Selasa, 22 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


KM Sarawak Takut Dengan Mat Sabu, Halang Masuk Sarawak

Posted: 21 Mar 2016 10:53 PM PDT

Mat Sabu dilarang masuk Sarawak

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu hari ini dilarang memasuki Sarawak.

"Saya dihantar pulang sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Sibu sekitar jam 10.30 pagi," kata Mohamad Sabu kepada Malaysiakini ketika menuju masuk ke kapal terbang.

Mohamad berkata beliau tidak diberikan sebarang alasan.


"Saya juga tidak dimaklumkan saya dilarang masuk atas alasan apa," kata Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Bagaimanapun, menurut Mohamad larangan tersebut dikeluarkan atas arahan pejabat ketua menteri Sarawak.

Mohamad bersama pegawai khasnya sejurus tiba di lapangan terbang ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen.

Beliau berkata dalam lawatan kerja dua hari ke Sarawak sempena pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan April depan.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang telah dihalang memasuki Sarawak atas pelbagai alasan.

Mereka adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, anggota Parlimen Subang R Sivarasa, anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Terdapat juga gesaan daripada parti negeri supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut masuk ke Sarawak ekoran kenyataannya yang didakwa menghina mubaligh Kristian.

Dewan Undangan Negeri Sarawak bakal dibubarkan dalam kira-kira seminggu lagi, menurut laporan di akhbar Borneo Post semalam.

Laporan itu berasaskan kenyataan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengenai manifesto pilihan raya BN negeri.

Menurut akhbar itu, Adenan dilaporkan berkata manifesto berkenaan sedang disediakan dan akan "diumumkan dalam masa kira-kira seminggu". -mk



Banyak Lembu Yang Makan Dedak, Tapi Muhyiddin Enggan...

Posted: 21 Mar 2016 08:03 PM PDT

Muhyiddin ditawar jadi gabenor, pengerusi PNB

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi berkata beliau mendapat dua tawaran sejurus sebelum dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri.

Berucap di Kota Tinggi di Johor malam ini Muhyiddin berkata beliau ditawarkan menjadi Gabenor Pulau Pinang serta Pengerusi Permodanan Nasional Berhad (PNB) oleh pihak yang tidak dinamakannya.

Bagaimanapun Muhyiddin dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.



Kata Muhyiddin kadang-kadang beliau berasa "agak bodoh" kerana tidak menerima tawaran berkenaan.

"Saya membayangkang bagaimana (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng ada di depan saya, menyembah saya.

"Sesetengah pihak pula berkata saya patut mengambil RM1 bilion dan berdiam diri," katanya di depan kira-kira 1,500 hadirian.

Menjelaskan keadaan itu Ahli Parlimen Pagoh berkenaan memberitahu tidak dapat menerima tawaran yang diberikan kerana ia membabitkan soal maruah.

"Kalau saya terima maknanya saya makan dedak (boleh dibeli). Rakyat akan berkata Muhyiddin adalah orang nombor satu memakan makan dedak.

"Saya tak boleh menggadaikan prinsip perjuangan saya," katanya. -mk

ULASAN GB

Tahniah DS Muhyiddin kerana tidak makan dedak, tidak seperti lembu-lembu yang lain.

Tidak juga seperti seperti satu gerombolan yang lain, berebut bermatian-matian kerana hendakkan dedak itu..

Berhiruk pikuk bila dah dapat makan dedak. Dihebohkan satu dunia pula.

Dapat pula bergambar dengan pemberi makan dedak berkenaan. Terasa bangga dirinya sampai terlupa perjuangannya selama ini.

Hukum kebenaran dan kleadilan akan berjalan. Lembu-lembu itu akan disembelih bila tiba masanya.

Tiada ulasan: