Tukar Tiub |
- DEMO BUDAYA TEGAR
- BERAPA BILION
- HARI INI - BUKU REHMAN RASHID
- MAKIN MENJADI JADI
- SABTU PETANG
- APAKAH AKAN ADA SIASATAN?
- KATAK HIJAU SEKALI LAGI
- LAGI LAWAK DARI RAJA LAWAK
- KENAPA TERUS HEBOH
- FBI AMERIKA TERUS SIASAT
- DATUK ROCK n ROLL
- NAK ULUR ULUR FBI
- JUMPA DI DATARAN MERDEKA SABTU INI
- BERAPA BANYAK - 2 BILION ATAU 4 BILION
Posted: 30 Mar 2016 07:00 PM PDT TiGA HARi DULU PEMANDU TAXI BERDEMO HARi INI PEGUAM DEMO DEMO JADI BUDAYA TEGAR Majlis Peguam gesa ahli himpun bantah gangguan polisMajlis Peguam telah mengedarkan pekeliling menggesa ahli Badan Peguam Malaysia untuk berhimpun sebagai bantahan terhadap apa yang didakwa mereka sebagai gangguan atau campur tangan polis dalam urusan mereka."Ahli-ahli Badan Peguam dijemput hadir di sekretariat Majlis Peguam dan di ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, hari ini untuk menunjukkan sokongan mereka kepada empat ahli," petik pekeliling itu KAH KAH KAH woit apa nak buat sah demo budaya kita sah demo cara kita sabtu ini demo anti GST KAH KAH KAH ------------ |
Posted: 30 Mar 2016 06:00 PM PDT BERAPA BILiON JUMLAH DUIT iTU? Najib tak pernah sebut pemberian AS$375 juta, kata TajuddinAhli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkata Najib tidak pernah menyebut berhubung pemberian AS$375 juta daripada seorang putera Arab Saudi sebelum ini.Mengulas laporan oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang menerbitkan sepucuk surat mengenai pemberian itu, Tajuddin yang juga adalah timbalan menteri pertanian dan industri asas tani berkata, ia sesuatu yang sukar dipercayai. KAH KAH KAH woit makin bertambah makin banyak makin ramai duit masuk biar betul KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 30 Mar 2016 05:30 AM PDT HARI INI gwa jarang keluar hari siang panas macam sekarang lagi gwa takut tapi tengah hari ini gwa pergi publika ada pelancaran buku rehman rashid mamat ini junior gwa di sekolah dulu towkay cetak ialah jafaar ismail lagi junior tapi gwa kenal jeff ini bukan disekolah tapi zaman gwa berkelana di australia ramai kawan kawan sezaman datang merayakan buku ke dua rehman tapi semua terperanjat gwa masih bebas kah kah kah dr. anis tabib nafsu syahwat tukang lancar buku pun sama hairan kah kah kah bersama dalam dewan presiden & bekas presiden mcoba juga pak samad said juga raja ahmad juga alex king kong juga saidah rastam dari kelas gwa tak ada yang datang kemudian kami semua bergambar-gambar lalu gwa ketawa kah kah kah gwa cakap :ini last picture show sebelum gwa pergi kajang atau gwa pergi sungai buluh gwa ada sebulan satengah lagi kah kah kah lalu gwa teringat kembali zaman sekolah dulu zaman pakai seluar pendek zaman kena dc tetiba seorang junior gwa datang dan berkata: aku masih ingat ucapan kau gwa pun ingat ucapan gwa tahun 1969 dalam dewan hargreaves lalu aku teringat kembali malam itu - malam khamis itu malam sesudah beberapa bulan berlakunya peristiaw 13 mei dan pada 16 mei nanti gwa ke putrajaya mahkamah rayuan mungkin gwa bebas mungkin gwa masuk penjara orang belgium kata c'est la vie rehman rashid kata: look it up ----------- |
Posted: 30 Mar 2016 05:00 AM PDT RASUAH MAKiN MENJADI JADI RASUAH Rasuah rasuah rasuah! Ranking malaysia sebagai negara rasuah pun dah makin meningkat. Siapa yang gagal? Tak perlu salahkan najib seorang. Pembangkang juga gagal, sebab tak berani asak PM. Tok lebai ulamak pun gagal sebab tarbiah tak berkesan. Tok lebai bangga pakai jubah tapi berjalan, makan minum dan hirup oksigen di negara pengamal rasuah, masih nak mendabik dada sebagai ahli syurga? Tapi yg paling gagal adalah rakyat malaysia, sebab takut lawan pemimpin rasuah. Masih berbangga dgn tanahair? Berbahagialah rakyat thailand, indonesia dan filipin sebab berjaya halau pemimpin korup. Durian spring konon! Slow mcm sial, negaraku dah tiada anak anak muda? Atau anak anak muda dah ikut pemimpin tua yg rakus? Semoga datang bantuan dan hidayah dari langit untuk memberi kekuatan pada rakyat malaysia. Amin. on KES MARA DI AUSTRALIA BILA NAK SIASAT? Publish | Delete | Spam Anonymous on 3/26/16 Pengurus besar syarikat GLC nafi terima rasuah KUALA LUMPUR - Pengurus besar anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi terhadap 14 pertuduhan memperoleh suapan wang tunai hampir RM2 juta dan sebuah kereta BMW, tiga tahun lalu. Dr Shahanom Uthman ,52, mengaku tidak bersalah pertuduhan tersebut. Shahanom didakwa sebagai Pengurus Besar (Projek dan Servis) Transformer Manufacturing Sdn Bhd telah memperoleh wang tunai RM1, 351,000 daripada Pengarah Bina Mekar Sdn Bhd Ahsang Sabri sebagai upah memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses. Dia juga didakwa menerima wang tunai RM530,000 dan sebuah kereta BMW daripada Te Boon Chun bagi tujuan yang sama. KES KES SEDANG MENUNGGU Koperal didakwa terima rasuah RM4,000 Kontrak kantin sekolah: Guru besar hadapi 2 pertuduhan Sabitan rasuah bekas Pengurus Besar Mimos kekal Isu seleweng RM100j: Pegawai MoA pula direman Bekas pegawai kanan Bernas dituduh terima rasuah MAKiN TOROK YANG INI TUKANG KAWAL LAWAN RASUAH TAPi MAKAN RASUAH JUGO Enam anggota penguat kuasa ditahan terima rasuahPETALING JAYA - Enam anggota penguat kuasa antara sembilan individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu teksi dan kereta sapu yang mengambil penumpang secara tidak sah di Lapang Terbang Antarabangsa KLIA 1 dan KLIA2, petang tadi. ----- |
Posted: 30 Mar 2016 04:30 AM PDT |
Posted: 30 Mar 2016 01:40 AM PDT SOALAN: apakah peguam negara arah satu siasatan? LAPORAN POLIS TERHADAP ARULKANDA KANDASAMY Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan pasukan pengurusan beliau di 1MDB supaya satu siasatan dibuka untuk memastikan tidak berlaku sebarang pecah amanah atau apa-apa pelanggaran undang-undang (mana-mana akta) apabila sejumlah RM288 juta dana 1MDB digunakan bagi tujuan membayar faedah pinjaman 1MDB tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah. Maklumat ini diketahui umum apabila satu mukasurat dari Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara didedahkan. Intipati utama dari Laporan Ketua Audit Negara itu membayangkan bahawa satu kesalahan iaitu menggunakan harta syarikat (iaitu 1MDB) tanpa kebenaran dan pengetahuan Lembaga Pengarah telah berlaku; berdasarkan penemuan-pemenuan berikut oleh siasatan Ketua Audit Negara: 1. Lembaga Pengarah 1MDB dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2015 telah mengarahkan Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB untuk memberikan penjelasan mengenai sejumlah RM288 juta yang telah dibelanjakan oleh 1MDB 2. Perbelanjaan sejumlah RM288 juta tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB 3. Pengurusan 1MDB hanya menjelaskan kepada Ketua Audit Negara pada 9 Disember 2015 bahawa RM288 juta itu digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB Di dalam mana-mana syarikat, kelulusan tertinggi adalah Lembaga Pengarah dan bukannya CEO. Malah, untuk memindahkan wang di antara dua akaun yang berlainan bagi satu syarikat yang sama, ia memerlukan tandatangan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan tidak memadai dengan tandatangan CEO. Perbelanjaan berjumlah RM288 juta ini adalah satu perbelanjaan yang besar dan sudah tentu melangkaui apa-apa tahap kelulusan ("limits of authority" atau LOA) yang diberikan kepada seorang CEO. Oleh yang demikian, sebarang perbelanjaan dan pemindahan wang sejumlah ini perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah sebanyak dua kali: i. Pertama; untuk meluluskan perbelanjaan sebanyak RM288 juta itu bagi tujuan khusus yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah ii. Kedua; untuk mengarahkan bank memindahkan wang sebanyak RM288 juta memerlukan tandatangan sekurang-kurangnya 2 orang ahli Lembaga Pengarah yang diberikan kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk menandatangi arahan kepada bank Penemuan Ketua Audit Negara bahawa Lembaga Pengarah 1MDB tidak tahu menahu mengenai perbelanjaan RM288 juta sehingga Lembaga Pengarah mengarahkan CFO memberi penjelasan menunjukkan bahawa proses mendapatkan kelulusan tidak dipatuhi. Secara amnya, ini adalah satu kesalahan jenayah dan sebab itu saya membuat laporan polis agar Arulkanda Kandasamy dan pasukan pengurusannya disiasat secepat mungkin. Selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak terbabit di dalam segala masalah 1MDB kerana urusniaga-urusniaga itu berlaku sebelum beliau menjadi CEO. Kali ini, bukti dari Laporan Ketua Audit Negara secara jelas menunjukkan bahawa di bawah pengurusan beliau, 1MDB masih terus melanggar undang-undang kerana tidak mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah. Saya bersedia memberi keterangan mengenai siasatan OSA tetapi saya mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jawapan sama ada siasatan dan layanan yang sama akan dikenakan terhadap Arulkanda Kandasamy. Jika saya ditahan reman dengan tidak berselipar, Arulkanda Kandasamy juga boleh ditahan di sebelah sel saya di Tahanan Berpusat Jinjang minggu ini. RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN ------------- |
Posted: 30 Mar 2016 12:18 AM PDT K HIJAU ITU - SEKALI LAGI Pada 5 May 2006 saya telah menulis tentang Katak Hijau. Tulisan ini telah tersiar dalam beberapa portal berita termasuk RiceCooker. Ini berlaku sepuluh tahun dahulu. Dalam tulisan itu saya menulis tentang zaman saya membesar di Jelebu. Dizaman itu dimana sahaja ada sawah, lubuk atau paya pasti ada katak hijau. Katak hijau ini akan meloncat mengambor ketika saya memancing atau memasang tajur. Kadang kala saya terperanjat apabila dengan tetiba Sang Katak ini melompat ke dalam lubok. Ketika itu saya anggap Si Katak Hijau ini menggangu saya. Empat puluh tahun kemudian saya menulis tentang katak hijau ini bukan sebagai haiwan yang menggangu tetapi sebagai metapora terhadap iklim dunia dan perubahan cuaca di Malaysia. Semenjak pulang ke tanah air satelah dua puluh tahun berkelana saya tidak lagi dapat bertemu dengan katak hijau. Malah di Jelebu sawah padi telah tidak wujud. Sawah padi dan katak hijau yang menjadi latar zaman kanak kanak saya telah hilang untuk selama-lamanya. Iklim dan cuaca dunia telah berubah. Berubah dengan pantas. Perubahan inilah yang bertanggung jawab menghilangkan sawah dan katak hijau. Bulan dulu saya telah pulang ke Jelebu untuk bermalam di Rumah Pusaka. Pelajar ilmu alam akan diberitahu bahawa wilayah Jelebu berlawanan dengan wilayah Taiping. Jelebu ialah daerah yang paling kering di Malaysia manakala Taiping yang paling basah. Bayangkan apakah agaknya cuaca di Jelebu pada bulan Febuari 2016. Siangnya amat-amat kering lagi panas. Diwaktu malam cuaca berubah menjadi amat-amat sejuk. Ini kesejukan malam yang berjaya membangunkan saya. Dalam gelap saya meraba-raba mencari kain selimut yang tebal. Lalu tercapai hamparan toto. Ketika dalam toto yang membaluti badan, saya teringat kembali malam-malam miskin tanpa alat pemanas ketika berkelana di Eropah. Justeru, saya tidak perlu menjadi pakar kaji cuaca atau ahli sains dengan ijazah yang berjela-jela untuk merumuskan bahawa cuaca dunia sedang berubah dan malapetaka sedang menunggu ditepi pintu. Hilangnya sawah dan katak hijau di Jelebu adalah panduan saya. Pada satu ketika dahulu saya kagum dengan modeniti. Saya bersama merayakan modeniti. Malah saya menulis dan memberi pencerahan agar kita sesama menyambut dan merayakan modeniti. Sekarang semuanya telah beralih. Pencerahan telah sampai kepada saya. Pada tahun 60'an diera Perang Vietnam. Dizaman zaman rock n roll. Dizaman John Lennon dan Mick Jagger - telah muncul satu kumpulan anak muda yang menimbulkan perbincangan dan debat tentang alam sekitar. Anak-anak muda ini telah memecah ruyung untuk membuka wacana tentang gaya hidup moden. Anak anak muda ini megajukan satu gaya hidup alternatif. Mereka mengkritik gaya hidup konsumer moden. Mereka menolak hidup yang berasaskan harta benda. Justeru gaya dan falsafah hidup mereka berlawanan dengan gaya hidup masyarakat borjuis dalam arus perdana. Justeru mereka dihina, dijadikan bahan lawak dan diperlekah. Mereka diistilahkan sebagai Hippie. Satu ketika dahulu dalam tahun 1976 dalam kota Melbourne Australia saya ternampak satu grafiti ditembok bangunan Drummond Street. Terpampang tulisan : Pedal Power. Dalam bahasa Melayu bermakna kuasa kayuh. Pada ketika itu saya tidak faham apa makna grafiti ini. Hari ini tahun 2016 saya telah mendapat pencerahan. Saya telah memiliki kefahaman tentang makna grafiti itu. Bila saya teringat akan grafiti itu saya bertanya pada diri saya sendiri apakah kita semua telah terlambat? Dalam hati kecil saya bertanya jika pada tahun 1975 umat manusia ini berhenti sabentar dan melihat dan memahami grafiti yang saya terbaca di Melbourne - apakah katak hijau dan sawah padi akan kekal di Jelebu? Saya tidak memiliki jawapan kepada soalan ini. Yang dapat saya jawab ialah pada tahun 2016 saya bukan lagi anak muda. Saya juga tidak menjadi seorang hippie. Tetapi semenjak tahun 60'an lagi anak-anak muda hippie ini telah menerangkan bahawa gaya hidup moden kita ini sedang membawa malapetaka. Mereka melaungkan pekara ini ke hulu ke hilir. Mereka bersuara sambil mencakar dinding dengan grafiti. Ramai menjadi vegeterian makan sayur dan menolak memakan apa sahaja bentuk daging dan hidupan. Mereka menubuhkan NGO Greenpeace. Mereka berdemo membantah kewujudan Mc Donald. Mereka membantah pembunuhan ikan paus. Mereka melawan pembalakan yang menghancurkan alam. Mereka bangun melawan pembinaan empangan yang membunuh perjalanan air. Mereka mengajukan - pedal power - kayuh basikal sebagai cara bergerak. Anak anak muda hippie ini secara jujur telah telah memberi ingatan kepada anak semua bangsa kita bahawa alam bumi manusia ini dalam bahaya. Ingatan ini telah diberi lebih dari 50 tahun dahulu. Amaran ini muncul sebelum kelahiran Siti Nurhaliza, Mawi atau Kugiran Bangsart. Ini dizaman Kampong Pantai Dalam masih dipanggil Pantai Dalam dan bukan Bangsar South. Anak muda ini telah membuat tunjuk perassan. Mereka berdemo menentang siapa dan apa sahaja yang dianggap pemusnah alam. Kilang, pabrik dan loji yang mencemar alam menjadi sasaran. Syarikat yang rakus memusnahkan alam sekitar dilawan. Negara pemilik kompeni pengotor alam diumumkan kepada dunia untuk diboikot. Ramai anak muda ini ditangkap dan dipenjara kerana mahu menyelamat alam sekitar. Pada 10 Julai 1985 kapal Rainbow Worrior milik NGO Greenpeace telah diletupkan di perlabuhan Auckland New Zealand. Kapal ini membawa aktvis Greenpeace yang menentang percubaan peledakan bom nuklear Peranchis di Luat Teduh. Greenpeace berpendapat ledakan bom nuklear ini akan mencemarkan laut dan bumi milik anak semua negara. Maka mereka berhak untuk membantah. Hasilnya - seorang jurugambar anak muda keturunan Belanda-Sepanyol gugur menjadi mangsa. Kapal Rainbow Worrior telah disabotaj. Hari ini fakta membuktikan kerajaan Peranchis bertanggung jawab melakukan pengkhianatan ini. Ditanah air kita sendiri seorang aktivis alam sekitar hilang. Anak kelahiran Swiss yang membantu pejuang Bangsa Penan di Serawak telah dilaporkan hilang pada 10 March 2005 yang lalu. Hingga ke hari ini kita tidak mengetahui bagaimana anak muda ini 'dihilangkan dan siapa yang menghilangkan' Bruno Manser. Dari pemahaman saya - modeniti mengajukan falsafah bahawa manusia dengan fikrahnya boleh menundukkan alam. Mengikut falsafah ini manusia hanya perlu mengkaji dan memahami hukum-hukum dan fitrah alam. Dengan segala ilmu pegetahuan alam ini dapat ditunduk atau dijinakkan. Alam yang telah jinak boleh dikawal dan ditundukkan untuk menjamin keselesaan kehidupanan umat manusia. Inti falsafah moden ialah : Manusia moden bukan hidup bersama alam tetapi memperhambkan alam. Tujuan alam ditunduk dan dijinakkan ialah untuk keselesaan hidup umat manusia. Falsafah modeniti dan ajaran modeniti ini cukup enak didengar. Malah selama lebih dari 200 tahun falsafah ini telah menjadi juru mudi dunia kita ini. Pada tahun 1781 James Watt di Birmingham England telah membakar arang batu untuk memasak air dan menimbulkan wap yang boleh mengerakkan injin. Inilah permulaan Revolusi Industri. Dari sinilah bermula gaya hidup moden. Tetapi hari lebih dari 200 tahun sesudah kelahiran kereta api kuasa wap hingga kemunculan LRT di Bangsar manusia moden sedang berhadapan dengan hutang piutang yang wajib dibayar kepada alam. Jelas modeniti yang kita rayakan selama ini bukan datang dengan percuma. Ianya wajib dibayar. Alam bumi manusia ini sedang menuntut anak semua bangsa membayar hutang tersebut. Pada 22 dan 23 March 2016 - untuk pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia sekolah di Kedah dan Perlis telah ditutup kerana panas. Malah Kementerian Pelajaran membuat arahan jika panas melintas 37 Celcius maka sekolah akan terus ditutup. Pada tarikh yang sama juga cuaca alam yang panas ini telah menewaskan konstable Azizan Ayob - anak muda berumur 23 tahun. Anak muda ini telah meninggalkan dunia di Hospital Daerah Segamat akibat Luar Buasa Strok Haba ( Heat Stroke). Cuaca panas saperti yang kita alami sekarang ini belum pernah terjadi di Malaysia. Malah suhu panas yang sedang melanda belum pernah berlaku dimana-mana dalam dunia ini. Pada tahun 2015 di Karachi dan di wilayah Sind Pakistan lebih kurang 2000 warga telah tewas apabila suhu panas naik mencecah 49 Celcius. Binatang dalam zoo dan binatang ternakan telah mati terhampar kerana panas. Manakala di India lebih dari 2500 telah tewas bulan Mei 2015 yang sama. Hari ini ketika saya mengarap tulisan ini cuaca diluar bilik saya amat panas. Kipas saya berputar. Saperti warga dari Chuping Perlis yang mandi tujuh kali sehari akibat kepanasan saya juga melakukan pekara yang sama. Saya memakai celana pendek dan tidak berbaju untuk menghadapi cuaca ini. Minggu lalu saya terbaca satu tulisan tentang cuaca dari akbar The Guardian London. Mengikut laporan akhbar ini - dari kajian para ilmuan dan pakar cuaca pada bulan Febuari yang baru berlepas jumlah karbon dalam alam kita ini paling tinggi semenjak 66 juta tahun. Dari laporan National Oceanic and Atmospheric Administration NASA pula saya terbaca bahawa suhu kepanasan bumi dan laut telah naik sebanyak 2 darjah Fahrenheit. Ini satu rekod samenjak suhu dunia mula dicatat pada tahun 1880. Bila saya membaca semua ini saya teringat kembali kepada si Katak Hijau. Katak Hijau di Jelebu telah menjadi petanda dan menjadi korban awal tentang kesampaian El-Nino. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ----------- |
Posted: 29 Mar 2016 10:19 PM PDT RAJA LAWAK BUAT LAWAK ATAU DAP CAKAP BOHONG DAP berkeras Ku Li dalang SDMenurut DAP, akuan berkanun menyingkir Najib dan mengangkat Ku Li sebagai PM memang wujud dan diketahui oleh semua wakil rakyat pembangkang KUALA LUMPUR: Anthony Loke berkeras mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pernah mengedarkan akuan berkanun (SD) terhadap Najib kepada ahli-ahli Parlimen lain. Bercakap kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata "wakil daripada kem Tengku Razaleigh" telah mengedarkan SD itu antara bulan Julai dan Sept tahun lalu. Wakil rakyat DAP itu juga berkeras mempertahankan bukan sahaja dokumen itu wujud, tetapi kewujudannya diketahui oleh semua ahli-ahli Parlimen Pembangkang. Malah, seorang daripada mereka mendakwa bertemu Ku Li. RAJA LAWAK SUDAH MULA BERSILAT LIDAH PUTAR SANA PUTAR SINI KAH KAH KAH ---------------- |
Posted: 29 Mar 2016 09:39 PM PDT TAJUK BERiTA HARI iNI DARI AKHBAR SiNAR HARiAN -------------- |
Posted: 29 Mar 2016 09:00 PM PDT BERITA DARI LUAR NEGARA PM Najib's Wife Said to Ask US to Call Off FBI ProbeRosmah pushes Ambassador Yun to ask to fold New York Attorney's investigation, sources say Rosmah Mansor, the wife of Malaysian Prime Minister Najib Razak, has repeatedly called US Ambassador Joseph Y. Yun in the US Embassy in Kuala Lumpur in a vain attempt to get the United States Attorney Preet Baharara for the Southern District of New York to call off his investigation into financial dealings involving the scandal-ridden 1Malaysia Development Berhad fund, sources say. The story of Rosmah's attempts to rein in the US investigation is circulating widely in Kuala Lumpur's small diplomatic circles. They say that despite the fact that other investigations are ongoing in Switzerland, Singapore, the United Kingdom and France on another case, they think the Americans most likely to bring charges if there has been wrongdoing. Yun is said to have told Rosmah that Bharara operates independently of the State Department and the Foreign Service, and that not even President Obama would be able to influence the investigation if he wanted to. Attempts to verify the story through the US Embassy went unanswered. "She has been told, 'If you have done nothing wrong, don't worry about it,'" a source said. "'The United States is a country of laws. '" KAH KAH KAH I REST MY KES MI LORD KAH KAH KAH -------------- |
Posted: 29 Mar 2016 08:30 PM PDT ROLLING STONES The Rolling Stones .. keajaiban kelapan dunia .. anggotanya takat ini senantiasa di lindungi Allah dari segi kesahjeteraan dan kesihatan .. mereka kaya-raya tapi mereka tak tahu pun mereka kaya .. purata umur mereka 73 tahun tapi masih melompat ligat nyanyi lagu tagih tenaga-rock .. Mick Jagger penyanyi utama dah entot dan beri "happines" pada 40,000 wanita .. badan mereka langsing tak buncit atau bandingkan dengan badan Tantawi yg hari-hari cerita makan cara nabi. Semoga kumpulan ini diberi kesihatan utk meneruskan kerja seni mereka .. dan dibuka hatinya untuk beriman dengan Allah .. amin. on ROLLING STONES Publish | Delete | Spam panglimo potaseh on 3/26/16 ------------ |
Posted: 29 Mar 2016 08:00 PM PDT FBI SEDANG SIASAT KES NAJIB MENDOBI DUIT 'Duta AS tak bercakap dengan Rosmah isu siasatan 1MDB'Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menolak laporan mendakwa isteri perdana menteri Rosmah Mansor ada menghubungi Duta AS Joseph Y Yun dengan harapan untuk memberhentikan siasatan terhadap 1MDB. Asia Sentinel dalam laporannya sebelum ini berkata mereka cuba mengesahkan perkara itu dengan kedutaan AS tetapi tidak berjawab. "Kami telah melihat laporan mendakwa isteri Perdana Menteri Najib menghubungi duta Yun beberapa kali. "Kami tidak mengulas isu berkaitan perbincangan diplomatik, tetapi kami dapat sahkan bahawa duta Yun tidak bercakap berhubung isu ini dalam laporan Asia Sentineldengan isteri perdana menteri (gambar)," katanya. OOO JANG OOOI BULEH KO KITO AJAK FBI NI JUMPO JUMPO MANOLAH TAU KOK BULEH AJAK MINUM2 BULEH DEEN BELANJO SIKIT MANO TAU KOK BULEH ULUR2 KAH KAH KAH ----------- |
JUMPA DI DATARAN MERDEKA SABTU INI Posted: 29 Mar 2016 07:39 PM PDT |
BERAPA BANYAK - 2 BILION ATAU 4 BILION Posted: 29 Mar 2016 07:20 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan