DIALOG RAKYAT |
- Khairy menteri super ego, tidak mengaku silap – Syed Rosli
- Khairy jawab isu hadiah rendah
- “Saya Ketua UMNO Bahagian,” jawab Jamal apabila disekat Adenan
- Pemimpin PKR ingatkan Tun M berhati-hati kritik Anwar
- Maria Chin tolak dakwaan Deklarasi Rakyat tiada sambutan
- Sivarasa akan didakwa esok kerana hina PM
- Kempen 11 hari pada PRN Sarawak mencukupi
- 2000 anggota ditugaskan kawal forum Dr Zakir
- Niat tersembunyi Adenan halang pembangkang masuki Sarawak
- Belum dipentaskan, teater atas pokok Dinsman 'dipangkas'
- Kenapa laporan 1MDB belum lengkap sudah dibentang?
- Awang Adek berada dalam negara akan menghadap Najib?
- MENGAKU 1MDB MANGSA PENIPUAN, APAKAH ARUL SEKARANG SUDAH MULA GOYANG?
- 'Badut Najib' kini di taman tema Gold Coast, Australia
- Muhyiddin setuju Zahid jadi PM
- Jbt Imigresen S'wak enggan dedah senarai larangan
- Exco Pulau Pinang dilarang ke Sarawak
- Sultan Johor: Jangan fitnah, saya percaya MB
- Kenapa Nabil tolak beberapa tawaran berlakon
- Jbt Negara AS: Dasar pro-Melayu langgar hak asasi manusia
- Aktivis Haris Ibrahim dipenjara kerana memfitnah
- Jamal Yunos disekat memasuki Sarawak
- Bila KPN mahu arahkan Arulkanda disiasat?
- Najib tidak tahu jumlah sebenar pendatang asing
- PRN Sarawak 7 Mei, penamaan calon 25 April
Khairy menteri super ego, tidak mengaku silap – Syed Rosli Posted: 14 Apr 2016 08:34 AM PDT Syed Rosli minta Khairy mengaku kesilapannya berikutan wang yang 'ciput' diberikan kepada pemenang program JCM PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin merupakan seorang menteri yang ego kerana sukar untuk mengaku kesilapannya. Demikian kata Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail mengkritik alasan Khairy berhubung wang yang 'ciput' yang diberikan kepada pemenang program Junior Cycling Malaysia (JCM), anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) 9 April lalu adalah untuk meniup semangat peserta. "Ya, kalau bukan ukuran duit RM30, 20,10 dan botol air kononnya akan spoil'kan mereka, apa salahnya bagi piala atau pun sijil untuk perhargaan dan kenangan mereka demi meniup semangat mereka untuk terus berjuang. "Akuilah kesilapan dan 'life goes on' wahai Menteri super ego Khairy Jamaluddin," katanya di laman Facebooknya. Sebelum ini, Khairy menjelaskan program tersebut tidak seharusnya dijadikan isu, kerana nilai hadiah tunai kemenangan telah dimaklumkan kepada semua peserta oleh pihak penganjur sejak awal lagi. Malah Khairy membidas, keluarga peserta sendiri tidak mempersoalkan nilai hadiah yang akan diterima sebaliknya kepuasan untuk anak-anak mereka itu lebih penting. Program tersebut, telah menjadi bahan jenaka di laman sosial, apabila pemenang bagi kategori 15 tahun menerima pingat dan wang tunai RM50, naib juara RM40 manakala tempat ketiga, RM30 berserta pingat. Sementara untuk kategori 13 tahun pula, juara menerima pingat dan wang tunai RM40, tempat kedua RM30 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing mendapat RM20 berserta pingat. Manakala bagi kategori bawah 9 tahun, juara menerima pingat dan wang tunai RM30, tempat kedua RM20 dan tempat ketiga mendapat RM10 berserta pingat. |
Khairy jawab isu hadiah rendah Posted: 14 Apr 2016 08:30 AM PDT MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sememangnya kecil. Namun begitu, Khairy berkata JCM memilih untuk buat demikian memandangkan apa yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang malah bukan kerana habuan wang. "Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan," tulis beliau di laman Facebooknya hari ini. Sebelum ini, Khairy mendapat kecaman hebat daripada netizen berikutan daripada pemberian hadiah bagi program JCM yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu dianggap seolah seperti tidak berbaloi. [ARTIKEL BERKAITAN: Kerana hadiah, KJ dikecam netizen] Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya mahu peserta-peserta program tersebut membesar dengan nilai serta sikap yang betul. "Ya, wang memang penting dan jika mereka berjaya dalam sukan, mereka akan mendapat ganjaran dari segi kewangan di kemudian hari tetapi jangan kita merosakkan mereka ketika mereka masih muda. "Biarkan mereka mahu menang demi untuk menang, untuk menjadi yang terbaik bukan kerana wang tetapi kerana kesungguhan dan penghormatan," katanya. Selain daripada itu, Khairy turut memaklumkan bahawa hadiah kemenangan tersebut telah dimaklumkan kepada semua peserta sebelum pendaftaran malah dipaparkan dalam laman web JCM dan tiada sebarang isu yang timbul. Tambah beliau, rata-rata ahli keluarga peserta yang membawa anak mereka tidak memikirkan mengenai soal hadiah wang tunai namun mereka mengorbankan masa demi minat anak-anak dalam sukan tersebut. "Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan, ia merupakan pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak,"katanya. Dalam pada itu, susulan daripada penyebaran foto Khairy menyampaikan replika cek yang menjadi viral di laman sosial tersebut, terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan mengubahsuai gambar terbabit untuk dijadikan bahan jenaka. Menerusi foto yang dimuat naik ke laman sosial Facebook OhBulan! menunjukkan gambar-gambar yang menjadi viral tersebut diubah suai dengan kapsyen yang dilihat seolah-olah seperti menyindir Khairy. Namun begitu, terdapat juga sesetengah netizen yang mempertahankan Khairy dan beranggapan beliau tidak mengetahui mengenai pemberian hadiah tersebut. |
“Saya Ketua UMNO Bahagian,” jawab Jamal apabila disekat Adenan Posted: 14 Apr 2016 08:15 AM PDT Jamal juga mahu penjelasan pihaknya dihalang kerana mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. SEPANG: Datuk Jamal Md. Yunos yang dihalang memasuki Sarawak pagi tadi, mengecam pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai mengamalkan double standard kerana membenarkan NGO pembangkang memasuki negeri itu. Ekoran itu, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia mempersoalkan tujuan Adenan Satem berbuat demikian. "Saya adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar," tegas Jamal, "kalau kami NGO pro-kerajaan tidak boleh masuk Sarawak, jadi bagaimana NGO-NGO daripada pembangkang yang kami lihat berduyun-duyun masuk Sarawak?" "Saya akan menulis surat kepada kerajaan negeri Sarawak minta sebab (mengapa kami dihalang) dan akan merayu untuk kami kembali ke Sarawak di waktu yang akan datang," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, disini hari ini. Bersamanya ialah tiga rakan yang turut disekat daripada memasuki Sarawak. Beliau dihalang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 11,30 pagi tadi dan diarah untuk dihantar pulang ke Semananjung pada kadar segera. Jamal membantah layanan pentadbiran Adenan keatas beliau dan rakan-rakannya yang seolah memukal mereka bersekali dengan pembangkang. "Untuk disamakan sebagai pembangkang tu saya tak bersetuju lah," kata Jamal, yang berasa kecewa dan sedih dengan sekatan ini, "apakah kesalahan kami kepada Ketua Menteri Sarawak?" "Kalau kami yang pro-kerajaan lebih-lebih saya selaku pemimpin politik tak dibenarkan masuk Sarawak, kita minta kerajaan Sarawak juga sekat pemimpin atau NGO-NGO pembangkang yang kita tahu mereka ini selalu buat provokasi, fitnah, berbohong dan berdusta." "Pihak kerajaan negeri Sarawak tidak boleh 'double standard'," tegasnya. Jamal turut ditanya samada beliau akan menunjuk perasaan di Jabatan Imigresen sebagai tanda protes. "Jauh sekali, tidak. Kami berbeza dengan pembangkang yang semua sedia tahu sikap pembohongnya. Kami bukan pembohong, malah tiada satu rekod yang mengatakan kami ini pembohong," katanya. LIHAT VIDEO DI SINI |
Pemimpin PKR ingatkan Tun M berhati-hati kritik Anwar Posted: 14 Apr 2016 08:03 AM PDT Oleh Shuhaniza SaidSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad disarankan agar menghentikan komen kritikal terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan bekas Perdana Menteri itu kini 'sekapal' dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menggerakkan Deklarasi Rakyat. Ketua Cabang PKR Balik Pulau, Datuk Halim Hussein berkata, tindakan memburukkan Anwar hanya akan memperlihatkan 'percanggahan' dimana ia tidak membantu deklarasi yang digerakkan sejak beberapa bulan lalu itu. "Kita sepatutnya positif, kita berkongsi satu gerakan bersama untuk memperbetulkan (sistem negara), sama-sama setuju bahawa kerajaan sekarang ada banyak kelemahan. "Kerjasama dan hubungan ini baik, cuma Tun Mahathir kena hentikan (komen negatif), kita kena melihat kepada perkara yang positif, jangan kita terus kritikal sesama kita," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi. Terdahulu, Mahathir yang ditembubual akhbar The Australian mendakwa Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang seterusnya. Malah Mahathir juga berpegang teguh dengan keputusannya untuk memecat Anwar sebagai timbalannya pada tahun 1998 dengan mendakwa Anwar sebagai 'tidak bermoral'. Tindakan Mahathir itu menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kesalnya terhadap bekas perdana menteri itu, apabila terus melakukan serangan ke atas suaminya yang juga Ketua Umum PKR. Mengulas lanjut, Halim berkata, Mahathir tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana Anwar sendiri 'memaafkan' perbuatan lampau pemimpin itu terhadapnya dan sanggup melupakan sejarah lama demi sama-sama menggerakkan usaha ke arah perubahan pentadbiran negara. "Kita tak serang Tun Mahathir pun. Pencetus semua ini pada zaman beliau. Kalau kita nak serang beliau, sistem kehakiman, polis, semua ini (rosak) pada zaman Tun Mahathir. Tapi kalau beliau sama-sama mahu perbetulkan, kita setuju tapi jangan hanya untuk kepentingan peribadinya saja. "Kita setuju dengan beliau (Mahathir) itu pun satu pengorbanan yang kita buat," katanya sambil menegaskan, agenda Deklarasi Rakyat bukan sekadar menukar Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri, tetapi bagi memperbetulkan sistem yang ada dalam negara ini. Justeru katanya, Mahathir perlu menyedari hakikat bahawa usaha ke arah perubahan tersebut memerlukan kerjasama di antara satu sama lain dan penting untuk 'rakan kerjasama' mempunyai suara yang senada. "Kalau beliau seorang, mungkin (tak berjaya). Beliau menumpang atas kapal ini. Bila menumpang atas kapal ini, kena satu suara," ujarnya. Ketika ditanya sama ada PKR akan meneruskan kerjasama dengan Mahathir, ujar Halim, buat masa ini parti berpegang dengan pendirian Anwar yang menyokong kerjasama pembangkang bersama mahathir demi misi Selamatkan Malaysia. "Momentum kita sudah gerakkan. Jadi kalau dia (terus) mahu buat begitu, kita tinggalkan beliau," ujarnya |
Maria Chin tolak dakwaan Deklarasi Rakyat tiada sambutan Posted: 14 Apr 2016 08:02 AM PDT Oleh Azizul OsmanSHAH ALAM: Aktivis politik Maria Chin Abdullah menolak dakwaan Himpunan Selamatkan Malaysia gagal mencapai matlamat berikutan sambutan hambar orang ramai sejak ia diadakan kali pertama di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, hujung bulan lalu. Katanya, jumlah peserta himpunan tidak menggambarkan situasi sebenar rakyat yang mahu perubahan dalam agenda politik negara sekarang. "Saya rasa himpunan pertama di MPAJ lebih kurang 5,000 kerana diumumkan di saat-saat akhir. Di Sepang saya rasa ada ramai yang datang. Jadi saya rasa bukan kerana tidak ramai orang maknanya Deklarasi Rakyat telah gagal. "Siapa yang turunkan tandatangan itu yang penting. Tidak penting jumlah yang turun kepada himpunan berkenaan. Kalau mereka datang ialah untuk dengar apa yang Tan Sri Muhyiddin cakap, itu cuma sifat ingin tahu mereka. Ia tidak perlu dipertikaikan," katanya. Maria berkata demikian apabila media melaporkan bahawa jumlah yang hadir pada Himpunan Selamatkan Malaysia buat kali kedua yang diadakan semalam hambar dan gagal mendapat sambutan. Ditanya adakah jumlah itu menunjukkan bahawa rakyat sudah bosan dengan 'orang buangan Umno' yang bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Najib, Pengerusi Bersih 4.0 itu berkata, ia tidak benar kerana deklarasi berkenaan kini sudah berjumlah lebih 100,000 tandatangan. "Saya tidak fikir begitu. Ini kerana bila kita ada himpunan dan jelajah, ramai sahaja orang yang datang. Mereka nampaknya ingin tahu dan banyak soalan diajukan. Seperti di Kedah, Pulau Pinang kerana meraka nak tahu apakah itu Deklarasi Rakyat dan mengapa penting untuk mereka turunkan tandatangan. "Saya rasa itu adalah indikasi yang bagus (untuk Deklarasi Rakyat) tapi mesti ada pihak yang tidak setuju tapi ini tidak mengapa, kerana kami hormati setiap pandangan masyarakat," katanya. Semalam giliran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke padang dalam siri jelajah Selamatkan Malaysia selepas diadakan pertama kali di Pandan Indah yang dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkongsi pentas bersama Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang banyak mengitar semula tuduhan-tuduhan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bagaimanapun ia gagal mendapat sambutan apabila hanya 100 orang hadir majlis itu. |
Sivarasa akan didakwa esok kerana hina PM Posted: 14 Apr 2016 07:59 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berikutan tindakannya memuat naik poster palsu yang memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman sosial. Sivarasa mengesahkah perkara itu ketika dihubungi sebentar tadi. Pendakwaan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dengan memulakan transmisi komunikasi palsu dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan yang diteruskan selepas sabitan. Pada 25 Mac lalu, Sivarasa memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung tindakannya memuat naik muka depan majalah TIME palsu yang memaparkan wajah Perdana Menteri di akaun Facebook miliknya. Beliau memuat naik muka depan majalah TIME palsu yang memaparkan wajah Perdana Menteri bertajuk `No.2 on the most corrupt list' (Nombor dua kedudukan paling korup). |
Kempen 11 hari pada PRN Sarawak mencukupi Posted: 14 Apr 2016 07:49 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kempen selama 11 hari untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan pada 7 Mei ini adalah mencukupi untuk parti-parti politik, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata bagi Barisan Nasional (BN), ia harus menggunakan tempoh tersebut dengan bekerja keras untuk memenangi hati pengundi. Ahmad Zahid, yang juga memangku Timbalan Presiden Umno, berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada 7 Mei dengan hari penamaan calon pada 25 April ini. Sebelum itu, beliau merasmikan Seminar Sasaran Penting peringkat Kebangsaan 2016, di sini hari ini. - Bernama |
2000 anggota ditugaskan kawal forum Dr Zakir Posted: 14 Apr 2016 07:45 AM PDT SHAH ALAM - Pengarah Program Ceramah Umum Dr Zakir Naik 2016, Abu Shariz memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan kira-kira 2000 orang anggota bagi mengawal keselamatan orang awam ketika penganjuran program Dr Zakir Naik yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada Sabtu ini. Menurut Abu Shariz, anggota keselamatan tersebut terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pasukan komando serta pengawal keselamatan. "Kerajaan akan menyediakan jumlah pasukan keselamatan yang mencukupi dalam penganjuran program pada Sabtu ini dan ini bukan merupakan sesuatu yang ganjil memandangkan dalam perlawanan bola sepak pun, pasukan keselamatan yang ditugaskan adalah lebih kurang 3000 orang,"katanya kepada Sinar Online, hari ini. Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memutuskan untuk tidak membenarkan forum Dr Zakir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selepas tajuk forumnya "Persamaan Antara Hinduisme dan Islam" mencetuskan kontroversi. Namun begitu, selepas mendapat maklum balas yang kurang menyenangkan daripada masyarakat Islam negara ini, kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan forum agama pada Ahad ini diteruskan dengan syarat tajuk asal program itu perlu ditukar. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keselamatan Dr Zakir Naik di negara ini selepas berlakunya kontroversi berkenaan, Abu Shariz memaklumkan bahawa keselamatan beliau tidak pernah menjadi isu pada ketika ini. "Kami percaya kebanyakan rakyat negara ini merupakan rakyat yang sivil, menghormati hak antara satu sama lain serta memberi ruang sesama sendiri. Cuma persoalannya hanyalah berikutan terdapat segelintir pihak yang sedang melakukan provokasi lebih kepada penyebaran maklumat yang tidak sahih,"katanya. Tambahnya, sekiranya orang bukan Islam ingin menghadiri program berkenaan, keselamatan mereka dijamin akan selamat berikutan daripada penyediaan jumlah anggota keselamatan yang mencukupi. |
Niat tersembunyi Adenan halang pembangkang masuki Sarawak Posted: 14 Apr 2016 07:43 AM PDT HAZAYANI ZAKARIA Naib ketua pemuda Amanah Nasional Wan Anwar Wan Ibrahim mendakwa ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak memahami demokrasi apabila melarang pemimpin pembangkang memasuki Sarawak menjelang pilihan raya negeri (PRN) Mei depan. Beliau berkata, walaupun tindakan tersebut tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan, namun ia adalah tindakan berat sebelah dan mempunyai niat tersembunyi. Menurut beliau yang juga seorang peguam, artikel 9 Perlembagaan Persekutuan memang menjamin hak untuk mana-mana warganegara bergerak dalam persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak. Namun Klausa 2 dan 3 perkara 9 perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa ia tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang boleh mengawal selia pergerakan warganegara. "Sabah dan Sarawak boleh buat undang-undang termasuk menghalang kemasukan orang asing ke negerinya. "Kalau ikut undang-undang memang tak salah tapi dalam konteks hendak menghadapi pilihan raya negeri, kita pelik kalau dalam keadaan biasa orang yang dihalang masuk tidak dihalang tapi kenapa menjelang pilihan raya pemimpin pembangkang dihalang masuk. "Memang kerajaan negeri tidak demokratik dan tidak faham apa itu demokrasi," katanya kepada Malaysia Dateline. Adenan sebelum ini bertegas tidak akan menarik balik larangan terhadap pemimpin pembangkang memasuki Sarawak sebaliknya berkata mereka hanya boleh memasuki Sarawak selepas PRN. Larangan itu dakwanya bagi menjaga keharmonian negeri itu. Antara pemimpin pembangkang yang dihalang memasuki Sarawak ialah presiden Amanah Mohd Sabu, dua pemimpin PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dari DAP. Wan Anwar menggesa Adenan menarik balik larangan tersebut dan memberi peluang kepada semua parti untuk berkempen bagi menghadapi PRN. "Saya menyeru larangan ini dapat dipertimbang untuk ditarik balik. "Kita harap semua parti hatta BN sekalipun diberi ruang demokratik untuk bertanding dan biarlah bertanding atas padang yang sama rata," katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei sebagai tarikh PRN Sarawak. Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh itu selepas mengadakan mesyuarat khas di Kuching, hari ini, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 11 April lalu. Mohd Hashim turut mengumumkan undi awal akan diadakan pada 3 Mei. Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari. |
Belum dipentaskan, teater atas pokok Dinsman 'dipangkas' Posted: 14 Apr 2016 07:39 AM PDT HAZAYANI ZAKARIA Aku terluka. Parah Darah menyembur ke muka Pokokku dilukai. Parah. Dipangkas dahannya Bagaimana aku meniti Mana mungkin aku bergayut? Aku terluka Darah menyimbah Aku menangis dan aku menjerit Pokokku dilukai Demikian bait-bait puisi pengarah dan penulis skrip Teater Atas Pokok (TAP), Shamsudin Othman selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatas beberapa dahan pokok Angsana, sepuluh hari menjelang pementasannya. Akibat tindakan MBSA yang tidak berbincang dengan beliau terlebih dahulu, Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Dinsman mengakui sangat kecewa dan hampir memutuskan untuk membatalkan pementasan TAP. MBSA memberi alasan tindakan itu bagi memudahkan audiens menonton TAP. "Dua hari saya tak buat-buat apa. Latihan skrip saya tinggalkan, saya sangat kecewa. Setiap dahan itu ada falsafahnya. Akibat beberapa dahan dicantas, banyak kerja-kerja teknikal yang terpaksa kami ubah. "Ketika itu saya memutuskan untuk membatalkan pementasan teater ini. Tapi lepas berfikir kesannya dan dorongan kawan-kawan, saya teruskan juga," ceritanya ketika ditemui di Kedai Kopi Taman Tasik Shah Alam, berhampiran lokasi TAP akan dipentaskan. Kapitalisme merosakkan kemanusiaan. Itu antara mesej penting yang ingin disampaikan Dinsman melalui TAP. Dalam TAP, pokok merupakan simbol kepada sebuah kampung warisan di ibu kota, Kampung Banda Dalam, Gombak yang berdepan dengan ancaman kemusnahan bagi tujuan pembangunan. Malah, Dinsman mengakui TAP didedikasikan kepada penduduk dan pejuang kampung warisan yang semakin pupus akibat kerakusan pihak berkuasa mengejar keuntungan. Sudah pasti TAP seputar kisah penduduk kampung yang bermati-matian mempertahankan kampung mereka daripada dirobohkan oleh pihak kerajaan dan pihak pemaju yang akan membangunkan kampung mereka dengan bangunan pencakar langit. TAP turut mengadaptasi dua puisi karya Sasterawan Negara Usman Awang, "Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya" dan "Surat Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar". Bercerita perihal idea mementaskan TAP, Dinsman berkata ia adalah ilham yang lahir pada suatu petang, ketika beliau selesai menunaikan solat Asar di Madrasah Tarbiyah Kampung Banda Dalam. Beliau merenung ke luar jendela dan ternampak sebatang pokok di belakang madrasah lalu terfikir untuk menjadikan pokok sebagai pentas teater. Dinsman turut mendapat inspirasi dari pelukis Perancis, Christo yang banyak menghasilkan hasil seni yang unik dan di luar kotak. Menurut beliau, idea itu muncul pada tahun 2014 lagi dan setuju untuk ditaja oleh kerajaan negeri Selangor. Namun atas sebab-sebab tertentu, baru tahun ini TAP dapat dipentaskan dengan kos lebih RM100,000. TAP bakal menampilkan lapan pelakon termasuk seniman dari Thailand, Bhumin Dhanaketpisarn, empat pelakon tambahan dan dua pemuzik. Selain itu, TAP turut menggunakan khidmat syarikat perunding keselamatan kerana terdapat beberapa babak yang memerlukan pelakon bergantung di dahan pokok sambil menyanyi dan melontarkan dialog selain duduk di atas buaian yang digantung di dahan pokok. Alat muzik seperti Marwas iaitu sejenis gendang dan tarian kuda kepang antara seni yang akan dipersembahkan. "Ada satu babak, saya bagi kebebasan kepada pelakon untuk melakukan apa-apa aksi yang mereka boleh. Waktu inilah mereka berpeluang menunjukkan kebolehan mereka sendiri tanpa arahan saya," katanya yang telah mengarahkan lebih sepuluh teater termasuk 'Menunggu Kata Dari Tuhan' yang dilakonkan oleh Sabri Yunus. Dinsman turut mengakui TAP merupakan teater arahannya yang paling mencabar namun para pelakon menunjukkan semangat yang tinggi dan melakukan latihan dengan bersungguh-sungguh. "Alhamdulillah saya ada team produksi yang sangat memberikan kerjasama yang baik dan sangat bersemangat unttuk menjayakan teater ini," katanya lagi. Masuk Malaysia Book of Records Dinsman juga memberitahu, Malaysia Book of Records telah mengesahkan TAP merupakan teater pertama di Malaysia yang dipentaskan di atas pokok. Sehubungan itu, Malaysia Book of Records akan menyampaikan sijil pengiktirafan mereka kepada pihak produksi pada hari pertama pementasan iaitu 16 April nanti. "Mereka dah buat kajian dan mengesahkan ini kali pertama pementasan teater atas pokok di Malaysia," katanya. Selain itu, TAP akan turut ditonton oleh penyunting majalah Asian Theater Journal, Prof. Dr. Khaty Foley dari California. "Beliau sudah sahkan akan datang menonton teater ini dan pada 19 April akan menyampaikan syarahan di Unisel berkaitan pembangunan teater dari perpektif umum. TAP akan dipentaskan pada 16 dan 17 April, jam 9.00 malam di hadapan Kedai Kopi 2, Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. Ia dianjurkan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan kerjasama Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Kebudayaan Selangor. Dinsman berkata, selain memberi kelainan dalam dunia teater, beliau juga berharap TAP dapat membuka mata pihak yang berkaitan agar tidak sewenang-wenangnya menghapuskan kampung warisan demi keuntungan. "Saya harap pihak-pihak yang terlibat merobohkan kampung warisan tahu kewujudan teater ini dan akan menonton seteruskan sedar akan kepentingan seni warisan kita termasuk kampung-kampung yang sedang terancam," katanya mengakhiri perbualan. |
Kenapa laporan 1MDB belum lengkap sudah dibentang? Posted: 14 Apr 2016 07:33 AM PDT SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua yang mewakili pembangkang hari ini menjawab kenapa pihaknya bersetuju membentang laporan siasatan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen meskipun ianya belum lengkap. "Kenapa kita benarkan laporan ini dibentang? Sebab sudah ada bukti kukuh di mana selepas bentang, kita boleh hentam habis-habisan terhadap Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri). "Kalau ada di luar sana yang tanya kenapa, ini jawapannya" katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini. PAC mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada 7 April lalu di Parlimen. Tony yang juga Ahli Parlimen DAP, turut mendedahkan ketika mesyuarat PAC, setiap kali beliau menyebut nama Najib, suasana akan bertukar kecoh. "Pembangkang lima orang, nak lawan majoriti sembilan orang dari BN, bukan senang. Nak buat kesimpulan dalam laporan itu, Najib bersalah, agak-agak boleh tak? "Saya sebut nama Najib (dalam mesyuarat) saja pun semua kecoh (bantah)," katanya. Forum ini turut disertai Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad. |
Awang Adek berada dalam negara akan menghadap Najib? Posted: 14 Apr 2016 01:03 AM PDT MSO Sudah hampir dua minggu Bank Negara tidak mempunyai Gebenur. Zati Aziz sudah bersara mulai 1 April lalu. Cerita siapa dia akan dilantik menjadi pengganti Zeti juga senyap sunyi. Secara amalannya Gebenur Negara dilantik oleh jawatankuasa tadbir urus. Ia tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri. Tetapi bolehkah dalam situasi hari ini perdana menteri yang diserang oleh segenap penjuru dunia, beliau tidak akan masuk campur. Para penganalisa kewangan berharap Gebenur Bank Negara tidak akan dilantik di kalangan orang politik. Biarlah peneraju bank pusat itu diuruskan oleh mereka yang pakar dan tidak menunjukkan kecenderungan melampau kepada politik agar ia bergerak bebas sesuai dengan fungsi dan peranannya. Seperti dikatakan tadi, dalam keadaan Najib terhimpit kini apakah beliau akan akur kepada permintaan itu? Tidakkah beliau akan merestui pelanbtikan itu dari kalangan individu yang sedia samina dan wathana kepadanya? Salah seorang yang disebut-sebut akan dilantik menjadi gebenur bank negara ialah Awang Adek Hussein, yang kini merupakan duta khas Malaysia ke Amerika Syarikat. Awang Adek juga pernah berkhidmat dengan Bank Negara sebagai timbalan gebenur. Beliau berhenti untuk menceburi diri dalam politik Umno sepenuh masa. Pernah bertanding di parlimen Bachok, menang dan dilantik menjadi timbalan menteri kewangan. Memang disegi kelayakan Awang Adek layak untuk menduduki gebenur bank negara. Soalnya dia telah mengotori dirinya dengan menjadi ahli politik. Khabarnya Awang Adek kini berada di tanah air sejak sehari dua ini. Ada cerita dari kejauhan dia dipanggil pulang untuk mengahadap Najib selepas PM itu pulang dari persidangan Negara-Negara Islam (OIC) di Turki. Awang Adek dijangka menghadap Najib Isnin. Apakah pemanggilan Awang Adek pulang itu ada kena mengena dengan pelantikan Ketua Umno Bahagian Bachok dan bekas ahli Parlimen Bachok itu sebagai Gebenur menggantikan Zeti. Kita tunggu. |
MENGAKU 1MDB MANGSA PENIPUAN, APAKAH ARUL SEKARANG SUDAH MULA GOYANG? Posted: 14 Apr 2016 12:51 AM PDT shahbudindotcomMengapa tiba-tiba saja Arul Kanda Kandasamy, CEO 1MDB mengatakan syarikat pelaburan itu mungkin menjadi mangsa penipuan berhubung bayaran sebanyak AS3.51 bilion yang dibuatnya kepada Aabar Investment PJS Ltd atau Aabar BVI? Apakah beliau sekarang sudah mula goyang dan perlahan-lahan mengakui kebenaran pelbagai pendedahan yang dibuat WSJ dan Sarawak Report sebelum ini serta penyiasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Switzerland? Melalui pelbagai pendedahan sebelum ini, Aabar BVI dipercayai ada kaitan dengan Khadem Al Qubaishi, bekas Pengarah Urusan IPIC dan Mohamed Badawy Al Husainey, bekas Pengerusi Aabar Abu Dhabi yang merupakan anak syarikat IPIC. Mengapa sebelum ini, 1MDB begitu mempertahankan Aabar BVI adalah anak syarikat International Petroleum Investment Corporation atau IPIC dan setiap kali dakwaan dibuat terhadap kesahihan syarikat itu, setiap kali juga akan mengatakan ia adalah tuduhan kitar semula yang diulang-ulang? Jika benar 1MDB mangsa penipuan, malah benar-benar tidak mengetahui Aabar BVI sudah pun ditutup pada pertengahan 2015 yang lalu, siapa perancang utama penipuan itu dan seperti kata Tony Pua juga, apakah Arul yang mula menjadi CEO 1MDB pada Januari 2015, langsung tidak mengetahuinya? Apakah perancang penipuan itu ialah Khadem Al Qubaishi dan Mohamed Badawy Al Husainey yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa antarabangsa atau ada pihak-pihak lain yang terlibat sama? Jika benar 1MDB ditipu, apakah yang menipunya hanya dua orang Arab itu saja? Apakah hanya merka berdua saja yang menyonglap wang sebanyak AS$3.51 bilion atau kira-kira RM14,000 juta itu dan membahagikannya sesama sendiri saja? Tidak mungkinkah ada pihak lain tumpang semangkuk dengan wang tersebut? Bagaimana pula dengan penyiasatan pihak berkuasa Switzerland sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ bahawa syarikat filem anak tiri Najib, Red Granite turut mendapat manfaat daripada wang yang disalurkan melalui Aabar BVI? Malah, adakah wujud persamaan sebagaimana yang pernah disebut oleh Red Granite sendiri kepada New York Times, pelabur utamanya ialah tokoh perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahmad Al Husainey? Apa hubungan Mohamed Ahmad Al Husainey dengan Mohamed Badawy Al Husainey? Walaupun 1MDB juga menafikan menyalurkan sebarang dana kepada Red Granite, sama ada secara langsung atau tidak langsung, hakikat yang nampaknya mula diakui ialah syarikat pelaburan strategik itu mungkin ditipu oleh Aabar BVI. Sedikit masa lagi, melalui keagresifan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa untuk mendedahkan kebenaran, sama oleh media dan pihak berkuasa undang-undangnya, tembelang berkaitan Aabar BVI itu pasti akan terdedah juga akhirnya. Selain itu, persoalan mengenai kehilangan wang yang dikaitkan dengan 1MDB sebenarnya tidak saja melibatkan RM14,000 juta itu saja, tetapi dalam banyak kesangsian lain seperti sama ada pelaburan di Pulau Cayman sebanyak AS$2.318 bilion sudah dibawa balik atau tidak, AS$700 juta dan AS$330 juta yang dibayar kepada Good Star milik Jho Low, AS$940 juta yang disimpan dalam bentuk unit di BSI Bank Singapura dan AS1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investment Ltd. Secara keseluruhannya, jumlah wang yang dipercayai hilang melalui 1MDB ialah sebanyak AS$7 bilion atau kira-kira RM28,000 juta. Dan untuk makluman makcik Felda, jika RM1 juta dalam wang kertas RM50 mungkin lebih kurang sama saiznya dengan seguni baja kelapa sawit, bayangkan jika guni baja itu ditimbun sebanyak 28,000 kampit di tepi ladang mereka. Dalam hal ini memang melucukan apabila Najib hanya membangkitkan soal RM42,000 juta yang dipertahankannya sebagai tidak hilang, namun langsung tidak berani menyentuh mengenai kehilangan RM28,000 juta atau setidak-tidaknya mengenai RM14,000 juta yang dibayar kepada Aabar BVI yang akhirnya bak kata Mahfuz Omar, adalah sebuah syarikat jebon semata-mata. Jika tanda-tanda sudah mula kelihatan bahawa 1MDB mengakui ia mungkin mangsa penipuan, siapakah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Bekas CEO, Lembaga Pengarah atau Pengerusi Lembaga Penasihat yang tandatangannya adalah wajib dalam setiap urusan? |
'Badut Najib' kini di taman tema Gold Coast, Australia Posted: 14 Apr 2016 12:47 AM PDT MALAYSIAKINI Imej protes yang menggambarkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Naijb Razak sebagai badut kini dibawa taman tema di Gold Coast, Australia. Imej berkenaan dibawa oleh seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara itu semasa bergambar dengan watak-watak wira dan maskot di taman tema itu. Abd Rafiz Abd Malek dari Sungai Petani, Kedah memuat-naikkan siri gambar-gambar itu di Facebook dengan hashtag #? Kitasemuapenghasut? dengan imej 'badut Najib'. Kumpulan pertama gambar berkenaan dirakamkan di taman tema Sea World di Gold Coast Australia di mana 'badut Najib' dipaparkan bersama makhluk laut dan penghibur taman tema, termasuk sotong. Kumpulan kedua gambar pula menunjukkan imej 'badut Najib' bersama watak penjahat komik, wira serta watak kartun di Warner Bros Movie World. Ketika dihubungi Malaysiakini, Abd Rafiz yang bekerja di ladang memetik buah-buahan dan memerah susu lembu, berkata beliau berkongsi gambar-gambar 'badut Najib' sebagai bantahan terhadap apa yang beliau lihat sebagai rasuah besar di negara ini. "Saya kongsi #kamisemuapenghasut kerana saya amat kecewa dengan Najib. Kerana dirinya, Malaysia hari ini berada dalam keadaan musnah, dan negara (kini) tidak mempunyai kebebasan untuk meluahkan perasaan," katanya. |
Muhyiddin setuju Zahid jadi PM Posted: 14 Apr 2016 12:40 AM PDT Shakira Buang Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menjadikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai calon pengganti perdana menteri. Namun, bekas timbalan perdana menteri itu berkata biarlah matlamat utama Deklarasi Rakyat dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya berjaya sepenuhnya. Ini kerana, deklarasi yang dimeterai dengan pemimpin pembangkang itu bukan bertujuan menjatuhkan atau menukar kerajaan sedia ada. "Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan, tidak!, dalam kes baru-baru ini, mereka (pembangkang) bersama dengan kita Tun Mahathir dan saya tandatangan Deklarasi Rakyat mereka juga kata bukan nak jatuhkan kerajaan, kami nak perdana menteri undur dan negara ini diselamatkan. "Kalau dia (Najib) pergi (undur) maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa, sesiapa pun tak apa, itu pun saya tak pasti dengan perubahan sebegitu maka akan kembali menyakinkan rakyat untuk menyokong BN," katanya. Muhyiddin berucap berucap dalam ceramah 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di hadapan kira-kira 100 hadirin di Taman Putra Perdana,Puchong malam tadi. Dalam ceramah tersebut, ahli Parlimen Pagoh itu turut membuat pendedahan bahawa beliau pernah di pelawa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencabar kedudukan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2008, susulan kemerosotan sokongan kepada Umno-BN. Desakan tersebut dibuat, Dr Mahathir, apabila Najib sebagai timbalan perdana menteri pada masa itu terlalu berlembut untuk bertindak mencabar kedudukan Abdullah sebagai perdana menteri ketika itu. "Sebelum ini Tun Mahathir panggil saya, rupanya dia sedang menunggu jawapan Datuk Seri Najib, supaya bersedia untuk mengambail alih (jawatan PM dari Pak Lah) dan bertanding jawatan presiden Umno. "Dia (Dr Mahathir) bertanya dengan saya kalau Datuk Seri Najib besok tak buat keputusan boleh jadi kita nak suruh awak (Muhyiddin) bertanding (jawatan presiden dan menjadi PM), saya kata tuan tunggu , biar saya cakap dengan Datuk Seri Najib sekali lagi,"katanya. Tambah Muhyiddin, ketika Umno hampir lumpuh dibawah pentadbiran Abdulah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, beliau pernah beberapa kali mencadangkan kepada Najib supaya menggantikan Pak Lah, bagi memulihkan kembali sokongan rakyat. "Saya bincang dan berkongsi pandangan dengan beliau (Tun M) tentang apa yang berlaku selepas PRU 2008 dibawah Pak Lah, beliau kata ia tidak bagus.Ikut bacaan politik saya, jika Pak Lah terus kekal sebagai tampuk sebagai PM dengan keadaan isu-isu, bukan sekadar rasuah dan moral, sebaliknya kepimpinan, maka kemungkinan kita tak mungkin bertahan pada PRU-13. "Kalau saya tak gesa begitu saya takut Umno-BN kalah pada pilihan raya lepas, bukan untuk kepentingan saya, bukan kerana waktu itu saya dah bercita-cita nak jadi timbalan perdana menteri tak ada terlintas pun, tapi tujuannya adalah untuk menyelamatkan parti dan menyelamatkan kerajaan BN," kata Muhyiddin. |
Jbt Imigresen S'wak enggan dedah senarai larangan Posted: 14 Apr 2016 12:34 AM PDT MALAYSIAKINI Pihak berkuasa imigresen Sarawak tidak akan mendedahkan senarai larangan memasuki Sarawak di kalangan ahli-ahli parlimen pembangkang dan aktivis. "Kami melaksanakan arahan dari pihak berkuasa negeri," kata pengarahnya, Ken Leben. Sebelum ini, beberapa wakil rakyat pembangkang telah dihalang memasuki Sarawak di bawah Seksyen 65 (i)(a) Akta Imigresen 1959/63. Antara yang terkini ialah exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan pencipta maskot UBAH, Ooi Leng Hang. Mengulas lanjut, Ken berkata, pihak yang merasakan diri mereka tersenarai dalam larangan tersebut dinasihatkan untuk tidak bercadang untuk memasuki negeri tersebut. Setakat ini, sejumlah 37 ahli-ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik telah dilarang memasuki Sarawak termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. Sarawak menjadi negeri yang berautonomi dan ia merupakan sebahagian daripada 18 perkara dalam perjanjian apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963. Anggota parlimen pembangkang, walau bagaimanapun, berpendapat dasar itu telah disalahgunakan oleh kerajaan negeri. |
Exco Pulau Pinang dilarang ke Sarawak Posted: 14 Apr 2016 12:24 AM PDT MALAYSIAKINI Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Afif Bahardin adalah ahli politik pembangkang terbaru yang dihalang ke Sarawak. Afif yang tiba selepas tengah malam hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, menerima notis daripada Jabatan Imigresen Sarawak bahawa namanya telah disenarai hitam. Menurutnya, arahan untuk menghalangnya daripada memasuki Sarawak datang daripada pihak atasan. Beliau membidas BN Sarawak kerana menggunakan taktik keji itu untuk menyekatnya untuk bersama-sama penyokong PKR dan sayap Pemuda dalam menghadapi pilihan raya negeri. "Tindakan itu membuktikan bahawa kepimpinan BN negeri adalah sebuah rejim yang tidak akan teragak-agak merampas hak rakyat apabila kuasanya terancam. "Ini juga menunjukkan bahawa mereka tidak menghargai prinsip pembentukan Malaysia. "Kami menyeru rakyat di Sarawak untuk mengundi untuk perubahan pada pilihan raya negeri ini," katanya. Setakat ini, sekurang-kurangnya 37 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik telah dilarang ke bumi kenyalang itu. Mereka termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. Editor Sarawak Report, Clare-Rewcastle Brown juga berada dalam senarai itu. |
Sultan Johor: Jangan fitnah, saya percaya MB Posted: 14 Apr 2016 12:18 AM PDT MALAYSIAKINI LIHAT VIDEO DI SINI Sultan Johor mengingatkan pihak yang tidak bertanggungjawab supaya tidak menangguk di air keruh dengan membuat fitnah terhadap kepimpinan negeri. Baginda bertitah masih percaya terhadap kepimpinan sedia ada, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin. "Saya masih percaya dengan menteri besar sekarang dan yakin dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang ada," titahnya. Minggu lalu, timbul desas-desus bahawa menteri besar Johor akan ditukar seperti Kedah. Shukur, anak kepada Speaker Johor Tan Sri Mohamad Aziz, mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Khaled yang diketuai oleh seorang timbalan menteri di negeri itu. Shukur juga mendakwa gerakan itu juga merancang untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno yang digantung tugas, di peringkat akar umbi. |
Kenapa Nabil tolak beberapa tawaran berlakon Posted: 14 Apr 2016 12:16 AM PDT Nadia Azam Berasakan perlu untuk menghasilkan skrip yang mengikut citarasa, pelawak Nabil Ahmad 'melabur' RM200 untuk membeli sebuah mesin taip kerana menganggap dirinya 'buta IT.' Mulanya hanya cakap-cakap kosong dan dilupakan, tetapi akhirnya cadangan isteri Nazirah Ayub, 28, membuatkan Nabil mengambil pendekatan untuk mengabdikan idea filem yang diperkatakan secara realiti. Namun, tidak semudah itu bagi Nabil, 33, kerana dia kurang mahir menggunakan komputer. "Daripada saya terus melupakan idea yang sering diceritakan kepada isteri, ada baiknya mula menulis di atas sesuatu. "Saya memilih untuk menggunakan mesin taip kerana mahu lebih menjiwai perasaan ketika sedang menulis," katanya. Nabil ditemui semasa sidang media pelancaran Lawak Ke Der 2016 yang diadakan di Istana Budaya semalam. Menurut Nabil, faktor umur membuatkan dia mengambil keputusan untuk membuat pembaharuan dalam hidupnya. Menceburkan diri di belakang tabir produksi perfileman menjadi satu impian yang mungkin sebelum ini belum dapat dipraktikkan. Realisasikan impian Akui Nabil, antara satu sebab dia menolak beberapa tawaran berlakon adalah disebabkan untuk merealisasikan impiannya itu. "Saya terpaksa menolak tawaran berlakon kerana durasi sesuatu penggambaran mengambil tempoh terlalu lama untuk selesai. "Disebabkan umur ini juga, saya mula berfikir untuk menghasilkan dan mencipta sesuatu yang berlainan," katanya. Satu lagi kekurangan Nabil adalah dia tidak pernah mendapat sebarang pendidikan untuk menulis skrip. Namun, langkahnya tidak terhenti di situ saja, sebaliknya dia mula mendapatkan tunjuk ajar pihak yang berpengalaman. "Saya ada bertemu pengarah Ghaz Abu Bakar dan membayangkan babak yang diinginkan. "Respon Ghaz, dia tergelak dan menyatakan sudah pun boleh visualkan perkara berkenaan. "Daripada caranya itu, sedikit-sebanyak menunjukkan potensi saya dalam hal ini, maklumlah saya tidak pernah menulis skrip dan sudah tentu berasa teruja. "Selain itu, saya turut mengkaji beberapa skrip terpilih sebagai rujukan," katanya. Nampak mudah tapi berat Dalam tempoh dua bulan lebih, karya yang dihasilkan Nabil sudah siap sebanyak 20 peratus. Bagaimanapun, ini semua baru permulaan bagi Nabil dan dia juga belum memutuskan tajuk untuk buah tangannya itu. "Ini baru permulaan malah saya anggap ia sebagai hobi di masa lapang. "Mungkin ia akan berkisarkah filem aksi dan seram namun diselitkan komedi," katanya. Sementara itu, dalam Lawak Ke Der yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 5 hingga 8 Mei ini akan menyaksikan Nabil bertindak sebagai pengacara. Biarpun hanya menggalas peranan sebagai pengacara, Nabil akui sedikit-sebanyak turut terbeban dengan tugas yang perlu dibawa. Kata Nabil, cabarannya adalah untuk memeriahkan suasana acara yang sedang berlangsung. "Nampak mudah, tetapi ia berat sebenarnya. "Saya perlu membuat lawak sebelum peserta naik ke pentas dan sesudah mereka turun. "Jadi saya juga perlu menggarap idea yang menarik dan pastikan ia sesuai dengan isu yang dibawakan peserta. "Dengan melihat keletah anak-anak di rumah, ia dapat membantu saya mengurangkan tekanan yang ada," katanya. |
Jbt Negara AS: Dasar pro-Melayu langgar hak asasi manusia Posted: 14 Apr 2016 12:12 AM PDT MALAYSIAKINI Dasar mengutamakan orang Melayu oleh kerajaan Malaysia disenaraikan sebagai antara pelanggaran hak asasi manusia oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Jabatan itu berkata demikian dalam Laporan Amalan Hak Asasi Manusia 2015, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry hari ini. Ia juga menamakan pendakwaan ke atas mereka yang tidak sehaluan, penahanan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kes liwat pada Februari 2015 sebagai antara pencabulan hak asasi. "Turut menjadi kebimbangan adalah intimidasi polis; siasatan hasutan dan perhimpunan haram; tuduhan terhadap puluhan aktivis, peguam dan ahli politik pembangkang; dan pendakwaan bermotifkan politik berhubung penahanan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim," petik laporan itu. Ia juga menyatakan bahawa terlalu kurang pemantauan berhubung keberkecualian polis, termasuk kematian atau penderaan dalam kes-kes tahanan. Ia menyatakan bahawa NGO dan media tidak dibenarkan untuk memantau keadaan penjara, dan bahawa akses tetap dibenarkan untuk Palang Merah dan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (Suhakam) berdasarkan kes demi kes. Akses juga diberikan kepada agensi pelarian Bangsa-bangsa Bersatu, UNHCR, tetapi seringkali lewat pada masanya. Mei tahun lalu, wakil UNHCR berkata pegawai imigresen memberi akses terlalu lambat kepada pelarian Rohingya yang tiba di pusat tahanan Belantik di Kedah, katanya. Pelanggaran hak asasi manusia lain termasuk:
|
Aktivis Haris Ibrahim dipenjara kerana memfitnah Posted: 14 Apr 2016 12:06 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman lapan bulan penjara kepada aktivis Haris Ibrahim selepas disabitkan bersalah memfitnah. Peguam itu didakwa bawah Seksyen 4 Akta Hasutan pada 2013 selepas dikatakan membuat ucapan hasutan pada perhimpunan selepas pilihan raya umum di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara. Beliau dituduh di mahkamah bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, anak bekas timbalan perdana menteri Datuk Tamrin Abdul Ghafar serta aktivis Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Safwan Anang. |
Jamal Yunos disekat memasuki Sarawak Posted: 13 Apr 2016 11:57 PM PDT ANTARAPOS.COM PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos disekat masuk ke negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 7 Mei ini. Seperti yang difahamkan, beliau adalah pemimpin Umno pertama yang dihalang masuk dan kemungkinan besar disebabkan kenyataan-kenyataannya yang bersifat perkauman. Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang masuk Sarawak, kini giliran pemimpin Umno pula yang disekat masuk ke negeri itu. Memetik laporan FMT, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau tiba di Kuching bersama tujuh rakannya tetapi empat termasuk dirinya dihalang masuk. Tiga lagi rakannya yang dihalang masuk adalah Ariffin Abu Bakar, Rahim Ibrahim dan Razali Zakaria dan kesemua mereka terlibat dalam Gabungan NGO Melayu. |
Bila KPN mahu arahkan Arulkanda disiasat? Posted: 13 Apr 2016 11:52 PM PDT MALAYSIA DATELINE Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu mengambil tindakan segera menahan Arulkanda Kandasamy dan mana-mana pengurusan kanan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mempercepatkan siasatan, desak Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. Beliau berkata, tidak pasti sama ada pihak polis telah mengambil sebarang kenyataan daripada Arulkanda selaku Ketua Pegawai Ekesekutif atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB. "Tindakan tidak menahan Arulkanda itu berbeza dengan layanan polis terhadap saya. "Saya ingin mengingatkan Ketua Polis Negara segala tindak tanduk beliau berhubung isu 1MDB diperhatikan oleh rakyat. "Jika saya boleh ditahan tujuh jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat, kenapa sehingga sekarang Ketua Polis Negara belum mengeluarkan arahan agar Arulkanda juga ditahan untuk siasatan lanjut kerana sudah dua minggu berlalu sejak saya membuatlaporan polis terhadap Arulkanda dan pengurusan kanan 1MDB." ujarnya dalam satu kenyataan. Menurut Rafizi lagi, apa yang penting Jabatan Audit Negara mengesahkan dokumen yang beliau dedahkan adalah dokumen yang sahih, maka sudah tentu maklumat yang terkandung juga adalah sahih. Ini mengesahkan bahawa Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB telah membuat pembayaran RM288 juta tanpa dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah terlebih dahulu dan asas yang kukuh untuk memulakan siasatan terhadap mereka. "Saya akan menunggu sehingga Jumaat 15 April ini untuk melihat sama ada Ketua Polis Negara akan mengarahkan Arulkanda Kandasamy ditahan untuk siasatan lanjut sebelum saya memulakan langkah-langkah lain berhubung perkara ini," tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ini. Menurut Rafizi lagi, pada 30 Mac beliau telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap Arulkanda dan pengurusan kanan 1MDB berhubung satu maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan sejumlah RM288 juta telah dibelanjakan tanpa dimaklumkan dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Beliau membuat laporan tersebut supaya satu siasatan dapat dijalankan dengan segera untuk menentukan sama ada satu kesalahan jenayah telah dilakukan kerana sebarang pembayaran atau perbelanjaan sebesar itu memerlukan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB. Siasatan itu juga penting kerana selama ini Arulkanda dakwanya sering memberi alasan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai pelbagai salah tadbir kewangan di 1MDB kerana ia berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. Maka, urusniaga RM288 juta tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah 1MDB itu kini menjadi satu bukti bahawa di bawah pengurusan Arulkanda pun keputusan dan urusniaga yang meragukan dan boleh disifatkan melanggar undang-undang, masih terus berlaku. "Laporan polis terhadap saya dibuat oleh Jabatan Audit Negara sekitar jam 11 pagi pada hari Selasa, 5 April. Saya dimaklumkan bahawa arahan untuk menahan saya dikeluarkan sekitar jam 4 petang pada hari yang sama iaitu lima jam selepas laporan polis dibuat. "Saya kemudiannya ditahan pada jam 6 petang pada hari yang sama iaitu tujuh jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat," ujar Rafizi. |
Najib tidak tahu jumlah sebenar pendatang asing Posted: 13 Apr 2016 11:50 PM PDT ARIF ATAN Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Ini memandangkan perdana menteri dalam temu ramah eksklusif dengan iNewsTV berpangkalan di Indonesia malam tadi gagal memberi angka sebenar pendatang asing tanpa izin (Pati) khususnya dari Indonesia. "Kita tidak tahu bilangan sebenar mereka yang gelap atau tanpa izin ini. Ada yang kata satu juta, ada yang kata dua juta dan lebih daripada itu," katanya ketika ditemu marah oleh Arya Mahendra Sinulingga dari RTCI. Sehubungan itu, ujar Najib, Malaysia membuat keputusan membekukan pengambilan pekerja asing sebaliknya menggalakkan Pati sedia ada di negara ini diguna melalui pengambilan semula. "Bagaimanapun, prosesnya terlalu perlahan dan pengusaha kita termasuk mereka yang memiliki kilang dan perladangan sudah mendesak untuk mendapatkan pekerja asing lebih mudah," jelas Presiden Umno itu. Najib yang menyedari kehadiran 2 juta Pati di Malaysia sebagai angka yang terlalu besar berkata, mereka masuk secara sah tetapi menjadi haram kerana tinggal lebih masa. "Mereka lebih berminat kekal mungkin kerana mudah mencari rezeki, boleh berniaga, bekerja, buka kedai dan sebagainya. Itu cabaran bagi kita, mereka memilih untuk kekal di Malaysia," tambahnya lagi. Untuk rekod, terdapat 4.6 juta pekerja asing memasuki negara ini secara haram pada 2014 mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia. Dalam hal berkaitan, Program Penggajian dan Penempatan Semula Pati atau Program Rehiring yang bermula 15 Februari lalu akan diteruskan sehingga 31 Disember tahun ini. Program tersebut memberi peluang kepada Pati yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan. |
PRN Sarawak 7 Mei, penamaan calon 25 April Posted: 13 Apr 2016 11:48 PM PDT BERNAMA Pilihan raya negeri Sarawak ke- 11 akan diadakan pada 7 Mei dan hari penamaan calon pada 25 April 2016.Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh itu selepas mengadakan mesyuarat khas hari ini berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 11 April lalu. "Dengan ini SPR mengumumkan 14 April sebagai tarikh keluar writ iaitu hari ini, 15 April tarikh notis pilihan raya, 25 April hari penamaan calon, dan 7 Mei sebagai tarikh pengundian," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu. Katanya pilihan raya negeri (PRN-11)akan menggunakan senarai daftar pemilih induk 2015 yang telah dikemas kini sehingga 10 April 2016. PRN-11 diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dengan perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud setelah dirujuk Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Mohd Hashim berkata 1,879 buah premis akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi 2,959 saluran/tempat mengundi dan seramai 20,811 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini. Beliau berkata SPR bersetuju melantik 82 Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi menjalankan pilihan raya di 82 kerusi DUN, di samping menubuhkan Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya khusus bagi memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen. "Pilihan raya ini dianggar memerlukan belanjawan sebanyak RM135.6 juta," katanya. Mohd Hashim berkata SPR juga melantik pemerhati tempatan untuk menjalankan perhatian perjalanan proses PRN bermula daripada hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan. Beliau berkata para pemerhati itu dilantik dari kalangan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan mereka dibenarkan membuat pemerhatian seperti di pusat penamaan calon, pusat mengundi awal, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan proses penjumlahan undi di pusat penjumlahan rasmi undi. "Pemerhati rasmi yang dilantik akan diberikan pas pemerhati, baju dan topi yang perlu dipakai sepanjang membuat pemerhatian itu. "Dalam hal ini, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi dan individu lain selain yang dilantik oleh SPR untuk memantau dan memerhati proses PRN Ke-11," katanya. Apabila ditanya mengenai penentuan tarikh-tarikh penting itu, Mohd Hashim berkata pelbagai aspek diambil kira termasuk penggunaan premis dan juga 'hari-hari besar' di Sarawak supaya ia tidak bertindih. Beliau berkata banyak tarikh-tarikh utama PRN disebarkan media namun ia hanya sekadar ramalan penganalisis politik. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan