Selasa, 5 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Pelajar Dikatakan Dari Malaysia Dilaporkan Jatuh Semasa Sesi Penggambaran

Posted: 05 Apr 2016 01:01 AM PDT

Sekumpulan pelajar di Baghdad jatuh tangga pada sesi bergambar selepas graduasi

Dikatakan sekumpulan pelajar Malaysia dari Kulliyyah Farmasi, Universiti Baghdad dilaporkan terjatuh dari tangga yang membariskan mereka secara bertingkat untuk sesi bergambar, dipercayai runtuh secara tiba-tiba menyebabkan semua pelajar jatuh terhempap antara satu sama lain.



Video yang memaparkan trajedi yang tidak disangka berlaku itu menunjukan sekumpulan pelajar sedang berdiri di atas beberapa tingkat anak tangga setinggi satu tingkat bangunan dan secara tiba-tiba anak tangga itu runtuh.

Video itu telah menjadi viral dan disiarkan oleh beberapa agensi berita antarabangsa termasuk Dailymail dan Russia Times (RT).

Ia kemudian dimuat naik oleh Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Lokman Noor Adam beberapa minit lalu di laman twitternya.

Beliau menyebut:" Berita awal yang kami terima, sewaktu sesi bergambar pelajar Malaysia yang bergraduasi di Mesir, tiba-tiba anak tangganya runtuh. Mudah-mudahan semua selamat," ujarnya lapor Malaysia Dateline.

Lokman Adam juga berkata kini masih dalam proses verifikasi dan mengharapkan semua pihak dan ahli keluarga pelajar yang terbabit bertenang.

Namun setelah GB membuat semakan di beberapa buah portal berita antarabangsa menyatakan kejadian itu berlaku di Baghdad beberapa hari lepas iaitu pada 30 Mac 2016) yang membabitkan pelajar kuliah farmasi, tetapi tidak disebut pelajar dari negara mana. Tiada kecederaan serius disebabkan runtuhan tangga berkenaan yang dibuat untuk sesi fotografi pelajar selepas graduasi.

[TERKINI] Hanipa Selamat Dibedah, Kini Berehat Di ICU

Posted: 04 Apr 2016 09:25 PM PDT

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin telah selamat menjalani pembedahan sekitam jam 12.50 pagi tadi dan dipindahkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) selama sehari untuk beliau berehat.

Hanipa rebah dan pengsan di Dewan Rakyat petang semalam dan telah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.


Terdahulu, Pengerusi Biro Undang-undang & Guaman Parti Amanah Negara (KANUN) itu telah dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.

"YB Sepang, Hanipa Maidin dikejar ke IJN sebentar tadi. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan segera sembuh," kata Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan seperti tersebar di aplikasi WhatsApp sejak lewat petang semalam.

Sementara itu, Pegawai Parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110.

Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik foto insiden berkenaan di laman sosial Twitter beliau.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, timbalannya, Salahuddin Ayub, beberapa orang ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan sahabat handai turut berada di HKL bagi menziarahi Hanipa dan menunggu di bilik tetamu.

Selain dari aktif berbahas di parlimen, Hanipa sebelum ini telah bekerja keras untuk mewujudkan akhbar AMANAH dan menjadikan pejabatnya sebagai bilik operasi sehingga akhbar itu telah berjaya memperolehi permitnya dari KDN beberapa minggu lalu. Akhbar sulung AMANAH telah berada di pasaran sejak Jumaat lepas.

Mohamed Hanipa adalah Ahli Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket Pas sebelum menyertai Parti Amanah Negara tahun lalu.










Tiada ulasan: