Isnin, 7 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dah Lah Bangang Kini Ditanya Mana Dapat RM1.4 Juta Taja Umrah?

Posted: 06 Mar 2016 11:23 PM PST

Taja umrah: Dari mana Khairy dapat RM1.4 juta?

Seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber dana yang digunakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk menaja 191 ketua Pemuda Umno Bahagian untuk melaksanakan umrah di Mekah.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail memberitahu Malaysiakini bahawa dia boleh membuat laporan mengenai perkara itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.


"Saya hanya membaca tentang perjalanan itu di Suara.tv semalam.

"Saya tidak boleh hanya menuduh tetapi apabila saya membaca bahawa exco Pemuda Umno telah mengesahkan perjalanan ditaja oleh YB KJ, saya berasa lebih yakin untuk mengeluarkan kenyataan," kata Syed Rosli.

Portal yang dikaitkan dengan Umno itu Jumaat lalu memetik Exco Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar Hussin sebagai mengesahkan bahawa Khairy telah menaja perjalanan bagi semua ketua bahagian dan exconya.

Dalam artikel yang berasingan, Suara.tv juga sebelum ini memetik sumber Pemuda Umno yang mendakwa perjalanan itu dirancang bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Timur Tengah.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Syed Rosli menegaskan bahawa ia boleh menyebabkan kos mencecah RM1.4 juta untuk tajaan keseluruhan rombongan.

"Dari manakah Khairy Jamaluddin mendapatkan wang sebanyak itu?

"Berapa gaji seorang ahli parlimen dan menteri. Ini boleh menimbulkan banyak keraguan di kalangan rakyat, ahli-ahli Umno dan pembangkang, " katanya yang mendakwa bahawa ia akan mewujudkan persepsi rasuah.

"Saya tidak menuduh (Khairy) tetapi SPRM perlu menyiasat di manakah dia mendapat sejumlah wang yang besar (untuk menaja rombongan itu)," kata Syed Rosli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyokong legalisasi ganja.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau untuk mendapatkan respon. -mk


Taja Umrah: Islam Jadi Alat Politik KJ Kata Aktivis Umno

Kuala Lumpur – Aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan tindakan Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin membelanjakan tidak kurang daripada RM3 juta untuk menaja rombongan ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian pergi mengerjakan umrah.

Zaharin ketika dihubungi SuaraTV meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan terhadap sumber kewangan yang digunakan.

"Pagi ini hendak bertanya dgn KJ@Khairy Jamalludin, khabarnya 200 orang di taja ke Mekah buat umrah, jika sekali kira kasar tak kurang RM3juta dibelanjakan. Orang ramai tanya Putera Raja Arab mana pula bermurah hati menderma?

"Jika tidak SPRM kenalah buat siasatan mana datang punca kewangannya dan UMNO kena buat inkuari kepada Ketua Pemuda UMNO," katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Zaharin turut menyifatkan tindakan Kahiry itu sebagai menyalahi kod etika Umno kerana mengunakan politik wang.

"Kerana itu di kira politik wang dalam kod etika UMNO walau pun bukan dalam musim pemilihan.

"Pesan saya di pagi jumaat ini, jangan berpolitik sehingga Islam menjadi alat kepentingan politik, jaga kesucian Islam, jangan sampai tercemar kerana kita," ujarnya lagi.

Terdahulu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin truut melahirkan rasa kecewa dengan pendekatan Pemuda Umno itu yang mengunakan ibadah suci bagi umat Islam sebagai alat dagangan demi menjaga kepentingan politik dan jawatan.

Menurutnya beliu kesal dengan tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai 'budaya baru' Umno untuk menjaga kepentingan politik.
. – SuaraTV



ULASAN GB

Semalam Khairy sudah kena tempelak bangang.

Dalam masa yang sama timbul "skandal" RM1.4 juta hantar ketua-ketua pemuda UMNO pergi umrah.... perjalanan itu dirancang bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Timur Tengah.

Duit siapa dan dari mana RM1.4 juta itu? Untuk melobi jawatan dalam UMNO?

Macam-macam UMNO ni. Presiden dah terpalit dengan pelbagai skandal. Satu demi satu skandal anak-anak buahnya bakal terbongkar. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Kebenaran tidak dapat disembunyi sepaniang masa sepertimana matahari tidak dapat ditutup awan sepanjang masa. Setelah awan berarak, akan terang benderanglah segala-galanya. Tak belajarkah dari kes Khir Toyo?

Mereka yang berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan meyakini yang bersalah akan tetap menerima hukumannya. Hanya menunggu masa dan ketikanya sahaja

Khairy Jamaluddin Dah Kena BANGANG!

Posted: 06 Mar 2016 04:18 PM PST

Apa punya bangang Khairy, kata Mahfuz

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Khairy Jamaludiddin bahawa penukaran perdana menteri perlu dibuat mengikut saluran pilihan raya sebagai melucukan.

Menyifatkan kenyataan ketua pemuda Umno itu sebagai 'bangang', Mahfuz berkata untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menunggu pilihan raya.


"Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Tukar perdana menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya.

"Cukup kalau sama ada perdana menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti anggota parlimen atau pun perdana menteri mati.


"Maka, berlakulah pertukaran perdana menteri. Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan Najib menjadi perdana menteri bukan tunggu dan melalui pilihan raya, tetapi apabila perdana menteri letak jawatan," kata ahli parlimen Pokok Sena itu dalam kenyataan, hari ini.

Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS turut memberikan contoh lain semasa krisis Menteri Besar Perak pada tahun 2009, yang mana pertukarannya juga bukan melalui pilihan raya.

"Menteri Besar Kedah baharu sebulan bertukar bukan melalui pilihan raya. Tetapi melalui undi tidak percaya wakil rakyat Umno kepada (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

"Begitu juga hendak ganti Najib dengan orang lain sebagai perdana menteri, sama ada Najib letak jawatan atau anggota parlimen Umno pakat tandatangan akuan bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai perdana menteri," katanya.

Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang - termasuk pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dan Datuk Mohamed Azmin Ali bagi memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Deklarasi itu turut ditandatangani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. -mk


MARI SOKONG DEKLARASI RAKYAT INI

Seronok juga melihat pro Najib Razak "terlompat" ke sana sini dengan pelbagai gaya sejak Jumaat lalu berhubung Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan peneraju masyarakat sivil negara ini.

Dengan seawalnya gah mengatakan keluarnya Tun Mahathir meninggalkan UMNO tidak mungkin memberi sebarang kudis kepada Najib, reaksi sehari dua ini jelas menampakkan mereka jauh lebih "menggelupur" berbanding cacing yang tengah kepanasan.

Selain berbagai kata-kata kecaman dan bidasan terhadap bekas Perdana Menteri itu, cacian dan makian juga turut menjadi mainan yang membuktikan tidak lain tanda-tanda sudah ada ketakutan dalam diri mereka itu.

Ketua blogger dedak yang kini sudah jadi menteri, Salleh Said Keruak pula cuba berhujah untuk menggembirakan Najib dengan mengatakan deklarasi itu bukan suara 30 juta rakyat Malaysia dan ini menunjukkan beliau seolah-olah lupa Perdana Menteri sendiri hanya ada 47 peratus sokongan popular saja.

Kalau 47 peratus pun boleh jadi Perdana Menteri, bermakna tidak perlu sehingga 30 juta suara untuk membuangnya ke tepi.

Oleh itu, untuk menjadikan usaha menyingkirkan Najib lebih mudah menjadi kenyataan dan agar puak-puak pronya lebih "terlompat-lompat", kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sayangkan negara ini tidak harus berlengah lagi dalam memberi sokongan kepada deklarasi itu.

Buktikan sokongan anda di pautan ini

Terima kasih buah bidara, ajaklah juga kawan-kawan dan saudara-mara.
-shahbudindotcom.blogspot.com


ULASAN GB

Kan dah kena "bangang"....

Khairy ingat PM hanya boleh ditukar semasa PRU sahaja. Sedangkan UMNO sendiri tak tunggu pilihanraya umum untuk singkirkan Mukhriz dari kerusi MB Kedah.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. What goes round turns around. Najib akan dapat apa yang dilakukan terhadap orang lain.

Tunggu sahaja saat dan ketikanya.

Tiada ulasan: