Rabu, 16 Mac 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BARU BERSAMA IKATAN, DAH KATA HUDUD TAK SESUAI....

Posted: 16 Mar 2016 03:46 PM PDT

BANYAK KRITIKAN DARI FACEBOOKERS DAN JUGA BLOGGERS JUGA ORANG RAMAI TENTANG TINDAKAN PAS YANG KINI DILIHAT MEMAKAN DIRI SENDIRI.......



AMARAN.......JANGAN PAS KELUARKAN FATWA KERANA IANYA AKAN DILIHAT PAS MENGGUNAKAN AGAMA SETELAH MENYINGKIRKAN KAWAN DALAM MUKTAMAR LEPAS......UNTUK AKU...PAS KINI TELAH LEMAH ......
Dulu...Pas mengatakan hudud adalah nyawa parti itu dan ia akan tetap dilaksanakan biar pun mendapat tentangan daripada DAP.

Malah hudud juga menjadi antara punca Pas berbalah dengan DAP dan banyak pihak lain sehingga akhirnya keluar daripada pakatan itu. Tapi itu dulu...
Kini...baru bersama Ikatan yang tak ketahuan  siapa barisan kepimpinan dan berapa ramai ahli berdaftarnya, Pas  sudah pun bersetuju bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Menerusi Presiden Ikatan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Hadi Awang dikatakan memberitahu, "hudud kita fikir kemudian dan apa yang dibentangkan di Parlimen bukannya hudud, tetapi untuk meningkatkan lagi kuasa mahkamah syariah."

Ehhh, boleh pulak fikir kemudian? Itu baru bergabung dengan Ikatan...belum lagi bersama dengan UMNO?

Alahai....kesian pakcik, lebai dan orang tua kampung yang terus memberi sokongan, sanggup hadir ceramah dan mencampak seringgit dua ke dalam tin milo semata-mata kerana percaya hudud dan hukum Islam akan dilaksanakan oleh Pas.( SH 16/03/2016).

SHAHBUDIN HUSIN.....


PULAKKKK....PAS KANTOI LAGI SOAL HUDUD?????

Posted: 16 Mar 2016 06:24 AM PDT


KAH...KAH...KAH....DAH KONA LAGI KALI NI...AWAT LA........WALAUN JANGAN SASAU YA....






INI SEMASA DALAM PAKATAN RAKYAT....KEMUDIAN KELUARKAN KUMPULAN PROGREIF..KENA TIPU DENGAN UMNO...LEPAS TU BLOK 3 DAN KEMUDIANNYA TANGGUH PULAKKKKK......WEIIIII,,,,,





‘KUASA RAKYAT, KUASA KERAMAT’, JANGAN PANDANG RENDAH – RAFIZI

Posted: 16 Mar 2016 06:00 AM PDT

Aktivis seni budaya sokong Deklarasi Rakyat

Posted: 16 Mar 2016 02:41 AM PDT




deklarasirakyat_senimanbudayawanLKS

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Usaha menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal bukan sahaja tugas ahli politik dan aktivis, ia juga melibatkan golongan budayawan dan aktivis seni.
Budayawan, Che Samsudin Othman yang juga lebih mesra dipanggil Dinsman, berkata penglibatan golongan seni dan budaya itu dalam gerakan politik di negara ini semakin mengecil sejak era 1990-an.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya budayawan dan aktivis seni menyatakan sokongan terhadap gerakan rakyat dengan menandatangani Deklarasi Rakyat, yang antaranya menuntut pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari tampuk pemerintahan.
"Saya tidak aktif dalam mana-mana parti politik, tetapi saya aktif dalam seni budaya. Apabila saudara Lim Kit Siang meminta supaya saya ikut serta (tandatangan Deklarasi Rakyat), saya bersetuju," katanya dalam satu majlis tandatangan Deklarasi Rakyat di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.
Terdahulu, Dinsman bersama antaranya Sasterawan Negara, A. Samad Said; pakar undang-undang, Tommy Thomas; aktivis undang-undang, K. Arumugam; serta wakil-wakil DAP seperti Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; pakar undang-undang Perlembagaan Persekutuan, Dr. Abdul Aziz Bari; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran; Adun Nilai, Arul Kumar Jambunathan; dan Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong; turut menandatangani deklarasi tersebut.
Dinsman berkata, keputusan untuk menandatangani deklarasi berkenaan diambil selepas mengadakan pertemuan meja bulat bersama para aktivis seni yang merumuskan perlunya penglibatan luas budayawan seni dalam pembangunan dan perubahan negara.
"Sejak reformasi dilancarkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pada tahun 1998, penyertaan golongan seniman dan budayawan sampai sekarang ini masih terlalu minimum, masih terlalu sedikit.
"Ini adalah satu fenomena yang pelik di negara ini sebab, kalau kita membaca sejarah, zaman kebangkitan atau zaman negara kita mula mengalami perubahan awal kurun ke-20, yang menggerakkannya adalah penulis, budayawan.
"Tetapi sekarang, rakyat sudah berubah, tetapi golongan ini (budayawan) masih tidak mahu berubah," katanya. – Roketkini.com

BLOK POLITIK KETIGA: AHLI PAS TERPINGA-PINGA, MAHU MUKTAMAR KHAS

Posted: 16 Mar 2016 02:32 AM PDT

Sasterawan Negara sifatkan BN yang tidak peduli undang-undang sebagai kerajaan “haram”

Posted: 16 Mar 2016 02:29 AM PDT

Sasterawan Negara sifatkan BN yang tidak peduli undang-undang sebagai kerajaan "haram"

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Sasterawan Negara, A. Samad Said, menyifatkan usaha gabunganraya Selamatkan Malaysia untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kuasa negara adalah wajar ekoran daripada penglibatan Perdana Menteri dalam pelbagai skandal mega.
Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, Najib bukan sahaja menyebabkan dunia mengenali Malaysia melalui imej buruk, malah imej dalam negara juga sudah kotor, termasuk perbuatan melanggar undang-undang dengan berbelanja berbilion ringgit dalam pilihanraya umum yang lalu.
Justeru, beliau menganggap kerajaan yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional selepas PRU13 adalah tidak mengikut laras undang-undang, dan menyifatkan kerajaan kini sebagai sebuah "kerajaan haram".
"Setakat ini, rekod demokrasi kita sangat buruk. Contohnya antara soal ulang-alik pelbagai tafsiran aliran dana dari negara luar, kononnya sebagai dana simpati daripada golongan kaya Arab.
"Yang merunsingkan adalah dana 'rahsia' ini mengalir ke dalam kempen pilihanraya dan perbelanjaan yang berleluasa, sedikit-sebanyak telah dimaklum bahawa RM1.5 billion digunakan Barisan Nasional, yang mana melanggar syarat sebanyak 16 kali ganda yang dibolehkan untuk satu-satu pilihanraya.
"Bererti kerajaan yang ada ini sebenarnya adalah kerajaan haram," tegasnya, menambah kerajaan juga sudah mula memperkenalkan pelbagai akta dan undang-undang yang membataskan pergerakan serta pengucapan rakyat dalam mengkritik pentadbiran negara.
Tokoh sastera negara itu menyuarakan pandangannya dalam satu sidang media bersama aktivis budaya dan undang-undang yang dianjurkan DAP di ibu pejabat parti di sini hari ini.
Menurut Pak Samad lagi, dengan keghairahan pentadbiran Najib mahu memperketatkan undang-undang bagi menghalang kebebasan rakyat bersuara, tidak mustahil segala akta dan pindaan akta zalim akan digunakan terhadap kelompok pembantah.
"Kita sudah pun ada undang-undang yang merisaukan, SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)) dan POTA (Akta Pencegahan Keganasan) contohnya, yang dalam situasi terdesak bakal dimanfaatkan secara total (oleh kerajaan).
"Malah, pada April ini, Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara juga akan dihidupkan memberi kuasa yang penuh kepada kerajaan untuk menangkap atau menahan seseorang tanpa perbicaraan," katanya. – Roketkini.com

TEMURAMAH MAHATHIR DENGAN TV ONE INDON.....DIA TETAP HENTAM NAJIB

Posted: 15 Mar 2016 11:50 PM PDT

Tiada ulasan: