Rabu, 13 April 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Muhyiddin akui Mahathir pernah tawarkannya jawatan Perdana Menteri

Posted: 13 Apr 2016 08:12 PM PDT

Malaysia dateline

Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin YassinTan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau pernah ditawarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad agar mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri selepas BN kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.
Beliau berkata tawaran oleh Tun Mahathir itu dibuat setelah mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri tidak menunjukkan beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden Umno untuk membolehkan mengantikan Tun Abdullah.
"Saya pergi ke pejabat Najib selepas seminggu pilihanraya pada 2008 berbincang bagaimana pandangan beliau mengenai Pak Lah selepas PRU12.
"Bacaan politik saya jika Pak Lah ketika itu terus kekal dalam keadaan isu kepimpinannya, kemungkinan kita tidak mungkin dapat bertahan sehingga PRU 13 lalu setelah BN kalah teruk pada PRU12.
"Saya gesa Najib buat begitu (desak Pak Lah lepaskan jawatan) jika hal itu tidak berlaku, saya takut Umno akan kalah dalam pilihan raya.
" Bukan saya bercita-cita nak jadi timbalan perdana menteri kalau Najib naik, ketika itu saya naib presiden tidak terlintas pun.
"Sebab itu saya jumpa Najib untuk beliau berjumpa Pak Lah supaya berundur. Apa yang saya dan rakan-rakan faham, Najib ni ambil lebih masa untuk buat sesuatu keputusan 'slow' tapi `slow and steady'.
"Sehingga Tun Mahathir panggil saya kerana tidak sabar untuk menunggu jawapan Najib.
"Saya pula diminta bersedia untuk bertanding jawatan Presiden Umno kalau Najib tidak buat keputusan boleh jadi kita, kata Tun, tidak suruh Najib bertanding.
"Sebaliknya saya pula desak dia buat keputusan segera untuk ambilalih kepimpinan negara dari Pak Lah," cerita Muhyiddin ketika berucap dalam majlis Mencari Kebenaran anjuran Gabungaan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Puchong malam tadi.
Desakan untuk seorang Perdana Menteri melepaskan jawatan ujarnya lagi, bukanlah satu perkara baru dalam sejarah kepimpinan negara ini, ia telah berlaku sejak dari zaman tiga perdana menteri terdahulu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
"Peristiwa yang berlaku itu adakah ia menyebabkan tumbang kerajaan BN.
"Sewaktu mana saya terlibat secara langsung (agenda menukar pemimpin) bila Pak lah undur Najib ambil alih dia jadi PM, masih tidak mengubah kerajaan sedia ada pun.
"Kenapa hari ini bila saya mengulangi semula desakan itu untuk mendesak Najib pula berhenti kerana masalah moral dan krisis kepimpinannya, kita pula dianggap melakukan kesalahan dan menuduh menumbangkan kerajaan pula.
"Kalau di pihak pembangkang mereka memanglah nak tumbangkan kerajaan, itu biasalah.
"Kita tandatangan deklarasi untuk desak Najib berundur,untuk selamatkan negara. Jika dia berundur di pihak Umno, MT boleh buat keputusan.
"Ada orang tanya saya Tan Sri ke yang akan ganti? Takpa jika takda rezeki... takdalah rezeki, kalau Datuk Seri Zahid Hamidi pun takpa... sesiapa saja." luahnya.
Muhyiddin (tiga dari kanan) ketika hadir dalam program anjuran GKCM di Puchong malam tadi. Muhyiddin (tiga dari kanan) ketika hadir dalam program anjuran GKCM di Puchong malam tadi.
Najib turun tidak yakin rakyat kembali sokong BN
Bagaimanapun Muhyiddin meramalkan walaupun berlaku pengunduran Najib beliau tidak menyakini rakyat akan kembali menyokong kerajaan BN.
"Saya tak pasti. Kenyataan yang dibuat oleh pasukan anak muda Challenger yang diketuai Syed Saddiq misalnya menyebut  90 peratus golongan muda menentang kerajaan saya tidak suka dengar cerita itu.  Tapi inilah realiti dan malah  kajian pusat strategi di tempat lain juga menyatakan perkara yang lebih kurang sama yang telah banyak kali saya sebut.
" Dalam keadaan biasa selalunya 55-60 peratus bumiputera/ bukan bumiputera sokong BN kini sudah inggal 30 peratus.
" Kebimbangan kita bagaimana nak selamatkan keadaan ini.
"Takpalah saya jadi mangsa kalau boleh membantu membuat perubahan dan memulihkan keyakinan dan sokongan rakyat... saya tidak tahu sama ada usaha ini akan berjaya atau tidak," ujar Ahli Parlimen Pagoh ini.
Menurut Muhyiddin sama ada Najib melepaskan jawatan atau tidak terserahlah pada Presiden Umno itu.
Namun ujarnya, rakyat berhak menyuarakan pandangan, tidak boleh berdiam diri untuk terus bersuara menyelamatkan parti dan Umno berbanding berdiam diri seolah mengizinkan seorang perdana menteri menyalahgunakan kuasa yang ada padanya.
"Saya bukan lagi timbalan perdana menteri, timbalan presiden parti, hanya ahli Umno
"Saya bersuara untuk pertahankan Umno. Di kalangan Majlis Tertinggi dan  ketua bahagian Umno takanlah mereka tak tahu apa berlaku.
"Kalau mereka ambil satu pandangan betapa seriusnya keadaan yang ada pada hari ini, PM harus ambil kira jika ada desakan ini dilakukan dari dalam." ujarnya.
Malah Muhyiddin menegaskan ahli MT mempunyai kuasa dalam perhimpunan agung Umno jika sepakat untuk mendesak Najib turun.
:"Saya diberitahu mereka sudah makan dedak sebab itu tidak ada satu suara meminta PM turun. Desakan untuk PM berundur bukan kuasa pada 'presiden' tetapi kuasa itu pada majlis tertinggi, tetapi mereka tidak berani.
"Saya yakin sebahagian rakyat sedar masalah yang mereka hadapi masa kini iaitu kes 1MDB. Laporan PAC masih tidak lagi boleh dikatakan telah selesai.
"1MDB masalah besar . Jika tidak buat sesuatu akan menjejaskan parti dan negara," tegasnya dihadapan lebih 500 penyokong malam tadi.

Individu, syarikat tersenarai dalam Panama Papers perlu disiasat

Posted: 13 Apr 2016 04:21 AM PDT


charlessantiago
KLANG, 13 APRIL: Satu siasatan bebas dan terperinci perlu dilakukan ke atas individu dan syarikat dari Malaysia yang tersenarai dalam pendedahan dokumen firma guaman Mossack Fonseca atau Panama Papers, agar masalah pengelakan cukai dan pengubahan wang haram dalam negara ini dapat diatasi.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata siasatan itu penting bagi mengenal pasti setiap pihak yang mungkin menggunakan syarikat rahsia di luar negara untuk menyembunyikan kegiatan jenayah berunsur kewangan atau aktiviti tidak sah.
"Memang tidak salah untuk mana-mana pihak mempunyai syarikat di luar negara asalkan ia berdaftar, tetapi banyak syarikat rahsia luar pesisir di seluruh dunia digunakan untuk tujuan tidak sah, termasuk penipuan, pengedaran dadah dan pelarian cukai.
"Jadi, saya tidak faham bagaimana ada menteri, ahli politik dan golongan elit UMNO yang tidak sedar akan hal ini dan mengatakan siasatan ke atas individu didedahkan oleh Panama Papers tidak perlu dilakukan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, kenyataan dari pihak UMNO itu tidak wajar memandangkan Malaysia tersenarai sebagai negara yang mencatatkan purata aliran kewangan haram kelima tertinggi di dunia sepanjang dekad ini – membuktikan bahawa ia merupakan masalah besar untuk negara.
Sebelum ini, kata Charles, Global Financial Integrity (GFI) melaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004.
Malah, beliau menambah, agensi itu mendedahkan pada tahun 2013 sahaja, negara kehilangan sebanyak AS$48.25 bilion (RM187.12 bilion).
"Aliran keluar modal haram itu berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.
"Oleh itu, siasatan terperinci terhadap pendedahan Panama Papers itu penting agar kerajaan dapat mengatasi masalah aliran kewangan haram di negara ini. Kerajaan harus buktikan bahawa mereka serius dalam membendung masalah tersebut," katanya.
Charles turut menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low baru-baru ini bahawa tidak salah untuk mana-mana pihak mengelakkan cukai dengan memindahkan aset ke luar negara, asalkan pendapatan mereka bukan daripada sumber haram.
Menurutnya, terdapat 2300 nama individu dan syarikat Malaysia dalam Panama Papers, termasuk nama anak-anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Mahathir Mohamad, justeru sebarang pengelakan cukai, pelarian cukai dan pengubahan wang haram akan menjejaskan ekonomi dan pendapatan negara.
Katanya, Gabungan Tax Justice Network (TJN) menyatakan bahawa RM125.1 trilion disembunyikan di syarikat-syarikat luar pesisir dan ia cuma mengambil kira 10,000 orang.
Dengan jumlah sebanyak itu, tambah beliau, sukar dibayangkan berapa banyak sumbangan terhadap ekonomi negara dan kemudahan awam yang dapat dilaksanakan.
"Cuba kita fikir, berapa ramai rakyat susah yang dinafikan hak mereka untuk menikmati kemudahan kesihatan, makanan dan pendidikan tinggi hanya kerana pengelakan cukai oleh individu dan syarikat-syarikat tamak ini.
"Adakah adil jika semasa rakyat biasa semakin ditekan dengan pelaksanaan cukai seperti GST, golongan kaya dan elit pula dibenarkan untuk menyembunyikan kekayaan mereka di luar negara?" katanya. – Roketkini.com

Asalkan ia siaran langsung, DAP setuju debat Guan Eng-Rahman Dahlan

Posted: 13 Apr 2016 04:18 AM PDT


160413-PC Anthony Loke
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: DAP hari ini bersetuju untuk mengadakan debat tentang tanah Taman Manggis yang dikaitkan oleh Barisan Nasional dengan pembelian rumah Lim Guan Eng, dengan syarat ia disiarkan secara langsung (live) di TV3 atau TV1 pada 19 April depan.
Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, keputusan itu adalah susulan daripada cabaran yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Menteri UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mengadakan debat.
"Sebelum ini mereka (pihak Rahman) mencadangkan supaya debat berkenaan diadakan pada 23 April, tapi saya berpendapat ia terlalu lewat memandangkan Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi saya cadangkan lebih awal (19 April).
"Pada 9 April lalu Setiausaha sulit Rahman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya untuk mengadakan sesi debat berkenaan pada 19 April di TV3. Kami setuju, Asalkan ia dijalankan secara langsung, itu syarat kami," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini pagi ini.
Bagaimanapun, menurut Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban, jika TV3 tidak bersedia untuk menyiarkan debat berkenaan secara langsung, pihaknya akan kembali kepada tawaran yang diberikan TV1 sebelum ini.
Beliau menambah, TV1 bersedia untuk menyiarkan debat berkenaan secara langsung di studio RTM pada tarikh yang sama.
"Kami telah bersedia untuk 19 April nanti. Ia mestilah selepas slot Buletin Utama dan harus disiarkan secara langsung.
"Setakat ini, tiada respons daripada TV3. Saya sudah cuba untuk menghubungi pegawai Rahman tetapi mereka ke luar negara.
"Satu-satunya yang tidak kami bincangkan lagi adalah mengenai format debat berkenaan dan siapa akan menjadi moderator," katanya, menambah ia haruslah dijalankan selama satu jam atau lebih.
Malah, menurutnya, DAP juga tidak akan membantah jika debat secara langsung itu diadakan tanpa penonton di dalam studio.
Dalam pada itu, Anthony turut menasihati Rahman supaya tidak menggunakan saranan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar debat berkenaan dibatalkan sebagai alasan untuk lari daripada perbahasan tersebut.
"Kami cukup bersedia. Guan Eng sendiri juga sudah bersedia untuk debat berkenaan. Beliau telah menyenaraikan 15 soalan untuk dijawab Rahman," katanya.
Kesediaan DAP memberi soalan awal membuktikan parti itu tidak ada apa untuk diselindungkan, malah memberi peluang kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu untuk menyediakan jawapan beliau. – Roketkini.com

SERANGAN MAKIN BERTALU-TALU, TAKKAN PANGLIMA PERANG ISLAM DAN PAHLAWAN BUGIS DIAM LAGI?

Posted: 13 Apr 2016 04:13 AM PDT


Rasanya sudah ramai yang membaca kenyataan Muhyiddin Yassin berhubung Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen. Tidak disangkal lagi bahawa kenyataan Muhyiddin itu penuh fakta, menyeluruh dan lebih penting, apa yang pernah disebutnya sebelum ini, bak ungkapan kata sebuah lirik lagu - semuanya benar belaka.

Bermakna, sebelum pun PAC menyiapkan laporannya, perkara-perkara yang diputuskan itu telah lama disebut dan diperingatkan oleh Muhyiddin.

Isu kehilangan wang, peranan Lembaga Penasihat, kedudukan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat, perletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah dan beberapa perkara lain yang disebut oleh PAC adalah senada dengan pendirian Muhyiddin yang menyebabkan Najib kurang senang terhadapnya dan kemudian memecatnya daripada kerajaan.
Muhyiddin bukan saja membangkitkan soal kecurian wang dalam 1MDB, tetapi juga melihat syarikat itu sebagai skim untuk menipu.

Selepas kenyataan Muhyiddin itu, Tun Mahathir Mohamad pula menulis dalam blognya dengan memberi tumpuan kepada kehilangan wang yang dibayar oleh 1MDB kepada sebuah syarikat yang dipercayai palsu, Aabar Investment PJS Ltd yang didaftarkan di British Virgin Island.
Tun Mahathir juga menyenaraikan beberapa jawapan 1MDB sebelum ini yang disifatkannya tidak boleh dipercayai dan tidak disokong oleh dokumen apa-apa.

Secara khususnya, kemelut 1MDB ini bukan saja tentang hutangnya yang berjumlah RM50 bilion tetapi juga berkaitan beberapa siri kehilangan wang yang jika dikumpulkan berjumlah RM7 bilion atau RM7,000 juta semuanya.

Benar juga seperti yang disebut Muhyiddin, pencuri ayam kena dakwa, inikan pula bilion-bilion ringgit.
Akhirnya, Bung Mokhtar Radin, Timbalan Pengerusi BNBBC yang dikenali sebagai pro Najib juga tidak dapat menahan dirinya daripada turut mahukan isu kehilangan wang, khasnya yang melibatkan Aabar Investment PJS Ltd itu disiasat dan dikenalpasti.

Nampaknya semakin ramai yang tampil bersuara, manakala yang sudah sedia bersuara pula semakin lantang nadanya. 1MDB sudah mula menjadi "bangkai yang baunya mula memenuhi serata alam."

Di mana suara Najib sebagai Pahlawan Bugis dan panglima perang Islam yang dibangga-banggakan itu?
Kenapa masih diam dan semakin tidak kedengaran bercakap mengenai kemelut 1MDB serta tidak berani menjawab hujah-hujah yang ditampilkan oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin? (SH 13/04/2016).

JAWAPAN 1MDB TAK BOLEH DIPERCAYAI – TUN M

Posted: 13 Apr 2016 04:08 AM PDT

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA] Anak muda mahukan perubahan tetapi tolak Deklarasi dikepalai Mahathir

Posted: 13 Apr 2016 04:07 AM PDT



telah disebut banyak kali dan sudah beberapa kali terbukti. Sabtul lepas sekali lagi membuktikan anak muda mahukan perubahan tetapi menolak pakatan yang dikepalai Mahathir. Sabtu lalu Program  anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai 'Anak Muda Selamatkan Malaysia' gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Program ini difahamkan diterajui Dr.Afif, sekutu kuat Azmin Ali.


Dalam perkembangan yang lain pula Mahathir dalam temuramahnya dengan sebuah media Australia dia dengan tegas menyatakan bahawa Anwar mempunyai masalah moral. 

Apakah komen semua penjilat Mahathir dalam perkembangan ini. Mahathir dalam keadaan dia yakin mula boleh menyingkirkan Najib kononya dengan bantuan pembangkang namun dia tetap memperkukuhkan persedian untuk kembali kepada Umno sebaik sahaja Najib jatuh untuk memastikan Umno tetap menang dan pembangkang dihalang dari memenangi PRU akan datang.

Kerana itu Mahathir bijak dia hanya berkongsi khalayak pembangkang dengan pembangkang mendengar masejnya sebaliknya tidak membenarkan masej pimpinan pembangkang sampai ke telinga orang Umno. Yang orang Umno perlu tahu cuma Najib perlu dijatuhkan dan jika Najib jatuh imej Umno akan pulih sebab Mahathir gambarkan pembangkang sudah diperdaya hanya fokuskan kepada Najib semata - mata.

Ini bukan temuramahnya yang pertama dengan media Mahathir tanpa berselindung tidak langsung menyatakan rasa bersalahnya kepada Anwar dan negara kerana pemecatan Anwar yang mempertahankan wang negara dai digunakan untuk membail out anak Mahathir ketika krisis kewangan 1997 - 1999.

video

Video temuramah dengan media Indonesia baru baru ini jelas Mahathir menipu dengan menyatakan Anwar menulis surat menyokong dia. Bila di tanya sikapnya terhadap Anwar dia menegaskan Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah dan semua harus menghormati sistem yang ada dalam negara. Inilah sikap munafiq Mahathir apabila dia untung dia akan kata sistem negara baik dan apabila dia tak untung dia akan kata semua rosak dan perlu dijatuhkan.

che'GuBard sendiri sudah berdepan dengan Mahathir dalam dialog bagi bincangkan dkelarasi Mahathir dan ternyata Mahathir gagal menjawab soalan malah lari balik awal meninggalkan Ambiga dan Maria untuk menjawab setelah diasak dengan soalan - soalan yang jelas tidak menyokong dia. Klik untuk baca lanjut http://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html 



DR ZAKIR SEPERTI ANWAR IBRAHIM TINGKAT DIALOG ANTARA AGAMA – KEADILAN

Posted: 13 Apr 2016 03:30 AM PDT

‘IPIC AKUI TIDAK TERIMA WANG 1MDB: JABATAN AUDIT NEGARA DITIPU?’

Posted: 13 Apr 2016 03:20 AM PDT

Tiada ulasan: