Ahad, 27 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] LIVE - Kongres Rakyat Bermula

Posted: 27 Mar 2016 12:51 AM PDT

Kongres Rakyat di Shah Alam Convention Centre berlangsung antara 2.00 petang dan dijangka berakhir pada 6.30 petang.

Kongres Rakyat ini adalah susulan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pada 4 Mac lalu dan ia diinisiatifkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim.

Susunan mereka yang akan berucap ialah seperti berikut:-



Zaid Ibrahim membuka tirai kongres.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pendebat terbaik Asia mewakili pemimpin pelajar.
Fahmi Zainol, bekas pemimpin pelajar UM.
Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat yang mewakili MTUC.
Teresa Kok, Naib Pengerusi DAP
Ambiga Sreenevasan, bekas Presiden Majlis Peguam.
S Murugesan, bekas Setiausaha Agung MIC.
Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Kedah.
Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih.
Husam Musa, bekas Naib Presiden Pas.
Sallahuddin Ayub, Timbalan Presiden Amanah.
Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR.
Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah.
Mohamad Sabu, Presiden Amanah.
Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP.
Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor.
Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya.
Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang ucapannya adalah kemuncak kongres kali ini.

Satu resolusi kongres juga dijangka akan dimuktamadkan selepas itu.

LGE Difitnah Kerana Cemburu Dan Dengki Terhadap Pentadbirannya Di Pulau Pinang

Posted: 26 Mar 2016 09:50 PM PDT

LGE: Dakwaan saya tak tahu nilai banglo saya adalah pembohongan BN

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, tuduhan bahawa beliau tidak tahu nilai rumah banglo yang dibelinya di Jalan Pinhorn adalah satu "pembohongan BN".

Lim menjelaskan apabila beliau berkata beliau tidak tahu, beliau telah secara khusus menjawab pertanyaan Umno mengenai sama ada hartanah itu bernilai RM6.5 juta.


"Satu lagi pembohongan BN adalah kenyataan saya bahawa saya tidak tahu nilai rumah saya walaupun saya menandatangani Perjanjian Jual Beli dan membayar duti setem.

"Saya telah menjawab soalan mengenai sama ada nilai rumah saya adalah RM6.5 juta, seperti yang didakwa oleh Umno.

"Saya menjawab dengan jujur ​​- saya tidak tahu sama ada rumah saya bernilai RM6.5 juta - kerana saya adalah seorang ketua menteri dan bukan ejen hartanah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Lim berkata penjelasan beliau telah "diputarbelitkan".

Menurut peraturan urus niaga hartanah, pembeli dikehendaki membayar duti setem bagi memorandum pemindahan dan ini dikira berdasarkan harga beli atau nilai pasaran hartanah itu, yang mana lebih tinggi.

Oleh itu, pengkritik Lim berkata ketua menteri itu mungkin perlu membayar duti setem berdasarkan nilai harta yang lebih tinggi daripada harga pembelian RM2.8 juta, dan oleh itu akan tahu nilai yang tepat.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim mendakwa Lim telah mengisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa harta itu bernilai RM4.27 juta berdasarkan satu salinan akuan penilaian pemindahan harta yang diperolehi.

Lim berkata tuduhan bahawa beliau telah membeli rumah banglonya di bawah harga pasaran adalah sebahagian daripada konspirasi serangan peribadi terhadapnya.

Beliau berkata konspirasi BN untuk mencemarkan namanya berhubung pembelian rumahnya melalui pembohongan dan separuh benar, double standard dan malah salah guna kuasa, adalah satu percubaan terang-terangan untuk mewajarkan, untuk menutup atau mengalihkan perhatian daripada skandal kewangan BN, seperti skandal 1MDB, skandal derma RM2.6 bilion dan yang terbaru penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan.

Skandal BN, tambahnya, telah menyebabkan kerugian dana awam dan menjejaskan ekonomi negara dengan kejatuhan nilai ringgit, manakala pembelian rumahnya telah menunjukkan tahap tertinggi ketelusan dan akauntabiliti, dengan amalan tender terbuka dan malah membuka rumahnya untuk diperiksa oleh media.

Lim turut menjawab dakwaan bahawa pembelian banglo beliau dikaitkan dengan jualan tanah di Taman Manggis, dengan menyatakan bahawa penjual banglo itu tidak mempunyai kaitan terus dengan pembeli tanah itu.

Beliau berkata penjualan tanah Taman Manggis kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd dilakukan melalui tender terbuka dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada jawatankuasa tender itu.

"Atas sebab ini, kerajaan negeri dan saya sendiri tidak mempunyai apa yang hendak disembunyikan dan mengalu-alukan siasatan SPRM.

"Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan yang dijalankan oleh SPRM, yang melawat pejabat saya semalam," katanya. -mk

ULASAN GB

Serangan ke atas LGE terhadap isu rumah banglonya adalah kerana cemburu UMNO BN terhadap LGE ang telah berjaya mentadbir Pulau Pinang dengan cemerlang dimana Pulau Pinang merupakan negeri yang paling sedikit hutangnya dengan kerajaan pusat berbanding negeri-negeri yang ditadbirkan oleh UMNO BN.

Menyamakan kes Khir Toyo lansung tidak masuk akal. Cuba perhatikan:


Dahulu LGE pernah dipenjara kerana membela keluarga Melayu di dalam kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan berjalan, setelah dibebaskan, LGE kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita tunggu episod selanjutnya mengenai kes rumah banglo ini...

Tiada ulasan: