Khamis, 17 Mac 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


Mat Sabu yang ajar

Posted: 16 Mar 2016 08:07 PM PDT





Pada mulanya penulis terkejut juga dengan saranan Rafizi minta pas jaga akhlak ahlinya.kerana tak munasabah ahli pas buruk akhlaknya.

Akan tetapi tidak dinafikan kebanykan penyokong pas buruk akhlaknya.dan macam mana pas nak jaga kerana mereka bukan ahli.

 Ahli pas berada dipihak yang lain manakala penyokong pula dipihak yang lain. Mereka ini berbeza satu sama lain.

Akan tetapi fikir dan fikir, tak mustahil ahli pas kini jadi buruk. Macam juga ulama kontemporari dengan ulama silam.

Ulama kontemporari ada ijazah PHD manakala ulam silam tak masuk univsesiti pun Jauh sekali memiliki ijajazah sepertimana yang dimiliki ulama kontemporari.

Demikian juga dengan ahli pas. ahli pas dahulu memang tak sama dengan ahli pas sekarang.Tak dinafikan ada juga ahli pas dahulu yang buta al Quran.

Ahli Pas sekarang miskioun seorang professional tetapi  berfahaman islam liberal dan ada yang berfahaman sekularisme. Ada yang berfahaman matlamat menghalalkan cara.

Tidak mengejutkan jika Mat Sabu timbalan presiden selama dua penggal dalam siri ceramahnya di seluruh pelusuk tanahair selama lamanya sangat gemar dan cenderung memaki hamun.

Bukan setakat akhlak ahli pas jadi buruk, malah presiden Datuk Haji Abdul Hadi Awang termakan dengan apa yang diajar oleh Mat sabu dalam kebanyakan ceramah.Bukan itu sahaja, malah presiden turut dilabelkan ulama tukang label.

Tidak perlulah penulis senaraikan satu persatu maki hamun Mat sabu dalam siri ceramahnya, kerana umum sedia sedia maklum.

Penyokong Pas bukan setakat bersetuju dengan kaedah maki hamun Mat sabu itu, malah kebanyakan turut melaungkan takbir sekuat kuat mungkin apabila Mat sabu melabelkan pemimpin umno itu dan ini.

Padahal dari segi islam maki hamun kan mengejek ngejek namanya dan pasti salah serta dinyatakan didalam Al Quran ia suatu larangan (dosa). Tetapi ahli pas mungkin ada juga yang boleh bersetuju dengan perkara dilarang.

Ia jadi lebih buruk lagi apabila Pas berkerjsama dengan PKR dan DAP sehingga tergamak pucuk kepimpinan mengatakan kristian tidak memusuhi kita (kerana DAP Kristian).dan berkata, boleh berkawan dengan Yahudi. Mungkin Atas sebab yahudi beri bantuan RM 300 juta pada DAP untuk belanja pilihanraya. Yang paling tidak patut menyatakan China DAP kafir zimmi.

Orang PKR asalnya orang umno dan berkawan dengan orang Pas yang pada mulanya tak reti dengan politik jahat yang diamalkan selama ini mula terpesona dan cuba ikut sikit sikit.

Contoh, Gambar Haji Hadi Awang menteri besar Terengganu poster terbesar di pasang di BukitTerengganu disembah cat agar menjadi kemarahan dan dapat meraih sokongan pengundi PRU11 (2004) itu bukan orang umno yang buat.

Yang peliknya sesetengah orang pas boleh setuju dengan kerja jahat yang diajar oleh orang PKR ini konon untung.Tidak rugi. Padahal  ia suatu kerugian kerana kita yang buat, kita tuduh orang lain yang buat.Allah murka.

Kata Rafizi, demikianlah akhlak ahli-ahli PAS dan kini pemimpin PKR pula yang kena. Sebelum ini habis dimaki hamunnya golongan progresif menyebabkan ribuan ahli PAS meninggalkan PAS dan menyertai parti AMANAH.

Sambungnya lagi, sebermula dari muktamar agong pada 2014 lagi, golongan yang mendakwa mereka sebagai kumpulan "ulamak" telah menunjukkan sikap "samseng" bukan sahaja di alam maya, malah di dunia realiti juga.

Jelas Rafizi, Fitnah, maki hamun dan melabel sudah menjadi budaya baharu di dalam parti tersebut. Ia disemarakkan pula apabila Presidennya sendiri melakukan demikian di ucapan-capannya dengan fitnah, tuduhan, maki hamun dan melabel.

Kata Rafizi, Fitnah pil kuda, makihamun seperti broker, barua dan melabel seperti "pengkhianat" merupakan sejarah hitam parti berkenaan yang sehingga kini belum terpadam.

Ia diperburukkan dengan tindakan-tindakan agresif seperti mengeboo pimpinan progresif di muktamar, menconteng banner dan poster Mat Sabu, berdemo di depan pejabat PAS malah sehingga ke tahap mengugut dan mengancam keselamatan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka.

Terang Rafizi lagi, kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

Pas dituduh telah membiarkan ahli terus menerus berakhlak buruk. Sedangkan hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan.

Rakyat dapat melihat sendiri perangai dan akhlak buruk yang dipamerkan oleh ahli-ahli PAS berkanaan. Dan kini semakin ramai menjauhi PAS lantaran akhlak buruk tersebut.

Sedarkah mereka bahawa itulah yang telah diajar oleh Mat Sabu dan jadi pegangan G18 sepertimana serangan yang dilakukan oleh Khalid Samad terhadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dua tiga ini dan mungkin dijadikan amalan G 18 sebagai strategi dan langkah akhir untuk menjatuhkan dari jawatan presiden yang menjadi keinginan Mat Sabu selama ini.



Tiada ulasan: