Khamis, 24 Mac 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


Benci dengan Haji Hadi

Posted: 24 Mar 2016 05:31 PM PDT



Bercakap pasal minta Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (presiden Pas) berundur adalah kesinambungan G18 yang kalah dalam muktamar tahunn Pas tempohari.

Kini, Datuk Husam Musa yang masih kekal sebagai ahli pas memainkan peranan dan tolong goyang agar presiden Pas itu berundur dan diganti dengan timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Disini nampak dengan jelas bahawa kebencian terhadap Haji Hadi Awang sedang berada diatas sebagai agenda berkala G18.

Sesungguhnya, Allah subhanahu wataala telah nyatakan bahawa orang orang kafir (yahudi dan Nasrani) tidak sekali kali akan bersetuju dengan kamu wahai Muhammad.

Dahulu, orang orang umno sangat benci dengan Haji Hadi Awang, miskipun bukan seorang presiden Pas.

Maka, dapat kita buat kesimpulan bahawa pihak umnolah mula mula tanam rasa benci terhadap Haji Hadi Awang ini.

Dikatakan, Haji Hadi Awang telah mengkafir umno menerusi amanat konon yang dibuat berdasarkan kata kata dalam ceramah di Kampung Banggol Peradung, Manir Kuala Terengganu lama dahulu.

Kata kata, umno kata, Pas kata umno kafir. Kata kata itu tersebar secara meluas dari mulut kemulut rakyat jelata diseluruh pelusuk Negara.

Inilah sebagai punca Haji Abdul Hadi Awang mula mula dibenci. Dan bermula agenda berkala agar  presiden pas itu jatuh dan berundur menerusi di serangan empat penjuru.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang umnolah yang mula mula benci dengan Haji 
Hadi Awang kerana takut dengan pengarah ulama pewaris nabi dalam arena politik tanah air.

Kini Nampak gayanya agenda tersebut telah disambung oleh kumpulan G18 pula agar Haji Hadi Awang benar benar dapat disingkir dari jawatan presiden.

Penulis menamakan Datuk Husam Musa dan Mahfuz Omar adalah merupakan orang yang sudah ambil bidang tugas yang telah dibuat oleh umno agar Haji Abdul Hadi Awang berundur dan dihanti dengan timbalannya.

Kedua dua orang ini telah menyatakan pendiriannya yang mereka sanggup dikenakan tindakan tata tertik atau dipecat dari parti.

Mereka sanggup dipecat demi bidangtugas besar dan terpenting agar Haji Abdul Hadi Awang disingkir dari jawatan presiden tanpa memikirkan bahawa benci itu adalah sifat orang orang kafir terhadap Rasulullah SAW .

Barangsiapa yang memiliki sifat benci dengan ulama pewaris nabi ini, sah mereka sangat gemar dan cenderung untuk menolong orang kafir.Ia adalah sifat orang orang maunafik.

 


Tiada ulasan: