Ahad, 3 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO 1] Mansuh GST - Berarak Dari Sogo Ke Dataran Merdeka

Posted: 02 Apr 2016 11:40 PM PDT

Pelbagai pihak bantah GST bergerak menuju ke Dataran Merdeka

Tapak perhimpunan Mansuh GST yang berlangsung di ibu kota hari ini mula dipenuhi dengan peserta perhimpunan yang datang dari pelbagai parti politik dan NGO, lapor Malaysia Dateline.

Mereka mula bergerak dari empat tempat perkumpulan utama iaitu Masjid Jamek Kampung Baru yang dipimpin oleh pasukan Amanah, Jalan Sultan yang dipimpin oleh DAP dan Pasar Seni atau Central Market oleh PKR dan Kompleks Sogo oleh pelbagai NGO.


Pasukan dari Jalan Sultan yang dipimpin oleh DAP mula bergerak dari sana jam 2.18 petang menuju ke Dataran Merdeka dengan didahului oleh kenderaan pacuan empat roda.

Sebelum bergerak mereka membuat pelbagai ucapan yang mengutuk GST di samping mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berundur.

Ia selaras dengan kempen Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir.

Pasukan Amanah dari Kampung Baru pula bertolak kira-kira jam 2.10 petang. Mereka mula tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang ketika cuaca sangat panas di ibu kota kesan dari fenomena El Nino.

Amal Relief atau ringkasnya ARiF, sebuah pertubuhan NGO di bawah AMANAH yang bertugas untuk mengawal keselamatan telah buat pertama kalinya mengenakan vest berwarna oren yang telah dilancarkan oleh Presiden Parti Amanah Negara, Hj Mohamad Sabu beberapa hari lalu. Lebih kurang 250 orang peserta ARiF bertugas di perhimpunan Mansuh GST hari ini.


Turut serta bersama di dalam perarakan Mansuh GST hari iniu adalah anak muda dan warga emas yang membantah GST yang didakwa menjadi punci kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Jebonesta dan kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) turut menyertai perhimpunan Mansuh GST petang ini.

OKU dari Batu Pahat, pemuzik jalanan bercampur baur di Komplek Sogo ketika pasukan pimpinan Amanah dari Kampung Baru sampai ke situ.

Setiba di Datan Merdeka beberapa orang pimpinan Pakatan Harapan telah menyampaikan ucapannya. Video ucapan-ucapan ini akan menyusul nanti. Untuk entri ini dipaparkan video kumpulan-kumpulan yang berarak dari pelbagai tempat bertemu di Sogo untuk terus ke Dataran Merdeka. Saksikan:-

Tiada ulasan: