Ahad, 24 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Rafizi: Dihalang Masuk Sabah, BN Takut Dengan Kita...

Posted: 24 Apr 2016 12:30 AM PDT

Sabah pula halang Rafizi masuk

Selepas dihalang memasuki Sarawak sejak 2013, Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut dihalang memasuki Sabah semalam.

"Saya kena gam dari masuk Sabah, Sarawak dah lama gam, sekarang Sabah pula. Lain kali saya sampai Labuan je lah ha3 ambil bot ke Menumbok," kata Ahli Parlimen Pandan itu menerusi twitternya, FreemalaysiaToday dipetik.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan mengapa kini Sabah turut menghalangnya memasuki negeri berkenaan.


"Saya dah lama kena ban dari Sarawak sejak 2013 lagi. Tapi kenapa Sabah pula nak ban saya? Kesian orang-orang kampung yang dah prepare (sediakan) dan keluar duit.

Namun menurut Rafizi, "yang bagusnya ia bermakna mereka (BN) takut dengan kita," di dalam satu video ringkas yang dikeluarkannya sejurus selepas beliau dihalang memasuki Sabah.

"Saya akan buat video ceramah khas kepada sahabat-sahabat di Beaufort untuk ceramah malam esok. Ceramah tetap diteruskan. Saya akan photoshop nampak kurus," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pelajar Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fahmi Zainol yang bersama-sama dengan Rafizi dalam penerbangan ke Sabah memaklumkan Ahli Parlimen Pandan itu ditahan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

"Saya, (ADUN Klias) Datuk Seri Lajim Ukin, (Ahli Parlimen Penampang) Darrel Leiking, (Pengerusi NOW) Akmal Nasir sedang menunggu. Patutlah kena tahan pun, esok (Datuk Seri) Najib Razak datang Sabah," katanya di Facebook.

Mengikut notis yang ditandatangani Timbalan Pengarah Imigresen Sabah, Datu Karno Omar, tindakan terhadap Rafizi dibuat mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 di mana kerajaan negeri mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepada Rafizi.

Ia berbunyi: "Notis ini dikeluarkan kepada tuan untuk memaklumkan bahawa menurut Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63, Pihak Berkuasa Negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada tuan untuk memasuki Negeri Sabah dan pas tersebut adalah diperlukan untuk tuan memasuki Negeri ini selaras dengan kehendak seksyen 66 akta yang sama.

Rupa-rupanya Syarikat Senjatapi Itu Milik Anak Dan Ipar KPN...

Posted: 23 Apr 2016 06:23 PM PDT

MyWatch: SPRM mesti siasat firma senjatapi anak IGP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada syarikat senjatapi milik keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai sebarang kontrak dengan kerajaan.

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Seri R Sri Sanjeevan berkata, jika ada, maka ia berlaku konflik kepentingan.


Beliau memberitahu Malaysiakini demikian sebagai mengulas artikel Sarawak Report, yang mendakwa anak perempuan Khalid,Juwiza Khalid dan iparnya Mohd Isa Hussin adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).

Sanjeevan, bagaimanapun, berpendapat orang awam tidak harus dilarang daripada menjalankan perniagaan hanya semata-mata kerana dia adalah anak perempuan IGP.

Apabila dinyatakan bahawa IGP adalah orang yang akhirnya menandatangani sesuatu permit senjata, Sanjeevan bagaimanapun tidak bersetuju, dan berkata beliau percaya menteri dalam negeri yang berbuat demikian.

"Banyak permit senjata api telah dikeluarkan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP," katanya.

Sanjeevan menyebut tentang ketua kongsi gelap Ah Hai, yang dikaitkan dengan serangan bom tangan di Bukit Bintang pada 2014, dengan mendakwa bahawa senjata api lelaki itu diluluskan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP.

Bagaimanapun, laman web Polis Diraja Malaysia menyatakan permohonan untuk senjata api mesti diluluskan oleh ketua polis daerah, sebelum ia dikemukakan kepada ketua polis negeri dan kemudian diserahkan kepada ibu pejabat polis Bukit Aman untuk kelulusan IGP.

Polis kaji laporan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Rahim berkata, sesiapa sahaja di negara ini mempunyai peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan selagi ia mengikut undang-undang negara.

"Apa yang lebih penting ialah sebarang kerja atau perniagaan mesti mengikut undang-undang.

"Anak sesiapa sahaja mempunyai hak dan peluang yang adil, dan mereka juga perlu mematuhi undang-undang," beliau dipetik oleh New Straits Times sebagai berkata.

Ditanya sama ada polis akan menyiasat Sarawak Report berhubung artikel tersebut, Noor Rashid berkata polis akan meneliti kandungan artikel itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan tindakan. -mk

ULASAN GB

Terbongkar akhirnya. Rupa-rupanya pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA) ialah anak perempuan dan juga ipar KPN.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Anda mengarahkan anggota bawahan anda menysiasat sianu dan sipolan terhadap kes-kes yang remeh yang kebanyakannya berkaitan politik belaka. Sekarang rupa-rupanya di belakang anda ada sebuah syarikat senjatapi milik anak dan ipar anda. Sesuatu itu dapat ditutup sementara tetapi tidak untuk selama-lamanya.

Siasatan perlu dilakukan apakah syarikat berkenaan mempunyai sebarang kontrak dengan kerajaan. Kepada siapa senjatapi ini dijual jika bukan kepada kerajaan? Takkan pula gangster-gangster yang berpistol selama ini mendapat bekalan dari syarikat berkenaan? Wallahu alam. Kita tidak menuduh, tetapi siasatan wajar dilakukan.

Dahulu, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) waktu itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendapat projek bernilai RM6 hingga RM7 juta kerana membekalkan uniform dan cendermata kepada SPRM sendiri.

Tetapi tiada sebarang tindakan diambil kkecuali dengar-dengar Ahmad Said Hamdan dipencenkan dan diganti orang lain.

Sekarang rakyat mahu lihat apa kesudahannya pula terhadap kes syarikat anak dan ipar KPN ini. Apakah SPRM mahu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Khalid Abu Bakar?

Tiada ulasan: