Sabtu, 2 April 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Terbongkar: Najib & Rosmah Belanja Sakan Seperti Laporan Sebelum Ini Adalah Benar

Posted: 02 Apr 2016 06:06 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Tarikh dakwaan beli sakan sepadan percutian Najib

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang didakwa membeli-belah sakan seperti dilaporkan The Wall Street Journal didapati padan dengan tarikh pasangan itu bercuti di Eropah selatan.

Percutian itu diikuti dengan lawatan kerja dua hari Najib ke Belanda untuk merakamkan ucapan takziah kepada negara itu dan membincangkan tindakan seterusnya dengan rakan sejawatannya berhubung kejadian nahas MH17 pada tahun 2014.

Asia Sentinel kemudiannya melaporkan bahawa Najib dan Rosmah melanjutkan percutian mereka di dengan mengunjungi Paris, Sardinia, Cannes, Rom dan London.

Ini sepadan dengan tulisan Instagram anak lelaki mereka, Norashman yang memaparkan gambarnya di sebuah pantai. Dia menggunakan hashtag #sardinia pada tulisan bertarikh 7 Ogos.

Manakala aktiviti membeli-belah sakan barangan berjenama Chanel berjumlah AS$130,625 di Hawaii seperti yang dilaporkan WSJ menggunakan kad kredit yang sama seperti dalam pembelian EUR750,000 barangan kemas di Sardinia, Itali.
 



Semua ini berlaku dua hari sebelum Najib bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Honolulu, yang juga berlangsung pada tahun 2014.

Najib ketika itu dibidas kerana berada di luar negara sedangkan rakyat di pantai timur dan utara semenanjung berdepan dengan ujian getir dilanda banjir besar.

Bagaimanapun, perdana menteri memendekkan lawatannya apabila keadaan banjir bertambah buruk dan pulang ke tanah air pada 27 Disember.

'Gembira kembali di LA'

Najib menggunakan penerbangan komersial ke Hong Kong dan dijemput oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia sedangkan jet rasmi negara dijejaki berlegar melalui Los Angeles (LA), Indianapolis, New York, London, Dubai dan Bangkok sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Pejabat Perdana Menteri kemudian menjelaskan jet rasmi itu mempunyai masalah teknikal dan terpaksa mendarat selama lima hari di Indianapolis dari 26 Disember hingga 31 Disember.

Pada 26 Disember, jet rasmi itu dikesan berada di Los Angeles - bandar yang sama Norashman mengakui berada pada 28 Disember.

"Gembira kembali di LA!" katanya di Instagram, menggunakan hashtag #hollywoodhills.



Menurut WSJ, Noorashman menerima AS$70,000 daripada akaun yang dikatakan milik bapanya pada 4 Julai, 2014.

Anak perdana menteri sebelum itu memuat naik tulisan di Instagram dan berkata akan menjadi sukarela untuk dapur jalanan Kechara yang membantu masyarakat miskin di bandar.

Satu lagi perbelanjaan besar yang dilaporkan oleh WSJ adalah majlis pertunangan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa di Hotel Shangri-La di Kuala Lumpur.

Majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun, 2011 dan 11 hari kemudian, sebanyak AS$56,000 didakwa dibelanjakan di sebuah syarikat kereta mewah di Kuala Lumpur - Signature Exotic Cars.

ABC juga melaporkan bahawa AS$395,782.40 dibelanjakan di sebuah hotel tetapi tiada tarikh diberikan. -mk

ULASAN GB

Tak semua boleh ditutup dengan taburan dedak. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Sekarang ternyata terbongkar segala-galanya.

Walau berbagai cara sekalipun Najib cuba untuk menutup segala tindakan salahlakunya yang "tidak wasatiyah" itu, namun kebenaran itu tetap muncul juga.

Najib, henti-hentilah kerja boros kamu itu dan henti-hentilah menipu rakyat. Masanya akan tiba juga...

HANCUSS NEGARA DEK MENTERI MACAM NI....

Posted: 02 Apr 2016 06:01 AM PDT

 shahbudindotcom

Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri pada 30 Mac 2016.
 
 


Tapi ini yang berlaku pada 2 April 2016.
 
 
 
 
Kalau cakap politik dan membelasah orang lain, menteri ini memang tak perlu diperkenalkan lagi, tapi jika berkaitan dengan negara, prestasinya sungguh memalukan sekali.

Sebelum ini, katanya, penurunan ringgit baik untuk sektor pelancongan negara. Namun kemudian, tanpa malu-malu mengaku di Parlimen kedatangan pelancong berkurangan 2 juta orang pada tahun 2015 yang lalu.
 
 
 
 
Kini cakapnya mengenai keselamatan Sabah pula tak pakai sama sekali dan memalukan negara sekali lagi.

Apakah beliau cakap main bedal saja atau setelah mendapat laporan daripada pihak-pihak berkuasa mengenai keselamatan?

Hancus negara dek menteri macam ni...

Ribuan ahli tak keluar mengundi PRU13 - kajian Umno

Posted: 02 Apr 2016 05:57 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ramai ahli Umno yang memegang jawatan di peringkat cawangan atau bahagian dikenal pasti antara yang tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Pengarah Strategi Umno Datuk Mohd Jidin Shafee yang mendedahkan perkara itu berkata, senarai berkenaan mencecah ribuan ahli dalam setiap bahagian.

Beliau dipetik akhbar Utusan Malaysia berkata, kajian yang diterimanya bulan lalu turut menunjukkan, ramai anak ahli Umno yang sudah cukup umur dan layak mengundi juga tidak mendaftar sebagai pemilih dan ahli parti Melayu itu.

"Statistik lengkap itu akan diteliti untuk mengenal pasti punca sebenar ahli berkenaan bertindak sedemikian sedangkan menjadi satu tanggungjawab penting sebagai ahli parti dan pemilih dalam satu-satu PRU," katanya dipetik akhbar itu.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Setiu berkata selepas kajian itu diteliti, Perhubungan Umno Negeri Terengganu akan mengambil tindakan yang sesuai termasuk memanggil atau menemui ahli berkenaan berhubung tindakan yang merugikan parti itu.

Jelasnya, dalam PRU, pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya kecil (PRK) sudah menjadi tanggungjawab mereka dalam membantu parti untuk membentuk sesebuah kerajaan.

"Ini bukan satu perkara remeh dan kecil, adalah tidak wajar apabila ahli Umno meletakkan tugas itu kepada orang lain sedangkan setiap ahli mesti faham tentang tanggungjawab yang harus dipikul oleh mereka.

"Ibu bapa perlu serius tentang hal ini dan mengambil iktibar bahawa anak-anak mereka merupakan pewaris dan pejuang untuk kesinambungan perjuangan orang Melayu dan negara," katanya.


IGP arah tangkap lelaki beri amaran kepada Amerika

Posted: 02 Apr 2016 05:48 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pihak polis untuk menangkap seorang pengguna Twitter yang memberi amaran kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengenai dirinya.

Ia susulan kenyataan Khalid semalam bahawa pegawai dari Amerika Syarikat tidak boleh menyoal mana-mana individu di Malaysia tanpa kehadiran polis negara ini.

Pegawai Jabatan Keadilan Amerika dilaporkan berada di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada siasatan mereka berhubung skandal dana 1MDB.

"Kesan dan tangkap orang ini yang cuba menghasut rakyat dengan tuduhan-tuduhan yang melampau," kata Khalid dalam arahannya kepada Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) melalui Twitter.

Beliau merujuk kepada pengguna Twitter @drcolinfu, yang memberitahu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat supaya "berhati-hati" dengan Khalid.

"Dia (adalah) polis rasuah dan tidak baik. Dia lindungi Najib dan 1MDB," tulisnya.

Tweet itu juga dikaitkan terus kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, Khalid dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Khalid juga mengarahkan tindakan terhadap Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin yang dilaporkan berkata BN hanya boleh ditumbangkan melalui rusuhan besar-besaran.

"PCIRC dan Unit Siasatan Khas D5 @PDRMsia ambil tindakan ke atas penghasut ini," katanya juga menerusi tweet.

Pembangkang cabar PM janji tiada kenaikan GST di Parlimen

Posted: 02 Apr 2016 04:43 AM PDT

MALAYSIAKINI




Seorang wakil rakyat pembangkang Sarawak hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat janji di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya negeri akan datang.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen berkata, Najib juga perlu memaklumkan di Parlimen tempoh masa untuk kadar GST sekarang dan tidak menggunakan isu berkenaan sebagai helah atau modal pilihan raya.

"Najib semalam mendakwa bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar GST selepas pilihan raya Sarawak.

"Kenyataan itu tidak membawa sebarang makna, kerana Najib tidak menjelaskan berapa lama GST pada kadar 6 peratus sekarang akan kekal - satu tahun, dua tahun, atau lima tahun," kata Chong dalam satu kenyataan hari ini.

Chong melahirkan kebimbangan Najib akan menggunakan kemenangan BN pada pilihan raya Sarawak sebagai justifikasi untuk meningkatkan GST.

WSJ: Dana AS$155 juta 1MDB biayai 'Wolf of Wall Street'

Posted: 02 Apr 2016 04:40 AM PDT

MALAYSIAKINI




Siasatan di dua negara mempercayai dana 1MDB berjumlah AS$155 juta (RM603 juta) disalurkan ke syarikat produksi Red Granite bagi penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' pada 2013, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).

Wang dari firma pelaburan Malaysia yang bermasalah itu dipindahkan kepada Red Granite pada tahun 2012 melalui laluan berliku membabitkan syarikat luar pesisir, kata WSJ yang memetik mereka yang rapat dengan sisatan dan disokong oleh dokumen yang diteliti oleh akhbar berkenaan.

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, 39, adalah pengerusi Red Granite, sebuah syarikat penerbitan filem yang ditubuhkan pada 2010.

Walaupun tidak dikenali, Red Granite berjaya mengumpulkan AS$100 juta untuk pembikinan 'The Wolf of Wall Street', sebuah filem yang memaparkan kisah seks dan dadah dalam pasaran saham yang dibintangi oleh pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan sepina kepada beberapa pekerja dan bekas kakitangan Red Granite dan kepada sebuah bank serta sebuah firma perakaunan yang digunakan oleh syarikat itu," kata laporan WSJ itu.

Seorang jurucakap Red Granite berkata syarikat itu telah "memberi reaksi kepada semua pertanyaan dan bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan.

Beliau berkata syarikat produksi itu tidak mempunyai sebab untuk mempercayai sumber pembiayaannya adalah mencurigakan.

Riza sebelum ini menafikan bahawa Red Granite dibiayai oleh wang yang berasal dari Malaysia.

Dalam wawancaranya bersama akhbar New York Times pada 2014, beliau memberitahu bahawa pelabur utamanya adalah ahli perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

"Al-Husseiny adalah rakyat Amerika yang kemudian menerajui Aabar Investments PJS, yang adalah cabang pelaburan Abu Dhabi yang dikenali sebagai IPIC. Firma milik negara itu mempunyai urusniaga dengan 1MDB. Sebagai contoh, IPIC menjamin beberapa bon dana Malaysia.

"Sehubungan dengan jaminan IPIC, 1MDB dalam laporan korporat 2012 berkata syarikat berkenaan menghantar AS$1.4 bilion kepada Aabar sebagai cagaran," kata WSJ.



Menurut penyelidik, wang itu tidak dihantar ke Aabar tetapi kepada sebuah syarikat lain yang mempunyai nama yang hampir sama yang ditubuhkan oleh Al-Husseiny di Kepulauan British Virgin iaitu Aabar Investments PJS Ltd".

"Para penyiasat percaya wang AS$155 juta itu kemudian mengalir ke Red Granite Capital, sebuah firma yang ditubuhkan oleh (Riza) Aziz untuk membiayai syarikat filem itu."

WSJ berkata dokumen menunjukkan tiga pemindahan ke Red Granite Capital pada tahun 2012 - AS$60 juta, AS$45 juta dan AS$50 juta.

Siasatan 1MDB: UAE beku aset bekas eksekutif IPIC

Posted: 02 Apr 2016 04:37 AM PDT

MALAYSIAKINI




Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) meningkatkan siasatan dengan mengeluarkan larangan perjalanan dan membekukan aset dua bekas eksekutif syarikat pelaburan Abu Dhabi - International Petroleum Investment Company (IPIC) - berhubung transaksi kewangan yang membabitkan 1MDB.

Tindakan UAE itu menunjukkan terdapat kemajuan dalam siasatan pihak berkuasa berhubung urusan Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny - yang kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat dengan 1MDB.

Al Qubaisi, seorang warganegara UAE adalah pengarah urusan firma pelaburan bernilai AS$ 80 bilion itu, manakala Al Husseiny, seorang warga Amerika adalah Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments PJS yang dimiliki oleh IPIC.

Kedua-dua syarikat itu mempunyai urusan yang meluas dengan 1MDB dan kedua-dua bekas eksekutif itu dilaporkan dibebaskan baru-baru ini selepas pembabitan mereka dalam urusan IPIC dengan 1MDB.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan bahawa Al Husseiny ditahan oleh pihak berkuasa UAE sementara menunggu perintah ekstradisi untuk dibawa ke Amerika Syarikat bagi membantu siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ke atas 1MDB.

Sementara itu, dalam artikel yang berasingan, WSJ juga melaporkan bahawa unit Kumpulan Edmond de Rothschild di Luxembourg sedang bekerjasama dalam siasatan rasmi berhubung wang yang mungkin mengalir daripada 1MDB.

Khamis lalu, pejabat pendakwa Luxembourg memaklumkan bahawa ia sedang menyiasat sama ada ratusan juta dolar yang dihantar ke akaun di sebuah bank di negara itu berasal daripada 1MDB.

Ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan siasatan bon yang dikumpulkan untuk 1MDB yang sedang diteliti oleh pihak berkuasa Switzerland.

Mahathir: Penulis surat perlu jawab soalan kekayaannya

Posted: 02 Apr 2016 04:35 AM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu penulis di belakang surat yang dikatakan menjanjikan sumbangan ribun jut ringgit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjawab beberpa soalan penting yang berkaitan dengan 'derma' itu.

Mahathir dalam blognya hari ini, berkata penulis surat itu perlu menjawab soalan mengenai sumber kekayaan, bank serta cara jumlah wang yang besar dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Bekas perdana menteri itu juga menegaskan terdapat perbezaan antara tarikh surat berkenaan dan waktu apabila orang ramai mendapat tahu tentang 'derma' tersebut dan mempersoalkan wang dalam akaun peribadi Najib tahun lalu.

Mahathir berkata, surat - bertarikh 1 November 2011 - telah menjawab semua soalan yang hanya dituntut tahun lalu selepas Wall Street Journal mendedahkan AS$681 juta berada di akaun peribadi Najib.

"Surat ini sepatutnya membuktikan bahawa wang itu adalah hadiah namun ia penuh dengan percanggahan mengenai tarikh, jumlah wang dan kekerapan pembayaran.

"Ia seolah-olah penulis, yang mendakwa sebagai 'Putera Saudi Abdulaziz Al-Saud' pada tahun 2011 mengetahui bahawa pada tahun 2015 kewujudan 'hadiah' brkenaan akan diketahui, terdedah dan penjelasan akan diperlukan," kata Mahathir.

The Australian Broadcasting Corporation (ABC) telah menerbitkan surat daripada Abdulaziz kepada Najib Selasa lalu.

Dalam surat itu, putera berkenaan menjanjikan AS$375 juta kepada Najib dengan menyatakan bahawa perdana menteri boleh melakukan apa sahaja yang disukainya dengan hadiah berkenaan.

Sementara itu, dalam nada sinis, Mahathir berkata siaran episod selama sejam oleh ABC akan "menjelaskan segala-galanya".

Memetik laporan ABC yang mengesahkan bahawa dana itu adalah sebagai hadiah untuk digunakan sebagai mana yang perdana menteri melihat sebagai sepatutnya, Mahathir mengakui bahawa ini sesungguhnya adalah "berita baik".

"Sekarang televisyen kerajaan perlu menyiarkan berita ABC supaya semua orang akan tahu bahawa Najib adalah betul.

"Tetapi jangan hanya siarkan sebahagian daripada konteks. Tunjukkan keseluruhan siaran ABC untuk membuktikan Najib tidak bersalah Najib," katanya dalam nada menyindir.

"Hanya selepas itu akan rakyat akan yakin. Bahawa Najib hanya bercakap benar, semua yang benar, dan tidak lain kecuali kebenaran."

'Najib akan guna taktik keras untuk terus berkuasa'

Posted: 02 Apr 2016 04:30 AM PDT

Anne Muhammad


 


Bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak, Dr Oh Ei Sun percaya perdana menteri akan menggunakan taktik politik keras untuk terus mengekalkan kuasanya.

Katanya, antara cara yang telah digunakan Najib adalah dengan memecat sesiapa sahaja yang membangkangnya termasuk bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir Najib dapat bertahan (memimpin negara) sebab dia sudah dalam politik dekat 40 tahun. Jadi dia juga sangat pandai menggunakan pelbagai tektik politik yang sangat keras dan sebagainya

"Seperti memecat mereka yang bangkangnya dan sebagainya dan dia ada juga kemampuan dari segi itu," katanya kepada Malaysiakini selepas majlis di Nanyang Alumni Association Malaya hari ini.

Najib kini diserang pelbagai kritikan berikutan terpalit dengan skandal 1MDB, isu derma dari Arab Saudi dan juga sikap boros dalam berbelanja.

Mengulas perkara itu, Oh yang pernah berkhidmat dengan Najib hampir tiga tahun berkata bahawa bekas bosnya itu seorang yang budiman, teguh dan tabah dalam menghadapi sebarang kritikan.

"Najib yang saya kenal seorang yang sangat gentleman teguh dan tabah. Jadi semua ini gelombang-gelombang dapat dia atasi.

"Tapi saya fikir dia dapat tahan (kritikan) sebab dia sudah dalam politik dekat 40 tahun," katanya.

Oh ketika diminta mengulas mengenai isu derma yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri berkata, ketika beliau berkhidmat dengan Najib perkara itu tidak pernah timbul.

Oh juga diminta mengulas mengenai 1MDB yang semakin hari semakin banyak pendedahan yang dibuat berhubung syarikat pelaburan negara yang diilhamkan oleh Najib itu yang dikaitkan dengan salah laku.

"Sepatutnya 1MDB melabur dalam bidang yang strategik, melabur untuk ekonomi negara atau membantu golongan tak bertuah.

"Kalau ia disalah gunakan seperti yang dituduh, memang tak senonoh.

"Dulu tak pernah dengar. Kita Cuma dengar pendedahan seperti ini pada tahun dulu WSJ sebelum itu langsung tak pernah dengar," katanya.




Dadah: Tony Eusoff didakwa di mahkamah Singapura

Posted: 02 Apr 2016 04:25 AM PDT

Tony Eusoff
Tony Eusoff 
 
 
PELAKON Tony Eusoff dihadapkan ke mahkamah Singapuran atas tuduhan memiliki dadah.

Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, dituduh memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Tony dituduh memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja semasa di dewan ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 (RM57,605) atau kedua-duanya sekali.

Kesnya akan didengar lagi di Mahkamah Negara Singapura pada 12 April.

Memetik Berita Harian Singapura, pelakon itu berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.

Tony pernah memainkan watak utama sebagai Tan Sri P. Ramlee dalam muzikal P. Ramlee The Musical.


Najib 'disabit' kesalahan dalam perbicaraan media

Posted: 02 Apr 2016 04:23 AM PDT

SINAR HARIAN


Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media bersama wartawan Malaysia berkaitan Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Asean yang berakhir Selasa. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak  berdepan dengan ketidakadilan melampau apabila 'disabitkan' kesalahan dalam mahkamah pendapat umum menerusi perbicaraan secara tidak adil melalui media tanpa berdasarkan bukti tetapi dakwaan semata-mata.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, dalam catatan terbaru di blognya, berkata mereka yang memfitnah perdana menteri perlu memohon maaf kepadanya.

"Yang sememangnya, kita tahu ini tidak akan berlaku," katanya.

Sejak kononnya pendedahan oleh Wall Street Journal (WSJ) dengan tajuk utama "Investigators believe money flowed to Malaysian leader Najib's accounts amid 1MDB probe," (Penyiasat percaya wang disalurkan ke akaun Najib semasa siasatan 1MDB), katanya, perdana menteri berdepan dengan serangan oleh media tempatan dan asing serta blogger.

"Ia adalah satu perbicaraan media dan akibat serangan media, Najib telah didakwa dan disabitkan oleh mahkamah pendapat umum.

"Beliau dianggap bersalah melainkan jika dapat membuktikan beliau tidak bersalah seperti apa yang dikatakan secara tepat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri)," katanya.

Pada 2 Julai 2015, WSJ menyiarkan laporan dengan mendakwa Najib telah mencuri dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) dan telah memindahkan wang itu ke akaun peribadinya, yang telah mendorong Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu.

Salleh, bagaimanapun, berkata mengikut apa yang dikatakan oleh WSJ, siasatan itu telah bermula sebelum 2 Julai 2015 dan bukan hasil pendedahan oleh akhbar itu.

"WSJ mengesahkan bahawa ia memiliki dokumen-dokumen berkaitan siasatan (bermakna siasatan sudah dimulakan sebelum 2 Julai 2015 sekiranya sudah ada dokumen-dokumen berkaitan siasatan).

"Ini dengan sendirinya sangat mencurigakan kerana WSJ berkata laporannya pada 2 Julai 2015 adalah berdasarkan siasatan manakala kenyataan rasmi Pasukan Petugas Khas menyebut badan itu ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan WSJ.

"Jadi apa yang keluar terlebih terdahulu?. Jika laporan WSJ disiarkan  dahulu dan kemudian Pasukan Petugas Khas ditubuhkan seperti apa yang dimaklumkan...ini bermakna WSJ telah diberi dokumen-dokumen yang tidak berdasarkan sebarang siasatan tetapi disediakan untuk memfitnah perdana menteri," katanya.

Salleh menegaskan pada 4 Julai 2015, Peguam Negara berkata bahawa beliau baru menerima dokumen-dokumen berhubung siasatan itu dan pada 8 Julai 2015, ia telah diumumkan bahawa sebuah Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Jadi di mana WSJ mendapat buktinya dan merujuk kepada siasatan mana?," katanya, sambil menambah pada masa itu rakyat Malaysia sepatutnya mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

Merujuk kepada laporan WSJ menyebut ketidakpastian sumber asal jumlah wang itu dan bagaimana ia dibelanjakan, Salleh percaya akhbar itu sebenarnya tidak jelas mengenai isu keseluruhan tetapi kerana cara laporan itu ditulis, ia nampak seolah-olah satu jenayah telah dilakukan.

"Pendek kata, WSJ berkata ia tidak benar-benar tahu apa yang telah berlaku tetapi kemudian laporan seterusnya dan juga laporan-laoporan daripada orang lain memberi gambaran bahawa ia tahu dengan tepat apa yang berlaku," kataya.

Bercanggah dengan laporan sebelum ini, Salleh berkata, WSJ kini berkata wang itu bukan daripada 1MDB tetapi sumbangan daripada sumber-sumber dari Asia Barat, yang nampaknya juga menjadi asas kepada dokumentari khas 'Four Corners' oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC), baru-baru ini.

Beliau berkata walaupun Dr Mahathir tidak lagi bercakap mengenai wang yang 'dicuri' itu tetapi derma dan bekas perdana menteri itu mengalihkan isu itu dari mana wang itu datang kepada bagaimana wang itu dibelanjakan. - Bernama


Empat rakyat Malaysia diculik lapan lelaki bersenjata

Posted: 02 Apr 2016 04:09 AM PDT

SINAR HARIAN


Kes Culik
Gambar hiasan
KOTA KINABALU - Polis Sabah mengesahkan empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, kira-kira 6.15 petang, semalam.   

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun itu merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

"Di dalam kapal tunda itu, terdapat juga lima individu lain masing-masing warga Myanmar dan Indonesia, tetapi mereka dilepaskan oleh kumpulan bersenjata itu," katanya.   

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara perbarisan tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Siri 2/2015 di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata, polis juga sedang menyiasat dan mengumpul maklumat termasuk mengenal pasti lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

"Kita jangan terus membuat kesimpulan mengatakan ini kawasan kita, mungkin juga ini berlaku di perairan antarabangsa, tetapi oleh kerana mereka dalam perjalanan nak ke Tawau, maka laporan segera dibuat kepada kita.

"Kawasan perairan Ligitan yang dikatakan berlakunya kejadian itu luas dan ada aset kita (di sana). Jadi kita sedang menyiasat dan menunggu keputusan adakah betul berlaku di perairan kita, ataupun belum masuk ke perairan kita," katanya.

 Abdul Rashid berkata, beliau difahamkan kapal tunda dan kru telah dibawa ke Tawau, selain pihaknya turut mengambil keterangan daripada kru berkenaan bagi mendapatkan maklumat mengenai kes tersebut.

Setakat ini, belum ada panggilan diterima daripada penculik bagi permintaan wang tebusan, katanya.
Empat rakyat Malaysia yang bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama 'Masfive 6' diculik ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lanun culik empat rakyat Malaysia di perairan Sabah]

Pengurus pentadbiran syarikat perkapalan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak semalam setelah menerima panggilan telefon daripada rakan setugas memaklumkan mengenai penculikan itu. - Bernama


Nak jala ikan, dapat tengkorak manusia

Posted: 02 Apr 2016 04:05 AM PDT

Nak jala ikan, dapat tengkorak manusia
Tengkorak manusia yang ditemui dalam Sungai Muar di Kampung Gentam, semalam. - Foto Sinar Harian oleh SYAIRAH ABDUL LAJIS
 
 
KUALA PILAH - Seorang lelaki yang pada awalnya menyangka mendapat ikan ketika menjala di Sungai Muar di Kampung Gentam, terkejut apabila dia terjala tengkorak manusia.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, lelaki yang tergamam melihat ada tengkorak manusia dalam jalanya bersama hasil tangkapan itu terus memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd Rahman berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah dan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ke lokasi untuk siasatan.

"Kami dapati, tengkorak yang masih ada gigi itu dipercayai milik orang dewasa.

"Tengkorak terbabit telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dianalisis bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Jelasnya, polis masih belum dapat mengesahkan penemuan itu dengan kematian akibat perbuatan jenayah atau kemalangan.


"Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat," katanya.


RM4.2b: Pembangkang lapor polis, mahu PM disiasat

Posted: 02 Apr 2016 04:01 AM PDT

RM4.2b: Pembangkang lapor polis, mahu PM disiasat
Hatta (empat, kanan) bersama Lip Eng (kanan) menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Dang Wangi, hari ini. 
 
 
KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mahu polis segera menyiasat laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang mengesahkan wang  didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja  Arab Saudi.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mendakwa, ada tiga bayaran ke dalam  akaun Perdana Menteri yang didedahkan mencapai kira-kira RM4.2 bilion dan bukannya RM2.6 bilion yang diakui.

"Kami mohon polis siasat perbezaan yang besar jumlah ini dan siapa yang memasukkan ke dalam akaun tersebut.

 [ARTIKEL BERKAITAN: Najib 'disabit' kesalahan dalam perbicaraan media]

"Ada sebahagian jumlah wang ini didakwa digunakan untuk membeli barang perhiasan, pakaian dan membiayai percutian. Persoalannya, adakah ini benar.

"Ketiga, ada  sebuah syarikat tempatan didakwa terima RM50 juta dalam empat tahun antara 2011 hingga 2014. Adakah ia juga benar," katanya ketika membacakan laporan dibuat Pengerusi DAP Selangor, Ronnie Liu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen  Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata, pihaknya kini ingin mengetahui dimanakah wang RM4.2 bilion itu sekarang.
"Sekali lagi kita minta polis siasat perkara ini dengan kadar segera," katanya.


Setahun GST: Geng oren 'serang' KL

Posted: 02 Apr 2016 03:57 AM PDT

Setahun GST: Geng oren 'serang' KL


KUALA LUMPUR - Hampir 200 orang memakai baju berwarna oren 'menyerang' Kompleks Sogo, di ibu negara bagi menyertai Himpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini.

Menurut penganjur Mohd Rayme Rahman, kumpulan itu daripada ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan datang dari seluruh Malaysia.

"Ada yang datang dari Kedah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan lain-lain," katanya kepada pemberita hari ini.

Kedatangan mereka diketuai oleh Presiden Amanah, Mohammad Sabu dan disertai oleh beberapa pemimpin kanan Amanah yang lain.

Izzah: 'Ya memang panas, tapi dalam hati lagi panas'

Posted: 02 Apr 2016 03:55 AM PDT

Nurul Izzah: 'Ya memang panas, tapi dalam hati lagi panas'


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menghargai kehadiran peserta Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini kerana sanggup ‎berpanas terik di dataran tersebut.

Ujarnya, kesanggupan mereka itu membuktikan bahawa mereka membantah pelaksanaan cukai tersebut.
"Hari ini kita berkumpul untuk menyatakan kesedian kita melawan rejim yang zalim.

"Kalau ada orang kata panas (cuaca) ‎, ya memang panas, tetapi dalam hati ini lagi panas. Bukan sahaja (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dipenjara...bisasiswa JPA keluar negara  dipotong, kita pula ‎dicukai habis-habisan oleh BN," katanya dalam ucapan  di hadapan lebih 3,000 penyokong.

Berbicara lanjut, Nurul Izzah berkata, apa yang dikehendaki oleh rakyat ialah mengembalikan semula dana kepada mereka.

"Ada yang tanya, kalau panas begini kita tak mampu bertahan...bagaimana nak lawan BN? Percayalah hari ini...kita mahu dana rakyat dikembalikan, kita mahu GST dimusnahkan, kita mahu pemimpin rasuah dikenakan tindakan,"katanya.


Tiada ulasan: