Rabu, 6 April 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kejamnya tahan Rafizi ketika mahu ambil anak – Raja Bahrin

Posted: 06 Apr 2016 12:00 AM PDT

FMT
Raja Kamarul Bahrin mempersoalkan tindakan polis yang menahan Rafizi padawaktu
yang tidak sesuai sedangkan Rafizi bukan penjenayah yang cuba melarikan diri.
 Raja Kamarul Bahrin mempertikaikan tindakan ppolis menahan Rafizi Ramli ketika Ahli Parlimen Pandan itu dalam perjalanan mengambil anak di pusat jagaan kanak-kanak.

 Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, tindakan itu dianggap kejam dan beliau sebagai seorang bapa memahami perasaan Rafizi ketika itu.

 "Waktu dan ketika Rafizi ditahan merupakan kekejaman yang dibuat untuk memecahkan semangat kekeluargaan Rafizi dan keluarganya.

 "Beratus-ratus tempat dan waktu Rafizi boleh ditahan tetapi kenapa pada saat dan ketika itu. Saya yakin polis mengetahui rutin hariannya," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

 Mengulas lanjut, Raja Kamarul menjelaskan Rafizi ditahan pada jam 6 petang semalam dan pada waktu itulah beliau akan mengambil anaknya memandangkan isterinya juga bekerja.

 "Saya masih terkenang ekspressi wajah Rafizi dan bahasa tubuhnya ketika dia diminta turun dari kereta miliknya dan dibawa ke kereta yang lain.

 " Saya juga bersimpati apabila memikirkan anak Rafizi yang berusia dua tahun menunggu kedatangan bapanya di pusat jagaan.

 "Pihak autoriti seharusnya malu dengan tindakan kekejaman yang dibuat terhadap anak berusia dua tahun. Apa yang sudah terjadi dengan 'Keluarga dan Masyarakat Penyayang'?," katanya.

 Rafizi ditahan di luar bangunan Parlimen petang semalam, mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana membocor rahsia rasmi berkaitan laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan laporan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1MDB

 Semalam, LTAT juga memfailkan saman terhadap Rafizi kerana mengaitkan badan berkanun itu dengan kelewatan membayar gratuiti kepada pesara tentera yang didakwa berpunca kekurangan aliran tunai.

Rafizi ditahan di lokap Balai Polis Jinjang dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya petang ini mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117.

Sejenak bersama Rafizi Ramli

Posted: 05 Apr 2016 09:30 PM PDT

Gambar lama, tapi relevan kan?
Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]: Dia tinggalkan jawatan korporat yang selesa serta bergaji lebih tinggi daripada gajinya sekarang untuk membela rakyat. Kini dia ditahan polis pun kerana isu berkenaan pembelaan rakyat. Semoga YB Rafizi dilindungi Allah dan semuanya didalam keadaan selamat.

Ridzuan Mohd :Kerana beliau, byk salah-laku & rasuah di kalangan pemimpin negara Malaysia diketahui umum. Semoga beliau tabah menghadapi ujian dalam membongkar kebenaran.

Tokiwa LJ: Org dedah salah laku,kna tangkap....tp yg tibai 100 juta kna tukar tempt keje je!!! Puiiii....ape punya undang2 la!!!

Faizal Daud : Dah sampai macam ni pun ada lagi yg menyokong pentadbiran korup dan zalim.. buta ke ape?

Ketawa Mat‎ :  Jom Kita Berpolitik...!! MAKIN JAHANAM.. Kerana mendedahkan rompakan pemerintahan penyangak.. Yg membongkar kena tangkap.? MEMANG JAHANAM..

Husin Lempoyang :  Sanggup kene tahan tido lokap demi perjuangan rakyat drpd pakai serban jual agama tipu umat ponteng parlimen pi candat sotong jadi penasihat pada pemimpin yg menindas.. salut rafizi..semoga Allah merahmati perjuangan anda.

 Ask-Ry Jo: Doa Orang Yang Teraniaya Atau Dizalimi. Salah Satu Antara Do'a yang Tiada Hijab dari Nya.... smile emoticon9Mohd Yusri Ahmad Sejujurnya.. saya x penah sokong dan minat kt rafizi Tp sejak kes 1MDB, saya bnyk ikut apa yg beliau bongkarkan Dan kemuncak hr ni bila dibongkarkan kes LTAT, saya betul2 hormat dia.. Harga yg perlu dibayar, ditangkap polis.. Ramai boleh mengaku sbg pemimpin Tp nak jumpa yg betul2 memimpin dgn penuh tanggungjawab, boleh dibilang dgn jari X ada seorang Menteri atau Timb Menteri yg btl2 bertanggungjawab.. mereka x lebih dr pekerja biasa yg hanya makan gaji !

 Faizal Mustaza : stupid najib.. Tiada rasa hormat aku pada Perdana menteri yg xtahu malu.. siap la kau PRU akan dtg. Aku di antara anak muda yg xkan undi UmnoDOG

Pakchu Pkb : Semoga Allah yang tahu siapakah dipihak yg benar. Yag benar itu tetap benar walaupun diselindung dengan apa cara sekali pun. Didunia ini kita boleh buat semua undang2 untuk keselamatan manakala diakhirat nanti semuanya aksn buka rahsia kita . Tangan . Kaki. Mata. Telinga akan lapur kepada Allah perbuatan diatas muka bumi ini.

 Nera Nasser : akhir zaman yang baik di dalam, yg jahat berkuasa diluar sana..

Megat Khidir Buang :  Xpe..balasan dr Allah itu pasti..terime kasih yb rafizi kerana membela rakyat

Ady Putra :  Yang mencari kebenaran ke lokap yang bersalah hidup bebas....terbaik undang2 ..kalau tidak ada pembongkarang pasti yang bersalah makan kenyang dan bermaharajalela...inikah di katakan keadialan...sekadar renungan bersama

 Kahar Dudi: Semoga dah dalam pemerliharaan dan perlindungan ALLAH. Lambat atau cepat kebenaran akan terbukti juga. In syaa ALLAH. Byk bersabar dan ingat pada ALLAH kerana DIA telah menentukan perjalanan hidup kita.

Mustapa Mohd Said: Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran yang tinggi kpdnya. Dia menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Nina Azman : Malaysia tak boleh cakap betul dan benar. Itu adalah 1 kesalahan. Allah dipihak yang benar.

Hisham A Hassan : Semoga YB Rafizi dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini...insyaallah doa kami untuk YB dan keluarga

Mohammad Bachik : YANG BENAR DI HINA YANG BATIL DI PUJA ....KINI MALAYSIA SEMAKIN TENAT DAN SESAT.

 Ibn Daud Ibn Daud : semoga Allah melindungi dan merahmati Rafizi dan diberi kekuatan oleh Allah utk terus istiqamah membela rakyat.... aminn ya rabb....

Elbert Tan Jeer Wai : Dunia penuh dgn dosa sesiapa yg salah tangkap anda kerana fitnah kpdnya tuhan sdg sediakan hukuman utknya jgn risau tuhan tidak akan bela orang jahat ia akan dpt setimpa hukuman drp tuhan.....jgn risau tuhan sdg berkati utk anda tapi ingat kpd sesiapa buat kerja dosa anda akan dpt balasan drp tuhan nanti....

Langkuik Hitam : Pembela rakyat yg dianggap penghianat di negara sdiri..(teringat kata2 dlm buku karya Dr.Hamka)

 Abdul Rashid : Rafizi harus kena tangkap kerana dia berkata kebenaran.dn kebaikan untuk rakyst.9Ahmad Pijun Pahala dan ganjaran di sana amatlah besar sekiranya niatnya Ikhlas...ya Allah kau bantu lah rafizi...

 Saiful Shisha : Hidup d zaman dajjal umno,bertabah lah pembela rakyat,Allah bersama org2 yg benar....

Pemimpin Umno Pulau Pinang yang pekung dan kurap

Posted: 05 Apr 2016 06:00 PM PDT


  Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Datuk Omar Faudzar, secara tidak langsung telah mengakui bahawa mereka berdua ini adalah pengkhianat orang Melayu dengan menjual tanah-tanah milik golongan terbabit demi keuntungan peribadi.

  Mereka selaku plaintif telah mengarahkan peguam mereka, Tetuan Abu Bakar As-Sidek menarik semula saman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng pada 1 April lalu.

 Berikutan itu, Mahkamah Tinggi semalam telah membatalkan saman yang difailkan.Baca di sini

  Sebelum ini, kedua-dua pemimpin Umno itu telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh Guan Eng dan telah mengambil tindakan undang-keatas Guan Eng pada 30 Nov 2014.

 "Saya merasa amat malu dan tuduhan dilemparkan Guan Eng ini berunsur fitnah bagi merosakkan reputasi saya dan syarikat Maison Heights Sdn. Bhd.

"…… Guan Eng tetap memburukkan saya dan Musa dengan menggambarkan kami selaku pemimpin tidak bertanggungjawab," kata mereka di sini.

 Dalam satu artikel bertajuk 'Pembohongan UMNO' yang disiarkan portal berita Malaysian Insider, Guan Eng mendakwa pemimpin UMNO sendiri mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah-tanah milik golongan terbabit demi keuntungan peribadi.

 Jelas Guan Eng, tanah bernilai RM8.6 juta tersebut dipindah milik daripada 31 pemilik tanah Melayu kepada Maison Heights Sdn Bhd pada 31 Januari 2012 lalu.

 Maison Heights Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 6 Mac 2009 untuk tujuan pembinaan, tanah, pelaburan dan pemajuan hartanah serta perdagangan am dan mempunyai modal berbayar RM1 juta dan dimiliki oleh Musa dengan saham bernilai RM500,000, Omar dengan RM499,999 sementara adik Omar, Harun mempunyai saham RM1.

 Menurut Guan Eng, tindakan mereka sebagai broker tanah menjual tanah Melayu untuk keuntungan peribadi yang sepatutnya dimiliki pemilik tanah Melayu adalah tidak bermoral dan tidak berprinsip, apatah lagi apabila mereka mendakwa kononnya mempertahankan hak tanah Melayu.

 "Adakah ini caranya pemimpin UMNO mempertahankan hak Melayu dengan mengaut keuntungan yang sepatutnya dimiliki orang Melayu biasa?

 Omar yang juga Pengarah Maison Heights Sdn. Bhd. berkata, semua transaksi urus niaga membabitkan tanah di Balik Pulau itu dibuat mengikut undang-undang dan mendapat persetujuan tuan tanah terdahulu. 

 Inilah perangai puk Umno! Bila Guan Eng berurusan beli tanah dengan harga yang dipersetujui oleh tuan tanah, Umno tuduh ada unsur 'rasuah' kerana harganya murah hingga sipenjual tanah itu disoal siasat 4 jam oleh polis!.

 Maka dengan pembatalan saman tersebut, benarlah mengenai pendedahan skendal tanah yang pernah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng keatas Musa Sheikh Fadzir dan Omar Faudzar. 

 Pemimpin Umno Pulau Pinang seperti Musa Sheikh Fadzir dan Omar Faudzar memang keduanya adalah pekung dan kurap !

Tiada ulasan: