WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- DEKLARASI RAKYAT: ‘AYUH ANAK MUDA LAKUKAN PERUBAHAN’
- KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA: UMNO JOHOR MULA BIMBANG
- ‘NAJIB SILA CONTOHI HUSEIN ONN, BUAT USUL UNDI PERCAYA DI PARLIMEN’
DEKLARASI RAKYAT: ‘AYUH ANAK MUDA LAKUKAN PERUBAHAN’ Posted: 06 Mar 2016 05:20 AM PST Deklarasi Rakyat: 'Ayuh anak muda lakukan perubahan'Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Dr Afif Bahardin menyeru agar anak muda seluruh negara bangkit untuk bersama-sama mengotakan deklarasi rakyat mengakhiri pentadbiran PM Najib Razak. "Masanya telah tiba untuk perubahan. Hakikatnya Malaysia hari ini berada di dalam krisis yang cukup parah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walau pada awal pemerintahannya menjanjikan transformasi, akhirnya berubah menjadi pemerintah kuku besi demi terus berpaut pada kekuasaan di saat beliau terpalit dengan skandal kewangan dan krisis integriti paling buruk pernah negara ini saksikan. "Ancaman dari tindak-tanduk Perdana Menteri ini telah menggugat asas-asas terbinanya negara ini Malaysia berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi," katanya dalam satu kenyataan. Beliau juga menjemput anak muda dalam Umno agar melakukan perubahan dan menyatakan 'cukuplah' kepada penipuan dan pembohongan yang dilakukan Najib. "Saya cukup yakin, majoriti anak muda hari ini, merentasi batas kaum, agama, ideloogi dan pegangan politik mengharapkan satu kerangka baru untuk membawa negara ini ke hadapan. "Kami ingin menggajak seluruh anak muda Malaysia, terutamanya rakan-rakan di dalam Pemuda UMNO dan Barisan Nasional untuk bersama-sama di dalam agenda perubahan ini. Marilah kita muhasabah diri dan meletakkan semula kepentingan rakyat sebagai yang utama demi menyelamatkan masa depan Malaysia. "Kami yakin majoriti rakyat juga bersedia untuk bersama melakukan perubahan ini. Anak muda dan sekalian rakyat bersedia untuk digerakkan bagi mencorak masa depan yang baru demi Malaysia yang tercinta," katanya lagi. |
KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA: UMNO JOHOR MULA BIMBANG Posted: 06 Mar 2016 05:18 AM PST Kempen Selamatkan Malaysia: Umno Johor mula bimbangWalaupun menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Umno Johor melahirkan kebimbangan dengan kempen "Selamatkan Malaysia" yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan sebahagian pimpinan Umno dan pembangkang semalam. Menteri Besar Johor, Khaled Nordin berkata, siri jelajah yang bakal dilakukan oleh Tun Mahathir mampu mempengaruhi akar umbi Umno mempersoalkan kredibiliti PM Najib. "Kita jangan nafikan tindakan Dr Mahathir tidak berbahaya kerana atas nama 'deklarasi rakyat' juga, dia (Tun Dr Mahathir) akan mendapat sokongan daripada 'prominent Malays' yang akan mempengaruhi masyarakat," katanya. Menurutnya, BN dan Umno perlu memberikan perhatian serius terhadap tindakan Dr Mahathir memandangkan beliau percaya tindakan Tun Dr Mahathir tidak akan berhenti setakat memeterai deklarasi tersebut. Deklarasi Selamatkan Malaysia yang dilancarkan Mahathir semalam adalah yang kedua selepas kempen Selamatkan Malaysia dilancarkan oleh Datuk Husam Musa, bekas naib presiden PAS di Kulai Johor sebelum ini. Selepas ini, Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia pula akan diadakan di mana 16 tokoh besar negara akan memberikan ucapan di majlis itu. Ia dijangka akan diadakan di Shah Alam mulai jam 2 hingga 7 petang. |
‘NAJIB SILA CONTOHI HUSEIN ONN, BUAT USUL UNDI PERCAYA DI PARLIMEN’ Posted: 06 Mar 2016 05:17 AM PST 'Najib sila contohi Husein Onn, buat usul undi percaya di Parlimen'Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mendapatkan mandat baru dengan usul undi percaya di Dewan Rakyat setelah Deklarasi Rakyat yang turut ditandatangani dan disokong ahli Parlimen BN yang menggesa beliau disingkirkan diumumkan semalam, kata Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Perhimpunan bersejarah itu, ujar beliau turut menuntut perubahan dalam sistem demokrasi dan beberapa institusi negara. Menurut Kit Siang, usul undi percaya di Dewan Rakyat pernah dikemukakan pada 27 Januari 1976 ketika Datuk Husein Onn baru dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Abdul Razak Husein yang meninggal dunia secara mengejut. "(Jika ini dilakukan) Najib hanya mengikut dan bukan menjadi pendahulu (precedent)," kata ahli Parlimen veteran yang berpengalaman mengisi kerusi Dewan Rakyat sejak 1969. Beliau menambah, Deklarasi Rakyat yang disokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri, orang kenamaan termasuk pemimpin politik dan masyarakat sivil adalah tamparan hebat kepada kredibiliti rapuh Najib sebagai Perdana Menteri di peringkat nasional dan antarabangsa. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan, Perdana Menteri boleh disingkirkan melalui apa sahaja kaedah demokratik dan sah di sisi undang-undang. Sehubungan itu, beliau membidas kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mendakwa hanya proses pilihan raya boleh menukar kerajaan dan Perdana Menteri. Berucap pada majlis forum "Media Disekat, Demokrasi Nazak" di Petaling Jaya malam tadi, Kit Siang menjelaskan terdapat pelbagai mekanisme lain boleh digunakan bagi menurunkan Perdana Menteri yang menyalahgunakan kuasa. "Salah satu cara adalah dengan membawa Najib ke mahkamah melalui Peguam Negara. "Jika Peguam Negara menjalankan siasatan dan berpuas hati bahawa Najib terlibat dalam rasuah, beliau tidak boleh terus menjadi Perdana Menteri dan perlu berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah," katanya. Menurutnya lagi, Najib kini sedang disiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi seperti dilapor media, justeru beliau boleh disingkir jika didakwa bersalah. "Jika FBI memanggil Najib untuk memberi kenyataan di Amerika Syarikat, maka beliau perlu ke sana untuk menentukan sama ada harta yang dimilikinya terdapat unsur rasuah. "Takkan rakyat masih mahu pemimpin yang didakwa dengan kesalahan rasuah oleh FBI? Justeru, Najib wajar meletakkan jawatan," katanya sambil menyatakan bahawa situasi sama pernah terjadi di Korea Selatan sebelum ini. Beliau berkata sekiranya FBI mendapati Najib bersalah atas segala skandal kewangan seperti skandal 1MDB dan skandal derma RM2.6 bilion sebelum ini, satu usul tidak percaya terhadapnya perlu dibentangkan di parlimen. "Jika Najib sudah didapati bersalah, kita perlulah buat perubahan. Parlimen wajar bentangkan usul tidak percaya terhadap pemerintahan Najib," katanya. Forum anjuran DAP itu diadakan sebagai tanda solidariti kepada portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang disekat aksesnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Turut berucap pada majlis forum itu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran; bekas ketua editor New Straits Times A. Kadir Jasin dan peguam Syahredzan Johan. Pengasas Sarawak Report Claire Rewcastle Brown membuat penampilan khas melalui Skype. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan