Jumaat, 8 April 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ayah pesan ingat Allah, tutup aurat – Anak Mr Os

Posted: 08 Apr 2016 05:28 AM PDT

 
Mr Os meninggal dunia di Hospital Selayang kerana kanser paru-paru.


Mr-Os


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih popular Mr Os, meninggal dunia hari ini kerana sakit paru-paru.

Beliau meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2.15 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Gombak, petang ini.

Anak Allahyarham, Mohd Hafizul, 20, berkata sebelum ayahnya meninggal, Mr Os sempat berpesan kepada anak-anak supaya ingat Allah dan sentiasa menutup aurat.
"Allahyarham lemah sejak kanser paru-paru dan tidak bekerja sejak beberapa minggu
lalu," katanya, lapor Mstar.

Seorang lagi anak Allahyarham, Husna Yusof berkongsi berita sedih itu di laman Facebooknya.

IMG-20160408-WA0002
"Assalamualaikum dan salam Jumaat. Abah saya Mohd Yusof Bin Abdul Hamid (Mr.Os) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.

"Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak Al-Fatihah," katanya.

Allahyarham menyambut ulang tahun kelahiran ke-55 beberapa hari lalu.

Mr Os merupakan pelakon dan pelawak terkenal era 80-an dan membintangi beberapa filem sebagai pelakon utama seperti filem Adik, Mr. Os dan Balik Kampung.

Allahyarham pernah bergandingan dengan pelawak Abon dalam kumpulan Osbon dan menjuarai rancangan Maharaja Lawak Mega 2011 dan memenangi wang tunai RM350,000.

Allahyarham pernah dikatakan menyertai PAS kerana sering hadir program anjuran parti itu tetapi beliau menafikan, sebaliknya memberitahu beliau hadir hanya sebagai memenuhi jemputan.

NAJIB BELUM BERSIH LAGI - MAKLUMAN KEPADA PENYOKONG2NYA

Posted: 08 Apr 2016 05:18 AM PDT

shahbudindotcom


Sesiapa yang mengatakan Najib Razak sudah bersih daripada kemelut 1MDB hanya berdasarkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen Khamis lalu, sebenarnya lebih menyerlahkan mereka tidak membaca dan meneliti sepenuhnya laporan tersebut.

Oleh yang demikian,  khususnya kepada penyokong Najib, daripada menteri hinggalah kepada blogger berbayar, jika masih malas juga membaca laporan setebal 106 muka surat itu, ada baiknya mereka meneliti kenyataan salah seorang anggota PAC, Tony Pua ketika mengadakan sidang akhbarnya pagi tadi.

Antara yang disebut oleh beliau yang boleh dijadikan pencerahan ialah:- 

- "Apa yang disebut oleh Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw bahawa Najib tidak dikaitkan dengan sebarang kesalahan sebenarnya adalah khusus berdasarkan dokumen 1MDB yang kita lihat setakat ini dan bukannya berdasarkan keseluruhan dokumen milik syarikat pelaburan itu.

"Dokumen yang ada (sudah disiasat) memang tidak ada penglibatan Najib. Dokumen yang tidak ada (tidak diberikan oleh 1MDB kepada PAC), kita tak tahulah.

"Seperti yang saya pernah sebut dalam kenyataan sebelum ini, masih banyak dokumen yang tidak diserahkan kepada PAC. Kenapa tak bagi?"

- "Antara dokumen yang tidak diserahkan ialah rekod dan penyata perbankan bagi transaksi 1MDB di luar negara. Memandangkan dakwaan salah laku terhadap Najib, khususnya berkaitan wang derma yang diterimanya melibatkan transaksi luar negara, jika semua dokumen itu diserahkan, PAC dan Jabatan Audit Negara dapat membersihkan nama beliau.

"Sebab itu saya minta Najib mengarahkan 1MDB untuk menyerahkan semua dokumen kepada PAC dan Ketua Audit Negara untuk penelitian selanjutnya. Jika tidak, Najib akan terus dicemari persepsi takut kepada kebenaran."

- "Hanya kerana seorang lelaki (Tun Mahathir Mohamad) memetik angka yang salah untuk jumlah tabung yang tidak jelas, tidak bermakna tiada wang berbilion dolar telah hilang.

"Kami sudah mengesahkan sekurang-kurangnya AS$5.5 bilion wang dan aset 1MDB tidak boleh disahkan oleh Ketua Audit Negara, selepas siasatan dijalankan selama setahun."

- "Tidak semua pihak dipanggil memberi keterangan kepada PAC. Kita ingin memanggil wakil Bank Negara dan seorang lagi bekas CEO 1MDB, Mohd Hazeem Abdul Rahman, tetapi Pengerusi PAC, Hasan Ariffin enggan berbuat demikian.

"Bantuan Bank Negara khususnya adalah perlu untuk mendapatkan dokumen transaksi di luar negara.

"Pengerusi PAC sebelum ini ( Nur Jazlan) mendengar kedua-dua belah pihak. Kami semakin sukar mendesak sesuatu perkara sekarang ini seperti kes melibatkan bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh misalnya, hanya setelah didesak berulangkali, barulah beliau dapat dipanggil untuk memberi keterangannya."

- "Kita akur untuk membentangkan laporan yang tidak sempurna kerana berkejar dengan masa. Mungkin jika tidak dibentang dalam sessi Parlimen sekarang, ia tidak dapat dibentang langsung dalam sessi Parlimen akan datang, mungkin kerana subjudis atau seumpamanya.

- "Kita berharap PAC akan menyiasat beberapa perkara yang diabaikan kali ini dalam siasatannya di masa akan datang."

Ada penyokong Najib yang masih tidak faham? 


Rafizi timbang saman Ketua Polis Negara, cabar bertanding di Pandan

Posted: 08 Apr 2016 05:11 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA


Tindakan Rafizi meletakkan tangan di belakang seperti diarah pegawai polis dianggap dongeng oleh KPN.Tindakan Rafizi meletakkan tangan di belakang seperti diarah pegawai polis dianggap dongeng oleh KPN.


Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli akan berbincang dengan peguam sama ada mahu mengambil tindakan saman terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ia berhubung dakwaan Khalid bahawa Rafizi membuat cerita dongeng untuk mengelirukan orang ramai mengenai arahan meletakkan tangan di belakang ketika dibawa ke mahkamah dengan diiringi pegawai polis.

Tweet Rafizi mengulas kenyataan Ketua Polis Negara.Tweet Rafizi mengulas kenyataan Ketua Polis Negara."Saya diarahkan oleh pegawai polis untuk letak tangan di belakang.

"Arahan untuk letak tangan di belakang adalah budi bicara pegawai dibuat di hadapan peguam saya.

"Kenyataan IGP memfitnah dan saya rujuk peguam. Kenyataan IGP menuduh saya berlakon itu akan saya bincang dengan peguam untuk saya saman.

"kalau IGP main politik mari bertanding di Pandan," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini peguam Saiful Izham Ramli berkata arahan supaya tahanan memegang pergelangan tangan sendiri dibuat bagi membataskan pergerakan.

Manakala tindakan polis memegang lengan mereka pula ketika berjalan adalah amalan biasa, tambahnya lagi.

Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

PM tak perlu layani tuduhan - Veteran

Posted: 08 Apr 2016 05:07 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Veteran Umno (Veteran) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak lagi melayan sebarang‎ tuduhan yang mengaitkan beliau dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, laporan yang dibentang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen hari ini jelas mendapati perdana menteri tidak terlibat dalam isu membabitkan syarikat berkenaan, termasuk dakwaan bertanggungjawab dengan kehilangan wang RM42 bilion dan tuduhan menggunakan wang 1MDB untuk tujuan peribadi.
 
Mustapha berkata, pihaknya sememangnya menunggu laporan dan pengesahan PAC yang diketuai Datuk Hassan Arifin itu.
 
"Veteran yakin, laporan PAC yang keanggotaannya terdiri dari wakil-wakil kerajaan BN dan pembangkang adalah telus dan tidak boleh dibeli atau disogok.
 
"Oleh itu, tidak ada sebab keputusan itu harus dipersoalkan oleh mana-mana pihak yang rasional, kecuali mereka yang tidak mahu mengalah dan mahu menegak benang basah serta berniat jahat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Sehubungan itu, katanya pihaknya menggesa perdana menteri untuk tidak lagi membazir masa melayan kerenah mereka yang memang berniat jahat dan cuba menjatuhkan beliau dengan secara tidak sah dan tidak mengikut lunas saluran demokrasi.
 
"Sekiranya selepas laporan PAC ini masih ada pihak yang masih menuduh Najib terlibat dengan kehilangan wang 1MDB dan penyaluran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya, Veteran mahu supaya Najib mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka," katanya.
 
Mustapha berkata, pihaknya juga mahu laporan PAC itu diperjelaskan kepada rakyat dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua pihak termasuk media.
 
Justeru, katanya, pihak terlibat termasuk menteri-menteri, ketua jabatan dan pemimpin BN perlu turun padang untuk memperjelaskan keputusan PAC itu.
 
"Tindakan ini perlu dilakukan bukan untuk membersihkan nama Najib tetapi untuk membersihkan nama kerajaan yang tercemar dengan tuduhan dan fitnah liar oleh pembangkang dan mereka yang mahu Najib dijatuhkan sebagai ketua kerajaan," katanya. 
 
 

Pembelaan buat Arul Kanda

Posted: 08 Apr 2016 04:58 AM PDT

Hasmi Hashim

 


ULASAN Orang baca laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pasal 1MDB. Saya baca satu-satu muka surat. Dari sana, saya cari Arul Kanda.

Dia penting sebab ramai orang, terutama ahli politik Pakatan Harapan yang petik nama Arul itu dan ini. Dia cuba dipersalahkan dalam banyak hal. Sehingga di mata orang biasa, terbayang seolah-olah Arul total bersalah. Seolah-olah dia yang salurkan duit RM2.6 bilion ke dalam akaun AmBank PM Najib Razak.

Minggu lalu Arul bayangkan dia akan tinggalkan 1MDB. Sejurus kenyataan itu, ada yang beri amaran mereka tidak akan lepaskan Arul. Tidak akan sama sekali! Arul, bagi mereka tak boleh lari daripada masalah yang menimpa 1MDB. Segala bayangan hitam yang ditangkup ke atas Arul, membuatkan mata keadilan jadi kelabu untuk kita menilai Arul secara objektif dan saksama.

Arul, bahkan dicabar untuk berdebat. Arul tetapkan syarat agar politikus yang mencabarnya itu meletakkan jawatan dahulu di dalam PAC. Logiknya mudah. Bagi Arul, bagaimana dia boleh berdebat dengan seorang yang di tempat lain menjadi 'hakim' kepadanya dan 1MDB? Nota: sang pencabar adalah juga anggota PAC.

Si pencabar yang juga anggota parlimen di Selangor itu menyatakan Arul tidak harus letak apa-apa syarat untuk debat. Dia kekal mencabar! Dalam satu sidang media yang lain, Arul sebutkan, baiklah! Dia OK.

Setuju untuk berdebat. Setuju tanpa apa-apa syarat walaupun dia jelaskan mengapa dia meletakkan syarat awal berkenaan.

Saya tak kenal Arul. Ramai di antara kita tak tahu Arul, nama yang tiba-tiba muncul dan jadi masyhur.

Dalam laporan PAC tunjukan Arul masuk sertai 1MDB pada awal Januari tahun lalu. Jawatan tertinggi iaitu sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan. Sebelum itu, 1MDB dipimpin orang lain.

Arul belajar di UK. Pernah bekerja di UK dan Timur Tengah sebelum dipanggil balik ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan 1MDB.

Makanya, ternyata 1MDB jelas ada masalah. Bukan hanya masalah hutang, tetapi bagi saya lebih dasar daripada itu adalah masalah pengurusan, hala tuju dan objektif syarikat itu sendiri.

1MDB asalnya adalah sebuah syarikat di bawah Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Terengganu. Nama syarikat itu Terengganu Investment Authority Berhad (TIA).

Menurut laporan PAC, TIA ditubuhkan dengan perkenan sultan Terengganu. Tujuannya untuk "state sovereign wealth fund" iaitu dana kekayaan negara demi kebaikkan negeri itu sendiri. Tidak ada kena mengena dengan yang lain, dengan kerajaan yang lain, termasuk Putrajaya. TIA akan urus royalti minyak dari Petronas.

Apabila Najib naik jadi PM, Putrajaya mengambil alih TIA.

Di sela-sela laporan 

Mengubahnya menjadi 1MDB. Mengubahnya ketika ada beberapa perjanjian yang sudah dimulakan lebih awal, iaitu oleh TIA itu sedang berjalan. Waktu itu nama Arul belum muncul. Kalau pun ada cuma nama Jho Low yang dengan nama penuh ditulis sebagai "Encik Low Taek Jho" di dalam laporan PAC pada muka surat 14.

Di situlah masalah bermula. Termasuk dalam soal penerbitan bon. Dalam laporan PAC juga dapat dikesan, period genting dan bercelaru di dalam 1MDB adalah daripada tahun 2009 sehingga 2013. Pelbagai perkara aneh berlaku.

Antaranya adalah perjanjian dengan sebuah syarikat yang dinamakan sebagai PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd, yang hari ini popular disebut sebagai PetroSaudi sahaja. Konon menurut ceritanya, syarikat itu ada hubungan langsung dengan sebuah kerajaan di Timur Tengah dan dengan istana kerajaan berkenaan. Selepas semakkan dibuat, rupa-rupanya tidak ada.

Urus niaga dan perjanjian itu memang celaru. Bahkan meragukan. Juga beberapa urus niaga lain yang tersasar jauh daripada erti sebuah pengurusan dengan urus tadbir yang baik.

Di sela-sela laporan itu, saya masih mencari nama Arul. Nama yang hanya muncul sebagai individu yang dibawa masuk untuk membuat pelan rasionalisasi. Tugas utamanya dua. Satu, mencari punca masalah kewangan 1MDB. Kedua, mengembalikan 1MDB kepada objektif asal dan fokus.

Janakuasa elektrik adalah antara perniagaan yang dijalankan 1MDB. Ada di dalam dan luar negara.

Paling hangat tentulah yang melibatkan Edra, yang sebahagian sahamnya dijual kepada sebuah syarikat dari China. Rasional penjualan itu telah dijelaskan Arul. Ada lebih 700 kenyataan media yang dikeluarkan oleh 1MDB sejak Arul sertai 1MDB.

Baginya, itu langkah terbaik kerana apabila menjual sebahagian saham, 1MDB (baca: negara) tetap menjadi tuan punya perniagaan berkenaan. Arul mahu mengelakkan Edra terlepas sama sekali ke tangan pihak luar sekiranya janakuasa elektrik itu dijual bulat-bulat kepada syarikat asing.

Dalam masa sama, 1MDB perlu perlu membayar hutang dan kadar bunga yang besar melebihi RM2 bilion setahun.

Begitu juga dengan projek Tun Razak Exchange (TRX) dan projek Bandar Malaysia. Sebelum kedua tanah di TRX dan Bandar Malaysia boleh dijual dengan harga tinggi, terlebih dahulu sarana asas perlu dibangunkan.

Antara perjanjian lebih awal ialah 1MDB perlu siapkan enam kem tentera dan dua balai polis di beberapa tempat seluruh negara sebelum mereka berhak untuk membangunkan Lapangan Terbang Sungai Besi menjadi sebuah pembangunan baru.

Kelemahan Arul, mungkin dia tak merasakan dilema itu. Dilema di mana sebuah lapangan terbang yang menjadi kawasan lapang dan 'hijau' untuk mata memandang, yang penuh dengan sejarahnya sendiri, akan hilang dari pandangan beberapa tahun sahaja lagi.

Satu misi, selamatkan 1MDB 

Hilang apabila idea pentadbiran PM Najib melihat tapak itu sebagai kawasan emas di pinggir kota Kuala Lumpur. Sejarah tidak ada apa-apa nilai di mata pentadbiran PM Najib.

Model pembangunan seperti Mid Valley—atau lebih dari itu—ingin dibangunkan.

Bagi saya, yang lebih saya tertanya-tanya bukan model perniagaan 1MDB, tetapi bagaimana tanah kawasan seperti Mid Valley itu boleh terlepas kepada syarikat swasta yang sama sekali tidak dikuasai oleh anak-anak syarikat kerajaan? Itu siapa punya kerja? Siapakah yang melepaskannya?

Saya bukan Arul dan Arul bukan kita yang melihat setiap kawasan dengan penuh kenangan. Dia mungkin tidak punya sentimen dan melihat kepentingan bahawa Lapangan Terbang Sungai Besi wajib dipertahankan dan lebih berharga daripada segala apa pun pembangunan baru di atasnya.

Pembangunan kota Kuala Lumpur, atau di sekitarnya perlu lebih kreatif daripada hanya memilih sebuah kawasan lapang, menandakan di atas peta, membersihkan, membuat jalan raya dan kemudahan asas lain, lalu dijual!

Itu contoh pembangunan yang lapuk, tipikal dan sama sekali tidak kreatif. Ini bukan tahun 1970-an. Ini 2016! Menjual dan 'menggadai' tanah secara besar-besaran adalah perangai pemerintahan yang kolot.

Pembangunan insfrastruktur, bangunan dan gedung walaupun boleh menonjak pertumbuhan, ia tetap ada masalahnya. Pembangunan cara itu hanya memberi kesan lonjakan untuk tempoh singkat. Bukan untuk tempoh masa panjang.

Kalau pun ada 'salahnya' sebagai seorang Arul ialah semangat patriotismenya yang berbeza dari mata orang bawah seperti saya. Dia seorang orang korporat. Kerjanya memang begitu. Atau dalam hatinya mungkin ada merasakan bahawa tidak semua idea pentadbiran PM Najib juga boleh dipakai.

Tetapi dia bukan dilantik untuk tujuan itu. Bukan! Pelantikannya dengan satu misi, selamatkan 1MDB - sebuah projek mega PM Najib yang sedang menuju gaung kegagalan. PM Najib bertanggungjawab atas segalanya.

Di luar pejabat 1MDB, ada matlamat lain, iaitu "Selamatkan Malaysia"! Atas nama kemajuan apapun; nasib rakyat, nilai sejarah dan bumi hijau tidak boleh dikorbankan sama sekali.

Kepada Arul - sebagai anggota biasa sebuah parti oposisi saya mohon maaf kalau ada yang keterlaluan kata dan perbuatan terhadap Tuan selama ini. Saya yakin, seperti ramai rakyat Malaysia, Tuan turut sayangkan Malaysia. Dan Tuan, tetap ada peranannya.

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalantelawi.


Mayat kanak-kanak dibaham buaya ditemui pagi ini

Posted: 08 Apr 2016 04:39 AM PDT

MALAYSIAKINI




Mayat kanak-kanak perempuan yang dibaham buaya ganas di Kampung Sungai Mata di Samarahan semalam, ditemui pasukan mencari dan penyelamat pada jam 8.55 pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, mayat Crlieyseha Abdul Rahim yang berusia dua tahun enam bulan ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 10 meter dari tempat mangsa disambar buaya terbabit.

Katanya, terdapat kesan gigitan di bahagian belakang dan bahu kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian 6 petang semalam, mangsa bersama bapanya Abdul Rahim Maarof, 26, diserang seekor buaya ketika mandi di sungai, kawasan sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumah mereka.

Abdul Rahim mengalami kecederaan iaitu patah tangan sewaktu cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya dan beliau diselamatkan penduduk kampung dan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung itu digerakkan semalam sebaik menerima laporan kejadian tersebut dan ia dihentikan lewat malam tadi sebelum disambung semula pagi ini.- Bernama


JPA: Penukaran 50 pegawai jawatan sensitif, rayuan tak dibenarkan

Posted: 08 Apr 2016 04:37 AM PDT

MALAYSIAKINI




Lima puluh pegawai yang menyandang jawatan sensitif di pelbagai kementerian yang akan ditukarkan tidak lama lagi, tidak boleh mengemukakan rayuan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

"Kami ingin menegaskan bahawa tiada rayuan boleh dikemukakan para pegawai ke atas arahan pertukaran itu nanti," kata beliau.

Mohamad Zabidi berkata arahan penukaran 50 pegawai itu akan dikeluarkan dalam jangka masa satu minggu.

Katanya pelaksanaan penukaran para pegawai itu nanti adalah dalam kalangan mereka yang menjawat jawatan sensitif tanpa mengira gred.

"Permulaan akan melibatkan 50 pegawai, dan untuk seterusnya akan ada lagi kerana ini adalah proses berterusan dan mengikut penggiliran," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran 1Serve Transit Lounge@JPA4U di Putrajaya hari ini.

Isnin lepas, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan seramai 50 pegawai yang menyandang jawatan sensitif di pelbagai kementerian akan ditukarkan secara dalaman di agensi masing-masing atau ke kementerian lain mulai bulan ini.

Ali berkata berkata pegawai-pegawai yang dikenal pasti itu telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun di beberapa bahagian kementerian khususnya kewangan, perolehan dan kontrak.

Menurut Mohamad Zabidi, JPA kini sedang menjalankan proses untuk memulakan penukaran tersebut bagi memastikan penukaran para pegawai terbabit sesuai untuk penjawatan mereka.

"Ia baru diumumkan Isnin lepas oleh KSN dan JPA memerlukan masa untuk memilih pegawai dan berunding mengenai perkara tersebut termasuk jawatan yang sesuai untuk mereka yang akan ditukar nanti.

Mengenai 1Serve Transit Lounge@JPA4U, katanya jabatan itu kini menyediakan ruang menunggu kepada pelanggan JPA yang ingin mendapatkan perkhidmatan shuttle buggy di Blok C10, Kompleks C, Putrajaya ke Kaunter 1Serve JPA4U yang terletak di Blok C2.

"Usaha ini merupakan inisiatif nilai tambah bagi memastikan kesemua pelanggan diberi keutamaan dan keselesaan dalam berurusan dengan JPA," katanya.

Mohamad Zabidi berkata untuk perkhidmatan kereta bugi, pelanggan disediakan enam ruang meletak kenderaan di 1Serve Transit Lounge@JPA4U berdasarkan siapa dahulu, didahulukan.- Bernama


K'jaan lulus pinjaman mudah RM1.5b pada Proton

Posted: 08 Apr 2016 04:36 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kerajaan hari ini meluluskan permohonan Proton untuk mendapatkan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sebahagian besar daripada pinjaman itu adalah untuk membolehkan pengeluar kereta nasional tersebut membuat pembayaran kepada vendor yang membekalkan komponen kepadanya.
Beberapa syarat turut dikenakan kepada Proton untuk memulihkan perniagaan, katanya.

"Antara syaratnya, Proton perlu meyakinkan kerajaan mengenai model perniagaan barunya supaya perniagaan berdaya maju dan berdaya saing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara khususnya, Mustapa berkata Proton antara lain perlu mewujudkan pelan penstrukturan semula syarikat itu serta menyediakan pelan strategik untuk memperluaskan pasaran di dalam dan luar negara.

Selain itu, Proton juga perlu mendapatkan rakan kongsi asing terkemuka yang akan membantu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menjadi syarikat yang berdaya maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa, katanya.

Beliau berkata, sebuah pasukan petugas yang diketuai oleh Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala akan ditubuhkan untuk memastikan program transformasi itu berjaya.

"Pasukan ini akan mempunyai tiga wakil, masing-masing dari sektor swasta dan sektor awam. Wakil kerajaan ialah bagi mewakili Kementerian Kewangan, Miti dan Unit Perancang Ekonomi manakala wakil sektor swasta akan dikenal pasti secepat mungkin," katanya.

Mustapa berkata selain daripada memastikan syarat-syarat pinjaman mudah dipatuhi, pasukan petugas ini juga dikehendaki meneliti model perniagaan Proton pada masa lepas, mengenal pasti kelemahan serta langkah untuk mengatasinya.

Beliau berkata industri automotif adalah sebuah industri yang strategik, dengan Proton mempunyai 12,000 orang pekerja yang bekerja secara langsung dan kira-kira 50,000 orang bekerja dengan syarikat vendor yang bergantung kepada Proton.

"Keputusan Kabinet pada hari ini adalah juga bagi mengambil kira kebajikan kira-kira 60,000 orang pekerja yang bergantung secara langsung kepada masa depan Proton," katanya.- Bernama


Salleh: RTM sedia siar debat Rahman-Guan Eng

Posted: 08 Apr 2016 04:31 AM PDT

MALAYSIAKINI




Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan secara langsung debat mengenai tanah Taman Manggis antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata RTM akan membantu melancarkan perjalanan debat itu melalui slot program 'Demokrasi' RTM.

"Kami bersedia menyiarkan secara langsung debat itu dan terpulang kepada mereka berdua untuk menerima tawaran ini. Debat itu akan tanpa kehadiran audien bagi memastikan program berjalan lancar," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Rahman yang juga pengarah komunikasi strategik BN, menyambut baik kesediaan Lim untuk menyertai debat umum itu dengan beliau.

Dalam catatan Twitternya, Abdul Rahman berkata: "Saya menyambut baik debat umum mengenai (tanah) Taman Manggis itu. Pegawai saya akan hubungi pihak anda (YAB Ketua Menteri) untuk menyelesaikan butiran yang perlu."

"Debat itu akan membolehkan rakyat Pulau Pinnag mengetahui fakta dan kebenaran di sebalik skandal Taman Manggis," Abdul Rahman dipetik sebagai berkata demikian.

Semalam Lim berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan mengenai perkara itu, malah mahukan acara itu disiarkan secara langsung.

BN mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP menjual tanah Taman Manggis sedangkan tanah itu telah diperuntuk bagi pembinaan rumah mampu milik.- Bernama


Saksi: DNA pada kemeja-T sepadan DNA 'unknown' dan seorang tertuduh

Posted: 08 Apr 2016 04:27 AM PDT

MALAYSIAKINI




Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu campuran DNA yang ditemukan pada tompokan darah di bahagian depan sehelai kemeja-T adalah sepadan dengan DNA 'unknown' (tidak diketahui) dan DNA seorang tertuduh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Ahli Kimia Forensik DNA Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon, 43, berkata profil DNA bercampur yang dijumpai pada bahagian hadapan kemeja-T hitam itu sepadan dengan DNA yang diperoleh dari spesimen tulang berlabel 'unknown' dan DNA spesimen darah berlabel S Nimalan.

Dalam keterangannya semalam, Nor Aidora berkata DNA spesimen tulang berlabel 'unknown' itu sepadan dengan DNA sampel yang diperoleh daripada adik-beradik kandung Kevin Morais iaitu David Ramesh dan Richard Dilaan.

Ketika ditanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sama ada berlaku sentuhan antara DNA 'unknown' dengan DNA Nimalan, saksi pendakwaan kesembilan itu berkata "berkemungkinan bersentuhan dan mungkin juga tidak".

Nor Aidora turut memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapatkan DNA itu dengan cara mengikis baju tersebut.

"Terdapat tiga cara untuk memperoleh kesan DNA surih iaitu memotong tempat yang berkenaan, mengambil dengan kapas kesat dan menggunakan pisau pengikis yang sangat tajam untuk mengikis apa sahaja yang melekat pada barang bukti.

"Teknik saya untuk mendapatkan DNA surih pada baju ini ialah dengan mengikis," katanya sambil menambah teknik itu lebih efektif untuk mendapatkan DNA surih yang lebih besar.

Bagaimanapun, Nor Aidora tidak menolak kemungkinan profil DNA tidak dapat diperoleh berikutan proses pereputan badan manusia yang menyebabkan kehadiran bakteria selain faktor kelembapan dan suhu tinggi melampau.

Beliau berkata satu profil DNA diperoleh pada bahagian ketiak kanan dan kiri kemeja-T itu yang dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes tersebut sepadan dengan profil DNA berlabel Nimalan dan S Ravi Chandaran.

"Semasa saya terima kemeja-T ini, saya menjalankan ujian DNA surih ke atas beberapa tompokan yang ditandakan pada bahagian ketiak kanan dan kiri serta di bahagian hadapan baju tersebut.

"DNA itu berpadanan dengan profil DNA daripada dua spesimen kesan darah berlabel S Nimalan dan S Ravi Chandaran," katanya dalam keterangannya di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Menjawab mengenai keselamatan barang kes, Nor Aidora berkata beliau yakin barang kes yang diterimanya tersimpan dengan selamat dan tidak diganggu berdasarkan prosedur penyimpanan yang rapi di bilik kebal di jabatannya.

"Apabila kami menerima (barang kes) daripada pihak polis, kami akan daftar, beri nombor makmal dan keluarkan pelekat bagi setiap barang kes sebelum memasukkan ke dalam plastik yang di 'heat seal' (pateri), ditandatangani dan disimpan di dalam bilik kebal berkunci," katanya.

Ketika ditanya Wan Shaharuddin, saksi itu turut menjelaskan bahawa DNA tidak akan diperoleh sekiranya barang kes diganggu kerana DNA yang terdapat pada setiap barang kes adalah unik.

Semasa pemeriksaan balas peguam Datuk N Sivananthan, mewakili tertuduh Kol Dr R Kunaseegaran, mengenai 'Male 1' (Lelaki 1), pada satu profil DNA bercampur dari dua individu yang ditemukan pada kesan darah di atas wayar, Nor Aidora berkata: "Saya membuat kesimpulan terdapat individu lain, seorang lelaki".

"Bagaimanapun, saya tidak dapat memutuskan sama ada ia (DNA) itu sepadan atau tidak dengan 11 sampel individu lain kerana kelemahan DNA 'Male 1," katanya.

Bagi tujuan analisis DNA, Nor Aidora berkata beliau menerima 11 sampel darah daripada individu berlainan.

Kepada soalan Sivananthan, sama ada terdapat DNA Kunaseegaran pada mana-mana barang kes setakat ini, Nor Aidora berkata beliau tidak menjumpai apa-apa profil DNA yang bersamaan dengan profil DNA pada spesimen kesan darah WB4 yang berlabel Kunaseegaran.

Sivananthan : Semua 11 sampel tidak boleh menjadi 'Male 1'?
Nor Aidora : Ya

Sivananthan : Siapakah 'Male 1' itulah persoalannya, benar?
Nor Aidora : Ya

Sementara itu pada prosiding hari ketiga, kelihatan pihak pendakwaan, pengamal media dan keluarga tertuduh masih memakai penutup hidung ekoran bau kurang menyenangkan berpunca dari barang kes yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan pengecaman.

Pada 27 Januari lepas, enam lelaki - G Gunasekaran, 48; R Dinishwaran, 24; A K Thinesh Kumar, 23; M Vishwanath, 26; Nimalan, 23; dan Ravi Chandaran, 45; didakwa membunuh Kevin Morais antara jam 7 pagi dan 8 malam 4 September 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Mereka berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa yang sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 302 akta sama.

Gunasekaran, Vishwanath, Nimalan dan Ravi Chandaran diwakili peguam V Rajehgopal manakala Dinishwaran dan Thinesh Kumar diwakili peguam M.Manoharan dan peguam Sivananthan mewakili Dr Kunaseegaran.

Perbicaraan bersambung Selasa.- Bernama


1MDB dan 2 misteri yang belum selesai

Posted: 08 Apr 2016 04:25 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man

 


ULASAN Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada perdana menteri dalam:
  • Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;
  • Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk pengarah urusan dan pengarah alternatif) serta pengurusan tertinggi syarikat; dan
  • Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi kerajaan.
Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:
  • Pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.
  • Penyaluran dana sebanyak AS$993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).
PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.

Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.

Sejajar itu, PAS menuntut PM untuk:
  • Memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas isu 1MDB, yang dibiarkan sehingga berjaya 'mengumpul' hutang sebanyak RM50 bilion.
  • Menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam 'tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai' terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah AS$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan isu yang dibangkitkan gabenor Bank Negara mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas.
  • Mengambil sikap kepimpinan melalui teladan dengan mengambil tanggungjawab penuh kelemahan pentadbiran 1MDB dengan mengundurkan diri sebagai menteri kewangan pada kadar segera.
  • Memberikan sokongan penuh selaku PM kepada PAC dan Bank Negara untuk mengesan aliran tunai pelaburan 1MDB ke Bridge Global SPC dan Aabar Ltd dengan mengarahkan 1MDB mengemukakan penyata bank luar negara untuk disemak dan diteliti.
  • Melepaskan laporan audit 1MDB kepada awam untuk menjaga integriti laporan PAC.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS.

Rafizi mohon dibicarakan kes dokumen sulit

Posted: 08 Apr 2016 04:22 AM PDT

MALAYSIAKINI




Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Rafizi didakwa mendedahkan dokumen sulit kerajaan pada 24 dan 24 di parlimen yang mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan mengarahkan dokumen itu dibekalkan kepada mahkamah pada 14 April. Pengurusan kes itu ditetapkan pada 29 April.

Rafizi dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah penuh ketika pertuduhan terhadap Rafizi dibuat hari ini.

Beliau selepas itu dibawa ke mahkamah Majistret pula untuk berdepan pertuduhan lain bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan atas tuduhan fitnah jenayah.

Najib 'pengarah sebalik tabir' 1MDB?

Posted: 08 Apr 2016 04:19 AM PDT

MALAYSIAKINI




Sebuah kumpulan pemikir mendesak pihak berkuasa menentukan jika perdana menteri memainkan peranan sebagai "pengarah di sebalik tabir" (shadow director) dalam 1MDB.

"Saya gesa pihak berkuasa meneliti konsep pengarahan di balik tabir.

"Kuasa dan pengaruh perdana menteri atas kapasitinya sebagai pengerusi lembaga pengarah mesti diteliti bagi memastikan sama ada belau bertindak dalam sebarang keadaan sebagai pengarah di sebalik tabir.

"Jika tidak siasatan tidak akan selesai," kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan (gambar).

Beliau juga mengkritik amalan melantik seorang perdana menteri sebagai pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyifatkannya sebagai stuktrur pentadbiran paling "bodoh" dan "tidak masuk akal".


Wan Saiful berkata demikian sebagai sokongan terhadap cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya lembaga pengarah 1MDB dimansuhkan.

"Selama ini, saya sudah katanya inilah kelemahan terbesar 1MDB," katanya.

PAC membentangkan siasatannya terhadap syarikat pelaburan sarat hutang itu di parlimen semalam, setelah penantian sekian lama.

JPN Kedah perjelas isu patah dipukul ustaz esok

Posted: 08 Apr 2016 04:14 AM PDT

MALAYSIAKINI




Jabatan Pelajaran Kedah akan menjelaskan dakwaan seorang pelajar cedera dipukul seorang ustaz di Baling esok, kata menteri pendidikan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penjelasan akan dibuat selepas siasatan jabatan itu selesai.

"Saya dimaklumkan bahawa Pengarah JPN Kedah akan membuat sidang akhbar pada Sabtu, 9 April 2016 jam 10.00 pagi berhubung insiden tersebut selepas selesai siasatan pihak JPN Kedah," katanya.

Mahdzir mengumumkan perkara itu di Facebook sebelum semalam.

Seorang pelajar perempuan 13 tahun sebuah sekolah menengah kelmarin mendakwa patah tulang di bahagian tangan selepas dihentak dengan kerusi oleh seorang guru, Isnin lepas.

Pelajar itu mendakwa dibaling dengan kerusi plastik dan dihentak kepala dengan kerusi selepas memberitahu uzur selepas dipanggil mengaji al-Quran.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffudin Yusof mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dilakukan bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan, kerana menyebabkan kecederaan.
 
Dato' Seri Mahdzir Khalid
21 hours ago
 
Saya dimaklumkan bahawa Pengarah JPN Kedah akan membuat sidang akhbar pada Sabtu, 9 April 2016 jam 10.00 pagi berhubung insiden tersebut selepas selesai siasatan pihak JPN Kedah.

http://www.siakapkeli.my/…/pelajar-dakwa-tangan-patah-dipuk…
 
 
Menyediakan berita dan kupasan isu-isu menarik yang terkini.
www.siakapkeli.my
112
13
5

Situasi tak memungkinkan tukar MB Johor menjadi

Posted: 08 Apr 2016 04:06 AM PDT

Dr Mohd Izani Mohd Zain

 


ULASAN Usaha menukar menteri besar Johor tidak akan memberi banyak manfaat kepada Umno kerana apa yang sewajarnya menjadi keutamaan ialah memperkukuh kekuatan parti dan mendengar suara akar umbi.

Pertembungan elit politik dalam Umno tidak sepatutnya mengheret parti itu menimbulkan lebih banyak isu yang akhirnya boleh memecah belahkan dan melemahkan parti.

Umno Johor adalah benteng kekuatan Umno dan itu perlu dipertahankan. Manakalah Datuk Khaled Nordin adalah aset Umno.

Beliau antara pemimpin Umno yang rasional serta prihatin dengan lantang bercakap soal masa depan Umno dan mengakui perlunya parti itu bijak merancang arus perubahan politik.

Tahun lalu, beliau telah melancarkan badan pemikir, iaitu Bait Al Amanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Umno Johor sebagai sumber rujukan bagi meneroka dasar-dasar baharu, merekayasa dasar sedia ada dan menyusun strategik lebih berkesan dalam perjuangan Umno.

Penubuhan Bait Al Amanah ini satu langkah strategik dalam usaha menarik penyertaan kumpulan profesional dan muda untuk menyertai Umno.

Ini jelas membuktikan Khaled mempunyai visi dan misi untuk memperkukuh kedudukan Umno dan bukan sebaliknya.

Setelah tiga tahun dilantik sebagai menteri besar, Khaled telah menunjukkan komitmen tinggi untuk membangunkan Johor sebagai negeri contoh yang mempunyai pelan pembangunan tersendiri.
Kurang main politik

Ini boleh dilihat melalui gagasan Muafakat Johor, Johor Berkemajuan dan agenda pembangunan inklusif dalam memastikan pembangunan Johor benar-benar dirasai oleh rakyat.

Pengalaman Khaled yang pernah menjawat menteri pembangunan keusahawanan dan koperasi dan menteri pengajian tinggi adalah kekuatan beliau menerajui Johor.

Pengalaman beliau dalam konteks keusahawanan dan pengajian tinggi sebelum ini menjadi asas dan kekuatan beliau untuk memimpin Johor.

Kekuatan Umno tidak harus dipandang dalam soal politik dan kuasa semata-mata.

Akan tetapi, melihat kepada peranan dan sumbangan kepada kesejahteraan rakyat. Bukankah kekuatan Umno selama ini adalah baktinya kepada rakyat.

Khaled adalah seorang ahli politik yang matang dan sentiasa mendahului rakyat dengan pelbagai dasar dan perancangan yang baik untuk rakyat Johor.

Khaled sentiasa memastikan hubungan yang baik antara Johor dan kerajaan Persekutuan walaupun harus diakui terdapat cabaran dan pengaruh seperti kewujudan tokoh politik daripada Johor, iaitu mantan timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan Johor pimpinan Umno Johor dan Khaled khususnya sentiasa memberi platform kepada kerajaan pusat terutama perdana menteri untuk memastikan sokongan terhadap Umno dan PM sentiasa baik dan boleh diperkukuhkan.

Kehadiran PM ke majlis projek pembangunan Forest City pada Mac yang lalu membuktikan Johor sentiasa bekerjasama dengan kerajaan pusat dan PM sendiri.

Kesimpulannya, usaha menukar atau menggulingkan MB Johor adalah tidak relevan dan membawa lebih banyak keburukan kepada Umno dan rakyat.

Umno mesti mengekalkan pemimpin yang kurang bermain politik tetapi mempunyai pemikiran dan idea yang strategik untuk membangunkan negara.

Lebih-lebih lagi, hubungan yang baik antara Khaled dan sultan Johor tidak memungkinkan pertukaran MB boleh menjadi kenyataan.

PROFESOR MADYA DR MOHD IZANI MOHD ZAIN seorang warga Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).


Di akhir hayat, Mr Os makin dekatkan diri pada agama

Posted: 08 Apr 2016 04:04 AM PDT




Hajat orang ramai untuk 'bersantai berisi' dengan allahyarham Mr Os di Kuala Terengganu malam ini tidak menjadi kenyataan setelah pelawak itu kembali ke rahmatullah petang ini.

Beliau dijadual berkongsi pentas bersama penceramah terkenal Azhar Idrus dalam acara anjuran Pemuda PAS Terengganu di Teluk Pasu pada jam 9 malam ini.

Bagaimanapun, kata penganjur, Mr Os sebelum ini telah memberitahu mereka bahawa beliau mungkin tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan yang dideritainya.

"Mr Os memang dah bagi maklumat awal bahawa dia tidak dapat hadir, (ketika hubungi saya) dia dah masuk wad.

"Kemungkinan berhalangan untuk hadir, kita pun baru dapat maklumat yang dia meninggal dunia," kata Hishamuddin Abdul Karim yang juga naib ketua Pemuda PAS Terengganu.

Program itu tetap akan diteruskan dengan menampilkan tetamu undangan Azhar sebagai tetamu tunggal, manakala ketua Pemuda PAS negeri Kamaruzaman Abdullah akan menjadi moderator.

Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia kerana masalah barah paru-paru di Hospital Selayang petang tadi.

Sementara itu, Hishamuddin berkata Mr Os sudah beberapa kali hadir dalam program PAS.

Tambahnya, pelakon dan pelawak itu dilihat cenderung dalam mendekatkan diri kepada agama.
"Beberapa kali Mr Os hadir dalam program PAS, dia kini lebih usaha untuk mendekatkan diri kepada agama," katanya kepada Malaysiakini.





Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor
2 hours ago

Damailah abang Os disana. Dia dlm keuzuran dan kesakitan menyembunyikan semua kejerihan itu dijalan dakwah. Mengakhiri fasa hidupnya dgn niat utk melihat Islam tertegak di tanahair, berdakwah mengajak anak muda utk hidup bertuhan. Siang malamnya mengelilingi tanahair utk mengajak manusia kembali kpd fitrah. Kini dia dijemput Ilahi..alfatihah!..berita lain akan menyusul selepas ini

Zaid: Kebenaran takkan muncul selagi Umno berkuasa

Posted: 08 Apr 2016 03:54 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kebenaran berkaitan 1MDB tidak akan diketahui sehingga wujud sebuah kerajaan selain Umno, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Perubahan sebegitu, tambahnya lagi, mungkin akan berlaku beberapa tahun daripada sekarang.

"Saya boleh pastikan, kita sekarang masih jauh untuk sampai ke penghujung perkara ini," katanya.

Belau mengulas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1MDN yang dibentangkan di parlimen semalam.

Menyentuh keanggotaan PAC, Zaid memuji wakil rakyat DAP Tony Pua.

"Kita tak dengar suara yang lain. Mereka semua dipilih, ini mungkin sebabnya kenapa mereka tidak tanya soalan susah.

"Adakah mereka minta pegawai Bank Negara hadir pendengaran? Tidak.

"Adakah mereka panggil perdana menteri sendiri? Tidak," katanya.

Isu MB Terengganu: ‘Jangan cabar saya’ kata Razif

Posted: 07 Apr 2016 10:06 PM PDT


Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif Abd Rahman


KEMAMAN – "Jangan cabar saya! Okay, kalau sama-sama nak buka (bongkar) kita buka, sama-sama nak telanjang kita telanjang tapi untuk mengalah tidak sama sekali kerana saya juga adalah keturunan darah pahlawan (Bugis)," itu amaran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Amaran itu disuarakan beliau berikutan keadaan politik Terengganu ketika ini dan 'serangan' yang dilakukan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said terhadapnya.

Ahmad Razif berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan perang jika terus diasak kerana beliau juga mempunyai had kesabaran.

"Mula-mula memang (layan) cara baik tapi kalau ada orang cabar, saya kena peranglah. Saya pun ada had kesabaran…jangan tengok saya begini (berlembut) maka kata menteri besar penakut dan tak berani.

"Jadi jangan mencabar dan jangan runtuhkan 'rumah' Umno yang telah kukuh dan kuat ini, jangan sekali-kali (buat) kerana kita (ahli Umno) tidak pernah diajar untuk kurang ajar tapi pantang kita dicabar," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat Umno Cawangan Pekan Kerteh, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: "Tidak ada masa nak layan, tumpu kebajikan rakyat"]

Mengulas lanjut, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu itu berkata, beliau sebelum ini pernah mengisytiharkan tahun ini sebagai tahun perang dan perang yang dimaksudkan itu juga termasuk perang sesama sendiri.

"Kita perang tak kira perang sesama sendiri atau dengan yang luar. Kita tak akan mengalah, kita akan terus berjuang sampai titisan darah terakhir. Kita akan pertahan habis-habisan apa yang kita warisi, kita akan pertahankan kehebatan (Umno sejak) 70 tahun lalu dan kita akan pastikan 70 tahun lagi (Umno) akan terus hebat dan kekal sebagaimana yang kita warisi sekarang.

Suasana politik Terengganu mulai panas selepas Ahmad mengemukakan cadangan usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada Persidangan Dun, 8 Mac lalu dan pada 2 April lepas Ahmad mendakwa Ahmad Razif hanya menghitung hari untuk dilucutkan jawatan sebagai menteri besar.

Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, beliau juga akan mendedahkan perbuatan Ahmad Razif yang bagi beliau perbuatan itu boleh merugikan kerajaan negeri dan rakyat.

Tegas Ahmad Razif, perjuangannya bukanlah untuk diri beliau sendiri tetapi beliau mahu memastikan bahawa ia menjadi kesinambungan kepada perjuangan terdahulu.

"Apa guna kita berjuang begitu lama tapi pada masa sama kita runtuhkan rumah kita sendiri. Apa guna kehebatan kita, kita katakan bahawa kita asas, kita mulakan, kita pahlawan tapi akhirnya kita yang merobohkan rumah yang kita bina.

"Ini bukan cara orang Umno, bukan cara pejuang Umno…sebaliknya pejuang Umno (sejati sepatutnya) sanggup berkorban demi masa hadapan anak bangsa kita," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Razif memberitahu beliau juga bersedia menerima apa sahaja teguran demi kebaikan.


‘Saya silap kira, bukan RM42 bilion tapi...’

Posted: 07 Apr 2016 09:58 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad


PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tersilap sebelum ini apabila mendakwa sejumlah RM42 bilion telah hilang dari akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, beliau berkata, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ternyata mendapati jumlah yang jauh lebih besar iaitu RM50 bilion.

"Laporan PAC sebut bukan RM42 bilion tetapi RM50 bilion. Jauh lebih banyak, maka saya silap sebab sebelum ini saya nyatakan jumlah yang lebih kecil.

"Saya rasa RM50 bilion ini juga tidak betul, mungkin lebih dari itu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri dialog Deklarasi Rakyat: Realiti atau Fantasi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blognya semalam bahawa laporan PAC yang diumumkan membuktikan tuduhan Mahathir terhadap 1MDB selama ini adalah tidak benar.

[ARTIKEL BERKAITAN: RM42 bilion tidak hilang daripada 1MDB]

Ketika ditanya mengenai laporan PAC yang meminta bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim disiasat, Mahathir berkata, Najib sebagai pengasas 1MDB merupakan individu yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap syarikat itu.

"Saya simpati dengan (bekas) CEO, bukan dia yang tubuhkan 1MDB. 1MDB dimulakan oleh Najib dan dia penasihatnya.

"Semua yang berlaku kepada 1MDB dia patut tahu. Sebenarnya tiada apa boleh dilakukan tanpa persetujuan Najib, jadi kenapa hukum lelaki ini (Shahrol)," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Lembaga Pengarah 1MDB yang menawarkan untuk meletakkan jawatan, Mahathir berkata, 1MDB perlu dibubarkan secara keseluruhannya.

"Mereka langsung tidak buat apa-apa yang baik. Tunjuk kepada saya di mana RM42 bilion itu. Ia di sini dan di sana tetapi kita tidak nampak," dakwanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya berhubung penahanan Rafizi Ramli, beliau mendakwa ia sebagai satu usaha untuk menghalang Ahli Parlimen Pandan itu daripada bercakap.

"Rafizi ini dia tak serik bercakap dalam Parlimen, jadi dua tiga hari ini simpan dia dulu lah (dalam penjara) supaya dia tak boleh bercakap," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


PRN: DHPP bagi tumpuan calon bukan Islam

Posted: 07 Apr 2016 09:51 PM PDT

Dr B Chandran


KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu akan memberi sokongan kepada calon bukan Islam yang diketengahkan Pas sepanjang kempen PRN Sarawak ke-11.

Pengerusinya, Dr B Chandran berkata, tindakan Pas menurunkan calon bukan Islam bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada sayap parti itu tetapi benar-benar menunjukkan pendekatan selari dengan slogan 'Pas For All' atau Pas untuk semua.

Menurutnya, ia juga menunjukkan bahawa Pas menyerahkan peranan yang pernah diambil oleh DAP ketika menjalinkan kerjasama dengan Pas sebelum ini.

"Pas telah mengotakan janjinya dan calon bukan Islam diberi peluang untuk sokong Pas dalam usaha tegakkan Islam.

"Sebelum ini DAP banyak calon-calon bukan Islam dan kita menggantikan tempat DAP. Ini juga akan memberi ruang kepada kita untuk menunjukkan kelebihan Pas yang mempunyai pentadbiran berasaskan agama. Itu kelebihan kita," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pas sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya buat julung kalinya meletakkan seorang calon bukan Islam daripada 11 calon Pas yang akan bertanding pada PRN Sarawak ke-11.

Clement Bayang, 59, yang juga Ketua DHPP Sarawak berbangsa Iban merupakan calon bukan Islam diketengahkan Pas di Dun Kakus.

Sementara itu, Chandran memberitahu bahawa DHPP di peringkat Pusat telah pun ke Sarawak sebelum ini untuk melihat keadaan dan situasi di sana serta meninjau keperluan untuk membantu Pas di sana.

Apa yang penting katanya, DHPP akan membantu sebaik mungkin calon bukan Islam untuk memastikan kemenangan calon Pas di kawasan yang telah ditentukan.

Jelasnya, sama ada menang atau kalah, pihaknya enggan memberi fokus utama tetapi akan memberi tumpuan yang tinggi terhadap gerak usaha ke arah kemenangan.

"Kita buat yang terbaik walaupun kita tahu pengaruh BN masih kuat. Bagi kita, keputusan sama ada menang atau kalah, kita serah pada ALLAH. Apa yang penting kita buat yang terbaik," katanya.


'Desas-desus ditukar kuatkan solidari pada MB Johor'

Posted: 07 Apr 2016 09:44 PM PDT

Anne Muhammad  




Dakwaan terdapat gerakan untuk menukar Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hanyalah desas-desus yang sengaja dimainkan, kata pemimpin akar umbi Umno negeri.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Muar Ismail Tunggak Ahmad menafikan perkara itu dan menegaskan Johor kini aman bawah pentadbiran Khaled.

"Saya baru dengar dan sangat terkejut. Berita ini tidak betul dan Datuk Seri Khaled pun OK di sini.
"Ini berita palsulah. Di Johor ini tak ada berita ini pun, Johor tak ada (nak tukar menteri besar), Johor aman sekarang," katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Shukur Mohamad, anak kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Tan Sri Mohamad Aziz, mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Khaled.

Shukur mendakwa gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang namanya tidak didedahkan. Di Johor, seramai enam anggota parlimen yang dilantik sebagai timbalan menteri.

Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim (Muar), Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri (Ledang), Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi (Sri Gading), Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai), Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Sadique (Tenggara) dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan (Pontian).

Sementara itu, mengulas lanjut Ismail berkata, kenyataan yang dibuat oleh Shukur hanya mahu memecahbelahkan Umno di negeri tersebut.

"Saya tak pasti (kenapa Shukur keluarkan kenyataan) mungkin nak memecahbelahkan, saya tak tahu, saya tak boleh mengesyaki. Saya ingat berita ini palsu," katanya.

Bagi Ketua Umno Ledang, Datuk Hamim Samuri pula, perkara tersebut sama sekali tidak benar dan hal itu tidak pernah timbul di kalangan Umno Johor.

"Sangat, sangat, sangat tidak betul. Siapa yang timbulkan, (ia) tidak pernah pun timbul, katanya.

'MB yang baik'

Ketua Umno Ayer Hitam, Datuk Samsol Bari Jamali turut menafikan perkara itu dan menegaskan, usaha penyebaran khabar angin itu hanya menguatkan solidariti kalangan akar umbi kepada Khaled.

"Jawabnya memang tak ada. Saya tidak dengar berita dan juga riak di kalangan kepimpinan yang ada yang tidak serasi dengan menteri besar.

"Tetapi ia bagai satu andaian tapi pada saya menguatkan lagi solidariti di kalangan kami dan dukungan kami kepada menteri besar kami," katanya.

Tambahnya lagi, Khaled merupakan menteri besar yang baik di negeri itu dan beliau turut sama melibatkan ketua-ketua bahagian Umno untuk merancangkan yang terbaik buat negeri itu.

"Kami dilibatkan sama dalam urusan untuk merancang yang terbaik untuk negeri Johor dengan cara Johor bersama gagasan yang ada.

"(Perkara ini dibangkitkan) mungkin ada political stunt tapi pada saya kita tak ambil pusing. Apabila kita mula menuduh kita akan masuk perangkap orang yang mula mengadakan ini semua," katanya.

Timbalan menteri hadir mesyuarat

Ketua Umno Kulai, Datuk Zainal Abidin Jidin turut menolak khabar angin berkenaan dan sinis berkata "sekiranya nak jatuhkan menteri besar, timbalan menteri tidak akan datang mesyuarat perhubungan".

"Tak ada pun, timbalan menteri datang mesyuarat perhubungan, kalau nak jatuhkan biasa tak datang, orang Melayu, kalau tak suka dia tak datang.

"Kenyataan Datuk Khaled sokong PM, dan bahagian menyokong perhubungan, cerita luar saja rasanya, kita mesyuarat perhubungan tak ada masalah," katanya yang menegaskan Khaled merupakan individu popular di Johor.


Washington Post gesa Obama jarakkan diri dengan Najib

Posted: 07 Apr 2016 09:42 PM PDT

MALAYSIAKINI




Memetik pelbagai dakwaan skandal dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, The Washington Post percaya pentadbiran Barack Obama harus menjarakkan diri dengan perdana menteri Malaysia.

Dalam sidang redaksinya semalam, The Washington Post berpendirian, walaupun peguam negara membersihkan nama Najib dalam isu dana RM2.6 bilion, dakwaan salah urus dana 1MDB terus mencurah-curah dan siasatan turut berjalan di pelbagai negara lain.

"Skandal Malaysia kemungkinan besar akan memberi kesan terhadap pembiaya-pembiaya di Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Singapura, Amerika Syarikat dan begitu juga beberapa bank-bank besar di Barat.

"Barangkali lebih penting, peluang Najib berdepan tindakan undang-undang dan akibat politik sedang meningkat naik," menurut akhbar itu.

Najib, dakwa The Washington Post lagi, menangkis dakwaan-dakwaan terhadapnya dengan cara menekan.

Akhbar itu membangkitkan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan penamatan kontrak bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Turut dibangkitkan pendakwaan terhadap sekurang-kurangnya 15 individu bawah Akta Hasutan 1948, yang pernah dijanjikan untuk dimansuh sebelum ini.

Rafizi didakwa bawah OSA hari ini

Posted: 07 Apr 2016 09:37 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada Jumaat.
 
Peguamnya, Saiful Izham berkata beliau menerima maklumat bahawa Rafizi akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Jalan Duta pada pagi Jumaat untuk menjawab segala pertuduhan di bawah Seksyen 8 OSA.
 
Rafizi ditahan di depan pintu Parlimen pada 6:20 petang Selasa untuk siasatan di bawah OSA berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
 
 

Polis tidak akan ulas kes penculikan di Pulau Ligitan

Posted: 07 Apr 2016 09:35 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Polis tidak akan memberi sebarang ulasan lagi kepada media berhubung kes penculikan empat lelaki tempatan di Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lepas. 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat demi memastikan keselamatan mangsa buat masa ini dan meminta agar media bersabar sehingga kes itu diselesaikan. 
 
"Saya minta maaflah kepada rakan-rakan media, saya telah mengarahkan semua orang (pegawai) untuk tidak memberi apa-apa ulasan. 
 
"Kita mesti pentingkan keselamatan mangsa dahulu, walaupun saya tahu andaingin menulis sesuatu (perkembangan kes)," katanya ketika ditanya mengenai kes berkenaan di sini pada Khamis. 
 
Sebelum itu, Khalid menghadiri majlis penutupan mesyuarat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang berlangsung selama dua hari sejak Rabu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
 
Mangsa culik yang kesemuanya berasal dari Sarawak dikenali sebagai Wong TeckKang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21 itu adalah kru kapal yang didaftarkan atas nama 'Masfive 6'. 
 
Mereka diculik sekumpulan lanun bersenjata ketika dalam perjalanan pulang ketanah air setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina. 
 
Mengulas mengenai Kho Jabing yang kini berdepan dengan hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh warga China Cao Ruyin di negara itu lapan tahun lepas, Khalid berkata pihaknya tidak akan mengesyorkan apa-apa saranan kepada kerajaan Malaysia atau Singapura mengenai Kho yang berasal dari Sarawak itu. 
 
Pendekatan sedemikian diambil kerana percaya mana-mana individu yang telah melanggar undang-undang sah di sesebuah negara seharusnya bertangggungjawab keatas tindakan yang dilakukan, kata beliau. 
 
"Kita tidak akan campur tangan. Sama juga di sini, saya tidak mengharapkan jabatan polis dari negara lain untuk datang dan campur tangan dalam apa jua kes melibatkan rakyat negara mereka di sini," katanya ketika menjawab sama ada terdapat usaha untuk membantu mengurangkan hukuman Kho dalam kes terbabit.
 
Kho, 31, yang berasal dari Ulu Baram, dikenakan hukuman gantung enam tahun lepas kerana membunuh Cao dalam percubaan merompak di Geylang Drive sebelum membuat rayuan pada 2013, berikutan pindaan terhadap hukuman mati mandatori. 
 
Susulan itu, beliau dikenakan pula hukuman penjara seumur hidup serta 24 sebatan. 
 
Bagaimanapun, awal tahun ini selepas rayuan pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan Singapura membuat keputusan untuk mengenakan semula hukuman gantung sampai mati terhadap Kho melalui keputusan majoriti 3-2. -Bernama
 
 

Laporan akhir 1MDB masih OSA - Pandikar

Posted: 07 Apr 2016 09:31 PM PDT

Oleh Azizul Osman
 Post Pic

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara keatas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh dibahaskan kerana masih dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), tegas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Jelasnya, sekiranya laporan berkenaan dibahaskan di Parlimen ia mungkin melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.
"Tidak ada perkara (untuk berbahas) itu. Debat yang harus diadakan adalah di bawah peraturan mesyuarat 18.
"Perkara ini masih dalam proses, PAC sudah menjalankan tanggungjawab mereka dan bentang kepada majlis apa yang mereka dapat baca.
"Siapa nak buat kenyataan bila sudah diberitahu akan dikenakan tindakan bawah peraturan mesyuarat 85," katanya di lobi Parlimen.
Jelasnya lagi, pembangkang sepatutnya menunggu pada sidang dewan akan datang selepas laporan tersebut tidak lagi menjadi rahsia kerajaan, sekiranya mahu ia dibahaskan. 
"Saya tidak boleh kata ini adalah laporan yang muktamad. Apa yang dilaporkan, itu adalah laporan akhir PAC. Mereka sudah buat laporan berkenaan.
"Apa yang dilaporkan itu akan dibahaskan pada sesi akan datang jika apa ada apa yang hendak dibangkitkan seperti laporan-laporan lain. 
"Kalau ada wakil nak bangkit isu mereka boleh bangkit pada persidangan yang akan datang, tidak seharusnya pada persidangan kali ini," jelasnya lagi.
Jelasnya PAC telah melakukan tanggungjawab untuk menyiasat syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu dan membentangkan laporan akhir itu di Parlimen.
Laporan Akhir PAC mengenai 1MDB itu nyata tidak disenangi oleh pembangkang yang menyifatkan ia tidak lengkap kerana tidak memuatkan laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Pembangkang hari ini masih lagi mempersoal kredibiliti dan hasil laporan yang dikeluarkan PAC, meskipun lima daripada ahli jawatankuasa badan itu terdiri daripada mereka.

Tiada ulasan: