Selasa, 5 April 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Rafizi ditahan di bawah OSA - Malam ini kita kumpul di depan Bukit Aman.

Posted: 05 Apr 2016 05:02 AM PDT


 Rafizi ditahan dipercayai kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

 Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai OSA 1972.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.~ sumber

  Syabas diucapkan kepada YB Rafizi. Inilah pejuang rakyat yang sejati. Bukan calang-calang orang yanh ada keberanian seperti Rafizi ini. Dia boleh saja hidup bersenang lenang dengan keluarganya kalau dia mahu... Tetapi sebagai seorang yang benar-benar pejuang , di ketepikan kepentingan peribadi seumpama itu.

  Beliau benar-benar mengamalkan seruan Nabi dalam melakukan jihad di jalan Allah. Bukan sekadar berkata-kata sahaja seperti kebanyakan yang menggelarkan diri mereka sebagai alim ulama, tapi menjadi penjilat sang penguasa yang zalim!

Dari Abu Sa'id Al Khudri, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

 أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ 

"Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim."

YB Rafizi sudah cuba membela pesara tetapi cuba dinafikan oleh LTAT. Tetapi akhirnya LTAT mengaku bahawa 110 pesara tentera yang Rafizi kemukakan Khamis lalu memang lewat menerima caruman LTAT walaupun pelbagai alasan diberikan.

Insha Allah dengan komitmen pemimpin pembangkang seperti Rafizi  dalam isu dan hak rakyat seperti ini,sokongan untuk pembangkang akan meningkat dari semasa ke semasa.

 Amat malang sekali kerana masih ada sang ulama yang mendukung perangai jelek penguasa. Setiap apa yang penguasa lakukan, maka dipuji dan dibela padahal yang dilakukan adalah sejelek-jelek perbuatan zalim. Yang melakukan seperti ini adalah para penjilat dan pengejar dunia.

  Jangan lupa malam ini bersolidariti didepan Bukit Aman!

Isu 1MDB: Hadi enggan menghukum sebelum dibuktikan

Posted: 05 Apr 2016 03:00 AM PDT


Pandailah ko gormal Haji! Ko hukum orang lain macam-macam boleh sajer?? Ko hukum orang keluar Pas sebagai pengkhianat senang-senang sajer keluar dari mulut ko tu!

  Ko ingat orang lupa yang ko fitnah orang jual pil kuda, kominis bagai ??

Bila orang minta ko komen pasal Najib dan 1MBD, ko menikus! Ko tak berani nak jadi anjing menyalak babi dalam bukit?? Mulut ko penuh dengan dedakm ke aper??
Isu 1MDB: Hadi enggan menghukum sebelum dibuktikan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua penyelewengan harus ditolak dan ia bukan sahaja khusus terhadap 1MDB.
Bagaimana pun dia yang tidak menamakan mana-mana pihak berkata, seseorang itu tidak boleh didakwa sebagai bersalah sebelum siasatan dilakukan terlebih dahulu. 
 "Kita bukan saja khusus dalam 1MDB. Semua penyelewengan kita tolak. Tapi perlu disiasat terlebih dahulu. 
 "Kita tak mahu menghukum sesiapa sebelum disiasat dengan cara yang betul mengikut kaedah perundangan Islam yang kita perjuangkan. 
 "Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. 
 Pemimpin pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman sebelum ini melahirkan kekecewaan terhadap Abdul Hadi yang didakwanya mengabaikan prinsip perjuangan PAS kerana tidak melihat kontroversi 1MDB skandal rasuah.~ sumber

Husam minta Daeng Sanusi tarik diri Pengerusi Jawatankuasa Disiplin kesnya

Posted: 05 Apr 2016 12:00 AM PDT

04 April 2016 | MALAYSIA DATELINE 

 Agar keadilan terhadap dirinya terbela Yang Dipertua Pas Kubang Kerian Datuk Husam Musa meminta Pengerusi Siasatan Jawatankuasa Disiplin Pas Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok menarik diri daripada kes yang dihakiminya. 

Beliau berkata, Dr Daeng Sanusi telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan prejudis ke atas dirinya ketika menjelangnya Muktamar Pas tahun lalu termasuk di Kelantan, Johor dan Selangor. 

 "Anehnya, selepas muktamar berlalu, beliau tidak lagi menyerang saya secara terbuka, seakan serangan itu mempunyai agenda untuk pemilihan muktamar sahaja." ujar Adun Salor ini. 

Malah ujar Husam lagi, Dr Daeng Sanusi ketika hadir dalam satu dialog pada 24 November 2014 di Banting,Selangor pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau terlibat dengan PasMa kononnya PasMa telah ditubuhkan di rumahnya. 

Bahkan, beliau mendakwa Husam semakin terpinggir dalam Pas dan tiada masa hadapan disebabkan Husam telah melakukan banyak kesilapan di dalam parti itu. 

 "Kenyataan dan pendirian Yang Arif itu dikira dakwaan tidak benar yang serius kepada saya dan termasuk fitnah yang dilarang oleh Islam pada sisi saya sebagai mangsanya. 

 "Saya tidak ingin memetik kod tatacara kehakiman keIslaman di sini, kerana saya kira Yang Arif lebih atau sepatutnya arif.

"Saya cuma mengingatkan, di dalam Islam, tohmahan dan sikap hakim yang berkepentingan diambil kira dan diberi perhatian serta pertimbangan oleh syarak kerana ia akan mempengaruhi penentuan hukum dan keputusan penghakiman. 


  "Saya dengan ini, sebagai tertuduh di depan Yang Arif, mengesyorkan demi menjaga kemulian Parti Islam dan Islam itu sendiri, untuk menguzurkan diri dari mengendalikan kes saya.

"Sebagai veteran parti yang mendalami pengajian Islam, Yang Arif telah sanggup berlaku tidak adil kepada saya dan membelakangkan prinsip tabayyun serta tidak pernah memanggil saya untuk mendapatkan penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu. 

"Oleh itu, bagaimana saya boleh meyakini Yang Arif boleh berlaku adil sekarang? Mengecualikan diri dari mengendalikan kes saya adalah lebih menampakkan keadilan dan memenuhi tatacara kehakiman Islam." ujar Husam di dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Daeng Sanusi bertarikh 3 April 2016 itu. 

 Difahamkan Husam sehingga 8 April ini berada di Indonesia telah memohon tempoh 14 hari diberikan untuk membicarakan kesnya di panjangkan ke 10 hari lagi, bagi membolehkan beliau menyiapkan maklum balas secara lebih teratur di atas segala tuduhan di dalam surat tunjuk sebab. 

Jawatankuasa Disiplin telah menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 22 Mac tetapi Husam menerimanya pada 29 Mac 2016. 

"Saya terima pada 29 Mac , sekembali saya dari beberapa acara di Kuala Lumpur, termasuk majlis Kongres Rakyat - Selamatkan Malaysia di Shah Alam. 

"Pada hari ini, 3 April (semalam), saya sudah berada di Indonesia sehingga 8April atas acara yang telah diatur lebih awal.

 "Untuk berlaku adil, saya mohon supaya tempoh 14 hari yang diberikan oleh Yang Arif dilanjutkan sepuluh hari lagi. 

 "Ini untuk membolehkan saya menyiapkan maklum balas secara lebih teratur," ujarnya.

Rafizi cabar CEO dan Pengerusi LTAT samannya atas kapasiti peribadi

Posted: 04 Apr 2016 08:22 PM PDT

05 April 2016 | MALAYSIA DATELINE

 LTAT Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mencabar Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusinya, Tan Sri Anwar Mohd Nor menyamannya atas kapasiti peribadi.

 Beliau juga bersedia menghadapi semua sama-saman oleh pihak berkuasa terhadap dakwaan yang pernah didedahkan sebelum ini termasuk LTAT.

 "Saya telah dimaklumkan akan disaman oleh LTAT berikutan pendedahan yang saya buat mengenai bayaran caruman yang tertunggak. 

 "Padahal jawapan Pengerusi LTAT mengiyakan bahawa memang berlaku kelambatan pembayaran (saya akan mengeluarkan kenyataan akhbar esok mengenai perkara ini).

 " Cuma saya cabar CEO LTAT, Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusi LTAT, Anwar Mohd Noor menyaman saya atas kapasiti peribadi dan tidak menggunakan satu sen pun duit caruman anggota tentera di dalam LTAT," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

 Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, termasuk saman LTAT beliau kini mempunyai lapan saman.

 Beliau berkata, telah menerima tiga siasatan polis serentak kerana pendedahannya mengenai Lembaga Tabung Haji, kelewatan bayaran pencen dan siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

 "Saya akan terus lalui saman-saman oleh sang penguasa sebegini.

 "Hari ini juga saya dimaklum ada satu lagi laporan polis terhadap saya oleh Ali Tinju.

 "Maknanya ada empat siasatan baru di samping lebih 10 siasatan sedia ada oleh pihak Polis Diraja Malaysia. 

 "Jika setiap satu siasatan menggunakan empat orang polis, maka ada 16 anggota polis yang tugasnya hanya utuk menyiasat saya.

 "Kalaulah 16 orang anggota polis ini digunakan untuk memberkas pencuri, perompak, pembunuh dan lain-lain, bukankah lebih baik?," soalnya.

Tiada ulasan: