Sabtu, 16 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Yakin BN Menang Besar, Tak Yakin Parti Sendiri

Posted: 16 Apr 2016 12:47 AM PDT

BN bakal menang besar di PRN-11 Sarawak - PAS

KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati Barisan Nasional (BN) bakal memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRN-11) Sarawak yang dijadualkan 7 Mei depan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata kemenangan itu didorong oleh faktor Tan Sri Adenan Satem yang berjaya menunjukkan teladan kepemimpinan yang baik selepas dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak.



"Rata-rata rakyat Sarawak dilihat menyenangi kepemimpinan Adenan termasuk pengundi Cina," katanya kepada BH hari ini.

Beliau diminta mengulas peluang PAS pada PRN-11 Sarawak yang ditetapkan pada 7 Mei untuk hari pengundian, manakala 25 April sebagai hari penamaan calon.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, bagaimanapun PAS mempunyai peluang lebih baik berbanding PRN Sarawak sebelum ini terutama di kawasan berlakunya pertandingan tiga penjuru yang mempunyai pengundi Islam.

"PAS semakin diterima oleh pengundi Islam dan masyarakat pribumi di Sarawak, malah parti ini tidak lagi dicurigai selepas memutuskan hubungan politik dengan DAP. "Insya-Allah dengan strategi yang berkesan PAS bakal memperoleh 'anak sulung' di Sarawak," katanya. -BH

ULASAN GB

Amacam?

Hairan betul ya, mula-mula PAS yakin menang, kini Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dah ramal awal-awal BN menang besar PRN Sarawak nanti, anehnya PAS masuk jugak bertanding di 11 kerusi di dalam PRN tersebut.


GB tertarikk ulasan TUC.


ULASAN TUC

Parti tok ada ternak sekor pakar penyelidik bernama Dr Zuhdi anak kepada marzuki. Dulu, sewaktu krisis MB Sgor, penyelidikan dia pernah jadi viral dan popular apabila dia sebut "Kalau parti tok bergabung dgn amno, dan Azmin tarik dua tiga orang Adun Pkr lompat parti, maka parti tok akan kuasai Sgor, waktu itu kita boleh jentik gereja di Sgor".

Malangnya, strategi Zuhdi tak mnjadi kerana Anwar lebih licik dengan memecat terus sahak gagap dari pkr, ditambah pula dua Adun parti tok mengada2 pulak sokong Kak Wan. Terbantut perancangan guru tok.

Di PRN Sarawak, parti tok bertanding 11 Kerusi khabarnya untuk menyelamatkan Sarawak dan untuk berdakwah di Sarawak dengan memperkenalkan Islam serta Hudud di Sarawak, di antara lain caranya parti tok letakkan calon Kristian untuk berdakwah di Sarawak bagi memperkenalkan Islam. Itu di antara nasihat sang penyelidik parti tok,

Terbaru, guru tok suruh si Zuhdi ni buat kajian dan selidik kekuatan parti tok di Sarawak kerana guru tok bimbang kesemua calon nanti hilang deposit di Sarawak. Apa yg si Zuhdi buat? Dia punya laporan menyatakan Bn akan menang besar di Sarawak. Guru tok bukan suruh analisis parti orang, tapi parti sendiri. Kenapa dia analisis parti Bn?

Jawapannya, si Zuhdi mahu nyatakan bahawa perancangan guru tok untuk parti tok bertanding di Swak itu amat tepat sekali kerana hadirnya kita akan memenangkan Bn dengan lebih besar. Nampak tak?

[VIDEO] Mahathir: Najib Perlu Letak Jawatan, Tak Tahu Apa Yang Dia Tandatangan

Posted: 15 Apr 2016 08:58 PM PDT

'Tandatangan tanpa baca dokumen, Najib mesti letak jawatan'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, kali ini kerana "langkah bodoh" menandatangani dokumen tanpa membacanya.

Dr Mahathir berkata, ini berdasarkan hasil laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB yang menunjukkan bagaimana Najib diperlukan untuk mengesahkan semua keputusan penting yang dibuat.


"Bagaimana kita sahkan sesuatu dokumen? Kita sahkan dengan cara tandatangan. Bila kita tandatangan satu artikel, kita sahkan dokumen itu.

"(Tapi) ada lawyer Najib kata, itu tak bermakna (Najib) sahkan. Najib dia sign saja, tak tau apa-apa. Dia tak baca pun," katanya dalam forum laporan PAC mengenai 1MDB malam semalam.

Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dipetik sebagai berkata Rabu lalu bahawa tandatangan Najib pada dokumen 1MDB adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya.

Beliau juga berkata majlis menandatangani dokumen tidak semesinya bermaksud perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.


"Macam mana orang macam ni boleh jadi perdana menteri? Saya nak minta kepada Najib, berasaskan kebodohannya sign dokumen tanpa baca, lebih baik dia letak jawatan sekarang," katanya.

Perkara 117 dalam memorandum dan artikel penubuhan syarikat (M & A) menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dilaporkan memberitahu PAC tahun lepas bahawa klausa itu termasuk ketika firma itu dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan untuk melindungi kepentingan kerajaan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata laporan PAC nampaknya telah dibersihkan untuk membebaskan Najib daripada semua dakwaan tersebut.

Shahrol sejak itu mengisytiharkan tiada apa yang salah telah berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. -mk

Ucapan Rafizi Ramli Di Forum PAC 1MDB, Najib Bersubahat Atau Tidak Bersalah

Posted: 15 Apr 2016 09:14 AM PDT

Berikut disiarkan ucapan Sdra YB Rafizi Ramli, Naib presiden PKR yang juga ahli parlimen Pandan di Forum PAC - 1MDB, Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah yang berlansung di IDCC Shah Alam malam tadi.

Turut menjadi panelis forum berkenaan ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad; aktivis hak asasi manusia, Cynthia Gabriel dan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.


Maaf GB tak sempat nak tulis artikel mengenainya. Namun hanya berkesempatan mencilok dan mengedit sebahagian dari video yang disiarkan secara lansung oleh KiniTV.

Selamat menonton.


Tiada ulasan: