Ahad, 6 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Rafizi Minta PAS Jaga Akhlak Ahli-ahlinya...

Posted: 05 Mar 2016 11:36 PM PST

Rafizi dakwa diserang dalam kumpulan Whatsapp PAS

SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menasihati PAS menjaga 'akhlak' ahlinya setelah beliau mendakwa diserang oleh sebuah kumpulan Whatsapp.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata kumpulan berkenaan memasukkan nama beliau tanpa persetujuannya lalu untuk memaki hamunnya.

Menurutnya kumpulan Whatsapp itu turut disertai ahli PAS termasuklah ketua pemuda parti itu, Nik Mohamad Abduh Nik Mat.


Beliau bertindak meninggalkan kumpulan tersebut namun namanya dimasukkan semula - juga tanpa kebenarannya.

"Dalam Whatsapp yang maki hamun itu ada juga pimpinan PAS seperti @nikabduh (merujuk kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh), Razman PJ Perak dan lain-lain. Tolong nasihat akhlak ahli.

"Selepas diserang di media sosial oleh penyokong PAS, kini mereka sibuk add (masukkan) saya dalam Whatsapp untuk dimaki hamun. Bila keluar 'add' balik #getalife," tulis beliau dalam entri Twitternya.

"Dengan YB PH (Pakatan Harapan) lain boleh diorg buli macam ini. Saya akan kongsi akhlak penyokong PAS ini sambil diperhati pimpinan mereka," jelas Rafizi lagi.

Rafizi mengambil langkah itu ekoran nasihat rakan Twitternya yang mahu beliau mendedahkan kandungan mesej berkenaan kepada umum.

Antaranya Mamalia/Joni @_joni_joni_joni yang mahu Ahli Parlimen Pandan itu supaya berbuat demikian.

"Printscreen la sikit. Biar orang tengok akhlak orang parti (jaja) Islam," katanya.

Status berkenaan menerima komen daripada netizen.

Luqman Suharni @mlms_0711 turut menulis "Maaf YB, saya pun tak bersetuju dengan kenyataan YB, tapi tindakan daiorg (mereka) itu tidak patut sebenarnya, agree to disagree,no maki hamun," katanya. -WA

ULASAN GB

Demikianlah akhlak ahli-ahli PAS dan kini pemimpin PKR pula yang kena. Sebelum ini habis dimakihamunnya golongan progresif menyebabkan ribuan ahli PAS meninggalkan PAS dan menyertai parti AMKANAH.

Sebermula dari muktamar agong pada 2014 lagi, golongan yang mendakwa mereka sebagai kumpulan "ulamak" telah menunjukkan sikap "samseng" bukan sahaja di alam maya, malah di dunia realiti juga.

Fitnah, makihamun dan melabel sudah menjadi budaya baharu di dalam parti tersebut. Ia disemarakkan pula apabila Presidennya sendiri melakukan demikian di ucapan-capannya dengan fitnah, tuduhan, makihamun dan melabel. Fitnah pil kuda, makihamun seperti broker, barua dan melabel seperti "pengkhianat" merupakan sejarah hitam parti berkenaan yang sehingga kini belum terpadam.

Ia diperburukkan dengan tindakan-tindakan agresif seperti mengeboo pimpinan progresif di muktamar, menconteng banner dan poster Mat Sabu, berdemo di depan pejabat PAS malah sehingga ke tahap mengugut dan mengancam keselamatan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka seperti yang dilakukan ke atas Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA, Ustaz Miqdad Zakaria, Sdra Othman Ismail dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak. PAS membiarkan mereka. Namun sekalipun tiada tindakan dari PAS, hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Rakyat dapat melihat sendiri perangai dan akhlak buruk yang dipamerkan oleh ahli-ahli PAS berkanaan. Dan kini semakin ramai menjauhi PAS lantaran akhlak buruk tersebut.

Sepertimana yang GB ulaskan sebelum ini, semakin hari semakin terdedah wajah PAS yang sebenar yang dikatakan menggunakan konsep kepimpinan melalui ulama. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... Berkali-kali sudah GB katakan.... PAS sedang menuju kehancurannya kerana tidak lagi berpegang kepada akhlak Islam... Islam sudah tinggal hanya pada nama partinya sahaja, sedangkan akliah, akhlak dan tindakan sudah jauh dari Islam...

Singkirkan Najib Dahulu, Kemudian Baru Fikir Hal Lain...

Posted: 05 Mar 2016 05:15 PM PST

KENYATAAN MEDIA

BERKATA BENAR DI HADAPAN PEMERINTAH YANG ZALIM


1. Dalam sejarah perjuangan, semua mereka yang memperjuangkan kebenaran dan menegakkan yang hak adalah mereka yang berani menegur pemerintah yang zalim di zaman mereka.

2. Kisah Nabi Musa AS yang berani berhadapan kezaliman Firaun, Nabi Ibrahim AS di sanggup menerima segala mehnah kerana pemerintah zalim Namrud yang hebat ketika itu. Nabi Muhmmad SAW sendiri menentang pemerintah yang menguasai Mekah ketika itu yang diketuai Abu Jahal, Abu lahab dan Abu sufian.


3. Imam-imam yang hebat sama ada Imam AS-Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Nawawi dan ulamak terbilang serta pejuang rakyat yang lain juga sentiasa bangun menegur memerintah yang zalim di zaman mereka.

4. Adapun pemerintah yang zalim sebelum itu adalah menjadi bahan sejarah. Pemerintah semasa hendaklah bertindak kepada penzalim terdahulu itu sekiranya orang itu masih hidup.

5. Mengambil tauladan daripada itu, maka saya mengambil sikap untuk menegur dan menentang pemerintah yang berkuasa. Di Malaysia tentunya kerajaan BN dan pimpinan DS Najib yang berkuasa pada waktu ini.

6. Kita sedia maklum bahawa pemerintah sebelum ini juga tidak kurang zalimnya dan berlaku penyalahgunaan kuasa keterlaluan tetapi ia telah menjadi bahan sejarah. Biarlah ia menjadi renungan supaya tidak diulang oleh pemerintah sekarang.

7. Di saat keadaan ekonomi dan rasuah berleluasa dilakukan pemerintah yang diketuai DS Najib Razak, ia perlu ditentang. Sesiapa sahaja yang ingin bergabung untuk menentang pemerintah diktator, zalim dan membazir perlu disokong dan diusahakan.

8. Tugas kita sebagai seorang Islam adalah menyatakan yang benar dihadapan pemerintah yang zalim. Bukan menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang telah bersara atau pemimpin pencen. Selamat berjuang untuk menegakkan keadilan sejagat.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
4 MAC 2016

ULASAN GB

Demikian pendirian Parti Amanah Negara, tegas, teguh dan telus.

Tidak flip-flop, tidak berpusing-pusing dan tidak kabur.

Sesungguhnya Deklarasi Rakyat yang ditandatangi semalam adalah manifastesi "majoriti" rakyat. Saya katakan majoriti kerana di dalam PRU yang lalu, undi popular yang diraih oleh Pakatan Rakyat ialah 51%. Kini ditambah beberapa peratus lagi dengan kumpulan UMNO yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan mereka, malah sudah ramai yang menapak keluar dari UMNO termasuk Tun Dr Mahathir dan isteri.

Ada pula yang bangang bersuara: apa guna singkirkan Najib jika yang menggantikan UMNO juga? Saya sudah menjawab di dalam ulasan yang lalu. Petikan:

Najib perlu diturunkan walaupun ada yang dengan sinis menyatakan turunkan Najib bererti menguatkan UMNO. Sedangkan hakikatnya semakin dibiarkan Najib berkuasa, semakin menderitalah rakyat. Untuk menunggu pilihanraya yang akan datang, keadaan rakyat akan bertambah buruk dan kuasa Najib akan semakin mencengkam kerana Najib sanggup melakukan apa cara sekalipun demi untuk mempertahankan kuasanya. Turunkan Najib bererti melemahkan UMNO walau siapapun akan menggantikannya.

Ada juga yang berkata, menurunkan Najib tidak mempunyai makna apa-apa jika UMNO terus berkuasa! GB ingin menjawab yang ini pula. Sebagai seorang pendidik GB sering mengajarkan kepada anak murid, untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan semester, kamu perlu lulus didalam ujian bulanan. Ertinya kamu perlu lepasi dahulu satu demi satu. Usah terburu-buru. Mana mungkin untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan semster jika kamu gagal di dalam ujian bulanan? Begitu analoginya. Bagaimana kamu nak runtuhkan gunung jika bukit juga kamu belum berupaya meleperkannya? Mana mungkin kamu nak tumbangkan UMNO, jika Najib sendiri kamu belum berjaya untuk singkirkannya?

Pepatah Melayu menyatakan: takkan terkajang batu sepulau. Ertinya kita boleh melakukan semua perkara di dalam satu masa.

Kita perlu atur strategi. Dan alhamdulillah, bahagian pertama kita sudah melepasinya hari semalam. Usaha menyingkirkan Najib adalah mata-rantai untuk turunkan UMNO, walaupun Tun Mahathir yang memimpinnya. Dan bukankah Tun Mahathir sendiri sudah tidak menjadi ahli UMNO lagi?

Sekarang ialah masa untuk rakyat bersolidariti untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, bersolidariti untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Yang nak berjuang sendirian, itu (dengan meminjam istilah TGNA) dia punya pasal. Kita perlu bersama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana rakyat meletaakkan "harapan" yang tinggi kepada PH untuk memenangi pilihanraya yang akan datang. Bukan parti lain.

InsyaAllah kita akan berjaya!

Tiada ulasan: