Khamis, 14 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kajian Dapati Lebih 90% Mahasiswa Tidak Sokong Najib

Posted: 14 Apr 2016 12:09 AM PDT

Undi mahasiswa mampu Selamatkan Malaysia Oleh KHAIROL NAJIB HASHIM

Dalam kerancakan semua parti politik berperang dengan isu-isu berat dan melibatkan kepentingan negara tanpa disedari terdapat dua maklumat besar yang harus diambil serius oleh pembangkang di Malaysia iaitu peratusan sokongan mahasiswa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan jumlah mahasiswa yang masih belum mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya akan datang.

Deklarasi Rakyat yang dilancarkan awal Mac lalu menjadi begitu sensasi dek kerana kesanggupan semua penentang Najib duduk bersama mencapai kata sepakat mahu Najib undur sebagai Perdana Menteri.


Dr. Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu antara yang menjadi perhatian apabila perseteruan berdekad lamanya antara Lim Kit Siang dan Mat Sabu terhadap Dr Mahathir padam melalui kesepakatan mereka dalam Deklarasi Rakyat.

Umum melihat seruan itu adalah menifestasi mereka yang mahu menyedarkan rakyat bahawa Najib sudah melepasi garis 'kezaliman yang dibenarkan' atau mungkin bagi Dr Mahathir beliau sudah hilang kelayakan untuk diberi amanah menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, pilihan jalan demokrasi yang paling berkesan untuk menumbangkan keseluruhan pasukan Najib adalah melalui pilihanraya.

Semalam, sebuah pertubuhan anak muda yang dinamakan Challanger membuat dakwaan bahawa 90% mahasiswa tidak menyokong pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Tinjauan yang dibuat terhadap 5000 mahasiswa di bawah umur 30 tahun itu merupakan responden dari universiti seluruh negara.

Melalui jurucakapnya juga, Syed Saddiq mendedahkan 89% menganggap Najib adalah pemimpin yang tidak berintegriti.

Mendengar pendedahan kajian tersebut ia memperlihatkan seolah-olah sekiranya pilihan raya berlaku dalam masa terdekat, undi mahasiswa bakal memihak kepada parti-parti pembangkang.

Sebaliknya, pada hari ini, sebuah pertubuhan mahasiswa yang dikenali sebagai Kesatuan pula, mendakwa sebanyak 4.2 juta mahasiswa masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Angka ini begitu besar dan sememangnya mampu memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya terutamanya Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sekiranya dilihat pada pilihan raya lalu, seramai 13,105,407 pemilih berdaftar layak mengundi. Pada PRU ke-14, menurut laporan yang sama seramai 17.7 juta layak untuk menjadi pemilih namun 4.2 juta daripadanya iaitu golongan mahasiswa belum mendaftar sebagai pemilih.

PRU 13 menunjukkan undi popular yang diperoleh Pakatan Rakyat melebihi BN sebanyak 386 285. Bilangan ini mungkin bertambah dan memberi kesan kepada bilangan kerusi yang dimenangi parti pembangkang pada PRU 14 nanti.

Berdasarkan kepada angka-angka tersebut, apakah sebanarnya nasib Malaysia, usaha Selamatkan Malaysia terletak di tangan mahasiswa?

Oleh itu, adalah sangat baik bagi semua pihak yang benar-benar mahu melihat perubahan dalam kepimpinan negara melancarkan kempen daftar sebagai pemilih di kalangan anak muda khususnya mahsiswa yang jelas melalui laporan yang didedahkan, BN boleh ditumbangkan melalui undi mahasiswa.

Maka usaha Kesatuan yang giat menjalankan usaha-usaha menyedarkan mahasiswa untuk mendaftar sebagai pemilih perlu diberi sokongan. -Malaysia Dateline


Kajian: Lebih 90 peratus mahasiswa tak sokong Najib

Tinjauan mendapati lebih 90 peratus mahasiswa tidak menyokong pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan yang dikenali sebagai Challenger menerusi jurucakapnya, Syed Saddiq berkata, tinjauan berkenaan melibatkan lebih 5,000 mahasiswa di bawah umur 30 tahun di universiti seluruh negara.

"89 peratus daripada mereka juga tidak menganggap Najib sebagai pemimpin berintegriti dengan dua cadangan utama kepada Najib ialah untuk kerajaan menjana peningkatan dalam peluang pekerjaan/kenaikan gaji serta mengawal kos sara hidup.

"Selain itu, peserta tinjauan turut mencadangkan agar kerajaan sentiasa membanteras rasuah, melaksanakan reformasi institusi, menyediakan pendidikan percuma/biasiswa, kebebasan akademik dan beragama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada bulan Februari 2015, Merdeka Center mendedahkan bahawa sokongan pada Najib mencecah tahap 44 peratus bulan Januari tahun yang sama, kedudukan kedua paling rendah sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri enam tahun lalu.

Popularitinya menurun satu peratus daripada 45 peratus yang direkodkan pada November dan Disember 2014. Pada Oktober 2014, sokongan kepadanya di tahap 48 peratus.

Popularitinya merudum di tahap paling bawah pada Januari 2014 dengan 42 peratus, sementara peringkat tertinggi, 72 peratus, direkodkan pada Mei 2010.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq menambah, tinjauan tersebut melibatkan pengagihan secara manual di kalangan penuntut universiti di empat fakulti dalam setiap universiti dan ada antaranya diedarkan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter
-mk


[VIDEO] Yang Berada Di Tengah Itu Penyokong BN - Mujahid

Posted: 13 Apr 2016 09:30 PM PDT

Naib Presiden Parti Amanah Negara, YB Dato Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa perjuangan pilihanraya yang akan datang ini adalah diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Apa juga pakatan yang lain termasuk Blok Ketiga, atau mana-mana pihak yang duduk di tengah-tengah tidak akan diambil kira malah akan dianggap sebegai penyokong BN.

Mujahid berkata demikian di Pidato Pakatan Harapan SELAMATKAN MALAYSIA di Kuala Terengganu malam semalam.


Beliau mengulas mengenai pembentukan blok pakatan pembangkang yang baharu iaitu PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pada pertengahan bulan Mac lalu.

"Hari ini kita menyatakan plihanraya umum yang akan datang hanya pertempuran diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Kerana apa? Kerana Pakatan Harapan jelas menentang korupsi, Pakatan Harapan jelas menentang pemimpin yang kukubesi, Pakatan Harapan jelas mahu membina masa depan negara ini lebih baik, tanpa rasuah, tanpa perkauman, tanpa kebencian," ujarnya.

"Barisan Nasional kita tahu mempertahankan rasuah dengan meletakkan Najib dan mereka terus mempertahankan skandal terbesar, maka rakyat menunggu di pilihanraya nanti hanya dua (pihak) sahaja (yang akan terlibat dalam) pertembungan iaitu Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH dengan Barisan Nasional," tambahnya.

"Maknanya mana-mana orang yang duduk di tengah-tengah ni, yang tak jelas ni, yang bermain-main kata, sat kata ya, sat kata tidak, sat kata itu, sat kata ini, kita berkata siapa sahaja yang berdiri diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, kita menyatakan yang duduk di tengah-tengah itu menyokong Barisan Nasional, habis" tegasnya lagi.

PAS sebelum ini telah menganggap DAP dan AMANAH sebagai musuh mereka tetapi tidak jelas sikap terhadap Barisan Nasional. Banyak tindak-tanduk mereka memaparkan bahawa mereka enggan untuk bersama Pakatan Harapan, namun lebih kepada menyokong Barisan Nasional.

PAS sebelum ini tidak menyokong usaha pembangkang menetnang Bajet 2016.

Presiden PAS juga misalnya baru-baru ini menghalang ahli-ahli PAS terlibat di dalam himpunan Deklarasi Rakyat yang hendak menjatuhkan Najib.

Sebelum dari ini pun Presiden PAS kerap ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu beberapa undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan, Undang-undang GST dan Bajet 2016. Ramai pemerhati politik juga melihat ia sebagai tindakan Presiden PAS untuk tidak dilhat menentang BN.

Pidato malam tadi turut disertai oleh Dato Husam Musa dan YB Azan ismail, DUN Bandar, Terengganu dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Sebelumnya pada sebelah petang satu Majlis Dialog Pakatan Harapan SELAMATKAN MALAYSIA telah diadakan di Hotel Continental, Kuala Terengganu.






Tiada ulasan: