Rabu, 30 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Terbaik Dari Mejar Zaidi Mengenai PASIK

Posted: 30 Mar 2016 12:01 AM PDT

Pas-Ikatan sokong Najib subahat jenayah rasuah

Bekas Mejar TUDM, Zaidi Ahmad menyifatkan sikap Pas dan sekutunya, Ikatan untuk membiarkan Presiden Umno Mohd Najib Razak terus memerintah sebagai paling tidak bertanggungjawab bahkan bersubahat dengan jenayah rasuah.

Beliau yang sebelum ini tampil mendedahkan isu dakwat kekal ketika pilihan raya umum ke-13 lalu berkata, kedua-dua parti itu seolah-olah tidak sedar Najib telah terlibat dengan tuduhan jenayah rasuah dan rompakan wang negara yang serius.


"Presiden Ikatan 'bow tie' ni geng satu kapal dengan Pas. Orang lain sanggup kompromi perbezaan ideologi politik untuk bersatu selamatkan negara dari terus dimiskinkan oleh Rosmah dan Najib.

"Namun, Ikatan 'bow tie' dan rakan sekutunya Pas sokong Najib terus memerintah dengan alasan mereka nak kalahkan Najib dalam pilihan raya konon," ujarnya sinis dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas kepincangan pengurusan kewangan negara di bawah pentadbiran Najib, beliau berkata, perkara tersebut perlu disiasat secara telus seterusnya dibicarakan di mahkamah.

"Duit negara yang hilang terutama dalam kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad) perlu dibawa balik kembali tapi Pas dan sekutunya Ikatan tidak mahu ini semua berlaku sebaliknya mahu Najib dilepaskan begitu saja," bidasnya.

Melihatkan dasar Pas yang mesra Umno mutakhir ini, Zaidi yang juga Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjangkakan rakyat akan menolak Pas di peti undi nanti.

"Rakyat pastinya akan menghukum Pas pada PRU (pilihan raya umum) akan datang kerana terbukti mereka sekarang menjadi tongkat kepada Umno-BN," tambahnya lagi.

ULASAN GB

Terbaik dari Mejar Zaidi.

Walaupun belum lama menyertai perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan berbanding dengan PAS, namun matanya lebih celik dari seluruh pimpinan dan ahli PAS.

Nak tunggu PRU14 baru nak turunkan Najib nak turunkan UMNO. Entah ilmu mana yang dipelajari. oleh PAS. Sedangkan perjuangan amal makruf dan nahi mungkar bukan menunggu esok atau lusa kerana esok atau lusa mungkin kamu telah mati.

Ia hanya alasan untuk terus bersekongkol, untuk terus menerima dan makan dedak dari UMNO.

Benar kata Mejar Zaidi seperti yang GB telah ungkapkan berkali-kali sebelum ini:

"Rakyat pastinya akan menghukum Pas pada PRU (pilihan raya umum) akan datang kerana terbukti mereka sekarang menjadi tongkat kepada Umno-BN"

Mat Sabu Tidak Muflis, RM200K Telah Berjaya Dikumpulkan

Posted: 29 Mar 2016 04:17 PM PDT

Kempen bantu Mat Sabu capai sasaran

SHAH ALAM - Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, kempen 'Derma #SahabatMatSabu, RM10 seorang' telah berjaya mengumpul kutipan derma mencecah RM200,000.

Difahamkan, kempen itu dilancar bagi membantu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang diperintahkan mahkamah untuk membayar RM200,000 dalam kes saman dikemukakan oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wakil kumpulan aktivis, Hishamuddin Rais dalam satu kenyataan bersama, pihaknya telah menutup tabung tersebut secara rasmi dan jumlah rasmi kutipan derma akan diumumkan dalam masa terdekat.


"Adalah dimaklumkan kutipan derma untuk Mat Sabu yang dijalankan oleh ‪#‎SahabatMatSabu telah berjaya mencecah RM200,000.

"Dengan ini diumumkan tabung ini akan ditutup secara rasmi #SahabatMatSabu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma. Akaun ini akan diaudit dalam masa terdekat dan jumlah rasmi juga akan diumumkan," katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Amanah.

Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu atau pihak yang mengenali Mohamad atau Mat Sabu untuk membantu pemimpin politik itu.

Jelasnya lagi, tarikh penyerahan duit kepada pihak peguam Mat Sabu juga akan diumumkan dalam masa terdekat. -SH

ULASAN GB

Alhamdulillah. RM200K berjaya dikumpulkan oleh #SahabatMatSabu bagi membayar saman yang dikemukakan olej bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad.

Terkedulah sekalian macai UMNO dan sekalian PASCAI yang busuk hatinya sebelum ini yang bertempik sorak menyatakan Mat Sabu bakal muflis, tidak boleh memimpin AMANAH lagi dan sebagainya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Seornag yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan rakyat akan dibantu oleh rakyat sekalipun terdapat banyak usaha ditaburkan bagi menjatuhkannya dan mencemarkan imejnya.

Tergamakkah Wan Ahmad untuk "memakan" wang yang disumbangkan oleh rakyat sebanyak RM200K itu?

Itu haknya tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kita akan terus ke hadapan dengan obor yang dibawa oleh Mat Sabu demi mengembalikan maruah rakyat, kebenaran dan keadilan untuk sekalian rakyat Malaysia.



Tiada ulasan: