Sabtu, 23 April 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PEGAWAI NAJIB PUN TAK SABAR NAK DAPAT PM BARU?

Posted: 23 Apr 2016 08:29 AM PDT

 shahbudindotcom

 

 
 
Entah ke mana perginya para menteri, pemimpin dan hulubalang UMNO, alih-alih Setiausaha Akhbar Najib Razak sendiri yang ternampak paling ke depan mahukan Tun Mahathir Mohamad menamakan siapa calon PM dan TPM pilihannya bagi menamatkan spekulasi bahawa beliau sedang menyediakan laluan untuk anaknya, Mukhriz bagi jawatan tersebut.

Sedarkah pegawai Najib itu bahawa Mukhriz tidak boleh dinamakan sebagai calon PM atau TPM memandangkan kedudukannya hanya sebagai ADUN saja, bukannya Ahli Parlimen?

Jadi, menamakan sesiapa pun sebagai calon PM dan TPM, Mukhriz tidak mungkin boleh disenaraikan sama sekali dan tidak ada kaitan dengan spekulasi laluan  masa depannya dalam politik negara ini.

Tetapi, jika selepas PRU 14 atau beberapa tahun akan datang tersedia laluan yang selesa untuk Mukhriz, ia tentulah tidak logik dikaitkan dengan siapa calon PM dan TPM yang akan dinamakan oleh Tun Mahathir sekarang ini.

Ketika itu, ia lebih berkaitan dengan sokongan ramai terhadapnya, selain bagaimana usaha Mukhriz sendiri melonjakkan dirinya.

Menggunakan hujah Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tidak boleh dijadikan sandaran mutlak bahawa beliau ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Berapa ramai mereka yang bertanding Naib Presiden UMNO, malah yang menang sekali pun selama ini,  diketahui tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan  bukan  juga sebagai "material"  untuk jawatan itu?

Dalam pada itu, kenapa seorang Setiausaha Akhbar yang hanya "makan gaji"  dengan Najib  begitu beria-ia mahu tahu siapa calon PM dan TPM seterusnya?

Jika semua pemimpin yang menandatangani Deklarasi Rakyat, bahkan rakyat yang turut menyokongnya pun boleh bersabar mengenainya kerana keutamaan mereka ialah mahu melihat Najib diundurkan terlebih dahulu, mengapa pegawai Najib sendiri tidak boleh bersabar? 

Apakah beliau sudah tidak sabar untuk mendapat PM dan TPM baru untuk Malaysia?

Jika beliau begitu bersungguh mahu mengetahui siapa bakal PM dan TPM selepas ini, maka beliau semestinya segera bertukar menjadi antara yang bersungguh memastikan Najib letak jawatan dalam waktu terdekat ini.

Jatuh Najib, tahulah kita semua siapa PM dan TPM baru. 

Mudah saja kan!!

Tetapi ia tetap bukan Mukhriz kerana hanya mereka yang setaraf pemikiran dengan Fuad Zarkashi saja boleh terus bermimpi seorang Adun boleh dinamakan sebagai PM atau TPM bagi negara ini.


Premis terbuka jadi tempat ular berlindung

Posted: 23 Apr 2016 05:24 AM PDT

SINAR HARIAN


Ular
Gambar Hiasan.


KUALA LUMPUR - Premis terbuka seperti sekolah dan kawasan taman permainan kanak-kanak berisiko menjadi tempat haiwan berbisa seperti ular untuk berlindung ketika cuaca panas melanda negara ketika ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan berkata kawasan yang tidak didiami atau dikunjungi manusia dalam tempoh 24 jam, boleh menjadi tempat untuk ular berlindung dan mencari makanan.

"Misalnya di sekolah, kebanyakan tempoh pelajar berada di kawasan itu adalah separuh hari dari pagi hingga ke petang manakala pada waktu malam dan hujung minggu pula tidak berpenghuni.

"Ini akan meningkatkan keberangkalian ular memasuki kawasan sekolah seperti di kantin untuk mencari tempat berlindung daripada panas selain kawasan itu mempunyai banyak sumber makanan seperti tikus dan katak," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa, Kelantan yang maut dipercayai dipatuk ular berbisa di premis sekolah itu pada 19 April lepas.

Dr Tengku Rinalfi berkata sekolah perlu bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengadakan taklimat kepada pelajar mengenai langkah awal yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan ular.

Selain itu, taklimat juga perlu menjurus kepada pengetahuan asas berkenaan bantuan yang perlu dilakukan sekiranya dipatuk ular.

"Sekolah dan pihak berkuasa tempatan juga perlu melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa di kawasan padang sekolah dan taman permainan yang dipercayai boleh menjadi habitat haiwan berbisa itu," katanya.

Sementara itu, Pensyarah dan Pakar Rujuk di Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Ahmad Khaldun Ismail menggariskan beberapa langkah bantuan segera kepada mereka yang dipatuk ular.

"Langkah pertama ialah mangsa yang berada dalam keadaan cemas selepas dipatuk perlu ditenangkan, kemudiannya dibaringkan serta elakkan sebarang pergerakan fizikal.

"Seterusnya, balut kawasan yang digigit dengan kain bersih seperti kain anduh dan longgarkan pakaian yang ketat sebelum dibawa segera ke hospital atau klinik berdekatan," katanya.

Sepanjang Mac lepas, sebanyak 3,780 ular ditangkap di kawasan awam dan kediaman di seluruh negara yang dikaitkan dengan fenomena El Nino.

Menurut JPAM, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 499 kes, diikuti Perak (431), Terengganu (430) dan Wilayah Persekutuan (427).

Pada 19 April lepas, murid perempuan SK Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa Nuriey Nadhirah Roslan, 7, maut selepas dipercayai dipatuk ular ketika bermain di kawasan taman di hadapan kelasnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan kesan gigitan haiwan berbisa. - Bernama


Ku Li: Tarik balik status rahsia laporan 1MDB

Posted: 23 Apr 2016 05:07 AM PDT

 Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah


SHAH ALAM - Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar Parlimen dapat menarik balik status klasifikasi rahsia dan membenarkan setiap ahli Parlimen mendapatkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, penarikan klasifikasi rahsia tersebut akan dapat menghapuskan rasa cemas di kalangan orang ramai yang merasakan mereka tertipu serta tidak berhak untuk mengetahui keadaan sebenar di sebalik isu skandal kewangan negara yang terbesar itu.

"Ini bermakna ahli-ahli Dewan Rakyat yang mewakili para pengundi, iaitu orang ramai, hendaklah dimaklumkan mengenai isi kandungan laporan tersebut.

"Kita harus maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan, sebagai undang-undang negara tertinggi dan teragung semestinya diikuti dan di dokong dengan tegas," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa Laporan Akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Ketua Audit Negara kepada PAC Parlimen Malaysia diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tengku Razaleigh yang juga merupakan ahli Parlimen Gua Musang memaklumkan bahawa saranan pengubahan itu adalah sejajar dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaklumkan bahawa Ketua Audit Negara seharusnya menyiasat isu 1MDB dan menyerahkan hasil siasatan tersebut sebagai laporan untuk pertimbangan Dewan Rakyat.

"Dalam membuat keputusan tersebut, Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak apa yang hendak diselindungkan dan sesiapa yang didapati bersalah terpaksalah menghadapi tindakan undang-undang," katanya.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh memaklumkan bahawa berdasarkan Perkara 107 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

"Perkara 107(1) tidak menyebut langsung tentang klasifikasi mana-mana laporan Ketua Audit Negara sebagai rahsia negara. Klasifikasi rahsia tersebut adalah menyalahi Perlembagaan sekiranya laporan itu dihalang daripada dikemukakan kepada Dewan Rakyat," katanya.

Bapa dan anak antara 13 yang ditahan AADK Perak

Posted: 23 Apr 2016 01:52 AM PDT

Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani
 
Bapa dan anak antara 13 yang ditahan AADK Perak
Mahadzir menasihatkan golongan ibubapa agar menjalankan pemantauan berterusan ke atas anak mereka yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. - Foto Astro AWANI
 
 
IPOH: Seramai 13 penagih dadah, termasuk seorang bapa dan anaknya ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak di sekitar daerah Ipoh lewat Khamis malam.

Pengarah AADK negeri, Mahadzir Elias berkata daripada 13 individu yang berusia 17 hingga 51 tahun itu, 13 daripadanya termasuk seorang wanita didapati positif dadah pelbagai jenis.

Selain itu, dalam operasi bermula pada 7.45 malam hingga 1.30 pagi itu, sepasang kekasih dan tiga beradik turut ditahan.

"13 lelaki seorang wanita dan daripada yang ditahan ini juga kita dapati ada tiga suspek ini adalah adik beradik dan ditahan di rumah yang sama dan satu kes lagi bapa dan anak dan ini membimbangkan," kata Mahadzir.

Kesemua mereka kini disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 untuk siasatan selanjutnya.

Katanya, siasatan ujian saringan air kencing mendapati 7 daripada mereka positif dadah jenis methampetamin, 5 positif dadah jenis morfin dan seorang pula positif dadah jenis ganja.

Keseluruhan operasi melibatkan 11 anggota AADK dan serbuan dilaksanakan ke atas beberapa kawasan di sekitar Jelapang, Chemor dan Simpang Pulai.
Justeru Mahadzir menasihatkan golongan ibubapa agar menjalankan pemantauan berterusan ke atas anak mereka yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 
 
 

Kerajaan tak masuk campur 1MDB bermasalah bayar AS$50 juta

Posted: 23 Apr 2016 01:44 AM PDT

 
Kerajaan hanya memantau isu itu dan berharap 1MDB dan IPIC menyelesaikan bayaran faedah tersebut secepat mungkin.


1mdb-ipic-johari


KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak akan campur tangan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dilapor menghadapi masalah membayar faedah berjumlah AS$50 juta.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, isu pembayaran faedah AS$50 juta itu tidak melibatkan kerajaan.

"Ia tidak melibatkan kerajaan. Tetapi kerajaan mengambil maklum berhubung isu berkenaan. Di peringkat ini, saya rasa, kita tidak akan masuk campur.

"Kita akan biarkan 1MDB dan IPIC untuk selesaikan (pembayaran faedah AS$50 juta) antara mereka," katanya pada sidang medianya selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Baru di sini hari ini.

Baru-baru ini akhbar The Straits Times Singapura melaporkan, 1MDB menghadapi risiko gagal membayar faedah berjumlah AS$50 juta apabila IPIC tidak lagi bersedia untuk membayar faedah bon yang diterbitkan 1MDB.

Menurut laporan itu, 1MDB perlu menjelaskan bayaran faedah AS$50 juta kepada pemegang-pemegang bon bagi bon AS$3.5 bilion yang diterbitkannya pada 2012.

Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa menambah, kerajaan akan memantau perkembangan isu terbabit dan akan 'melihatnya' sekiranya wujud sebarang masalah.

Menurutnya, ini kerana transaksi yang melibatkan kedua-dua syarikat itu adalah lebih kepada pertikaian faedah.

"Biarkan mereka selesaikan. Tetapi kita akan memantau supaya isu ini diselesaikan secepat mungkin," katanya sambil menegaskan kerajaan belum membayar faedah AS$50 juta itu.

"Kita belum lagi bayar (faedah AS$50 juta). Kita hanya bayar faedah-faedah yang dihutang oleh kerajaan atau komitmen kerajaan. Yang tu kita bayar," katanya.

Ku Li bakal dilantik TPM Kedua?

Posted: 23 Apr 2016 01:42 AM PDT

 
Dakwaan itu kononnya untuk mengimbangi Zahid Hamidi yang sudah 'pasang angan-angan' untuk menjadi Perdana Menteri.


shah-budin-ku-l


PETALING JAYA: Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Kewangan tidak lama lagi.

Pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang itu dikatakan sebagai 'hadiah' kerana menandatangani Deklarasi Kelantan yang bertujuan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penulis blog yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Hussin, mendakwa pelantikan Razaleigh atau Ku Li juga bagi mengimbangi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sudah 'pasang angan-angan' untuk menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, Shahbudin yang mendakwa mendapat maklumat itu daripada seorang pemanggil berkata, Najib mahu melantik Ku Li bagi mengukuhkan lagi kedudukan beliau untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tapi bukankah Tengku Razaleigh nak jadi Perdana Menteri, bukannya Timbalan Perdana Menteri?

"Daripada tak jadi apa-apa, dapat jadi Timbalan Perdana Menteri pun kira okay juga, kata pemanggil tadi penuh yakin," tulis Shahbudin menerusi blognya shahbudindotcom.blogspot.com.

Pemimpin pembangkang dan Dr Mahathir terkejut dengan tindakan Ku Li yang baru-baru ini mendatangani Deklarasi Kelantan dan melabelkan Ahli Parlimen UMNO paling lama itu sebagai 'pengkhianat'.

Malah, Dr Mahathir mendakwa Ku Li sebenarnya dalang untuk menjatuhkan Najib.

Ku Li bagaimanapun mempertahankan tindakannya menandatangani Deklarasi Kelantan kerana ia bukan dokumen rasmi dan mencabar mana-mana pihak menunjukkan bukti beliau dalang menjatuhkan Najib

Henti lantik pemimpin `luput tarikh’ kepalai GLC – Anina

Posted: 23 Apr 2016 01:33 AM PDT

 
Ali yang ditolak rakyat di kawasannya tidak layak untuk mengepalai Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atas tiket UMNO.


Anina-Saadudin_mohd-ali-rustam_600


PETALING JAYA : UMNO seharusnya menghentikan sikap mengangkat pemimpin yang `luput tarikh' daripada mengepelai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin berkata, Mohd Ali yang ditolak rakyat di kawasannya tidak layak untuk mengepalai Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atas tiket UMNO.

"Tiada seorang pun rakyat Malaysia layak digelar sebagai pengkhianat selama mana dianya bercakap demi kebenaran untuk 30 juta rakyat Malaysia dan anak cucu mereka.

"Sesiapa sahaja yang menyokong (Datuk Seri) Najib Razak akan ditolak rakyat jelata dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anina dalam pada itu turut menyifatkan pemimpin UMNO yang ditolak rakyat dalam pilihan raya seperti Ali akan menggunakan teknik `menjilat' Presiden sebagai talian hayatnya supaya kelihatan relevan dalam parti.

Sebelum ini, Ali dilapor menyatakan bahawa pemimpin UMNO yang menentang Perdana Menteri tidak layak mewakili parti itu untuk bertanding pada PRU akan datang.

Kenyataan Ali itu ditujukan kepada Timbalan Presiden UMNO yang digantung di dalam parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

CEO Rayani Air Bidas Pekerja Rancang Pengambilalihan Kuasanya

Posted: 23 Apr 2016 01:25 AM PDT

Oleh: NICHOLAS CHENG
 
 
Ravi Alagendrran
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air Ravi Alagendrran telah membidas kakitangan yang mengumumkan rancangan untuk merampas kuasanya dalam syarikat itu, mencadangkan supaya mereka 'memulakan syarikat penerbangan sendiri jika mereka begitu bijak'.

Walau bagaimanapun,  beliau yang didakwa tidak membayar tunggakan gaji 400 kakitangannya dan tidak memotong wang Kumpulan Wang Simpanan Majikan (KWSP) akan memastikan pekerja-pekerjanya akan mendapat wang mereka, mendakwa beliau telah memuktamadkan perjanjian dengan pelabur untuk menjual 51 peratus pegangan saham dalam syarikat penerbangan itu.

"Ya, saya akan bayar mereka. Saya mempunyai pelabur-pelabur. Tengoklah mereka (pekerja), anda fikir mereka boleh bawa masuk pelabur?.

"Mereka terlalu mengikut emosi mereka seperti budak-budak," kata Ravi kepada The Star dalam satu temu bual telefon, sambil menambah beliau merancang untuk memberhentikan separuh daripada tenaga kerjanya.

"Saya akan buang semua orang-orang ini," tambah Ravi, berang.

Beliau menyalahkan mogok pekerjanya yang akan menjauhkan pelabur dan meletakkan syarikat penerbangan itu dalam masalah kewangan.

Pada Jumaat, kakitangan dari bahagian operasi dan kejuruteraan Rayani Air mengumumkan bahawa mereka sedang dalam perbincangan dengan beberapa pelabur untuk membeli majoriti saham dalam syarikat penerbangan itu daripada Ravi, mengatakan bahawa mereka tidak mahu CEO itu menerajui syarikat itu lagi.

Mereka juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ravi dan isterinya, Datuk Karthiyani Govindan jika gaji mereka bagi bulan Mac tidak dibayar dan KWSP tidak dipotong.

Bantahan itu diketuai oleh Pengurus Operasi Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Zulkalnain Azdan yang juga menuduh Ravi tidak mempunyai pengalaman penerbangan dan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap kakitangan.

Sebagai tindak balas, Ravi mendakwa pengurus stesen itu pada asalnya diupah sebagai pencuci pesawatnya, tetapi dia telah dipaksa untuk menaikkan pangkat Zulkalnain kepada pengurus stesen oleh kakitangan atas sebab tertentu.

Rayani Air yang memulakan operasi sejak Disember lalu adalah syarikat penerbangan yang pertama di Malaysia beroperasi berlandaskan patuh syariah.

Pada 11 April, Jabatan Penerbangan Awam telah mengeluarkan arahan pergantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan selepas syarikat itu berdepan banyak aduan dan menggantung sendiri operasinya untuk penstrukturan semula.
 
 

Tolong Robohkan Highland Towers - Penduduk

Posted: 23 Apr 2016 01:21 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 

KUALA LUMPUR: Penduduk Taman Hillview dan Taman Sri Ukay, di sini mahu dua blok kondominium terbiar Highland Towers dirobohkan selepas ia menjadi sarang penjenayah dan penagih dadah.

Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay Hillview Datuk Siti Hendon Chik, yang mewakili lebih daripada 1,000 penghuni di kedua-dua taman perumahan itu berkata, penduduk sebulat suara mahukan dua blok 12 tingkat berkenaan dirobohkan selepas satu bloknya runtuh 23 tahun lepas.

Selagi bangunan kosong itu dibiarkan, ia menjadi lokasi terbaik untuk penjenayah dan penagih dadah bersembunyi, katanya.

Beliau turut memberi amaran penduduk akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik tanah kerana enggan merobohkan bangunan itu bagi memastikan keselamatan penghuni di situ berikutan terdapat kemungkinan masih ada penjenayah bersembunyi di sana.

"Tolong lakukan sesuatu..." rayunya ketika ditemui Bernama di kediamannya.

Kira-kira 23 tahun lepas, satu daripada tiga blok Highland Towers runtuh, dan penghuni dua blok lain dipindahkan dan dikosongkan sehingga kini dan telah menjadi persembunyian penjenayah dan penagih dadah.

Pada 12 April lalu, polis menembak mati tiga daripada enam penjenayah yang dipercayai perompak, dalam serbuan yang dilakukan di satu daripada blok kondominium itu.

Insiden itu menambahkan kebimbangan penduduk di kawasan sekitarnya.

Apa yang lebih meresahkan adalah tiga daripada penjenayah berkenaan berjaya meloloskan diri daripada serbuan itu.

Siti Hendon berkata insiden tembakan itu mencetuskan rasa takut dalam kalangan penduduk di situ.

Katanya, beliau juga hampir menjadi mangsa penjenayah apabila beberapa perompak cuba memasuki rumahnya dua tahun lepas.

"Mujur, pengawal keselamatan saya nampak dua lelaki sedang mengintai di beranda. Perompak itu kemudian melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Mohinder Singh, 78, yang rumahnya terletak hampir dengan pintu masuk utama ke kondominium berkenaan, turut bersependapat dengan Siti Hendon, dan meminta pemilik tanah berkenaan merobohkan baki dua blok tersebut.

Katanya, dua blok terbiar itu mendatangkan risiko keselamatan kepada penduduk berhampiran dan berharap pemilik tanah berkenaan dapat mengambil tindakan pantas untuk merobohkannya.

"Tempat itu adalah satu gangguan untuk kami kerana ia menarik perhatian penagih dadah dan perompak. Bagaimana kami boleh rasa selamat?

"Sudah 23 tahun sejak insiden itu (bangunan runtuh). Mereka mahu runtuhkan baki blok yang ada tapi sehingga ke hari ini, bangunan itu masih ada," katanya.

Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Abd Hamid Hussain berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan bank yang memiliki tanah itu untuk membincangkan isu berkenaan.

Katanya mesyuarat dijangka diadakan minggu ini dan berharap dapat mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan penduduk sekitar.

Ditanya sama ada MPAJ akan memaksa pemilik tanah merobohkan bangunan itu, Abd Hamid berkata ia tidak mungkin dilakukan kecuali ada bukti kukuh bangunan tersebut tidak selamat dan mungkin roboh.

Beliau meminta penduduk untuk bersabar sehingga pemilik tanah mencapai keputusan sama ada untuk merobohkan bangunan itu atau sebaliknya.

Usaha Bernama mendapatkan bank itu sejak Khamis lepas ternyata sia-sia.

Tinjauan Bernama di tapak lokasi mendapati orang ramai bebas menceroboh kawasan Highland Towers.
Pagar hadapannya sudah rosak dan dipotong seakan menjadi pintu kecil untuk dilalui sesiapa sahaja.

Selain itu, bangunan di situ juga tidak mempunyai pagar, menjadikannya lebih mudah diceroboh terutama melalui kawasan hutan dan belukar.

Kira-kira 500 meter dari bangunan itu terdapat kawasan perumahan yang menjadikannya sasaran mudah oleh penjenayah yang bersembunyi di sana.

'Wajah' Sebenar Bukit Bendera Didedah

Posted: 23 Apr 2016 01:18 AM PDT

Oleh: K. SUTHAKAR
 
 
 
 
EKSKLUSIF  GEORGE TOWN: Aktiviti pembukaan tanah bagi tujuan pertanian di Bukit Bendera adalah jauh lebih luas daripada apa yang difikirkan.

Walaupun beberapa tompokkan kawasan hutan yang botak di Bukit Bendera dapat dilihat dengan mata kasar dari jalan raya di bahagian bawah bukit, tinjauan dari udara memberi gambaran sebenar.

Jelas kelihatan pembukaan tanah secara berleluasa di sepanjang cerun bukit, terutama di Paya Terubong.

The Star merakamkan imej keadaan di Bukit Bendera menggunakan drone yang diterbangkan pada ketinggian 600 kaki hingga 1,500 kaki dari Jalan Paya Terubong.

Imej-imej yang mendedahkan pemandangan hodoh kawasan terbuka cerun bukit - kelihatan sama seperti di Cameron Highlands dan Lojing.


Keadaan hutan di Bukit Bendera.
 
Kawasan itu dibersihkan oleh petani bagi tujuan pertanian.

Sebahagian daripada mereka memiliki tanah, ada yang mempunyai lesen menduduki sementara, sementara yang lain mungkin melakukan aktiviti pertanian secara haram.

Terdapat beberapa struktur turut didirikan di lereng bukit di atas tanah perkuburan di Paya Terubong.

Gambar drone menunjukkan pekerja asing melakukan kerja-kerja pembinaan.

Terdapat juga kesan botak berhampiran sebuah menara telekomunikasi, tidak jauh dari Tokong Kuan Yin.

Ini dapat dilihat dengan jelas oleh pengguna jalan raya yang datang dari Lebuhraya Thean Teik berhampiran tanah perkuburan lain menuju ke Bandar Baru Air Itam.

Gambar-gambar itu turut ditunjukkan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Patahiyah Ismail dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Addnan Mohd Razali.

Patahiyah berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

"Kita sedar mengenai kawasan bukit yang terbuka. Kami juga telah mengambil gambar udara. Tindakan sedang diambil," katanya.

Patahiyah berkata kumpulan petani itu dianggap melanggar Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 jika mereka tidak mendapat kelulusan daripada pihak majlis.
 
 

Borang Pencalonan Empat DUN Catat Jualan Tertinggi - SPR

Posted: 23 Apr 2016 01:09 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Takun Sunggah


KUCHING: Empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatat jualan borang pencalonan tertinggi menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11), dengan 20 set bagi setiap kerusi berkenaan, sehingga Jumaat.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Datuk Takun Sunggah memberitahu Bernama, empat kawasan itu yang majoritinya penduduk masyarakat Cina adalah DUN Bukit Assek, Dudong dan Bawang Assan di Sibu, serta Pujut di Miri.

Setakat ini, keempat-empat kawasan tersebut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan DAP.

BN meletakkan calon langsung di tiga daripada empat kawasan berkenaan termasuk penyandang kerusi Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh semasa menjadi anggota Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Wong yang keluar daripada SUPP pada 2014 bagi menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) sebelum menubuhkan Parti Rakyat Bersatu (UPP), telah meletak jawatan sebagai Presiden UPP untuk bertanding sebagai calon langsung BN pada PRN kali ini.

Kerusi DUN Dudong pula akan ditandingi bekas anggota SUPP dan bekas Anggota Parlimen Lanang, Datuk Tiong Thai King, manakala muka baharu seorang ahli perniagaan, Datuk Hii King Chiong akan bertanding di Pujut.

Sementara kerusi DUN Bukit Assek akan ditandingi Pengerusi SUPP Bukit Assek, Chieng Buong Toon.

DAP pula mengumumkan meletakkan tiga muka baharu - peguam Irene Mary Chang Oi Ling di Bukit Assek, Chiew Sung Ngie (Bawang Assan) dan Dr Ting Tiong Choon (Pujut), sementara penyandang Yap Hoi Liong akan mempertahankan kerusi DUN Dudong.

Pada PRN 2011, DAP memenangi tiga kerusi berkenaan menerusi mendiang Wong Ho Leng di Bukit Assek, Yap Hoi Liong (Dudong) dan Fong Pau Teck (Pujut).

Selain itu, Takun berkata beberapa kawasan daripada 11 kerusi baharu pada PRN kali ini, turut mencatat penjualan borang pencalonan yang tinggi iaitu di DUN Batu Kitang dan Serembu, masing-masing 13 set.

Sementara DUN Bukit Semuja sebanyak 11 set, Gedung (10 set), Samalaju dan Murum, masing-masing lapan set, Mulu (tujuh set) dan Bukit Goram (lapan set).

Beliau berkata borang pencalonan itu dijual dengan harga RM20 satu set.

Calon juga perlu membayar deposit sebanyak RM5,000 dan bahan kempen pilihan raya RM3,000 sebelum atau pada hari penamaan calon pada Isnin ini, kata Takun.


Larry Sng Berundur Kerana Tidak Cukup Dana Untuk Kempen

Posted: 23 Apr 2016 01:06 AM PDT

Oleh: RAHMAH GHAZALI
 
 
Larry Sng
 
 
PETALING JAYA: Beberapa hari selepas peletakan jawatan yang tidak dijangka, Pengasas Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng telah 'bersuara' mengenai sebab keputusan itu dibuat.

Dalam tulisan di Facebook pada Sabtu, Sng berkata beliau 'kekurangan dana' berbanding Barisan Nasional (BN) di kerusi yang beliau berhasrat untuk bertanding, Bukit Goram.

"Bukti Goram adalah satu-satunya kerusi berbahaya untuk PBB. Mereka akan melakukan apa sahaja yang mereka boleh untuk memenanginya.

"Jadi untuk bertanding, saya percaya saya mempunyai peluang yang agak baik untuk menang tetapi bajet saya untuk memenangi pilihan raya meningkat tiga kali ganda dan saya masih kekurangan dana," katanya.

Sng mendakwa BN mempunyai lebih daripada cukup dana untuk rumah-rumah panjang, yang merupakan majoriti pengundi.

"Medan pertempuran sebenar bukan kawasan bandar, tetapi di rumah-rumah panjang kerana 80 peratus daripada pengundi tinggal di sana," kata beliau sambil menambah bertanding kerusi itu juga bermakna meletakkan dirinya dalam bebanan hutang yang tinggi.

"Melihat kepada dana yang telah dikumpul ia akan menyebabkan saya menanggung hutang yang tinggi dan jika saya dipilih akan membuatkan lima tahun akan datang sukar untuk saya memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Saya tidak mahu hanya dipanggil 'YB', saya ingin melakukan sesuatu untuk komuniti saya," katanya.

Walaupun beliau juga mempunyai sebab-sebab peribadi, Sng berkata beliau bukan seorang yang mementingkan diri.

"Secara peribadi, saya kecewa, tetapi saya sedar sekarang bahawa beberapa keputusan dalam hidup adalah sukar tetapi perlu," katanya.

Pada Rabu, Sng mengumumkan peletakan jawatannya dan berkata beliau tidak akan bertanding sebagai calon dalam pilihan raya negeri, dan bahawa semua keputusan parti akan dibuat oleh  Setiausaha Agung SWP Munan Laja.

Sng sebelum ini telah bersama Parti Rakyat Sarawak (PRS), tetapi telah bertelagah dengan Presiden Tan Sri James Masing pada tahun 2006.

Beliau kemudiannya telah digugurkan daripada bertanding dalam pilihan raya negeri 2011.
 
 

Berpolitik jangan sampai 'mengejek' Allah

Posted: 23 Apr 2016 01:03 AM PDT

Oleh Zainal Salleh
Post Pic
 
 
[ULASAN] Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa kaedah statistik bukan semuanya boleh ditentukan kepada ajaran Islam kerana ia tidak sama kaedah hisab di hari akhirat. 
 
"Kadang-kadangnya 100 peratus tolak satu peratus menjadi kosong, bukannya 99 peratus…Al Quran menegaskan betapa di akhirat itu mensyaratkan iman yang ikhlas tanpa syirik  dan wajib mengikhlaskan niat keranaNya," kata Hadi. 
 
Beliau memberi komentar terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan Indeks Syariah bagi memastikan betapa tahap pencapaian maqasid syariah. Inti Indeks Syariah itu, tegasnya, adalah keikhlasan. 
 
Bagaimanapun baik PAS mahupun Umno kini terpanggil memberi respons terhadap saranan pakar perbandingan agama, Dr Zakir Naik supaya bekerjasama dan menubuhkan kerajaan perpaduan demi umat dan maruah Islam. 
 
Malangnya buat kesekian kalinya jawapan yang diberikan pemimpin kedua-dua parti agak standard dan tidak menunjukkan keghairahan membincangkan secara tuntas bidang dan pendekatan kerjasama yang boleh dilakukan. 
 
Umno dan PAS mempunyai ideologi dan pendekatan politik yang agak berbeza. Bagaimanapun kedua-duanya mendakwa perjuangan utama masing-masing ialah untuk memperkasa umat  dan memartabatkan Islam di negara ini. 
 
Bagaimanapun sejak lebih enam puluh tahun lalu, kedua-dua parti mengambil tindakan politik yang sama – bergiat untuk mencari perbezaan daripada berusaha untuk mencari titik persamaan sesama mereka. 
 
Kegiatan politik kedua-duanya kadangkala begitu memuncak sehingga ada yang terlalu yakin bahawa "ia lebih muslim daripada pihak yang satu lagi". Pernah suatu ketika kedua-dua parti saling mencerca iman lawan, sebagai kufur.
 
Cuma untuk tempoh tidak sampai lima tahun, kedua-dua pihak bersetuju untuk berpolitik di atas platform yang sama – Barisan Nasional – agak reda politiking di antara PAS dan Umno ketika itu dan rakyat ternyata lega. 
 
Bagaimanapun apabila berpecah kongsi, pertarungan menjadi sengit kembali. PAS beberapa kali cuba melaksanakan formula kejayaan Umno-BN dengan cuba menghimpunkan parti-parti pembangkang untuk bersama mereka. 
 
Maka wujudlah Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah dan kemudiannya Pakatan Rakyat. Semuanya tidak membuahkan kejayaan mutlak. Kini PAS menjalin kerjasama dengan parti yang belum teruji – Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
 
Setelah berlaku penghijrahan beramai-ramai pemimpinnya untuk menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN), PAS bangkit semula dengan pemikiran politik yang lebih bening. 
 
Muhasabah diri dilakukan dan PAS kini mahu menjadi kerabat kepada mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam. Kali ini fokus PAS lebih jelas. 
 
Meskipun diuja dengan beberapa kesempatan untuk meluaskan pengaruh politiknya, PAS lebih istiqamah dengan dasar-dasar dakwahnya. Yang pertama diislahkan ialah jangan terjebak dengan kilauan kuasa. 
 
Di Terengganu, PAS boleh sahaja menumbangkan kerajaan Umno jika menyokong "pemberontak" Umno yang mahu jatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
 
Bagaimanapun PAS enggan menjadi oportunis politik – satu pendirian yang amat "kurang disenangi malah dibenci" oleh bekas pemimpin-pemimpinnya yang kini menerajui PAN. 
 
Demi berpegang pada konsep budiman – budaya politik matang sejahtera -- PAS sedia menunggu hingga tamat penggal perkhidmatan Umno memerintah Terengganu sebelum bersaing secara terbuka pada pilihanraya umum 2018. 
 
PAS makin istiqamah. Apabila pihak pembangkang mahu membelakangkan Perlembagaan Negara dengan bertindak menjatuhkan perdana menteri melalui demonstrasi dan petisyen rakyat, PAS menolak. 
 
Pilihanraya Umum 2013 telah meletakkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. PAS terima keputusan rakyat yang memberi Najib mandat memerintah Malaysia sehingga 2018. PAS sanggup menunggu PRU 14. 
 
"PAS sentiasa berpegang pada dasar Islam yang mana salah satunya adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan," kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan. 
 
Beliau menukilkan ayat al quran: "dan hendaklah kamu bekerjasama untuk melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bekerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." (al Maidah ayat 2). 
 
Namun harapan umat keseluruhannya ialah mahu PAS dan Umno menjalin kerjasama yang lebih menyeluruh, tersusun dan berkekalan. 
 
Mufti Perak, Tan Sri Tan Sri Harussani Zakaria berkata UMNO dan Pas wajib menjalin kerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini.
 
Pendakwah, Datuk Mohd Kazim Elias juga menyokong saranan Dr. Zakir memandangkan perkara itu adalah perintah Allah dan Rasulullah supaya bersatu dan bertolong-tolongan atas perkara kebaikan dan ketakwaan.
 
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong pula berkata, hanya penyatuan orang Melayu-Islam selaku masyarakat dominan dapat menjamin kestabilan di negara ini.
 
Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, soal penyatuan antara UMNO dan Pas bukan perkara baru.
 
Malah, katanya, perkara berkenaan  telah dan sedang diusahakan pihak tertentu dalam menguruskan perbezaan dan mencari titik persamaan antara kedua-dua parti itu.
 
Namun ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki masih menganggap cadangan Dr Zakir itu sebagai pandangan peribadi yang perlu dihormati.
 
Beliau menegaskan PAS dan Umno tidak berhasrat bergabung termasuk mewujudkan kerajaan campuran kerana buat masa ini hubungan kedua-dua parti adalah baik dan  kedua-dua parti berakidah yang sama iaitu ahli sunnah wal jamaah. 
 
" Apa yang penting bukan bersatu dengan maksud membentuk satu entiti hingga perlu meleburkan identiti mana-mana parti. 
 
"Tetapi lebih utama ialah kesediaan untuk bersatu dan bekerjasama memperjuangkan agenda yang sama iaitu memartabatkan Islam dan menjaga kepentingan umat Melayu. 
 
Harapan umat ialah, ucapan-ucapan pemimpin PAS dan Umno bukan sekadar retorik. Seharusnya mereka insaf akan amaran Allah: 
 
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." (Surah As-saf ayat 4)
 
Namun begitu janganlah objektif yang ditentukan Allah itu dijadikan alat atau alasan politik kerana amaranNya cukup keras:
 
"Wahai orang-orang yang beriman kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.
 
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah As-saf ayat 2 dan 3). 
 
Berpolitik ada hadnya. Jangan sampai mengejek Allah. Berusahalah mencari titik persamaan. Jangan perbesarkan perbezaan. Tunaikan ikrar mahu bekerjasama. Bukan bercakap hanya untuk menjaga hati pengundi. Bersatulah kerana Allah.
 
 

Guru terpijak ular dikejarkan ke hospital

Posted: 23 Apr 2016 12:59 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Seorang guru wanita dikejarkan ke hospital selepas terpijak seekor ular di bilik stor sekolah pada tengah hari, kelmarin.
 
Walaupun kaki kirinya kebas selepas insiden itu, doktor di Hospital Sultanah Bahiyah mengesahkan beliau tidak dipatuk reptilia itu.
 
Kejadian di Sekolah Kebangsaan Mergong itu, guru berusia 23 tahun itu masuk ke bilik stor untuk mengambil barang keperluan mengajar apabila terpijak ular sawa burung.
 
Terkejut melihat ular berwarna hijau itu, dia berlari keluar dari stor itu dan memberitahu rakan setugasnya yang segera membawanya ke hospital.
 
Petugas keselamatan sekolah itu berjaya membunuh ular berkenaan.
 
Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kota Setar, Sarjan Mohd Redza Mohd Rais berkata, panggilan kecemasan diterima dan anggotanya telah diarah untuk ke tempat kejadian.
 
"Sebaik tiba, ular itu sudah mati," katanya.
 
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, guru berkenaan mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.
 
"Dia dalam keadaan stabil tanpa sebarang kesan dipatuk pada kaki.
 
"Guru berkenaan masih dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu kakinya kebas," katanya sambil menambah guru berkenaan telah dibenarkan pulang pada Jumaat.
 
Pada Rabu, murid Tahun Satu SK Datuk Hashim 1 Kota Baru, Kelantan, Nuriey Nadhirah Roslan meninggal dunia akibat dipatuk ular di kawasan sekolahnya.
 
 

Negara dijangka alami masalah air hingga Sept

Posted: 23 Apr 2016 12:56 AM PDT

MALAYSIAKINI




Malaysia dijangka mengalami masalah bekalan air sehingga September berikutan cuaca panas yang dialami sekarang diramal berterusan sehingga tempoh itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata walaupun cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino dijangka berakhir pada Jun tetapi perubahan angin monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas akan bermula Mei hingga September.

"Perubahan angin monsun Barat Daya akan berlaku pada Mei hingga September ini, iaitu musim panas dan kering yang dialami setiap tahun. Selepas itu hingga hujung tahun barulah beralih kepada musim tengkujuh," katanya.

Cuaca panas dan kering serta perubahan angin monsun itu akan menyebabkan takungan air di empangan seluruh negara semakin menyusut dan kritikal, katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program inovasi pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Tamparuli, di Tuaran semalam.

Untuk itu, katanya operasi pembenihan awan sedang giat dijalankan dengan kerjasama agensi berkaitan bagi menghasilkan hujan di kawasan empangan termasuk di Perlis, Kedah, Perak, Johor dan Sabah.

Madius berkata operasi pembenihan awan itu akan dilakukan setiap hari sekiranya tiada masalah teknikal berlaku.

"Operasi itu dibuat bagi memastikan air di empangan mencukupi agar bekalan dapat disalurkan secara berterusan (sepanjang cuaca panas dan kering).

"Justeru, operasi itu akan diteruskan sehingga matlamat tercapai dan bekalan air di empangan berada pada paras selamat," katanya.- Bernama


Calon muda dalam misi rampas kerusi luar bandar dari BN

Posted: 23 Apr 2016 12:53 AM PDT

Koh Jun Lin  




P'RAYA SARAWAK | Tiada bekalan air dirawat. Tiada bekalan elektrik. Mungkin beberapa jalan yang kotor.

Bagi sesetengah ahli muda pembangkang yang dicalonkan bertanding di kawasan pedalaman Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, sesungguhnya kekurangan pembangunan di kampung halaman masing-masing menjadi pendorong kepada mereka.

Walaupun tidak berpengalaman dan masih baru dalam politik, namun mereka bercakap dengan penuh semangat tentang asas perjuangan mereka, dengan harapan kekurangan pembangunan di kawasan luar bandar akan turut membantu mereka meraih undi.

"Ia bukan sahaja saya," kata Paren Nyawi, calon DAP bagi kerusi Katibas.

"Apabila rakyat Sarawak menamatkan pengajian mereka, ramai akan berhijrah ke bandaraya (di Semenanjung Malaysia) dan bekerja di sana.

"Mereka akan membuat perbandingan apabila mereka pulang ke rumah, untuk bercuti dan sebagainya, dan melihat perbezaan besar antara Sarawak dan Semenanjung," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual pada 4 April.

Paren yang berusia 35 tahun itu bekerja di Kuala Lumpur sebagai juruaudit selama 10 tahun, tetapi kini bekerja sebagai seorang pembantu kepada Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling, selepas menyertai DAP tahun lalu.

Sentimen Paren turut dikongsi oleh rakannya dari PKR di Marudi, Elia Bit yang menuntut di Shah Alam untuk ijazah sarjana dalam kajian media dan maklumat perang saraf, sebelum berkhidmat seketika dengan Radio Free Sarawak.

Elia berkata jelajah tiga minggu ketika bertugas dengan Radio Free Sarawak tahun lepas menjadi pembuka mata untuk dia, bukan sahaja kerana kekurangan pembangunan di Sarawak, tetapi juga baginya dalam memahami politik.

"Apabila saya membaca jurnal dan penyelidikan mengenai orang saya, ia berkata Malaysia amat baik dan kita akan menjadi negara maju pada tahun 2020. Orang di Sabah dan Sarawak benar-benar kaya, dan semua itu.

"Tetapi apabila saya pergi ke peringkat akar umbi (untuk menjalankan temu bual), ianya sama sekali berbeza. Seratus peratus berbeza daripada apa yang saya pelajari dan apa yang anda berharap untuk melihatnya," kata Elia, 28.

Secara kebetulan, PKR mencari calon untuk bertanding di Marudi pada masa itu, dan Elia menjadi pilihah.

Ditanya bagaimana dia bercadang untuk membawa perubahan memandangkan Pakatan Harapan tidak mungkin dapat membentuk kerajaan negeri yang akan datang, Elia memberi satu anekdot mengenai tiang lampu berhampiran kampungnya, Long Lapok.

Katanya, tiang lampu itu didirikan sekitar tahun 2010, tetapi selepas pulang daripada pengajiannya tahun lalu, dia mendapati tiang lampu itu masih belum disambungn dengan mana-mana sumber elektrik.

Katanya, beliau membangkitkan isu itu di media dan dalam tempoh sebulan - pada bulan Ogos tahun lalu - lampu itu menyala.

"Sebab itu saya beritahu kampung-kampung di sana, 'Sebenarnya, kerja ini boleh dilakukan dalam tempoh sebulan. Mengapa mereka biarkan selama sehingga lima tahun? '

"Bolehkah anda bayangkan? 2010 adalah sebelum pilihan raya umum 2013. Mereka (parti BN) telah menggunakan isu itu (untuk bermain) politik pembangunan untuk memenangi undi. Oleh kerana mereka menang pada 2013, mereka biarkan projek itu, begitu sahaja, "katanya.

Sementara itu, calon DAP di Pakan - Rinda Juliza Alexander - sibuk bekerja di bawah inisiatif Impian Sarawak parti itu untuk membawa beberapa kemudahan asas kepada daerah pedalaman di kawasan pilihan rayanya itu.

Adenan janji tak akan jadi Yang Dipertua Negeri bila bersara

Posted: 23 Apr 2016 12:50 AM PDT

Lu Wei Hoong    




Sambil meminta mandat yang lebih besar dalam pilihan raya negeri yang akan datang, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berjanji tidak akan menduduki jawatan Yang Dipertuan Negeri apabila bersara selepas berakhirnya penggal pertadbiranya lima tahun lagi.

Katanya, beliau telah menyandang banyak jawatan penting seperti menteri persekutuan dan menteri negeri, ahli Parlimen dan kini menjadi ketua menteri.

"Tak ada lagi. Yang seterusnya sudah tentu Yang Dipertua Negeri Sarawak. Tetapi saya tidak mahu menduduki jawatan itu," katanya di hadapan 30,000 semasa acara kemuncak majlis Sejiwa Senada di Kuching pagi ini.

Sudah menjadi tradisi bagi ketua menteri yang telah bersara untuk menyandang jawatan yang dipertua negeri, sepertimana Tun Abdul Rahman Yakub dan Tun Abdul Taib Mahmud.

'DAP korban Batu Kitang bagi jaga hubungan dengan PKR'

Posted: 23 Apr 2016 12:48 AM PDT

MALAYSIAKINI




DAP telah mengorbankan kerusi Bukit Kitang untuk berdamai dengan PKR berhubung pertikaian dalam pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei ini, kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng.

Kerusi Batu yang diwujudkan dari kawasan pilihan raya Batu Kawah dan Kota Sentoasa yang diwakili DAP, pada asalnya diperuntukkan untuk pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, kata Lim.
Kerusi itu, tambahnya, kini akan ditandingi oleh calon PKR, Voon Shiak Ni.

"DAP akan memberi sokongan penuh kepada calon wanita Voon Shiak Ni seperti yang diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"DAP berharap PKR dan DAP boleh bekerjasama dan membantu satu sama lain untuk memastikan kemenangan bersama dan untuk memenuhi misi bersejarah menafikan BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Sarawak," kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

DAP juga akan bertanding 30 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, yang akan menyaksikan parti itu bertanding di lebih banyak kerusi bukan majoriti pengundi Cina, kata Lim.

Beliau juga mengecam keras Ketua Menteri Sarawak Tan Sri denan Satem yang melalrang pemimpin Pakatan Harapan masuk ke negeri itu, yang disifatkannya sebagai "satu penyalahgunaan kuasa".

Setakat ini, lebih 40 ahli Parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik, telah dilarang memasuki Sarawak, termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Anthony Loke dan juga Presiden AMANAH Mohamad Sabu .

PKR dan DAP Sarawak tidak sekata berhubung pembahagian kerusi dalam pilihan raya negeri 7 Mei ini.

Ini selepas PKR negeri membuat keputusan untuk tidak mengikut arahan pembahagian kerusi oleh kepimpinan Pakatan Harapan pusat dan menentukan senarai calon sendiri.

Beberapa hari yang lalu telah menyaksikan pemimpin PKR dan DAP turun padang untuk menangani perkara itu.

Lim berada di Sarawak sebagai mewakili DAP pusat manakala Azmin Ali datang bagi pihak kepiPengumuman Lim itu dilihat sebagai satu isyarat menyambut gesaan Azmin sebelum ini supaya kedua-dua sekutu lama itu menyelesaikan perkara tersebut.mpinan pusat PKR.

PetroSaudi enggan ulas mengenai pemilikan Good Star

Posted: 23 Apr 2016 12:45 AM PDT

MALAYSIAKINI




PetroSaudi International enggan enggan mengulas sama ada ia memiliki Good Star Limited, yang merupakan penerima kira-kira AS$700 juta daripada firma dana kerajaan Malaysia, 1MDB pada tahun 2009 .

AS$700 juta itu merupakan sebahagian daripada AS$1.83 bilion pelaburan 1MDB dalam usahasama dengan PetroSaudi. AS$330 juta telah dilaporkan dibayar, juga kepada Good Star, dua tahun kemudian pada 2011.

Weekend Australian melaporkan, dalam e-mel respons kepada soalan dari akhbar itu, peguam PetroSaudi enggan mengatakan sama ada syarikat itu memiliki Good Star.

Ini walaupun jaminan sebelumnya oleh pihak pengurusan 1MDB dan PetroSaudi bahawa firma Arab Saudi itu adalah pemilik Good Star.

PetroSaudi pernah sebahagiannya dimiliki oleh Putera Turki Abdullah Al Saud.

Firma itu juga dilihat menjauhkan diri daripada terlibat dalam dakwaan penyelewengan berbilion dari 1MDB, yang kini menjadi subjek sekurang-kurangnya lima siasatan berasingan antarabangsa.

SIAPA LEBIH TAK LAYAK?

Posted: 22 Apr 2016 10:48 PM PDT

shahbudindotcom

 


 
 
Kenapa tiba-tiba Mohd Ali Rustam seolah-olah takut dan bimbang jika Muhyiddin Yassin, Mohd Shafie Afdal dan Mukhriz Mahathir terus bertanding atas tiket UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang?

Mengapa wajar atau tidaknya mereka itu menjadi masalah kepada beliau?

Apa yang merisaukan hatinya?

Jika Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz dianggap tidak wajar, adakah Mohd Ali yang kalah di Bukit Katil dalam pilihanraya lalu lebih wajar untuk terus dipilih menggunakan lambang UMNO dan BN dalam pilihanraya seterusnya?

Tidakkah bekas Ketua Menteri Melaka itu sedar, yang lebih menjadi persoalan majoriti rakyat sekarang ialah sama ada UMNO dan BN wajar atau tidak terus diberi kuasa memerintah negara ini?
 
 
 

Nur Nina Farisha tekad berpuasa penuh tahun ini

Posted: 22 Apr 2016 10:46 PM PDT

MALAYSIAKINI




"Hidup saya kini lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan sebagai orang Islam, malah saya sangat teruja mahu menjalani ibadah berpuasa pada Ramadan akan datang," kata Nur Nina Farisha Woo Abdullah.

Remaja berusia 19 tahun yang memeluk Islam dalam syarahan umum pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik di Kemaman baru-baru ini berkata beliau pernah berpuasa bersama rakannya pada tahun 2014 dan berharap mampu menjalani ibadah itu sebaik mungkin pada tahun ini.

Nur Nina Farisha yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak di Kolej Ranaco, Kemaman berkata beliau kini sedang mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan pihak kolej bagi mendalami asas dalam fardu ain dan al-Quran.

"Saya bertuah kerana mempunyai ramai kawan sekolej yang sedia membantu saya untuk memahami Islam dan sedia menjawab apa sahaja soalan saya berkaitan hukum-hakam agama.

"Selepas ini, saya akan mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan kerajaan (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)) di Kemaman," katanya kepada pemberita selepas menerima kad perakuan memeluk Islam yang disampaikan isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Halina Zakaria di kediaman rasmi Seri Iman di sini hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Omar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Education & Training Institute Sdn Bhd, Ahmad Firdhaus Ramlan.

Ditanya sama ada beliau mahu bergelar pendakwah satu hari nanti untuk menarik lebih ramai golongan bukan Islam kembali kepada fitrah, Nur Nina Farisha berkata: "Insya-Allah, jika sudah bersedia, saya akan lakukan (berdakwah)."

Mengenai cabaran yang dihadapi selepas memeluk Islam, Nur Nina Farisha berkata beliau ada membaca di laman sosial bahawa terdapat bukan Islam yang tidak berpuas hati dengan pertanyaannya pada program syarahan umum tersebut.

"Tapi, saya tak tertekan dengan perkara itu, yang penting saya ingin fokus dengan pengajian saya dan terus mempelajari Islam," katanya yang kini selesa dengan penampilan berhijab.

Pada majlis itu, beliau turut menerima sumbangan khas dari MAIDAM sebanyak RM1,000 sebagai menghargai keberanian dan azamnya untuk mencari kebenaran agama serta hidayah.

Sementara itu, Halina berkata beliau sekeluarga sangat teruja menerima kehadiran Nur Nina Farisha sebagai anggota baharu keluarga tersebut dan sedia membantu remaja itu mengikut keperluan semasanya.

"Saya beritahu Nina, dia boleh hubungi saya jika ada apa-apa perkara yang hendak dikongsikan, malah jika hendak datang ke Kuala Terengganu untuk menghadiri apa-apa majlis ilmu, kita juga sediakan penginapan buat Nina dan kawan-kawan," katanya.- Bernama


'Bantu hentikan krisis air bagi selamatkan 4 juta penduduk'

Posted: 22 Apr 2016 10:44 PM PDT

MALAYSIAKINI




Kerajaan negeri Pulau Pinang menggesa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk campur tangan menyelamatkan empat juta penduduk di empat negeri yang bakal terjejas akibat krisis air.

Dalam surat kepada Zahid, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, empat negeri yang terjejas akibat fenomena 'Super El-Nino' itu adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

"Kami memohon campur tangan Datuk Seri (Zahid), sebagai Pengerusi Majlis Sumber Air Negara (MSAN), bagi mengelak berlakunya krisis yang akan menyebabkan bebanan dan kesulitan kepada rakyat dalam kehidupan seharian dan perniagaan di kawasan ini.

"Kita tidak boleh menunggu untuk krisis berlaku sebelum mengambil tindakan pemulihan.

"Sebaliknya, kami mencadangkan MSAN bertindak selagi masih ada peluang ini untuk mengelakkan krisis air dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan," kata Lim.

Beliau sehubungan itu, mencadangkan beberapa tindakan di mana menteri dalam negeri boleh campur tangan mulai sekarang sehingga Jun untuk menyelamatkan empat juta rakyat.

Cadangan beliau termasuk menangguhkan aktiviti pengairan di semua negeri, terutamanya di selatan Kedah, sehingga hujan lebat tiba.

"Langkah ini akan mengoptimumkan simpanan empangan sehingga ketibaan hujan," kata Lim.
Menurutnya, operasi pembenihan awan di Wilayah Utara juga perlu dipergiatkan kerana paras air empangan hanya akan 'pulih' jika terdapat hujan yang mencukupi.

Beliau juga memberi amaran bahawa paras air di empangan - telah menurun sebanyak 70 peratus - mendekati tahap kritikal - fenomena 'Super El-Nino' memburukkan lagi keadaan dengan melanjutkan musim kemarau untuk tempoh tiga bulan lagi.

Selain itu, katanya, akhbar melaporkan simpanan air untuk musim kemarau yang terdapat di Empangan Muda dan Empangan Beris di Kedah, dijangka hanya mampu bertahan selama 30 hari lagi.

Manakala, Jabatan Meteorologi pula meramalkan bahawa 'Super El-Nino' akan berlanjutan hingga Jun, kata Lim.

MP dakwa ada kenaikan bil TNB lebih RM30,000

Posted: 22 Apr 2016 10:41 PM PDT

MALAYSIAKINI




Anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng menuntut penjelasan Tenaga Nasional Berhad berhubung dakwaan kenaikan mendadak bil elektrik.

Beliau mendakwa menerima aduan daripada sebuah syarikat yang mendakwa mengalami kenaikan lebih RM30,000 berbanding bulan sebelum itu.

"Pun begitu, saya telah menerima rungutan daripada sebuah syarikat yang mendakwa bil elektriknya meningkat daripada purata sekitar RM3,000 sehingga mencecah hampir RM35,000.

"Saya kira ini bukan suatu kes terpencil, dan yakin bahawa banyak lagi syarikat dan individu yang menanggung kenaikan bil elektrik dalam skala sebegini," katanya.

Dalam kenyataannya kepada media, Lim (gambar) turut melampirkan gambar-gambar bil berkaitan bagi membuktikan dakwaan itu.

Sejak kelmarin, laman Facebook TNB Careline menjadi sasaran kemarahan orang ramai dan dihujani dengan pelbagai pertanyaan.

Ramai pengguna melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa caj elektrik di rumah mereka naik mendadak sejak kebelakangan ini. meskipun penggunaan harian adalah sama.

TNB Careline dalam catatan di Facebook mendakwa cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa.

Penggunaan elektrik juga boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik, sekali gus akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak serta memberi kesan ke atas bil pengguna, katanya.

Fenomena aneh

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata sukar untuk diterima bahawa kenaikan caj elektrik adalah berpunca daripada pengguna dan mengandaikan TNB langsung tidak menyumbang kepada "fenomena aneh" itu.


"Tidak sedikit aduan yang saya terima mengenai meter TNB yang memberi bacaan salah, selain masalah pendawaian yang turut menyumbang kepada ralat-ralat dalam pembacaan meter," katanya.

Beliau justeru menyeru TNB dan kerajaan meneliti setiap aduan dan memeriksa meter mereka jika ada yang tidak kena serta tidak meletakkan beban kesalahan di bahu pengguna semata-mata.

"Pengguna berhak mendapat layanan sebaiknya bagi setiap aduan mereka," katanya.

Beliau juta berkata TNB boleh mempertimbangkan memberi diskaun kepada pengguna selepas takat kegunaan tertentu bagi meringankan beban orang ramai serta industri kecil dan sederhana.

"TNB sebagai satu-satunya pembekal tenaga elektrik, tidak mempunyai pesaing dan mampu memberi keringanan kepada pengguna setelah bertahun-tahun ia mengaut untung berbilion ringgit.

"Saya juga mencadangkan pihak kerajaan supaya mempertimbangkan untuk menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas bil elektrik sementara negara mengharungi musibah musim panas melampau ini.

"Caj GST ke atas bil elektrik sangat membebankan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan peningkatan kos sara hidup," katanya.


Isu 1MDB: Bekas pegawai BSI didakwa di S'pura

Posted: 22 Apr 2016 10:38 PM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas ahli perbankan BSI Bank dari Switzerland yang beroperasi di Singapura didakwa dengan pengubahan wang haram ekoran siasatan 1MDB oleh pihak berkuasa negera tersebut.

Ini disahkan oleh Peguam Negara Singapura, menurut Today Online di Singapura.

Laporan itu menyebut Yeo Jiawei, bekas perancang kewangan di bank itu, didakwa atas kesalahan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius lain (rampasan manfaat).

"Sementara dakwaan tersebut tidak menyatakan 1MDB atau entiti berkaitan atau individu, ia berpunca daripada siasatan ke atas aliran dana," kata laporan itu yang memetik mereka yang biasa dengan perkara itu.

"Yeo telah mencadangkan produk pelaburan kepada 1MDB, dan disoal siasat sebagai sebahagian siasatan Singapura," tambahnya.

Pada bulan Februari, seorang lagi bekas pegawai BSI, Yak Yew Chee turut disebut dalam laporan berita setelah beliau memohon kepada mahkamah untuk tidak membekukan asetnya.

PERS1M persoal sistem baru naik taraf servis teksi

Posted: 22 Apr 2016 10:34 PM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) hari ini mempersoalkan sistem baru untuk menaik taraf perkhidmatan teksi yang akan dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak lama lagi.
 
Menurut Timbalan Pengerusinya, Kamarudin Mohd Hussain pihak persatuan teksi hairan dengan idea pelaksanaan itu yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang tiada penglibatan daripada persatuan teksi di negara ini.
 
Malah mereka turut tidak dipanggil untuk memberikan sebarang pandangan atau pendapat mengenai pelaksanaan itu. 
 
"Mereka ini (SPAD) nak lakukan transformasi (kepada industri teksi) ambik idea daripada mana? Adakah daripada pihak berkepentingan dalam industri atau pihak yang mencari keuntungan. 
 
"Setakat hari ini PERS1M atau persatuan teksi lain tidka dipanggil untuk membincangkan formula ini, (kami hairan) idea ini daripada mana?," soal Kamaruddin.
 
Terdahulu, Kementerian Pengangkutan memberitahu bahawa kerajaan akan mengumumkan satu bentuk transformasi perkhidmatan teksi, termasuk pengenalan sistem tunggal baru menerusi online dan aplikasi telefon mudah alih yang lebih bersepadu.
 
Ia bagi membolehkan perkhidmatan teksi negara ditambah baik selain meningkatkan imej perkhidmatan berkenaan dalam kalangan masyarakat.
 
Perkara itu kini giat diperincikan oleh Kementerian Pengangkutan dan SPAD bagi memperkenalkan sistem baharu serta butiran transformasi berkenaan sebelum diumumkan.
 
Terbuka terima pembaharuan
 
Bagaimanapun, beliau yang mewakili Pemandu Teksi 1Malaysia menerima baik langkah kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan teksi yang dibelenggu pelbagai masalah dengan kewujudan aplikasi dalam talian seperti Uber dan Grabcar.
 
"Kita (PERS1M) menyambut baik segala apa sahaja perubahan dan penambahbaikan cuma sebelum kami melalui transformasi yang akan dilakukan kerajaan.
 
"SPAD seharusnya ditransformasikan kerana selama ini setelah sekian lama ditubuhkan, SPAD tidak mampu mewujudkan sebarang program yang bagus untuk industri teksi, semua program yang dibuat rosak," katanya.
 
Pelaksanaan itu kata Kamarudin perlulah selari dengan kehendak pemandu teksi yang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan teksi dari semasa ke semasa demi kepuasan dan keselesaan penumpang.
 
"Pemandu teksi bersedia untuk menyahut seruan kerajaan cuma masalah pokok yang dihadapi pemandu teksi itu harus diselesaikan, jangan kita nak buat satu program yang bagus tetapi masalah yang menghalang pemandu teksi itu tidak diselesaikan terlebih dahulu," katanya.
 
Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan membentangkan penyelesaian dan dasar yang adil serta saksama membabitkan pemandu teksi dan perkhidmatan pemandu kereta Uber serta Grabcar di Malaysia dalam tempoh terdekat.
 
Perkara itu diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Isu perkhidmatan teski kembali mendapat perhatian berikutan sekumpulan pemandu teksi yang melakukan mogok di Bukit Bintang yang membantah perkhidmatan Uber dan Grabcar yang menjejaskan sumber pendapatan mereka.