DIALOG RAKYAT |
- Ambiga: Penderma RM2.6b Najib mungkin rakyat Malaysia
- KEBENARAN RASANYA SUDAH SEMAKIN DEKAT...
- Sampai mati tak rasa wang caruman
- Pelajar perempuan dinasihat jaga kebersihan
- Penggunaan dwi-bahasa jejaskan bahasa kebangsaan
- Polis pandang serius anggotanya peras wang pelajar
- MP pembangkang ditegur buat sidang media di lobi
- Hak perumahan harus dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan
- Di mana, ke mana lenyapnya RM14 bilion, 1MDB?
- Merkuri bertoksik dalam produk kosmetik
- IPIC henti rancangan selamatkan 1MDB, rakyat bakal tanggung hutang gergasi?
- DAP cadang tujuh langkah selesaikan masalah kesesakan Tambak Johor, Linkedua
- Pengerusi PAC edit laporan sebenar, didesak betulkan semula
- Pesawah rayu k'jaan salur bantuan sara hidup
- Di mana, ke mana lenyapnya RM14 bilion, 1MDB?
- PM baru kena bersihkan kandang Augean - Kit Siang
- PKR Sarawak memberontak atau kepimpinan PKR goyah?
- CEO Rayani Air sedia lepaskan sebahagian pegangan saham
- Husam kekal menang saman fitnah penulis blog
- Kurang sebulan Mesyuarat Raja-raja, Deklarasi Rakyat hanya dapat kumpul suku dari sejuta tandatangan
- Dakwa Muhyiddin terdesak mengaku tubuhkan Puteri Umno
- Pas nekad rampas tiga Dun
- Cuti sementara: Tony Fernandes puji Nazir Razak
Ambiga: Penderma RM2.6b Najib mungkin rakyat Malaysia Posted: 19 Apr 2016 07:01 AM PDT MALAYSIAKINI Laporan berita terkini mencadangkan bahawa rakyat Malaysia tanpa mengetahui bahawa mereka mungkin adalah penderma yang menyumbangkan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan. Berhubung jumlah dana yang amat besar itu berasal dari penderma Arab Saudi, Ambiga secara berterus terang menggambarkan mereka yang menyokong teori itu sebagai "bodoh atau tidak jujur". Menurut Ambiga, beliau langsung tidak mempercayai hujah bahawa keluarga diraja ArabSsaudi menghulurkan wang tersebut kepada perdana menteri. "Cerita ini tidak pernah konsisten. Ia juga sukar dipercayai kerana tiada siapa yang akan memberi RM2.6 bilion kepada seseorang untuk melakukan apa yang mereka mahu. "Memandangkan keadaan yang mencurigakan, ramai yang berpendapat bahawa wang itu datang daripada 1MDB. "Pendedahan terbaru dari Wall Street Journal menunjukkan ini yang sebenarnya berlaku. Penderma adalah rakyat Malaysia, walaupun secara tidak sengaja, terpaksa dan tanpa disedari," katanya kepada Malaysiakini. Laporan WSJ mendakwa bahawa sebahagian wang daripada syarikat palsu Aabar Investments PJS berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib. 1MDB dilapor memindahkan AS$3.5 bilion kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang sama dengan anak syarikat, International Petroleum Investment Company (IPIC) - Aabar Investments PJS - tetapi tidak mempunyai kaitan dengan firma milik dana Abu Dhabi itu. Sementara itu, Ambiga turut mengulas mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa kerajaan negara itu menyedari mengenai sumbangan berkenaan dan bahawa ia diberikan tanpa jangkaan sebarang balasan. "Saya percaya apa yang dilaporkan itu tidak mewakli apa yang kita tonton dalam video itu (menteri mengulas mengenai perkara itu). "Saya tidak fikir mana-mana individu yang waras akan mempercayai apa yang diperkatakan oleh menteri itu tanpa sokongan dengan dokumen. "Anda tidak boleh tutup perkara (kes) itu berdasarkan komen sambil lalu," katanya merujuk kepada kenyataan menteri itu yang mengulas isu berkenaan di luar sidang kemuncak OIC di Istanbul. | ||
KEBENARAN RASANYA SUDAH SEMAKIN DEKAT... Posted: 19 Apr 2016 06:50 AM PDT shahbudindotcomBelum pun lama Najib Razak, penyokong dan penerima dedaknya dapat bergembira dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir berkenaan wang RM2,600 juta sebagai derma, The Wall Street Journal kini tampil lagi dengan pendedahan barunya. Dalam laporan terbarunya, WSJ mendakwa wang tersebut adalah berpunca daripada syarikat palsu, Aabar BVI yang menerima daripada 1MDB sebanyak AS$3.51 bilion atau RM14,000 juta bagi pihak IPIC atau International Petroleum Investment Company sebagai deposit sekuriti. IPIC bagaimanapun dalam laporannya kepada London Stock Exchange baru-baru ini menafikan Aabar BVI adalah anak syarikatnya atau ada kaitan dengan mereka, manakala Arul Kanda, CEO 1MDB pula tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa penipuan. Syarikat palsu itu didaftarkan di British Virgin Island dengan nama Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI), manakala anak syarikat IPIC yahg sebenar yang didaftarkan di Aabu Dhabi ialah Aabar Investment PJS. Menurut WSJ, sebahagian wang daripada syarikat palsu itu berakhir di Tanore Finance Corp, entiti yang sama yang memindahkan wang sebanyak RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib di Ambank. Dengan terus mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa wang yang diterima Najib itu ada kaitan dengan 1MDB, ia memperlihatkan seolah-olah WSJ mempunyai banyak bukti berkaitan pengaliran wang tersebut serta menolaknya sebagai derma daripada mana-mana Pak Arab. Semakin dinafikan dan cuba ditampil beberapa individu tertentu, termasuk Menteri Luar Arab Saudi untuk menyokong Najib berkaitan wang berkenaan, WSJ sebaliknya semakin mendedahkan satu demi satu bukti yang ada pada mereka. Apakah perkembangan akhir-akhir ini menunjukkan semakin hari semakin terdedah misteri wang itu kepada kita semua? Sementara pendedahan WSJ itu tidak berani disanggah dengan bukti-bukti yang lebih kukuh, jauh sekali mahu menunaikan janji mengambil tindakan undang-undang, kebenaran seolah-olah kian hampir menampakkan wajahnya yang sebenar. Kita juga tidak harus lupa bahawa Najib sendiri turut menafikan wang yang diterimanya berpunca daripada 1MDB. Beliau turut menafikan menggunakannya untuk kepentingan peribadi. | ||
Sampai mati tak rasa wang caruman Posted: 19 Apr 2016 06:47 AM PDT Hasnah Mohamad, 50, mendakwa, sepatutnya wang itu boleh digunakan bagi menampung kos rawatan suaminya, Che Hasnan Musa yang menghidap strok tahap tiga sejak Disember tahun lalu yang menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan bergerak. Hasnah berkata, sebelum suaminya meninggal dunia awal Mac lalu, dia membuat permohonan mengeluarkan caruman suaminya bagi menampung perbelanjaan perubatan dan telah diluluskan KWSP. "Semasa suami masih ada, wang ini telah ditransit ke sebuah bank, tetapi malangnya sehingga ke saat suami saya meninggal pun, wang tersebut tidak boleh dikeluarkan atas alasan tidak munasabah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kedai Buloh. Hasnah mendakwa, berikutan permohonannya, beberapa kali pegawai dari bank terbabit datang melihat sendiri keadaan suaminya yang terlantar di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan di rumah sebagai pengesahan, bahkan dimaklumkan permintaannya juga telah lulus. Hasnah berkata, dia lega apabila dimaklumkan wang itu boleh dikeluarkan untuk bantu suami, namun malangnya setelah menunggu lama dia dimaklumkan semula permohonan tidak diluluskan oleh pengurusan bank. "Kami hairan mengapa banyak alasan diberikan. Mula-mula lulus, sekarang tidak pula. Sedangkan KWSP sudah lulus. Bank pun sudah tengok keadaan kami. Kami memang perlukan wang ketika dalam susah. Itu memang duit kami," katanya. Sehubungan itu, Hasnah merayu supaya wang tersebut dapat dikeluarkan segera untuk membayar hutang arwah suaminya dengan pihak bank melibatkan kad kredit dan juga pembelian bas sekolah, serta menampung perbelanjaan harian. "Ketika sakit memang kami mengharapkan wang KWSP lah untuk bekalan tua. Tapi sedihnya apabila susah wang itu tak dapat guna. Lepas ini saya perlu biayai pengajian anak lagi. "Saya sudah tiada ada wang. Lebih RM26,000 sudah dibelanjakan sepanjang suami sakit, tidak termasuk susu satu tin berharga RM90 yang hanya bertahan untuk seminggu," katanya yang sudah berhenti kerja untuk menjaga suami sebelum ini. Lagi sedih katanya, pegawai bank datang mengambil cop jari suaminya yang terlantar dan memberitahu wang tersebut memang sudah boleh dikeluarkan, namun semuanya tinggal harapan apabila dia sekali lagi dimaklumkan ia tidak diluluskan. Hasnah memberitahu, dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi dan mengharapkan pihak bank dapat mempercepatkannya dan mempertimbangkannya. "Saya tidak kisah untuk difaraidkan wang tersebut. Apa yang saya kesal adalah wang ini sepatutnya digunakan ketika suami sakit tetapi sehingga dia meninggal pun, masih tidak dapat," katanya yang sudah laporkan masalahnya kepada Bank Negara dan pihak polis. | ||
Pelajar perempuan dinasihat jaga kebersihan Posted: 19 Apr 2016 06:45 AM PDT KOTA BHARU - Pelajar perempuan dinasihatkan menjaga kebersihan terutamanya berkaitan tuala wanita memandangkan ia juga antara daya penarik untuk jin berdampingan dengan mereka. Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Qalam, Datuk Seri Baharuddin Abu berkata, jin menjadikan tuala wanita yang mempunyai darah sebagai makanan mereka. Beliau berkata, keadaan ini juga akan menyebabkan gangguan kepada empunya tuala wanita itu sendiri, seterusnya menyebabkan serangan histeria. "Lagipun jin suka kepada tempat-tempat kotor dan selalu mendiami tempat berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya ada beberapa punca yang menyebabkan gangguan terbabit termasuk keadaan tempat tinggal 'lembaga' (jin) itu diganggu. "Mungkin pelajar di sekolah membersihkan kawasan tempat tinggalnya yang menyebabkan ia marah. [ARTIKEL BERKAITAN: Nampak lembaga hitam, berbulu dan berwajah hodoh] "Ini juga boleh terjadi memandangkan jin tidak suka kepada kebersihan," katanya. Baharuddin berkata, bagi mengelakkan diganggu makhluk halus, beliau menasihatkan supaya pelajar juga sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. "Ini sebagai benteng untuk menangkis gangguan jin di samping amalan membaca ayat-ayat suci al-Quran," katanya. Menurut Baharuddin, gangguan yang berlaku di sekolah termasuk di SMKPC 1, SMKPC 2, SMK Kemumin dan SMK Kubang Kerian 3, mungkin disebabkan jin atau saka. "Ia boleh berubah dalam pelbagai bentuk dan mendekati golongan yang lemah semangat terutamanya pelajar perempuan yang sedang datang bulan (period)," katanya. Sementara itu, lembaga hitam berbulu yang didakwa pelajar dilihat berkeliaran di SMKPC 2, dikategorikan sebagai jin yang boleh berupa dalam bentuk apa sahaja. Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Shafie berkata, jin itulah yang dipercayai mengganggu pelajar sekolah berkenaan. "Insya-ALLAH kita akan cuba ikhtiar untuk merawat gangguan ini dan saya sendiri akan turun ke sekolah itu bagi melihat keadaan sekolah. "Kita cuba pulihkan semangat pelajar memandangkan keadaan itu turut memberi tekanan emosi kepada mereka," katanya. | ||
Penggunaan dwi-bahasa jejaskan bahasa kebangsaan Posted: 19 Apr 2016 06:37 AM PDT SHAH ALAM – Tindakan Kementerian Pendidikan yang menekankan penggunaan dwi bahasa di sekolah seolah-olah menjejaskan kepentingan bahasa kebangsaan. Pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Dr Raja Rajeswari Seetha Raman berkata, beliau tidak menolak kepentingan penguasaan subjek bahasa Inggeris di sekolah, bagaimanapun ia tidak sepatutnya diletakkan di kedudukan yang sama dengan bahasa Melayu yang dianggap sebagai bahasa kebangsaan. "Mereka boleh menguasai bahasa Inggeris, tetapi dalam peperiksaan biarlah mereka hanya menggunakan hanya satu bahasa kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. "Bila kita memberi ruang kepada penggunaan dwi-bahasa, kita sebenarnya membuka ruang untuk tidak menerima bahasa kebangsaan dengan sepenuhnya," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-38 dengan tajuk 'Sampai Bila Mahu Rasis?' di Dewan Sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini, hari ini. Beliau turut menyifatkan keputusan pihak kementerian yang menggunakan dwi-bahasa dalam kertas peperiksaan sebagai satu tindakan yang mengelirukan pelajar sekolah di negara ini. "Kementerian telah mencampuradukkan bahasa dalam kertas peperiksaan. Sewajarnya kita hanya fokus kepada satu bahasa," katanya lagi. | ||
Polis pandang serius anggotanya peras wang pelajar Posted: 19 Apr 2016 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius berhubung video yang memaparkan tindakan dua anggota polis yang dilihat memeras wang daripada seorang lelaki yang didakwa sebagai pelajar sekolah. Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata, insiden tersebut secara terang-terangan telah mencemar imej dan kredibiliti pasukan. "Polis memohon kerjasama mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan insiden tersebut atau yang mempunyai maklumat untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. "Kita tidak mengamalkan "Blue Wall Of Silence" dan tak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh pegawai atau anggota," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Video berduarasi dua minit 52 saat telah mula viral di alaman sosial facebook dan telah menerima pelbagai reaksi dari masyarakat. | ||
MP pembangkang ditegur buat sidang media di lobi Posted: 19 Apr 2016 06:30 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menegur tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang mengadakan sidang media di lobi Parlimen, di sini sewaktu persidangan Dewan Negara berlangsung. Beliau yang secara kebetulan melalui ruangan berkenaan kemudian mengarahkan sidang media mengenai isu laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu, dihentikan. Mereka yang mengadakan sidang media bersama adalah Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang juga Naib Pengerusi PAC, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Datuk Kamarul Baharin (PKR-Telok Kemang) dan William Leong (PKR-Selayang). Abu Zahar berkata, Ahli Parlimen perlu menghormati persidangan Dewan Negara yang sedang berlangsung. "Saya tidak mahu persidangan Dewan Negara diganggu. Ini Dewan Negara bukan Dewan Rakyat," katanya kepada ahli Parlimen berkenaan. Bagaimanapun, Pua meneruskan sidang media itu di luar lobi Parlimen. PAC yang dianggotai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat, pada 7 April lepas. – Bernama | ||
Hak perumahan harus dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Posted: 19 Apr 2016 06:25 AM PDT Roketkini.com Di Bukit Mertajam ada sebuah kampung peneroka yang dipanggil Kampung Permatang Tok Subuh. Kampung ini diteroka dan didiami oleh keluarga penduduk sekarang daripada tahun 1950 lagi. Seawal September 1987, penduduk kampung telah pun membayar cukai pintu kepada kerajaan tempatan. Namun, sejak Mei 2013, 52 buah keluarga peneroka telah mendapat notis pengusiran paksa daripada pemilik tanah Distinct Class Sdn. Bhd. supaya mengosongkan rumah-rumah yang mereka telah didiami sejak tiga generasi. Separuh daripada keluarga Kampung Permatang Tok Subuh berpindah akibat notis pengusiran paksa tersebut manakala 26 keluarga lagi telah membuat keputusan untuk mempertahankan hak mereka. Justeru sejak 2013, saya dan ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon telah berjuang bersama-sama dengan 26 buah keluarga peneroka ini: kami bermalam sudah, berhari sudah, berbuka sudah, bersahur sudah. Daripada masuk pejabat peguam, sehingga masuk mahkamah. Daripada masuk kamar hakim sehingga pejabat Ketua Menteri, itu semua pun sudah. Tetapi, setelah berjuang selama tiga tahun, akhirnya kami kalah di mahkamah. Maka pada 17 Februari yang lepas, 26 keluarga peneroka ini telah menerima notis bailif untuk mengosongkan rumah mereka. Mereka ditawarkan sejumlah wang daripada RM10,000 hingga RM37,000. Jumlah ini langsung tidak dapat memperoleh sebuah rumah waima rumah kos rendah sekalipun. Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh bergaji antara RM900 sehingga RM2,500, ramai yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Paling tua di sana, Pak Cik Yusof sudah berumur 78 tahun, manakala ada seorang wanita Puan Norhaswana yang baru melahirkan cahaya mata bulan lepas. Kemanakah mereka ini akan pergi jika rumah-rumah mereka dirobohkan? Tuntutan mereka mudah, bukan mahukan bunglo atau kondo, mereka hanya mahukan rumah sebagai ganti. Kampung Permatang Tok Subuh: Watak berubah, cerita sama Walaupun saya mengisahkan perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh, jalan ceritanya hampir sama jika kita gantikan nama kampung dengan Siputeh-Tronoh Perak, Kampung Ulu Temiang dan Kampung Hakka, Negeri Sembilan, Kampung Bakar Batu di Johor, ataupun Kampung Chubadak, Kuala Lumpur. Semua kes ini berkaitan dengan pengusiran paksa terhadap kaum peneroka. Mengapa ini berlaku? Undang-undang tanah di Malaysia yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara 1965 jelas tidak memihak kepada peneroka. Prinsip pengurusan tanah yang kita gunapakai ialah berdasarkan Sistem Torrens Australia, di mana hanya hak milikan yang tercatat di atas sehelai kertas yang bergelar "hakmilik" yang diiktirafkan. Ini bermaksud, kerja-kerja peneroka mengusahakan tanah langsung tidak diiktiraf – dan apabila berlaku kes seperti Kampung Permatang Tok Subuh, maka pemilik tanah ataupun pemaju akan melontarkan wang kepada penduduk kampung untuk menghalau mereka keluar dari tanah yang sudah dikerjakan berpuluh malah beratus tahun lamanya. Wang yang diberikan kepada peneroka pun tidak dipanggil "pampasan" walaupun si pemegang hakmilik mengambil rumah orang ataupun mengusir orang dari tanah yang sudah dibasahi darah keringat. Wang itu kalau bahasa indah, dipanggil "ex-gratia". Dalam bahasa orang kampung itu duit tutup mulut. Daripada tahun 1982 lagi, mahkamah sudah memutuskan perkara ini secara muktamad: "It is well established that a court of equity will never assist squatters to resist an order of possession illegally acquired…So the courts must, for the sake of law and order, take a firm stand. We can sympathise with the plight in which the appellant (i.e. the squatters) find themselves. But we can go no further. They must make their appeal elsewhere, not to us." (Sumber: Sidek bn Hj Muhammad & Ors. v Government of Perak [1982] 1 MLJ 313) Penghakiman di atas dibuat oleh Almarhum Sultan Azlan Shah semasa baginda menjadi Ketua Hakim Negara. Saya tertarik dengan cadangan Almarhum – "they must make their appeal elsewhere" – seakan-akan hakim yang bijaksana ketika itu telah mengisyaratkan bahawa ada forum yang lebih tinggi lagi daripada Mahkamah Persekutuan. Justeru, 34 tahun selepas kes Sidek bn Hj Muhammad, pada 17 Mac 2016, saya telah menguji keputusan penghakiman Almarhum Sultan Azlan Shah – dengan membawa rayuan si peneroka ke forum yang lagi satu itu, yakni Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Berikut merupakan ENAM (6) pembaharuan berkaitan hak peneroka yang telah saya bentangkan dalam ucapan perbahasan saya di Parlimen. Pembaharuan 1: Pengiktirafan rasmi Perlembagaan terhadap hak perumahan Pertama, perkara fundamental ataupun perkara asas yang perlu diperbaiki di negara ini ialah pengiktirafan rasmi untuk hak perumahan sebagai hak asasi manusia. Pada masa kini, terutamanya melalui Kanun Tanah Negara 1965, dan keputusan mahkamah, hanya hak pemegang hakmilik diiktirafkan oleh undang-undang. Dasar Perumahan Negara yang dilancarkan pada tahun 2011 langsung tidak menyebut perumahan sebagai hak. Bagi tujuan ini, saya mencadangkan agar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tentang "Kebebasan diri" dipinda untuk memasukkan pengiktirafan terhadap hak perumahan memandangkan hak kebebasan diri patut merangkumi suatu kehidupan yang berkualiti. Cadangan saya ialah untuk meminda Perkara 5 tersebut dengan memasukkan Artikel 25 Deklarasi Hak Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berbunyi: "Setiap manusia mempunyai hak ke atas piawaian kehidupan yang mencukupi bagi kesihatan dan kesejahteraan diri dan keluarga, termasuk makanan, pakaian, perumahan dan penjagaan kesihatan, dan perkhidmatan sosial yang diperlukan, dan perlindungan daripada risiko pengangguran, penyakit, kecacatan, kematian pasangan, hari tua dan apa-apa kekurangan dalam kehidupan di luar kawalannya." Hak perumahan ini perlu dilindungi tanpa mengambilkira status pendudukan, termasuklah untuk kaum peneroka. Ini selaras dengan saranan-saranan badan hak asasi antarabangsa. (Cth. Sumber: General Comment No. 4, The Committee on Economic, Social and Cultural Rights, UN) Pembaharuan 2: Gubal undang-undang baru mempertahankan hak perumahan dan menghentikan pengusiran paksa Keduanya, saya menyeru agar Parlimen menggubal suatu akta yang sesuai sebagai memberikan ungkapan terhadap hak perumahan ini dan juga kepada Perkara 13(1) dan 13(2) Perlembagaan Persekutuan, iaitu tentang "Hak terhadap harta", dan saya petik Perkara 13(2), "Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai". Sebenarnya, tanpa sebarang pindaan sekalipun, kini kaedah "pengusiran paksa" peneroka di seluruh negara jelas bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan ini. Dalam sesetengah kes, jentera kerajaan seperti Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan digunakan untuk melaksanakan pengusiran paksa. Justeru kita perlu undang-undang baru untuk memperbetulkan keadaan. Antara objektif undang-undang baru ini termasuklah: 1) memberi ungkapan kepada hak perumahan, ataupun "to give expression to the right to housing", berasaskan konsep yang didukung oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang merangkumi tujuh (7) perkara iaitu, a) perlindungan hak pendudukan ("security of tenure"); b) ketersediaan perkhidmatan, barangan, kemudahan dan infrastruktur; c) mampu milik; d) keboleh-hunian ("habitability"); e) kebolehcapaian ("accessibility"); f) lokasi; g) kebudayaan ("cultural adequacy") (Sumber: General Comment No. 4, The Committee on Economic, Social and Cultural Rights, UN) 2) penubuhan sebuah pihak berkuasa yang boleh dirayu untuk menuntut hak tersebut selaras dengan cadangan Almarhum Sultan Azlan Shah dalam kes Sidek bin Hj Muhammad; 3) penentuan secara jitu, suatu formula pampasan memadai dalam sebarang kes pengusiran berdasarkan konsep hak perumahan di atas dan juga Perkara 13(2) Perlembagaan Persekutuan, dan pampasan yang memadai perlu berasaskan prinsip, "rumah ganti rumah"; 4) perlindungan kepada hak-hak tanah adat dan tanah warisan; 5) larangan terhadap pengusiran paksa; 6) "pemutihan" terhadap peneroka di seluruh negara tak kira status pendudukan. Untuk masa kini, petempatan peneroka seperti Kampung Permatang Tok Subuh sebenarnya sudahpun diiktiraf melalui pemberian nombor patel alamat rumah dan dikenakan cukai pintu PBT. Justifikasi pemutihan ini adalah mudah: rakyat berhak ke atas perumahan dan jika kerajaan gagal menyediakan perumahan yang mencukupi, maka kerajaan perlu membenarkan rakyat untuk menyediakan perumahan tersebut, walaupun melalui kaedah petempatan tidak formal. Saya percaya rakyat terutamanya rakyat miskin akan mengalu-alukan perundangan baru ini. Dan saya juga yakin, sektor swasta, termasuk pemaju dan pemegang hakmilik akan berasa lega dengan satu perundangan yang bakal memberikan ketentuan yang hakiki terhadap projek-projek pembangunan. Kaedah masa kini yang menggunakan teknik pengusiran paksa sudah lapuk dan membawa imej buruk kepada syarikat swasta. Tambahan pula, oleh sebab tiada satu formula yang stabil, ex–gratia yang ditawarkan pada masa kini adalah berkadaran kepada berapa parti politik dan NGO yang terlibat dalam sesuatu kes pengusiran. Ini menyebabkan pihak swasta tidak dapat meramal kos projek mereka, silap hari bulan, kena rugi beratus ribu ringgit. Dengan perundangan ini, akan wujud "predictability" – kalau nak buat kerja-kerja pembangunan, kos-kos pampasan memadai yang termaktub dalam formula statutori sudahpun diambilkira. Pembaharuan 3: Pindaan terhadap Kanun Tanah Negara 1965 Ketiga, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 ialah perundangan utama berkaitan milikan tanah yang selalunya dirujuk dalam kes pengusiran paksa. Justeru bagi menyelaraskan pindaan Perlembagaan tentang hak perumahan, Kanun Tanah Negara juga perlu dipinda agar selaras dengan Perlembagaan. Saya yakin, cadangan pembaharuan saya tidak akan menjejaskan prinsip "no adverse possession against the state" (seksyen 48 KTN) ataupun prinsip "indefeasibility of title" (seksyen 92 KTN), ataupun kuasa-kuasa kerajaan berkenaan hal ehwal tanah secara umumnya dalam Kanun Tanah Negara masa kini. Namun, beberapa perkara boleh dipinda bagi tujuan menyelaraskan bidang kuasa Kanun Tanah Negara kepada hak perumahan, termasuklah; a) Pindaan Seksyen 79 Kanun Tanah Negara untuk memasukkan hak perumahan sebagai perkara untuk dipertimbangkan semasa pemberian hakmilik tanah oleh kerajaan; b) Pindaan Seksyen 425 untuk mengiktirafkan hak perumahan sebagai perlindungan daripada kesalahan pendudukan tanpa kebenaran tanah kerajaan, atau tanah rizab. Pembaharuan 4: Moratorium terhadap pengusiran Keempat, bagi memastikan hak perumahan terpelihara dalam tempoh undang-undang di atas dipinda dan digubal, saya mencadangkan satu moratorium terhadap pengusiran baru untuk masa setahun, dengan tempoh moratorium boleh dilanjutkan sekiranya perundangan tersebut belum siap dilaksanakan. Pembaharuan 5: Penyediaan rumah mampu milik Kelima, sudah tentu perbincangan hak perumahan tidak lari dari tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ketersediaan rumah mampu milik. Dasar Perumahan Negara 2011 setakat ini masih belum dapat menyelesaikan masalah perumahan yang ada. Contohnya dalam kes Kampung Permatang Tok Subuh, para peneroka telah dijanjikan rumah PRIMA sekitar pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Namun, sehingga sekarang, sudah tiga tahun, rumah belum dibina dan janji entah ke mana. Pada 12 Mac 2015, saya telah bertanya dalam Dewan ini status janji tersebut. Menteri yang menjawab tidak menafikan janji itu tetapi langsung tidak menyebut tentang tawaran kepada penduduk kampung. Dasar Perumahan Negara 2011 juga tidak mengiktirafkan perumahan sebagai hak asasi. Malah apabila dibaca, perumahan dianggap komoditi. Kerajaan perlu mengubah halatuju Dasar Perumahan Nasional ini agar melindungi nilai-guna ataupun "use-value" untuk perumahan terutamanya bagi golongan kelas rendah dan menengah. Pembaharuan 6: Penubuhan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Akhir sekali, pembaharuan ke-enam, saya sarankan agar sebuah Jawatankuasa Parlimen Pindaan Perlembagaan bipartisan yang turut merangkumi wakil kerajaan pusat, kerajaan negeri, pakar perundangan, dan wakil masyarakat sivil ditubuhkan untuk mengkaji, memimpin dan menyelia segala pembaharuan yang saya cadangkan di sini. -Roketkini.com | ||
Di mana, ke mana lenyapnya RM14 bilion, 1MDB? Posted: 19 Apr 2016 06:16 AM PDT Oleh P Gunasegaram Akhirnya, selepas lebih tiga tahun laporan intensif dan berterusan mengenai salah laku 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pihak pengurusan mengakui kemungkinan berlakunya penipuan - selepas AS$3.51 bilion, atau RM14 bilion, lenyap begitu sahaja. Ia juga menandakan ketidak setujuan yang serius di kalangan beberapa rakan kongsi yang mana melibatkan firma milik Abu Dhabi, selaku penjamin dana sebesar AS$3.5 bilion menerusi dua bon sementara yang lain ialah rakan kongsi usahasama dalam projek hartanah perkhidmatan kewangan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur yang bernilai RM18 bilion. Dengan 'kehilangan' RM14 bilion sebagai perkembangan besar-besaran, disifatkan sebagai pembongkaran empayar 1MDB yang terbina dari aktiviti berhutang secara keseluruhannya. Ia adalah dakwaan ke atas pengurusan dan pemegang saham yang dilihat terlibat dalam usaha-usaha berdasarkan pertimbangan dan disengajakan untuk memindahkan hutang dalam jumlah yang besar keluar dari 1MDB, dana yang diperolehi menerusi bon. Ia boleh ditafsirkan sebagai terburuk apabila sebab-musabab pemindahan dana itu dalam keadaan yang renggang dan tidak bersebab sama sekali, mereka yang sepatutnya menerima sejumlah RM14 bilion itu menafikan telah dibayar, sekali gus memungkinkan wujudnya aktiviti meraguan yang mengesahkan berlakunya salah laku. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, yang mengakui kemungkinan berlakunya penipuan, dan berurusan dengan entiti-entiti yang berkait dengan pihak yang menafikan pembayaran itu, dilihat lebih berminat untuk berdebat dengan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua daripada menjalankan tugasnya di 1MDB. | ||
Merkuri bertoksik dalam produk kosmetik Posted: 19 Apr 2016 05:40 AM PDT Oleh MOHD. HASNI JAAFAR MENJADI idaman setiap wanita di seluruh dunia untuk kelihatan menarik dan cantik. Tidak kurang juga dalam kalangan lelaki zaman kini yang turut berusaha untuk kelihatan tampan dan sedap dipandang. Antara kriteria utama yang diguna pakai adalah mempunyai kulit yang mulus dan putih. Keadaan ini menjadikan seorang menjadi lebih berkulit cerah dan merasa lebih muda. Dari aspek perubatan, bahan pemutih kulit juga digunakan bagi kes melasma atau jeragat atau hiperpigmentasi. Mekanisme pemutihan ini berlaku apabila enzim tirosinase disekat daripada mematangkan sel melanin yang memberi warna gelap pada kulit manusia. Dalam industri makanan seperti sayuran dan buahan, perubahan warna kelesuan selepas beberapa hari turut melibatkan mekanisme yang sama. Sebenarnya sel melanin ini amat berguna sebagai salah satu pertahanan kulit terhadap kesan radiasi ultra ungu B yang boleh menyebabkan kanser kulit. Namun, kerana taksub kepada kecantikan melebihi kebaikan yang diberikan oleh sel melanin, ramai yang sanggup menyekat atau membunuhnya. Merkuri Dalam Kosmetik Jepun adalah antara negara yang telah mengalami bencana merkuri yang amat teruk melibatkan pencemaran alam sekitar dan sistem rangkaian makanan mereka. Banyak pengajaran yang telah dipelajari dan hampir kebanyakan perundangan berkaitan merkuri pada hari ini adalah berdasarkan kepada bencana tersebut. Satu kajian pada 2004 yang dijalankan di negara seperti Filipina, Hong Kong, Korea Selatan dan Malaysia mendapati hampir 40 peratus wanita secara aktif menggunakan krim pemutih setiap hari. Lagi gelap kulit sesuatu bangsa itu, lebih ramai wanita yang terlibat seperti di Togo (59 peratus) dan Nigeria (79 peratus). Kajian lain juga mendapati ada kalangan wanita yang telah menggunakan bahan tersebut lebih 20 tahun. Dalam kosmetik, merkuri dilabelkan dengan pelbagai nama seperti mercury, Hg, mercuric iodide, mercurous chloride, ammoniated mercury, amide chloride of mercury, quicksilver, cinnabaris (mercury sulfide), hydrargyri oxydum rubrum (mercury oxide), atau mercury iodide. Arahan pihak pembuat untuk elakkan penggunaan berganda dengan emas, getah, aluminium atau barang kemas mungkin membayangkan kehadiran bahan tersebut. Terdapat juga pihak pembuat kosmetik tidak menyatakan merkuri di dalam senarai kandungan. Merkuri bukan hanya digunakan dalam krim pemutih, tetapi juga didapati positif dalam sabun atau buih kosmetik, krim penghilang kedutan kulit, cecair pembersih alat solek mahupun maskara bulu mata. Bahan ini juga boleh terdapat dalam krim masalah kulit seperti jerawat dan psoariasis. Namun lebih menakutkan lagi adanya kajian lain yang mendapati merkuri berkenaan terutamanya jenis elemental seperti quicksilver, mampu untuk meruap dan mencemari udara dalam rumah sehingga lapan kali ganda lebih tinggi daripada yang dibenarkan. Lebih malang ia berpotensi menyebabkan pendedahan merkuri melalui pernafasan kepada ahli keluarga yang lain kerana kadar penyerapan ke dalam sistem darah adalah amat tinggi sebanyak 80%. Ia juga boleh memasuki sistem penghadaman melalui tangan yang tercemar atau krim yang disapu dekat dengan bibir mulut tetapi hanya 0.01% sahaja yang terserap masuk. Bagi jenis merkuri tak organik yang lain, kadar penyerapan adalah lebih sedikit. Kesan Toksik Merkuri Walaupun kadar penyerapan merkuri ke sistem edaran darah melalui kulit hanya sekitar satu peratus, namun penggunaan krim yang banyak dan keadaan kulit yang kering boleh meningkatkan kadar tersebut. Biasanya tiada tanda atau rasa bagi menunjukkan merkuri ada di dalam krim tersebut. Begitu juga jika terdedah melalui sistem pernafasan. Melainkan jika termakan, seseorang itu akan rasa pelik pada lidah (rasa logam) dan sakit perut. Namun pada tahap tersebut, seseorang telah terdedah pada tahap merkuri yang tinggi dan memudaratkan kesihatan. Bahan merkuri yang memasuki sistem darah akan membentuk kompleks antigen-antibodi lalu merosakkan struktur utama buah pinggang. Ini menyebabkan kerosakan buah pinggang seperti penyakit nefrotik. Pesakit akan kehilangan protein dan mengalami bengkak terutamanya pada kaki dan keliling bawah mata. Merkuri tidak organik ini agak sukar untuk merentasi selaput otak. Tetapi pendedahan berterusan boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf. Merkuri elemental yang mampu meruap didapati boleh menyebabkan masalah mental seperti gangguan kognitif, motor dan sensori tubuh, mahupun perubahan personaliti. Inilah antara sebab utama mengapa merkuri tidak dibenarkan untuk ramuan asas barangan kosmetik. Bagi ibu hamil juga, tidak digalakkan menggunakan sebarang alat kosmetik kerana ditakuti anak di dalam kandungan akan terjejas tumbesaran tubuh dan otaknya. Antara tanda awal utama kesan toksik merkuri ialah ketar-ketar tangan, emosi tidak stabil seperti cepat marah atau meragam, rasa malu amat sangat, hilang keyakinan diri, rasa gemuruh, insomnia, hilang ingatan, perubahan saraf otot (sentakan otot, lemah badan, dan kebas-kebas), sakit kepala, atau kemerosotan prestasi diri untuk bekerja atau membuat sesuatu tugas. Langkah Pencegahan Risiko Amalkan pengambilan limau, vitamin C, mulberi, bearberi, serta buah kiwi yang didapati mampu merencatkan pematangan melanin untuk menjadi putih dan muda secara semula jadi. Namun kaedah ini memerlukan masa yang panjang dan kajian terperinci masih diperlukan. Bagi pengguna barangan kosmetik, pastikan membaca label produk. Guna barangan yang berdaftar dengan pihak berkuasa. Tiada dinyatakan dalam senarai tidak bermakna tidak ada merkuri di dalam produk berkenaan terutamanya yang datang dari China atau dari negara jiran. Krim yang mengandungi merkuri boleh dikenali dengan warnanya yang agak kelabu atau kegelapan. Kurangkan atau hindari diri menggunakan produk kosmetik semasa hamil mahupun menyusu anak. Ambil makanan seimbang yang kaya dengan kalsium dan zat besi bagi mengurangkan risiko toksik dedahan. Pengusaha produk kosmetik juga haruslah memastikan barangan yang dihasilkan bebas daripada logam berat seperti merkuri. Pemantauan serius dengan ujian toksikologi produk perlu dilakukan secara berkala dan sukarela. Pihak berkuasa perlu meneruskan pemantauan yang sedang dijalankan bagi memastikan semua produk kegunaan masyarakat terpelihara dan bebas bahan tersebut. Satu makmal toksikologi yang lengkap perlu diwujudkan bagi membolehkan pengusaha kosmetik membuat analisis produk secara berkala dan untuk pihak berkuasa menjalankan pemantauan lebih bersepadu meliputi semua barangan atau perkhidmatan yang diguna pakai oleh rakyat Malaysia. * PROF. MADYA DR. MOHD. HASNI JAAFAR ialah Pakar Perunding Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). | ||
IPIC henti rancangan selamatkan 1MDB, rakyat bakal tanggung hutang gergasi? Posted: 19 Apr 2016 05:34 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Jika 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih gagal membayar hutangnya, tidak mustahil wang cukai rakyat Malaysia akan digunakan untuk membayar hutang anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan tersebut, kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua. Merujuk kepada pengumuman Petroleum Investment Company (IPIC) kepada Bursa Saham London semalam, beliau berkata, 1MDB dan Kementerian Kewangan gagal untuk membayar semula US$4.7 bilion kepada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS. Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan, US$4.7 bilion itu termasuk US$3.5 bilion bon yang terbit pada 2012, US$1 bilion pendahuluan yang diberikan IPIC pada Jun tahun lalu, dan US$200 juta faedah yang perlu dibayar untuk sehingga kini. Ekoran itu, pelan menyelamatkan 1MDB yang sarat hutang terpaksa dibatalkan oleh IPIC akibat daripada pelanggaran obligasi dalam perjanjian melibatkan kedua-dua wakil entiti berkenaan, tambahnya. "Kegagalan itu bukan hanya meletakkan 1MDB dalam kedudukan yang berisiko, tetapi kini bakal melibatkan 'bailout' (usaha menyelamat) daripada Kementerian Kewangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan IPIC kepada Bursa Saham London semalam yang menyatakan bahawa IPIC telah melaksanakan semua obligasinya mengikut perjanjian yang telah dipersetujui di antara 1MDB dan MOF dengan IPIC dan Aabar Investment PJS. IPIC dilaporkan media sebagai menyatakan bahawa "1MDB dan MOF telah gagal untuk melaksanakan pembayaran tertentu dan kewajipan lain yang perlu dilaksanakan kepada kumpulan IPIC menurut perjanjian berkenaan, termasuk kewajipan untuk membayar kepada IPIC AS$1,102,725,000 ditambah dengan faedah….Hasilnya, 1MDB dan MOF ingkar menurut terma perjanjian itu dan obligasi IPIC dan Aabar di bawah perjanjian itu telah ditamatkan" Sehubungan itu, Tony menuntut supaya Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tampil memberikan penjelasan terhadap kegagalan yang dihadapi syarikat itu dalam pelan pembayaran hutangnya. "Beliau harus menjelaskan bagaimana 1MDB akan membayar dana yang dituntut segera oleh IPC sebanyak US$1.1 bilion. "Najib juga harus jelaskan mengapa Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan pindahan US$7 bilion, tunai dan aset di luar negara oleh 1MDB ekoran daripada kurangnya kerjasama daripada 1MDB," ujarnya. – Roketkini.com | ||
DAP cadang tujuh langkah selesaikan masalah kesesakan Tambak Johor, Linkedua Posted: 19 Apr 2016 05:32 AM PDT Roketkini.com SENAI: Kesesakan lalulintas di pintu Tambak Johor dan Linkedua tidak akan mampu diselesaikan untuk jangka masa panjang jika Jabatan Imigresen Johor hanya mengambil satu langkah, iaitu sekadar memastikan semua pegawai bertugas pada waktu puncak sahaja. DAP Johor berpendapat masalah itu yang membebankan pengguna, khususnya rakyat Johor, dapat diselesaikan secara keseluruhan melalui tujuh langkah segera, termasuk melebarkan Tambak Johor serta membina walkalator/travellator (pejalan kaki automatik) berbumbung. Setiausaha Publisiti DAP Johor, Wong Shu Qi, berkata Jabatan Imigresen Johor mempunyai 2,016 anggota di seluruh negeri, dan hampir 90 peratus atau 1,781 anggota telah dibekukan cuti mereka memandangkan kesesakan lalulintas yang teruk di dua pintu masuk imigresen tersebut. "Dengan itu, jika sekadar memastikan pegawai bertugas di waktu puncak sahaja, ia cuma boleh menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas untuk jangka masa pendek kerana cuti mereka tidak boleh dibekukan selama-lamanya," katanya dalam satu kenyataan media. Selain cadangan agar Tambak Johor dilebarkan dan membina walkator/travellator berbumbung, DAP turut mencadangkan agar kerajaan negeri:
"Perbadanan Pengangkutan Awam Johor seharusnya melancarkan perkhidmatan ini di daerah lain secepat mungkin agar ia dapat memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Johor," katanya. – Roketkini.com | ||
Pengerusi PAC edit laporan sebenar, didesak betulkan semula Posted: 19 Apr 2016 05:29 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, Datuk Hasan Arifin, hari ini dipersoal kerana telah melakukan penyuntingan serius terhadap laporan sebenar PAC yang telah diluluskan oleh ahli-ahli jawatankuasa tersebut. Wakil Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang dalam PAC, Tony Pua, berkata tindakan Hasan memotong ayat yang dipersetujui oleh mesyuarat PAC merupakan satu tindakan yang jelas melanggar peraturan mesyuarat dan menimbulkan kecurigaan terhadap niat pengerusi untuk menutup kes. PAC dianggotai oleh 14 Ahli Parlimen, iaitu sembilan penyokong kerajaan daripada Barisan Nasional dan lima daripada pembangkang PKR, Amanah, DAP dan PAS. Dalam satu sidang media bersama anggota PAC pihak Pembangkang di Parlimen hari ini, Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara memetik Laporan PAC mukasurat 25 yang menyebut "Berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh Datuk Shahrol Azral pada 5 Jun dan kenyataan beliau semasa mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 25 November 2015, akaun tersebut adalah milik Good Star Std Limited yang merupakan subsidari Kumpulan PetroSaudi sejak 1 September 2009". Bagaimanapun, jelas beliau, Pengerusi PAC telah memotong sepatah ayat lagi yang telah disetujui bersama dalam mesyuarat, iaitu ayat yang berbunyi "Bank Negara Malaysia (BNM) telah dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara berkenaan bahawa Good Star Std Limited merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang individu yang tiada berkaitan dengan Kumpulan PetroSaudi." Menurutnya, Pengerusi PAC juga tidak pernah membincangkan perkara tersebut dengan anggota PAC Pembangkang, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. "Jadi kami menyeru supaya Datuk Hasan Arifin memperbetulkan Laporan PAC serta merta melalui satu kertas pembetulan kepada Parlimen," tegas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu. Selain itu, anggota-anggota PAC Pembangkang hari ini juga mahu supaya Hasan tidak lagi berdolak-dalik seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu dalam laporan Ketua Audit Negara berhubung siasatan terhadap skandal mega 1MDB. Mereka juga menggesa Pengerusi PAC menerbitkan kesemua Hansard yang tertunggak sekurang-kurangnya di dalam laman web Parlimen; ini kerana laporan PAC telah mengandungi Hansard prosiding PAC yang merakamkan segala soalan, jawapan dan pembentangan oleh saksi-saksi yang dipanggil jawatankuasa. "Akan tetapi, Hansard yang merekodkan pembentangan dan perbincangan Laporan Ketua Audit Negara antara jabatan Audit Negara dengan PAC, dan perbincangan antara ahli-ahli PAC dan pegawai-pegawai kerajaan bertugas semasa menyediakan Laporan PAC," jelas Tony. Beliau merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 10(1) yang menyebut bahawa sebuah buku penyata rasmi mesyuarat mengandungi semua ucapan-ucapan yang dikeluarkan dalam Majlis Mesyuarat dan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat, hendaklah disediakan. Mereka juga mahu supaya Pengerusi PAC memanggil mesyuarat secepat mungkin untuk membincangkan laporan terbaru melibatkan isu pembatalan perjanjian International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dengan 1MDB. "Ini berlaku kerana 1MDB telah memberikan gambaran palsu bahawa pelan rasionalisasi syarikat telah berjalan dengan lancar dan 1MDB tidak akan memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan untuk menyelesaikan pinjaman-pinjamannya yang melebihi RM50 juta. "Akan tetapi semalam, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia akan menanggung kesemua obligasi 1MDB yang tidak dapat diselesaikan oleh syarikat," ujar beliau. Justeru, Tony menegaskan bahawa anggota PAC Pembangkang sedia untuk bekerjasama dengan anggota PAC penyokong kerajaan untuk mendapatkan maklumat sebenar daripada siasatan tambahan terhadap 1MDB. Turut hadir dalam sidang media ini ialah Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong; Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk kamarul Baharin Abbas; Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken, dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Taqiyuddin Hassan. Sementara itu, sewaktu sidang media berlangsung di lobi Parlimen tersebut, pihak media dikejutkan dengan teguran Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar yang meminta Pua bersama anggota PAC Pembangkang yang lain supaya melakukan sidang media di luar Parlimen. "Jangan kacau semasa persidangan dewan (Dewan Negara)," kata Abu Zahar serius. Sebagai menghormati Speaker, semua anggota PAC Pembangkang menyambung sidang media mereka di luar lobi bangunan Parlimen bersebelahan pintu masuk Dewan. Tony bagaimanapun menjelaskan bahawa walaupun sesi Dewan Negara sedang berlangsung, Ahli Dewan Rakyat juga berhak untuk menggunakan kemudahan bangunan Parlimen yang disediakan. – Roketkini.com | ||
Pesawah rayu k'jaan salur bantuan sara hidup Posted: 18 Apr 2016 10:48 PM PDT MALAYSIAKINI Pesawah padi di kawasan Semanggol dan Selinsing dekat Kerian merayu agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyalurkan bantuan sara hidup kepada mereka memandangkan penanaman padi tidak dilakukan akibat kekurangan bekalan air di Empangan Tasik Bukit Merah. Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata apabila padi tidak dapat ditanam ia akan menjejaskan pendapatan pesawah kerana mereka bergantung kepada hasil tanaman itu untuk menyara hidup. Beliau berkata selain itu, pesawah juga terpaksa menanggung kerugian kerana mereka telah membelanjakan sebanyak RM800 bagi setiap 0.5 hektar untuk upah membajak sawah pada musim ini. "Kos membajak sawah sahaja mencecah RM8 juta bagi sawah seluas lebih 4,000 hektar di dua kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Sehubungan itu, beliau berharap kementerian dapat membantu meringankan beban pesawah memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata kira-kira 4,697 hektar sawah padi di Selinsing dan Semanggol mungkin mengalami kelewatan menanam padi, jika bekalan air di Empangan Bukit Merah berkurangan. Katanya, ini berikutan fenomena El Nino yang menyebabkan air di empangan itu surut dan tidak dapat dibekalkan kepada sawah padi.- Bernama | ||
Di mana, ke mana lenyapnya RM14 bilion, 1MDB? Posted: 18 Apr 2016 10:30 PM PDT P Gunasegaram ULASAN l Akhirnya, selepas lebih tiga tahun laporan intensif dan berterusan mengenai salah laku 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pihak pengurusan mengakui kemungkinan berlakunya penipuan - selepas AS$3.51 bilion, atau RM14 bilion, lenyap begitu sahaja. Ia juga menandakan ketidak setujuan yang serius di kalangan beberapa rakan kongsi yang mana melibatkan firma milik Abu Dhabi, selaku penjamin dana sebesar AS$3.5 bilion menerusi dua bon sementara yang lain ialah rakan kongsi usahasama dalam projek hartanah perkhidmatan kewangan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur yang bernilai RM18 bilion. Dengan 'kehilangan' RM14 bilion sebagai perkembangan besar-besaran, disifatkan sebagai pembongkaran empayar 1MDB yang terbina dari aktiviti berhutang secara keseluruhannya. Ia adalah dakwaan ke atas pengurusan dan pemegang saham yang dilihat terlibat dalam usaha-usaha berdasarkan pertimbangan dan disengajakan untuk memindahkan hutang dalam jumlah yang besar keluar dari 1MDB, dana yang diperolehi menerusi bon. Ia boleh ditafsirkan sebagai terburuk apabila sebab-musabab pemindahan dana itu dalam keadaan yang renggang dan tidak bersebab sama sekali, mereka yang sepatutnya menerima sejumlah RM14 bilion itu menafikan telah dibayar, sekali gus memungkinkan wujudnya aktiviti meraguan yang mengesahkan berlakunya salah laku. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, yang mengakui kemungkinan berlakunya penipuan, dan berurusan dengan entiti-entiti yang berkait dengan pihak yang menafikan pembayaran itu, dilihat lebih berminat untuk berdebat dengan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua daripada menjalankan tugasnya di 1MDB. | ||
PM baru kena bersihkan kandang Augean - Kit Siang Posted: 18 Apr 2016 10:26 PM PDT MALAYSIAKINI Pemimpin pembangkang veteran hari ini memetik mitologi Greek untuk menekankan keperluan Malaysia untuk ditunjangi perdana menteri dan menteri kewangan yang baru. Sambil memberi perumpamaan berdasarkan mitologi itu, Lim Kit Siang berkata, adalah menjadi dasaran kepada tugas wira yang digelar Herculas untuk membersihkan Augean Stables ekoran dakwaan "skandal" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam dua minggu yang lepas, menurut beliau, bukan sahaja merupakan bencana kepada 1MDBm tetapi juga mimpi ngeri yang terjadi kepada Malaysia. Episod pertama ialah apabila laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB disebut-sebut sebagai faktor 'pembebasan' Najib dari dikaitkan dengan 1MDB, namun apa yang berlaku seterusnya adalah sebaliknya, ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu. Keduanya, tambah beliau, apabila International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi dalam kenyataanya kepada Bursa Saham London pada 11 April yang lalu menyatakan bahawa pihaknya mahupun anak syarikatnya, Aabar Investments PJS menerima AS$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments PJS Limited yang ditubuhkan British Virgin Islands (Aabar BVI). Ekoran daripada itu, pemimpin DAP itu berkata, Menteri Luar Saudi, Adel Al-Jubeir mengeluarkan kenyataan mengenai derma kepada Najib. Lim menekankan sebelum ini menteri berkenaan ada menyatakan bahawa beliau tidak fikir dana itu sebagai derma politik, sebaliknya pelaburan oleh warga swasta Saudi. "Lebih buruk lagi, suatu rakaman muncul yang menyaksikan Adel tidak pernah mengakui bahawa kerajaan Arab Saudi sebagai 'penderma'. "Al-Jubeir tidak pernah mengakui atau mengumumkan bahawa derma datang dari kerajan Arab Saudi, hanya beliau sedar Najib dakwa derma dari Arab Saudi – yang mana bercanggah untuk mengumumkan duit berbilion dalam akaun Najib adalah derma kerajaan Arab Saudi," katanya dalam kenyataan. Sebelum ini, pihak kerajaan menyatakan derma datangnya dari kerabat diraja Arab Saudi dan surat daripada putera Saudi diterbitkan oleh Australian Broadcasting Corporation. | ||
PKR Sarawak memberontak atau kepimpinan PKR goyah? Posted: 18 Apr 2016 10:23 PM PDT ANTARAPOS.COM [ULASAN] "Kami sudah memaklumkan kepada pimpinan nasional PKR bahawa kami tidak boleh menerima keputusan yang dibuat di peringkat nasional mengenai pengagihan kerusi," kata Baru Bian, pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak. Lantang dan berani nadanya. Malah beliau juga menegaskan bahawa PKR Sarawak menolak keputusan rundingan pemimpin PKR dan DAP peringkat nasional itu "kerana ia bertentangan dengan mandat PKR Sarawak". Justeru keputusan diambil untuk memulau hasil rundingan itu kerana PKR Sarawak mempunyai kuasa veto untuk menolak keputusan pimpinan nasional jika ia tidak selari dengan kehendak pimpinan di peringkat negeri. "Demi menegakkan kewibawaan majlis presiden PKR negeri…kami membuat keputusan untuk menggunakan kuasa veto kami," kata beliau. PKR dan DAP Sarawak sebelum ini dilaporkan masih bertelagah mengenai pengagihan kerusi untuk Pilihanraya Negeri (PRN) itu serta dalam isu kerjasama dengan PAS. Awal minggu lalu, kepimpinan DAP dan PKR peringkat nasional bermesyuarat untuk memuktamadkan pengagihan keerusi yang akan ditandingi kedua-dua parti yang bersekutu dalam Pakatan Harapan itu. Pada mesyuarat berkenaan, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan segala pertindihan mengenai kerusi DUN Sarawak antara PKR, DAP dan PAN sudah diselesaikan. Bagaimanapun Khamis lalu Baru Bian membuat keputusan mengejutkan itu dan sekaligus membuka kemungkinan calon-calon PKR akan menentang calon DAP di beberapa kerusi DUN pada PRN berkenaan. Baru Bian menegaskan pihaknya tidak akan terikat dengan ketetapan untuk bertanding di hanya 40 kerusi sebagaimana yang diputuskan sebelum ini. Beliau menegaskan PKR dan DAP masih mempunyai pertindihan mengenai parti mana harus menentang Barisan Nasional di empat atau lima kerusi DUN. Maka bermulalah musim pemimpin-pemimpin PKR memujuk PKR Sarawak dengan mengatakan bahawa rundingan dengan DAP itu belum muktamad. Bagaimanapun DAP awal-awal lagi keputusan itu sudah rasmi. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP mencapai persetujuan pembahagian kerusi bagi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak selepas pembincangan dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali. "Setahu saya, berkaitan dengan pembahagian kerusi, DAP dan PKR di peringkat pusat sudah bersetuju," Guan Eng memberitahu sidang media di ibu pejabat DAP. Katanya, persetujuan itu dicapai dalam perbincangannya dengan Azmin pada Khamis lalu. "Persetujuan ini dicapai di antara seorang menteri besar dan seorang ketua menteri dan kami berdua bersetuju dengan pembahagian kerusi itu. "Kami merasakan perkara ini tidak seharusnya dipertikaikan. Tetapi dalam politik perkara begini akan wujud dalam setiap parti dan ia adalah perkara biasa," tambahnya. Persoalannya apa sudah jadi dengan protokol dan kewibawaan pimpinan pusat PKR? Bukankah PRN ini akan menentukan siapakah yang akan memerintah Sarawak untuk lima tahun akan datang? Ke manakah perginya Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail? Mengapakah keputusan yang dibuat oleh PKR nampaknya agak bercelaru dan jauh daripada protokol lazim? Benarkah pimpinan PKR negeri mempunyai kuasa veto untuk menolak keputusan pimpinan Pusat? Atau, adakah keistimewaan ini hanya berlaku pada PKR Sarawak sahaja? Adakah kecelaruan ini membayangkan bahawa ada jurang atau masalah komunikasi di kalangan pucuk pimpinan PKR? Jika Presiden sudah mengisytiharkan rundingan dengan DAP sudah tamat dan diperakui oleh Timbalannya, apakah lagi masalahnya? Adakah tindakan Baru Bian dan geng PKR Sarawak ini sebenarnya mahu memberontak? Atau, adakah selama ini pimpinan Pusat PKR memang kerap bertindak semberono dan tidak menghiraukan pandangan pimpinan negeri? Agak ngeri jika dibayangkan PKR dan sekutunya berjaya merampas Sarawak daripada BN. Dengan hubungan yang renggang dan tegang sebegini bagaimana rakyat Sarawak boleh menikmati perubahan politik di negeri itu? Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata berdasarkan rundingan dengan PKR awal minggu ini, DAP Sarawak memutuskan akan bertanding di 29 kerusi pada PRN nanti. "DAP akan berpegang dengan apa yang telah dipersetujui. Sekiranya PKR tidak berpegang pada kata-katanya, akan berlaku pertandingan tiga penjuru," katanya. DAP mengatur untuk mengumumkan senarai calonnya pada 20 April ini. Beliau berkata, 29 kerusi DUN yang akan ditandingi DAP itu merangkumi 15 kerusi majoriti pengundi Dayak, 13 kerusi majoriti Cina dan satu kerusi di kawasan majoriti kaum Melayu. Untuk rekod, pada pilihan raya negeri 2011, DAP bertanding di 15 kawasan dan menang 12 daripadanya, manakala PKR bertanding 49 kerusi dan menang hanya tiga sahaja. Bagaimanapun PKR pusat akan terus berbincang dengan kepimpinan PKR Sarawak bersabit isu pengagihan kerusi PRN, kata Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin. Katanya, proses perbincangan dan rundingan akan tetap diteruskan selagi mana belum tiba tarikh penamaan calon. "Cuma ada beberapa perkara dan kawasan bertindih yang mungkin PKR Sarawak merasakan mereka lama berada di situ (kawasan) dan kemudian tidak diberi pertimbangan. Itu isunya," katanya. Bagaimanapun Shaharuddin menegaskan, kepimpinan peringkat negeri perlu menghormati keputusan parti di peringkat pusat selepas perbincangan dimuktamadkan. "Kita mengamalkan demokrasi. Jadi semua orang bebas untuk menyatakan peringatan mereka. Tapi akhirnya peringkat pusat yang akan buat keputusan walaupun peringkat negeri ada autonomi tersendiri tapi hubungan antara pusat dengan negeri perlu dipertautkan. "Kita menghormati negeri tapi dalam waktu yang sama negeri juga perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh pusat," katanya. | ||
CEO Rayani Air sedia lepaskan sebahagian pegangan saham Posted: 18 Apr 2016 10:20 PM PDT ANTARAPOS.COM PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran bersedia untuk melepaskan sebahagian pegangan sahamnya kepada mana-mana pelabur demi memastikan syarikat penerbangan itu terus berkembang dan kekal relevan dalam industri. Beliau yang juga pemilik Rayani Air berkata, kekurangan dana merupakan antara faktor utama syarikat penerbangan itu berdepan dengan masalah sehingga timbul tindakan mogok yang dilancarkan juruterbangnya baru-baru ini. Bagaimanapun Ravi menjelaskan keputusan melepaskan pegangan saham itu bukan bertujuan untuk 'menjual' syarikat penerbangan yang dibinanya selama ini bersama isteri, Datuk Karthiyani Govindan. "Saya bukan menjual sepenuhnya tetapi saya akan membiarkan mereka (pelabur) mengembangkan syarikat. "Mana-mana pihak yang mahu melabur dan mengembangkan syarikat, kita sedia (melepaskan sebahagian pegangan)," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam, baru-baru ini. CEO Rayani Air sedia melepaskan sebahagian pegangan sahamnya demi memastikan syarikat penerbangan itu terus berkembang. Minggu lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan penggantungan operasi Rayani Air selama tiga bulan. Ditanya adakah keputusan itu menunjukkan beliau sudah berputus asa untuk mengusahakan Rayani Air yang tidak henti dilanda masalah dan kontroversi, Ravi berkata, beliau masih pemilik syarikat tetapi hanya pegangan saham yang akan berkurangan. "Saya merupakan pemilik Rayani Air dan sekarang mempunyai 100 peratus pegangan saham, tetapi kita sedia melepaskan sebahagiannya. "Saya dan isteri serta warga kerja Rayani Air sayangkan syarikat ini. Kami mahu ia terus bergembang dan kekal relevan," katanya. Menurut Ravi, setakat ini terdapat empat pelabur yang menawarkan dana kepada syarikat penerbangan itu - tiga syarikat tempatan dan satu pelabur asing. Bagaimananapun katanya, kesemua pelabur membuat tawaran untuk sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan saham. "Kita bersedia untuk melepaskannya. Bagaimanapun, kita perlu teliti terlebih dahulu dengan janji, pihak berkenaan akan melabur dan mengembangkan syarikat," ujar Ravi. Terdapat pelabur tempatan dan asing yang berminat untuk melabur dalam Rayani Air. Mengenai perolehan dana, Ravi menjelaskan bahawa peringkat awal ialah melangsaikan semua hutang-hutang dan membayar gaji pekerja. "Sebagaimana yang kita maklumkan sebelum ini, kita akan melaksanakan penstrukturan semula di samping memastikan operasi dan pengurusan lebih cekap. "Kita akan melaksanakan perkara ini terlebih dahulu sebelum pelan pengembangan," katanya. Sebuah portal sebelum ini mendedahkan terdapat sebuah syarikat yang tampil untuk membuat penajaan berjumlah 'jutaan ringgit' bagi fasa pertama dan mendakwa urusan berkenaan hampir dimuktamadkan. Menurut Ravi, penajaan itu bagaimanapun ditarik balik selepas pelabur mengetahui terdapat masalah dalaman berkaitan tindakan mogok juruterbang sehingga memaksa penerbangan dibatalkan. Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air. | ||
Husam kekal menang saman fitnah penulis blog Posted: 18 Apr 2016 10:11 PM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Bekas naib presiden Pas yang juga ahli dewan undangan negeri Salor, Datuk Husam Musa memenangi saman fitnah ke atas Mohd Faisal Rohban Ahmad selepas penulis blog menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan semalam. Peguam Mohd Faisal yang menulis di laman sesawang ruangbicarafaisal.blogspot.com, Muhammad Nur Izzat Nordin memaklumkan tiga anggota panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bahawa anak guamnya memutuskan untuk menarik balik rayuannya. Dua ahli panel yang lain ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan and Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali. Panel hakim mengarahkan jumlah pampasan dinilai oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu sementara menganugerahkan Husam sejumlah RM5,000 dengan kos. Husam kalah kes berkenaan di Mahkamah Tinggi tetapi kemudiannya menang di Mahkamah Rayuan, menyebabkan Mohd Faisal menfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan. Walau bagaimanapun, ekoran penarikan semula itu, keputusan Mahkamah Rayuan kekal. Husam menfailkan saman menentang Mohd Faisal berhubung artikel bertajuk 'Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta' dalam blog berkenaan. Bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu mendakwa artikel berkenaan menfitnah beliau memberikan 10,000 hektar tanah untuk pembalakan adalah salah, dibuat dengan mala fide (berniat jahat), dan mendedahkan beliau kepada persepsi awam yang negatif. Husam menuntut pampasan RM500,000 sebagai gantirugi teladan, punitif dan lain-lain dari penulis blog itu. | ||
Kurang sebulan Mesyuarat Raja-raja, Deklarasi Rakyat hanya dapat kumpul suku dari sejuta tandatangan Posted: 18 Apr 2016 10:09 PM PDT Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. AzharPETALING JAYA: Gerakan Selamatkan Malaysia yang didokong bersama oleh Tun Mahathir Mohamad masih jauh tersasar daripada mengumpul sejuta tandatangan rakyat Malaysia dalam cubaan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Ketua Sekretariatnya, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata sehingga ke hari ini gerakan itu hanya memperolehi kira kira 250,000 atau satu per empat daripada jumlah yang disasarkan. Pihaknya sebelum ini merancang untuk menyampaikan petisyen Deklarasi Rakyat dengan sejuta tandatangan itu kepada Majlis Raja-Raja pada mesyuaratnya 11 Mei depan. "Kita akui ada halangan dan sekatan terhadap apa yang kita lakukan. "Pada masa sekarang kita sudah mencapai satu per empat daripada sejuta tandatangan yang kita mahu. "Kita berharap dan merancang mencapai matlamat itu paling lewat sehingga 9 Mei nanti. Dan akan dilanjutkan jika sehingga 11 Mei itu (jika) masih tak dapat sejuta tandatangan," katanya pagi tadi. Sebelum ini Mahathir mengakui agenda menyingkirkan Najib di luar Parlimen dan pilihanraya umum bercanggah dengan perlembagaan. Sedar kekangan itu, Mahathir cuba mengheret Majlis Raja-raja untuk memberi tekanan kepada Najib. Mahathir mengambil pendekatan itu selepas anaknya Datuk Mukriz disingkir sebagai menteri besar Kedah. Selain pasangan anak-beranak itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung selaku timbalan presiden Umno dan Datuk Shafie Apdal yang digugurkan daripada Kabinet turut menyokong gerakan anti Najib itu. Bagaimanapun siri kempen mereka untuk meraih sokongan mendapat sambutan hambar dengan kehadiran di sesetengah tempat hanya kira-kira 100 orang. | ||
Dakwa Muhyiddin terdesak mengaku tubuhkan Puteri Umno Posted: 18 Apr 2016 10:03 PM PDT SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Sri Azalina Othman Said menyelar kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengakui sebagai individu yang menubuhkan Puteri Umno. Azalina yang merupakan Ketua Puteri Umno pertama menulis di laman Twitternya berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal relevan di mata rakyat. "Muhyiddin tergamak perlekeh parti semata-mata angkat diri sendiri sebagai hero. "Muhyiddin mengaku sebagai hero yang tubuhkan Puteri Umno. Ini tidak benar," tulisnya. Semalam, Muhyiddin dalam ceramahnya di Parlimen Pengerang mendakwa beliau adalah orang yang bertanggungjawab memberikan galakkan kepada Azalina untuk menubuhkan Puteri Umno. Menurut Azalina tindakan Muhyiddin mengadakan jelajah di seluruh negara mengkritik kepimpinan Umno hanya memecah belahkan parti. Ahli Parlimen Pengerang itu turut berharap Muhyiddin dapat bersikap lebih matang dalam tindakan beliau. "Muhyiddin jangan buat-buat lupa apa Umno Bahagian Pengerang pernah buat untuk beliau. Pernah sokong beliau sebagai Timbalan Presiden," tulisnya lagi. | ||
Posted: 18 Apr 2016 10:01 PM PDT KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas menaruh kepercayaan terhadap gerak kerja di peringkat kawasan khususnya Hulu Terengganu apabila menyifatkan tidak mustahil Pas menang di kesemua kerusi Dun di Parlimen tersebut pada PRU14 akan datang. Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tiga kerusi Dun yang gagal ditawan Pas di Parlimen Hulu Terengganu iaitu Kuala Berang, Telemong dan Ajil boleh dirampas daripada BN sekiranya gerak kerja dilakukan dengan kemas dan baik. Apa yang penting menurutnya, jika peranan Pas diberi tumpuan sebaik mungkin, bukan hanya menzahirkannya sebagai parti politik malah sebagai sebuah gerakan Islam, keputusan lebih positif mungkin berpihak kepada parti itu. "Telemong, Ajil dan Kuala Berang, tidak mustahil untuk kita menang jika kita dapat sampaikan dakwah (ke semua peringkat)," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Hulu Terengganu Kali Ke-32, di Markaz Tarbiyyah Pas Kubang Lembek, di sini. Telemong, Ajil dan Kuala Berang merupakan tiga daripada empat Dun dalam Parlimen Hulu Terengganu yang berjaya dipertahankan BN pada pilihan raya umum lepas, manakala Pas hanya berjaya kekalkan kerusi Dun Manir. Sementara itu, dalam memastikan pengaruh Pas terus kukuh, pihaknya turut menekankan gerak kerja pendaftaran pemilih dilakukan secara proaktif bagi memastikan kesemua penyokong Pas yang layak mengundi menunaikan hak sebagai pengundi menjelang PRU14. Jika penekanan terhadap aspek itu tidak diberi perhatian, beliau bimbang penyokong-penyokong Pas yang layak mengundi tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih, sekali gus membawa kerugian kepada parti. "Sebab itu saya tekankan Pas supaya ahli-ahli kita, kaum keluarga dia, anak-beranak dia, jiran-jiran dia terutamanya penyokong Pas, ahli-ahli Pas supaya mendaftar pemilih. Daftar sebagai pemilih barulah ada hak untuk menentukan kerajaan, wakil rakyat dan sebagainya. Itu antaranya penekanan dia. "Walaupun kita ini parti Islam, kita menekankan dari sudut demokrasi dan sistem pilihan raya yang kita sertai," katanya. | ||
Cuti sementara: Tony Fernandes puji Nazir Razak Posted: 18 Apr 2016 09:56 PM PDT SHAH ALAM – Tindakan Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Nazir Abdul Razak untuk bercuti sementara menunggu semakan dalaman mengenai peranannya berhubung pengagihan pembayaran AS$7 juta bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat pujian daripada kebanyakan netizen. Selepas Nazir membuat pengumuman tersebut, kebanyakan komen di media sosial menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu langkah yang betul dan wajar dicontohi oleh kebanyakan pemimpin lain di negara ini. Selain daripada itu, tindakan Nazir tersebut turut mendapat perhatian daripada Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. [ARTIKEL BERKAITAN: Nazir bercuti, bolehkan siasatan pemindahan AS$7 juta] Menerusi laman Instagram peribadinya, Tony memaklumkan bahawa pengumuman oleh Nazir selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 CIMB Group merupakan satu tindakan yang amat baik. "Beliau secara sukarela telah mengambil cuti supaya siasatan bebas dapat dijalankan untuk kepentingan tadbir urus korporat dan ketelusan," tulisnya. Selain itu, anak kepada bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir melalui laman Twitter miliknya turut memuji tindakan Nazir tersebut. "(Tindakannya) lebih mulia berbanding abangnya," tulisnya. Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman Twitternya turut mendesak Perdana Menteri untuk meletak jawatan susulan pengumuman oleh Nazir untuk bercuti sementara siasatan dijalankan. "Kalau Nazir Razak bercuti dari CIMB, Najib Razak patut letak jawatan terus sebagai PM #1MDB," tulisnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan