Isnin, 18 April 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PRN SARAWAK: PAS KEGUGURAN

Posted: 18 Apr 2016 07:41 AM PDT

Aku sempat mengubungi seorang sahabat di Sarawak bertanya perihal PRN Sarawak. Aku bertanya kedudukan parti Pas kerana bagi aku Pas ada keistimewaan yang tersendiri.

 Kepimpinan ulama seia sekata mengatakan Pas akan menjadi kuat apabila ianya bersendirian. Inilah faktor istimewanya bagi pandangan aku.

 Sahabat aku beritahu fasa pertama kempen Pas pra-pernamaan calon Hadi dah beritahu yang Pas bertanding bukan hendak menang. Tujuan Pas bertanding semata mata hendak berdakwah.

 Berdasarkan kepada kenyataan Hadi seperti itu, sahabat aku yang merupakan anak bumi Sarawak itu bertanya kepada aku adakah waras Hadi ini..?

 Sahabat aku bertanya lagi jika sudah tak mahu menang apa tujuan masuk bertanding..?

 Dia nyatakan bahawa pengundi tidak akan mendapat apa-apa faedah pun untuk membantu calon Pas jika dari awal lagi Pas sudah nyatakan tujuan bertanding untuk kalah.

 Aku beritahu lagi kepada sahabat aku itu bahawa Pas berhasrat hendak melahirkan anak sulung di Sarawak. Sahabat aku itu ketawa terbahak bahak mengenai hasrat Pas tersebut. Sahabat aku itu dengan nada berseloroh seolah-olah menyindir bahawa anak sulung Pas akan keguguran kerana belum lahir lagi janin anak sulung Pas itu sudah mati dalam kandungan.

Sahabat aku bertanya lagi kenapa sekarang ini Pas berjuang seperti songsang tidak seperti dulu yang ada matlamat dan pendirian.

 Maka aku pun menjawab dengan nada seloroh juga bahawa Pas berjuang mengikut kajian seorang Pakar Penyelidik yang hebat iaitu Dr Zuhdi Marzuki yang mana pemikirannya pun sudah di songsangkan oleh pakar strategi Umno-BN.

 Sebelum bertanding lagi Pas sudah buat kajian BN akan menang. Maknanya Pas kalah sebelum bertanding. Jadi benarlah Pas keguguran sebelum penamaan calon.. ~Sekadar Tersenyum

PARTI AMANAH NEGARA ( AMANAH) PELENGKAP PERJUANGAN POLITIK ISLAM.

Posted: 17 Apr 2016 05:00 PM PDT

Kewujudan parti Amanah adalah utk memenuhi keperluan perjuangan politik Islam negara. Ianya dpt mengelak penumpuan kuasa dan kebergantungan hanya kpd individu atau kumpulan tertentu shj utk memikul panji perjuangan yg semakin mencabar dan memerlukan kepelbagaian pendekatan dan strateji. 

Tidak ada dalil syarak yg menghalang wujudnya lebih drp satu parti politik dlm sebuah negara, bahkan apa yg berlaku di seluruh dunia Islam hari ini di mana setiap negara Islam mempunyai berbagai parti politik Islam semakin menguatkan kenyataan ini.

 Saidina Ali r.a tidak pernah menghalang kewujudan parti khawarij dan penglibatan mereka dlm politik negara sekalipun tindakan mereka agak keras dan ekstremis. Wpun parti Khawarij menentang segala dasar dan manhaj pemerintahan Ali, bahkan ke tahap mengisytiharkan Ali telah terkeluar drp Islam, namun Saidina Ali tidak mengharamkan kewujudan mereka bahkan membiarkan mereka bergerak bebas.

 Jika ada mana2 pihak beranggapan kebenaran hanyalah bila bersama mereka, siapa saja yg menentang mereka adalah berada di pihak yg salah dan batil, maka sesungguhnya sangkaan itu adalah satu kesilapan besar yg bakal membawa kpd perpecahan sebenar.

 Sejarah telah membuktikan bila parti Muktazilah, ketika mereka memegang kuasa di zaman khalifah Al Makmun, Al Washiq dan Al Mu'tashim di Zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah, mereka berusaha memaksa semua orang menerima pendapat mereka, cuba menghapuskan semua pandangan lain dari menguasai pemikiran manusia di zamannya, mewajibkan semua orang tunduk dan patuh kpd dasar dan pandangan ciptaan mereka spt dlm isu al quran sbg makhluk, akhirnya berbagai tribulasi dan mihnah dahsyat berlaku dlm negara tanpa mengira status manusia. 

Mereka yg mendakwa sbg pemilik minda yg cerdik dan cendiakawan yg agung telah melakukan penindasan dan kezaliman ke atas siapa saja yg tidak sependapat dgn mereka termasuk ke atas Imam Ahmad bin Hanbal yg warak dan bertaqwa.

 Bukan semua aspirasi politik dan kehendak perjuangan Islam dpt disempurnakan oleh sesebuah parti yg telah sedia ada wpun ianya telah lama diwujudkan. Strateji perjuangan dan method dakwah boleh berubah2 dan terdedah kpd berbezaan pemikiran dan ijtihad polittik. Kaedah Fiqh menyebut:

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب 
( apa2 perkara wajib yg tidak sempurna kecuali dgnnya, maka ianya juga wajib)

 Bila kita melihat terlalu banyak kekosongan perjuangan yg masih belum terisi, andaian kemenangan kpd perjuangan semakin samar2 akibat tindakan politik yg semakin ke belakang, atau wadah lama sudah tidak mampu menerima perbezaan pandangan dan perselisihan pendapat, maka bagi mengelak perpecahan semakin membesar dan menolak mudharat yg mungkin semakin membarahkan, sewajarnya sebuah wadah baru perlu diwujudkan bagi menampung keperluan2 berikut:

 1. Mereka yg disingkirkan atau tidak diperlukan dlm wadah lama memerlukan wadah baru utk meneruskan idea dan perjuangan mereka, 

2. Mereka yg sudah tidak menerima dan kecewa dgn wadahnya yg lama memerlukan persinggahan baru utk meneruskan perjalanannya, 

3. Masih ramai pencinta kebenaran dan mereka yg berminat memikul obor perjuangan belum melibatkan diri atau masih tercari2 wadah yg sesuai.

Kelahiran Parti Amanah Negara telah melengkapkan keperluan ini di mana mereka yg telah tersingkir atau tidak diperlukan dlm wadah lama tidak perlu membazir masa menunggu semula penerimaan mereka dgn meneruskan perjuangan melalui wadah baru. Jika pun mereka terus kekal dlm wadah lama, tiada siapa dpt menjangkakan bilakah mereka akan diterima semula dan dialu2kan penglibatannya.

 Selain itu, mereka yg sudah kecewa dgn mana2 wadah lama, atau sesiapa saja yg berhasrat utk bersama2 dlm perjuangan ini boleh menggabungkan diri tanpa apa2 kekangan atau rasa bersalah akibat hati yg pernah terluka atau kecewa. 

Manakala wadah lama pula boleh menyusun semula kekuatan mereka tanpa dihantui oleh jebon dan parasit yg mengkhianati atau mengganggu gugat cita2 mereka menuju politik baru yg lebih matang mengikut aliran baru pemikiran politik mereka.

 Bukan semua perselisihan membawa perpecahan dan perbalahan. Jika kita kekal berpegang kpd prinsip setiap individu atau kumpulan berhak utk berpegang kpd pandangan dan pemikiran politik mereka dgn hujah dan dalil bersama penyokong masing2 di belakangnya, maka perselisihan itu sebenarnya suatu rahmat yg terpuji, bukannya perpecahan yg patut dicela.

 Jika pun berbangkit perpecahan menjauhkan kita drp penyatuan dan boleh menjejaskan peluang kemenangan, sebenarnya ianya boleh dielak andai semua pihak bersedia membuang ego dan takbur serta kepercayaan hanya mereka yg berhak memiliki dan mewarisi perjuangan islam ini. 

Jika kita masih mengatakan musuh kita dgn musuh kawan kita adalah sama, tidak ada sebab kita tidak boleh menjadikan musuh kpd musuh kawan kita adalah sahabat kita.

 Walaupun kita berada dlm berlainan wadah dan berbilang parti, namun ruang persefahaman politik masih terbuka samada kita bersama atas satu pakatan, atau bersama atas satu tujuan, apa yg penting konsep satu lawan satu antara blok pembangkang dgn blok pemerintah dpt kita temui formula adunannya yg melazatkan. 

Kita bertaawun utk melawan musuh yg sama adalah lebih baik drp kita bertaawun bersama musuh kita wpun utk menentang musuh kita yg lain.

CHE IBRAHIM MOHAMED, 
NAIB PENGERUSI, PARTI AMANAH NEGARA, 
NEGERI KELANTAN. 
17hb April 2016
~sumber

Tiada ulasan: