dilakukan oleh badan ini.

Tumpuan diberi kepada ahli politik dalam kerajaan. Ada juga pembesar politik yang dikenakan tindakan.

Tetapi rasuah mereka masih di bawah meja, disembunyi. Bukti yang diperolehi ialah dari cara hidup mewah yang melebihi pendapatan mereka secara ketara.

Kualiti kepimpinan

Dalam parti pemerintah timbul kepercayaan bahawa jawatan boleh membuka peluang untuk memperkaya diri. Oleh itu ramai yang mengguna sogokan untuk memenangi jawatan. Maka kualiti kepimpinan pun merosot. Yang tidak mampu menyogok kalah. Kepimpinan dikuasai oleh mereka yang tamak dan tidak lagi anggap rasuah sebagai jenayah yang hina.

Dalam keadaan inilah datang pemimpin yang percaya wang boleh menjayakan segala-galanya. Slogan yang dipercayai dan diamal ialah "Cash is King". "Cash" yang boleh berlagak sebagai "King" tentulah besar.

Inilah yang kita lihat hari ini dalam politik negara.
Wang diguna dengan luas untuk menarik sokongan rakyat. Dicipta berbagai alasan untuk memberi wang kerajaan secara percuma kepada sebilangan besar dari rakyat dengan tujuan meraih sokongan.

Tetapi wang untuk ini mestilah yang lebih besar dan membesar sepanjang masa. Kerajaan sendiri tidak miliki dana yang cukup. Apabila keperluan rasuah meningkat kepada berjuta maka punca kewangan lain mesti dicari.

Demikian, apabila rasuah diamalkan maka punca lain, sama ada halal atau tidak, tidak lagi mempengaruhi tindakan. Mungkin derma atau punca yang tidak halal dicipta.

Jika yang berkuasa tidak ada perasaan takut dituduh, diselidik dan didakwa di mahkamah maka pengawalan melalui undang-undang tidak lagi berkesan.

Rasuah di peringkat atasan menjadi begitu besar sehingga diketahui umum. Jika di peringkat atasan berleluasa, maka di peringkat bawahan juga ia berkembang dan diamal tanpa takut.

Wang segala-galanya

Sebagai negara demokratik, pilihan raya adalah cara untuk memilih wakil rakyat yang mungkin memegang jawatan tertinggi. Kata pepatah Inggeris "power corrupts". Walaupun kuasa rakyat terhad kepada pemilihan wakil, tetapi ia masih juga kuasa.

Dengan kuasa ini pun rakyat terdedah kepada rasuah. Dalam iklim "Cash is King" maka wang boleh membeli kuasa undi rakyat. Maka terlihatlah pemberian wang, beras, alatan elektrik secara terbuka kepada pengundi di mana pemilihan berlaku. Dan terdapatlah undi yang banyak kepada perasuah.

Ada pihak yang berkata terima sahaja sogokan, tetapi jangan beri undi. Tetapi sama ada undi diberi atau tidak penerimaan sogokan masih rasuah dan masih menjadi wang haram. Apabila bersumpah untuk memberi undi, wang dan barangan yang haram tetap haram. Dan besar kemungkinan wang yang diberi didapati secara haram. Maka bergandalah dosa penerimaan rasuah.

Semua yang berlaku ini tetap rasuah. Tetapi kerana Badan Pencegah Rasuah dikuasai oleh perasuah, tidak ada tindakan.
Maka semakin berleluasalah rasuah di negara tercinta ini.
Sekarang rasuah sudah naik ke atas meja.

Ia sudah jadi perkara biasa. Apabila sahaja kuasa diberi, maka rasuah tetap akan berlaku. Dalam PRU dan PRK pengundi menanti. Suapan yang terbesar menentukan siapa yang memerintah.

Ini bermakna pemerintahan yang akan didirikan hasil PRU ialah pemerintahan rasuah. Malaysia sudah disenarai sebagai di antara sepuluh buah negara yang tahap korupsi tertinggi di dunia. Inilah legasi seorang pemimpin Malaysia.


Rombakan besar-besaran SPRM, dua pegawai kanan berundur

Posted: 23 Jun 2016 07:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan digantikan tidak lama lagi dan penggantinya dipercayai adalah seorang pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara.

Sumber yang rapat dengan perkara itu membayangkan bahawa Abu Kassim diberi tekanan oleh Pejabat Perdana Menteri untuk mengosongkan jawatannya. Beliau akan meletak jawatan pada 1 Ogos.

Lebih menggemparkan lagi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull juga dikatakan akan bersara bulan depan, manakala tiga panel utama SPRM dibiarkan kosong.

Panel Penilaian Operasi (ORP) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (CCPP) kosong sejak 24 Februari lalu, manakala Jawatankuasa Khas di Pencegahan Rasuah kosong sejak bulan lalu.

ORP dikatakan banyak mengkritik keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mereka juga mahu siasatan lanjut, termasuk SPRM diberikan kuasa Bantuan Hukum Timbal Balik atau 'Mutual Legal Assistance' untuk menjalankan siasatan di luar negara.

Sementara itu, CCPP menentang langkah kontroversi memindahkan dua pegawai kanan SPRM Julai lalu - Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

Spekulasi bahawa Abu Kassim akan diberhentikan meskipun kontraknya berlangsung sehingga 2018, mula tersebar awal tahun ini.

PRU14: Tunggulah sampai 2018, kata Nazri Aziz

Posted: 23 Jun 2016 07:55 AM PDT



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Barisan Nasional (BN) belum lagi bersedia untuk pilihan raya umum (PRU), walaupun selepas menang pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lalu.

"Kami agak gembira (dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil berkembar) tetapi kita begitu selesa lagi.

"Saya tidak fikir sudah tiba masa untuk mengadakan PRU lagi. Saya rasa kita perlu menunggu untuk 2018," katanya pada sidang media majlis berbuka puasa 'Warna-warni Aidilfitri' di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sebelum ini, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya umum tahun depan jika dia adalah Perdana Menteri, berikutan kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil berkembar.

Bagaimanapun , Nazri berkata, beliau membandingkan majoriti dengan menggabungkan undi pembangkang dalam pilihan raya kecil berkembar itu.

Sebagai contoh, ujar beliau, di Sungai Besar: "Jika anda untuk membandingkan BN dengan undi gabungan kedua-dua Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PAS, majoriti (BN) hanya 2289 ".

Ia adalah prestasi lebih baik berbanding kemenangan tipis BN dengan majoriti 399 undi dalam pilihan raya umum ke-13, beliau berkata, namun, ia tidak bermakna BN 'tiba-tiba menjadi kuat".

Bagaimanapun, majoriti BN ialah 9,191 kepada AMANAH 7,609 menjadikan parti pembangkang itu di tempat kedua.

Dalam perkembangan berasingan, Nazri turut menambah, beliau bersetuju dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa jika bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mengepalai barisan pembangkang, beliau harus bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

‘Tertuduh jadi wira, SPRM jadi barua’

Posted: 23 Jun 2016 07:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kesal dengan polarisasi politik berhubung siasatan rasuah yang sering menyaksikan tertuduh dipertahankan manakala suruhanjaya itu dibidas kerana cuba menjalankan tugas.

"Di Malaysia jika kita menyiasat seorang ahli politik, keseluruhan parti akan menyokong tertuduh.

"Dan tertuduh menjadi wira, manakala SPRM pula menjadi barua," katanya dalam sebuah rakaman video di YouTube.

Katanya, orang ramai dan parti politik seharusnya menyokong SPRM dalam mana-mana siasatan rasuah kerana ia akan mengeluarkan "kanser" yang memusnahkan masyarakat dan parti politik itu sendiri.

"Apabila kita menyiasat (seseorang) individu.... Orang ramai perlu dan mesti menyokong SPRM.

"Kamu tahu mengapa? Kerana kita cuba mengeluarkannya, mengeluarkan semua ini dari parti. Jika kita mengekalkannya, ia sama seperti kanser, ia akan merosakkan parti," katanya.

Shukri bagaimanapun berkata bahawa mungkin adalah baik bagi SPRM dilabel sebagai anjing kerajaan mahupun atau alat pembangkang kerana ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar tidak berat sebelah dan melaksanakan tugas tanpa mengira sempadan politik.

Tetapi beliau menambah bahawa retorik itu tidak baik untuk Malaysia dalam usaha untuk membasmi rasuah.
Beliau berkata SPRM teruk dibidas oleh penyokong parti politik dalam beberapa kes-kes apabila mereka menyiasat Umno, PKR dan ahli-ahli politik DAP.

Dalam keadaan tertentu, katanya, penyokong mereka mengadakan demonstrasi jalanan.

Shukri berkata ini adalah antara cabaran yang dihadapi suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya untuk membawa perasuah ke muka pengadilan.

Yayasan Kepimpinan Perdana tak layak terima bantuan

Posted: 23 Jun 2016 07:51 AM PDT


 Yayasan Kepimpinan Perdana
Khairul Azwan(dua,kanan) ketika sidang media yang berlangsung hari ini.


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pemuda Umno mendesak agar kerajaan menghentikan segala bantuan termasuk kewangan dan harta tetap yang diberikan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya memandang serius tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang didakwa memperalatkan yayasan berkenaan sebagai platfom menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pemuda Umno mengecam tindakan Tun Mahathir yang memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri kerana ia amat bertentangan dengan perlembagaan dan sistem demokrasi yang diamalkan," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khairul Azwan turut memaklumkan bahawa pihaknya juga akan menghantar surat kepada Perdana Menteri pada petang ini bagi menggesa penarikan bantuan terhadap yayasan berkenaan.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 22 orang kakitangan yang bertugas di yayasan terbabit dan gaji mereka serta kos perbelanjaan-perbelanjaan lain ditanggung oleh kerajaan.

"Perkara ini juga saya akan bangkitkan kepada Majlis Tertinggi Umno bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil," katanya lagi.

Selain daripada itu, Khairul Azwan mendakwa, Mahathir turut menjadikan yayasan tersebut sebagai platform dan sumber bagi membuat gerakan serta program untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Tambahnya, desakan berkenaan dibuat memandangkan Pemuda Umno mendapati banyak tindakan Tun Mahathir yang menggunakan sumber yayasan terbabit sebelum ini.


Tak lama lagi Kedah bakal ditadbir dari hospital'

Posted: 23 Jun 2016 07:48 AM PDT



Mahfuz Omar
Mahfuz Omar


SHAH ALAM – "Tidak lama lagi, pusat pentadbiran Kerajaan Kedah akan berpangkalan di wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang (HPP), tempat di mana (Datuk Seri) Ahmad Bashah (Md Hanapiah)," demikian sindir Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mesyuarat Exco Kedah yang terpaksa diadakan di wad kecemasan hospital terbabit semalam memandangkan menteri besarnya, Ahmad Bashah masih berada dalam tahanan wad yang sedang menjalani rawatan akibat komplikasi usus.

Kata Mahfuz, beliau turut bersimpati dengan keadaan kesihatan yang menimpa Ahmad Bashah, bagaimanapun katanya, pemimpin BN itu sendiri sepatutnya perlu mendahulukan Kedah dan rakyat.

"Berapa lama lagi Ahmad Bashah perlu tinggal di hospital dan berapa lama Kedah akan ditadbir dari wad ICU Hospital Pulau Pinang? Berapa lama pula Ahmad Bashah perlu bercuti sakit atau berehat selepas keluar dari hospital?

"Ini sangat penting untuk rakyat Kedah. Bagi rakyat Kedah, mereka mahukan perjalanan kerajaan negeri dapat berjalan dengan baik dengan dipimpin oleh seorang menteri besar dari Wisma Darulaman bukan dari wad ICU hospital," katanya lagi.

Ahmad Bashah sebelum ini dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas mengadu tidak selesa ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Mergong, Kedah sebelum disahkan komplikasi usus.

Bagaimanapun, pada 6 Jun lalu, Ahmad Bashah ditukarkan ke HPP untuk proses pemantauan berterusan.

"Pegawai perubatan perlu memberikan penjelasan tentang berapa lama lagi Ahmad Bashah perlu berada di wad ICU. Apakah perlu ada pemangku Menteri Besar Kedah untuk memastikan perjalanan sebuah kerajaan yang lebih licin dan efisien?

"Saya doakan moga Ahmad Bashah cepat sembuh dan dapat segera keluar dari wad hospital menjelang hari raya Aidilfitri mengikut nasihat doktor serta banyak berdoa dan berserah diri pada ALLAH," ujarnya lagi.


Mufti: Hukum suntikan vaksin adalah harus

Posted: 23 Jun 2016 07:36 AM PDT

Dr Zulkifli Mohamad Albakri
Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri


SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan hukum suntikan vaksin sebagai harus sama ada untuk merawat penyakit ataupun bersifat pencegahan daripada dijangkiti penyakit.

Menurutnya, ia selaras dengan pendapat ramai tokoh ulama namun ia perlu menepati beberapa kriteria.

"Pertama, berlakunya keperluan yang mendesak dan kedua, testimoni telah mengatakan ia dapat memberikan kesan yang baik.

"Ketika, elakkan bahan yang bersifat najis kecuali jika dalam keadaan terpaksa dan keempat, sifat sebagai pengawalan daripada penyakit adalah telah terbukti.

"Akhir sekali, tiada kesan sampingan dan mudarat yang lebih besar berlaku kepada mereka yang disuntik dengan vaksin," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia, seorang kritikal manakala lima lagi adik-beradiknya dikuarantin di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dipercayai akibat dijangkiti bakteria difteria.

Sebelumnya pula, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria difteria di Melaka.

Dalam pada itu, Zulkifli mengajak orang ramai merujuk sesuatu isu itu dengan pakarnya.

"Marilah kita sama-sama menginsafi diri kita dengan merujuk setiap sesuatu itu kepada pakarnya.

"Jika ia berkaitan dengan soal kesihatan maka sudah tentulah yang paling berautoriti terhadapnya adalah Kementerian Kesihatan dan pakar-pakar mereka," katanya.


Ingat, parti politik bukan agama - Dr MAZA

Posted: 22 Jun 2016 08:30 PM PDT

 
 
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih popular dengan panggilan Dr MAZA, hari ini menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menjadikan parti politik sebagai sebuah agama baru.

Malah, beliau juga menasihatkan supaya tidak menjadikan parti politik sebagai sesuatu perkara untuk menentukan sah dan batalnya solat.

"Parti bukan agama. Jangan jadikan parti sebagai agama baru yang menentukan sah dan batalnya solat," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan wujudnya solat dua imam di sebuah masjid di Pulau Pinang.

Malah, ketika pilihan raya kecil di Kuala Kangsar minggu lalu, turut terdapat dakwaan wujudnya solat dengan dua imam di sebuah masjid di kawasan berkenaan.

Hal seperti ini bukan satu perkara baru di negara ini kerana ramai telah menceritakan bagaimana di sesebuah kawasan, urusan solat telah dijalankan secara berasingan, secara sengaja, mengikut kumpulan dengan mempunyai dua imam.

Keadaan ini selalunya dikaitkan dengan perbezaan fahaman politik, namun ada juga yang disebabkan oleh fahaman agama yang berbeza.

PRK: Harap Zuraida tak 'degil' macam pemimpin lain

Posted: 22 Jun 2016 08:24 PM PDT

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
 
 
SHAH ALAM – Kedegilan Pakatan Harapan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sebenarnya menjadi punca kekalahan Pas di Sungai Besar.

Tidak puas hati dengan kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin,  Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, hasil keputusan pilihan raya yang diperoleh mungkin tidak akan sama seandainya Pas ‎diberi laluan oleh PKR.

"Pakatan Harapan sangat degil untuk bertanding juga di Sungai Besar.‎

"Jika Pas dibiarkan untuk berlawan hanya dgn BN keputusan sudah tentu sahaja berbeza," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Zuraida melahirkan rasa terkilan kerana kedegilan Pas untuk bertanding pada PRK Sungai Besar menyebabkan partinya, PKR‎ kehilangan peluang untuk menawan kerusi Parlimen tersebut.

Zuraida berkata, hasil keputusan pilihan raya yang diperoleh Sabtu lalu mungkin tidak akan sama seandainya Pas memberi laluan kepada PKR meneruskan perjuangan pembangkang di Sungai‎ Besar.‎

[ARTIKEL BERKAITAN: Kalah PRK: Saya terkilan kerana Pas degil]

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata, Pas ‎sepatutnya diberi ruang bertanding  Sungai Besar kerana ia adalah kerusi tradisi bagi Pas bertanding.

Khairuddin juga berkata, tindakan PKR yang membantu Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan salah satu faktor kemenangan BN.

"Selepas ini diharap Zuraida tidak lagi berdegil seperti mana degilnya pimpinan PKR yang lain.

"Hasil kedegilan PH menunjukkan undi cina sudah mula lari kepada BN yang tentu sahaja menakutkan DAP di Sekinchan dan juga masa depan politik DAP dan PKR di seluruh negara," katanya lagi.

Pada 18 Jun lalu, negara menyaksikan calon BN bagi‎ kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid‎ memenangi PRK Parlimen itu selepas menewaskan tiga pencabar lain.‎

Manakala Parlimen Sungai Besar pula kekal milik BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan memenangi PRK itu‎.

Dalam pertembungan yang‎ melibatkan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Amanah, Azhar Ab Shukur dan calonl Pas, Dr Abdul Rani Othman‎.​

[ARTIKEL BERKAITAN: BN menang PRK Kuala Kangsar]​

[ARTIKEL​ BERKAITAN: Budiman kekal kemenangan BN di Sungai Besar]


'Tangan putus, badan ada kesan tetakan'

Posted: 22 Jun 2016 08:24 PM PDT


'Tangan putus, badan ada kesan tetakan'
Keadaan mangsa yang cedera parah akibat diserang empat lelaki bertopeng.‎


NIBONG TEBAL - Seorang pengusaha kolam ikan hampir putus pergelangan tangan dan kaki kiri selepas diserang sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Oi Kar Seng di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Goh Kim Huat, 43, dari Taman Bukit Panchor dikatakan diserang empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang selepas turun dari kenderaannya.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa pergi berjumpa dengan rakannya di kawasan Sungai Udang kira-kira jam 8 malam sebelum bergerak ke lokasi kejadian empat jam kemudian.

"Mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Iriz tiba dilokasi kejadian kira-kira jam 12.07 pagi dan sebaik dia turun dari kenderaanya dia terus diserang empat lelaki yang tidak dikenali itu.

"Akibat kejadian berkenaan, pergelangan tangan kiri mangsa putus dan kaki kirinya hampir putus akibat ditetak kumpulan terbabit selain terdapat kesan tetakan  di bahagian anggota badan lain,"katanya ketika dihubungi, di sini. 

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk mendapatkan rawatan dan dia kini dilaporkan tidak sedarkan diri.

Sementara itu, sumber berkata, siasatan awal polis mendapati kumpulan lelaki berkenaan yang terdiri daripada lima lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Suprima.

Bagaimanapun ketika kejadian hanya empat daripada mereka turun untuk menyerang mangsa dan seorang lagi menunggu di dalam kereta.

"Selepas selesai menyerang mangsa, kesemua mereka bertindak melarikan diri," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Shafee Abdul Samad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


PAS tolak mentah-mentah cadangan Kit Siang

Posted: 22 Jun 2016 08:24 PM PDT



Cadangan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk PAS hanya menumpukan kepada kerusi-kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja dalam pilihan raya umum akan datang tetapi dilihat sebagai tidak masuk akal, kata PAS.

"Cadangan itu tidak logik. Ikut suka PAS mahu bertanding. PAS bertanding itu sebab tahu asas kekuatannya jadi terpulang kepada PAS mahu bertanding dimana pun," kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad kepada Malaysiakini, hari ini.

Jikapun cadangan itu bertujuan memaksimumkan kemenangan pembangkang, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, Perak berkata, ia harus status quo dengan PAS dibenarkan bertanding di kawasan yang pernah ditandingi parti itu sebelum ini.

Mengambil contoh pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, tambah Idris, ia tidak akan menjadi satu isu jika PAS berada dalam pertandingan satu lawan satu menentang BN.

"(Jadi) PAS tidak boleh terhad kepada bertanding di negeri-negeri tertentu sahaja. Jika itu berlaku, maka orang boleh mengatakan bahawa anda (DAP) hanya berhak untuk bertanding di Pulau Pinang," katanya.

Lim dalam kenyataannya semalam berkata, keputusan pilihan raya kecil berkembar itu mencetuskan perbincangan baru untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mengkaji semula cadangan bagi PAS menumpukan perhatian kepada Kelantan , Terengganu , Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) memfokus kepada negeri-negeri lain, tertakluk kepada pelarasan dalam susunan oleh kedua-dua parti politik," ujar Lim

Remaja lari rumah maut lintas Lebuhraya Kesas

Posted: 22 Jun 2016 08:24 PM PDT

Gadis itu dilanggar sebuah kereta ketika cuba melintas Lebuhraya Kesas.


xcident


PETALING JAYA: Seorang remaja yang melarikan diri dari rumah kira-kira sebulan lalu terbunuh ketika melintas Lebuhraya Kesas semalam.

The Star Online melaporkan Chai Ying Xue, 15, dilanggar sebuah kereta ketika cuba melintas Lebuhraya Kesas dari arah Sungai Besi ke Petaling Jaya kira-kira 2.40 petang semalam.

Gadis itu terpelanting ke lorong kedua akibat impak pelanggaran sebelum dirempuh sebuah lori di lorong sama.

Ying Xue mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepalanya dan polis giat mengesan pemandu lori terbabit untuk membantu siasatan.

Tolak sentimen ‘anti-Malaya’, fokus aspirasi rakyat, kata Pengerusi DAP Sabah

Posted: 22 Jun 2016 08:16 PM PDT

IMG-20160622-WA0004


Oleh Kamsi Ahmad dan Hafiz Zainuddin


KENINGAU: Rakyat Sabah khususnya masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di sini diseru supaya tidak terpengaruh dengan dakyah parti-parti tempatan yang berada dalam gabungan United Sabah Alliance (USA) kononnya memperjuangkan nasib Sabah.

Sedangkan, tindak-tanduk sebahagian mereka selesa menggunakan sentimen 'anti-Malaya' hanya
mencerminkan pemikiran ekstrem dan tidak menguntungkan perjuangan masyarakat yang tertindas di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah.

Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt, berkata, tindakan gabungan parti-parti tempatan ini yang dilihat terlalu ghairah 'membuai' angan-angan masyarakat di pedalaman khususnya di Keningau tidak mencerminkan aspirasi rakyat Sabah yang sebenar.

IMG-20160622-WA0005


"Gabungan parti-parti di bawah USA ini dilihat sebagai terlalu ekstrem dalam sentimen malah suka 'membuai' angan-angan masyarakat di pedalaman khususnya di Keningau dengan menyatakan bahawa Keningau akan diiktiraf sebagai 'ibu negara' kepada 'negara Sabah' kelak," katanya dalam sebuah majlis di sini.

Sebaliknya Ahli Parlimen Sandakan itu berpandangan, isu utama yang perlu diberi perhatian saat ini meliputi soal kebajikan, kemudahan awam dan pembangunan.

"Adalah amat tidak relevan apabila walaupun BN telah pegang kuasa selama 50 tahun, tetapi mereka masih gagal menyediakan kemudahan air bersih ke seluruh pelusuk Sabah khususnya apa yang boleh kita lihat di DUN Bingkor ini," ujar beliau.

Keadaan ini katanya amat menyedihkan memandangkan Malaysia menyasarkan mencapai status negara maju pada tahun 2020 yang bakal menjelma empat tahun lagi.

IMG-20160622-WA0012

Beliau berucap demikian di Kampung Binaong dalam majlis perasmian penubuhan Cawangan Penaja DAP bagi Cawangan Binaong, Cawangan Toboh Laut, dan Cawangan Mukim Bunga Raya dihadiri oleh Jawatankuasa DAP Sabah, Pasukan Impian Malaysia dan penduduk kampung.

Turut memberikan ucapan ialah Pengerusi DAP Keningau Peter Saili.

Menurut beliau, DAP di kawasan pedalaman perlu memberi fokus kepada lebih banyak aktiviti dan program yang melibatkan masyarakat setempat.

Ia termasuk program pendidikan politik untuk menyebarkan idea demokrasi sosial yang merupakan ideologi DAP kepada masyarakat demi mencapai keadilan dalam ekonomi, sosial dan politik di Malaysia. –Roketkini.com


RUU Mahkamah Syariah perlu penjelasan terperinci, kata pakar Perlembagaan

Posted: 22 Jun 2016 08:01 PM PDT

 BERNAMA
 
 
Presiden Pas sepatutnya tampil ke hadapan bagi penjelasan supaya ia dapat difahami oleh semua orang.Presiden Pas sepatutnya tampil ke hadapan bagi penjelasan supaya ia dapat difahami oleh semua orang.


Rakyat perlu diberi penjelasan terperinci berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) berkaitan pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Dewan Rakyat.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata kurang penjelasan dan salah tafsiran RUU itu adalah antara faktor yang mengundang bantahan pelbagai pihak kononnya ia sebagai langkah memperkenalkan hukum hudud.

Katanya Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengemukakan usul RUU itu di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu, sepatutnya tampil ke hadapan bagi penjelasan supaya ia dapat difahami oleh semua orang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengupas buku 'Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dalam konteks Politik Malaysia' hasil tulisan Tan Sri Dr Alies Anor Abdul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Shamrahayu, yang merupakan pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menjelaskan RUU berkenaan hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud seperti yang difikirkan oleh pelbagai pihak.

Institusi pengajian Pondok perlu diperkasa untuk generasi akan datang

Posted: 22 Jun 2016 07:59 PM PDT

 BERNAMA
 
 
Keprihatinan kerajaan yang menghulurkan pelbagai bantuan dapat memperkasa institusi pengajian pengajian pondok tradisi Keprihatinan kerajaan yang menghulurkan pelbagai bantuan dapat memperkasa institusi pengajian pengajian pondok tradisi

Pondok pengajian agama Islam di seluruh negara wajar dikekalkan dan diperkasakan bagi memastikan tradisi keilmuan yang menjadi sumber kekuatan umat Islam, terus mekar untuk generasi akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keprihatinan kerajaan yang menghulurkan pelbagai bantuan dapat memperkasa institusi pengajian pengajian pondok tradisi itu.

"Seperti yang kita tahu, Islam bermula daripada institusi pondok. Ia sudah mempunyai kekuatan dan terkenal sejak dahulu lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat Madrasah Diniah Bakriah Pasir Tumboh yang asrama muslimahnya musnah dalam kebakaran pada 17 Jun lepas.

Beliau berkata Kelantan terkenal dengan sistem pengajian pondok sejak dahulu lagi dan telah melahirkan ramai tokoh ilmuan Islam.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyumbangkan RM10,000 kepada pengurusan madrasah itu bagi meringankan beban pentadbiran akibat kebakaran berkenaan.

Pasaraya Mydin dan Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) turut menderma pelbagai barangan dan pakaian bernilai lebih RM35,000 kepada madrasah berkenaan.

Pengarah Urusan Mydin Holding Sdn Bhd Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata pihaknya juga melancarkan 94 tabung bagi mengutip sumbangan orang ramai yang mahu bersedekah kepada madrasah itu.
Beliau berkata tabung itu akan diletakkan di pasar raya berkenaan selama sebulan.

Nurul Izzah dan Wan Azizah mahu Anwar diberi penjagaan penuh di hospital

Posted: 22 Jun 2016 07:57 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Anwar IbrahimAnwar IbrahimKeluarga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan penjagaan penuh Anwar di Hospital Kuala Lumpur atas faktor kesihatan yang membimbangkan.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah menerusi surat bertarikh 18 Jun 2016 berkata, pada 15 Jun lalu, Anwar dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit di bahagian belakang.

"Pada 17 Jun, pihak keluarga dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI," katanya menerusi surat rasmi beralamat ke Pejabat Perdana Menteri.

Nurul Izzah berkata, faktor dikenal pasti punca tekanan darah Anwar tidak stabil ialah pemindahan dari satu lokasi ke satu lokasi secara drastik dan wujud ketumbuhan dalam ginjalnya.

"Apa yang dipinta adalah penjagaan rapi menepati keadaan beliau yang uzur di umur menjangkau 70 tahun di hospital sepenuhnya. Malangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik.

"Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu," katanya.

Menurutnya, Anwar sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala secara optimum sementara menunggu pembedahan di bahu yang ditawarkan Georgetown University.

"Perlu diingat, semasa mula-mula ditahan, Anwar hanya alami frozen shoulder. Namun, kerana penahanan di dalam lokap tanpa katil untuk bulan pertama sebelum dipindahkan ke ruang lebih selesa, kecederaan bahu beliau semakin runcing.

"Fisioterapi yang jarang-jarang berlaku, memandangkan keengganan pihak penjara menghantar Anwar ke hospital untuk rawatan intensif (seperti 1999 hingga 2004) akhirnya menjadikan kecederaan bahu bertindan dengan sakit tulang belakang berulang.

"Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda yang bakal mencecah umur 70 tahun," katanya.

Tambahnya, selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar wajar mendapat layanan lebih baik berbanding bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.

"Besar harapan saya sekeluarga agar pihak perdana menteri mempertimbangkan Anwar dibenar dirawat di hospital sepenuhnya sehingga mendapat ruang pembedahan kelolaan Georgetown University," katanya.

Wan Azizah, Nurul Izzah dah Anwar IbrahimWan Azizah, Nurul Izzah dah Anwar Ibrahim

Manakala isterinya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar turut mengadu masih sakit bahu sehingga menyebabkannya dimasukkan ke hospital minggu lalu.

"Dia terpaksa dipantau, dan sekarang memang adalah fasa mencabar untuk beliau.

"Mana tidaknya sakit belakang pun tidak baik-baik, bagaimanapun dia masuk wad sekejap sahaja.

"Namun saya amat berharap dia cepat pulih," katanya mengulas tahap kesihatan Anwar selepas dimasukkan ke hospital minggu lalu.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Hospital Pulau Pinang lapor Sinar Harian.

Hadir sama Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.

Pakatan Harapan diminta ubah strategi berkempen pada PRU14

Posted: 22 Jun 2016 07:52 PM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Suhaizan Kaiat (kiri) dan  Hasbie MudaSuhaizan Kaiat (kiri) dan Hasbie Muda


 Serangan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi keuntungan kepada BN dan Pas.

Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat  berkata, jentera BN dan Pas sangat kurang berbalas serangan sebaliknya serangan hanya tertumpu kepada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan.

"Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas. Model PRK ini telah menguntungkan BN dan boleh memberi kemenangan berganda kepada BN dalam pilihan raya umum ke-14," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda berpandangan, undi Amanah di kawasan Melayu yang agak rendah berpunca daripada sikap Amanah yang terlalu defensif.

Beliau berkata, Amanah tidak membalas serangan Pas walaupun pelbagai cercaan dan maki-hamun dilemparkan oleh mereka.

"Amanah juga memilih untuk tidak banyak menjawab kononnya 'yang lepas itu lepaslah'," katanya.

Sikap berdiam diri ini katanya akan dilihat seperti mengiyakan tuduhan yang dibuat pihak lawan.

"Psiko politik orang Melayu berbeza dengan orang Cina. Pengundi luar bandar berbeza cara berfikir berbanding dengan di kawasan bandar. Cara fikir golongan terpelajar berbeza dengan yang berpendidikan rendah.

"Apabila anda banyak berdiam diri, ia akan dilihat mengiayakan tuduhan yang dibuat oleh pihak lawan.

"Semakin kerap label diberikan, lama-kelamaan ia akan terus melekat. Orang akan percaya suatu pembohongan yang diulang-ulang," katanya yang juga penulis buku politik.

Sehubungan itu beliau berkata, Amanah perlu mengubah strategi menjelang PRU14 dengan menggandakan penerangan kepada rakyat.

"Menghadapi PRU14, strategi perlu diubah. Penerangan perlu digandakan dengan lebih agresif," katanya.

Di Sungai Besar, BN menang dengan majoriti 9,191 undi. Calon BN Budiman Mohd Zohdi mendapat 16800 undi manakala Amanah memperoleh 7,609 undi dan Pas 6,902 undi.

Di Kuala Kangsar pula, calon BN Mastura Mohd Yazid meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54).

Pembangkang boleh hilang 13 kerusi parlimen jika pengundi Cina alih sokongan

Posted: 22 Jun 2016 07:44 PM PDT

Peralihan sokongan undi masyarakat Cina dalam pilihan raya umum akan datang - sepertimana yang dilihat dalam pilihan raya kecil (PRK) berkembar Sabtu lepas - mungkin menyaksikan kesan negatif terhadap pembangkang.

Di Sungai Besar, peralihan sokongan kira-kira 10 peratus pengundi Cina telah mengakibatkan pembangkang kehilangan sekitar 1,300 undi.

Berdasarkan simulasi Malaysiakini menggunakan keputusan pilihan raya umum 2013, peralihan yang sama sebanyak 10 peratus undi masyarakat Cina kepada BN, boleh menyebabkan pembangkang kehilangan 12 kerusi Parlimen di Semenanjung, dan satu kerusi Sabah.

Kerusi terbabit ialah Alor Setar, Bukit Gantang, Sungai Siput, Kampar, Raub, Temerloh, Sepang, Lembah Pantai, Teluk Kemang, Bukit Katil, Bakri, dan Batu Pahat di Semenanjung, dan Sandakan di Sabah.

Simulasi itu juga menunjukkan bahawa pembangkang akan kehilangan tiga kerusi di Sarawak iaitu Sarikei, Sibu dan Miri. Bagaimanapun, ini tidak mengambil kira perubahan dalam kawasan pilihan raya pengundi ekoran persempadanan semula di Sarawak.

Ia harus diperhatikan, pengundi Cina yang kembali memberi sokongan kepada BN dalam PRK apabila tidak ada kemungkinan untuk menukar kerajaan, seperti yang berlaku dalam PRK Teluk Intan pada 2014.

Dan sebagaimana yang berlaku pada peratusan keluar mengundi pada hari Sabtu lalu, pengundi luar berkemungkinan tidak pulang mengundi dalam PRK, dan oleh itu meningkatkan kemungkinan berlaku satu peralihan sokongan yang ketara.

Tetapi berdasarkan simulasi itu, malah perubahan yang lebih kecil sebanyak 5 peratus boleh menjejaskan pembangkang di enam kerusi, iaitu Bukit Gantang, Temerloh, Sepang, Teluk Kemang, Batu Pahat dan Sandakan.

Sarikei, Sibu dan Miri juga akan jatuh ke BN jika berdasarkan kepada data pra-persempadanan semula 2013.

Kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh PAS juga mungkin dalam bahaya jatuh kepada BN jika kedua-dua PAS dan AMANAH bertanding, mungkin memecahkan undi Melayu dan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Di bawah sistem sekarang, calon yang mendapat undi terbanyak akan menang, walaupun jumlah terkumpul undi untuk calon-calon lain mengatasi jumlah pemenang.

Pengeluaran sijil nikah di Terengganu diperketat

Posted: 22 Jun 2016 07:40 PM PDT

SINAR HARIAN
Pengeluaran sijil nikah di Terengganu diperketat
Gambar hiasan
 
 
KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu akan mengambil langkah untuk memperketat prosedur pengeluaran sijil nikah di negeri ini bagi mengelak berulangnya pengeluaran sijil nikah palsu.

Sambil menegaskan kerajaan negeri tidak bertolak ansur dengan jenayah pemalsuan sijil nikah, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pasangan yang mendapatkan sijil nikah palsu diminta menyerahkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan memohon dokumen sah.

"Selepas ini, kita akan lebih berhati-hati dan memastikan proses mengeluarkan sijil nikah dibuat dengan lebih teliti dan ketat. Kita mahu pastikan semua prosedur diikuti, tanpa ada unsur penipuan yang mencurigakan. 

"Ia bukan tentang sijil nikah sahaja, tetapi semua aspek termasuk permohonan mendapatkan pekerjaan di mana kita akan pastikan sijil-sijil yang dikemukakan diteliti sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyampaian baucer Dana Raya Dewan Undangan Negeri Seberang Takir di sini, hari ini.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Daftar nikah: Tiga pegawai kerajaan ditahan reman]

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sindiket pengeluaran sijil dan kad akuan nikah palsu di negeri ini yang didalangi tiga penjawat awam termasuk seorang pegawai JHEAT. - Bernama


Najib umum duit raya untuk peneroka

Posted: 22 Jun 2016 07:34 PM PDT

SINAR HARIAN
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama


PEKAN -  Sebanyak 99,046 peneroka Felda di seluruh negara menerima hadiah istimewa daripada kerajaan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan insentif duit raya sebanyak RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM49.52 juta.

Pada peringkat awalnya pemberian duit raya berkenaan hanya berjumlah RM300 seorang, namun Najib pada majlis berkenaan secara spontan bersetuju menambah RM200 lagi kepada jumlah itu selepas berbincang dengan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

"Teks ucapan saya hari ini yang telah disediakan sepatutnya umum duit raya sebanyak RM300 seorang, namun setelah saya berbincang dengan Isa, beliau berkata di Kuala Kangsar kita beri RM500 kepada Risda.

"Jadi Felda tidak boleh kalah, kira punya kira saya kata tak apalah, kita tambah lagi RM200, semoga sumbangan ini akan dapat membantu peneroka membuat persiapan hari raya dengan lebih gembira," katanya yang disambut dengan sorakan dan tepukan daripada hampir 4,000 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3, di sini hari ini.

Dalam ucapannya Najib turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menyifatkan pelbagai bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan selama ini untuk membantu rakyat seperti memberi dedak kepada haiwan.

 "Kita tolong rakyat bina sekolah, bina rumah, bina jalan bukannya bagi makan dedak. Dedak itu makanan haiwan, kalau kita beri bantuan pun, itu bermakna kita prihatin dengan keperluan rakyat. Inilah kerajaan BN (Barisan Nasional)," katanya.

Perdana Menteri turut berkongsi kegembiraan dengan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak Sabtu lepas dan dalam masa yang sama turut mengingatkan wakil rakyat BN agar tidak terbuai-buai dengan kejayaan itu.

"Jangan riak dengan kemenangan ini. Mesti sentiasa rendah diri, jangan ego, jangan 'ekk' (sombong), jangan bawa angin sebab orang kampung meluat kalau terlalu ego," katanya lagi. - Bernama

Tiada ulasan: