Khamis, 24 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Kembali Ke Era Assabiyah & Semarakkan Budaya ISIS

Posted: 24 Mar 2016 12:27 AM PDT

Umat Islam perlu bersatu tentang DAP, kata Abdul Hadi

Umat ​​Islam di Malaysia perlu bersatu menentang dan menggagalkan rancangan DAP yang dikategorikan sebagai parti sekular daripada memerintah negara ini, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, majoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah, kerana orang Islam melebihi bilangan orang Cina di negara ini,
lapor Utusan Malaysia.


"DAP mempunyai rancangan yang lebih besar, lebih daripada sekadar mengawal ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam kita boleh memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

"Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi Pas telah mengingatkan agar Umno kembali kepada Islam untuk perpaduan dan pengukuhan ummah," kata Hadi dalam ceramahnya malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ujar Khalid pula, DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina berjaya walaupun mereka hanya 30 peratus daripada penduduk negara ini.

"Mereka mengawal pendapatan per kapita yang lebih tinggi dan saya percaya mereka mempunyai cita-cita yang lebih besar.

"Kami akan membentuk satu unit seperti sebuah badan bukan kerajaan untuk memantau (calon pilihan raya) di kalangan Melayu yang meletakkan diri mereka sebaris dengan DAP dan memastikan mereka tidak menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Khalid yang pernah menganggotai PKR dipecat daripada parti itu setelah enggan mengosong kerusi MB Selangor yang disandangnya bagi penggal kedua.

Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 berkubur apabila Muktamar PAS Pusat tahun lalu membuat keputusan menamatkan kerjasama politik dengan DAP.

Baru-baru ini Pas telah menjalin hubungan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, sebuah parti berbilang kaum bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai 'blok politik ketiga'. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

GB mengandaikan berita itu benar kerana sesudah 3 hari berita itu tersiar di media massa, belum ada penafian dari Lajnah Penafian PAS yang diketuai oleh Setiausaha Politik Presiden PAS.

Dan begitu ketara perjuangan PAS kini telah jauh kesasar dari perjuangan Islam. Ia telah kembali kepada era perjuangan assibiyah zaman Datuk Asri. Seiring dengan semangat perkauman UMNO. Kata-kata Presiden PAS kini seperti yang ditebalkan oleh GB di atas, ketara seperti kata-kata seorang pemimpin UMNO.

DAP, katanya, adalah sebuah parti sekular. Itu semua orang tahu. Tetapi PAS terlupa bahawa sistem pemerintahan kita seluruhnya adalah sekular. Malah kewujudan parti-parti politik di dalam negara ini (termasuk parti Islam SeMalaysia) ditubuhkan di dalam kerangka sekular. "Demokrasi: itu sendiri adalah sekular, jadi PAS juga menggunakan platform sekular untuk mencapai cita-citanya. Ia tiada bezanya parti-parti politik lain di dalam negara ini.

Kedua katanya, mjoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah. Mungkin Presiden PAS itu tidak membuat kerjarumahnya untuk melihat berapa kerusi DAP bertanding. DAP selama ini bertanding maksimanya 50 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen. Jika menang semua sekalipun DAP tidak mampu dan tidak boleh membentuk kerajaan.

Ketiga, majoriti kaum Cina dan India telah menolak MCA dan MIC, 80%-90% kaun bukan Melayu ini memilih DAP sebagai parti yang mewakili kaum mereka. Di dalam negara majmuk, adalah mereng sangat pemikiran jika menolak DAP sebagai sekutu kerana menolak DAP bererti menolak majoriti kaum bukan Melayu di dalam negara ini.

Malah UMNO sendiri pun pernah mencadangkan agar DAP diterima sebagai anggota BN untuk menggantikan MCA dan MIC yang semakin pupus kerana mereka tahu kepimpinan negara perlu kepada perkongsian kuasa dengan bukan-Melayu. Tiada satu parti pun di dalam negara ini yang boleh memerintah negara tanpa penyertaan kaum lain. Itulah sebab mengapa di dalam PRU13 yang lepas, PAS menang di beberapa kerusi campuran di atas nama Pakatan Rakyat berkonsepkan tahaluf siyasi. Apabila Pakatan Rakyat dikhianati, apakah PAS masih berangan untuk menang di kerusi campuran?

Keempat, gagasan menolak DAP adalah gagasan ekstreme PAS yang menampakkan ia sudah melangkaui "politik matang" yang digembar-gemburkan. Ia lebih kepada parti perkauman berfahaman sempit. Lebih menghairankan apabila ia juga menganggap parti Islam lain (AMANAH) sebagai musuh malah pernah mmewajarkan agar dihapuskan. Budaya "takfiri" dihidupkan tetapi kali ini bukan kepada UMNO seperti terkandung di dalam AMANAT HADI yang masyur itu, namun kepada AMANAH yang dituduhnya "pengkhianat". Sedangkan Perlembagaan PAS sendiri membenarkan ahli-ahlinya keluar parti. Pendirian PAS yang ekstreme ini lebih mirip kepada perjuangan ISIS walaupun mereka menafikan.

Maka tidaklah hairanlah perangai dan sikap ahli-ahli PAS telah menjadi lebih kasar dan hina kebelakangan ini. Bermula dengan menanam bibit kebencian kepada golongan professional dengan mengeboo mereka di dalam muktamar yang lepas, mengugut dan mengancam nya Safwan Anang, memaki hamun dan mengancam keluarga Ustaz Miqdad Zakaria, menghalau keluar golongan progresif dan kemudian menuduh mereka pengkhianat dan kini mereka membentuk cyber-trooper PAS untuk memakihamun kumpulan yang tak sehaluan dengan mereka di media-media sosial dengan alasan orang lain selain mereka menolak hudud, menjadi balaci DAP dan seumpamanya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS perlu dan pasti ditolak rakyat kerana telah menjadi parti perkauman sempit serupa UMNO.

Bandingkan pendirian 2 pemimpin PAS ini







RASUAH: Tahniah Najib Berjaya Letakkan Malaysia No 2 Dalam Dunia

Posted: 23 Mar 2016 06:34 PM PDT

TIME 'iktiraf' Malaysia negara kedua rasuah di dunia

Malaysia sekali lagi terus dikenali di pentas antarabangsa tetapi dalam konteks negatif apabila tersenarai menduduki tempat kedua negara di dunia yang bergelut dengan rasuah.

Berada di bawah Brazil dalam senarai yang dikeluarkan majalah TIME versi 'online' itu, rekod tersebut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan Najib Razak pada tahun 2009.

Penulis, Ian Bremmer melalui artikel bertajuk, "These 5 Facts Explain the State of Global Corruption" antara lain berkata, hutang 1MDB sebanyak USD11 bilion pada tahun 2015 manakala USD681,000 telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.



Menurut majalah berita mingguan Amerika Syarikat itu, Najib mendakwa dana berkenaan adalah "hadiah" daripada keluarga diraja Arab Saudi dan kira-kira USD620,000,000 telah dikembalikan.

"Dua minggu lalu, siasatan 1MDB menemui bahawa jumlah yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebenarnya kira-kira USD1 bilion," lapor TIME.

Artikel yang meletakkan Afrika Selatan di tangga ketiga diikuti China dan diakhiri Rusia itu turut menyebut Najib telah menyingkirkan Peguam Negara yang telah mengetuai siasatan 1MDB.

Tinjauan Malaysia Dateline di laman web TIME hari ini mendapati artikel yang dimuat naik pada 17 Mac lalu itu berada di tempat teratas daripada lima berita dalam senarai "Most Popular Stories".


Bagaimanapun, paparan penarafan gejala rasuah tersebut berserta foto wajah Najib kononnya menjadi muka depan majalah TIME yang pada masa ini sedang viral di media sosial disahkan palsu. -Malaysia Dateline

2. Malaysia

That's not the case with Malaysia. In 2009, Malaysian Prime Minister Najib Razak established a sovereign wealth fund called 1Malaysia Development Berhad (1MDB) to help the country attract foreign investment and boost its economy. Long story short, by 2015, 1MDB owed investors $11 billion. As investigations of the state fund got underway, it was revealed that $681 million dollars had been deposited into Najib's personal account. The prime minister copped to the money transfer, but claimed it was a "gift" from the Saudi royal family, about $620 million of which he says he has returned. Two weeks ago, the 1MDB investigation uncovered that the total routed into Najib's personal account was actually about $1 billion.

Malaysia is a de facto one-party country. All of the country's six post-independence prime ministers have come from the United Malays National Organization (UMNO). That's why Najib owes his position to his party, not to the Malaysian people—good news for a man currently polling at 23 percent, the lowest ever for a Malaysian head of government. He has spent the last half-decade strengthening his position within UMNO, and the past year since the 1MDB scandal broke purging his party of potential adversaries. This past summer, Najib fired his attorney general, who had been leading the 1MDB investigation. Malaysia exemplifies how corruption drives can fall short in countries with a single political party and weak governing institutions.
time.com


ULASAN GB

Di dalam keadaan yang sebegitu parah, anehnya masih ada pemimpin parti politik di dalam negara ini yang masih tidak sedar diri malah berbangga apabila dapat bersama dengan PM itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang bersalah akan menerima hukumannya walau segala cara termasuk dengan "membeli sokongan", digunakan untuk menutup perbuatan salahlaku itu.

Itulah keyakinan kita. Itu keyakinan orang-orang yang benar-benar beriman.

Tiada ulasan: