Isnin, 21 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sungguh Angkuh & Sombong Kenyataannya Ini....

Posted: 20 Mar 2016 11:01 PM PDT

Hadi mahu 'tunggu dan lihat' hayat AMANAH

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian untuk 'tunggu dan lihat' sejauh mana hayat Parti Amanah Negara (AMANAH) jika ia mahu bekerjasama dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang.

"Kita tengok AMANAH hidup ke tidak lagi," kata ahli Parlimen Marang itu kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur, malam tadi.


Timbalan pengerusi AMANAH, Salahuddin Ayub sebelum ini dilaporkan berkata partinya sentiasa membuka pintu kepada semua pihak termasuk PAS untuk mengadakan perbincangan jika parti pembangkang mahu hanya satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Sehubungan dengan pendirian itu, Salahuddin berkata, kerjasama itu hendaklah dilakukan melalui Pakatan Harapan.

Terdahulu Abdul Hadi merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur bagi memudahkan anggota parti Islam itu menjalankan aktiviti pemerkasaan parti.

Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,

Mohamad Noor Mohamad dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh. -mk

ULASAN GB

Semakin jelas keangkuhan dan kesombongan Presiden PAS.

Dia menyangkakan Parti Amanah Negara seperti rakannya IKATAN, yang hanya mempunyai 79 ahli, lalu dikatanya "Kita tengok AMANAH hidup ke tidak lagi", seolah-olah baginya AMANAH akan lenyap sebelum PRFU14.

Walhal AMANAH telah menjadi rakan komponen di dalam Pakatan Harapan bersama-sama PKR dan DAP untuk menghadapi PRU14 nanti.

Keangkuhan dan kesombongan adealah diantara penyakit-penyakit hati.

GB sudah ulas sebelum ini mengenai kenyataan Salahuddin Ayub, petikan:

"AMANAH mengalu-alukan PAS sekalipun Pas selama ini mengatakan AMANAH sebagai pengkhianat, AMANAH sebagai parti serpihan, tidak panjang umur, balaci DAP dan sebagainya, namun bagi AMANAH, kita tidak memperdulikan maki hamun PAS terhadap kita, kita buka pintu dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara paling utama," kata Salahuddin.

"Dan kita tahu untuk satu lawan satu, PAS pastinya tidak bersetuju dengan kita (khususnya DAP dan AMANAH) kerana PAS telah menganggap kami sebagai musuh mereka," tegas Salahuddin lagi.

Kita perlu bersikap rasional. Walaupun kita teruk dimakihamun oleh PAS, namun kita jangan jadi seperti mereka.

Sebaliknya, memetik kata-kata hikmat Hassan Al-Bana, "jadilah kita seperti pohon rendang yang berbuah, walaupun dibalingkan dengan batu, namun pohon itu meberikan buah sebagai balasan."

Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya akan menentukan siapa sebenarnya mengamalkan "politik matang" yang digembar-gemburkan selama ini.

Dan hukum kebenaran dan keadilan juga akan menentukan ke arah mana si angkuh dan sombong itu akan tercampak nanti akhirnya.

Pengajaran Dari Rayani Air

Posted: 20 Mar 2016 08:50 PM PDT

Rayani Air indah khabar dari rupa – Timbalan Menteri

PETALING JAYA: Seorang Timbalan Menteri menegur syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara ini, Rayani Air, kerana membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga menimbulkan kesusahan kepada penumpang yang sudah mengatur pelbagai urusan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar.


Katanya, Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi juga perlu menunai janji dan menepati masa, yang menjadi salah satu prinsip syariah.

"Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh syariah.

Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk diperdagangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama," tulisnya di Facebook.

Baru-baru ini, Rayani Air membatalkan beberapa penerbangan menyebabkan penumpang menyerbu pejabat syarikat penerbangan terbaharu itu di KLIA2.

Rayani Air juga pernah membatalkan dua penerbangan dari dan ke Langkawi gara-gara cermin korpit pesawat retak yang menyebabkan ramai penumpang terkandas. -FMT

Penumpang Rayani Mengamuk Di KLIA 2



ULASAN GB

Apa yang jelas dari kes Rayani Air di atas ialah umat Islam di negara kita lebih mementingkan "form" berbanding "substance".

Zahiriahnya Islam tetapi batiniahnya tidak Islam. Berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi tidak menunaikan janji dan menepati masa, yang yang lebih utama di dalam prinsip syariah.

Demikianlah bagaimana umat Islam tertipu apabila ramai yang percaya sesuatu itu jadi Islam kerana ia diletakkan rupabentuk Islam, walaupun hakikatnya ia tidak memenuhi ciri Islam.

Ia berlaku di dalam segenap kehidupan, politik, ekonomi dan sosial.

Seorang yang zahiriahnya berserban besar, lebat janggutnya tinggi pangkatnya di dalam hirarki ulama keduniaan, tiba-tiba didapati tidak mempunyai ciri-ciri rohaniah yang Islamik. Tidak menghiraukan sistem kepimpinan dan tatakelola yang baik, tidak menepati janji, ponteng kerja, kuat memaki hamun - adalah contoh-contoh penyakit rohaniah yang tidak sepadanan dengan pakaian zahir Islamnya.

Itu sebab mengapa GB sentiasa mengguna-pakai hukum kebenaran dan keadilan iaitu sunnatullah (ayat manzurah) disamping hukum syariat (ayat maqruah). Kerana syariat (zahir)nya saja Islam belum pasti melahirkan insan yang mempunyai budipekerti yang Islam. Sebab zahirnya Islam tetapi belum melalui tarbiyah Islami akan hanya melahirkan watak-watak Muslim palsu yang merosakkan Islam itu sendiri.

Lihat sahaja di media sosial, mereka yang menamakan diri dan kumpulan mereka sebagai "pejuang Islam", tetapi mempunyai sikap dan perangai yang lebih teruk dari al-kafirun.

Allah swt berfirman:


"Orang-orang Arab itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah (olehmu Muhammad kepada mereka): "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah Islam' kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat pada Allah dan Rasul-Nya, Dia tak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Hujurat:14).


Tiada ulasan: