Khamis, 7 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] MP Pakatan Harapan Berarak Serah Memo Bantah Penahanan Rafizi

Posted: 06 Apr 2016 11:41 PM PDT

Memorandum bantahan penahan Rafizi diserahkan ke Bukit Aman pagi ini

Lebih 40 Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan dan Pas berarak menuju ke Bukit Aman dari perkarangan Parlimen pagi ini, lap[or Malaysia Dateline.

Solidariti penahanan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh Ahli Parlimen pembangkang bermula jam 9.10 pagi ini dengan laungan "Bebas Rafizi", "Daulat Parlimen" dan "Undur Najib" mengiringi perarakan sejauh dua kilometer ke Bukit Aman.


Perarakan itu diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Antara yang turut serta adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin serta beberapa lagi ahli parlimen lain.

Ahli Parlimen Pas yang turut hadir ialah Datuk Mahfuz Omar, Datuk Nik Mazlan Nik Mohamad, Ahmad Baihaqi Atiqullah dan Siti Zailah. Mereka adalah dari kalangan "harum manis" yang masih berada di dalam PAS.

Manakala ahli parlimen Pas yang lain ketika ini dikatakan masih berada di Sarawak memandangkan semalam pengiystiharan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak sekaligus mempengaruhi MP dari Pas yang turut serta pagi ini.

Selain Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Pas, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datuk Zaid Ibrahim dan NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut kelihatan menghantar wakil mereka, Nashita Md Nor.

Kumpulan perarakan dikalangan Ahli Parlimen, ikon rebel Umno dan aktivis tiba di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 9.25 pagi ini.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul telah menyerahkan memorandum kepada DSP Rizal Abdul Rahman mewakili Bukit Aman yang menerima penyerahan memorandum itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana menerima penyerahan memorandum sebentar tadi.

Walau bagaimanapun seorang pegawai polis memaklumkan kumpulan perarakan itu menyalahi undang-undang.

MP Pakatan Harapan Berarak Ke Bukit Aman Pagi Ini

Posted: 06 Apr 2016 06:09 PM PDT

Penahanan Rafizi: MP Pakatan Harapan hantar memorandum ke Bukit Aman esok

Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan berarak dari bangunan Parlimen ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 9 pagi esok bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung penahanan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang didakwa mencabuli institusi parlimen.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai perarakan esok bagi bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.


"Ketua-ketua whip parti DAP, PKR dan Amanah telah bersetuju untuk berkumpul di hadapan bangunan parlimen dan berarak ke Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum membantah penahanan Rafizi.

"Penahanan Rafizi di depan bangunan parlimen adalah tindakan mencabuli institusi parlimen kerana itu adalah satu usul yang diluluskan dalam parlimen sendiri," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Rafizi diitahan polis di luar pintu pagar parlimen kira-kira jam 6.15 petang semalam.

Khalid mengesahkan pemimpin PKR itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi(OSA).

Anthony juga berkata, ahli parlimen BN dan Pas juga akan dijemput bagi menyertai perarakan ini.

"Kita juga menjemput ahli parlimen BN kerana ni bukan soal Rafizi semata-mata tapi ini berkenaan institusi parlimen.

"Jemputan ini juga akan dilanjutkan kepada ahli parlimen Pas," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menegaskan Rafizi bukan seorang penjenayah sebaliknya wakil yang dipilih rakyat.

"Tindakan segera harus kita lakukan untuk memberi isyarat kepada IGP bahawa parlimen adalah institusi rakyat yang paling tinggi mewakili rakyat Malaysia.

"Wakil-wakil rakyat mesti dilayan seperti yang termaktub dalam undang-undang. Apa juga tindakan yang hendak dilakukan oleh IGP harus mengikut undang-undang. "

Ahli-ahli parlimen bukan penjenayah dan berapa kali kita katakan kalau ada apa-apa yang perlu dari kita semua nombor telefon ada pada pihak polis malah mereka boleh hubungi parlimen untuk kita laporkan diri dan memaklumkan kepada mereka bila kita boleh datang dan memberikan apa yang diperlukan," katanya.

 Ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli dari parti Amanah pula berkata, tindakan polis itu seolah-olah untuk menunjukkan mereka sangat berkuasa.

"Tindakan polis ini seolah-olah menunjuk kuasa, depan parlimen pun boleh tangkap. Kalau dia melaksanakan arahan itu di depan rumah kita dia memang berniat menunjukkan kuasa," katanya. 

Dalam pada itu, Rafizi ditahan reman selama tiga hari berhubung pendedahan dokumen sulit yang didakwa mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). -Malaysia Dateline

Tiada ulasan: