Ahad, 10 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mengapa Pakatan Harapan Perlu Sokong Deklarasi Rakyat...

Posted: 10 Apr 2016 12:20 AM PDT

Semua orang arif dan sedar akan mainan politik Tun M.. kisah dan skandal tun dulu pun hampir sehebat skandal najib. .kita bersama dalam deklarasi ini pun bukan bermakna kita menerima dgn terbuka kesalahan tun di waktu pentadbirannya.. yang salah tetap salah.

Cuma hari ini, atas nama politik.. kita seharusnya pandai mengambil kesempatan atas situasi politik yang berlaku hari ini..

Dalam berpolitik kita perlukan sokongan dalam bentuk undi bagi meraih kemenangan pilihanraya. Dalam mood rakyat yang begitu tinggi untuk menukar kepimpinan negara, PAKATAN RAKYAT yang merupakan alternatif tungggal kpd barisan nasional pula berpecah.. dengan situasi ini pastinya undi kpd pembangkang akan terbahagi dua di saat umno/bn masih kekal sbagi satu gabungan pakatan politik.


Justeru, kini PAKATAN HARAPAN dengan gabungan 3 parti tanpa PAS harus menguatkan kembali gabungan pembangkang untuk menjatuhkan barisan nasional.

PAS dilihat bagai bermimpi di siang hari untuk menukar kerajaan kerana kemampuan mereka untuk bertanding di semua kerusi parlimen di malaysia agak terhad, jadi bagaimana mungkin untuk mereka membentuk kerajaan?

Buktinya di PRN Sarawak bila mana PAS mengumumkan untuk bertanding di 11 kerusi DUN Sarawak drpd 82 kerusi.. andai PAS menang kesemua kerusi yang ditandingi pun, PAS masih belum mampu membentuk kerajaan.


Hanya AMANAH, PKR dan DAP yang menganggotai gabungan PAKATAN HARAPAN sahaja dilihat mampu untuk menandingi kekuatan BN dgn kemungkinan untuk PAKATAN HARAPAN bertanding kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam PRU lebih tinggi daripada PAS.

Harus diingat, tanpa PAS dlm gabungan ini, sedikit sebanyak mampu merencatkan rencana untuk memenangi pilihanraya kerana undi pembangkang bakal terpecah dua seperti mana yang bakal berlaku dlm PRN Sarawak yang akan datang.

Justeru, kesempatan harus diambil atas situasi politik yang berlaku hari ini terutamanya krisis dalaman UMNO yang sangat kritikal ketika ini bila wujudnya 2 kelompok dalam UMNO itu sendiri.

Kita sedar akan kesalahan tun dulu ketika mentadbir negara, tapi pengaruh yang ada pada tun harus kita gunakan untuk kita dekati penyokong2 tun yang dah mula jelak dgn sikap pemimpin UMNO hari ini yang dilihat sebagai penjilat perdana menteri.

Pada hemat saya, biarkan tun terus menyerang kepimpinan najib kerana serangan itu bakal menyerlahkan lagi pembohongan najib.

Parti pembangkang sudah acap kali mendendangkan akan kepincangan pentadbiran UMNO/BN, tapi masih tewas pilihanraya kerana kebolehpercayaan rakyat terhadap isu penyelewengan tersebut masih rendah.. namun hari ini, tun yang merupakan bekas perdana menteri sendiri mengakui akan pembohongan perdana menteri kepad arakyat dan kesannya pengundi dan ahli akar umbi umno diperingkat bawahan turut mengiyakan apa yang diperkatakan tun disamping tekanan kos hidup yang tinggi yang turut membantu menyedarkan rakyat terutamanya ahli akar umbi umno.

Pada hemat saya, najib secara logiknya tidak akan meletak jawatan hanya kerana deklarasi ini.. sedangkan jawatan tun sbagi penasihat petronas pun najib gantikan,b agaimana mungkin untuk najib akur dgn deklarasi ini.. lagipun perletakan jawatan najib ibarat menggantung diri sendiri dgn pelbagai skandal yang masih belum selesai.

Jadi, biarkan tun m terus menyerang najib dan kabinet pengampunya agar pengaruh dan penyokong tun akan bersama PAKATAN HARAPAN untuk PRU akan datang bagi menjatuhkan najib dan kepimpinannya.

Justeru perbuatan menyerang tun M dgn mengungkit keburukan dan masa lampau beliau akan menjauhkan penyokongnya untuk menghampiri kita sekaligus merugikan kita dalam meraih undi protes umno/bn kpd BN.

Ia bukan bermaksud kita sebagai rakyat bersedia memaafkan tun atas kesilapan lampau beliau, tapi kita bersama deklarasi rakyat yang dicetus beliau untuk mendapatkan sokongan pengaruh dan penyokongnya kpd kita.. lagipun jika kita terus memusuhi beliau, kita masih belum mampu menghukum beliau kerana kita masih sebagai PARTI PEMBANGKANG.. untuk itu kita harus bertukar drpd PEMBANGKANG kpd KERAJAAN.. impian itu hanya mampu direalisasikan dgn undi rakyat bukan sahaja drpd AMANAH, PKR, DAP dan yang tidak berparti, tapi termasuklah undi drpd penyokong dan ahli UMNO itu sendiri.

Wallahualam. daripada Nazli Mansor - Kuala Kedah





ULASAN GB

GB sudah ulas di beberapa tempat terutama di dalam kumpulan WA bahawa:

"Dalam Islam ada kaedah usul-fiqh, memilih yang terkecil dari dua mudharat. Najib dan Mahathir dua-dua UMNO, dua-dua mudharat. Tetapi Najib lebih besar mudharatnya kerana dia kini berkuasa sedangkan Mahathir sudah tidak berkuasa."

[BERGAMBAR] Rakyat Beting Maro Gembira Dengan Kehadiran AMANAH

Posted: 09 Apr 2016 09:05 PM PDT

Masyarakat Beting Maro, Sarawak gembira kerana telah dikunjungi dan disantuni oleh para petugas Parti Amanah Negara dan lebih manis lagi, ramai diantara mereka telah mengisi dan menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli AMANAH.

Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (AWAN) Melaka yang tiba di Sibu Sarawak semalam telah disambut oleh Penyelaras DUN Beting Maro, Sdra Hud@Andri Zulkarnaen Hamden.


Rombongan berkenaan turut disertai oleh Ketua Pengarah ARiF Malaysia, Sdra Johari Osman.

AWAN Melaka bersama-sama dengan para petugas AMANAH Melaka yang lain yang sudah berada sana sejak beberapa hari lepas diketuai oleh Ustaz Julasapiyah Kassim dan akan mengikuti beberapa program yang telah diatur untuk mereka oleh pihak tuanrumah.

Malam semalam, mereka dilaporkan telah bersama-sama di dalam program mendekati rakyat di DUN Beting Maro, dimana Sdra Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawan), Ketua AMANAH Kawasan Sik dan Andi Zulkarnaen mengadakan kunjungan muhibbah ke Rumah Panjang Mutun.

Bermula hari ini, mereka dijadualkan mempunyai program yang ketat iaitu Walkabout dan edaran apron serta risalah di kawasan penduduk DUN berkenaan.

Sebelum ini, petugas AMANAH Melaka telah mengadakan program beramah mesra dengan Tuai Rumah Panjang bertanya khabar dan mengadakan perlawanan persahabatan Sepak Takraw bersama pemuda Iban di kawasan itu.

"Phak kami sejak dari awal bulan lalu telah meninjau dan menyiapkan jentera dan prasarana bagi membantu AMANAH Sarawak khususnya di Dun Beting Maro. Pihak kami telah mula menghantar petugas sejak awal Mac sehingga selesai pilihanraya negeri Sarawak nanti," ujar Sdra Sofi Wahab, Naib Pengerusi dan juga Pengarah Komunikasi Amanah Melaka yang telah berkunjung ke Sarawak minggu lepas.

"Kesemua 6 kawasan AMANAH di negeri Melaka secara bergilir-gilir bertugas membantu Penyelaras Dun Beting Maro, Andri Zulkarnaen Hamden dalam merangka dan melaksanakan program mendekati dan mengangani masalah rakyat di Dun Beting Maro", tambahnya lagi.

Menurut Sofi lagi, dari tinjauan dan pengamatannya, pengundi Dun Beting Maro amat matang dan terbuka dalam memberikan sokongan kepada parti-parti yang akan bertanding di Dun ini. Buktinya mereka boleh menyertai semua program AMANAH yang dianjurkan pihak Biro Pilihanraya Dun Beting Maro yang diterajui oleh Abang Mohtadar.

"Program konvoi anak muda 2 minggu lepas disertai oleh lebih dari 100 anak muda dan orang dewasa lelaki dan wanita. Malah ramai kaum Iban di rumah panjang Mutun dan penduduk Kg Batang Maro beramai-ramai menyertai AMANAH dengan mengisi borang permohonan keahlian AMANAH selepas diberi penerangan ringkas oleh Adri Zulkarnaen; Pengerusi AMANAH Sik Sulaiman Ibrahim dan AJK AMANAH Melaka, Ustas Julasapiyah Kassim," katanya lagi.

Parti Amanah Negara akan meletakkan 13 orang calon di dalam pilihanraya negeri Sarawak dan kesemua 13 calon parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak merupakan anak kelahiran negeri itu.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. Beliau juga menyatakan selain calon Bumiputera, Amanah turut menampilkan calon Iban dan juga Cina.

Pengisytaharan calon akan dibuat pada minggu hadapan.






















Tiada ulasan: