Ahad, 26 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Akta 355 : Bentang dan bahas dahulu baru kita tahu ....

Posted: 26 Jun 2016 03:37 PM PDT


   Kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang telah mengisytihar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan adalah satu tindakan yang melulu dan membuta tuli.

   Ini adalah kerana  RUU anggota persendirian presiden Pas, Haji Hadi Awang belum pun lagi dibentangkan untuk dibahaskan.

  Haji Hadi hanya membacakannya sahaja dan bila Pandikar Amin minta supaya dihuraikan, Hj Hadi sendiri telah meminta supaya ianya ditangguhkan ke persidangan Oktober nanti.

 Berikut adalah pandangan Datuk seri Nizar Mohamad mengenai RUU itu.

DS Nizar : Selok beluk dan pandangan daripada semua puak, kita kena dengar… Kita kena dengar pandangan daripada mahkamah syari'ah… pandangan daripada peguam-peguam Islam… persatuan-persatuan Islam … NGO-NGO ni. Jadi selagi benda itu tak dibahas, kita tidak dapat input dari mereka…

 Jadi lebih baik kita tunggu sampai perbahasan, kemudian mereka-mereka yg ada berkenaan dengan isu itu akan memberikan forum mereka... baru kita tahu, apakah pro and kont dia…

 Tapi selagi ianya satu perintah tuhan, kita kena patuhilah … kita tidak ada pilihan. 

Soalan : Datuk Seri, bagaimana dengan pandangan orang yang melihat membabi buta; diaorang komen sebelum rang undang-undang itu dibahaskan?

DS Nizar : Saya rasa itu tidak adil kepada rang undang-undang itu sendiri … selagi ianya tidak dibahaskan… kita tidak tahu hujung pangkal dia… lebih baik kita tunggu ia dibahaskan… kemudian barulah agen-agen macam Majlis Peguam Islam, Mahkamah Syari'ah, mahkamah lain-lain akan berikan pandangan mereka … baru ada keadilan…. Kalau tidak kita beri lemparan yang kadang-kadang tidak betul… Andaian yg kadang-kadang banyak terseleweng…

 Jadi biarlah .. apabila speaker kata, apabila Marang minta ia ditangguhkan, speaker setuju, maka tunggulah ia ditangguhkan… baru kita bahas.. kita bincang ya … wallahu a'lam..

NASIB DAP APABILA LAHIR DALAM POLITIK DI MALAYSIA

Posted: 26 Jun 2016 03:00 AM PDT

Pada tahun 1978, bila Kjaan Pas di Kelantan dirampas secara zalim dan tidak demokrasi, sebuah parti yg dikatakan "kafir Harbi" iaitu DAP adalah satu2nya parti yg membela Pas waktu itu. Ini diakui sendiri oleh Hadi Awang, Presiden Pas.

 Begitu juga, sewaktu peristiwa Memali yg mengorbankan Syuhadak Us Ibrahim Libya dan para pengikutnya, di Parlimen waktu itu parti "Kafir Harbi' iaitu DAP ini lantang mendesak kerajaan zalim Umno/Bn untuk melakukan Suruhanjaya Diraja Bebas dan pembentangan kertas putih bagi menyiasat tragedi yg berlaku.

 Apabila wang royalti petroleum dirampas dari Kjaan Tganu sebaik saja Pas mengambil alih kjaan Tganu, sekali lagi lantang DAP parti 'Kafir Harbi" ini mengecam tindakan zalim kerajaan Umno/Bn ke atas Kjaan Tganu di bawah Pas.

Di waktu seorang anak gadis Melayu Islam di bawah umur di Melaka dirogol sehingga melahirkan anak oleh seorang pemimpin politik, bangkit Lim Guan Eng, salah seorang pimpinan DAP "kafir harbi' ini membela nasib anak gadis Melayu Islam tersebut sehinggakan Guan Eng rela dipenjarakan. Sila rujuk beritanya  di sini

 Kita juga masih ingat, seorang gadis Melayu Islam yg berfurdah dibuang kerja kerana enggan menanggalkan furdahnya, bangkit Karpal Singh seorang peguam dan pimpinan utama dari DAP parti 'kafir harbi' ini membela nasib Muslimah tersebut.

 Di Parlimen, suatu ketika, diwaktu kerajaan Umno/Bn ingin mengadakan judi bolasepak Piala Dunia, DAP sebuah parti 'kafir harbi' sebulat suara bangun di Parlimen menentang cadangan kerajaan diwaktu itu.

 Sesungguhnya, DAP memiliki banyak sejarahnya. Pernah digelar pemimpinnya sebagai mengikut cara "Omar Abdul Aziz' sehinggalah pernah digelar juga "kafir harbi". Semua gelaran itu bergantung kpd kepentingan kita untuk menunjukkan DAP itu baik atau buruk. DAP baik ketika mereka menguntungkan kita dan DAP buruk ketika kita tidak beruntung.

 Nasib kamulah DAP ... lahir dalam politik di Malaysia. ~ Wfauzdin Ns

Jangan rendahkan sikap Mahathir!

Posted: 26 Jun 2016 12:00 AM PDT

Oleh : SUBKY LATIF

KITA mungkin tidak setuju dengan banyak tindakan Dr. Mahathir semasa dia jadi Perdana Menteri dan kita juga boleh berbeza pandangan dengannya yang hendak menggantikan PM Najib sebagai Perdana Menteri tetapi mahu mengekalkan Umno sebagai sistem pemerintahan.

 Sikapnya masa berkuasa dulu ada kelemahannya, tetapi sekarang dia menentang satu pemerintah yang paling tidak bertanggungjawab kepada semua kecuali hulubalang berjiwa Hang Tuah saja.

 Dulu Mahathir orang atas. Dia tidak nampak masalah orang bawah. Sekarang dia rakyat yang boleh ke atas dan ke bawah. Dia dapat melihat orang atas sebagai mana orang atas itu dilihat oleh orang bawah.

 Sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dia dapat semua yang dikehendakinya. Jawatan-jawatan yang berelaun puluhan ribu. Kerana dia rasa rakyat tertindas dan negara berada dijurang kehancuran, maka dia sedia tinggalkan semua yang diberi kepadanya.

 Apa yang dibuatnya sekarang sama seperti yang Tunku Abdul Rahman, sebagai bekas Perdana Menteri buat selepas tidak jadi Perdana Menteri dulu. Seolah-olah tiada yang baik yang Tun Razak dan Tun Hussein buat dulu. Tunku naik pentas PAS dalam PRK Pantai Merdeka.

 Apa Tunku buat dulu adalah satu tindakan prorakyat yang mahukan keadilan. Sekalipun dulu Mahathir tidak peka tentang keadilan, itu adalah kelemahannya dulu. Sekarang dia peka tentang keadilan yang diabaikan. Jika kelemahannya dulu tidak dikomen terbuka oleh Tun Hussein sebagai bekas PM. Itu adalah kelemahan Tun Hussein.

 Sekarang Mahathir peduli rakyat macam juga Tunku peduli rakyat. Apabila dia peduli rakyat dan negara, mungkin kita tidak suka dengan kaedah yang digunakannya dan apa dia nak jadi selepas itu, maka tidaklah wajar tindakannya itu diremahkan. Boleh dia tidak disokong tetapi jangan perleceh sikap dan tindakannya semata-mata kita geram padanya dulu.

 Kelemahannya dulu kita masukkan dalam sejarah, tetapi tidak boleh dinafikan sikapnya pada masa negara diambang keruntuhan ini dibakul sampahkan saja.

Satu teguran dan tindakannya terhadap Najib lebih berkesan dari tindakan 500 biasa yang mengecam Najib. Berjaya atau tidak Najib digugurkan hal yang lain. Serangan Tunku terhadap Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir dulupun tidak berjaya memenangkan PAS dalam PRK Pantai Merdeka. Tidak banyak juga yang Tunku dapat buat untuk menukar pimpinan masa itu.

 Tetapi jangan kata Tunku buat kerja sia-sia! Maka jangan juga kata Mahathir buat kerja sia-sia sekarang.

 Saya juga beranggapan menggantikan orang bukan menggantikan sistem seperti yang dipeloporinya sekarang. Tetapi keberanian, kesungguhannya untuk menggantikan kerajaan yang ranggi dan tidak peduli rakyat wajar dihargai. 

 Jika dia pedulikan dirinya saja sekarang, dia tidak buat kerja yang menghilangkan puluhan ribu elaun sebulan. Jika pedulikan keluarganya saja, dia tidak buat kerja yang menyebabkan anaknya terbuang dari Menteri Besar Kedah.

 Dia tahu dengan kegiatan anti Najibnya itu dia berkemungkinan tidak dipusarakan di Makam Pahlawan Masjid Negara nanti. Apa yang dibuatnya adalah sekali ganda kesannya dari apa yang pembangkang dan pengkritik Najib dapat buat selama ini.

 Tidak banyak kerugian bagi sekalian yang mengecam Najib, tetapi Mahathir rugi banyak. Selain dari hilang sebahagian pendapatan, dia dikecam dan dikutuk oleh Umno. Apa untungnya? Selain dari membela rakyat dan negara yang tertindas.

 Boleh dia tidak disokong tetapi mensia-siakan tindakannya amat tidak patut. – HARAKAHDAILY 25/6/2016

Komen al-Husseyn :

   Agak tersentak juga bila membaca tulisan Subky Latif kali ini. Nampak ada perbezaan pandangan dengan Hj Hadi yang sangat memihak dan membela PM Najib.

  Dan Subky seolah-olah menyindir seseorang pula bila dia tulis :

Jika dia pedulikan dirinya saja sekarang, dia tidak buat kerja yang menghilangkan puluhan ribu elaun sebulan. Jika pedulikan keluarganya saja, dia tidak buat kerja yang menyebabkan anaknya terbuang dari Menteri Besar Kedah.

Siapa yang makan cili, biarlah dia sendiri yang terasa pedasnya....

Sekali ombak membadai... sekali pantai berubah

Posted: 25 Jun 2016 09:00 PM PDT

Laporan 1:
26 Feb 2016 :Umno Pagoh: Tahniah 'orang' Johor pecat Muhyiddin

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed membidas naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Johor lain kerana menyokong keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.

 "Saya sedih orang Johor disuruh mempengerusikan mesyuarat untuk pecat orang Johor.

 "Tahniah Datuk Hisham dan MT orang-orang Johor... kerana terus membiarkan diri menjadi kambing hitam," katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan teks.

Mesyuarat MT Umno hari ini dipengerusikan oleh Hishammuddin, selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan mesyuarat untuk mengelakkan konflik kepentingan. Baca di sini

Laporan 2: 
27 Feb 2016 : Umno Pagoh dakwa Najib pecah belahkan pemimpin Johor

Umno Bahagian Pagoh juga menolak keputusan MT menggantung Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti itu.

 Umno bahagian itu berkata keputusan tersebut tidak mengikut saluran berperingkat seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti itu. 

 "Umno Bahagian Pagoh yang bermesyuarat pada hari ini, 27 Febuari 2016 yang dipengerusiakan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh memutuskan menolak keputusan MT menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya. 

Menurutnya, Muhyiddin menegur presiden adalah untuk memperkukuhkan parti, bukan untuk kepentingan peribadi.

"Beliau mengambil tanggungjawab mempertahankanparti dan imej negara," tambahnya. Baca di sini

Laporan 3 :
24 Jun 2016: Ismail Mohamed Ganti Muhyiddin Pangku Ketua Umno Bahagian Pagoh


  Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed secara automatik memangku jawatan Ketua Umno Bahagian Pagoh berkuat kuasa serta-merta ekoran pengumuman pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari parti, Jumaat. Baca di sini

Komen al-Husseyn :

Sekali ombak membadai... sekali pantai berubah...begitu juga hati-hati manusia... sentiasa berubah-ubah... mengikut waktu dan situasi... maka gukanlah akal agar kita sentiasa dalam kawalan yang munasabah..

Di laporkan di sini: Ahli-ahli Bahagian jawatankuasa Umno Pagoh, iaitu Ketua Cawangan Batu 6, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan Mohd Solehan Badri dan ahli jawatankuasa cawangan Datuk Abu Bakar Mohamed meletakkan jawatan untuk membantah pemecatan Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed?? Dah dapat denak ker apa?? Di laporan 1 dan 2 tu bukan main lantang menentang....

Manusia mudah berubah ... Allahumma ya Muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'ala dinik ... Ya Musyarrifal qulub ... syarrif qulubana 'ala taatik .... Amin.

UMNO Bahagian Pagoh tolak keputusan MT

Posted: 25 Jun 2016 07:30 PM PDT

PAGOH: Mesyuarat khas UMNO Bahagian Pagoh sebentar tadi menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyifatkan tindakan itu tidak mengikut prosedur perlembagaan parti.

Ketua Penerangan UMNO Pagoh, Hairul Izam Abd Samat, berkata MT dan perlembagaan UMNO juga disalah guna oleh Presiden dan mengetepikan amalan demokrasi dalam parti itu.

Katanya, selain itu Muhyiddin juga tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak awal penggantungannya sebagai Timbalan Presiden UMNO sebelum ini.

 "Tan Sri (Muhyiddin) dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh oleh ahli parti di seluruh negara dan tindakan MT ini mengkhianati ahli UMNO.

"Beliau juga tidak diberi peluang dan dinafikan hak untuk berucap serta menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden Parti hingga terpaksa menggunakan pentas pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Beliau menegur Presiden Parti adalah untuk memperkukuhkan parti bukan untuk kepentingan peribadi. Beliau mengambil tanggungjawab mempertahankan parti dan imej negara, malah, beliau tidak pernah memburukkan parti," katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Pagoh yang dipengerusikan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed, di Kompleks Seri Perkembar di sini.

Turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak; Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Senator Noriah Mahat dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Zaid Abdul Rahman.

Hairul Izam berkata, tindakan MT memecat Muhyiddin turut menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada ahli UMNO Bahagian Pagoh dan merosakkan perpaduan yang menjadi kekuatan selama ini.

 Katanya, UMNO Bahagian Pagoh akan terus berdiri teguh bersama Muhyiddin dalam perjuangannya untuk menegakkan kebenaran. ~ sumber

Kilang roti High 5 tutup....Pekerja derita nak menyambut raya....

Posted: 25 Jun 2016 06:00 PM PDT

 Sejumlah pekerja kilang roti High 5 menuntut pampasan yang mereka berhak terima, selepas diberhentikan secara tiba-tiba hanya beberapa minggu menjelang sambutan Hari Raya.

 Kira-kira 30 pekerja dari High 5 Consolidated Berhad berkumpul di luar ibu pejabatnya di Shah Alam pagi ini untuk membantah apa yang mereka dakwa pemberhentian kerja secara tidak adil.

  Wakil pekerja Mohd Rosnizam Abu Said (gambar atas) mendakwa 60 pekerja telah menerima surat dari syarikat itu pada 22 Jun, memaklumkan kepada mereka bahawa syarikat itu akan menghentikan operasi pada 23 Jun.

 Surat tanpa tarikh itu, bagaimanapun, menyatakan ia memberi mereka sebulan notis.

 Ini, dakwa Rosnizam, adalah satu pembohongan.

 "Kami mahu tahu apa yang akan berlaku kepada kami. Bagaimana dengan pampasan kami, hak kami sebagai pekerja?" kata Rosnizam kepada pemberita semasa mengadakan bantahan tersebut.

 Pemberhentian mereka dibuat tanpa dimaklumkan terlebih dahulu, katanya.

 Menurut satu laporan polis yang dibuat oleh salah seorang pekerja, mereka diberikan cek gaji setengah bulan dan juga diberitahu mereka tidak perlu melaporkan diri untuk bekerja mulai 24 Jun dan seterusnya.

 Rosnizam berkata, pekerja Melayu akan menyambut Hari Raya dengan hanya setengah bulan gaji.

 "Ini benar-benar mengecewakan," keluh Rosnizam.

 'Caruman KWSP tak dibayar'

 Mereka juga tidak menerima komisen mereka sejak dua bulan lalu, dakwa Rosnizam.

 Beliau berkata walaupun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditolak daripada gaji mereka, tetapi akaun KWSP mereka merekodkan bayaran tertunggak sejak lapan bulan lalu.

 Beliau kesal tunggakan caruman KWSP mereka telah menyebabkan pekerja menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, kerana bank enggan memberikan sebarang pinjaman kerana rekod pembayaran caruman KWSP.

 Beliau juga mendakwa ini berlaku kepada pekerja High 5 di semua 12 cawangan syarikat itu seluruh negara.

 Terdapat kira-kira seribu pekerja High 5 di seluruh negara, katanya.

 Setiausaha Agung PSM, A Sivarajan berkata beliau telah menerima aduan yang sama dari pekerja High 5 antaranya di Ipoh dan Seremban.

 Sivarajan berkata mereka telah membuat laporan polis dan bercadang untuk membuat laporan kepada Jabatan Buruh pada hari Isnin.

 Beliau menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk mengambil tindakan segera bagi pihak pekerja-pekerja berkenaan, sebelum mereka benar-benar dibiarkan oleh syarikat. ~ sumber

Komen al- Husseyn :

    Menurut sumber, roti jenama High 5 ini adalah jenama syarikat Siverbird Group Berhad yang merupakan syarikat pelaburan Tabung Haji (TH),  Felda dan Tan Sri Vincent Tan melalui Berjaya.

 TH membeli RM90 juta saham-saham di dalam Siverbird Group yang kini telah gulung tikar dan mengalami kerugian.

 Pada Februari 2012, Silver Bird, sumber mendedahkan mengenai penemuan RM112million (yang kemudian ternyata menjadi RM297 juta) ketirisan di kewangannya.

 Lembaga pengarah yang diketuai oleh Datuk Gan Khuan Poh, telah menggantung serta merta Pengarah Silver Bird ketika itu urusan kumpulan Datuk Jackson Tan, Pengarah Eksekutif Ching Siew Cheong dan Pengurus Besar akaun dan finance Lai Poh Mei. Silver Bird kemudiannya memfailkan saman sivil RM125 juta terhadap Tan, Ching dan Lai pada bulan Ogos 2012. Sila baca lagi pendedahan di sini

Tiada ulasan: