Ahad, 3 April 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penoreh getah cedera disondol babi hutan

Posted: 03 Apr 2016 04:14 AM PDT

Astro Awani 
 
Penoreh getah cedera disondol babi hutan
Keadaan tangan mangsa yang cedera setelah disondol dan digigit seekor babi hutan. - Foto Astro AWANI
 
ALOR SETAR: Seorang penoreh getah di Felda Lubuk Merbau, Pendang mengalami kecederaan teruk di bahagian lengan selepas disondol seekor babi hutan.

Zuraini Fadhil, 40, disondol haiwan liar itu ketika menoreh getah bersama suaminya sekitar pukul 9.45 pagi Sabtu.

"Babi hutan itu dari atas bukit kemudian ia meluru ke arah saya.

"Kemudian saya lari, tidak jauh pun, tetapi saya jatuh tersembam dan babi hutan itu sondol dan gigit saya," kata Zuraini semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, hari ini.

Menceritakan dengan lebih lanjut detik cemas itu, beliau mengakui hanya mampu menendang namun babi hutan itu tetap bertindak agresif.

Tambah Zuraini, babi hutan itu melarikan diri selepas suaminya tiba berhampiran lokasi kejadian.

Mangsa masih menerima rawatan di hospital kerana luka yang dialami di bahagian lengan.
Ini merupakan kejadian pertama membabitkan serangan babi hutan di kawasan kebun getah di Felda Lubuk Merbau. 
 
 

TAK PERCAYA DENGAN ZAHID, NAJIB AKHIRNYA BAWA KU LI KE ISTANA UNTUK ANGKAT SUMPAH....

Posted: 03 Apr 2016 04:07 AM PDT

shahbudindotcom


Najib Razak akhirnya sedar UMNO dan BN tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya umum akan datang selagi beliau masih kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Pendedahan demi pendedahan berkaitan 1MDB, wang beribu juta yang masuk ke akaun peribadinya dan hakikat bahawa sudah enam negara memulakan siasatan berkaitan syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu membuatkan Najib akur bahawa segala-galanya kini tidak lagi memihak kepadanya.

Biar bagaimanapun cuba bertahan, berdasarkan laporan-laporan yang disampaikan ke mejanya, Najib terpaksa menerima hakikat bahawa berundur adalah pilihan yang terbaik baginya demi masa depan UMNO, BN dan juga untuk kebaikan negara.

Untuk itu, Najib memutuskan untuk berundur di waktu yang sesuai dan menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan kepada pemimpin lain untuk menghadapi pilihanraya ke 14 yang akan diadakan pada 2018 nanti.

Permintaan Najib cuma satu, beliau mahu diberikan laluan selamat dan dilepaskan daripada sebarang pendakwaan di mahkamah setelah berundur nanti.

Bagi tujuan tersebut, pengganti yang dipilihnya mestilah tokoh berwibawa yang mampu memenangi pilihanraya, memastikan UMNO terus berkuasa dan setuju untuk menyimpan terus fail-fail berkaitan dirinya.

Meskipun Zahid Hamidi adalah Timbalan Perdana Menteri dan sedang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, kebimbangan Najib terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu merangkami dua perkara:-

- karektor Zahid yang tidak cukup kuat untuk memimpin parti dan negara, tidak diterima oleh pengundi bukan Melayu dan lemah dalam kelompok golongan pertengahan Melayu yang semua itu lebih memungkinkan UMNO dan BN kecundang juga dalam pilihanraya akan datang.

Jika kalah dan Pakatan Harapan yang berkuasa, sudah tentu mereka akhirnya akan mengheret Najib ke muka pengadilan dan ia menjadikan penyerahan kuasanya kepada Zahid tidak memberi apa-apa makna kepada diri dan keluarganya.

- berikutan karektornya yang lemah juga, yang lebih membimbangkan Najib ialah jika setelah menjadi Perdana Menteri, Zahid akan segera mengambil jalan mudah dengan mendakwanya di mahkamah bagi mendapatkan sokongan rakyat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah Badawi dahulu yang membawa Kasitah Gadam ke muka pengadilan bagi menghantar isyarat pentadbirannya benar-benar serius dalam memerangi rasuah yang melibatkan jerung-jerung besar.

Dalam bahasa yang mudah, Najib sebenarnya tidak percaya kepada Zahid Hamidi. Oleh itu, untuk menyelamatkan dirinya, Najib mesti memilih orang lain untuk mengambil alih tempatnya.

Pilihan terbaik Najib ketika ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah.  Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan saja mempunyai karektor yang kukuh untuk membawa UMNO memenangi pilihanraya, mampu mentadbir negara, memulihkan keyakinan pengundi bukan Melayu, mengembalikan kekukuhan ekonomi, malah juga diterima oleh semua kelompok. 

Orang bandar, penduduk kampung, golongan pertengahan, elit Melayu dan semuanya boleh menerima Tengku Razaleigh.

Disebabkan kemampuan dan karektornya yang kukuh berbanding Zahid, Tengku Razaleigh tidak memerlukan sama sekali elemen Najib dibawa ke mahkamah untuk membantunya menarik sokongan rakyat.

Dengan itu, dari segi menyediakan laluan selamat, sama ada sebelum atau selepas pilihanraya, Tengku Razaleigh jauh lebih diyakini oleh Najib.

Selain itu, dengan menyerahkan kuasa kepada Tengku Razaleigh yang sudah berusia 78 tahun, bukan saja laluan selamat lebih terjamin untuk Najib, bahkan untuk mencaturkan Hishammuddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya turut menjadi lebih mudah.

Dengan itu juga, melalui Tengku Razaleigh dan kemudian Hishammuddin mewarisi kerusi Perdana Menteri, selamatlah Najib untuk selama-lamanya.

Masa yang paling sesuai untuk Najib menyerahkan kuasanya kepada Tengku Razaleigh ialah selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti. Ini bermakna Najib dan keluarganya akan meraikan Hari Raya nanti untuk kali terakhir sebagai Perdana Menteri.

Selepas itu, Najib sendiri akan membawa Tengku Razaleigh ke Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong bagi pertukaran Perdana Menteri.

Oleh kerana semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menteri kabinet dan Ketua-Ketua UMNO bahagian sudah sedia berdiri teguh bersama Najib, apa saja yang dilakukannya tidak akan mendapat bantahan apa-apa daripada mereka. 

Semuanya setuju belaka untuk menerima Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri yang baru dan Zahid  Hamidi akhirnya menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang kecundang di tengah jalan.

Allahu Akbar...Allahu Akbar...tiba-tiba sayup kedengaran azan Asar dari masjid berdekatan.

Ohhh....hari ini hari Ahad, saya tertidur dan bermimpi di siang hari rupanya....


Ketiadaan PAS Jejas Jumlah Kehadiran Penyokong Bantah GST

Posted: 03 Apr 2016 03:59 AM PDT

Oleh: RAHMAH GHAZALI
 
 
Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
 
BANGI: Keputusan PAS untuk tidak menyertai bantahan anti-GST di Kuala Lumpur pada Sabtu menjejaskan bilangan kehadiran pada perhimpunan itu, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata walaupun isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah perkara yang penting, bantahan itu kekurangan strategi mobiliti, tidak seperti demonstrasi anjuran parti Islam tersebut.

"Melihat kepada jumlah penyokong yang hadir, ia boleh disifatkan sebagai gagal. Tetapi ia boleh dikatakan berjaya berdasarkan isu yang mereka perjuangkan.

"Apabila rakyat tidak menyertai demonstrasi, ia tidak bermaksud mereka tidak menyokongnya," katanya selepas melancarkan mesyuarat agung tahunan bahagian PAS Putrajaya di sini Ahad.

Terdahulu dalam ucapannya, Tuan Ibrahim berkata keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 4 pada tahun lalu membuktikan bahawa parti itu adalah pakar dalam menggerakkan penyokong.

Beliau pada mulanya bersetuju agar parti Islam itu menyertai perhimpunan tersebut walaupun terputus hubungan dengan DAP dan beberapa bekas pemimpin parti itu yang menubuhkan Parti Amanah Negara.

"Namun dalam mesyuarat jawatankuasa pusat, presiden menasihatkan kami supaya tidak menyertainya dan kami akhirnya bersetuju dengan beliau," kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim berkata keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya ternyata membawa 'rahmat'.
"Apabila hari itu (Bersih) tiba, kurang 10 peratus penyokong Melayu menyertai demonstrasi tersebut.

"Tanpa PAS, demonstrasi itu telah gagal. Kita tidak pernah sedar bahawa ini merupakan kekuatan kita selama ini," katanya.

Pada Sabtu, penunjuk perasaan yang membantah pelaksanaan GST sejak tahun lalu berkumpul di pusat bandar.

Namun, kehadiran penyokong hanya mencatatkan jumlah kehadiran yang kecil jika dibandingkan dengan perhimpunan bantah GST pada Mei tahun lalu sebelum perpecahan berlaku dalam pakatan pembangkang.

Veteran Umno Rasa Terhina Dengan Tindakan Dr Mahathir

Posted: 03 Apr 2016 03:56 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 

IPOH: Veteran Umno hari ini melahirkan rasa terluka dan terhina berikutan tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang semata-mata bagi merealisasikan hasrat untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Veteran Umno Malaysia Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali berkata amat sukar untuk veteran Umno menerima hakikat dengan hati terbuka kerana negarawan tersohor itu sanggup menggadaikan maruah diri bersekongkol dengan pihak yang selama ini memusuhi beliau.

"Sayang dan hormat kami terhadap Tun Mahathir kini bagaikan berkecai. Dengan rasa sungguh berat hati, saya ucapkan jua pernyataan ini "sorry sir, it's not that we love you less, but we love Umno much more (maaf tuan, bukannya kami tidak menyayangi anda, namun kami lebih menyayangi Umno)," katanya pada himpunan Veteran UMNO Perak di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Pada himpunan yang pertama kali diadakan di negara ini, kira-kira 1,000 veteran Umno Perak mengisytiharkan akujanji sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Turut hadir Menteri Besar dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Veteran Umno Perak Datuk Abdul Khalid Mohd Nasir.

Mohd Tajol berkata apa yang membimbangkan veteran Umno ialah kalau yang diserang ialah Najib tetapi yang rebah ialah Umno.

"Atas kebimbangan ini, veteran UMNO mengambil inisiatif mengadakan himpunan ini untuk cuba merungkai pelbagai kecelaruan yang timbul daripada percubaan Tun Mahathir menyingkirkan Najib melalui pendekatan yang jelas tidak demokratik.

"Apa pun hak beliau sebagai rakyat, hak kita sebagai warga Umno yang sayangkan parti, tidak harus dijadikan gadaian untuk memenuhi cita rasa politik mana-mana pihak yang gendang dan tarinya tidak lagi senada, mahu pun serentak dan senada dengan jiwa dan semangat Umno," katanya.

Katanya selera dan gaya kepimpinan boleh bertukar mengikut musim tetapi kelangsungan hayat Umno perlu dipertahankan dengan apa jua cara.

Beliau berkata sepanjang tempoh 22 tahun Dr Mahathir menerajui kepimpinan Umno beliau juga terpaksa melalui beberapa ujian yang getir tetapi anggota Umno tetapi setia dan patuh kepada pemimpin.

"Ketika itu, warga veteran turut mengalami beberapa detik dan peristiwa cemas yang membimbangkan antaranya kisah perebutan kuasa yang amat sengit pada 1987, iaitu peristiwa pahit apabila Umno diharamkan.


"Kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan yang amat parah pada 1997, kemelut politik ekoran penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan," katanya.

Oleh kerana sifat setia kepada pucuk pimpinan dan rela berkhidmat demi kepentingan bersama, telah menyelamatkan serta meneruskan kelangsungan Umno, katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin dan percaya bahawa warga veteran tahu mengukur buruk baik tindakan Dr Mahathir kerana warga veteran telah bersama dengan beliau yang menerajui Umno selama 22 tahun.

Sementara itu, Zambry ketika ditemui pemberita turut menyatakan penghargaannya kepada anggota veteran Umno yang masih tetap memberi sokongan kepada parti ketika ia sedang melalui ujian pada ketika ini.

"Dengan dokongan yang ditunjukkan pada hari ini, saya percaya bahawa kekuatan Umno di Perak adalah contoh yang terbaik di mana parti sentiasa menjadi keutamaan kita.

"Sebab itu, jarang sekali kita mendengar masalah di Perak yang melibatkan krisis-krisis politik bahagian dan politik negeri kerana kita sentiasa mengutamakan perpaduan dalam kalangan anggota parti dan juga pimpinan parti," katanya.

Masih Tiada Maklumat Daripada Lelaki Bersenjata Filipina

Posted: 03 Apr 2016 03:54 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
SIBU: Kumpulan bersenjata Filipina yang menculik empat anak kapal Sarawak dari kapal tunda mereka di perairan Ligitan, Sabah pada Jumaat lalu masih belum menghubungi ahli keluarga mangsa.

Bagi keluarga mangsa, ia satu penantian yang menyiksakan kerana mereka tidak tahu di mana tebusan dibawa dan apa yang sebenarnya berlaku.

Empat lelaki berasal dari Sibu, Sarawak itu ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johny Lau Jung Hien, 21.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata keluarga mangsa masih belum menerima panggilan daripada penculik.

"Saya berbincang dengan ibu bapa mereka dan kami tidak tahu di mana mereka berada tetapi saya yakin dalam beberapa hari akan datang, mereka (kumpulan bersenjata) akan menghubungi kami. Tidak tahu apa tuntutan mereka tetapi ia akan dibawa untuk perhatian kerajaan negeri. Saya akan melaporkan kepada Ketua Menteri apa yang saya tahu.

"Kami kesal dengan apa yang telah berlaku. Sesuatu yang tidak dijangka...tetapi ia sudah berlaku dan kita akan lihat bagaimana kita boleh bantu," katanya.

Peristiwa penting akan berlaku?

Posted: 03 Apr 2016 03:46 AM PDT





Oleh A Kadir Jasin


Sebelum dan selepas pemimin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac, saya telah menerima beberapa mesej "anonymous" melalui blog ini dan sistem pesanan ringkas (SMS).Kesemuanya dalam bentuk rahsia atau untuk makluman saya sahaja.

Sebagai wartawan, maklumat seperti ini amat saya hargai tetapi pada masa yang sama menyebabkan saya dalam dilema – serba salah sama ada menghormati amanah agar tidak dihebahkan atau mencari jalan pintas untuk menyiarkannya.

Saya tahu salah seorang yang menghantar maklumat sulit itu. Dia amat akrab dengan Tengku Razaleigh sehinggalah Tengku Razaleigh menandatangani "Deklarasi Kelantan" itu. Kami sama-sama mengenali Tengku Razaleigh hampir 40 tahun.

Kata kawan saya itu, setelah apa yang Tengku Razaleigh lakukan dia tidak lagi hormat dan percaya kepada bekas menteri kabinet itu dan lantas mengikrarkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ada masa dia tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri itu.

Penghantar-penghantar mesej tanpa nama yang lain memang tidak saya kenali

Ada perkara dalam mesej mereka menyamai pandangan saya mengenai muslihat tersurat dan tersirat Tengku Razaleigh tiba-tiba mengubah hala menyokong Najib dan ada yang bercanggah dengan pendapat saya.

Mereka kata, Tengku Razaleigh tidak makan dedak!

Salah seorang daripada mereka begitu yakin dan terperinci (precise) memberitahu saya bahawa sesuatu yang penting akan berlaku dalam masa singkat. Beliau memberi bilangan hari. Mesej itu dihantar sebelum Tengku Razaleigh berikrar setia kepada Najib.

Yang terbaru, seorang pembaca menghantar maklumat menggunakan pengenalan "anonymous" dengan pembuka kata "sekadar utk pengetahuan Dato (bukan untuk siaran)."

Beliau pun mempunyai maklumat yang lebih kurang sama iaitu tindakan Tengku Razaleigh mempunyai matlamat tersirat yang akan jadi kenyataan dalam jangka masa terdekat.

Saya tidak boleh dan tidak akan mengulas lebih lanjut kerana menghormati permintaan mereka. Cuma saya berharap mereka ikhlas memberi maklumat sambil cuba membuktikan yang mereka ada maklumat dalaman.

Kita tunggu dan tengok apa yang akan berlaku dalam "masa terdekat" itu.

Moga-moga Allah menganugerahkan kita yang terbak. Kita sudah cukup menderita akibat perbuatan Najib.


Penulis adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times. Tulisan ini kali pertama dimuat-naikkan di blognya.

Kastam hanya alat kempen, soalan mudah GST pun gagal jawab, kata PSM

Posted: 03 Apr 2016 03:44 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA


S. ArutchelvanS. Arutchelvan
Jabatan Kastam hanya dijadikan alat oleh kerajaan untuk berkempen supaya rakyat membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) namun gagal menjawab kemusykilan mudah berhubung cukai tersebut.

Ahli jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan ketika dihubungi Malaysia Dateline berkata, Jabatan Kastam hanya dijadikan alat propaganda oleh kerajaan BN bagi memperlihat kebaikan GST.

Pagi tadi Arul mengetuai 30 aktivis ke Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelana Jaya dan bertemu Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Abdul Ghani.

Mereka mengadakan dialog dan mengajukan 15 persoalan mengenai pengurusan cukai GST selepas setahun dilaksanakan.

Arul berkata, walaupun pihak Kastam menyambut mereka dengan baik dan tidak berlaku sebarang tangkapan seperti tahun lalu, namun jawapan yang diberikan tetap mengecewakan.
"Kami tanya soalan yang mudah saja tapi semua soalan itu pengarah Kastam tak boleh jawab.
"Tapi dia janji akan bawa persoalan kami kepada kementerian yang terbabit dan kami akan tunggu," katanya.

Beliau turut menyokong penuh sebarang himpunan aman bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) termasuk himpunan di ibu negara, esok.

Bagaimanapun katanya, PSM terlibat dengan beberapa program lain esok dan terpaksa dipecahkan kepada beberapa kumpulan.

"Tiada halangan kepada ahli-ahli PSM untuk hadir himpunan esok tetapi esok ada banyak program yang bertembung jadi kita akan terbahagi kepada beberapa kumpulan," jelasnya.

Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada akan turut serta dalam himpunan Undur Najib Mansuhkan GST yang diketuai Presiden Amanah, Mohamad Sabu esok.

"Esok saya berada di Art For Grab jadi tidak pasti akan hadir atau tidak tetapi PSM menyokong sebarang usaha membantah GST," katanya lagi.

Bukan haiwan menceroboh; kita yang ceroboh habitatnya!

Posted: 03 Apr 2016 12:56 AM PDT

 
Kerakusan manusia yang mengejar pembangunan telah mengakibatkan haiwan menjadi mangsa tetapi kita selalu ada cara untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.
 
 
 
lpt-2


Membaca satu laporan mengenai inisiatif kerajaan yang akan menambahbaik ciri-ciri laluan di bawah jambatan dan terowong kenderaan (VBC) di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) supaya mesra hidupan liar amatlah dialu-alukan.

Ia ternyata satu usaha yang sangat baik dan patut dicontohi oleh semua pihak termasuk pengendali lebuhraya.

Cuma saya tidak setuju dengan laporan yang menyatakan inisiatif ini diambil untuk menghalang pencerobohan haiwan ternakan atau binatang liar sebaliknya saya fikir ia sebagai langkah pembetulan terhadap kesilapan dan kerakusan manusia yang sebanarnya menceroboh habitat haiwan ini dengan membina lebuhraya ataupun apa sahaja pembangunan.

Jadi, saya ulangi tolong jangan guna perkataan haiwan menceroboh kerana bukan haiwan tetapi kita, manusia yang ceroboh tempat tinggalnya!

Bagi saya dan saya percaya semua orang yang mempunyai empati terhadap haiwan akan menyambut baik berita ini.

Sepatutnya pihak berkuasa sama ada kerajaan atau pihak pengendali lebuh raya haruslah meletakkan pertimbangan untuk melindungi haiwan khususnya haiwan liar yang semakin hari masuk senarai pupus terlebih dahulu sebelum tampil dengan cadangan membina jalan.

Ikutkan memanglah kita manusia tidak boleh mengasingkan haiwan khususnya haiwan besar seperti harimau, gajah, tapir dan sebagainya. Ini kerana haiwan-haiwan ini memerlukan ekosistem yang sihat dan cukup keluasan untuk bermandirian.

Apabila mereka dipisahkan oleh lebuhraya, maknanya kehidupan haiwan-haiwan ini terancam..makanan mungkin tak mencukupi apatah lagi membiak? Lama-lama, terpupuslah jawapannya!

Kita harus faham bahawa semua haiwan ini mempunyai 'range' tertentu untuk ke sana ke sini dan jika ia diabaikan, maka terancamlah mereka.

Sumber makanan utama mungkin di sebelah sana, sedangkan dia di sini. Begitu juga pasangannya.

Bagaimanapun, kesilapan telah berlaku dan kemalangan yang disebabkan oleh haiwan liar termasuk membabitkan kematian beberapa ekor haiwan liar seperti harimau belang dan tapir adalah harga yang kita bayar sebagai pengajaran dan pembelajaran untuk mengambil inisiatif berikut.

Eloklah sekurang-kurangnya sekarang kerajaan mengambil inisiatif dan jaminan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini termasuk apabila ia dipersetujui bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu tampil dengan satu penyelesaian yang wajar, sama seperti yang dilakukan orang negara-negara jiran kita.

Oh ya, ketika membuat laluan haiwan nanti, eloklah buat pada ketinggian yang wajar supaya ia sekali gus boleh juga menarik pelancong dan menjana pendapatan tambahan kepada negara.

Bravo dan semoga inisiatif ini terus tersebar kepada semua pihak yang lain dan kita lebih mesra kepada haiwan-haiwan ini kerana salah kita yang ceroboh kawasan dia.

Esok lusa kalau nak buat jalan lagi, elok fikir dahulu kesannya…

Wan Shades saman Rotikaya RM1 juta

Posted: 03 Apr 2016 12:52 AM PDT


Wan Shades turut menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta melalui saman tersebut.


wan-shades-roti-kaya


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Wan Shades memfailkan saman malu terhadap portal hiburan Rotikaya berhubung dakwaan mengeluarkan artikel fitnah ke atasnya.

Laman portal Malaysiagazzette melaporkan, Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd. Ali, 42, berbuat demikian melalui Tetuan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak.

Peguamnya, Mohd. Irwan Mohd Mubarak berkata, artikel bertajuk "Wan Shades suspek Utama penyanyi kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama 7 tahun" yang diterbitkan pada 20 Februari 2012 itu turut memaparkan wajah Wan Shades yang secara jelas menfitnah beliau sebagai suspek utama.

Melalui saman tersebut Wan Shades turut menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.

Wan Shades empat tahun lalu pernah membuat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana bagi membersihkan namanya yang dikatakan sebagai suspek yang melakukan serangan seksual tersebut.

Dia mendakwa, selain menyebarkan artikel firnah portal hiburan terbabit turut menjatuhkan maruah dan memburukkan nama serta kredibilitinya yang pada ketika itu memegang jawatan penting dalam Pertubuhan Seni Silat Gayung.

Cuaca lembab minggu ini

Posted: 03 Apr 2016 12:49 AM PDT

 
Sabah dan Sarawak dijangka masih mengalami tiupan angin Timur Laut dengan kelajuan yang perlahan.


met-malaysia


PETALING JAYA: Tiupan angin dari beberapa hala dengan kelajuan yang perlahan dan sederhana dijangka berlaku di negeri-negeri di Semenanjung untuk sepanjang minggu.

Sehubungan itu, keadaan cuaca yang lebih lembap dengan hujan dan ribut petir di satu dua tempat hingga ke beberapa tempat dijangka berlaku pada waktu petang dan senja di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Bagaimanapun, negeri Sabah dan Sarawak dijangka masih mengalami tiupan angin Timur Laut dengan kelajuan yang perlahan dan boleh menyebabkan cuaca lembap di bahagian Barat Sarawak pada sebelah pagi diikuti dengan hujan dan ribut di satu dua tempat di semua bahagian di Sarawak dan Bahagian Pantai Barat di Sabah pada waktu petang dan awal malam.

Keadaan suhu panas yang dialami sekarang dijangka akan berkurangan secara perlahan-lahan.

Mat Said dakwa MB Terengganu akan terlucut jawatan

Posted: 03 Apr 2016 12:47 AM PDT

 
Perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan hanya mahu mendapatkan perkenan Sultan Terengganu untuk pembubaran DUN. 


Ahmad-Said


KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman didakwa akan diturunkan daripada jawatannya dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang memberitahu, beliau akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja baginda pulang dari luar negara bagi mendapatkan perkenan pertukaran menteri besar.

Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar Terengganu turut mendakwa perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Jangan sampai tuanku isytihar bubar DUN, (kalau terjadi macam itu) habis lah. Keadaan sekarang UMNO kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya habislah (UMNO berisiko kalah), jangan main-main.

"Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup, saya sayangkan Terengganu. Apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat," katanya memetik laporan dari Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kemaman Kali Ke-36, di Resorts World Kijal baru-baru ini.

Ahmad atau lebih popular dengan gelaran Mat Said juga mendakwa Ahmad Razif merupakan salah seorang dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai menteri besar sebelum ini.

"Saya 'gentleman', saya buat depan orang ramai (cadang usul undi tidak percaya)…marah dalam dewan, yang dia buat (pada) saya? Saya tak nak cerita lagi tapi saya cerita sikit, dia (beliau) yang terlibat menjatuhkan saya.

"Tapi ingat, InsyaAllah dengan kehendak Allah SWT, saya rasa menteri besar sekarang sedang menghitung hari. Apa yang jadi halangan sekarang kepada saya adalah UMNO, kalau saya tak fikir UMNO, hari itu (masa letak jawatan sebagai menteri besar) saya dah keluar kerajaan. Sebab itu (sayangkan UMNO) saya (masih) tunggu," katanya.

Pada Persidangan DUN pada 8 Mac lalu, Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd Zubir Embong.

Persekitaran Pembelajaran Maya, Moodle atau Frog?

Posted: 03 Apr 2016 12:39 AM PDT

Oleh Azizi Ahmad


Persekitaran Pembelajaran Maya boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
 
 
frogasia


Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment) adalah sistem pembelajaran berteras laman sesawang web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep maya dalam pendidikan konvensional.

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) sebagai Intranet, bilik darjah diatas talian dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung.

Persekitaran Pembelajaran Maya boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
Sistem ini dibangunkan di atas pelantar pembangunan persekitaran maya yang membolehkan guru-guru mencapai dan membangunkan laman-laman pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran pembelajaran maya (VLE) memudahkan laman-laman pembelajaran dicapai dengan mudah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Anjakan 7 PPPM menyatakan: Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013.

Rangkaian ini berfungsi sebagai asas kepada pembinaan pelantar pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid, dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif, dan berkomunikasi secara maya.

Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara maya manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui Persekitaran Pembelajaran Maya.

Ibubapa juga boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemaskini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet.

Dalam tempoh 10 tahun yang kebelakangan ini, dunia pendidikan mendapat manfaat daripada e -revolusi sebenar – sekolah-sekolah dan universiti kini mempunyai Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) yang berfungsi.

Pelantar pembelajaran maya ini, adalah sebuah sistem dalam talian yang membolehkan guru-guru untuk berkongsi bahan-bahan pendidikan dengan murid-murid mereka melalui laman web. Contohnya termasuk Moodle , WebCT dan Blackboard.

Setiap institusi pengajian harus mengintegrasikan PPM atau VLE ke dalam pelajaran mereka dan harus membiasakan pelajar dan pendidik menggunakannya di luar waktu bilik darjah . Berikut adalah beberapa sebab mengapa penggunaannya diharuskan:

• Komunikasi – boleh mewujudkan beberapa saluran komunikasi dalam bentuk forum , laman perbincangan , pungutan suara , kaji selidik – maklum balas segera sama ada dalam kumpulan atau secara individu

• Penghasilan tugasan dan kerja kursus – pelajar tidak perlu hadir secara bersemuka dengan pengajar tertutama dalam penghantaran tugasan

• Hab sumber – pengajar mempunyai ruang simpanan atas talian bagi fail-fail 'power-point', dokumen (doc.), lembaran kerja dan sebagainya yang boleh dikongsikan dengan pelajar

• Laman Web dinamik – pengajar boleh dan berpeluang untuk membina ruang maya yang menarik dan dinamik bagi memperkenalkan laman dan subjek matapelajaran

• Rangkaian dengan sumber luar – laluan kepada lain-lain ruang sumber pembelajaran diatas talian dihubungkaitkan melalui PPM/ VLE

• Kandungan terbenam (Embedded content) – sumber seperti YouTube, BBC, petikan dan cetakan akhbar boleh di 'benamkan' sebagai bahan terus ke muka laman

• Podcasts dan video – perkongsian 'podcast' dan video boleh dilaksanakan oleh kedua kumpulan pengajar dan pelajar.

Penggunaan Moodle , di katakan 'percuma'. Moodle juga adalah bercorak 'Open Source' , dan oleh itu ia tidak mempunyai yuran pelesenan, namun kos awal penyediaannya tidak melibatkan kos yang tinggi.

Bagi seseorang yang mahir dalam menyediakan tatacara perisian (plugins), Moodle adalah penyelesaian yang terbaik. Penggunaan Moodle memang memerlukan staf dan kakitangan sokongan yang memang ahli dan mahir dalam tatacara perisian dan kakitangan maupun pengguna digalakkan diberi pendedahan dan latihan bagi membolehkan penggunaan yang memberangsangkan.

Frog VLE (Virtual Learning Environment) merupakan platform pembelajaran yang digunakan berasaskan pengkomputeran awan (cloud) yang membolehkan pentadbir, pengurus, guru sekolah serta murid menerapkan landasan pengajaran dan pembelajaran mereka ke dalam amalan dan persekitaran sekolah.

Frog VLE boleh dilayari dengan menggunakan pelayar internet Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari dan Internet Explorer.

Ia juga boleh digunakan sebagai landasan persekitaran pembelajaran yang direka bentuk sebagai sumber pembelajaran kendiri. Penglibatan sekolah secara maksimum akan dapat meningkatkan PdP dalam persekitaran pembelajaran yang selamat.

vleFrog dikatakan mempunyai ciri mudah dan luwes (dengan fleksibiliti). Dikatakan adalah mudah untuk membina dan membuat laman , menghasilkan sumber paparan , senang memasukkan media dan mudah di gunakan.

Pendidik haruslah dan perlu dengan bijaknya menarik minat pelajar untuk melayari dan melawat laman vleFrog yang telah dibina. Jika interaksi hanyalah merupakan perhubungan sehala dan laman tidak dikemaskini, usaha ini akan turut menemui kegagalan.

vleFrog juga membolehkan sesebuah laman lain di masukkan kedalam tapak laman dan persekitaran asal akan tetap dibawah naungan vleFrog.

Dengan kepelbagaian fungsi mengikut keperluan dan kegunaan teknologi, pengunaan apa saja perisian sokongan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah sangat mencabar.

Tambahan dengan perubahan dari segi proses kerja, keperluan yang berbeza, sumber kepakaran, sumber kemahiran dan pengetahuan serta sumber kepakaran yang terhad menjadi cabaran yang besar terhadap mana-mana perisian pengajaran dan pembelajaran.

Penyesuaian teknologi dengan budaya sekolah turut menjadi faktor cabaran dan bagi memenuhi perbezaan aspirasi rakyat dengan sistem sedia ada, pendidik dan pengguna haruslah bersikap terbuka dan bersedia untuk memaksimakan alat bantuan mengajar yang disediakan.

Walaupun harapan diberikan, menerapkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kedalam semua proses pendidikan di sekolah dan menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai sebahagian budaya di dalam kehidupan masyarakat seharian hendaklah di perkemaskan.

*  Azizi Ahmad adalah anggota Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai.

Lepas serang Guan Eng, MP Umno jual tanah Perda bawah harga pasaran

Posted: 03 Apr 2016 12:30 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Guan Eng menunjukkan plot tanah yang dijual Perda di bawah harga pasaran. Foto RoketkiniGuan Eng menunjukkan plot tanah yang dijual Perda di bawah harga pasaran. Foto Roketkini


Selepas menggunakan Dewan Rakyat untuk mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang membeli rumah banglo di bawah harga pasaran, kini tiba pula giliran Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya untuk menjelaskan tindakannya menjual tanah milik agensi pusat di bawah harga pasaran.

Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), diminta membuat penjelasan berikutan tindakannya menjual tanah bagi projek perumahan di bawah harga pasaran.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Georgetown, Lim Guan Eng berkata, Shabudin  perlu menjelaskan tentang tanah di atas nama Perda itu yang dijual dengan harga bawah pasaran dan telah menyebabkan Pulau Pinang kehilangan sebanyak lebih RM15 juta.
"Kesemua 18 petak keluasan dengan keseluruhan 8.5 ekar (256 lot), harga pasaran yang dinilai Kerajaan Persekutuan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) ialah RM16,636,000 (RM16.636 juta). Harga yang dia (Perda) jual pula RM1,427,000 (RM1.427 juta) sahaja.
"Bermakna kehilangan kepada Perda dan secara langsung kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM15,209,600 (RM15.2 juta).

"Jadi saya nak tanya adakah satu tender terbuka dijalankan semasa beliau menjalankan penjualan dan mengapa jual dengan harga yang begitu rendah iaitu hanya 8.6% berbanding harga pasaran," jelas Guan Eng kepada pemberita  semalam.

Beliau turut mempersoalkan apakah rasional tanah-tanah tersebut dijual dengan harga yang begitu murah berbanding harga pasaran.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu menjemput Shabudin untuk 'minum kopi' bersamanya lagi memberikan penjelasan.

"Jadi saya nak jemput Datuk Shabudin untuk minum kopi bersama saya hari Ahad ini 3 April pada jam 11 pagi di Bilik Mutiara tingkat 52 Komtar.

"Saya jemput beliau datang beri penjelasan tentang penjualan tanah ini," katanya.

Rakyat Sarawak juga bantah GST, kata Adun Padungan

Posted: 03 Apr 2016 12:29 AM PDT

DALIA ISMAIL


Adun Padungan Sarawak, Wong sedang berucap di perhimpunan Mansuh GST.Adun Padungan Sarawak, Wong sedang berucap di perhimpunan Mansuh GST.


Adun Padungan, Sarawak, Wong King Wei yakin rakyat Sarawak akan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi kerana mereka juga menolak GST.

"Rakyat Sarawak akan tolak BN di Sarawak kerana mereja juga menolak GST," katanya ketika berucap di perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka hari ini.

Beliau datang ke Dataran Merdeka ketika Sarawak bakal menghadapi pilihan raya negeri bagi membantah GST.

Ini kerana, rakyat Sarawak juga menghadapi masalah yang sama dengan Semenanjung iaitu GST.

Walaupun mereka selesa dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Adnan Satem tetapi mereka sangat tidak senang dengan Najib yang memerintah Malaysia.

Bagi Wong memberi undi kepada Adnan bermakna memberi undi kepada Najib untuk terus kekal memerintah Malaysia dan GST akan terus kekal.

Pasukan Dapsy yang bertolak dari Jalan Sultan mula tiba di Dataran Merdeka jam 2.48 petang.

Mereka bergerak dari jalan Sultan menuju ke jalan Hang Kasturi melalui jalan Petaling ke Leboh Ampang  dan berakhir di jalan Tun Perak di Dataran Merdeka.

Seramai 2000 penyokong tidak henti-henti melaungkan "Undur Najib Undur Rosmah, Bebas Anwar Hancur GST, Guling BN dan Reformasi" bergema sepanjang laluan.

Amanah lancar akhbarnya sendiri bernama 'Amanah'

Posted: 03 Apr 2016 12:25 AM PDT

 HAZAYANI ZAKARIA



Mohamad Sabu lancar akhbar Amanah di Wisma Amanah hari ini.Mohamad Sabu lancar akhbar Amanah di Wisma Amanah hari ini.


Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini melancarkan akhbar mereka sendiri yang bernama Amanah.

Pelancaran itu disempurnakan oleh presidennya Haji Mohamad Sabu dengan menandatangani plak pelancaran di Wisma Amanah hari ini.

Akhbar ini buat permulaan ini diterbitkan dua minggu sekali dan akan menjadi akhbar mingguan berdasarkan permitnya dari KDN selepas ia stabil.

Akhbar itu diterbitkan selepas enam bulan penubuhannya yang mula berada di pasaran mulai minggu ini.

Keluaran pertama dengan muka depan bertajuk 'Undur Najib Undur' dicetak sebanyak 30 ribu dan diedarkan ke seluruh negara dengan harga RM2 senaskhah.

Menurut pengarah komunikasi, Khalid Samad akhbar ini dijual kepada ahli namun boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang berminat.

"Kita memang jual untuk ahli Amanah tapi biasanya akan ada yang bukan ahli pun membeli," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Pemuda Amanah desak hentikan PLKN, kembalikan biasiswa pelajar

Posted: 03 Apr 2016 12:19 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Ahmad Fadhli Umar AminolhudaAhmad Fadhli Umar Aminolhuda
Kesal dengan kenyataan menteri kononnya kerajaan pusat menjimatkan RM240 juta apabila menghentikan pemberian biasiswa pelajar ke luar negara, Pemuda Amanah Nasional menggesa pentadbiran Najib supaya menghentikan program latihan khidmat negara (PLKN) yang membabitkan kos RM600 juta setahun dan mengembalikan semula biasiswa untuk para pelajar pintar.

"Terkini dalam Sidang Dewan Rakyat semalam (30 Mac), didedahkan bahawa PLKN telah memakan belanja tahunan tidak kurang daripada RM600 juta setahun.

Nah, apa maknanya program yang dilihat gagal dan jelas membazir selain dipenuhi kontroversi-kontroversi memualkan seperti anak luar nikah, rogol dan kes bunuh akibat buli yang dianggarkan lebih dari 10 kes boleh dikekalkan peruntukan sedemikian banyak?" soal Exco Pemuda Amanah Nasional, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda.

Malah Ahmad Fadhli mempersoalkan mengapa PLKN memakan belanja lebih RM400 juta pada 2015 walaupun tidak dilaksanakan.

"Ke manakah wang tersebut digunakan walhal program ini langsung tidak berjalan pada tahun tersebut?" soal beliau.

Januari lalu, kerajaan pusat melalui pengubahsuaian Bajet 2016 telah mengumumkan penarikan biasiswa luar negara khususnya kepada 744 pelajar program 'bursary' di bawah Kementerian Pendidikan.

Sehubungan itu, ada di kalangan para pelajar terbabit yang sudah mendapat tawaran belajar di universiti-universiti terkemuka luar negara terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ketiadaan penaja.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman ketika menjawab soalan anggota Dewan Rakyat mendedahkan bahawa kerajaan telah melakukan 'penjimatan' sebanyak RM240 juta hasil penarikan balik biasiswa tersebut.
Kecewa dengan penjelasan Azalina, Ahmad Fadhli mempersoalkan terma 'jimat' yang digunakan kerajaan kerana ia pada kebiasaannya digunakan untuk hal-hal yang menjurus ke arah pembaziran.
"Adakah Kerajaan Malaysia pimpinan BN mahu memberikan mesej bahawa biasiswa yang dimanfaatkan untuk membina generasi terbaik selama ini merupakan satu pembaziran hingga perlu kepada 'penjimatan'?" soalnya kesal.

Ahmad Fadhli yang juga Pengerusi Mahasiswa Amanah berkata, sejak dari awal pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari lalu, pihaknya telah mendesak agar penarikan balik biasiswa khususnya kepada 744 penerima 'bursary' dan lepasan SPM 2015 dibatalkan.

"Bahkan di media-media sosial, kami konsisten mendesak kerajaan melalui kempen besar-besaran hashtag #KembalikanBiasiswa," katanya.

Menurut beliau, oleh kerana perbelanjaan PLKN jauh lebih besar berbanding biasiswa pelajar cemerlang, Pemuda Amanah mendesak ia dihentikan terus bagi tujuan penjimatan dan hak biasiswa 744 penerima 'bursary' dan lepasan SPM 2015 dikembalikan.

"Bayangkan apabila pelajar-pelajar cerdik dan cemerlang ini pulang ke negara kelak, bukankah mereka akan memberikan keuntungan pada negara apabila berkhidmat dalam sektor-sektor penting dan besar? Tidakkah itu merupakan satu pelaburan jangka panjang buat Malaysia?

"Justeru itu, kami sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan wajib menghentikan program PLKN yang jelas membazir dan gagal, sebaliknya menggunakan dana beratus juta itu untuk #KembalikanBiasiswa!" tegasnya.

MEMPERTAHAN NAJIB AKAN JADI KERJA SIA-SIA BAGI UMNO

Posted: 02 Apr 2016 08:48 PM PDT

shahbudindotcom


Hari demi hari semakin banyak pendedahan serta pembongkaran di peringkat antarabangsa mengenai Najib Razak, 1MDB, wang yang masuk ke akaun peribadinya serta bagaimana perbelanjaan mewah dilakukannya.

Dulu ramai yang sudah cukup terkejut apabila diketahui wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib adalah berjumlah RM2,600 juta, tetapi kini nampaknya angka itu makin membesar sehingga didakwa mencecah RM4,200 juta.

Angka itu tentu saja menarik kerana ia secara kebetulan bersamaan dengan 10 peratus daripada hutang keseluruhan yang ditimbun oleh 1MDB iaitu RM42,000 juta.

Apa makna 10 persen bagi kebanyakan orang biasa apabila dikaitkan dengan politik dan perniagaan?

Negara-negara yang sedang menyiasat 1MDB juga turut bertambah iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Switzerland, Hong Kong dan terbaru sebuah negara yang jarang kita kenali, Luxembourg.
 
 
 
 
Pendedahan mengenai percutian, perbelanjaan mewah dan membeli barang kemas yang melibatkan Najib dan Rosmah juga kian bertambah, bukan saja dari segi jumlah wang yang dibelanjakan dan barang-barang yang dibeli, bahkan turut melibatkan Reza Aziz, anak Rosmah daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Dalam pendedahan terbaru WSJ, dilaporkan bahawa Reza melalui syarikat filemnya, Red Granite yang menerbitkan filem separuh porno, The Wolf of Wall Street didakwa telah menerima dana berjumlah AS$155 juta atau RM603 juta melalui laluan berliku yang diipercayai daripada 1MDB.

Dana itu diterimanya dalam tiga peringkat pada tahun 2012 iaitu RM60 juta, RM45 juta dan RM50 juta.

Selain itu, WSJ turut melaporkan bahawa pihak berkuasa UAE telah mengeluarkan perintah larangan perjalanan dan pembekuan aset dua bekas eksekutif syarikat pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company atau IPIC berhubung transaksi kewangan melibatkan 1MDB.

Tindakan terhadap kedua-dua eksekutif itu, Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Huseiney, jelas menunjukkan ada kemajuan dalam siasatan mereka lakukan.

Untuk hari-hari seterusnya pula, terutama kerana banyak siasatan sudah bermula, tidak diketahui  apa lagi pendedahan lain yang bakal terdedah mengenai Najib, 1MDB serta lambakan wang yang dibelanjakan berkaitan dengannya.
 
 
 
 
Kita juga tidak mengetahui berapa banyak lagi maklumat sulit yang ada dalam tangan WSJ, ABC News, Sarawak Report dan sebagainya yang mungkin hanya menunggu masa untuk disiarkan ke seluruh dunia.

Untuk itu, masa yang mendatang ini boleh dikira detik paling kritikal kepada Najib dalam usaha untuk mempertahankan kuasa pemerintahannya.

Walaupun tidak semua penyiasatan itu menjurus kepada Najib secara langsung, tetapi sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat dan orang yang bertanggungjawab menubuhkan 1MDB, kesan politiknya tentulah paling terkena kepada Najib.

Dalam pada itu, memandangkan berbagai negara sudah melakukan siasatannya, tidakkah di akhirnya nanti ia akan menjurus kepada Najib juga berikutan hubungannya yang rapat dengan 1MDB?

Dan selagi beliau memimpin UMNO serta kerajaan, selagi itulah juga kesan buruknya akan menimpa parti dan negara.

Meskipun secara teorinya Najib masih boleh bertahan selagi Ahli Majlis Tertinggi, menteri kabinet dan Ketua-Ketua UMNO bahagian berpihak kepadanya, tetapi sudah tentu apabila semakin banyak pendedahan dan pembongkaran mengeluarkan bau busuknya, ia akan menyebabkan sokongan rakyat  mereput secara perlahan-lahan kepadanya.

Najib tidak mustahil boleh dipertahankan sekurang-kurangnya sehingga tarikh pilihanraya umum diadakan, namun mampukah UMNO dan kerajaan terus dikekalkan jika penerajunya terus sarat dengan masalah dan isu yang tidak mampu untuk dijawab dan dihujah balas?

Jika keadaan itu berterusan, mempertahankan Najib hanya menjadi kerja sia-sia kerana UMNO tetap kalah dan ditolak rakyat juga akhirnya.

Apakah dalam waktu yang  masih ada ini, pemimpin-pemimpin UMNO tidak terfikir bahawa lebih berbaloi jika mereka turut sama mendesak pengunduran Najib dan seterusnya memberi peluang kepada pemimpin baru memulihkan keadaan?


Selangor mungkin kaji semula pemberian air percuma

Posted: 02 Apr 2016 08:45 PM PDT

 BERNAMA


Datuk Seri Mohamed Azmin AliDatuk Seri Mohamed Azmin Ali

Kerajaan Selangor tidak menolak kemungkinan untuk menyemak semula dasar pemberian air percuma 20 meter padu selepas proses penstrukturan semula industri air di negeri itu selesai sepenuhnya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata memandangkan kos pengambilalihan menelan kos begitu tinggi maka wajar kerajaan negeri mempertimbangkan supaya pemberian air percuma hanya diberikan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

"Ini antara pandangan yang banyak kita terima dalam beberapa tempoh lalu (pemberian air percuma kepada rakyat berpendapatan rendah sahaja). Program yang begini baik dan menelan kos yang besar dapat dimanfaat oleh golongan yang benar-benar memerlukan.

"Bagaimanapun, pada ketika ini kerajaan negeri masih memutuskan untuk teruskan (program air percuma) bagi 2016, namun setelah selesai penstrukturan industri perkhidmatan air yang juga menelan kos begitu tinggi, maka amat wajar cadangan dikemukakan diberikan perhatian serius supaya kos dikeluarkan ini dapat tepati kumpulan sasaran ini," katanya.

Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saari Sungib (Amanah-Hulu Klang) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang melaksanakan program pemberian air percuma itu hanya kepada rakyat berpendapatan rendah.

Menteri Besar berkata sejak mula dilaksanakan pada 1 Jun 2008 sehingga 31 Dis 2015, program pemberian air percuma menelan kos sebanyak RM1.1 bilion dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Beliau dalam pada itu menyeru rakyat Selangor supaya mengamalkan sikap berjimat cermat apabila menggunakan air.

"Statistik mendapati kadar penggunaan air dianggarkan 235 liter bagi setiap individu setiap hari dan kadar penggunaan ini adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kadar penggunaan di Singapura yang hanya guna 170 liter seorang sehari dan piawaian dikeluarkan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) hanya 150 liter seorang sehari," katanya.

KPN perlu sahkan sumber maklumat sebelum arah siasat, kata Shazni Munir

Posted: 02 Apr 2016 08:42 PM PDT


BORHAN AHMAD 
 

Shazni MunirShazni Munir


Ketua Polis Negara (KPN) perlu bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dengan memeriksa sumber maklumat yang diperolehi daripada media sosial dan tidak berwewenang memberikan arahan menerusi twitter berdasarkan fitnah daripada 'portal hantu' yang tidak diketahui hujung pangkal kebenarannya, kata Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Twitter Khalid yang mengarahkan siasatan dilakukan terhadap Munir atas dakwaan menghasut. Twitter Khalid yang mengarahkan siasatan dilakukan terhadap Munir atas dakwaan menghasut. Mengulas arahan Datuk Seri Khalid Abu Bakar di twitter yang meminta siasatan dilakukan terhadap beliau atas kesalahan menghasut, Shazni berkata artikel yang dimaksud KPN bersumberkan laman 'portal hantu' yang telah memutarbelitkan tulisan asal beliau di laman Free Malaysia Today.

"Pagi ini saya memperoleh satu 'printscreen' yang dihantar melalui rakan-rakan di WhatsApp yang memaparkan arahan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar di twitter, 'PCRIC dan Unit Siasatan Khas D5 @PDRMsia ambil tindakan keatas Penghasut ini' yang memaparkan gambar saya dengan pautan daripada blog www.malaysia-today.net

"Setelah saya semak, 'berita' yang dimuatkan ke dalam blog tersebut diambil daripada sebuah 'portal hantu', www.bicara.news.

Portal yang tidak diketahui 'admin' serta sebarang alamat ini memberikan ulasan yang sangat jauh terpesong daripada artikel saya di portal Free Malaysia Today. Saya sekeras-kerasnya menafikan ulasan fitnah yang dibuat portal www.bicara.news tersebut ke atas artikel saya," jelas Shazni.

Menurut beliau, sebagai KPN, Khalid seharusnya menyemak dahulu sumber maklumat yang diperolehi sebelum membuat sebarang arahan kerana memberikan arahan berdasarkan sumber maklumat yang salah adalah satu penganiayaan kepada diri beliausebagai warganegara.

"Kaedah ini tidak betul memandangkan isu utama yang dibangkitkan dalam artikel asal (saya) adalah GST yang jelas membebankan rakyat sepanjang tempoh setahun ini," kata Shazni.

Beliau menganggap insiden ini sebagai satu ugutan bagi mematikan mood penolakan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

"Pihak KPN seharusnya lebih profesional dalam melaksanakan tugas, bukan memberikan arahan di twitter berdasarkan fitnah daripada 'portal hantu' yang tidak diketahui hujung pangkal kebenarannya," tegas beliau.

'Portal hantu' www.bicara.news yang memutarbelitkan artikel Munir yang tersiar dalam Free Malaysia Today. 'Portal hantu' www.bicara.news yang memutarbelitkan artikel Munir yang tersiar dalam Free Malaysia Today

Ulama muda Pas lebih sudu dari kuah

Posted: 02 Apr 2016 08:38 PM PDT

Dikalangan bekas aktivis Pemuda sejak awal 1980-an seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa telah terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kepada Jamaah (Pas).

Berjuang sejak daripada zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yang tidak seberapa. Tetapi mereka inilah yang berjuang sejak zaman kelam, sejak umum masyarakat Malaysia tidak faham sangat apa itu Islam.

Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf ulama melainkan hanya sebagai tukang baca doa selamat.

Dikalangan bekas aktivis Pemuda inilah yang berjuang menegakkan politik Islam, mereka inilah yang memperjuangkan kedudukan ulama sehingga kepimpinan ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dalam Jemaah.

Kini nama-nama mereka ini dijaja oleh sekumpulan ulama muda pendatang baru dalam jemaah, sebagai munafiq jemaah.

Apakah ahli Pas boleh melabel sahabat dengan label begitu? Saya sezaman dengan Husam zaman tidur-bangun di Pejabat Pas Jalan Dato Pati.

Husam baru grad Universiti Malaya (UM) pada 1984. Saya pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah bersama menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.

Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.

Sebagai "orang Mekkah" saya mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jemaah di Malaysia hatta dapat berbincang dengan sebebasnya dengan bekas pimpinan Umno.

Saya mendengar kenaikan taraaf Husam di dalam jemaah.

Di satu majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah, saya berbicara dengan Tan Sri Sanusi Junid pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh.( jam 3.00 pagi waktu Saudi). Beliau nampak potensi pimpinan masa depan politik Melayu Islam dalam barisan muda Pas.

Antara yang kerap disebutnya, Husam Musa. Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya sertai semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lebih jadi pemerhati akademik.

Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis-majlis akademik di kampus. Memang zaman semesra bersama melepak di Pejat Pas Jalan Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia "Datuk" sukarnya dia nak panggil saya "Doktor".

Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat-sahabat lama ini. Sebagai orang akademik yang tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya, hati saya semacam mengesahkan apa yang pernah disebut oleh Tan Sri Sanusi Junid 2008 di Jeddah dulu.

Namun orang akademik berhadapan dengan realiti hanya boleh berharap dan mengimpikan.

Para pemain politikus lebih cekap mengelecekkan bola politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yang mungkin ideal.

Tiba-tiba akhir-akhir ini petaka apakah yang menimpa, pemimpin yang kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kepada kami bekas anak-anak muda yang telah mendokong begitu lama.

Apakah dengan gara-gara kemunculan kumpulan anak-anak muda baru yang menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami dikalangan bekas Pemuda ( bukan ulama) tidak di kasihi lagi.

Dalam ucapan terakhir pemimpin yang kami kasihi ini kedengarannnya macam menghalau saja kami dari lengkongan jemaah yang tercinta ini.

Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."

Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dalam muktamar. Tidak ada siapa berhak menghalau sesiap daripada jemaah ini. Allah dan Rasulnya yang meminta umat ini bersatu dalam jemaah.

Maka sesiapa berjemaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan Allah swt. Siapa kita yang boleh berasa orang lain boleh berambus daripada jemaah yang kita sayangi bersama.

Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli-ahli bawahan menghormati ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.

Selama ini sejak lebih setengah abad Pas meredah perjuangan Siyasah Islamiyyah. Pendokong bawahan menjunjung tinggi kedudukan ulama tanpa dipinta. Masa itu rasanya tidak ada anak menantu pimpinan ulama turut mahu membolot persada kuasa.

Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak untuk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa-apa nama yang agak rasmi boleh diminta.

Namun penghormatan yang hakiki tidak boleh dipaksa. Saya dan pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kepad Mat Sabu yang menaiki Timbalan Ketua DPPP.

Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Abu Bakar Chik dengan menjatuhkan kepimpinan Ustaz Ab Halim Arsyad.

Kami satu rombongan datang ke Rusila menemui Timbalan Presiden ketika itu Tuan Guru Haji Hadi Awang menyatakan pendirian kami.

Tuang Guru Haji Hadi menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jemaah. Kami terima. Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan ulama seperti allayarham Ustaz Haron dan Ust Yahya Uthman.

Memang kam tidak jemput Mat Sabu dan pimpinan Pemuda bagi pengisian. Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagai nak mati memenangkanya.

Puas hati degan prestasinya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat Pas beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jemaah.

Beliau hidup sederhana, sepanjang dua penggal sebagai ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam dipikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali-kali kerana perjuangan. Begitu hebat pengorbanannya dalam perjuangan.

Saya cabar adik-adik baru dalam Pemuda yang kutuk Mat Sabu.

Kamu yang hidup dengan imej kehidupan mewah dengan kereta mewah, sanggup kamu kutuk orang yang tidak pernah berkereta sepanjang jadi ahli Parlimen.

Kamu diangkat ke pentas ceramah/kuliah berbayar RM ratusan sejam, sanggup kamu kutuk orang yang berceramah dengan dibayar harga ISA.

Sila berMUHASABAH

*Penulis Dr Fauzi Zakaria adalah veteran Pas

Desakan Najib undur semakin panas hari ini

Posted: 02 Apr 2016 08:35 PM PDT

WARTAWAN MALAYSIA DATELINE


Perhimpunan Mansuh GST semakin panas.Perhimpunan Mansuh GST semakin panas.


Desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur dan GST dimansuhkan menjadi semakin jelas hari ini, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"PM harussedar popilaritinya sudah menurun 23% sejak isu membabitkan skandal dana 2.6 bilion dan 1MDB. Jadi bila rakyat berkumpul hari ini menunjukkan ada desakan rakyat untuk Najib turun dan mansuhkan GST segera," kata ahli parlimen Lembah Pantai ini.

Nurul Izzah tiba bersama pasukan dari PKR yang berarak ke Dataran Merdeka setelah beliau berjalan dari Central Market.

Ditanya sambutan hari ini terhadap protes GST, Nurul Izzah berkata  acara hari ini adalah sebahagian daripada program kesedaran untuk rakyat terhadap GSt.

Beliau yakin jumlah yang hadir dilihat lebih ramai kali ini berbanding bantahan sebelum ini.

"Ini salah satu usaha Pakatan Harapan, NGO dan rakyat untuk berkumpul bagi menolak GST," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin  berkata sebanyak 35 bas yang membawa penyokong demontrasi bantah GST hari ini dari Larut, Gopeng, Parit Buntar, Taiping,
Lumut, Bukit Gantang, Teluk Intan dan Tanjung Malim telah berkumpul sejak awal pagi tadi di ibukota.
Nizar menyakini himpunan hari ini melebihi sasaran Pakatan Harapan iaitu 10,000 penyokong.

"Ini mesej kepada Najib untuk beliau pertimbangkan GST kerana ia membebankan 30 juta rakyat negara ini

"Jika Najib tidak mengambil serius desakan rakyak, BN pasti akan kecundang pada PRU14 kelak," ujarnya.

Nizar juga berpuashati dengan kerjasama DBKL dan PDRM kerana menjaga keselamatan dan memberi laluan kepada semua penyokong untuk melakukan demontrasi tolak GST hari ini.

Mereka berarak di tengah-tengah cuaca panas panas di ibu kota ekoran fenomena El Nino.

Ketika tragedi MH370, Najib shopping cincin RM3.5 juta, dakwa DAP

Posted: 02 Apr 2016 08:34 PM PDT

WARTAWAN MALAYSIA DATELINE


Antara lakaran kartun yang dibawa semasa himpunan mansuhkan GST.Antara lakaran kartun yang dibawa semasa himpunan mansuhkan GST.


Pemimpin DAP, Anthony Loke menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tidak layak untuk menjadi pemimpin negara yang berjiwa rakyat kerana berjiwa elit dan tidak menjaga kepentingan rakyat.

Setiausaha Organisasi DAP itu berkata, ketika isu MH370, Najib berada di Itali membeli cincin bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang bernilai RM3.5 juta.

"Masa rakyat di Kelantan banjir teruk tahun lepas Najib di mana? Main golf di Hawaii. Sebelum itu shopping.

"Najib Dan Rosmah satu hari shopping habis RM500,000," kata Loke ketika memberikan ucapan di perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka hari ini.

"Undur Najib. Undur Rosmah," kata Loke memberikan semangat kepada semua hadirin yang terpaksa berhimpun di tengah panas ekoran fenomena El Nino bagi menyatakan bantahan terhadap perdana menteri Malaysia itu.

Katannya, walaupun kehadiran hari ini tidak seramai perhimpunan tahun lepas tetapi perjuangan akan diteruskan.

Bagi ahli parlimen Seremban itu, Najib tidak layak jadi perdana menteri ekoran dakwaan 42 bilion masuk ke akaun pribadi beliau dan bukannya RM2.6 bilion sebagaimana laporan sebelum ini.   Ekoran itu, beliau mengajak rakyat menetapkan pendirian bagi memastikan  Najib di tumbangkan selewat-lewatnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Di tengah panas El Nino, mereka berhimpun penuh semangat

Posted: 02 Apr 2016 08:30 PM PDT

ANALISIS BORHAN AHMAD


Peserta perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka semalam berhimpun di tengah kepanasan El Nino.Peserta perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka semalam berhimpun di tengah kepanasan El Nino.


Ketika cuaca panas akibat fenomena El Nino melanda ibu kota, lebih 5,000 peserta memenuhi Dataran Merdeka bagi menuntut agar cukai yang membebankan dan menjadi punca kemarahan rakyat, GST dimansuhkan.

Ada sesetengah pihak yang anti kepada perhimpunan ini menyifatkan ianya gagal dengan menyiarkan gambar dari udara kononnya hanya sedikit yang menyertai perhimpunan ini.

Namun bagi yang menyertai dan penganjurnya, mereka menyifatkan inilah perhimpunan yang paling berjaya bagi mereka kerana berjaya mengumpulkan sejumlah peserta ketika cuaca panas melanda negara.

Pesertanya pula termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang sudah berusia 90 tahun lebih.

Anggota keselamatan pula berjaya mengawal perhimpunan ini dengan baik. Dilaporkan, lebih 10 buah bas dan 20 buah van mengangkut polis keluar dari kawasan perhimpunan selepas perhimpunan tamat.

Di samping itu, lebih 100 petugas DBKL berbaris pulang selepas ia selesai dengan baik.

Namun begitu, doa penutup majlis yang dibaca oleh Dr Badrul Amin sedikit sebanyak mengelirukan apabila beliau menyebut Mahazalim dan Mahafirauan yang sebelum ini ditujukan kepada Tun Dr Mahathir seolah-olah ia ditujukan kepada bekas perdana menteri 22 tahun itu yang turut menyertai perhimpunan kali ini.

"Hukum mereka yang memenjarakan Anwar Ibrahim ya Allah, dan mereka yang meneruskan hukuman itu," kata doa Badrul Amin itu yang dianggap ditujukan kepada Dr Mahathir.

Mahathir datang dengan misi jelas semalam iaitu mahu berusaha jatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana beliau dianggap punca masalah negara sekarang.

"Saya sendiri rayu pada Najib janganlah kena GST tapi dia tak peduli sebab itu kita mesti jatuhkan Najib. Dialah punca segala masalah kita semua.

"Beribu pekerja Mas, Petronas dibuang. Saya pun dibuang juga," ujarnya.

Malaysia akan hubungi kerajaan Filipina

Posted: 02 Apr 2016 08:29 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Malaysia akan menghubungi kerajaan Filipina berhubung kes penculikan empat rakyat Malaysia semalam, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
 
Beliau berkata ini akan dilakukan setelah pihaknya mendapat maklumat sahih dan terperinci mengenai kejadian itu daripada pihak berkuasa berkenaan.
 
"Kemudian, barulah kita fikir, apakah kerjasama yang perlu dilakukan antara Malaysia dan kerajaan Filipina supaya mangsa diculik dapat dibawa pulang dengan selamat," katanya mengulas kejadian berkenaan.
 
Anifah ditemui pemberita pada majlis keraian 'Post-Sabah Earthquake - 'Thank You' dihos oleh Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan di sini, malam tadi.
 
Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar digantung serta merta segala bentuk hubungan perniagaan antara Sabah dengan Selatan Filipina.
 
Menurut cadangan itu, langkah itu termasuk menggantung pembekalan barang keperluan ke selatan negara itu.
 
Anifah berkata cadangan itu perlu dilihat jika ia mampu menjadi antara langkah terbaik mengurangkan kes penculikan yang sering berlaku di negeri ini.
 
Ujarnya, perniagaan memang penting namun nyawa melebihi kepentingannya sambil menambah, Malaysia memandang serius kes penculikan termasuk jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di perairan Sabah.
 
"Apabila ia melibatkan nyawa, kita (Malaysia) ambil serius dan saya tahu kerajaan Pusat begitu prihatin tentang (keselamatan) Sabah.
 
"Namun, perairan (Sabah) luas, agak sukar untuk menjaga dan mengawal satu atau dua kapal masuk.
 
"Justeru, kita minta supaya mereka (kerajaan Pusat) lebih melihat keadaan itu termasuk mencari kaedah memberhentikan kegiatan culik ini," katanya.
 
Semalam, empat warga negara Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun dari kumpulan sembilan kru kapal tunda, diculik sekumpulan individu ketika sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.
 
Bagaimanapun kumpulan penculik itu melepaskan lima individu lain yang terdiri daripada warga Myanmar dan Indonesia.
 
 

Dahulukan pemandu teksi: PERS1M

Posted: 02 Apr 2016 08:11 PM PDT

Teksi
Gambar hiasan


SHAH ALAM – Kerajaan harus mewujudkan sistem kuota dengan mendahulukan pemandu teksi dalam membuat sebarang keputusan berkenaan isu membabitkan golongan tersebut.

Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain berkata, tidak boleh ada dua perkhidmatan, ibarat teksi menentang kereta sapu (Uber dan GrabCar).

"Sekiranya kerajaan mahu meneruskan perkhidmatan  Uber dan GrabCar, kerajaan perlu memastikan mereka mematuhi segala syarat-syarat termasuk menyediakan perlindungan insurans demi menjamin keselamatan setiap penumpang.

"Sistem kuota yang diwujudkan itu perlu mendahulukan pemandu teksi sedia ada. Mereka boleh  memulangkan teksi dan menggunakan kereta persendirian bagi perkhidmatan Uber dan GrabCar," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa pengguna pilih Uber bukan teksi?]

Katanya, pemandu teksi adalah sebuah kerjaya tetap mereka, berbeza dengan perkhidmatan Uber dan GrabCar yang mana ia hanya melakukan sebagai pekerjaan separuh masa.

"Perlu diingat pemandu teksi terbeban dengan  pelbagai kos termasuk kos operasi, bayaran sewa dan pelbagai kos lain. Berbeza dengan pemandu Uber dan GrabCar," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berjanji akan menyelesaikan isu membabitkan pemandu teksi secara adil dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Kamarudin berkata, pihaknya bagaimanapun menyambut baik kesudian pemimpin itu melihat permasalahan  pemandu teksi dan berharap keputusan yang bakal diumumkan baik untuk industri teksi tanah air.

Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, Kamarudin berkata, tiada masalah untuk pihaknya menggunakan aplikasi sama seperti perkhidmatan Uber dan GrabCar.

"Pemandu teksi tidak pernah membantah sebarang penggunaan teknologi, tetapi sekiranya aplikasi sama diwujudkan kerajaan bagi perkhidmatan teksi sudah pasti operasi teksi lebih baik,''  katanya.


Tiada ulasan: