Selasa, 8 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mat Sabu Dilantik Ketuai Himpunan Mansuh GST & Selamatkan Malaysia

Posted: 08 Mar 2016 12:41 AM PST

Pakatan Harapan anjur perhimpunan mansuh GST 2 April ini

Pakatan Harapan percaya isu-isu ekonomi yang mendesak dan menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, isu-isu seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pembiayaan pendidikan yang munasabah, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan dan kenaikan tarif perlu terus diperjuangkan.


Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat supaya menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan di ibu negara pada 2 April nanti.

"Saudara Mohamad Sabu (Presiden Amanah) telah diberi amanah untuk mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia," ujarnya dalam sidang media hari ini di Parlimen.

Ditanya pemberita berkenaan tanggapan pihak pembangkang bergantung pada Mahathir seperti ketika pemeteraian deklarasi anti-Najib lalu, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu yang memerlukan sokongan Pakatan Harapan.

"Kami juga tidak memalukan imej negara," tegas Azizah lagi menjawab satu soalan pihak media.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan.

"Pengakuan oleh Tun Mahathir ini tidak mengubah hala tuju Pakatan Harapan terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan.

"Malah, pengakuan Tun Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya lagi. Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini turut disepakati Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. -Malaysia Dateline

Isu Najib: Presiden PAS Bercanggah Dengan Timbalannya

Posted: 07 Mar 2016 05:06 PM PST


Tolak Najib: Pas tetap mahu guna PRU

KUALA TERENGGANU - Pas sekali lagi mengulangi pendirian untuk menunggu tempoh pilihan raya bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu walaupun pemimpin Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur melalui usaha dibuat menerusi Deklarasi Rakyat, Khamis lalu.

"Kita mahu perubahan tetapi caranya mestilah proses demokrasi di antaranya pilihan raya (yang diadakan) lima tahun sekali mengikut perlembagaan.

"Saya mahu supaya Perdana Menteri kalau hendak tukar melalui pilihan rayalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dun Ke-13, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. -SH

ULASAN GB

Membaca kenyataan presiden PAS di atas, JELAS ia bercanggah dengan kenyataan Timbalan presidennya iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini meminta Najib meletakkan jawatannya sebelum raya (tahun lepas) lagi, lebih jauh dari tarikh pilihanraya akan datang.


jadi, percanggahan amat jelas bukan sahaja di kalangan ahli biasa PAS malah di kalangan pimpinan tertinggi PAS. Yang sebahagian ke timur sebahagian ke barat.

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. PAS akan terus bertelingkah dan bercanggah yang akhirnya akan meletakkan parti itu sebagai parti yang sudah tidak relevan lagi di dalam arus politik negara.

Kuat sangat memfitnah, memakihamun dan melabel, maka itulah sewajarnya yang menimpa PAS.

Tiada ulasan: