Sabtu, 19 Mac 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


Mat Sabu salah faham?

Posted: 19 Mar 2016 07:26 PM PDT



Baru baru ini Mat Sabu kata, orang bukan Islam (kafir) salahfaham dengan Islam berpunca dari orang orang islam sendiri

Penulis tidak tahu siapa yang ajar beliau mengenai perkara itu, Nak kata Ustaz Fazdhil Nor ajar dia mustahil,. Nak kata Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ajar dia, mustahil.

Lagi tidak masuk akal Datuk Seri haji Abdul Hadi Awang yang ajar bahawa orang kafir salah faham dengan Islam, kerana Mat sabulah yang sering ajar Presidennya. Itu dan ini.

Sudah barang tentu, Lin Guan Eng yang ajar Mat Sabu. Lebih lebih lagi Idola Mat Sabu kini tidak lain dan tidak bukan ketua menteri Pulau Pinang satu satunya.

Pada penulis, itu, adalah fitnah (tuduh) orang orang islam punca orang orang bukan Islam salahfaham dengan Islam.

Sesungguhnya, orang kafir sebenarnya tidak pernah salahfaham dengan islam. Asalnya mereka orang orang kafir ini ingkar dengan perintah Allah.

Oleh itu, mereka tidak salahfaham dengan islam. Yang salah faham dengan islam tidak lain dan tidak bukan ialah orang orang Islam yang mengaku beriman.

Salahfaham inilah punca umat islam berpecah kepada 73 puak, termasuk puak Mat Sabu yang jadi presiden parti PAN.

Daripada 73 puak itu, cuma satu puak sahaja yang diterima keislamannya. Manakala 72 puak semuanya dalam neraka.

Yahudi berpecah kepada 72 puak. Kesemuanya dalam neraka. Atas sebab itulah, Allah larang kita ikut kafir dan larang jadi macam kafir.

Akan tetapi, kebanyakan umat islam mendakwa mereka beriman telah,sedang akan terikut ikut dengan kafir dan hidup macam kafir.

Bukan setakat ikut kafir dan jadi macam kafir, malah tersangat gemar dan cenderung menolong kafir dan tuduh orang Islam punca orang orang kafir salah faham dengan islam.

Pada hal orang orang  Islam sendiri , termasuk Mat Sabu yang salah faham dengan Islam sehingga tergamak mengatakan kafir salahfaham dengan Islam, sedangkan kafir itu tetap ingkar.

Macam mana yang ingkar dengan perintah Allah boleh salahfaham dengan Islam.Mereka ingkar , menolak agama Islam.

Azazil yang ingkar dengan suruhan Allah untuk sujud dengan Adam AS  jadi kafir, sedangkan dia sedia maklum akan  berlaku pertumpahan darah diatas muka bumi apabila tanggungjawab khalifah diberikan kepada manusia.

Demikian juga dengan Mat Sabu. Dia tahu bahawa partinya adalah sebuah parti diwujudkan atas nama kalah bertanding dan tak puashati dengan kepimpinan ulama, sedangkan ulama itu adalah pewaris nabi nabi yang telah, sedang dan akan mendaulatkan undang undang syariat.

Tiada ulasan: